21
PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK PELAJAR PENGHARGAAN Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya terhasillah Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdullah bin Sulong selaku penyelia projek yang telah banyak memberi bimbingan, dorongan, tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selain itu, terima kasih diucapkan buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Seterusnya, buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu menyumbangkan idea dan bahan sampingan.

Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

PENGARUH MEDIA ELEKTRONIK TERHADAP KERUNTUHANAKHLAK PELAJAR

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan sekalian Alam. Selawat

dan salam ke atas Rasul junjungan Muhammad S.A.W. Setinggi kesyukuran

dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya terhasillah

Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdullah bin

Sulong selaku penyelia projek yang telah banyak memberi bimbingan, dorongan,

tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Selain itu, terima kasih diucapkan buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian

Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan

sokongan. Seterusnya, buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu

menyumbangkan idea dan bahan sampingan.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

baik secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan projek ini.

Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah

S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua

pembaca.

Page 2: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh dan hubungan yang wujud antara media

elektronik dengan keruntuhan akhlak pelajar. Fokus kajian meliputi pemerhatian

terhadap kandungan bahan-bahan yang ditayangkan, penayangan waktu siaran,

pemantauan ibu bapa, dan penampilan personaliti televisyen. Kajian ini dijalankan di

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Satu set soal selidik yang

mengandungi 33 item telah diedarkan kepada 91 responden daripada tiga kursus

yang dipilih sebagai responden kajian. Walau bagaimanapun, hanya 87 responden

yang mengembalikan. Ianya dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai

kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan Statistical Package For Social

Science (SPSS) versi 13.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai

Cronbach’s Alpha 0.808. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan

bahawa kecenderungan responden terhadap permasalahan akhlak membabitkan

pelajar adalah sederhana iaitu pada tahap min 3.50. Di samping itu, kandungan

bahan-bahan yang ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan

penampilan personaliti televisyen berada pada tahap min yang sederhana iaitu

masing-masing 3.50, 3.10, 3.59, dan 3.28. Analisis secara inferensi dilakukan

menggunakan pekali korelasi Pearson (r) dan regrasi (r2) untuk melihat hubungan

dan pengaruh yang wujud antara kedua-dua angkubah. Faktor-faktor media

elektronik memberikan input yang besar terhadap keruntuhan akhlak pelajar

berdasarkan kandungan bahan-bahan yang ditayangkan dengan nilai r = 0.925, r2 =

0.855, penayangan waktu siaran dengan nilai r = 0.764, r2 = 0.584, pemantauan ibu

bapa dengan nilai r = 0.853, r2= 0.727, dan penampilan personaliti televisyen dengan

nilai r = 0.798, r2= 0.637.

Page 3: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan industri media amat dirasai pada pertengahan abad 1990an

apabila kerajaan telah mengubah dasarnya terhadap perkhidmatan penyiaran, dengan

pindaan akta penyiaran yang membolehkan wujudnya siaran televisyen satelit.

Begitu juga dipertengahan tahun 1990an, didapati perubahan dasar kerajaan yang

memberikan lesen untuk mengendalikan perkhidmatan siaran kepada beberapa

stesyen televisyen dan radio swasta bagi merancakkan lagi perkembangan media

massa di Malaysia. Hasilnya, media menjadi penyumbang utama kepada corak

kehidupan belia hari ini (Samsudin A.Rahim, 1998 : 92).

Media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi

sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek

kehidupan manusia. Ini kerana, media berperanan dalam membina identiti bangsa

dan budaya untuk pembangunan keseluruhannya. Di peringkat budaya, media massa

di harap supaya menjadi jambatan penting bagi mewujudkan dialog antara agama

dan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara agar ia menjadi semakin penting

kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan.

2

Oleh itu, pelbagai kemudahan sosial dan budaya disalurkan melalui

televisyen, VCD, majalah, buku cerita, radio, telefon bimbit, internet, dan lain-lain

kemudahan yang sedia ada. Media massa bukan sahaja merupakan saluran maklumat

bagi memperolehi hiburan dan pengetahuan, tetapi juga mencorakkan pelbagai

tingkah laku sosial, budaya, perkembangan personaliti dan seterusnya memperkasa

kendiri individu sama ada ke arah positif ataupun sebaliknya. Justeru, pengaruh

Page 4: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

negatif media massa yang terdiri daripada media cetak dan media elekronik ini

sebenarnya secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku masyarakat.

Fenomena hari ini menyaksikan kewujudan pengaruh media massa seperti

media cetak dan media elektronik dilihat sebagai punca yang menyebabkan akhlak

belia pincang dan rosak. Hal ini disebabkan, belia kini lebih berminat menonton

televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer sama ada bermain

‘game’ komputer atau melayari internet daripada bersemuka dengan ibu bapa dan

ahli keluarga. Secara tidak langsung, keasyikan ini menyebabkan pelajaran, kerja

rutin harian dan tanggungjawab lain diabaikan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejak kebelakangan ini, isu-isu sosial yang berkaitan dengan remaja

seringkali disiarkan di dada akhbar dengan pelbagai berita dan cerita tentang

kenakalan serta jenayah yang dilakukan oleh remaja. Secara tidak langsung seolaholah

telah munculnya kegawatan moral atau "moral panic" apabila isu berkaitan ini

dianggap mencerminkan identiti golongan muda keseluruhannya. Adakah benar

bahawa zaman remaja merupakan zaman yang penuh dengan pergolakan emosi, hasil

daripada pelbagai tekanan? Walau bagaimanapun, zaman remaja orang dewasa tidak

sama dengan zaman remaja sekarang. Banyak perubahan telah berlaku dan

mengubah persekitaran sosialisasi remaja.

Keruntuhan moral serta krisis nilai yang dihadapi oleh generasi sekarang

adalah disebabkan oleh kurangnya teladan yang baik yang boleh dijadikan asas

3

pedoman dalam memilih jalan dan gaya hidup ke arah kesempurnaan, berhemah, dan

bermoral tinggi. Pembentukan watak remaja banyak dipengaruhi oleh media massa

Page 5: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, filem, telefon, papan iklan, dan pelbagai

jenis lagi yang memaparkan beraneka bentuk informasi, berita, dan mesej. Justeru,

kesilapan dalam memilih bentuk hiburan boleh menjadikan manusia ketandusan

akhlak dan mudah terikut-ikut dengan budaya yang diserapkan oleh musuh-musuh

Islam yang akan menyebabkan generasi akan datang semakin rosak akhlak dan

budayanya.

Setiap hari televisyen misalnya, televisyen menayangkan filem-filem yang

berlatar belakangkan budaya dan masyarakat asing. Adegan ganas dan 'panas' dan

segala jenis hiburan sentiasa dipamerkan. Gaya hidup mewah dan "glamor"

ditonjolkan. Hasilnya, didapati remaja terikut-ikut dengan apa yang dilihat dan

didengar walaupun apa yang dibuat itu bertentangan dengan nilai-nilai agama dan

budaya ketimuran. Anehnya, apa yang diikut itu kebanyakannya bersifat negatif.

Akhirnya, timbul pelbagai tingkah laku sumbang seperti pakaian yang tidak senonoh,

kelakuan kasar dan biadab, tidak menghormati orang tua, bersekedudukan tanpa

nikah antara lelaki dan perempuan, melacur dan sebagainya (Ibrahim Mamat,1997:41

dan 43).

Menurut Yusuf al-Qaradawi dalam Abd. Rahim Abd. Rashid, 1993: 89 dan

90) penjelasannya tentang falsafah moral dan bukan moral menyatakan :

"Masyarakat akan tetap ada selagi moral masih ada. Sebaliknya,

masyarakat akan lenyap dan hancur apabila moral telah tiada

bahkan tidak ada ertinya kehidupan bagi masyarakat tanpa moral.

Moral, akhlak, dan budi pekerti mengikut pandangan agama

umumnya dan agama Islam khususnya mempunyai kedudukan yang

mulia dan tempat yang tinggi. Al-Quran memberikan pujian kepada

Rasulullah s.a.w. dengan menyebutkan bahawa beliau mempunyai

Page 6: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

budi pekerti yang mulia "

4

Dewasa ini, masyarakat dilihat lebih cenderung menerima hiburan yang

terlampau hingga melupakan ajaran Islam dan nilai-nilai murni serta tatasusila

budaya ketimuran. Pengaruh hedonisme begitu menular hingga mewujudkan gejalagejala

yang boleh merosakkan akidah dan akhlak generasi akan datang. Gejala ini

umpama virus yang berbahaya yang boleh menghancurkan generasi bakal pemimpin

negara di masa hadapan. Jika dilihat kepada trend semasa, budaya hedonisme seolaholah

sudah sebati dan bertapak kukuh dalam masyarakat. Budaya yang

mementingkan keseronokan dan kepuasan hawa nafsu menjadi budaya yang dihayati

oleh semua lapisan umur sama ada golongan tua ataupun muda (Fariza Md. Sham

et.al, 2000:53).

Menurut kajian yang dijalankan oleh Prof. Madya. Md. Nor Othman di dalam

Samsudin A.Rahim,1998:102), didapati bahawa berbanding remaja bukan Melayu,

remaja Melayu mempunyai tabiat media yang paling negatif di mana rata-ratanya

lebih sukakan majalah berbentuk murahan dan hiburan seperti URTV, Variapop,

Gila-Gila, Gelihati, Ujang dan sebagainya berbanding dengan majalah yang

berbentuk ilmiah seperti Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, dan

sebagainya. Begitu juga, dengan program-program TV yang ditonton, didapati

mereka lebih meminati program berbentuk hiburan seperti rancangan Melodi, Pop

Kuiz melebihi program yang berbentuk keagamaan dan maklumat semasa.

Senario remaja hari ini amat membimbangkan banyak pihak. Sama ada ia

melibatkan pelajar sekolah atau penuntut Institusi Pengajian Tinggi. Masalah yang

ditimbulkan oleh mereka nyata memberi impak yang sungguh besar kepada

masyarakat. Masalah buli, gengterisme, ketagihan rokok, penagihan dadah,

Page 7: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

menghidu gam, peras ugut dan vandalisme bukan sahaja berlaku di luar sekolah

malah turut berleluasa di tempat yang sepatutnya penghayatan pendidikan itu

berlaku. Selain itu, penggunaan internet disalahgunakan di mana remaja dengan

mudah dapat meneroka laman-laman web seks.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun dan merancang untuk

memperbaiki, memperkukuhkan dan mempertingkatkan dasar pendidikan negara.

Namun visi dan cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah

5

keruntuhan akhlak di kalangan pelajar tidak dapat dibendung. Sesuatu perlu

dilakukan segera untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini bagi membentuk

sahsiah pelajar agar menjadi insan yang berakhlak tinggi. Mantan Ketua Polis

Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Omar di dalam Berita Harian 12 Julai mengatakan bagi

tempoh lima bulan pertama pada tahun 2005, purata 121 pelajar ditangkap setiap

bulan kerana terbabit dalam 1,048 kes jenayah (Samsudian A.Rahim, 1999:125).

Page 8: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

1.3 Pernyataan Masalah

Penyalahgunaan media elektronik boleh mengundang berlakunya pelbagai

kesan terhadap masyarakat terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada

pelajar. Sudah menjadi lumrah peringkat umur remaja mudah terikut dengan budaya

yang melekakan. Tambahan lagi, dengan kepelbagaian media elektronik seperti

televisyen, alat perakam, video, radio/kaset, ‘overhead projector’ (OHP), slaid,

komputer, dan sekarang ini dengan kewujudan telefon bimbit yang dibekalkan

kemudahan 3G secara tidak langsung memberi impak yang kuat kepada akhlak

pelajar.

Akibatnya, berlaku pengimportan budaya asing melalui rancangan-rancangan

yang jelas menunjukkan bahawa perancangan musuh adalah untuk merosakkan

generasi muda agar leka dan asyik dengan hiburan dan hidup dalam keseronokan

yang sementara. Pendedahan kepada hiburan yang keterlaluan menyebabkan

golongan remaja banyak membuang masa tanpa memikirkan hala tuju dan masa

depan. Kesannya, wujud kegilaan yang keterlaluan dan melampau sehingga terikutikut

dengan pembawaan budaya Barat sebagai contohnya kemunculan industri muzik

moden seperti rock, reggae, dan rap.

Di samping itu juga, kerancakan perkembangan teknologi telekomunikasi dan

perkembangan dalam industri serta organisasi media yang memperluaskan liputan di

setiap pelusuk dunia tanpa mempunyai tapisan dan tiada pemantauan yang

sewajarnya daripada pihak yang bertanggungjawab memungkinkan remaja terdedah

6

kepada pengaruh yang negatif. Hal ini kerana, melalui penayangan program di kaca

televisyen sebagai contohnya dilihat banyak mengandungi unsur-unsur yang ditiru

daripada budaya asing.

Page 9: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

Justeru, polemik tentang isu-isu sosial remaja di negara ini sebenarnya hasil

daripada pengaruh industri media. Perkembangan industri media di Malaysia di lihat

telah menunjukkan ke arah memperagakan budaya popular seperti yang berlaku di

negara barat khususnya Amerika Syarikat. Oleh kerana itulah, penggunaan media

perlulah di berikan pemantauan yang sepatutnya bagi mengelakkan penayangan

unsur-unsur yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar.

Situasi permasalahan yang berlaku ini mendorong pengkaji untuk membuat

kajian mengenai “Pengaruh Media Elekronik Terhadap Keruntuhan Akhlak

Pelajar”. Ini kerana mereka merupakan aset dan generasi yang bakal memimpin

negara pada masa akan datang serta masalah-masalah timbul di kalangan mereka

perlu diberi perhatian sewajarnya.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti pengaruh

media elektronik terhadap keruntuhan akhlak pelajar. Secara khususnya objektif

kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Untuk mengenal pasti permasalahan akhlak yang membabitkan

pelajar.

1.4.2 Untuk melihat sejauh mana hubungan media elektronik dalam

menyumbang kepada keruntuhan akhlak.

1.4.3 Untuk mengenal pasti pengaruh media elektronik terhadap masalah

akhlak di kalangan pelajar.

Page 10: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

1.5 Persoalan Kajian

Secara umumnya, kajian ini untuk mengetahui pengaruh media elektronik

terhadap masyarakat khususnya para pelajar. Berdasarkan objektif, diharapkan kajian

ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut:

1.5.1 Apakah permasalahan akhlak yang membabitkan pelajar?

1.5.2 Adakah terdapat hubungan di antara kandungan bahan-bahan yang

ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa dan

penampilan personaliti televisyen dengan keruntuhan akhlak?

1.5.3 Adakah terdapat pengaruh di antara kandungan bahan-bahan yang

ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa dan

penampilan personaliti televisyen menyumbang kepada keruntuhan

akhlak?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini adalah :

Ha 1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kandungan bahan-bahan

yang ditayangkan dengan keruntuhan akhlak pelajar.

8

Ha 2 : Terdapat hubungan yang signifikan antara penayangan waktu siaran

dengan keruntuhan akhlak pelajar.

Ha 3 : Terdapat hubungan yang signifikan antara pemantauan ibu bapa

dengan keruntuhan akhlak pelajar.

Ha 4 : Terdapat hubungan yang signifikan antara penampilan personaliti

televisyen dengan keruntuhan akhlak pelajar.

Page 11: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

Ha 5 : Terdapat pengaruh antara kandungan bahan-bahan yang ditayangkan,

penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan penampilan

personaliti televisyen dengan keruntuhan akhlak pelajar.

1.7 Kepentingan Kajian

Pengkaji sangat berharap melalui kajian yang dilakukan ini dapat

dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam. Antara kepentingan kajian yang dijalankan

ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu :

1.7.1 Membolehkan pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Penerangan,

Kementerian Kesenian dan Kebudayaan serta beberapa kementerian

lain menetapkan spesifikasi rancangan yang akan di tayangan melalui

media elektronik agar bersesuaian terutama bagi golongan remaja.

