6
F. Penilaian Kursus Penilaian Kerja Kursus ( 100% ) Mod Penerangan A. Kertas kerja (Kumpulan) 50% i. Satu kumpulan mengandungi 5 orang mengikut sekolah berdekatan atau dalam satu daerah. ii. Bincang dan pilih satu aktiviti kokurikulum . sama ada dari pasukan beruniform, kelab atau persatuan yang ada di sekolah. iii. Kendalikan aktiviti tersebut di sebuah sekolah yang dipilih. iv. Sediakan satu laporan lengkap kertas kerja aktiviti i.Untuk memudahkan cikgu melaksanakan aktiviti, pilihlah sekolah paling dekat dalam kawasan/daerah sama ii. Pilih satu sahaja untuk Cikgu mengendalikan apa-apa sahaja aktiviti sama ada dari badan beruniform ( Pengakap / Putri Islam/Bulan sabit ) ataupun dari kelab/persatuan berbentuk akademik atau permainan (kelab matematik / kelab komputer/kelab hoki/kelab catur dan sbgnya). iii. Cikgu pilih sebuah sekolah sebagai tuan rumah dan kendalikan aktiviti tersebut bersama dengan 4 sekolah yang Cikgu wakili. Aktiviti boleh mengambil masa beberapa jam atau sehari. Contoh: Pertandingan Catur 2013 antara sekolah Keb Daerah Keningau. atau Perkhemahan tahunan pengakap kanak-kanak daerah Baling, atau Pertandingan nyanyian dan deklamasi sajak sempena Sambutan Hari Malaysia 2013. iv. Apabila aktiviti telah siap dijalankan, kumpulan Cikgu buatlah satu laporan yang menyentuh tentang: a. Perancangan – terangkan dari awal

PENERANGAN TUGASAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kokurikulum

Citation preview

F.Penilaian Kursus

Penilaian Kerja Kursus ( 100% )ModPenerangan

A. Kertas kerja (Kumpulan)50%i. Satu kumpulan mengandungi 5 orang mengikut sekolah berdekatan atau dalam satu daerah.

ii. Bincang dan pilih satu aktiviti kokurikulum . sama ada dari pasukan beruniform, kelab atau persatuan yang ada di sekolah.

iii. Kendalikan aktiviti tersebut di sebuah sekolah yang dipilih.

iv. Sediakan satu laporan lengkap kertas kerja aktiviti kokurikulum yang dikendalikan menyentuh perkara berikut:a. Perancanganb. Pelaksanaanc. Laporan akhir (post-mortem)

v. Kertas kerja ditulis selang 2 baris, font Times New Roman 12 atau Arial 11, margin 2.54 cm, atas, bawah, kiri, dan kanan.

vi. Kertas kerja tidak melebihi 25 muka surat (lampiran boleh disertakan).

B. Persembahan slaid atau video dalam bentuk CD (Kumpulan) 30%

i. Kumpulan yang sama perlu mendokumentasikan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah terlibat.

ii. Persembahan dokumentasi boleh dibuat dalam bentuk slaid (power point) atau rakaman video.

iii. Elemen kekreatifan dan inovatif diutamakan.

iv. Persembahan slide atau video yang disediakan tidak boleh melebihi 10 minit.

C. Refleksi (Individu) 20%

1. Setiap pelajar perlu menyediakan satu laporan refleksi tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh kumpulan masing-masing.

2. Laporan mengulas tentang pengalaman dan pengetahuan baru yang dipelajari sepanjang mengendalikan aktiviti kokurikulum tersebut.

