Upload
others
View
20
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.
ERDA YUMIZA BINTI IBRAHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
TIDAK TERHAD
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya ERDA YUMIZA BINTI IBRAHIM (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. * * Sila tandakan ( √ )
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
Alamat Tetap: 2753, KG. GONG SEKOLAH,
MENGABANG TELIPOT, DR. MOHD ANUAR B. ABDUL RAHMAN
21030, K. TERENGGANU, (Nama Penyelia) TERENGGANU DARUL IMAN
Tarikh : 23 April 2008 Tarikh : 23 April 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
√
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : Dr. Mohd Anuar B. Abdul Rahman
Tarikh : 23 April 2008
PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR
ERDA YUMIZA BINTI IBRAHIM
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : Erda Yumiza Binti Ibrahim
Tarikh : 23 April 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji atas
limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhamad S.A.W.
Buat ayahanda dan bonda yang dikasihi,
Ibrahim Bin Saleh & Juwariyah Binti Tawang
Tiada apa yang dapatku bicarakan, hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidupku ini. Harapanmu sejak ku dilahirkan kini telah ku tunaikan jua.
Buat saudara kandungku,
Erda Irdiani Binti Ibrahim
Mohd Ezani Bin Ibrahim
Qurrata A`yun Binti Ibrahim
Era Asmaulhusna Binti Ibrahim
Qurratu Aini Binti Ibrahim
Sesungguhnya kehadiranmu amat ku hargai.
Buat Teman Seperjuangan......
Semangat, kerjasama, nasihat serta dorongan kalian membuatkan diriku terus
bertahan dan terus bersaing. Anda semua adalah sahabat yang baik.
Terima kasih semuanya!!!!
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bersyukur
ke hadrat Allah S.W.T berkat limpah dan kurniaNya dan kepadaNya jugalah saya
memohon taufik dan hidayah dalam menempuh liku-liku kehidupan. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Salam penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Penyelia
Projek Sarjana Muda saya, Dr. Mohd Anuar B. Abdul Rahman di atas segala
kesabaran beliau dalam membimbing dan menunjuk ajar serta nasihat yang
berterusan sehingga laporan projek ini dapat disiapkan.
Penghargaan dan terima kasih kepada pelajar-pelajar tahun akhir Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan sesi 2007/2008 kerana telah memberikan
kerjasama dalam membantu menyempurnakan soal selidik bagi menjayakan projek
ini. Seterusnya terima kasih juga kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan dan
tunjuk ajar, sumbangan idea dan pendapat dalam menyiapkan projek ini.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan
e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat perhubungan di antara penggunaan
e-pembelajaran dengan pencapaian akademik dan perbezaan penggunaan
e-pembelajaran berdasarkan jantina dan juga kursus. Satu set soal selidik digunakan
untuk mengumpulkan data kajian dan dianalisis dengan bantuan Statistical Packages
For Social Science (SPSS versi 12.0). Hasil kajian rintis menunjukkan nilai
kebolehpercayaan item dan nilai alpha yang diperolehi bagi soal selidik adalah 0.959.
Responden kajian adalah seramai 130 orang pelajar. Dapatan kajian menunjukkan
sikap pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran pada tahap sederhana manakala
kemahiran mengakses pelajar adalah pada tahap tinggi. Hasil Ujian-t, mendapati
tidak terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran yang signifikan berdasarkan
jantina pelajar. Hasil ujian ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan
penggunaan e-pembelajaran yang signifikan berdasarkan kursus. Ujian korelasi
membuktikan bahawa terdapat hubungan yang tinggi dan kuat di antara penggunaan
e-pembelajaran dengan pencapaian akademik. Di akhir penulisan ini beberapa
cadangan telah dikemukakan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive study was to identify the level of utilization of
the e-learning among the final year students of Technical and Engineering Education
Department from Faculty of Education University Technology Malaysia, Skudai,
Johor. Beside that, this study also aimed to examine the correlation between the
utilization of e-learning and the academic achievement and differences of utilization
of e-learning based on gender and courses. A set of questionnaire used to gather all
data related to the study and Statistical Packages for Social Science (SPSS version
12.0) was used to analyze the data. The alpha reliability index of the pilot study was
0.959. 130 students were selected as the respondents of this study. The analysis of
questionnaires showed the behaviors of students towards the level of utilization of
e-learning are moderate whereas the skills of access are high. The t-test result
showed there were no significant differences of the utilization of e-learning based on
gender. ANOVA showed there were significant differences of the utilization of e-
learning based on courses. The result of the Pearson correlation test showed that
there was a high relationship between the utilization of e-learning and academic
achievement. Several recommendations are suggested at the end of this study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xii
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 12
viii
1.9 Kerangka Kajian 12
1.10 Definisi Kajian 13
1.11 Penutup 15
2 TINJAUAN PENULISAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 E-pembelajaran 16
2.3 Penggunaan E-Pembelajaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. 19
2.4 Kajian-kajian Lepas Yang Berkaitan Dengan
E-Pembelajaran Di Institusi Pengajian Tinggi 21
2.5 Sikap Terhadap Penggunaan e-pembelajaran 24
2.6 Kemahiran Terhadap Penggunaan E-Pembelajaran 25
2.7 Penutup 26
3 METODOLOGI KAJIAN 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Persampelan 29
3.4 Instrumen Kajian 31
3.5 Kajian Rintis 33
3.6 Prosedur Kajian 34
3.7 Kaedah Pengalisisan Data 35
3.8 Penutup 37
ix
4 PENGANALISISAN DATA DAN PENEMUAN 38
4.1 Pengenalan 38
4.2 Latar belakang Pelajar 39
4.3 Penganalisisan Data Mengikut Persoalan
Kajian dan Hipotesis Kajian
4.4 Rumusan
42
51
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 53
5.1 Pengenalan 53
5.2 Rumusan Kajian 54
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 56
5.4 Cadangan 63
5.5 Penutup 66
RUJUKAN 67
LAMPIRAN 75 – 98
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Populasi dan Sampel 30
3.2 Pengkelasan Skala Likert 32
3.3 Jadual Pembolehubah 33
3.4 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Kepada
Persoalan Kajian
35
3.5 Skala Min 36
3.6 Garis Panduan Guilford 36
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39
4.2 Taburan Responden Mengikut Kursus 40
4.3 Taburan Responden Mengikut Kekerapan
Melayari E-pembelajaran
41
4.4 Taburan Responden Mengikut Purata Nilai
Gred Keseluruhan (CGPA)
42
4.5 Taburan Responden Mengenai Sikap dan
Minat Pelajar Terhadap E-pembelajaran
43
4.6 Taburan Responden Mengenai Kemahiran
Mengakses Pelajar Terhadap
E-pembelajaran
46
xi
4.7 Analisis Ujian-t terhadap Tahap Penggunaa
E-pembelajaran Berdasarkan Jantina
49
4.8 Analisis ANOVA Terhadap Penggunaan
E-pembelajaran Mengikut Kursus
50
4.9 Nilai Korelasi Hubungan Penggunaan
E-pembelajaran dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
51
4.10 Taburan Purata Min Keseluruhan 52
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Kajian 12
xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
ANOVA - Analysis of Variance
BBS - Sistem Papan Buletin
CD - Compact Disk
CGPA - Purata Gred Keseluruhan
CICT - Centre for Information and Communication Technology
DVD - Digital Video Disk
EDI - Pertukaran Data Elektronik
FP - Fakulti Pendidikan
GPS - Sistem Kedudukan Global
ICT - Information Communication Technology
IPDA - Institut Perguruan Darul Aman
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IT - Information Technology
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
KUITHO - Kolej Universiti Tun Hussein Onn
LCD - Liquid Crystal Display
MSC - Multimedia Super Coridor
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
ROM - Read Only Memory
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPC - Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Kimia)
xiv
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
α - Alpha
% - Peratus
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 75
B Surat Memohon Data-data Pelajar Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan 81
C1 Surat Pengesahan Item 1 82
C2 Surat Pengesahan Item 2 83
D Analisis Kebolehpercayaan Alpha
Cronbach (Kajian Rintis) 84
E Output Analisis Data – Kajian Sebenar 86
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam
abad ke-21, sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian tinggi perlu mempunyai
hala tuju masing-masing dalam memberi cabaran pendidikan kepada pelajar-
pelajarnya. Penyediaan sedemikian merupakan keperluan yang wajib ada pada
pelajar-pelajar selaras dan sejajar dengan kehendak keperluan tersebut. Bagi
merancang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk masa hadapan, mereka
perlu merancang dan memikirkannya bermula dari sekarang. Untuk memenuhi dan
menyahut cabaran tersebut, institusi-institusi berkenaan perlu menukar
‘paradigmanya’, dari hanya melahirkan pelajar yang hanya berkemahiran tertentu
kepada pelajar atau warganegara yang boleh dijadikan sumber rujukan, boleh
mentadbir dan boleh digunakan sebagai penyelesai masalah serta dapat membuat
sesuatu keputusan dengan baik dan bernas. Kemahiran sedemikian adalah
merupakan proses pembelajaran seumur hidup, yang mana pembelajaran tersebut
perlu dipelajari dengan pelbagai kaedah sama ada secara penyertaan atau dengan
kaedah pembelajaran pelajar-pelajar itu sendiri.
Dalam dunia moden hari ini, pengetahuan tentang komputer yang dilengkapi
dengan kemudahan internet adalah satu keperluan penting dalam apa jua industri.
Internet merupakan satu teknologi terkini yang begitu hangat diperkatakan pada
zaman millenium ini. Kemunculan internet telah membawa kepada perubahan-
perubahan dalam pelbagai bidang. Kini maklumat dari seluruh dunia dapat
diperolehi menerusi penggunaan internet. Di Malaysia, penggunaan internet oleh
masyarakat tempatan hanya mula berkembang pada akhir tahun 1995 (Yeow Leong
Swee, 1996).
Penggunaan komputer berinternet digunakan secara meluas dalam pelbagai
bidang. Kebolehan komunikasi maklumat secara tepat dan cepat telah menukar
kaedah manusia menjalankan urusan kehidupan seharian. Aplikasi-aplikasi teknologi
komunikasi seperti mel elektronik, mel suara, tele persidangan, faks, tele tukartertib,
pertukaran data elektronik (EDI), sistem kedudukan global (GPS), sistem papan
buletin (BBS) dan perkhidmatan dalam talian telah mula digunakan secara meluas
dekad ini (Hizamudin Awang, 1997).
Dengan perkembangan teknologi yang canggih dan pantas ini, semua individu
perlu peka dan berusaha untuk mendapatkan pengetahuan tentang komputer dan
internet seberapa banyak yang mungkin. Untuk menguasai ilmu pengetahuan dalam
bidang ini, pendidikan sejak dari awal perlu dititikberatkan. Perkembangan
penggunaan komputer dalam pendidikan begitu ketara sekali di institusi-institusi
pengajian tinggi. Semua universiti di negara kita telah memasuki rangkaian internet.
Dengan menggunakan kecanggihan teknologi ini, para pelajar dengan mudah dapat
belajar, membuat rujukan dan berhubung dengan pelajar-pelajar lain dengan hanya
menekan butang sahaja. (Jalaluddin, 1997).
Proses pendidikan yang dijalankan menggunakan kaedah elektronik dan
rangkaian internet ataupun dikenali sebagai e-pembelajaran mampu melatih dan
mendidik pelajar menjadi insan yang mahir, berdikari, kreatif, inovatif dan beretika
tinggi. E-pembelajaran ditakrifkan sebagai penghantaran arahan melalui media
elektronik yang mana salah satunya melalui laman web atau melalui cakera padat
(CD-ROM) dan Digital Video Disk (DVD). Dalam penggunaan medium
e-pembelajaran, pelajar bebas memilih kaedah belajar yang sesuai dengan tahap
kefahaman dalam bidang yang dipelajari. E-pembelajaran menyediakan bahan
pembelajaran dan latihan atau ulangkaji dalam bentuk laman web, cakera padat (CD-
ROM) dan bahan-bahan bercetak selain pertemuan bersemuka dengan tenaga
pengajar (Codone, 2001).
Sejauh mana keberkesanan kaedah e-pembelajaran masih belum dapat
ditentukan dan kajian ke atasnya masih lagi dilakukan. Konsep e-pembelajaran di
negara kita masih lagi baru dan memerlukan banyak pengkajian ke atasnya bagi
meningkatkan lagi kebolehcapaian serta keberkesanannya kepada kumpulan sasaran
terutamanya pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara tradisi, kaedah pembelajaran lebih menjurus antara guru dan pelajar.
Kaedah ini amat popular di kebanyakan sekolah. Melalui kaedah tersebut, guru
menjadi sumber ilmu atau sebagai ‘input’ kepada pelajar. Kini, kaedah pembelajaran
sedemikian sudah tidak begitu sesuai lagi, sebaliknya ia sesuai dengan menukarkan
guru sebagai fasilitator dan pengurus dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
masing-masing. Dalam pada itu, sikap pelajar-pelajar itu sendiri perlu juga berubah
dari pelajar yang ‘pasif’ kepada pelajar yang berdikari, bermatlamat, berpandangan
jauh, mempunyai sifat-sifat yang mulia dan bertanggungjawab dalam segala tindak-
tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita yang dicita-citakan. Keperluan tersebut
bukan sahaja dapat melatih dan membolehkan pelajar-pelajar sentiasa mengambil
bahagian dengan cara yang tersendiri, tidak terlalu mengharapkan orang lain, tetapi
dapat belajar melalui pengalaman tersendiri. Berdasarkan fakta tersebut, ‘Internet’
adalah merupakan alat yang sangat sinonim atau berkait rapat dengan keperluan
pelajar-pelajar yang sedemikian, yang lebih menjurus kepada mencorak dan menjana
minda selaras dengan perkembangan dunia semasa. Disamping itu juga, ia boleh
memberi pengalaman kepada pelajar supaya turut serta dalam pembelajaran secara
terus dan pantas dengan dunia luar. Dengan itu pelajar-pelajar secara langsung,
bukan sahaja tahu menggunakan teknologi berkenaan melalui bacaan dan tulisan
yang terpapar dilayarnya tetapi tahu bagaimana menggunakannya untuk mendapatkan
sumber maklumat yang pelbagai menerusi perkhidmatan yang ditawarkannya. Doyle
(1992) secara ringkas mendefinasikan bahawa kepandaian dan kemampuan seseorang
itu memperolehi maklumat membolehkan ia dapat:
i. Menambah ilmu pengetahuan
ii. Mengenal pasti dan mendapat tahu dengan tepat sumber maklumat
iii. Mengetahui bagaimana maklumat yang terkandung dalam sumber tersebut
diperolehi
iv. Menilai kualiti maklumat yang diperolehi
v. Tahu menguruskan maklumat tersebut
vi. Dapat menggunakan maklumat secara efektif
Bagi mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan, internet adalah pilihan
yang tepat buat masa kini. Seandainya kita yakin yang maklumat itu sebagai
penyalur pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubung antara manusia sejagat
setiap masa dengan pelbagai rangkaian dan pangkalan data, maka ianya sudah tentu
menjadi jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing (McLain &
DiStefano, 1995).
Berkaitan dengan keperluan menyediakan kemudahan teknologi maklumat,
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan sektor swasta perlu prihatin dalam
menyediakan kemudahan teknologi maklumat yang komprehensif. Penggunaan
e-pembelajaran seharusnya dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar, kemahiran
mengakses, motivasi pelajar dari segi sikap serta menggunakan maklumat dengan
betul. Perkembangan teknologi maklumat di IPT mempengaruhi proses pengajaran
dan pembelajaran di samping berupaya mendedahkan keterbukaan perolehan
maklumat kepada pelajar dan tenaga pengajar (Asarudin, 1998).
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga tidak ketinggalan menerajui
Information Communication Technology (ICT) dengan membangunkan kampus siber
yang menggunakan ICT secara menyeluruh dalam semua bidang (Jamaludin et al.,
2000). Semua urusan kampus dijalankan secara elektronik. Begitu juga dengan
bahan kuliah, tutorial, perpustakaan elektronik ianya dapat diakses oleh pelajar secara
langsung pada bila-bila masa.
Pada tahun 1997, Menteri Pendidikan telah merasmikan e-pembelajaran di
UTM pada semester II sesi 2001/2002. Ini membuktikan bahawa UTM sendiri telah
menyediakan kemudahan e-pembelajaran kepada pelajarnya. Melalui projek ini,
bahan pengajaran dan pembelajaran boleh dicapai melalui rangkaian internet yang
meluas di UTM. Pelaksanaan projek ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar
mendapatkan maklumat untuk sesuatu matapelajaran yang mereka ambil,
meningkatkan minat serta kefahaman pelajar serta menyediakan pelajar belajar
mengikut kemampuan diri dan mendedahkan pelajar kepada konsep pendidikan tidak
terbatas.
Persekitaran pembelajaran menerusi mana-mana sistem e-pembelajaran yang
disediakan untuk kegunaan pelajar IPT sewajarnya menawarkan kemudahan bagi
menggalakkan aktiviti sosial seperti kemudahan mel elektronik, forum perbincangan
dalam talian, perkongsian bijak secara elektronik dan sebagainya (Tam, 2000). Ini
secara tidak langsung membolehkan pelajar bekerja secara koperatif serta berkongsi
idea di samping mencabar kognitif masing-masing menerusi aktiviti perbincangan.
Kemudahan komunikasi menerusi sistem e-pembelajaran seperti forum elektronik
berpotensi dalam membantu pendekatan pembelajaran berasaskan kumpulan di
kalangan pelajar IPT.
Dalam proses menjayakan peralihan ‘pembelajaran tradisi’ kepada
‘pembelajaran yang berteraskan IT dan ICT’, kejayaannya sebenarnya bergantung
kepada sejauh mana pengendalian, penerimaan dan penggunaan sumber IT dan ICT
itu sendiri. Tanpa seorang guru yang bertindak sebagai fasilitator, pelajar yang
menggunakan e-learning gagal menguasai kaedah-kaedah pembelajaran yang
berkesan seperti membuat nota ringkas (Mohd. Jasmy et al, 2001).
Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif
yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu
memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,
penggunaan e-pembelajaran di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www
masih lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli et al (2001) menunjukkan tahap
penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah
UiTM adalah sekitar 30 peratus. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah
pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan
kemudahan dan kemahiran.
Menurut Mohd Koharudin (2004), tahap penggunaan e-pembelajaran di
kalangan pelajar-pelajar universiti di Malaysia masih berada pada tahap sederhana.
Kesederhanaan ini kerana kebanyakan pelajar masih dalam proses mengadaptasi atau
menyesuaikan diri dengan teknologi baru ini. Keadaan ini tidak menghairankan
kerana pembelajaran melalui kaedah ini masih baru di negara ini.
Satu kajian tentang e-pembelajaran di Universiti Putra Malaysia telah
dilakukan oleh Zakaria et al (2004) yang melakukan kajian khusus ke atas
penggunaan teknologi Webcast dalam penyampaian kuliah. Kajian beliau ini
dilakukan lebih kepada untuk meninjau tahap keberkesanan penggunaan teknologi ini
dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di Universiti Putra Malaysia. Secara
keseluruhannya, pelajar mempunyai persepsi yang sederhana positif terhadap
teknologi Webcast. Walaubagaimanapun, ini menunjukkan tahap penerimaan kaedah
pengkuliahan di kalangan pelajar adalah amat menggalakkan sekali.
