24
PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP KURIKULUM BAHASA ARAB BERDASARKAN SILIBUS AL-AZHAR DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT SITI NURUL AZWANA BINTI MISRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP KURIKULUM BAHASA ARAB ... · Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya tujukan kepada penyelia saya, Dr. A. berikan bimbingan, ... 2.5.4 Perbendaharaan Kata

  • Upload
    hamien

  • View
    238

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP KURIKULUM BAHASA ARAB

BERDASARKAN SILIBUS AL-AZHAR DI SEKOLAH

AGAMA RAKYAT

SITI NURUL AZWANA BINTI MISRAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

 

i

PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP KURIKULUM BAHASA ARAB

BERDASARKAN SILIBUS AL-AZHAR DI SEKOLAH

AGAMA RAKYAT

SITI NURUL AZWANA BINTI MISRAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

ii

iii

DEDIKASI

“Syukur kepada ALLAH SWT kerana memanjangkan usia ku”

Buat Mak dan Abah........

Tanpa Mu, Maka Tiadalah Aku Didunia Ini

Syukur Dan Terima Kasih Atas Segala Penat Lelah Dan

Doa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku,

Setiap Titisan Air Mata Mu Yang Disebabkan Oleh Kenakalan Ku,

Akan Ku Kenang Sehingga Ke Akhir Hayatku

Buat Abang,Kakak,Adik.........

Dengan Dorongan, Bantuan Dan Juga Semangat Yang Kau Berikan Kepada Ku

Akhirnya Ku Dapat Membawa Pulang Segulung Ijazah Yang Selama Ini

Dinanti-Nantikan

Buat Pensyarah Penyelia Dr. Azhar bin Muhammad.........

Terima Kasih Atas Bantuan Dan Tunjuk Ajar Yang Diberikan

Moga-Moga ALLAH Memberkati Mu

Tidak Lupa Juga Kepada Norsafar dan Nasirah semua rakan Seperjuangan

Jasa Kalian Amat Ku Hargai

Terima Kasih Atas Segalanya

Akan Ku Kenang Buat Selama-Lamanya

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala ke hadrat Ilahi, selawat dan

salam kepada junju mua muslimin dan

muslimat yang u dipanjatkan

kesyukura n Projek

Sarjana Muda (PSM) ini dapat disempurnakan. Berbekalkan semangat dan bantuan dari

pihak ya Projek

Sarjana Muda (PSM

zhar

bin Muhammad yang sentiasa mem tunjuk ajar dan dorongan supaya

saya dapat me arah Fakulti

Pendidikan (FP) dan Fakulti Tamadun Islam (FTI) yang banyak memberikan semangat

dan galakan. Tidak ketinggalan juga kepada

sentiasa memberikan do .

Terima kasih diucap kerana sentiasa bersama-

sama memberi galakan dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga

diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan ti an sekolah yang dikaji

kerana telah memberikan kerjasama yang ba dalam proses menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang

terlibat sama ada secara langsung atau tida sehingga kajian ini dapat disempurnakan.

Sesungguhnya hanya Allah yang dapat mem alasnya, Amin.

puji dan syukur dipanjatkan

ngan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan se

mendapat petunjuk hingga ke hari akhirat. Kepada-M

n yang tidak terhingga kerana dengan taufik dan inayah lapora

ng terlibat, baik secara langsung atau tidak langsung maka laporan

) ini dapat disiapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya tujukan kepada penyelia saya, Dr. A

berikan bimbingan,

laksanakan kajian ini. Tidak lupa juga kepada semua pensy

kedua ibu bapa serta ahli keluarga yang

rongan dalam segala kerja yang dilakukan

kan buat sahabat seperjuangan

ga dan pihak pentabir

ik

k

b

v

emik dan kurikulum bahasa Arab yang

menggunakan kedua-dua sukatan pelajaran iaitu sukatan Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) dan sukatan al-Azhar. Kajian ini memfokuskan kepada penerimaan

pelajar

min dan peratusan.

Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.93. Hasil daripada kajian ini mendapati

bahawa majoriti responden dapat menerima pembelajaran kurikulum tersebut. Selain itu,

kajian

ABSTRAK

Pembelajaran pelajar sekolah menengah agama atau Arab terhadap mata

pelajaran bahasa Arab telah mendapat perhatian masyarakat. Dalam konteks ini, ibu

bapa telah memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini bagi mendapat

pendidikan yang seimbang antara akad

terhadap kurikulum bahasa Arab berdasarkan silibus al-Azhar dan masalah-

masalah yang dihadapi pelajar dalam mempelajari kurikulum tersebut. Kaedah deskriptif

dijalankan menggunakan borang soal selidik terhadap 112 orang pelajar tingkatan tiga di

Sekolah Menengah Agama (Arab) Bugisiah Tampok Pontian Johor dan Maahad Pontian

Johor. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package For Social

Science Windows (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan,

ini juga mendapati pelajar tidak menghadapi masalah dalam pembelajaran

kurikulum ini. Untuk meningkatkan hasil penyelidik di masa akan datang, penyelidik

telah mengemukakan beberapa cadangan dalam kajian ini

vi

ABST ACT

The process of learning at religious or Arabic secondary school for Arabic

tudies subject has get attention from the community. In this context, many of parents

choose

R

s

to register their children to religious school to get equipoise education between

academic and Arabic Curriculum because this school used two education syllabus,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) and al-Azhar. This study focus to the

acceptance of student of Arabic curriculum based on the syllabus al-Azhar and the

problems faced by students in learning the curriculum. Descriptive methodology had

been used by given the questionnaire to the 112 students form three of Sekolah

Menengah Agama (Arab) Bugisiah Tampok Pontian Johor and Maahad Pontian Johor.

The data obtained was analyzed using the Statistical Package for Social Science

Windows (SPSS) version 14.0 software to get frequency, mean and percentage. The

value of the research instrument’s realibility was α = 0.93. From this survey results is,

majority respondents are learning to accept these curriculum. It also show students do

not face problems in learning this curriculum. At soon for more better research author

give some opinions and suggestion in this thesis.

vii

KANDUNGAN

vii

ENARAI JADUAL xi

ENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

BAB PERKARA

HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN

S

S

viii

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Definisi Istilah 8

1.8 Kesimpulan 11

2

2.5.2 Buku teks dan rujukan 19

2.5.3 Ingatan atau Kecerdasan 20

2.5.4 Perbendaharaan Kata bahasa Arab 21

2.5.5 Bahan bantu mengajar 22

23

2.6.1 Buku Teks 23

2.6.2 Kaedah Penyampaian Guru 24

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 12

2.1 Elemen-elemen Kurikulum Bahasa Arab 12

2.2 Kepentingan ilmu bahasa Arab 13

2.3 Proses pembelajaran 15

2.4 Kurikulum bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama 16

2.5 Faktor yang mendorong pelajar mempelajari Kurikulum bahasa Arab 18

2.5.1 Minat 19

2.6 Masalah Pelajar

2.6.3 Peruntukan Masa 24

2.7 Kajian Lepas 25

2.8 Kesimpulan 27

ix

3

3.0 Pengenalan 28

.3 Populasi dan Sampel Kajian 30

.4 Instrumen Kajian 30

.5 Tatacara Kajian 33

.6 Kajian Rintis 34

35

3.8 Analisis Data 36

3.9 Kesimpulan 37

4

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian 28

3.2 Tempat Kajian 29

3

3

3

3

3.7 Kajian Sebenar

ANALISIS DATA

4.0 Pendahuluan 38

4.1 Bahagian A – Latar Belakang Responden 39

4.2 Bahagian B – Soal Selidik 42

4.2.1 Analisis Setiap Item 43

4.2.2 Analisis Keseluruhan Item 77

4.3 Kesimpulan 86

x

SAN DAN KESIMPULAN

5.5

SENARAI RUJUKAN 99

5 PERBINCANGAN, RUMU

5.0 Pengenalan 87

5.1 Perbincangan 88

5.1.1 Bahagian A – Latar Belakang Responden 88

5.1.2 Bahagian B – Soal Selidik 90

5.2 Rumusan 95

5.3 Cadangan-Cadangan 96

5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 97

Kesimpulan 98

SENARAI LAMPIRAN

xi

SENARAI JADUAL

NO JA

SURAT

2.1 Sukatan an s ibus a zhar

3.1

3.3 atacara Kajian 33

3.4 lasifikasi Skala Pemeringkatan Skala Likert Kepada 36

ua Tahap Persepsi

4.0 aburan Kekerapan Responden Mengikut jantina 39

esponden Mengikut Masa Mengulang Kaji 40

Mata Pelajaran Bahasa Arab dalam Tempoh Seminggu

.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut pendidikan bapa atau penjaga 41

