Upload
prolog
View
2.502
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana telah diizinkan
olehNya,maka telah dapat juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus
Geografi PMR 2008 dengan jayanya semoga Tugasan Kerja Kursus ini
memperoleh banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan
pengalaman dalam kajian luar ini.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada tuan pengetua iaitu Tuan Hj Zainuddin Bin Che
Ismail dan guru pembimbing saya iaitu Puan Noraini Binti Ismail yang
tidak jemu-jemu memberi bimbingan,sokongan dan tunjuk ajar tentang
cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan.Mereka
turut membantu menyemak data,laporan dan memberi teguran agar
memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya
iaitu Wan Nasharuddin dan Siti Norhayati yang turut membantu untuk
menyiapkan kerja-kerja ini.Tidak lupa juga kepada rakan
saya,terutamanya Deruh,Juwe dan rakan-rakan saya yang terlibat
menjayakan kerja kursus ini.
Tanpa sokongan mereka,mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja
kursus ini.Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini
memerlukan tenaga,buah fikiran dan wang ringgit.
Sekian, Terima Kasih,
Salam Hormat daripada saya-Wan Muhd. Mustaffa.