17
(PENGGUNAAN HURUF BESAR) MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID DIPERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHAS TAHUN 5 BAB 1 1.1 PENGENALAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di luar Bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu (Abdul Rasid Jamian). Menurut Abdul Rasid dan Zulkifli(2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan

Penggunaan Huruf Besar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sdfh

Citation preview

Page 1: Penggunaan Huruf Besar

(PENGGUNAAN HURUF BESAR)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI

MURID DIPERMULAAN AYAT DAN KATA NAMA KHAS TAHUN 5

BAB 1 1.1 PENGENALAN

Kemahiran menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu untuk murid-murid

sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih

cemerlang pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk

mengenal pasti permasalahan tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam

kalangan murid sekolah rendah di luar Bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011)

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara

kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran

yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian kemahiran membaca

dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa

Melayu dan mata pelajaran tertentu (Abdul Rasid Jamian). Menurut Abdul Rasid dan

Zulkifli(2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan

murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat

ketidakcekapan mereka menguasainya. Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi

(2009), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan

oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi

kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan menyusun manik. Kanak-

kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam

koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf memegang dan

menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor

halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka

sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk

menulis. Sasson (19930 pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada

pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul,

menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan

menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan

kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak

Page 2: Penggunaan Huruf Besar

minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian.

Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan

pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Contohnya,

seperti ketika mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan

jawapan alternatif b kepada p yang ditunjukkan. Selain dari masalah kekeliruan huruf

terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dan contoh kekeliruan yang sering

didapati adalah kekeliruan antara huruf b dengan huruf d dan huruf p dengan q

( Higgins et al.1996). Satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat

untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami

kesukaran memadankan bentuk huruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k .

Kajian Popp (1964) juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami

kekeliruan abjad dalam usaha memadankan bentuk-bentuk huruf kecil seperti b-d,p-q,

b-q, dan d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf 2 | P a g e (reversal of

letters). Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan di atas, saya dapati

perkara yang dijelaskan ini sama dengan masalah yang saya hadapi. Saya menghadapi

masalah murid yang tidak menggunakan huruf besar di tempat yang betul. Walaupun

setiap kali pengajaran dan pembelajaran dalam kelas saya akan sentiasa mengingatkan

murid tetapi masih tetap ada juga kesilapan yang dibuat oleh murid. Murid tidak dapat

membezakan kata nama am dan kata nama khas. Sehubungan dengan itu, pendidikan

Bahasa Melayu masa kini tertumpu pada usaha menguasai kemahiran, bukannya

pengetahuan. Satu daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah

kemahiran menggunakan huruf besar. Kegagalan menguasai kemahiran ini boleh

mencacatkan mutu penulisan mereka, khususnya dalam peperiksaan berpusat seperti

UPSR. 3 |

PENYATAAN MASALAH

Kegagalan mengusai sesuatu kemahiran dalam penyelidikan bahasa Melayu pada

peringkat tahap satu akan memberi kesan negatif pada peringkat tahap dua.

Pemerhatian menunjukkan bahawa banyak pelajar tahap 2 belum menguasai beberapa

kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh murid pada tahap satu. Antaranya ialah

kemahiran menggunakan huruf besar. Pelajar melakukan pelbagai kesilapan seperti

tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya. Pelajar mungkin juga

Page 3: Penggunaan Huruf Besar

menggunakan huruf besar pada tempat yang perlu menggunakan huruf kecil sahaja

seperti Rajah 1 Rajah 1

Kemahiran menggunakan huruf besar kelihatan seperti masalah yang kecil sahaja. Akibatnya

pelajar mengabaikan perkara ini dalam penulisan mereka. Oleh itu, penyelidik berusaha

mengesan sebab-sebab yang menjadi punca pelajar mengabaikan kemahiran ini. Diharapkan

guru dapat mengubahsuai kaedah pengajaran mereka bagi mengatasi masalah ini.

Berdasarkan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam

kelas terdapat dua fenomena yang menyebabkan berlakunya masalah ini. Pertama pelajar

hanya menggunakan kemahiran ini ketika proses pembelajaran. Kesilapan tetap berulang

kerana mereka hanya membetulkan kesilapan apabila ditegur. Kedua, pelajar tidak tahu

membezakan kata nama am dan kata nama khas. Akibatnya mereka tidak menyedari bahawa

mereka sebenarnya melakukan kesilapan.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Berpengalaman 14 tahun mengajar murid Tahap 2 membuatkan saya rasa pengalaman yang

selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi

murid tahun 5 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap

kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai

dengan penggunaan huruf besar dan tanda bacaan yang betul. Soalan kegemaran para guru

setiap kali latihan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di

tempat yang sesuai’. Di samping itu, kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar dan

tanda bacaan secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan

dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya mengambil satu daripadanya untuk

dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar dan tanda bacaan. Jika murid

menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat terutama

dalam penulisan bahagian A iaitu memerlukan murid membina 5 ayat, maka kehilangan

markah amat ketara. Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan

yang sama iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi

kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian

ini untuk mengatasi masalah tersebut.

Page 4: Penggunaan Huruf Besar

1. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.

Objektif Khusus

i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan

ayat dan pengejaan kata nama khas.

ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.

Persoalan Kajian

Kajian ini dibuat untuk menjawab persoalan seperti:

1. Apakah kesan penggunaan pensel warna terhadap kekeliruan penggunaan huruf besar

dalam penulisan bagi murid tahun 5 Restu?

2. Bagaimanakah penggunaan pensel warna menambah baik amalan saya dalam mengatasi

kekeliruan penggunaan huruf besar dalam penulisan?

Definisi istilah

Ujian Pra Ujian pra bertujuan mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran pelajar

terhadap penggunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu. 2. Ujian Pos Ujian pos

bertujuan mengetahui pencapaian pelajar terhadap masalah yang dikaji semasa dan setelah

diberi bimbingan.

BATASAN KAJIAN Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di

kalangan murid Tahun 5 Restu tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak

menggunakan huruf besar dan tanda bacaan di tempat yang sepatutnya seperti menulis

jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang

Page 5: Penggunaan Huruf Besar

sama semasa Tahun 4 Restu (2013), maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian

mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar dan tanda

bacaan adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak di atasi,

peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran

menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh : Aras 1 : 8.1 Membina dan

menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik. Aras 2

: 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda baca dalam ayat.

Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.

i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran

penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru

memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem pengajaran dan

pembelajarannya di kelas. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.

2. Meningkatkan prestasi pencapaian murid.

3. Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar .

4. Membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Selain

bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan

pencapaian rendah di kalangan murid.

Kajian ini juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang

berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

Page 6: Penggunaan Huruf Besar

BAB 2 2.1 SOROTAN LITERATUR

Kamaruddin Hj. Husin (1988) menyatakan bahawa “Tulisan ialah bahasa yang bertulis

dengan lambang-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan bahasa”

(ms 178). Oleh itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada

sekolah rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelak

permasalahan yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam

penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan. Keupayaan menulis merujuk

kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui

pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi

yang dilalui. Penekanan dalam kamahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang

gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hushim Haji Musa dan Abdullah Hamid

Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara

yang umum sifatnya. Kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan kata nama am, huruf

pertama tidak semestinya huruf besar. Kata Nama Khas ialah kata yang mendukung makna

rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-

undang bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama Kata Nama

Khas ditulis dengan huruf besar.

Zalian Jemat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan ditengah

sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca. Hal tersebut

merupakan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang peserta kajian saya. Kaedah

penggunaan pensel warna dipilih bagi membantu masalah murid dalam menggunakan huruf

besar pada huruf pertama perkataan sesebuah ayat, menggunakan huruf kecil pada Kata

Nama Am dan huruf besar pada Kata Nama khas. Selain itu, penyelidikan yang telah dibuat

oleh Jerome Agong, Jamurah Galitang dan Sobina Boisi (2008)dilaksanakan dengan

menggunakan kaedah gambar dan saya mendapati murid-murid diajar menulis ayat

menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul. Campbell(1989)

menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai teknik bagi menarik perhatian murid-murid

dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil daripada kajian beliau

mendapati murid-murid menunjukkan kemajuan yang baik dalam pelajaran termasukkah dari

segi kemahiran dan disiplin. Selain daripada membantu murid-murid untuk belajar. Campbell

telah dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran murid. Ribot (20040 menyatakan

Page 7: Penggunaan Huruf Besar

pengalamannya menggunakan Kecerdasan Pelbagai dalam mengajar bahasa Inggeris. Beliau

melaporkan keputusan yang agak memuaskan. Bagi kecerdasan imej visual, beliau telah

memperkenalkan satu aktiviti kepada murid-murid beliau iaitu “My city in a box” yang

merupakan satu pembelajaran koperatif. Murid-murid diminta untuk membina bangunan

yang mereka pernah lawati dengan menggunakan kadbod, kotak kecil dan kertas warna.

Selesainya aktiviti tersebut, beliau menyatakan bahawa “saya amat teruja melihat murid-

murid berjaya mencipta objek-objek tambahan seperti perabot, pintu dan jendela. Ini telah

memberi peluang kepada saya untuk memperkenalkan lebih banyak kosa kata pada hari

tersebut”(ms 52). 10 | P a g e

Carmelya (2010) telah menggunakan imej visual untuk membantu mengurang masalah murid

dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan yang mana beliau

menggunakan “ keluarga ayam”sebagai bahan bantu utama untuk mengatasi masalah

pernggunaan huruf besar pada huruf pertama dalam perkataan pertama pada sesebuah ayat

dalam penyelidikan beliau. Penyelidikan beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang

bermakna kerana berjaya mengatasi masalah yang murid beliau hadapi.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN Penyelidikan ini melibatkan 34 orang murid Tahun 5 Restu yang

terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Semua murid kelas 5

Restu boleh membaca dengan lancar dan boleh membina ayat tunggal dan majmuk dengan

baik. Walau bagaimanapun, mereka tidak menitik beratkan penggunaan huruf besar dalam

penulisan mereka. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini dijalankan sekurang-kurang bagi

mengurangkan masalah yang mereka hadapi. Pada masa yang sama, penyelidikan ini boleh

menambah baik amalan pengajaran saya dalam Bahasa Melayu. Tiga puluh orang murid yang

mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam kelas dan empat orang adalah

sebaliknya. Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada keberkesanan

penggunaan pensel warna dapat membantu murid peningkatan pengguasaan huruf besar

dalam membina ayat. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah

tersebut terhadap peningkatan minat murid untuk belajar.

3.2 Rekabentuk Kajian Kajian akan dilakukan menggunakan kaedah power point untuk

membezakan kata nama am dan kata nama khas. Selepas murid memahami dan dapat

Page 8: Penggunaan Huruf Besar

membezakan kata nama am dan kata nama khas , guru akan menggunakan pensel warna

apabila setiap kali mereka membuat latihan dalam kelas.

3.3 Etika Penyelidikan Saya telah meminta kebenaran secara lisan terlebih dahulu sebelum

menyerahkan surat memohon kebenaran daripada ibu bapa dan penjaga secara bertulis

kepada peserta kajian.

3.4 Kaedah Mengumpul Data.

Antara kaedah mengumpul data yang saya gunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian,

analisis dokumen dan temu bual. Kaedah pemerhatian secara langsung telah saya pilih kerana

ini mudah serta menyeluruh. Kaedah ini tidak memerlukan apa-apa peralatan khusus

melainkan pensel, dan kertas sahaja.

a) Pemerhatian Instrumen yang saya gunakan dalam teknik pemerhatian ini ialah catatan

refleksi. Catatan refleksi ditulis selepas setiap kali berlangsungnya pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan kajian ini. Berikut merupakan

contoh catatan refleksi yang saya gunakan. Masih ramai murid yang tidak dapat membezakan

Kata Nama am dan Kata Nama Khas walaupun telah diajar oleh guru. (Catatan refeklsi, 25

Mac 2014) Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

Analisis dokumen(Item Ujian) Saya telah menggunakan dua set ujian iaitu ujian pra dan ujian

pos. Ujian pra bertujuan mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran pelajar

terhadap penggunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu. Ujian pos bertujuan

mengetahui pencapaian pelajar terhadap masalah yang dikaji semasa dan setelah diberi

bimbingan.

c) Soal selidik .

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan

jawapan yang tepat secara jujur. Selain itu, saya juga menemubual guru-guru yang mengajar

mata pelajaran Bahasa Melayu untuk mengenal pasti samada murid-murid yang dipilih turut

membuat kesilapan yang sama. Saya menemubual guru yang mengajar Pendidikan Sivik

Page 9: Penggunaan Huruf Besar

Kewarganegaraan dan Kajian Tempatan bagi tahun 5 Restu . Soalan –soalan yang saya

tanyakan adalah seperti berikut: 1. Adakah murid-murid ini dapat menulis dengan baik

semasa pengajaran dan pembelajaran cikgu? 2. Daripada hasil penulisan murid 5 Restu ,

adakah mereka mengalami masalah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan? d)

Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tindakbalas murid dinilai semasa

mereka menjawab soalan yang dikemukakan. Saya turut menggunakan analisis dokumen

dalam bentuk hasil kerja murid. Setelah saya memperkenalkan kaedah yang saya rancang,

saya menganalisis dan menyemak secara terperinci buku latihan dan lembaran kerja sama ada

dalam bahagian penulisan, tatabahasa, pemahaman atau ujian imlak supaya saya dapat

menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.

3.5 Proses analisis data Analisis data dilakukan dengan menentukan markah skor bagi kedua-

dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Skor maksimum dalam setiap ujian ialah 10. Skor-skor

yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu baik, sederhana

dan lemah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 Skor Tahap Pencapaian 8-10 Sangat Baik

5-7 Baik 3-4 Sederhana 2-3 Lemah 0-1 Sangat Lemah Jadual 1: Skor markah Ujian dan

Tahap Pencapaian Pelajar 3.6 Sampel Kajian Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah

rendah di negeri Selangor. Sekolah ini mempunyai 9 kelas dalam aliran tahun 5. Kelas yang

dipilih ialah kelas 5 Restu kerana saya mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dalam kelas 5

Restu. Oleh itu, memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Prosedur Kajian

Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi, termasuklah setiap

aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran

murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya

terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan

persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu

murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya,

dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya.

Kaedah untuk mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf besar dan huruf kecil akan

dijelaskan. Kaedah penggunaan pensel warna bagi menulis huruf besar dalam ayat telah

digunakan bagi mengatasi masalah kekeliruan penggunaan hurf besar ini. Berikut adalah

langkah-langkah untuk menjalankan kaedah ini: Langkah 1 Untuk langkah pertama ini, saya

akan menjalankan pemerhatian untuk mengenalpasti secara tidak langsung tentang kekeliruan

Page 10: Penggunaan Huruf Besar

terhadap penggunaan huruf besar. Pemerhatian akan dilakukan dengan saya membuat

pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di situ terdapat masalah

di mana murid sering kali salah dalam menulis huruf besar dalam setiap ayat yang dibina.

Selain itu, saya juga membuat ujian pra terhadap murid-murid. Ujian ini dijalankan semasa

ujian bulan Mac yang lalu dalam ujian penulisan bahagian A. Jadi hasil daripada ujian inilah

guru dapat merancang latihan yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat melihat

kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut.

Dalam langkah ini juga , saya akan menjalankan sesi temubual bersama guru mata pelajaran

lain. Temubual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan murid-murid tersebut.

Dalam temubual itu pelbagai soalan akan ditanya dan fokus temubual ini adalah untuk

menentukan tahap seseorang murid dalam masalah yang dikaji.

Langkah 2 Setelah mendapat hasil keputusan ujian pra dan juga temu bual bersama guru mata

pelajaran lain , tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi penerangan dan

pengajaran teknik menggunakan pensel warna untuk membetulkan penggunaan huruf besar

dalam ayat. Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid yang akan digunakan

dalam kajian saya nanti.

Langkah 3 Dalam langkah ini, saya akan menerangkan pada murid perbezaan kata nama am

dan kata nama khas dengan menggunakan slaid power point. Kemudian, apabila murid faham

saya akan meminta murid menggunakan pensel warna setiap kali apabila membina ayat

dalam latihan di dalam kelas. Cara ini bagi membiasakan murid apabila menggunakan huruf

besar mereka akan menggunakan huruf besar supaya mereka lebih mengingati , terutamanya

dipermulaan ayat. Manakala ujian pos pula akan dijalankan setelah selesai sesi pembelajaran

selama enam minggu. Pengumpulan dan Pemprosesan Data Penganalisaan data dilakukan

untuk membandingkan tahap pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Bagi

meninjau persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran , pengkaji

akan mentafsir datanya dan skor setiap item dalam soal selidik. Sekiranya terdapat

peningkatan markah maka menunjukkan penerimaan murid baik dalam kaedah yang

digunakan.

BORANG SOAL SELIDIK MURID TAHUN 5 RESTU 2014 BIL. SILA JAWAB

DENGAN JUJUR Ya (/) Tidak ( x ) 1. Pengajaran cikgu menyeronokkan 2. Cikgu beri

tumpuan kepada saya 3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu 4. Keluarga beri

Page 11: Penggunaan Huruf Besar

bimbingan di rumah 5. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi 6. Belajar menyeronokkan 7.

Kerja sekolah yang diberi mudah 8. Saya suka menulis 9. Saya suka membaca 10. Saya

faham arahan cikgu 11. Percakapan cikgu terlalu laju

2. 20. [PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900 20 | P a g e Contoh : BORANG

SKOR ITEM MENYALIN AYAT BIL NAMA MURID UJIAN PRA UJIAN POS

PERBANDINGAN 1 A 2 B 3 C 4 D 5 E 6 F 7 G 8 H 9 I 10 J 11 K 12 L 13 M 14 N

15 0 16 P 17 Q 18 R 19 S 20 T 21 U 22 V 23 W 24 X 25 Y 26 Z 27 AB 28 CD 29 EF

30 GH 31 IJ 32 KL 33 MN 34 OP

3. 21. [PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900 21 | P a g e CONTOH LATIHAN

DALAM BUKU TEKS TAHUN 5

4. 22. [PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900 22 | P a g e CONTOH LATIHAN 2

5. 23. [PENYELIDIKAN PENDIDIKAN] FCE3900 23 | P a g e BIBLIOGRAFI Abdul

Karim Bin Haji Jawi.(2003). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya

dalam Aspek Tanda Baca dengan kaedah Pembelajaran Khusus serta Bimbingan

Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR

dan JPB Sri Aman Betong. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Dewan Bahasa dan

Pustaka. Esa Bin Awang dan Md. Hatta Md. Nor. (2003). Tahap Penguasaan

Tatabahasa bahasa Melayu di Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan

Temenggung Ibrahim Johor Bharu , Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.

Hasnalee Bin Tubah. ( 2008 ). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan

Menulis dalam Kalangan Murid KIA2M. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit

Pendidikan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak. Huraian Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Tahun 5 Unit Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran

Malaysia Semya Chundi. ( 2003 ). Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut

Huruf Besar Seorang Murid Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Prosiding

Seminar Kajian Tindakan 2003. Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-

Betong. Siti Zainab bt Haji Md Saman. ( 2003 ). “Jadual Formula Warna” Kaedah

untuk Menerangkan Fakta. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan

Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia