Upload
dzamiri-jahaya
View
174
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Ulasan dari Sudut Falsafah: Penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu (BTBM)
Citation preview
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 1
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 2
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 3
Penulisan saya kali ini merujuk kepada Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu terbitan bulan
November (2011) yang bertajuk „Sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap
penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu‟ yang ditulis bersama oleh Profesor Madya Dr.
Zamri Mahamod, Mahadin Awang Itam dari KPM dan Afendi Hamat dari UKM.
Dalam bab pengenalan penulis (juga merujuk kepada penulis bersama) menyatakan bahawa
“…KPM telah melancarkan Skim Pinjaman Buku-buku Teks (SPBT) ke seluruh negara” (m.
17, p.2). Walaupun ianya adalah satu peluang keemasan, ada juga yang mengecam tentang
penggunaan buku teks sedia ada sekarang seperti yang telah dinyatakan penulis oleh bekas
Setiausaha Agung Kesatuan Profesion Perguruan Kebangsaan (NUTP) N. Siva Subramaniam
bahawa “kebanyakan buku teks mengandungi maklumat basi” (m.19, p.3).
Bagi menangkis serangan tersebut, penulis secara tidak langsung telah membuat satu rincian
untuk mengetahui sikap guru Bahasa Melayu terhadap tahap keberkesanan dari aspek isi
kandungan, persembahan, aktiviti dan latihan, bahasa dan istilah dan mengenal pasti tahap
kekerapan guru Bahasa Melayu menggunakan Buku Teks Bahasa Melayu (BTBM) semasa
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Secara ringkasnya penulis bersama telah membuat satu
kajian terhadap keberkesanan dan kekerapan penggunaan BTBM di tahap guru-guru sekolah
rendah.
Tidak dinafikan bahawa buku teks adalah sesuatu yang penting dalam P&P. John Dewey
(1859-1952) ada menyatakan bahawa proses mempertingkatkan ilmu pengetahuan adalah
suatu proses memperbetulkan diri dan ianya juga bersifat kumulatif. Dewey (Smart, 2008)
meletakkan penilaian yang tinggi terhadap pendidikan kerana kepintaran adalah jelas dalam
moral dan tindakan intelektual. Ini bersamaan dengan pernyataan Dasar Pelajaran
Kebangsaan seperti yang dinyatakan penulis “Hal ini adalah selari dengan matlamat Dasar
Pelajaran Kebangsaan, iaitu untuk membentuk diri dalam aspek intelektual dan
kerohanian… (m.18, p.1)”. Sekolah haruslah menjadi tempat untuk menggalak dan
menanam tabiat baik termasuk tabiat yang membantu menghasilkan pertanyaan secara
terbuka dan kritis, kenikmatan pengalaman estetika dan kemunasabahan beretika. Teori
pendidikannya menekankan hubungan antara pembelajaran dengan menjadikan kanak-kanak
sebagai seorang manusia yang aktif dan tidak boleh dianggap sebagai penerima ilmu
pengetahuan yang pasif sahaja.
John Locke (1632-1704) juga telah menulis dalam bukunya bahawa kanak-kanak akan
mempelajari ilmu melalui proses P&P. Locke ialah antara sumber keilmuan moden pertama
yang memperkatakan tentang epistemologi empirisis. Antaranya beliau menyatakan bahawa
minda mempunyai idea tetapi idea hanya tercetus apabila kita berfikir. Kelemahan pada
pendapat Locke ialah menyatakan bahawa semua idea hanya didapati melalui pengalaman,
dan pengalaman pula hanya dibentuk oleh deria rasa manusia (human sensation) dan
tindakbalas (reflection) deria. Secara tidak langsung Locke menafikan pemikiran semulajadi
(spontan) atau sedia ada manusia.
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 4
Walaupun penulis telah berjaya menimbulkan abstrak dan pernyataan masalahnya dengan
jelas, tetapi dari sudut metodologinya, saya merasakan bahawa penulis tidak menyatakan
tatacara perlaksanaannya dengan tepat dan berkesan. Merujuk kepada hasil dapatan kajian,
penulis tidak memberitahu samada secara induktif atau deduktif bagaimana caranya beliau
memperoleh keputusan skor paling tinggi 4.24 dan skor mata yang lainnya. Cara atau kaedah
pemberian mata (scoring method) tidak dijelaskan. Maka keputusannya, pembaca akan
keliru bersama-sama seperti saya.
Pemilihan bentuk skala atau jenis formula yang digunapakai juga tidak diterangkan.
Contohnya, penulis boleh menggunakan skala indeks 1-10 atau skala indeks 1-5, formula
Spearman Brown, formula Cronbach Alpha, perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) dan banyak lagi kaedah dan formula lain yang boleh digunapakai serta
wajar untuk menghasilkan dapatan kajian.
