25
PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERASASKAN REKABENTUK TEORI BEBAN KOGNITIF BAGI SUBJEK PENGATURCARAAN WEB T.KOMATE A/P TAMBAI @ MUNIANDY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MODUL

PEMBELAJARAN KENDIRI BERASASKAN REKABENTUK TEORI BEBAN

KOGNITIF BAGI SUBJEK PENGATURCARAAN WEB

T.KOMATE A/P TAMBAI @ MUNIANDY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS T

JUDUL:PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MODULPEMBELAJARAN KENDIRI BERASASKAN REKABENTUK TEORI BEBAN

KOGNITIF BAGI PENGATURCARAAN WEB

SESI PENGAJIAN: 20072fif8.I',KOMATE

A/P TAMBAI @ MTINIANDY

(HT]RUF BESAR)

Saya mengakui membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsaf'ah)* ini disimpan di perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

l. 'Iesis

adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysiadibenarkan membuat salinan untu& tujuan pengajian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengaian tinggi.4. **Silatandakan (!)

i_ltlm

\ ". \,/- . / - , ' \ - - "' I '$,-;'

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat tetap:

607-H. I'aman Bukit Melaka.

Bukit Beruans. 75450 Melaka.

Tarikh:

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAT)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorgani sasi/badan di mana penyelidi kan dijalankan)

PUAN NOORAZEAN BT.ATAN

Nama Penyelia

T a r i k h : - r J A F r , / L - s o . . ' 2

Pf,NYELIA)

PSZ19z16 (Pind.l/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang mana tidak berkenaan

** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

t Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelididkar, atau disertasi bagi pengajian secara kertas kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Pmjek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

"Saya/kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/

kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahanljazah Sarjana Muda/ Sarjana / Doktor Falsafah*

Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)"

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

*Potong yang tidak berkenaan

No zean

Page 4: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

i

PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERASASKAN REKABENTUK TEORI BEBAN

KOGNITIF BAGI SUBJEK PENGATURCARAAN WEB

T.KOMATE A/P TAMBAI @ MUNIANDY

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2008

Page 5: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

,,Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya jelaskan sumbernya" '

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

/1,V,r(V. \ \-"2"""\ '2': T.Komate A/P Tambai @ MuniandY

. ] i Ai 'Rl L )&-.k

Page 6: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

iii

DEDIKASI

Kepada keluarga yang tersayang:

Suamiku tercinta, Ravi

Anak-anak yang dikasihi, Syamalan dan Yuvanraj

Sowndaram(ibu), Jega(makcik) dan adik beradik yang disayangi.

Untuk sahabat-sahabat yang telah banyak membantu:

Aslinda,Deveki, Jeyavany, Janarthini, Shamini, Malini, Sumi…

Kepada Mendiang Ayah :

A.Tambai @ Muniandy

Terima Kasih...

Page 7: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan dengan restu-Nya, saya dapat menyempurnakan Projek

Sarjana Muda ini.

Dengan ini, saya ini ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pn. Noor Azean Bt Atan selaku

penyelia Projek Sarjana Muda ini yang telah banyak meluangkan masa untuk

memberikan tunjuk ajar dan nasihat serta bimbingan yang berguna tanpa mengenal penat

lelah sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Penghargaan juga ditujukan pensyarah-pensyarah lain yang telah memberikan

tunjuk ajar kepada saya berkaitan dengan Projek Sarjana Muda ini. Tidak lupa juga

kepada Puan Norasyikin, pensyarah subjek Bahasa Pengatucaraan III (SPM 3122) yang

banyak membantu sewaktu pengedaran borang soal selidik kepada pelajar Tahun 3 yang

mengambil subjek pengaturcaraan web.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga

yang sudi meluangkan masa dengan memberi penerangan dan maklumat dalam ini

melaksanakan projek ini.

Akhir sekali, penghargaan dan sanjungan yang tidak terhingga juga diberikan

kepada suami tercinta, anak-anak dan seluruh ahli keluarga yang selama ini memahami,

mendoakan, dan berkorban demi kejayaan saya. Diharapkan Projek Sarjana Muda ini

dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak arahan serta dapat menyumbang kepada

bidang ilmu Sains Komputer. Sekian terima kasih.

Page 8: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

v

ABSTRAK

Proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan

pengajaran yang sistematik serta bersesuaian dengan kebolehan seseorang pelajar. Salah

satu kaedah yang boleh digunakan ialah penggunaan modul pembelajaran kendiri.

Justeru itu, penyelidik mengkaji penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul

pembelajaran kendiri berasaskan rekabentuk Teori Beban Kognitif bagi subjek

Pengaturcaraan Web di kalangan pelajar tahun tiga dari program Jabatan Multimedia,

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang mengikuti subjek Bahasa

Pengaturcaraan III (SPM 3122) pada semester 2007/08. Seramai 105 orang responden

yang berpengalaman bekerja sebagai guru telah dipilih untuk kajian ini. Data telah

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science for

Windows (SPSS 11.5) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai

bagi setiap item. Kesemua faktor yang dikaji iaitu tahap penerimaan pelajar terhadap

penggunaan, kandungan dan rekabentuk modul pembelajaran kendiri bagi subjek

pengaturcaraan web berasaskan rekabentuk teori beban kognitif berada pada tahap yang

tinggi di antara 3.47 dan 4.06. Hasil daripada analisis data menunjukkan tahap

penerimaan pelajar adalah tinggi terhadap penggunaan modul pembelajaran kendiri.

Pelajar juga mempunyai persepsi yang positif terhadap rekabentuk iaitu susunan

kandungan maklumat dan rekaletak gambarajah modul pembelajaran kendiri..

Page 9: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

vi

ABSTRACT

An effective learning and teaching process needs a systematic teaching aid which

corresponds with students’ capability. One of the methods that can be applied is the

usage of the self-learning module. This research was conducted to investigate students’

acceptance towards the usage of the self-learning module as a learning package which

based on the step by step approach Cognitive Load Theory for Web Based subject. The

sample of the respondents are Third Year Students from Multimedia Department,

Faculty of Education Universiti Teknologi Malaysia. Among 105 students who are

taking Programming Language III (SPM 3122) for 2007/08 session were selected to be

the respondent. Data have been analyzed using Statistical Package for Social Science for

Windows (SPSS 11.5) and presented in a form of frequency, percentage, mean and

standard deviation for each item. All the factors that have been studied include level of

the students’ acceptance towards the usage, contents and design of the self-learning

module based on the Cognitive Load Theory which falls on a high level between 3.47

and 4.06. Based on the research findings, it can be concluded that the students’

acceptance towards the usage of the self-learning module is high. The students also have

a positive perception towards the design of the self-learning module.

Page 10: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

Page 11: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

viii

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Modul 8

1.8.2 Pengajaran Bermodul 9

1.8.3 Modul Pembelajaran Kendiri 9

1.8.4 Kognitif 9

1.8.5 Beban Kognitif 9

1.8.6 Guru Pelatih 10

1.8.7 Penerimaan 10

1.8.8 Rekabentuk 10

1.8.9 Pengaturcaraan Web 11

1.9 Penutup 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Modul 13

2.2.1 Prinsip-prinsip Modul 15

2.2.2 Kegunaan Modul 16

2.2.3 Bentuk Modul 18

2.2.4 Objektif Penggunaan Modul 19

2.2.5 Tujuan Pengajaran Bermodul (PB) 21

2.2.6 Penyusunan Modul 20

2.2.7 Pembelajaran Berasaskan Modul 21

2.3 Proses Pembentukan Modul 22

2.4 Jenis-jenis Pengajaran Individu 23

Page 12: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

ix

2.4.1 Pengajaran Kendiri 24

2.5 Prinsip-prinsip Pedagogi Yang Menjadi Asas 28

Pembentukan MPK

2.6 Pendekatan Pembelajaran 29

2.6.1 Teori Beban Kognitif 29

2.7 Kebaikan Modul 33

2.8 Model-model Rekabentuk MPK 36

2.8.1 Model Teras-Cabang 37

2.9 Prinsip Rekabentuk Modul Pembelajaran 38

2.10 Rekabentuk Modul Yang Dicadangkan 41

2.11 Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan MPK 43

2.12 Kesimpulan 44

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 45

3.2 Rekabentuk Kajian 46

3.3 Tempat Kajian 48

3.4 Populasi Kajian 48

3.5 Sampel Kajian 49

3.6 Instrumen Kajian 50

3.7 Prosedur Kajian 55

3.8 Kajian Rintis 55

3.9 Kaedah Pengumpulan 56

3.10 Kaedah Penganalisisan Data 57

Page 13: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

x

3.10.1 Kaedah Analisis Kuantitatif 57

3.11 Penutup 60

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 61

4.2 Analisis Maklumat Diri Responden 63

4.3 Analisis Persoalan Kajian 66

4.3.1 Persoalan Kajian 1 66

4.3.2 Persoalan Kajian 1 66

4.4 Persoalan Kajian 2 74

4.5 Persoalan Kajian 3 78

4.6 Persoalan Kajian 4 81

4.6.1 Masalah-masalah Yang Dihadapi 82

Semasa MPK Pengaturcaraan Web

4.6.2 Cadangan-cadangan Responden Untuk 83

Meningkatkan Rekabentuk Pembangunan

MPK Bagi Pengaturcaraan Web

4.7 Perkara Yang Digemari Oleh Responden Semasa 84

Menggunakan Modul Pengaturcaraan

4.8 Penutup 85

Page 14: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

xi

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 87

5.2.1 Pencapaian Objektif Pertama 87

5.2.2 Pencapaian Objektif Pertama 89

5.2.3 Pencapaian Objektif Kedua 90

5.2.4 Pencapaian Objektif Ketiga 91

5.2.5 Pencapaian Objektif Keempat 92

5.3 Kesimpulan 93

5.4 Cadangan 95

5.5 Penutup 97

BIBLIOGRAFI 98

LAMPIRAN 104-111

Page 15: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Sampel bagi pengkhususan Sarjana 50

Muda Dan Komputer serta Pendidikan dan

Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan

3.2 Taburan item-item soalan soal-selidik 53

3.3 Taburan bentuk soalan mengikut bahagian 54

3.4 Taburan Skor Mengikut Skala Likert Lima 54

Mata

3.5 Pengelasan Tahap Penggunaan Modul 58

Pembelajaran Kendiri bagi Subjek

Pengaturcaraan Web

3.6 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Kandungan 58

Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Subjek

Pengaturcaraan Web Berasaskan Rekabentuk

Teori Beban Kognitif

3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59

rekaletak gambarajah) Modul Pembelajaran

Kendiri

Page 16: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

xiii

3.8 Penentuan Perbezaan Signifikan 59

4.1 Taburan kekerapan Responden Mengikut Jantina 63

4.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur 64

4.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Kursus 64

4.4 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 65

Pengalaman Mengajar Sebagai Guru Pelatih,

Guru Tetap dan Guru Ganti/Sandaran

4.5 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 65

Tempoh Pengalaman Mengajar

4.6 Penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi 67

Subjek Pengaturcaraan Web

4.7 Tahap penerimaan pelajar terhadap kandungan 71

modul pembelajaran kendiri bagi subjek

pengaturcaraan web berasaskan rekabentuk teori

beban kognitif

4.8 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat 75

dan rekaletak gambarajah) modul pembelajaran

kendiri

4.9 Perbezaan signifikan antara kursus pelajar 78

terhadap penggunaan MPK dengan

Menggunakan LSD

Page 17: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

xiv

SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Pengkelasan Modul 17 2.2 Prosedur Pembentukan Modul 23 2.3 Proses Maklumat dalam Minda Manusia 30

2.4 Model Teras-Cabang 37

2.5 Paparan teks di kiri visual 39

2.6 Paparan teks di antara teks 40

2.7 Paparan visual di bawah teks 41

2.8 Reka bentuk screen capture sebahagian 42

3.1 Carta Alir Kajian 47

Page 18: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

xv

SENARAI SIMBOL

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi MPK - Modul Pembelajran Kendiri PB - Pembelajaran Bermodul P&P - Pengajaran dan Pembelajaran SPI - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Islam) SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) SPL - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (TESL) SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) SPS - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Sukan) SPSS - Statistical Package For Social Science SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik) UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Kajian Rintis(output) 104 B Borang Soal Selidik 106

Page 20: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Selaras dengan hasrat Negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020,

Malaysia berusaha untuk menjadikan semua sekolah rendah dan sekolah menengah di

seluruh Malaysia menjelang 2010 Sekolah Bestari. Dengan ini, berlakunya satu

perubahan pesat terhadap sistem pendidikan negara. Lebih-lebih lagi dari segi

penggunaan teknologi maklumat yang kini menjadi satu trend penggunaan yang penting

yang diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Sistem pendidikan kini yang berubah daripada pembelajaran secara menghafal

kepada bentuk pembelajaran yang merangsangkan pemikiran dan kreativiti, dengan

mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2001).

Page 21: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

2

Menurut Shahrom(1993) pula, salah satu cara untuk menangani masalah para

pendidik yang tidak dapat lari dari masalah perbezaan setiap individu adalah dengan

menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan kebolehan

seseorang pelajar. Lebih-lebih lagi, untuk mengajar subjek komputer merupakan subjek

susah bagi para pelajar. Ini adalah demikian kerana kebanyakan buku-buku komputer

adalah dari luar negara.

Bagi mengalami persekitaran pembelajaran yang seronok dan berkesan,

penggabungjalin teknologi dan pedagogi akan memberi sokongan kepada perkembangan

kognitif khususnya memori, kefahaman, motivasi dan minat serta tumpuan para pelajar.

Dalam pada itu, pelajar perlu aktif menggunakan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran untuk menguasai kemahiran Sesuatu subjek yang diajar oleh guru dengan

lebih cepat, mewujudkan budaya pengunaan IT yang produktif serta mencabar.

Peranan guru akan menjadi lebih kompleks dan melibatkan juga perkembangan

individu dan minat mereka sendiri. Perkembangan masa kini dan keperluan masa

hadapan memerlukan penyusunan semula struktur pendidikan guru bagi menampung

perubahan ini dari segi kemahiran-kemahiran baru, sikap baru dan pengetahuan baru

(Abdul Rahim 1992).

Oleh itu, persediaan guru-guru pelatih ke arah menggunakan teknologi

maklumat amat dipentingkan pada masa ini. Pendidikan dan latihan guru yang

sistematik merupakan langkah penting untuk memastikan kemahiran dan pengetahuan

teknologi baru di dalam kurikulum di sekolah dapat diimplementasikan. (Mohd Majid,

1997).

Page 22: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

3

Selain itu, bahan pengajaran yang terancang serta sistematik diperlukan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan lagi keberkesanan semasa

penggunaannya. Salah satu kaedah yang boleh digunakan ialah penggunaan modul

pembelajaran kendiri.

Modul pembelajaran kendiri mengandungi penerangan yang berkesan dengan

bantuan rekabentuk grafik, rajah yang berwarna-warni, nota dan langkah-langkah

penerangan berupaya membantu para pelajar menguasai sesuatu topik dengan keadaan

mengalami keseronokan semasa belajar.

1.2 Latar belakang Masalah

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel

dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran

yang diajar. Walau bagaimanapun, pembelajaran harus dijalankan secara ‘hands-on’ di

mana pelajar mempraktikkan teoritikal kepada praktikal. Untuk itu, pelajar memerlukan

modul ringkas untuk menjalankan praktikal sekarang ini. Namun, pelajar menghadapi

masalah dalam penggunaan modul pembelajaran kendiri itu tersendiri.

Untuk mengatasi masalah ini, mereka boleh membangunkan laman web untuk

memberi peluang kepada para pelajar untuk menguasai topik-topik tertentu dan para

guru pula menjadi fasilitator. Oleh itu, guru pelatih perlu menanamkan minat dalam

menguasai kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan web.

Page 23: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

4

Bahasa pengaturcaraan merupakan elemen yang penting kepada kemajuan dunia

sains komputer. Di samping mengekalkan pendekatan sistem pembelajaran masa kini,

seseorang pelajar boleh mengatasi masalah beban kognitif dengan adanya penggunaan

modul pembelajaran kendiri (MPK).

Mengikut Kamdi Kamil(1990), menyatakan bahawa dengan menggunakan MPK

pelajar dapat membuat sesuatu aktiviti yang telah dirangka dan diprogramkan selaras

dengan keupayaan dan kebolehan pelajar serta menarik minat dan memberi motivasi

dalam subjek tertentu.

Pelajar yang mengikuti kursus pendidikan dengan komputer di Universiti

Teknologi Malaysia perlu menguasai bahasa pengaturcaraan II dan III di mana ia

merupakan nadi ilmu dalam sains komputer. Salah satu cara menguasai ilmu-ilmu ini

ialah dengan melatih diri iaitu secara “hands on” untuk memahirkan diri. Masalah yang

sering dialami pelajar-pelajar ini ialah gagal memahami konsep bahasa aturcara ini.

Salah satu cara alternatif yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah

dengan menggunakan kaedah Pengajaran Bermodul dengan menggunakan modul

pembelajaran kendiri.

1.3 Pernyataan Masalah

Di Universiti Teknologi Malaysia, subjek pengaturcaraan III ditawarkan kepada

pelajar tahun 3 di Fakulti Pendidikan di bawah Jabatan Multimedia bagi menyediakan

mereka untuk pembangunan multimedia berasaskan web di tahun 4. Pelajar kursus

pendidikan dengan teknologi ini seringkali menggunakan bahan-bahan dan buku-buku

Page 24: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

5

luar negara sebagai rujukan semasa menggunakan perisian untuk pembangunan laman

web.

Mereka seringkali menghadapi masalah dalam memahami isi kandungan bahan

rujukan tersebut yang menggunakan laras bahasa yang agak tinggi dan sudah tentu

semua bahan tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris yang mana ini merupakan satu lagi

masalah kepada pelajar untuk memahami bahasa tersebut yang menggunakan istilah

yang mungkin susah untuk difahami.

Justeru itu, sebuah modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi subjek

Pengaturcaraan web telah dibina berasaskan teori beban kognitif yang diasaskan oleh

John Sweller(1988 ). Walau bagaimanapun, penerimaan pelajar terhadap penggunaan

modul pembelajaran kendiri ini perlu diambil berat agar tidak membebankan pelajar

ketika menggunakan modul ini.

Oleh yang demikian, penyelidik ingin melihat sejauh manakah penerimaan

pelajar terhadap penggunaan dan rekabentuk modul pembelajaran kendiri ini terhadap

beban kognitif pelajar.

1.4 Objektif Kajian :

(a) Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul

pembelajaran kendiri bagi subjek pengaturcaraan web berasaskan

rekabentuk teori beban kognitif.

Page 25: PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN · PDF fileProses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan ... 3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59 rekaletak

6

(b) Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap rekabentuk (susunan kandungan

maklumat dan rekaletak gambarajah) modul pembelajaran kendiri ini

berdasarkan kepada ciri rekabentuk teori beban kognitif.

(c) Mengenalpasti perbezaan yang signifikan antara kursus pelajar terhadap

penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi subjek pengaturcaraan web

berasaskan rekabentuk teori beban kognitif.

(d) Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa

menggunakan modul tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

(a) Sejauh manakah tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul

pembelajaran kendiri bagi subjek pengaturcaraan web berasaskan

rekabentuk teori beban kognitif?

(b) Apakah persepsi pelajar terhadap rekabentuk (susunan kandungan

maklumat dan rekaletak gambarajah) modul pembelajaran kendiri ini

berdasarkan kepada ciri rekabentuk teori beban kognitif?

(c) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kursus pelajar terhadap

penggunaan MPK bagi subjek pengaturcaraan web berasaskan

rekabentuk teori beban kognitif?

(d) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa

menggunakan modul dalam pengajaran dan pembelajaran?