Dalam bidang agam dan bahasa Arab

.4 Taburan kekerapan responden mengikut keputusan peperiksaan SMRA 41

4.5 Taburan Skor Bagi Item 1 43

.6 Taburan Skor Bagi Item 2 44

.7 Taburan Skor Bagi Item 3 45

.8 Taburan Skor Bagi Item 4 46

4.9 Taburan Skor Bagi Item 5 47

.10 Taburan Skor Bagi Item 6 48

.11 Taburan Skor Bagi Item 7 49

Taburan Skor Bagi Item 8 50

4.13 Taburan Skor Bagi Item 9 50

DUAL PERKARA MUKA

Kurikulum bahasa Arab berdasark il l A 17

Jadual Pemeringkatan Skor Skala Likert 32

3.2 Agihan Soalan Mengikut Klasifikasi Persoalan Kajian Bagi Pelajar 32

T

K

D

T

4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Mula Belajar Bahasa Arab 40

4.2 Taburan Kekerapan R

4

4

4

4

4

4

4

4.12

xii

4.14 Taburan Skor Bagi Item 10 51

4.15 Taburan Skor Bagi Item 11 52

4.16 Taburan Skor Bagi Item 12 53

4.17 Taburan Skor Bagi Item 13 53

4.18 Taburan Skor Bagi Item 14 54

buran Skor Bagi Item 16 55

.21 Taburan Skor Bagi Item 17 56

gi Item 19 57

gi Item 21 59

4.29 5 61

4.33 64

4.35 65

4.19 Taburan Skor Bagi Item 15 55

4.20 Ta

4

4.22 Taburan Skor Bagi Item 18 57

4.23 Taburan Skor Ba

4.24 Taburan Skor Bagi Item 20 58

4.25 Taburan Skor Ba

4.26 Taburan Skor Bagi Item 22 59

4.27 Taburan Skor Bagi Item 23 60

4.28 Taburan Skor Bagi Item 24 61

Taburan Skor Bagi Item 2

4.30 Taburan Skor Bagi Item 26 62

4.31 Taburan Skor Bagi Item 27 63

4.32 Taburan Skor Bagi Item 28 63

Taburan Skor Bagi Item 29

4.34 Taburan Skor Bagi Item 30 65

Taburan Skor Bagi Item 31

4.36 Taburan Skor Bagi Item 32 66

4.37 Taburan Skor Bagi Item 33 67

4.38 Taburan Skor Bagi Item 34 68

4.39 Taburan Skor Bagi Item 35 68

4.40 Taburan Skor Bagi Item 36 69

4.41 Taburan Skor Bagi Item 37 70

4.42 Taburan Skor Bagi Item 38 70

4.43 Taburan Skor Bagi Item 39 71

4.44 Taburan Skor Bagi Item 40 72

4.45 Taburan Skor Bagi Item 41 72

xiii

4.46 Taburan Skor Bagi Item 42 73

4.47 Taburan Skor Bagi Item 43 74

4.48 Taburan Skor Bagi Item 44 74

4.49 Taburan Skor Bagi Item 45 75

4.50 Taburan Skor Bagi Item 46 76

4.51 Taburan Skor Bagi Item 47 76

4.52 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Bagi penerimaan 77

Pelajar terhadap kurikulum bahasa Arab berdasarkan

Silibus al Azhar

4.53 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min 82

Bagi masalah-masalah pelajar dalam pembelajaran kurikulum

Bahasa Arab berdasarkan silibus al Azhar

4.54 Min keseluruhan bagi kedua-dua persoalan kajian 86

xiv

am

Malaysia

- Kurang Setuju

MPTI Ibrahim

PMR enengah Rendah

a.w - Sallallahu ‘Alaihi Wassalam

.W.T - Subhanahu Wa Taala

SMA - Sekolah Menengah Agama

SMAB - Sekolah Menengah Agama (Arab) Bugisiah Tampok

SMA - Sijil Menengah Agama

SMRA - Sijil Menengah Rendah Agama

SPM - Sijil Peperiksaan Menengah

SPSS - Statistical Packages For The Social Science

SS - Sangat Setuju

STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SENARAI SINGKATAN

JPA - Jabatan Perkhidmatan Aw

KPM - Kementerian Pelajaran

KS

MP - Maahad Pontian

- Maktab Perguruan Temenggung

- Penilaian M

S - Setuju

s.

S

T

xv

LAMPIRAN

NO RAJAH PERKARA

LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

LAMPIRAN B - Surat Fakulti Pendidikan

LAMPIRAN C - Sukatan Kurikulum bahasa Arab

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Bahasa Arab yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi bahasa al Quran dan

sunnah telah diberikan perhatian yang penting oleh masyarakat Islam untuk dipelajari

dan dikuasai. Perhatian yang diberikan ini menjadi leboh serius seiring dengan

kebangkitan Islam yang disaksikan dalam dunia Islam masa kini. Ia tidak terhad dalm

komuniti Arab semata-mata sebaliknya ia meliputi masyarakat Islam lain yang tidak

menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa ibunda (Khaled Ahmad Bani Omar, 2003 :

xi).

Sebagaimana yang telah di maklumi, bahasa Arab menjadi bahasa yang

termasyhur dan dikenali di dunia. Ini kerana bahasa Arab juga boleh dikatakan sebagai

satu bahasa yang unik dari sudut susun kata, bentuk kata dengan bahasa lain pada

umumnya. Di samping itu hubungan antara Islam dengan bahasa Arab adalah sangat

rapat dan tidak ada cara untuk memahami al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w

2

dengan tepat melainkan dengan menguasai bahasa Arab. Ini kerana al Quran diturunkan

di dalam bahasa Arab begitu juga dengan Sunnah Rasulullah ditulis dalam bahasa Arab.

Sebagaimana firman Allah :

!$ ¯ΡÎ) çμ≈oΨ ø9t“Ρr& $ ºΡ≡u™öè% $ wŠÎ/ttã öΝä3̄= yè ©9 šχθ è= É)÷è s? ∩⊄∪

Maksudnya : Sesungguhnya kami menurunkannya berupa Al

Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya (surah

Yusuf :2)

Menurut Kamarul Shukri Mohd Teh (2005:5) pemilihan bahasa Arab sebagai

bahasa al-Quran memperlihatkan kepada kita akan kekuatan dan keupayaannya sebagai

bahasa agama yang saintifik, rasional dan bersifat ilmiah. Ciri-ciri tersebut pada

hakikatnya telah melayakkan bahasa al-Quran itu menjadi bahasa perundangan bagi

umat Islam.

Tujuan mempelajari bahasa Arab mestilah jelas, dan setiap guru yang mengajar

harus mendorong para pelajarnya supaya mencapai matlamat seperti melahirkan pelajar

yang memahami isi kandungan al-Quran serta ajaran yang terkandung di dalam hadis-

hadis baginda Rasulullah SAW, selain daripada itu ialah meminati bahasa Arab kerana

kaitannya sangat erat dengan al-Quran dan al-Hadis, membina keupayaan untuk

menggambarkan pemikiran dan perasaan melalui pertuturan dan penulisan (Ahmad

Kilani Mohamed,2001:2).

Hubungan antara bahasa Arab dengan Islam juga dapat dilihat sebagai hubungan

di antara wasilah dan matlamat ataupun hubungan antara bekas dan isi atau diibaratkan

3

seperti air tidak boleh disimpan di dalam bekas yang bocor. Seseorang yang cuba

memahami Islam tanpa menggunakan bahasa Arab samalah seperti orang yang mahu

mencapai matlamat tanpa menggunakan wasilah. Tetapi jika seseorang itu mempelajari

bahasa Arab tanpa meletakkan matlamatnya untuk memahami Islam, dia telah

menjadikan wasilah itu sendiri sebagai satu matlamat. Maka sudah semestinya bahasa

Arab adalah bahasa yang perlu dikuasai khususnya di kalangan umat Islam

(Muhammad Fahmi Ahmad, 2003 : i).

Institusi masjid dan pondok berlangsung sebagai pusat pendidikan Islam dan

pengajian bahasa Arab sehingga madrasah atau sekolah dalam bentuk yang lebih formal

mula dibuka. Guru yang mendapat pendidikan agama dan bahasa Arab dari Timur

Tengah telah berkhidmat menyumbang ilmu yang dipelajari bukan sahaja dalam

pengajian Islam, tetapi mengajar bahasa Arab serta komponen-komponennya. Kini,

komponen bahasa Arab tersebut telah dipelajari oleh pelajar aliran agama sama ada di

peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi (Azhar Muhammad, 2008:2).

Dalam sukatan mata pelajaran bahasa Arab di SMA, mata pelajaran bahasa Arab

yang perlu di ambil oleh para pelajar ialah Nahu, Saraf, Mutalaah dan Insya’. Dengan

adanya mata pelajaran-mata pelajaran ini para pelajar dapat mendalami dan menguasai

ilmu bahasa Arab itu sendiri di samping menambah ilmu bahasa yang sedia ada.