3. Laporan ditulis selang 2 baris, font Times New Roman 12 atau Arial 11, margin 2.54 cm, atas, bawah, kiri, dan kanan

4. Laporan tidak melebihi 5 muka surat.

i.Untuk memudahkan cikgu melaksanakan aktiviti, pilihlah sekolah paling dekat dalam kawasan/daerah sama

ii. Pilih satu sahaja untuk Cikgu mengendalikan apa-apa sahaja aktiviti sama ada dari badan beruniform ( Pengakap / Putri Islam/Bulan sabit ) ataupun dari kelab/persatuan berbentuk akademik atau permainan (kelab matematik / kelab komputer/kelab hoki/kelab catur dan sbgnya).

iii. Cikgu pilih sebuah sekolah sebagai tuan rumah dan kendalikan aktiviti tersebut bersama dengan 4 sekolah yang Cikgu wakili. Aktiviti boleh mengambil masa beberapa jam atau sehari. Contoh: Pertandingan Catur 2013 antara sekolah Keb Daerah Keningau. atauPerkhemahan tahunan pengakap kanak-kanak daerah Baling, atauPertandingan nyanyian dan deklamasi sajak sempena Sambutan Hari Malaysia 2013.

iv. Apabila aktiviti telah siap dijalankan, kumpulan Cikgu buatlah satu laporan yang menyentuh tentang:a. Perancangan terangkan dari awal bagaimana aktiviti ini dirancang, nyatakan j/kuasa, tujuan/matlamat aktiviti, kumpulan sasaran, jenis aktiviti, berapa kali mesyuarat, kekangan dihadapi dsb. dan nyatakan melibatkan pihak luar atau tidak (polis dsb).b. Pelaksanaan nyatakan bila/tempat/peserta/masa/peralatan/kawasan dll . Nyatakan juga masalah dihadapi dan kelebihan/kekurangan aktiviti kepada peserta dan sambutan peserta/guru/pentadbir/ibu bapa dll.

c. Post Mortem sentuh tentang isu/masalah timbul dan bagaimana diatasi, kelebihan/kekurangan aktiviti dijalankan, adakah memenuhi tujuan/matalamat, cadangan penambahbaikan aktiviti, penghargaan kpd pihak2 terlibat dsb.

v. Laporan ini ditaip mengikut panduan sebelah.

vi. Laporan mesti 25 muka dan di burn dalam CD sahaja dan tidak perlu print dalam bentuk hard copy.

Dicadangkan 20 muka surat untuk laporan dan 5 muka surat untuk lampiran. Cikgu boleh masukkan Gambar2/surat menyurat dsb sebagai lampiran.

Sepanjang Cikgu dan rakan-rakan mengendalikan aktiviti tersebut, buatlah rakaman video atau ambil gambar tujuan untuk menyediakan satu persembahan video atau power point. Edit rakaman video tersebut jadikan 10 minit sahaja. Jika dalam bentuk power point boleh antara 25-30 slides.

1. Laporan refleksi ini merujuk kepada aktiviti di atas yang telah dijalankan dalam kumpulan tersebut.

2. Refleksi menyentuh tentangpengalaman yang diperolehi, apa pengetahuan baru yang dipelajari, kelebihan dan kekurangan yang didapati dan cadangan atau idea untuk menambahbaik aktiviti tersebut.,

3. Taip ikut panduan sebelah.

4.laporan termasuk kulit dan isi jadi 5 muka surat. (Format dalam LAMPIRAN di bawah)

*** semua A, B dan C di burnkan dalam satu CD sahaja. Pensyarah akan mengutipnya dalam perjumpaan kali ke 2 seperti tarikh tercatat dalam Ran. Pengajaran.

BAHAGIAN A: ms 2

Pengalaman mengendalikan aktiviti kokurikulum:

BAHAGIAN B: ms 3

Perkara-perkara baru yang diperolehi dan dipelajari dari aktiviti kokurikulum yang dikendalikan:

BAHAGIAN C: ms 4

Cadangan penambahbaikan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan.

Bahagian D: ms 5

Penghargaan kepada pihak terlibat.

MUKA DEPAN LAPORAN REFLEKSI (ms 1)

Nama dsb.....

LAMPIRAN: