9
1. PENGENALAN Sejak dahulu sewaktu landasan kereta api mula digunakan sehingga sekarang, kereta api merupakan pengangkutan darat utama untuk perkhidmatan kargo dan penumpang pada sebarang jarak. Kebenaran ini tidak dapat disangkal lagi apabila di negara India contohnya perkhidmatan kereta api merupakan perkhidmatan paling lama dan sentiasa serta masih digunakan hingga ke hari ini. Salah satu faktor bandar baru dan kegiatan industri semakin maju ialah penggunaan perkhidmatan kereta api laju membolehkan pekerja tinggal jauh dari tempat kerja. Sejajar dengan keperluan ini maka komuter diperkenalkan di Malaysia. KTM Komuter merupakan satu sistem pengangkutan awam yang memulakan perkhidmatannya pada pertengahan Ogos 1995 bertujuan memberi khidmat memuaskan dan mengatasi kesesakan lalu lintas di Lembah Klang. Komuter kini bergerak di atas landasan sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Seremban dan dari Batu Caves ke Pelabuhan Klang dengan membawa hampir 60,000 penumpang setiap hari. Pada permulaan projek kereta api komuter ia berhadapan dengan beberapa halangan disebabkan masalah penyediaan infrastruktur. Berbeza dengan perkhidmatan kereta api yang sedia ada, kereta api komuter menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan ini memerlukan kepakaran khusus yang perlu dibawa masuk daripada luar negeri, terutamanya India. Sepanjang tempoh percubaan berlaku beberapa masalah kecil yang selalunya berpunca daripada aliran kuasa elektrik. Tetapi kini kesemua masalah itu telah dapat diatasi dan komuter merupakan salah satu satu sistem pengangkutan awam yang cukup istimewa di Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu. Keretapi Tanah Melayu Berhad melaksanakan projek komuter bermula dengan hanya empat tren. Jumlah tren itu kemudiannya ditambah secara beransur-ansur sehinggakan pada 2006, KTMB mempunyai 62 tren setiap satu membawa tiga gerabak yang dibekalkan tiga negara utama iaitu Korea Selatan, Austria dan Afrika Selatan.

Pengenalan komuter

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengenalan komuter

1. PENGENALAN

Sejak dahulu sewaktu landasan kereta api mula digunakan sehingga sekarang,

kereta api merupakan pengangkutan darat utama untuk perkhidmatan kargo dan

penumpang pada sebarang jarak. Kebenaran ini tidak dapat disangkal lagi apabila di

negara India contohnya perkhidmatan kereta api merupakan perkhidmatan paling

lama dan sentiasa serta masih digunakan hingga ke hari ini.

Salah satu faktor bandar baru dan kegiatan industri semakin maju ialah

penggunaan perkhidmatan kereta api laju membolehkan pekerja tinggal jauh dari

tempat kerja. Sejajar dengan keperluan ini maka komuter diperkenalkan di Malaysia.

KTM Komuter merupakan satu sistem pengangkutan awam yang memulakan

perkhidmatannya pada pertengahan Ogos 1995 bertujuan memberi khidmat

memuaskan dan mengatasi kesesakan lalu lintas di Lembah Klang. Komuter kini

bergerak di atas landasan sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Seremban dan dari

Batu Caves ke Pelabuhan Klang dengan membawa hampir 60,000 penumpang setiap

hari.

Pada permulaan projek kereta api komuter ia berhadapan dengan beberapa

halangan disebabkan masalah penyediaan infrastruktur. Berbeza dengan perkhidmatan

kereta api yang sedia ada, kereta api komuter menggunakan kuasa elektrik

sepenuhnya dan ini memerlukan kepakaran khusus yang perlu dibawa masuk daripada

luar negeri, terutamanya India. Sepanjang tempoh percubaan berlaku beberapa

masalah kecil yang selalunya berpunca daripada aliran kuasa elektrik. Tetapi kini

kesemua masalah itu telah dapat diatasi dan komuter merupakan salah satu satu sistem

pengangkutan awam yang cukup istimewa di Malaysia yang dikendalikan oleh

syarikat Keretapi Tanah Melayu.

Keretapi Tanah Melayu Berhad melaksanakan projek komuter bermula dengan

hanya empat tren. Jumlah tren itu kemudiannya ditambah secara beransur-ansur

sehinggakan pada 2006, KTMB mempunyai 62 tren setiap satu membawa tiga

gerabak yang dibekalkan tiga negara utama iaitu Korea Selatan, Austria dan Afrika

Selatan.

Kereta api Komuter beroperasi pada kelajuan 120 kilometer sejam merentasi

bandar raya Kuala Lumpur setiap 15 minit pada masa sibuk dan di antara 20 hingga

Page 2: Pengenalan komuter

30 minit sewaktu kurang sibuk. Perkhidmatan komuter yang cemerlang memastikan

para penumpang dapat sampai ke destinasi tepat pada masanya pada kadar tambang

yang murah. Populariti komuter dapat dilihat daripada jumlah penumpang yang

menggunakan perkhidmatan itu yang mencapai 98 peratus setiap hari, manakala pada

masa sibuk kadar ini mencapai hingga 100 peratus.

Pertukaran antara kedua-dua laluan tersebut boleh dilakukan di stesen KL

Sentral, stesen keretapi lama Kuala Lumpur, Stesen Komuter Bank Negara dan Stesen

Komuter Putra. Di pertukaran KL Sentral dan Putra, penumpang perlu menaiki tangga

atau eskalator untuk ke platform, manakala di stesen lama pertukaran boleh dibuat di

platform yang sama.

KTM Komuter dipuji kerana telah membolehkan capaian lebih mudah ke

pusat beli-belah dan pusat rekreasi. Pada 2004, Stesen Komuter Mid Valley popular

kerana dibina berdekatan Mid Valley Megamall. Stesen Komuter Subang Jaya pula

berdekatan dengan Subang Parade dan cawangan Carrefour di bandar tersebut.

Bayaran tambang pula, para penumpang hanya perlu membayar sembilan sen

sekilometer bagi setiap 45 kilometer pertama, manakala bagi 45 kilometer berikutnya

penumpang hanya perlu membayar enam sen setiap kilometer pada tahun 2006.

Umpamanya bagi penumpang yang menaiki komuter dari Subang ke stesen Kuala

Lumpur hanya perlu membayar RM1.40 sen, manakala tambang dari Kuala Lumpur

ke stesen Nilai, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

(KLIA), ialah RM7. Manakala tambang untuk kanak-kanak antara empat dan 12

tahun ialah 50 peratus tambang orang dewasa. Nilai tambang ini dianggap antara yang

termurah di dunia.

Selain itu, bagi mereka yang kerap menggunakan komuter untuk ke tempat

kerja dan sebagainya, KTMB menyediakan bonus khas. Bermula pada Februari 1998

lalu, KTMB memperkenalkan tiket perjalanan berganda atau multiple trip tickets.

Dengan menggunakan sistem ini penumpang boleh membeli tiket 12 perjalanan atau

24 perjalanan dan menerima potongan sebanyak 20 peratus atau lebih.

Dalam perancangan masa hadapan pula, KTMB merancang untuk membina

landasan keretapi berkembar elektrik ke Bandaraya Melaka yang menghubungkan

Stesen KTMB Pulau Sebang dekat Alor Gajah hingga ke Bandaraya Melaka. Projek

Page 3: Pengenalan komuter

ini dapat sokongan padu Kerajaan Negeri Melaka dan hanya menunggu kelulusan

daripada Kerajaan Persekutuan. Bekas landasan keretapi lama di Melaka akan

digunakan semula.

Dengan adanya landasan baru ini masa perjalanan boleh dipendekkan di

samping memberi keselesaan kepada penumpang. Melihatkan kejayaan dan kemajuan

yang telah ditunjukkan sistem komuter, ia benar-benar menjadi suatu sistem

pengangkutan moden paling berkesan di negara ini dan telah menepati motonya iaitu:

"Pantas Merentas Masa".

Kemudahan pengangkutan awam merupakan salah satu aspek yang penting

dalam pembangunan sesuatu kawasan termasuklah di KL Sentral. Bilangan pengusaha

yang ada serta keadaan infrastruktur pengangkutan yang ada, dari segi kawasan

operasi, harga dan mod pengangkutan yang disediakan memainkan peranan dalam

memenuhi kehendak pelanggan. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk

mengetahui tentang faktor penduduk di sekitar kawasan kajian menggunakan komuter

sebagai pengangkutan awam utama. Keberkesanan dari segi pengangkutan awam juga

mampu untuk menarik lebih ramai pengguna agar ia boleh dijadikan sebagai satu

pilihan selain dari menggunakan kenderaan sendiri untuk keluar dari kawasan ini.

2. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif seperti berikut:

2.1 Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk meninjau dan mengenalpasti

faktor penduduk di sekitar KL Sentral menggunakan komuter sebagai

pengangkutan utama.

2.2 Mengenalpasti kehendak atau keperluan pengguna dan masalah yang dihadapi.

2.3 Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya selain memberi saya pendedahan

untuk mengenali dan memahami asal usul tentang pengangkutan awam utama di

Kuala Lumpur iaitu Komuter.

Page 4: Pengenalan komuter

3. LOKASI KAJIAN

Kajian ini akan tertumpu di sekitar Stesen KL Sentral. Tempoh pengumpulan

data adalah selama 1 minggu. la akan difokuskan kepada pengguna pengangkutan

awam iaitu komuter sahaja kerana faktor kekangan masa. Jumlah responden yang

diperlukan adalah seramai 15 orang yang mana merangkumi hampir semua golongan

tanpa mengira kaum, jantina, pekerjaan, pendapatan yang menggunakan

perkhidmatan pengangkutan awam ini. Walaubagaimanapun sebanyak 20 set soalan

akan diedarkan setelah mengambil kira beberapa kemungkinan untuk mengelakkan

masalah kekurangan jumlah responden sebenar. Cuma had umur sahaja yang

diambilkira dalam pemilihan responden dengan had umur minima ialah 18 tahun.

Masalah yang mungkin dihadapi mungkin kurangnya kerjasama dari responden,

batasan masa, dan mungkin juga aspek kewangan.

(masukkan foto/gambar lokasi (peta) dan sebagainya)

4. KAEDAH KAJIAN

4.1 Kaedah Soal Selidik

Melalui kaedah soal selidik, saya telah menemu bual pengguna komuter dari

Stesen KL Sentral untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.

(masukkan jumlah responden sekurang kurangnya 10 0rg)

4.2 Kaedah Lawatan dan Pemerhatian

Saya telah melawat kawasan kajian iaitu Stesen KL Sentral untuk mengkaji

tentang sebab penduduk di sekitar Kuala lumpur lebih memilih komuter sebagai

pengangkutan dari bas dan kenderaan sendiri seperti kereta dan motosikal.

4.3 Kaedah Muat Turun Internet

Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita

dengan melayari laman sesawang institusi yang dikaji malah turut memuat turun

bahan yang terdapat sebagai rujukan.

Page 5: Pengenalan komuter

BAHAGIAN A (Maklumat Personel)

Arahan : Sila tandakan (/) pada satu pilihan jawapan sahaja. Semua maklumat individu

adalah sulit. Kerjasama Tuan/Puan amatlah dihargai.

1. Jantina

[ ] Lelaki [ ] Perempuan

2. Umur

[ ] < 18 tahun

[ ] 18 - 30 tahun

[ ] 31 – 45 tahun

[ ] > 45 tahun

3. Etnik / Kaum

[ ] Melayu [ ] Cina [ ] India [ ] Lain-lain

4. Kekerapan anda menggunakan komuter dalam sebulan?

[ ] 1-5 kali

[ ] 6-10 kali

[ ] 11-15 kali

[ ] 16-20 kali

[ ] > 21 kali

Page 6: Pengenalan komuter

5. Jarak penggunaan komuter

[ ] < 2 km

[ ] 2 – 4 km

[ ] 5 – 6 km

[ ] 7 – 8 km

[ ] 9 – 10 km

[ ] > 10 km

6. Perbelanjaan tambang untuk sebulan

[ ] < RM5

[ ] RM5 - RM10

[ ] RM11 – RM15

[ ] > RM15

Page 7: Pengenalan komuter

Arahan : Sila tandakan pada petak yang disediakan untuk setiap pernyataan.

Bil. Pernyataan Setuju

Tidak

Setuju

1 Saya menggunakan komuter kerana ia menjimatkan wang.    

2

Saya menggunakan komuter untuk mengelakkan diri dari

kesesakan lalu lintas.    

3

Saya menggunakan komuter kerana ia selamat dan

menyelesakan.    

4 Saya menggunakan komuter kerana ia menjimatkan masa.    

5

Saya tidak menggunakan kenderaan sendiri kerana perlu

memikirkan tentang masalah parking.    

6

Saya menggunakan komuter kerana jarak antara rumah saya

dengan tempat tuju adalah panjang.    

7. Masalah Yang Dihadapi Oleh Anda. Sila Nyatakan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8. Keperluan Anda Dalam Gerabak Komuter. Sila Nyatakan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9. Cadangan Menambahbaik Sistem Komuter di Negara Kita.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------