2
PENGENALAN Masyarakat Dusun sangat berpegang dengan adat resam yang menjadi pegangan sejak turun temurun. Bagi masyarakat Dusun, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Adat perkahwinan Dusun merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Dusun. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Dusun yang sebenar. Menurut Kamus Dewan (2010) Adat bermaksud kebiasaan atau aturan-aturan yang menjadi adat atau aturan yang menjadi kebiasaan sejak turun temurun. Adat juaga merupakan hokum dan pembawaan dan sifat atau tabiat yang serasi digunapakai oleh semua gmasyarakat dalam sesuatu tempat. Menurut Gazalba (2003) pula, adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan Gazalba juga menyatakan bahawa etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang, maka kebiasaan itu menjadi adat. Kata majmuk adat ialah adat istiadat. Apabila konsep adat dijadikan istilah Dusun perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan. Konsep adat dalam masyarakat Dusun bukan sahaja bermaksud istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial, kepercayaan dan perundangan. Adat perkahwinan dalam kalangan masayarakat Dusun sekarang ini banyak menggunakan cara moden. Adata yang menjadi turun temurun sudah berkurang sejak peradaban yang melibatkan kepercayaan. Sedikit sebanyak kepercayaan dan agama telab banyak mengubah cara berfikir dan cara kebiasaan masyarakat Kaum Dusun di Kampung Taginambur. Adat perkahwinan yang dahulu telah dimodenkan dengan. Jika adat perkhawinan dahulu melibatkan orang tua-tua, sekarang sudah menjadi

Pengenalan

  • Upload
    tsk

  • View
    19

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pa

Citation preview

PENGENALAN

Masyarakat Dusun sangat berpegang dengan adat resam yang menjadi pegangan sejak turun temurun. Bagi masyarakat Dusun, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.

Adat perkahwinan Dusun merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Dusun. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Dusun yang sebenar.

Menurut Kamus Dewan (2010) Adat bermaksud kebiasaan atau aturan-aturan yang menjadi adat atau aturan yang menjadi kebiasaan sejak turun temurun. Adat juaga merupakan hokum dan pembawaan dan sifat atau tabiat yang serasi digunapakai oleh semua gmasyarakat dalam sesuatu tempat.

Menurut Gazalba (2003) pula, adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan

Gazalba juga menyatakan bahawa etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab Adah yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang, maka kebiasaan itu menjadi adat. Kata majmuk adat ialah adat istiadat. Apabila konsep adat dijadikan istilah Dusun perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan. Konsep adat dalam masyarakat Dusun bukan sahaja bermaksud istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial, kepercayaan dan perundangan.

Adat perkahwinan dalam kalangan masayarakat Dusun sekarang ini banyak menggunakan cara moden. Adata yang menjadi turun temurun sudah berkurang sejak peradaban yang melibatkan kepercayaan. Sedikit sebanyak kepercayaan dan agama telab banyak mengubah cara berfikir dan cara kebiasaan masyarakat Kaum Dusun di Kampung Taginambur.

Adat perkahwinan yang dahulu telah dimodenkan dengan. Jika adat perkhawinan dahulu melibatkan orang tua-tua, sekarang sudah menjadi ikutan ramai orang muda yang berkahwin di hadapan saksi sahaja. Malah ada yang tidak sanggup mengikuti adat perkahwinan ini dan mengambil cara mudah dengan kahwin lari di negara lain. Masalah akan timbul jika tidak dibendung.

Definisi perkawinan menurut Manniseh (2013) pula, ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.

Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.