Penggunaan kaedah ini juga adalah salah satu lagi elemen penting dalam membuktikan
(empirical) satu kenyataan. William James (1842-1910) pernah menekankan bahawa kita
perlu melihat kepada semua pengalaman kerana pemikiran itu adalah peribadi, sentiasa
berubah-ubah dan berterusan mengendali dan memilih. Melalui teori pragmatismenya
tentang kebenaran James juga berpendapat kebenaran sesuatu idea adalah proses pengesahan
atau pengabsahannya. Maka pengabsahan kaedah pemberian mata adalah penting dan
penggunaan jenis formula atau jenis skala adalah untuk meningkatkan kebarangkalian
kebolehpercayaan pembaca. Sebarang maklumat yang terkini juga hendaklah disertakan
bersama sebagai kata penguat kepada keadaan atau sifat yang hendak diperkata atau
diterjemahkan.
Zaman global adalah zaman di mana pembuktian ialah kenyataan. Pembuktian adalah hakikat
realiti masa kini (moden). Pembuktian atau empirisme adalah salah satu cabang falsafah yang
asalnya dipopularkan oleh John Locke. Segala hal yang tidak dapat dibuktikan, maka ianya
adalah tidak termasuk ke dalam akal pemikiran dan harus dibuang dan disisihkan. Dari sudut
falsafah yang melibatkan realiti atau hakikat kewujudan, ilmu dan nilai, alasan dan
perbahasan juga amatlah penting dalam menyampaikan falsafah atau konsep pemikiran
kepada pembaca. Ia bertujuan supaya pembaca menjadi lebih prihatin emosinya (daya rasa)
dan peka mindanya (daya fikir) dengan ketepatan maklumat dan fakta yang disogokkan.
Dengan penambahan nilai pembuktian, maka secara tidak langsung falsafah (penulis)
penulisan akan boleh terserap ke dalam jiwa pembaca kerana pembuktian menyokong
ketepatan fakta (hasil kajian) dan maklumat dapatan. Apabila hal ini berlaku, maka penulis
akan berjaya mempengaruhi pemikiran (minda) pembaca. Mempengaruhi fikiran adalah
salah satu tujuan asal untuk berfalsafah. Mempengaruhi fikiran orang lain secara tidak
langsung akan menterjemahkan kuasa kita ke atasnya.
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 5
Mempengaruhi minda adalah tujuan asal minda pihak yang lain. Orang yang dipengaruhi dan
orang yang mempengaruhi adalah dua unsur (konstituen) utama dalam berfalsafah. Falsafah
tidak akan terjadi sebelah pihak sahaja. Falsafah memerlukan perhubungan dua minda.
Persepsi penerima akan menjadikan falsafah itu benar, wujud, sahih atau salah dan tidak
boleh diterima pakai sama sekali.
Dengan sebab dan tujuan untuk mempengaruhi minda ini maka sains dengan penjelasan
pembuktiannya telah dapat mempengaruhi minda manusia. Maka kerana ini jugalah sains
telah dianggap sebagai cabang falsafah. Dengan pembuktian sains yang banyak dipelopori
oleh institusi barat maka sains secara tidak langsung akan dikaitkan dengan barat. Di zaman
pasca moden ini, pembuktian sains dapat diterjemahkan dalam bentuk kecanggihan teknologi
komunikasi maklumat (ICT) seperti menggunakan iphone, ipad, facebook, twitter, youtube
dan gadjet yang sewaktu dengannya.
Berbalik kembali kepada tajuk penulisan, kepelbagaian buku teks di pasaran juga telah
menambah permasalahan kepada BTBM sedia ada (m18, p.3). Di samping itu juga, terdapat
ramai ibu bapa yang tidak mampu, tidak peka dan lebih ramai pula yang akan terbeban untuk
membeli Buku Teks (BT) anak-anak apabila tiba musim persekolahan. Oleh yang demikian,
pada tahun 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan Skim Pinjaman
Buku Teks (SPBT) kepada semua murid selepas menyemak kembali Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Langkah ini
adalah untuk menangani faktor keciciran murid kerana kurang membaca disebabkan
ketiadaan BT.
Meninjau permasalahan ini maka keprihatinan pihak kerajaan dalam merealisasikan dan
memperkasakan peningkatan ilmu dalam kalangan murid sepatutnya dialu-alukan dan bukan
ditempelak sembarangan. Kesedaran minda yang sebegini harus diketengahkan oleh pihak
kerajaan melalui sekolah aliran perdana sedia ada supaya rakyat lebih maklum akan hasrat
dan matlamat KPM. Maka dengan sebab itu satu langkah pendedahan yang bersepadu perlu
diambil untuk menangani masalah ini. Pada pendapat saya, ianya memerlukan pendekatan
yang menyeluruh seperti yang telah dibentangkan di dalam Pelan Pembangunan Pelajaran
(PPP) 2013-2025 oleh Y.A.B. Dato‟ Sri Najib Tun Hj. Abdul Razak pada bulan September
2012 baru ini. Perlaksanaan PPP 2013-2025 akan dilakukan secara berperingkat melalui 3
gelombang masa atau 3 fasa iaitu bermula pada 2013-2016, 2017-2020 dan 2021-2025
(KPM, 2012). Pemantauan dan pemurnian harus dilakukan secara berterusan. Pelaksanaan
juga boleh dilakukan secara serta merta sekiranya keadaan mengizinkan.
Pihak KPM mempunyai tugas yang berat kerana kesedaran minda bukan hanya harus
dilakukan di peringkat murid, tetapi juga pemantapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) di kalangan minda guru. Tugasan ini bukan berhenti di tahap guru sahaja malahan
lebih dari itu. Ibubapa serta masyarakat juga harus mempersiapkan minda mereka untuk
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 6
cukup bersedia bersama-sama merempuh gelombang arus perdana modenisasi dalam
mewarnakan corak Pembangunan Modal Insan bagi melahirkan minda kelas pertama yang
diimpikan. Dalam masyarakat yang berbilang kaum dengan kepelbagaian budaya, agama,
bangsa, fahaman dan bahasa maka ianya menjadi satu tugas yang lebih rumit dan sukar ibarat
menarik benang dari dalam tepung supaya tepung tidak berselerak. Akhirnya, tugas yang
berat ini secara otomatiknya akan terbeban di bahu para guru kerana guru adalah perantara
utama bagi pihak KPM dan masyarakat.
Penubuhan Biro Buku Teks (BBT) bagi mengawal dan meningkatkan mutu BT, mengawal
penggunaan dan pertukaran BT, mengawal harga BT dan mengawal pembekalan BT di
sekolah-sekolah harus dipertingkatkan ke tahap penggunaan teknologi maklumat dan
komputer bagi merevolusikan pendidikan secara total. “Era informasi sekarang
mempunyai pelbagai lagi pilihan, termasuk penggunaan internet atau pemancaran teks
daripada komputer ke atas layar besar yang dipasang di dalam bilik darjah” (m.19,p.4).
Perkara ini sudah sepatutnya dipertimbangkan dan diusulkan pelaksanaannya. Malangnya,
hal ini masih belum terjawab kerana kepelbagaian kemungkinan dan faktor yang masih
belum dapat dikesan dan diselesaikan.
Saya juga merasakan adanya kebetulan hujah yang disampaikan oleh seorang bapa yang
tidak mahu namanya disiarkan tentang penggunaan internet dan pemancaran teks itu.
Hasilnya boleh memudahkan beban murid sekolah membawa buku teks (BT) itu pergi-balik
sekolah setiap hari. Jika kita melihat buku yang bersaiz 7.5in x 10in (19cm x 25.4cm) yang
setebal 0.5in (1.3cm), berat anggarannya ialah 200gm. Anak saya yang memasuki tahun 4
mempunyai 13 buah BT. Ini bermakna 200gm x 13 buah buku bersamaan dengan 2.6
kilogram. Ini belum termasuk buku tulis yang perlu dibawa bersama ke sekolah. Apabila ini
dilakukan setiap hari, murid akan terasa pergi ke sekolah adalah sesuatu yang membebankan,
dan perkara ini berlangsungan sehingga ke tingkatan 5 persekolahan. Purata berat buku 2.5
kilogram sehari x 266 hari persekolahan x 11 tahun di sekolah rendah dan menengah, ianya
bersamaan dengan 7,315 kilogram atau 7.3 ton. Bayangkan bebanan yang sudah kita
letakkan di bahu anak-anak kita di hujung perjalanan akhir persekolahan mereka.
Sepatutnya ibubapa, guru dan pihak berwajib menyediakan suasana yang menggembirakan –
“learning is fun”. Akan tetapi sebaliknya terjadi - P&P bukan sahaja sesuatu yang
membebankan malah ia juga membosankan. Langkah untuk menyediakan tempat simpanan
buku (locker) untuk setiap murid sekolah juga sudah seharusnya dicipta dari awal lagi.
Mungkin idea ini tidak kesampaian kepada pihak yang berkenaan dan jikapun sampai tiada
tindakbalas seterusnya dilakukan.
Namun demikian, apa yang saya rasa boleh dilakukan sekarang ialah menggunakan sumber
sedia ada seperti sekolah aliran perdana sebagai peneraju dan pemacu arah untuk menjadi
tunjang atau batu asas sebagai tapak pelaksanaan secara berperingkat. Sekolah berprestasi
tinggi dan sekolah bestari boleh menjadi ‘role model’ dan contoh utama bagi membentuk
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 7
acuan yang sesuai ke arah kelestarian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat
(ICT).
Merujuk kepada pemilihan sampel penulis dari 28 buah lokasi sekolah secara rawak ianya
adalah sesuatu yang wajar dilakukan (m.21, p.1). Cuma apa yang memeranjatkan ialah tiada
keseragaman dalam memecahkan persoalan kajian secara sekata. Penulis memecahkan
soalan kaji selidik kepada 5 bahagian. Untuk bahagian 1 kepada 24 soalan atau item,
bahagian 2 kepada 21 item, bahagian 3 kepada 12 item, bahagian 4 kepada 9 item dan
bahagian kelima kepada 14 item. Pembahagian soalan ini adalah tidak sekata. Ianya boleh
menimbulkan kekeliruan dan keraguan di pihak pembaca. Saya lebih mengharapkan soalan
yang sekata diusulkan pada setiap bahagian. Contohnya setiap satu bahagian mempunyai 10
atau 15 soalan muktamad, yakni bahagian 1 ada 15 soalan, bahagian 2 ada 15 soalan,
sehingga ke bahagian 5 ada 15 soalan juga. Ini adalah satu isu yang perlu diberi perhatian.