1.7.2 Kajian ini membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan rancangan

yang hendak ditonton oleh anak-anak mereka agar bersesuaian dan

memberi manfaat kepada anak mereka.

1.7.3 Kajian ini juga diharap dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak

menyalahgunakan penggunaan media elektronik.

Page 12: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

1.8 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini hanya membabitkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah.Batasan kajian hanya tertumpu kepada pengaruh media elekronik sahaja. Dalam skop kajian, pengkaji hanya melihat kepada hubungan serta pengaruh penggunaan media elektronik terhadap keruntuhan akhlak pelajar sebagai aspek kajian. Segala dapatan yang diperolehi adalah bergantung kepada maklumat yang diberikan melalui masa tertentu. Segala keputusan hasil daripada kajian adalah terbatas kepada responden-responden di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah sahaja.

1.9 Definisi/ Istilah

Istilah yang digunakan dalam penulisan ini berhubung dengan istilah-istilah

yang spesifik berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Ini bertujuan untuk

mengelak dari memahami kajian dengan persepsi yang berbeza seperti mana yang

dikehendaki dalam sesuatu kajian. Ia juga membantu pembaca memahami dengan

lebih jelas setiap isu yang dibincangkan. Dalam kajian ini beberapa definisi

digunakan dan berikut merupakan maksud setiap perkataan. Definisi tajuk kajian,

“Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar” adalah seperti

berikut:

1.9.1 Pengaruh :

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1172), perkataan pengaruh

bermaksud kuasa yang terbit daripada orang (benda) atas orang (benda), atau

bermaksud kekuatan batin (ghaib) yang meninggalkan kesan pada orang lain.

Ensiklopedia Global, Jilid 18 (2001:225) mendefinisikan faktor sebagai punca

keadaan yang dapat mempengaruhi dan mengubah sesuatu yang lain. Dalam kajian

ini, pengaruh hanya tertumpu kepada kesan yang wujud antara media elektronik

dengan keruntuhan akhlak pelajar.

1.9.2 Media Elektronik :

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan media elektronik

Page 13: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

sebagai alat atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat

elektron moden seperti radio, televisyen dan lain-lain (Noresah, et.al, 2005: 1011).

Dalam kajian ini, media elektronik diskopkan kepada televisyen, radio, komputer,

internet, dan telefon bimbit.

1.9.3 Keruntuhan :

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005:1356), keruntuhan ialah perihal

runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan. Dalam kajian ini, fokus adalah kepada

keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan pelajar.

1.9.4 Akhlak :

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005: 25), akhlak dalam Bahasa Arab

(jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat. Dalam kajian ini akhlak diertikan

sebagai sikap dan perilaku yang ada pada diri seseorang pelajar tersebut.

1.9.5 Pelajar :

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005:21), pelajar bermaksud orang

yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang

mengaji (menyelidiki ilmu). Dalam kajian ini, fokus pelajar dirujuk sebagai

pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah.

1.10 Penutup

Penggunaan media elektronik seperti televisyen, radio, telefon bimbit,

komputer, dan internet semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya

terhadap golongan remaja yang terdiri daripada para pelajar yang masih kurang

Page 14: Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan

kemampuan dalam menilai kebaikan atau keburukan setiap maklumat yang

diperolehi. Namun, kewujudan kepelbagaian media ini dilihat lebih banyak

mendatangkan pelbagai implikasi negatif berbanding positif kepada masyarakat

terutamanya golongan remaja. Dalam kajian ini, pengkaji telah menentukan objektif

kajian bagi melihat hubungan serta pengaruh media elektronik dalam menyumbang

kepada keruntuhan pelajar. Objektif ditentukan berdasarkan persoalan kajian yang

telah diutarakan. Seterusnya, bab ini akan menjadi panduan kepada pengkaji bagi

menjalankan penyelidikan.