1.1 Latar Belakang Masalah

Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMA) merupakan antara institusi

pengajian agama di Malaysia dan institusi pengajian agama yang disegani di negeri

4

Johor. Institusi ini telah lama menjadi pilihan rakyat Johor untuk mendalami ilmu

agama. Institusi yang terkenal dengan penekanan terhadap bahasa Arab ini dapat

menyebar luaskan bidang bahasa al-Quran ini. Pengajaran bahasa Arab di SMA telah

bermula sejak bertahun dahulu lagi khususnya kepada para pelajar dari tingkatan satu

hinggalah ke tingkatan lima.

Sekolah pertama yang telah diwujudkan oleh kerajaan negeri ialah Sekolah

Menengah Agama Kerajaan Johor iaitu di Kluang Johor sebagai langkah pertama bagi

sistem pendidikan agama di negeri Johor (http://www.smakjkluang.org/sejarah.

html,3/1/2010). Menurut Siti Norjamilah Yusop (2006 : 4) dalam kajiannya tinjauan

terhadap pembelajaran mata pelajaran pengajian Islam tingkatan satu sukatan al-Azhar

sekolah-sekolah seperti ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang mana terdiri

daripada dua sistem kurikulum persekolahan dalam mata pelajaran iaitu sukatan mata

pelajaran akademik dan agama atau Arab.

Menurut Hasan Langgulung (1995 : 303) kurikulum adalah sejumlah

pengalaman, pendidikan, kebudayaan, sosial, kesukaran dan kesenian yang disediakan

oleh sekolah bagi murid di dalam dan di luar sekolah dengan maksud menolong mereka

untuk berkembang secara menyeluruh dalam segala aspek perkembangan dan merubah

tingkah laku mereka sesuai dengan tujuan pendidikan.

Salah satu mata pelajaran yang diajar di SMA adalah mata pelajaran bahasa

Arab. Kurikulum bahasa Arab ini terkandung di dalamnya komponen-komponen seperti

nahu, saraf, mutalaah, insya’ dan sebagainya. Kesemua komponen-komponen ini

dipelajari berdasarkan kepada silibus Al-Azhar.

5

Matlamat pengajaran bahasa Arab di peringkat menengah atas ialah menghargai

dan memartabatkan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran al-Karim dan bahasa ilmu

untuk menguasai maklumat, kemahiran berbahasa untuk memahami teks dan bahan-

bahan rujukan Arab dalam pelbagai situasi serta mampu menggunakannya dengan tepat

di samping memperluaskan pengetahuan dan menikmati keindahan berbahasa

(http://www.japim.edu.my/bkpim/bat_bm.htm, 20 /9/2009).

1.2 Pernyataan Masalah

Sebagaimana yang diketahui sekolah menengah agama merupakan sekolah yang

dapat memberikan didikan serta bimbingan yang sempurna kepada para pelajarnya sama

ada dari sudut rohani mahupun jasmani. Selain daripada itu, sekolah ini juga dapat

melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang bahasa Arab. Ini kerana terdapat mata

pelajaran-mata pelajaran yang di ajar menggunakan bahasa Arab sepenuhnya seperti

mata pelajaran Nahu, Saraf dan sebagainya.

Pelajar-pelajar di sekolah ini juga perlu menghadapi beberapa peperiksaan

seperti Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), Sijil Menengah Agama (SMA), dan

Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM).

Hal ini telah mendorong penyelidik untuk membuat kajian tentang penerimaan

pelajar terhadap kurikulum bahasa Arab berdasarkan silibus al-Azhar dengan tumpuan

kajian untuk mengetahui bagaimanakah penerimaan pelajar terhadap kurikulum bahasa

Arab berdasarkan silibus al-Azhar dan apakah masalah-masalah pelajar dalam

pembelajaran kurikulum bahasa Arab berdasarkan silibus al-Azhar. Oleh yang demikian,

6

cadangan-cadangan untuk memperbaiki kelemahan ini juga akan dapat dicari. Kesannya

tahap penguasaan pelajar akan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk:

i. Mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap kurikulum bahasa Arab

berdasarkan silibus al-Azhar.

ii. Mengenal pasti masalah-masalah pelajar dalam pembelajaran kurikulum

bahasa Arab berdasarkan silibus al Azhar.

1.4 Persoalan Kajian

i Bagaimanakah penerimaan pelajar terhadap kurikulum bahasa Arab

berdasarkan silibus al-Azhar?

ii Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran

kurikulum bahasa Arab?