Apa yang paling penting sekali di dalam penulisan dan pembuktian ialah untuk tidak
menimbulkan sebarang bentuk kekeliruan atau keraguan kepada pembaca. Kekeliruan dan
keraguan akan menurunkan nilai kebolehpercayaan minda. Sebarang bentuk keraguan, was-
was dan syak wasangka juga akan menggagalkan tujuan untuk mempengaruhi minda
pembaca secara tidak langsung. Menurut Josiah Royce (1855-1916) yang berfahaman
idealism, beliau menyatakan bahawa sesuatu kesilapan adalah disebabkan oleh suatu
pemikiran tidak lengkap yang gagal dalam hasratnya. Kesilapan bukan suatu kebetulan, ianya
bertujuan untuk mencari arah kebenaran. Persoalan yang sedemikian ini adalah satu cara
untuk mendekati epistemologi pendidikan dan pembelajaran.
Satu perkara utama yang harus saya tekankan di sini ialah kelangsungan pembuktian. Saya
merasakan pada masa yang sama penulis sepatutnya membuat kajian keberkesanan isi
kandungan, persembahan, aktiviti & latihan, bahasa & istilah dan kekerapan penggunaan
BTBM di tahap murid sekolah (dan bukan guru sahaja). Perkara ini amat penting kerana ia
adalah sebagai pelengkap untuk dijadikan asas perbandingan terhadap hasil dapatan kajian.
Ini hanyalah cadangan. Ianya juga sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan nilai
pembuktian dan kebolehpercayaan serta menyisihkan lebih banyak keraguan pembaca.
Apabila hal ini berlaku, maka penulis akan berjaya mempengaruhi pemikiran (minda)
pembaca.
Murid yang terlibat secara langsung di dalam P&P harus diberikan perhatian. Bukan guru
sahaja. Kelemahan penulis ialah menidakkan penglibatan murid dalam membuat keputusan
bersama. Ini adalah fahaman yang telah ditekan oleh falsafah progresivisme, di mana
fahaman ini menjuruskan konsep kerjasama murid. Pendapat murid, terutamanya murid
pintar akan menyokong hasil dapatan kajian. Dengan tiadanya asas perbandingan, maka nilai
pembuktian akan menurun secara langsung dan tidak langsung. Ini adalah satu perkara yang
serius dan perlu diberi perhatian.
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 8
Seterusnya saya juga berpendapat temuduga bersemuka (face to face interview) adalah cara
yang lebih sesuai berbanding dengan memberi borang kaji selidik untuk diisi oleh responden.
Ini adalah kerana penggunaan borang kaji selidik tidak memberikan personaliti (impersonal)
dan tidak ada unsur-unsur penglibatan emosi. Ianya kaku. A.N.Whitehead (1861-1947)
seoang ahli fizik Amerika pernah menulis memberitahu bahawa perasaan itu „berjangkit‟ dan
boleh mempengaruhi antara satu sama lain. Maka dengan itu, penglibatan emosi dari pihak
yang bertanya dan responden boleh melahirkan lebih banyak nilai-nilai positif dari sudut
aksiologi (etika dan estetika) sekiranya dilakukan dengan wajar. Ini boleh meningkatkan
nilai pembuktian. Perhubungan dua hala juga adalah penting. Seperti yang telah disebutkan,
pembuktian adalah asas sains tulen, dan sains tulen pula adalah asas kepada pemikiran
moden. Hasilnya, keyakinan pembaca akan dapat dipertingkatkan sepenuhnya.
Merujuk muka surat 20 perenggan 3 (m.20, p.3), kesemua bahagian persoalan kajian banyak
menumpukan kepada persoalan „apakah….‟ dan bukan mengapa. Ini menunjukkan skop
persoalan kajian yang tidak begitu meluas. Untuk memahami dengan lebih jelas dapatan
kajian, maka saya mengesyorkan temuduga bersemuka supaya persoalan kenapa, mengapa,
bagaimana, bila dan di mana boleh terjawab dengan lebih cepat berbanding dengan memberi
borang kaji selidik sahaja untuk diisi. Dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah, kita
harus menggunakan pendekatan yang menyeluruh. Perlaksanaan menyeluruh boleh di buat
secara beransur-ansur supaya ianya meliputi kesemua aspek permasalahan samada di pihak
guru, pelajar, sekolah mahupun perancang atau penggubal kurikulum BTBM.
Di dalam menyediakan P&P, ia akan melibatkan 2 pihak yang utama iaitu: guru dan murid.
Manakala sekolah pula ialah pihak yang menyediakan guru dan menempatkan murid.
Sekolah akan bertindak sebagai jambatan interaksi (proses lisan) dan integrasi (proses
perbuatan) serta pusat kesinambungan ilmu. Pihak kementerian bertindak sebagai penaung
utama. Ibubapa pula adalah pemangkin kepada kemajuan P&P. Masyarakat pula adalah
mereka yang bakal menerima keberhasilan terjemahan P&P tersebut.
