11
1.0 PENGENALAN Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud: "Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Akhlak berasal dari perkataan al-khuluq. Al-khuluq bererti tabiat atau tingkah laku. Akhlak yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dalam hadisnya yang bermaksud :"Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia". Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : "Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik)." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Pengenalan - Copy

Embed Size (px)

DESCRIPTION

qwe

Citation preview

Page 1: Pengenalan - Copy

1.0 PENGENALAN

Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa

rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.

Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua

tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan

kembali ke rahmatullah di Madinah.  Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi

umat manusia oleh orang Islam, Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam

setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat

bagi sekalian alam."

Akhlak berasal dari perkataan al-khuluq. Al-khuluq bererti tabiat atau tingkah laku. Akhlak

yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah

Sallallahu'alaihiwasallam dalam hadisnya yang bermaksud :"Sesungguhnya aku diutuskan

hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia".

Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : "Tiada sesuatu yang lebih berat

dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik)."

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Aisyah r.ha. berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Sesungguhnya

seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti

orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam'." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada

nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak.

Page 2: Pengenalan - Copy

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi

iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan." (Hadis

riwayat Ad-Dailami).

Jabir ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang

sangat saya kasihi dan terdekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang terbaik

akhlaknya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh dariku pada hari kiamat nanti

adalah orang yang banyak bicara, sombong dalam pembicaraannya, dan berlagak

menunjukan kepandaiannya." (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya

demi mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih

dahulu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat terpuji. Islam

benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan, kelapangan dan

ketenteraman. Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat,

pembawaan dan keadaan dalam jiwanya.

Para nabi dan rasul merupakan manusia pilihan utusan Allah untuk memimpin dan

mambimbing manusia ke jalan yang benar. Nyatalah para nabi dan rasul merupakan

pemimpin contohan dan mercu tanda sejarah ketamadunan manusia. Dalam koteks yang

lebih khusus, nabi Muhammad (SAW) merupakan nabi dan rasul yang terakhir dan penghulu

para nabi dan rasul, tentunya mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama yang

berkaitan dangan hal-hal kepimpinan. Sebagai pemimpin yang unggul, sirah kehidupan

baginda sering disorot oleh ramai penulis sejak zaman dahulu lagi hingga sekarang, sama

ada oleh sarjana Islam atau bukan Islam. Maka itu, tidak menghairankan jikalau Michael H.

Hart (1978) telah meletakkan Rasulullah (SAW) sebagai manusia “pertama” dalam senarai

manusia yang dianalisisnya sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah

ketamadunan dunia. Kepada umat Islam, tentunya kedudukan baginda lebih istemewa

Page 3: Pengenalan - Copy

kerana baginda merupakan “qudwah” kepada umat Islam dalam segenap demensi

kehidupan. 

Perilaku Rasulullah saw adalah suri teladan bagi umat manusia. Ketinggian budi pekerti

beliau disebutkan dalam Al-Quran sebagai berikut:

Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Q.S. al-Qalam [68]:4)

Meneladani akhlak terpuji Rasulullah saw merupakan kewajiban bagi setiap muslim.

Membiasakan ahklak terpuji dalam kehidupan sehari-hari, termasuk salah satu bukti cinta

kita kepada Rasulullah saw.

Nabi Muhammad SAW merupakan seorang yang amat bersopan dalam bertutur kata, jujur,

tidak pernah berdusta serta luhur budi pekertinya. Hal inilah yang membuat kita mengagumi

Baginda. Sehingga ke hari ini, Baginda SAW dikagumi ramai orang di seluruh pelosok dunia

kerana keperibadian Baginda yang amat luar biasa.Michael H.Hart di dalam bukunya ‘The

100: A Ranking of the Most Influential Persons in History’ meletakkan Rasulullah SAW

sebagai manusia paling berpengaruh di dunia di kalangan 100 orang manusia paling

berpengaruh di dalam sejarah dunia.

Beliau mempunyai perilaku dan akhlak yang sangat mulia terhadap sesama manusia,

khususnya terhadap umatnya tanpa membezakan atau memandang seseorang dari status

sosial, warna kulit, suku bangsa atau golongan. Beliau selalu berbuat baik kepada siapa

saja bahkan kepada orang jahat atau orang yang tidak baik kepadanya. Oleh kerana itu

tidak menghairankan kerana di dalam Al-Quran, beliau disebut sebagai manusia yang

memiliki akhlak yang paling agung.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi

orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut

Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)

Page 4: Pengenalan - Copy

Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu

hendaklah kita mempelajari sifat-sifat Baginda iaitu Siddiq, Amanah Tabligh dan Fathonah.

2.0 AKHLAK RASULULLAH

SIDDIQ

Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang

yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat

pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi

membawa wahyu dan agamanya.

Pada diri Rasulullah SAW, bukan hanya perkataannya yang benar, malah perbuatannya

juga benar, yakni sejalan dengan ucapannya. Jadi mustahil bagi Rasulullah SAW itu bersifat

pembohong, penipu dan sebagainya.

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya.

Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (QS An-Najm: 4~5)

AMANAH

Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya,

nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh

kerana itulah penduduk Makkah member gelaran kepada Nabi Muhammad SAW dengan

gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud ‘terpercaya’, jauh sebelum beliau diangkat jadi seorang

Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk Makkah kerana

beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.

Page 5: Pengenalan - Copy

“Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi

nasihat yang terpercaya bagimu.” (QS Al-A'raaf: 68)

Mustahil Rasulullah SAW itu berlaku khianat terhadap orang yang memberinya amanah.

Baginda tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Rasul atau sebagai pemimpin

bangsa Arab untuk kepentingan peribadinya atau kepentingan keluarganya, namun yang

dilakukan Baginda adalah semata-mata untuk kepentingan Islam melalui ajaran Allah SWT.

Ketika Nabi Muhammad SAW ditawarkan kerajaan, harta, wanita oleh kaum Quraisy agar

beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan agama Islam, Baginda menjawab:

”Demi Allah… wahai pakcik, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan

kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak

akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku hancur

kerananya”……

Meskipun kaum kafir Quraisy mengancam membunuh Baginda, namun Baginda tidak gentar

dan tetap menjalankan amanah yang dia terima. Setiap orang Muslim sepatutnya memiliki

sifat amanah seperti Baginda SAW.

TABLIGH

Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia,

disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung

Baginda sendiri.

“Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan

risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia

menghitung segala sesuatu satu persatu.” (QS Al-Jin: 28)

Page 6: Pengenalan - Copy

“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta

kepadanya.” (QS 'Abasa: 1~2)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah (QS 'Abasa: 1) turun berkenaan

dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah SAW sambil berkata:

“Berilah petunjuk kepadaku, ya Rasulullah.” Pada waktu itu Rasulullah SAW sedang

menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling

daripadanya dan tetap melayani pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata:

“Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?” Rasulullah menjawab: “Tidak.” Maka

ayat ini turun sebagai teguran di atas perbuatan Rasulullah SAW. (Diriwayatkan oleh at-

Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber dari ‘Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya’la yang

bersumber dari Anas.)

Sebetulnya apa yang dilakukan Rasulullah SAW itu menurut standard umum adalah hal

yang wajar. Ketika sedang berbicara di depan umum atau dengan seseorang, tentu kita

tidak suka diganggu oleh orang lain. Namun untuk standard Nabi, itu tidak cukup. Oleh

kerana itulah Allah SWT telah menegur Baginda SAW.

Sebagai seorang yang tabligh, meski ayat itu menyindirnya, Nabi Muhammad SAW tetap

menyampaikannya kepada kita. Itulah sifat seorang Nabi. Jadi, mustahil Nabi itu ‘kitman’

atau menyembunyikan wahyu.

FATHONAH

Fathonah ertinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul itu bersifat bodoh atau jahlun.

Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu

hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.

Page 7: Pengenalan - Copy

Baginda SAW harus mampu menjelaskan firman-firman Allah SWT kepada kaumnya

sehingga mereka mahu memeluk Islam. Nabi juga harus mampu berdebat dengan orang-

orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya.

Apatah lagi Baginda mampu mengatur umatnya sehingga berjaya mentransformasikan

bangsa Arab jahiliah yang asalnya bodoh, kasar/bengis, berpecah-belah serta sentiasa

berperang antara suku, menjadi satu bangsa yang berbudaya dan berpengetahuan. Itu

semua memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.

Penampilan Diri Rasulullah S.A.W

Penampilan Rasulullah,Nabi yang Allah suka iaitu merapi,menjaga dan memanjangkan janggut dan

memendekkan misai.

Berdasarkan hadith yang menceritakan akan perlakuan Rasulullah S.A.W yang mana pada diri setiap Rasul itu

ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta iaitu Allah s.w.t

Apabila Rasulullah S.A.W menoleh, akan menoleh dengan semua badannya, kemudian, pandangannya sering

tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang

baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya dan

selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Apabila Rasulullah S.A.W  berjalan pula, dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak

seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan

adalah panjang-panjang seperti orang yang melangkah di atas jurang,

Menurut riwayat lagi, Rasulullah S.A.W itu kelihatannya berada ‘dalam kerisauan ummat’

sentiasa banyak berfikir, dan tidak suka menbazir masa.

Rasullullah S.A.W adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada keperluan, atau hal

penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut, kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak

Page 8: Pengenalan - Copy

berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak 3 kali.

Rasulullah S.A.W tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak

pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila

sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, Baginda Rasullullah S.A.W tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk

kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa

takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak

tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,

Di waktu marah, baginda Rasullullah S.A.W  terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila

baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda

ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap Rasul

yang mempunyai ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta tujuh

lapisan langit dan bumi Allah S.W.T

Dakwah atau perbuatan membawa manusia kepada Allah S.W.T oleh Rasulullah S.A.W menjadi maksud dan

tujuan kepada manusia seluruh alam,hingga ke akhir zaman.