Di UTM sendiri terdapat beberapa kajian yang berkaitan e-pembelajaran telah
dijalankan. Salah satu kajian itu ialah kajian ke atas penggunaan e-pembelajaran
dalam pembelajaran dewasa di Sekolah Professional dan Pendidikan Berterusan
(SPACE) oleh Ng Lai Peng (2003). Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan e-
pembelajaran di kalangan pelajar dewasa adalah sederhana. Ini menunjukkan
bahawa pelajar SPACE di UTM, Skudai masih tidak giat menggunakan
perkhidmatan e-pembelajaran dalam membantu meningkatkan pembelajaran
berterusan mereka. Mereka masih berada dalam proses meningkatkan kemahiran
penggunaan Internet atau e-pembelajaran.
Hasil kajian Mohd Koharudin (2004) menunjukkan para pelajar sedar bahawa
e-pembelajaran banyak memberikan mereka faedah dan kelebihan dalam
pembelajaran. Kebanyakan pelajar sedar bahawa dengan menggunakan
e-pembelajaran, mereka memperolehi banyak nota-nota dan bahan pembelajaran
sebagai tambahan kepada nota kuliah. Di samping itu, e-pembelajaran dipersetujui
pelajar dapat membantu pencapaian akademik mereka. Hasil kajian ini juga
menunjukkan bahawa pelajar sentiasa bersikap positif terhadap penggunaan
e-pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, pembelajaran menggunakan e-pembelajaran akan
sentiasa berkembang dan digunakan dengan lebih meluas di kalangan pelajar IPT.
Keberkesanan penggunaan e-pembelajaran bergantung kepada banyak pihak
terutamanya pelajar, pensyarah dan pihak yang membangunkan laman web e-
pembelajaran itu sendiri.
1.3 Penyataan Masalah
Penerimaan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia amatlah menarik
untuk diteliti kerana ia menggambarkan sejauh manakah tahap kesediaan pelajar
universiti di Malaysia terhadap pembelajaran berasaskan e-pembelajaran yang sedang
dilaksanakan oleh sebahagian besar universiti di negara ini.
Melalui kajian ini diharap dapat mengenalpasti tahap sikap dan kemahiran
mengakses pelajar dalam penggunaan e-pembelajaran dan hubungannya dengan
pencapaian akademik pelajar. Kajian akan dilakukan terhadap pelajar-pelajar tahun
akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan sesi
2007/2008 untuk mengetahui tahap sikap dan kemahiran mengakses dalam
penggunaan e-pembelajaran dan hubungannya dengan tahap pencapaian akademik
mereka. Pelajar yang merupakan bakal pendidik harus menguasai teknologi ini
supaya dapat menggunakannya untuk persediaan proses pengajaran dan pembelajaran
kelak.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :
1.4.1 Mengenalpasti tahap sikap terhadap penggunaan e-pembelajaran di kalangan
pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti
Pendidikan, UTM.
1.4.2 Mengenalpasti tahap kemahiran mengakses terhadap penggunaan
e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik
dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.
1.4.3 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran di
kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan,
Fakulti Pendidikan, UTM mengikut jantina.
1.4.4 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran di
kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan,
Fakulti Pendidikan, UTM mengikut kursus.
1.4.5 Mengenalpasti hubungan di antara penggunaan e-pembelajaran dengan tahap
pencapaian akademik pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-
persoalan kajian yang akan dijawab dalam kajian ini :
1.5.1 Apakah tahap sikap pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran?
1.5.2 Apakah tahap kemahiran mengakses pelajar terhadap penggunaan
e-pembelajaran?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar
mengikut jantina?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar
mengikut kursus?
1.5.5 Adakah terdapat hubungan di antara penggunaan e-pembelajaran dengan
tahap pencapaian akademik pelajar?