Persoalan kajian juga banyak bertumpu kepada „sikap‟ guru. Sikap adalah satu nilai yang
bukan boleh diukur di atas kertas. Bagaimanakah boleh kita mengukur sikap guru terhadap
keberkesanan dari apa jua aspek BTBM seperti yang disebutkan? Dengan hanya berdasarkan
soal kaji selidik? Sikap berubah mengikut emosi. Sikap juga boleh berubah mengikut
pemikiran kerana daya fikir (minda) boleh menggerakkan daya rasa (emosi). Sikap juga
adalah sesuatu yang boleh dilakonkan. Sikap bukanlah sesuatu yang sentiasa konsisten dan
konstan. Dalam erti kata lain, sikap adalah sesuatu yang subjektif. Dari sudut aksiologi,
sikap ialah etika yang masih perlu untuk dibentuk bagi melahirkan nilai-nilai murni.
Namun demikian, fahaman behaviorisme pula percaya bahawa perbuatan, perangai atau
sikap boleh dibentuk dengan kekuatan dan paksaan dan ciri-ciri individu atau perlakuannya
akan mengikut acuan yang dibentukkan. Dalam erti kata lain, sikap boleh dibentuk oleh
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 9
pihak lain atau stimulus dan bukannya berasal dari hasil keinginan semulajadi individu yang
bersifat ingin bebas. Penggunaan stimulus terhadap sikap ini telah diuji oleh Ivan Pavlov
(1849-1936) yang lahir di Rusia. Antara tokoh fahaman behaviorisme lain ialah James
B.Watson (1878-1958) dan B.F. Skinner (1904-1990) dari Amerika.
Bagi menggalakkan perubahan sikap, ianya memerlukan transformasi minda. Daya fikir
(minda) yang akan menggerakkan daya rasa (emosi) boleh menyebabkan perubahan sikap,
samada baik atau buruk. Transformasi minda yang positif dan berkesan akan membawa
kepada perubahan sikap yang positif dan berkesan juga, dan begitu juga sebaliknya. Tetapi
apakah yang dikatakan sebagai positif atau berkesan itu? Dari titik manakah harus kita
memulakan perubahan itu? Adakah dengan mengatakan bahawa dari sudut agama? Adakah
kita mengatakan dari sudut Islam sahaja dengan menidakkan agama yang lain? Kita duduk
di dalam masyarakat yang majmuk - berbilang kaum, bangsa, agama dan bahasa. Sebarang
tindakan yang menjurus kepada hanya satu pihak sahaja seperti kaum atau agama akan
menimbulkan tentangan dari pihak yang berlainan kaum dan agama kerana mereka akan
terasa seperti dipinggirkan. Akhirnya, ia akan menjadi satu tajuk perdebatan yang tiada
penghujung dan kesudahannya. Maka perlaksanaan dalam visi dan misi yang berterusan
perlu dibuat secara berhati-hati dan ia juga memerlukan hala tuju (fokus) yang tepat.
Transformasi minda juga bergantung kepada niat yang betul. Niat ialah „lintasan hati‟.
Tetapi apakah yang dikatakan niat yang betul? Bagaimanakah dikatakan niat itu betul?
Mengapa niat yang dikatakan itu betul? Dari sudut mana ianya dikatakan betul? Ini adalah
persoalan falsafah. Dari sudut falsafah, hampir semua perkara boleh diperdebatkan. Dari
sudut falsafah ia boleh menjadi betul di satu pihak dan salah di pihak yang lain. Minda
manusia akan sentiasa berbalah. Hakikatnya, tidak wujud satu kaedah falsafah yang tunggal
kerana apa jua pandangan tentang cara membuat falsafah itu sendiri akan dapat
diperbahaskan. Dunia majmuk di zaman pasca moden kini dengan kepelbagaian
intelektualnya sentiasa mengecam kepercayaan ortodoks yang ekstrem dan juga kepercayaan
dan „pandangan dunia‟ yang lainnya.
Maka dengan sebab inilah kita memerlukan suatu tatacara perlaksanaan yang berkesan dalam
mengkaji sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap penggunaan BTBM bagi
menangani apa jua masalah dan menjawab persoalan yang bakal mendatang. Rumusannya
ialah dengan mengaplikasikan metodologi atau kaedah yang tepat, wajar dan sesuai,
sekurangtidaknya kita akan dapat:
i. Meningkatkan nilai pembuktian (empirical) terhadap hasil dapatan kajian
ii. Meningkatkan keyakinan dan kebolehpercayaan minda kita dan pembaca
iii. Menyisihkan sebarang keraguan, kekeliruan, was-was, syak dan wasangka
iv. Meningkatkan nilai-nilai sahsiah atau hubung kait kemanusian dengan
penglibatan emosi - seperti pendekatan temuduga secara peribadi
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 10
Pada pendapat saya, jika ditinjau dari minda murid yang hanya belajar untuk lulus
peperiksaan dan sesetengah pendapat guru, maka mereka akan mengatakan bahawa buku teks
masih tidak dapat mencapai kehendak peperiksaan bagi murid-murid di sekolah (ms.26,
para.1). Peperiksaan telah dijadikan sebagai kayu pengukur kejayaan murid oleh ibubapa,
guru, kementerian dan masyarakat. Secara tidak langsung murid akan merasakan bahawa
P&P adalah satu keterpaksaan yang harus dilalui oleh murid dan ini sedikit sebanyak
menimbulkan tekanan ke atas murid. Mereka tidak diberi kefahaman mengapa mereka harus
lulus peperiksaan UPSR, PMR, SPM misalnya. Adakah ini satu kelangsungan hidup yang
mesti ditempuh? Bagi murid yang berkedudukan dan hartawan, persoalan ini tidak menjadi
permasalahan kepada mereka. Mereka boleh memasuki mana-mana sekolah swasta dan
seterusnya melanjutkan pelajaran di universiti mana sahaja yang menjadi pilihan hati.
Saya juga merasakan bahawa penulis sedikit ketinggalan zaman tentang hasrat KPM. KPM
telah menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah memperkasakan aspek
pendidikan bagi meliputi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). FPK ini pula telah
diperkuatkan pula dengan adanya Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang bertujuan
memperkasakan profesionalisme para pendidik. Manakala penulis pula masih bertumpu di
takuk Dasar Pendidikan Negara (DPN) tentang pembinaan sahsiah dan perkembangan rohani
pelajar sahaja (ms.26, para.1). Hasrat DPN ini hampir sama dengan falsafah konservatif
barat, iaitu essensialisme yang menekankan aspek moral dan intelektual. Falsafah
essensialisme ini sedikit sebanyak bertindan dengan fahaman perenialisme.
Saya pula lebih cenderung untuk menyokong fahaman lama humanisme, pemikiran yang di
pelopori oleh Erasmus (1466-1536). Erasmus percaya kepada sifat dan nilai kebaikan yang
sedia ada pada kanak-kanak, insan mempunyai kebebasan memilih, kesedaran nilai-nilai
murni, kebolehan untuk memberi sebab dan alasan, kebolehan berseni, dan firasat
keagamaan. Beliau menambah bahawa golongan muda hendaklah dilayan dengan baik
(kasih sayang) dan P&P tidak boleh dipaksa atau dipercepatkan, kerana ia akan berlaku
sendiri mengikut fasanya. Fahaman ini kemudiannya telah diperkuatkan sebagai falsafah
pendidikan oleh Jean Jacques Rousseau (1712-1778) yang menulis buku Social Contract.
Perlu diberi perhatian di sini bahawa sebenarnya banyak fahaman atau falsafah barat
sebenarnya adalah bertindan di antara satu sama lain. Perbezaannya ialah pada peringkat
cabangan atau ranting sahaja. Setiap benda pada asalnya wujud dalam suatu lingkungan
„keajaiban‟ bahasa. Walaubagaimanapun tidak dinafikan juga ada falsafah dan fahaman
yang tiada persamaan langsung di antaranya dengan falsafah yang lain. Ini semuanya
bergantung kepada minda atau persepsi penerima. Sesuatu yang dianggap falsafah oleh
seseorang individu berkemungkinan tidak dianggap falsafah oleh individu yang lain. Teori
Gestalt yang dipelopori oleh oleh Max Wertheimer (1880-1943) telah membuktikan tentang
perbezaan persepsi dan konsep pemikiran secara visual.
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 11
Walau bagaimana dan apa pun jua, kesemua ilmu sebenarnya tidak akan dapat melepasi ilmu
alam semesta yang dimiliki oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Contohnya, bagaimanakah
manusia ingin menerangkan struktur dalaman matahari sedangkan kita belum lagi dapat
melepasi planet Marikh? Persoalan ini tidak akan mampu dijawab samada oleh falsafah,
sastera atau pun sains. Ini adalah kerana sains itu sendiri mempunyai batasannya, walau pun
sains itu boleh bercakap tentang ketidakterbatasan (infiniti) ruang atau pun waktu. Dalam
ertikata lain, keterbatasan sains adalah disebabkan oleh keterbatasan manusia itu sendiri.
Melihat kembali kepada tajuk dan perbincangan yang didebatkan di mukasurat 26, saya
percaya bahawa falsafah pendidikan yang cuba disampaikan penulis adalah berpaksikan
kepada ilmu, yakni bercorak keilmuan. Penulis secara tidak langsung telah menekankan
konsep essensialisme iaitu menyampaikan ilmu secara sistematik dan berdisiplin. Ini adalah
kerana penulis telah menekankan 4 aspek utama iaitu: isi kandungan, persembahan, aktiviti
dan latihan, serta bahasa dan istilah. Jika dilihat secara kasarnya, ia adalah berkenaan isi
kandungan. Ianya berbeza dengan fahaman progressivisme yang mendasarkan P&P kepada
murid.
Penekanan kepada „apa yang akan dipelajari ini‟ pada pendapat saya penting untuk
persediaan dan penyesuaian diri murid dengan kemajmukan budaya, bangsa, agama dan
bahasa di Malaysia. Ini adalah kerana di dalam masyarakat yang berbilang kaum, kita amat
memerlukan perbezaan pandangan dalam mencari persamaan. Persamaan akan wujud dalam
mencari titik keseimbangan hasil daripada proses interaksi dan integrasi. Sudah sampai
masanya, di zaman pasca moden ini, kita memerlukan suatu teori tentang cara untuk kita
hidup bersama dijelaskan. Ini sungguh diperlukan untuk melahirkan kemapanan dan
kekuatan budaya bangsa terutamanya Generasi-Y yang akan menerajui peralihan zaman.
Dengan hal yang sedemikian, maka perancang kurikulum harus menitik beratkan ilmu dalam
semua arah, samada politik, ekonomi, sains, sosio-budaya dan yang sewaktu dengannya
seperti subjek sejarah, falsafah dan kesusasteraan. Subjek lain seperti pendidikan jasmani
dan kesihatan (perkembangan jasmani), pendidikan sivik dan kewarganegaraan, kajian
tempatan (perkembangan emosi), pendidikan Islam (perkembangan rohani) dan kemahiran
hidup (perkembangan minda) boleh menjadi asas P&P yang bersesuaian dengan ciri-ciri
Pembangunan Modal Insan. Ini juga bersangkutan dengan pengecilan dunia masa kini hasil
dari ledakan informasi yang disebabkan oleh kebangkitan sains dan teknologi alaf 21.
Ledakan maklumat sebegini berjaya merentas waktu dan zaman yang telah menjadikan dunia
tanpa sempadan. Hakikatnya dunia global mengecil di dalam pemikiran dalam kecanggihan
komunikasi pasca modenisme menyebabkan kepelbagaian fahaman dan tradisi juga saling
menembusi di antara satu dengan yang lain. Kerakusan inovasi yang semakin menjelma di
hadapan mata kita perlu dilunakkan dengan ilmu pengetahuan sedia ada sebagai satu
persiapan minda ke arah mengharungi era globalisasi.
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 12
Walaupun penekanan terhadap aspek isi pengajaran dan pembelajaran (P&P) sahaja
sememangnya tidak mencukupi, tetapi ia adalah permulaan atau asas utama. Setelah asas
dibina maka, kita harus menjuruskan ilmu tersebut merangkumi aspek minda untuk
menggerak emosi, lalu disalurkan pula kepada jasmani (fizikal) untuk mencapai
keseimbangan rohani. Persembahan yang menarik misalnya akan meningkatkan nilai
estetika murid yang melibatkan emosi. Ketepatan bahasa dan istilah akan menajamkan
minda. Manakala aktiviti dan latihan akan menggerakkan daya fizikal atau pemotoran murid.
Kita memerlukan sukatan pelajaran yang bukan sahaja boleh merangsang minda, tetapi isi
P&P yang boleh mencetuskan emosi (nilai-nilai murni), yang boleh menggerakkan fizikal
bagi tujuan kesihatan, dan juga melengkapkan makanan rohani seseorang murid.
Merujuk keputusan skor pula, pada keseluruhannya purata skor mata yang didapati adalah
sederhana iaitu 3.80 (jumlah mata 18.98 dibahagi 5 bersamaan 3.796). Ini tidak
memeranjatkan. Tidak banyak yang boleh dipelajari dari hasil kajian penulis kerana apa yang
penulis cuba buktikan iaitu kekerapan penggunaan BTBM hanyalah pada tahap yang
sederhana sahaja sifatnya. Di bawah adalah inferen rajah keputusan analisa berdasarkan
dapatan kajian penulis.
Bahagian pecahan kajian Soalan (item) Purata skor (mata)
1. Isi kandungan 24 3.78
2. Persembahan 21 3.80
3. Aktiviti dan latihan 12 3.74
4. Bahasa dan istilah 9 4.03
5. Kekerapan penggunaan BTBM 14 3.63
Jumlah 80 18.98
Mengulas rajah keputusan analisa di atas, maka saya berpendapat satu pendekatan yang
menyeluruh perlu dilakukan secara berperingkat, sekiranya tidak dapat dilakukan secara
bersegera. Pelaksanaan juga hendaklah dilakukan secara berterusan supaya dapat
membentuk kesinambungan keilmuan kepada barisan pelapis (generasi Y) seperti yang telah
dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sebanyak 248
muka surat itu.
Penulis telah memberikan 3 cadangan yang telah saya ringkaskan seperti berikut:
i. Menetapkan 1 standard yang lebih tinggi kepada P&P dan juga kelayakan guru
ii. Mempertingkatkan kualiti kandungan BTBM dengan membentuk panel penulis
iii. Memperkasakan tahap profesionalisme guru dengan kursus dan seminar
Dalam menetapkan 1 standard yang tinggi sebenarnya ini juga adalah satu persoalan falsafah.
Banyak hujah yang boleh diketengahkan. Apa itu standard di dalam P&P? Apakah yang
dimaksudkan standard yang tinggi? Standard yang rendah pula macamana bentuknya?
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 13
Siapakah yang akan menentukan standard? Adakah pihak kementerian yang tiada
pengalaman mengajar yang akan membuat penilaian standard? Adakah murid yang akan
menilai standard? Atau di kalangan guru itu sendiri yang akan menentukan standard? Sejauh
manakah standard itu relevan di dalam konteks P&P? Bagaimana untuk mencapai standard
tersebut? Pada pendapat saya ianya lebih mudah untuk memberi cadangan daripada
melaksanakan cadangan itu - kerana standard juga boleh berubah dan „lari bersama musim‟.
Saya amat tertarik dengan “Hasil kajian Johari membuktikan bahawa teks Lari Bersama
Musim” (m.26, p.1) kerana apa yang saya fahami ianya membawa maksud yang lebih besar
iaitu perubahan yang bakal mendatang boleh membawa kepada perubahan P&P sedia ada.
Ini adalah kerana guru „diserang‟ secara langsung dan tidak langsung dari 3 sudut berbeza
utama iaitu: sosial, ekonomi dan politik. Dari sudut sosial ianya merangkumi perubahan
mendadak dunia seperti era globalisasi, kepelbagaian fahaman agama, budaya, bangsa dan
bahasa, kejatuhan nilai, moral dan sahsiah yang agak membimbangkan seperti pergaduhan di
sekolah, buli dan berbagai lagi. Dari sudut ekonomi pula ialah seperti kekurangan
peruntukan dana untuk sekolah, ketidakcukupan gaji disebabkan inflasi, kekurangan
prasarana dan kekurangan daya profesionalisme guru. Ancaman dari sudut politik pula ialah
seperti kekurangan autoriti ke atas murid, persaingan P&P dari sekolah aliran lain,
propaganda persatuan yang kehilangan arah yang menjurus reformasi dan huru hara dan
tekanan kumpulan fundamentalis agama yang agak ekstreme. Serangan, ancaman dan
halangan ini nampaknya datang dari pelbagai sudut dan arah dan ianya sekarang berada
dalam situasi yang agak membimbangkan terutama dalam suasana ekonomi yang ketat dan
politik yang tegang (menjelang PRU-13) pada masa kini.
Oleh sebab itu, tidak mustahil Malaysia mempunyai peluang yang tipis di pertandingan
global abad ke 21. Maka, tindakan serta-merta perlu dilakukan oleh para ilmuwan, guru dan
pendidik untuk mempertahankan sistem pendidikan sedia ada yang juga merupakan sistem
pertahanan negara bangsa tanah air kita. Langkah ini termasuklah membina kembali
tamadun kegemilangan Islam (Melayu) yang telah lama menghilang. Ianya melibatkan
semua pihak samada secara individu, kumpulan, persatuan atau institusi persendirian, swasta
dan juga kerajaan dengan cara menjalin kembali semangat perpaduan, ukhwah dan
silaturrahim sesama insan. Kita memerlukan sebuah masyarakat yang boleh mengatakan
„tidak‟ secara bersama-sama dan mengatakan „ya‟ secara bersama-sama juga. Ini bermaksud
kita perlu fokus dan mencari lebih banyak titik persamaan dalam mencapai titik
keseimbangan perpaduan. Ahli ekonomi dan perniagaan harus peka dan bersedia untuk
menyediakan acuan bagi modal pembangunan insan yang seimbang sesuai dengan taraf
minda pelajar. Pihak kerajaan pula perlu mewujudkan suasana dan kesedaran kepada rakyat
tentang betapa pentingnya P&P kepada murid supaya diberi perhatian yang mutlak dan
muktamad, sesuai dengan konsep rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.
Walaupun para guru boleh mempersiapkan sistem pertahanan, perlu kita ingat bahawa guru
yang terbaik juga hanyalah manusia yang mempunyai kelemahan. Sejauh manakah guru kita
Ulasan Jurnal Penggunaan BTBM - 14
boleh menangani ancaman dan serangan kepelbagaian sedemikian? Inilah pokok persoalan
yang masih belum dapat dihuraikan.
Pada keseluruhannya cadangan yang telah dibentangkan adalah suatu langkah yang wajar
dalam memperkasakan sistem P&P dalam pendidikan. Sebagai penambahan kepada
cadangan penulis, saya mengharapkan supaya satu kajian yang lebih mendalam dibuat
sebelum melaksanakan sesuatu kaedah atau dasar P&P atau yang melibatkan perubahan isi
kandungan BTBM. Kajian hendaklah menyeluruh dan melibatkan murid, guru, ibubapa, dan
juga pihak KPM. Pernyataan ini adalah sebagai menyimpul isi kandungan penulisan dan
mengakhiri perbahasan.
Rujukan Utama
Zamri Mahamod, Mahadin Awang Itam & Afendi Hamat (2011). Sikap guru bahasa melayu
sekolah rendah terhadap penggunaan buku teks bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. ISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 2, ms. 17-30
Rujukan Lain
Bennett, Jonathan (2007). An Essay Concerning Human Understanding: Book I: Innate
Notions by John Locke. Dipetik 27hb November 2012 daripada
http://www.earlymoderntexts.com/pdf/lockess1.pdf
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Dipetik 27hb November 2012 daripada http://www.moe.edu.my/btp/wp-
content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-BM.pdf
M.Cohen, LeoNora & Gelbrich, Judy (1999). Oregon State University: Module One: History
and Philisophy of education. Dipetik 27hb November 2012 daripada
http://oregonstate.edu/instruct/ed416/module1.html
Strain, John Paul (1971). Modern Philosophies of education. New York: Random House
Smart, Ninian (2008). Falsafah dunia (world philosophies). Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad