19
1 E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD) PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS AL-AWA'IL WA AL-AWAKHIR WA AL-ASANID KARYA SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI Farhah Zaidar Mohamed Ramli & Phayilah Yama @ Fadilah Zakaria Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected] ABSTRAK Pengkaryaan al-thabat dalam ilmu hadis atau karya yang sepertinya iaitu al- mashyakhah, al-ma c ajim, al-fahrasah, al-barnamaj, al-musalsalat dan al-awa’il merupakan kategori kitab yang merekodkan sanad bagi kitab-kitab yang dibacakan serta didengari oleh penyusun di hadapan para guru. Al-Thabat juga pada asalnya merupakan karya yang mengumpulkan al-ijazat yang diperolehi oleh seseorang penuntut ilmu daripada para guru bagi meriwayatkan kitab-kitab hadis. Relevansi al- thabat adalah sebagai medium perantara mirip curriculum vitae yang mana seseorang ahli ilmu dapat menunjukkan salasilah sanad perhubungan mereka dengan para guru kurun demi kurun sehingga kemuncaknya sampai kepada Rasulullah s.a.w. Berdasarkan metode analisis kandungan, makalah ini bertujuan untuk menghuraikan resensi dan relevansi sebuah karya thabat alam melayu nusantara yang semakin jarang ditemui bertajuk al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid susunan Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari. Kesimpulan daripada penemuan kajian menunjukkan masih terdapat dalam kalangan ilmuan tempatan yang meneladani tradisi ahli hadis dalam aspek penyusunan karya al-thabat. Penyusunan karya seperti ini juga tidak mungkin dapat dilakukan jika tokoh ulama melayu terkemuka nusantara terbabit tidak turut menjalani kaedah perguruan klasik iaitu talaqqi bersanad sebagaimana yang telah ditempuhi oleh ilmuan hadis silam. Implikasi daripada penemuan ini turut menunjukkan masih terdapat hubungan kelimuan berperantarakan salasilah sanad antara ilmuan tempatan dengan para guru kurun demi kurun sehingga kemuncaknya sampai kepada Rasulullah s.a.w. Kata kunci: al-Thabat, al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid, Syeikh Nuruddin Marb al-Banjari PENGENALAN Pengkaryaan kitab khusus yang menghimpunkan nama para guru al-sama c , al-qira’ah dan al-ijazah serta sanad periwayatan ilmu daripada mereka merupakan satu tradisi dalam kalangan ulama hadis. Kitab khusus ini bukan sahaja dikenali dengan al-thabat, tetapi turut dinamakan dengan beberapa istilah lain iaitu al-mashyakhah, al-ma c ajim, al-fahrasah, al-barnamaj, al-musalsalat dan al-awa’il (Mawsu c ah c Ulum al-Hadith, 2007: 309). Muhammad bin Ja c far al-Kattani (1995: 112) mengklasifikasikan al-mashyakhat sebagai salah satu daripada jenis-jenis

PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

1

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS

AL-AWA'IL WA AL-AWAKHIR WA AL-ASANID KARYA

SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI

Farhah Zaidar Mohamed Ramli & Phayilah Yama @ Fadilah Zakaria

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Pengkaryaan al-thabat dalam ilmu hadis atau karya yang sepertinya iaitu al-

mashyakhah, al-macajim, al-fahrasah, al-barnamaj, al-musalsalat dan al-awa’il

merupakan kategori kitab yang merekodkan sanad bagi kitab-kitab yang dibacakan

serta didengari oleh penyusun di hadapan para guru. Al-Thabat juga pada asalnya

merupakan karya yang mengumpulkan al-ijazat yang diperolehi oleh seseorang

penuntut ilmu daripada para guru bagi meriwayatkan kitab-kitab hadis. Relevansi al-

thabat adalah sebagai medium perantara mirip curriculum vitae yang mana

seseorang ahli ilmu dapat menunjukkan salasilah sanad perhubungan mereka dengan

para guru kurun demi kurun sehingga kemuncaknya sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Berdasarkan metode analisis kandungan, makalah ini bertujuan untuk menghuraikan

resensi dan relevansi sebuah karya thabat alam melayu nusantara yang semakin

jarang ditemui bertajuk al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid susunan Tuan Guru

Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari. Kesimpulan daripada penemuan kajian

menunjukkan masih terdapat dalam kalangan ilmuan tempatan yang meneladani

tradisi ahli hadis dalam aspek penyusunan karya al-thabat. Penyusunan karya seperti

ini juga tidak mungkin dapat dilakukan jika tokoh ulama melayu terkemuka nusantara

terbabit tidak turut menjalani kaedah perguruan klasik iaitu talaqqi bersanad

sebagaimana yang telah ditempuhi oleh ilmuan hadis silam. Implikasi daripada

penemuan ini turut menunjukkan masih terdapat hubungan kelimuan berperantarakan

salasilah sanad antara ilmuan tempatan dengan para guru kurun demi kurun

sehingga kemuncaknya sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Kata kunci: al-Thabat, al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid, Syeikh Nuruddin

Marb al-Banjari

PENGENALAN

Pengkaryaan kitab khusus yang menghimpunkan nama para guru al-samac, al-qira’ah dan

al-ijazah serta sanad periwayatan ilmu daripada mereka merupakan satu tradisi dalam kalangan

ulama hadis. Kitab khusus ini bukan sahaja dikenali dengan al-thabat, tetapi turut dinamakan

dengan beberapa istilah lain iaitu al-mashyakhah, al-macajim, al-fahrasah, al-barnamaj,

al-musalsalat dan al-awa’il (Mawsucah

cUlum al-Hadith, 2007: 309). Muhammad bin Ja

cfar

al-Kattani (1995: 112) mengklasifikasikan al-mashyakhat sebagai salah satu daripada jenis-jenis

Page 2: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

2

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

pengkaryaan kitab dalam bidang hadis. Al-Mashyakhat menurut beliau merupakan kitab yang

mengandungi senarai para guru bagi seseorang penyusunnya. Guru-guru tersebut pula terdiri

daripada kalangan mereka yang penyusun tersebut mempelajari ilmu secara langsung atau

sekadar menerima pengijazahan daripada mereka secara bersemuka atau tanpa bersemuka.

Manakala Nur al-Din cItr (1992: 209-210) memperkenalkan al-mashyakhat di sisi ahli hadis

sebagai kitab yang mendaftarkan nama para guru. Ianya merangkumi kitab-kitab atau hadis-hadis

yang ditalaqqikan dengan para guru yang bersambungan sanad mereka hingga kepada penyusun

kitab atau hadis. Pengkaryaan al-mashyakhat hadis menurut cAmir Hassan Sabri merupakan

salah satu keegiatan ilmu yang tidak kurang penting dalam memberi sumbangan terhadap sunnah

Nabi berdasarkan beberapa aspek. Antaranya ia merupakan sumber yang merekodkan beberapa

informasi utama seperti biodata para guru yang ditemui oleh seseorang penyusunnya, maklumat

salasilah sanad periwayatan kumpulan kitab ahli ilmu terdahulu serta cara periwayatan daripada

para guru tersebut sama ada samac atau ijazah, di samping tempat dan masa pertemuan (al-

Qazwini, 2005: 5).

Seterusnya cAbd al-Hayy al-Kattani (1982: 67) pula mengulas bahawa apabila nama para guru

tersebut secara teknikal disusun berdasarkan tertib huruf mucjam maka kitab tersebut dinamakan

dengan mucjam atau ma

cajim (kata jama

c). Oleh sebab itu, sering kali juga digandingkan

perkataan mucjam dengan al-mashyakhat (mu

cjam al-shuyukh). Walaupun al-mu

cjam

pada asasnya menurut ahli hadis adalah karya yang menyusun hadis-hadis berdasarkan susunan

nama para sahabat, atau para guru atau negara dan lain-lain (al-Kattani, 1995: 108). Namun

ulama mutakhir turut merujuk al-mucjam sebagai sebuah kitab khusus yang menyenaraikan nama

para guru yang menjadi sumber pengambilan ilmu seperti pendengaran hadis bagi seseorang

syeikh (al-Sakhawi, 2005: 279).

Manakala kitab berkonsepkan seumpama al-mashyakhat atau al-macajim dikenali dengan nama

al-barnamaj dalam kalangan ilmuan Andalus. Sementara itu, ilmuan di sebelah timur

menyebutnya dengan al-thabat dan istilah ini terkenal sehingga kini. Ilmuan di sebelah barat

pula menamakannya dengan sebutan al-fahrasah (cAbd al-Hayy al-Kattani, 1982: 67). Dalam

perspektif gaya penyusunan bagi karya sanad, terdapat susunan yang dikenali dengan

al-musalsalat dan al-awa’il. Al-Musalsalat merupakan himpunan hadis al-musalsal iaitu

membawa atau memperturunkan sesuatu keadaan atau sifat yang sama daripada seorang perawi

kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau sanad, sama ada ia berbentuk

cara penyampaian hadis atau berkaitan dengan waktu atau tempat penyampaiannya. Begitu juga

sama ada sifat dan keadaan perawi itu berbentuk kata-kata atau perbuatan (al-Sakhawi, 2005:

432-441).

Semenjak hampir kurun ke 10H, pengertian kitab al-awa’il pula dimaksudkan sebagai kitab

yang menyusun hadis-hadis awalan daripada kitab-kitab hadis yang muktabar seperti hadis

pertama Sahih al-Bukhari dan lain-lain. Ia merupakan kitab perantara bagi memudahkan

pembacaan murid di hadapan guru bertujuan untuk memohon pengijazahan daripadanya.

Menerusi kitab al-awa’il, murid hanya membaca hadis terawal bagi setiap kitab-kitab tersebut

dan bakinya diijazahkan oleh guru. Yusuf cAbd al-Rahman al-Mar

cashli menyenaraikan 12 orang

penyusun karya sanad secara al-awa'il sebagai contoh iaitu antaranya Ibn Dayba' al-Shaibani, cAbd Allah bin Salim al-Basari dan Muhammad Sa

cid Sunbul (al-Mar

cashli, 2002: 28; al-Qasimi,

1983: 94). Penelitian lain turut mendapati terdapat 210 buah karya thabat daripada jenis al-awa'il

Page 3: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

3

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

yang direkodkan dalam karya Fahras al-faharis wa al-Athbat oleh c

Abd al-Hayy al-Kattani

(1982: 361-410).

Kepelbagaian istilah di atas didapati tidak menjejaskan maksud antara satu sama lain yang masih

lagi sinonim dengan konsep al-thabat. Intisari kandungan karya al-thabat mahupun al-

mashyakhah, al-macajim, al-fahrasah, al-barnamaj dan al-musalsalat atau al-awa’il adalah

serupa meskipun gaya penyusunan antara satu sama lain sedikit berbeza (al-Asl, 1982: 6). Ini

adalah kerana kesemua karya ini menghimpunkan nama para guru al-samac dan al-ijazah serta

rangkaian salasilah sanad mereka hingga sampai kepada sumber ilmu yang terdiri daripada

khazanah kitab-kitab warisan muktabar yang menjadi teras rujukan keilmuan Islam sepanjang

zaman. Perbezaan istilah tersebut juga hanya pada aspek bahasa dan tempat seperti al-barnamaj

yang merupakan istilah yang digunakan di Andalus dan al-fahrasah pula digunakan dalam

kalangan ilmuan di sebelah barat.

SUMBER KARYA AL-THABAT DUNIA ISLAM

Karya kategori al-thabat atau karya yang mempunyai konsep yang serupa dengannya iaitu

al-mashyakhat, al-fahrasah, al-barnamaj, al-musalsalat dan al-awa'il pada dasarnya dapat

dirujuki senarainya dalam dua sumber utama iaitu Fahras al-Faharis wa al-Athbat wa Mucjam

al-Macajim wa al-Mashyakhat wa al-Musalsalat susunan

cAbd al-Hayy bin

cAbd al-Kabir

al-Kattani dan Mucjam al-Ma

cajim wa al-Mashyakhat wa al-Faharis wa al-Baramij wa al-Athbat

susunan Yusuf cAbd al-Rahman al-Mar

cashli. Kedua-dua sumber tersebut menjadi pemangkin

untuk meningkatkan kebolehpercayaan kewujudan rangkaian salasilah sanad kitab-kitab warisan

muktabar yang menjadi teras rujukan keilmuan Islam sepanjang zaman (Farhah Zaidar, 2014:

48-49).

Fahras al-Faharis wa al-Athbat wa Mucjam al-Ma

cajim wa al-Mashyakhat wa al-

Musalsalat susunan cAbd al-Hayy bin

cAbd al-Kabir al-Kattani merupakan sebuah karya besar

yang mengumpulkan profil sebanyak 662 orang tokoh yang menyumbang kepada pembukuan

sanad dalam kepelbagaian bentuk. Karya ini menyenaraikan nama-nama kitab sanad jenis al-

awa’il sebanyak 210 buah kitab, jenis al-macajim iaitu sebanyak 39 buah kitab, jenis

al-mashyakhat iaitu 118 buah kitab, jenis mashyakhat bagi musnid wanita iaitu 12 buah kitab,

jenis al-musalsalat juga fahrasah iaitu 182 buah kitab. Jumlah keseluruhan kitab sanad dalam

karya ini ialah 561 buah kitab (cAbd al-Hayy al-Kattani, 1982: 361-410). Berikutan itu, karya ini

turut dianggap sebagai rujukan utama bagi mengenal pasti karya sanad seumpama al-thabat dan

lain-lain.

Manakala komitmen penyusunan kitab sanad dalam kalangan para ulama turut dapat diserlahkan

menerusi ensiklopedia sanad susunan Yusuf cAbd al-Rahman al-Mar

cashli iaitu Mu

cjam al-

Macajim wa al-Mashyakhat wa al-Faharis wa al-Baramij wa al-Athbat. Ensiklopedia ini

merekodkan ribuan biodata para musnid yang turut merangkap secara umumnya sebagai

penyusun mucjam shuyukh, al-mashyakhat, al-faharis, al-baramij dan al-athbat. Terdapat

sejumlah 1760 orang profil para musnid beserta 3225 karya sanad yang direkodkan dalam

ensiklopedia ini (al-Marcashli, 2002: 8).

Page 4: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

4

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Ensiklopedia ini dilihat berpotensi menjadi sumber rujukan utama data profil bagi para musnid

dan karya sanad mengikut kronologi kurun iaitu daripada kurun pertama hingga kurun 15 Hijrah.

Namun menurut Yusuf cAbd al-Rahman al-Mar

cashl (2002: 8), beliau tidak mendakwa telah

dapat melengkapkan pengumpulan kesemua karya sanad dalam ensiklopedia ini disebabkan

keluasan ilmu ini yang dianggap tiada taranya. Beliau turut menjelaskan bahawa pelaksanaan

penyusunan ensiklopedia sanad ini antara lain adalah berinspirasikan karya cAbd al-Hayy

bin cAbd al-Kabir al-Kattani sebelum ini. Hampir kebanyakan item-item utama yang direkodkan

dalam setiap profil dalam ensiklopedia ini ialah terdiri daripada nama, asal usul keluarga,

kelahiran, kewafatan, sorotan perkembangan kehidupan, penglibatan kerjaya dan sumbangan

ilmiah, paparan nama para guru al-qira’ah, guru al-ijazah dan karya-karya dalam pelbagai

bidang ilmu khususnya karya-karya asanid yang dihubungkan dengan profil (Farhah Zaidar

2014: 49)..

RELEVANSI PENDOKUMENTASIAN SANAD DALAM KARYA THABAT

Yusuf cAbd al-Rahman al-Mar

cashli (2002: 49-51) menjelaskan terdapat beberapa kepentingan

yang menarik keprihatinan ilmuan Islam mendokumentasikan salasilah sanad kitab-kitab yang

mereka wariskan daripada guru-guru dalam karya-karya thabat mereka. Antaranya ialah sebagai

satu usaha untuk memastikan salasilah sanad ini kekal terpelihara sehingga masih boleh dirujuki

serta diwariskan kepada generasi yang datang kemudian. Ianya dilakukan supaya senarai nama

perawi-perawi ilmu tersebut tidak hilang atau lenyap daripada khazanah warisan keilmuan Islam.

Selain itu, ia juga bermotifkan untuk mencetuskan minat serta meningkatkan kecenderungan

pembacaan semula kitab-kitab warisan dunia Islam secara bersanad. Ia juga sebagai iktibar dan

teladan yang ditunjukkan oleh ilmuan Islam klasik tentang sensiviti serta kegigihan mereka

dalam menghargai serta mengambil berat dalam mengaji secara langsung ilmu kitab-kitab

warisan Islam ini dihadapan para guru yang bersanad. Manakala Syeikh Nuruddin Marbu al-

Banjari merupakan salah seorang daripada ilmuan terbilang benua Nusantara abad 21 hijrah yang

masih berkesempatan mewarisi ilmu-ilmu berperantara kitab-kitab warisan Islam ini secara

talaqqi bersanad.1

1 Talaqqi Bersanad (TB) adalah pendekatan berkonsepkan pengajian ilmu yang dibuat secara langsung di hadapan

guru al-musnid. Ia dipraktikkan menerusi kombinasi metode al-samac, al-qira’ah serta al-ijazah. Ketiga-tiga metode

masih diadaptasikan sehingga kini bagi meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah yang sudah dibukukan (Farhah

Zaidar 2014).

Page 5: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

5

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

PROFIL AL-MUSNID2 SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI

Gambar Tokoh 1.0 Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari

Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari atau nama lengkapnya Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji

Marbu bin Abdullah Thayyib merupakan ilmuan yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan

Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tarikh 1

September 1960. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus.

Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok Pesantren Normal Islam. Pada tahun yang

sama, seluruh keluarga beliau telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Mekah. Justeru itu

beliau meneruskan pengajiannya di Mekah iaitu di Madrasah Sawlatiyyah sehingga tahun 1982.

Selain itu, beliau juga mengikuti pengajian ilmu-ilmu agama di Masjid al-Haram dan juga di

rumah para ulama Mekah. Pada tahun 1983 pula beliau telah melanjutkan pengajiannya di

Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga memperoleh ijazah sarjana muda.

Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma’had ‘Ali Liddirasat al Islamiah di

Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat ‘Ulya” pada tahun 1990 (al-Fanshuri

2007).

2Seseorang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya sama ada ia mempunyai ilmu atau sekadar meriwayatkannya

sahaja. Al-Musnid juga turut dikenali sebagai perawi yang menerima dan menyampaikan hadis menerusi salah satu

daripada metode-metode al-tahammul. Dalam konteks pandangan ulama mutakhir, al-musnid adalah seseorang yang

melakukan penambahan periwayatan menerusi pengetahuan terhadap al-macajim, al-athbat dan al-faharis serta

prihatin dalam menerima al-musalsalat dan memiliki banyak periwayatan daripada para guru (Mahmud ٍ Sacid

Muhammad Mamduh, 2009).

Page 6: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

6

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Menurut al-Fanshuri (2007), antara guru-guru Syeikh Nuruddin ketika belajar di Mekah dan

Mesir adalah Syeikh Hasan al-Mashat, Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, Syeikh Ismacil

Uthman Zayn al-Yamani al-Makki, Syeikh cAbd Allah Sa

cid al-Lahji, Syeikh ‘Amos, Syeikh

Muhammad ‘Iwad al-Yamani, Syeikh Zakaria Bila al-Indonesia, Syeikh Muhammad Syibli

al-Banjari, Syeikh Karim al-Banjari, Syeikh cAbd al-Karim al-Bukhari, Syeikh Adnan al-Afnani,

Syeikh Sayf al-Rahman, Syeikh Sahili al-Anfanani, Syeikh Sacid al-Bakistani, Syeikh

Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi, Syeikh cAbd al-Qadir al-Saggaf, Syeikh Muhammad

Muntashir al-Kattani al-Maghribi, Syeikh Muhammad cAlawi al-Maliki, Syeikh Muhammad

Makki al-Hind, Syeikh Muhammad Makhluf, Syeikh cAbd Allah bin Hamid, Syeikh Muhammad

Mutawalli al-Syacrawi, Syeikh

cAli Jadul Haq, Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim, Dr. Syeikh

Muhammad Tayyib al-Najjar, Syeikh Muhammad cAbd al-Wahid, Syeikh Abul Hasan

cAli

al-Nadwi, Syeikh cAtiyyah Saqr, Syeikh

cAbd al-Hafiz al-Hind, Dr. Ahmad

cUmar Hashim, Dr.

cAbd al-Shobur Shahin, Dr. Yusuf Mahyuddin al-Hasani dan lain-lain.

Manakala dalam aspek penulisan, semenjak tahun 1991 lagi beliau telah menghasilkan karangan

dan juga mentahkik kitab-kitab muktabar yang bilangannya tidak kurang daripada 50 buah.

Kebanyakan karangannya adalah dalam bahasa Arab. Al-Fanshuri (2007) telah menyenaraikan

29 contoh kitab karangan Syeikh Nuruddin iaitu antaranya al-Amr bi al-Macruf wa al-Nahy

can

al-Munkar fi al-Kitab wa al-Sunnah, al-Jawhar al-Hasan min Ahadith Sayyiduna cUthman bin

cAffan radi allah

canh, Asma al-Matalib min Ba

cd Ahadith Sayyiduna

cAli bin Abi Talib radi

allah canh, Ifadah al-

cAmm wa al-Khas min Ba

cd Ahadith Sayyiduna

cAbd Allah bin

cAmru bin

al-cAs radi allah

canh, al-Kawakib al-Durri min Ahadith Sayyiduna Abi Sa

cid al-

Khudri radi allah canh dan Makanah al-

cIlm wa al-

cUlama' wa Adab Talib al-

cIlm. Manakala

antara contoh kitab yang beliau tahkik dan membuat ulasan adalah kitab Qurrah al-cAyn bi

Fatawa al-Shaykh Ismacil Zayn, Khususiyyat al-Rasul dan Bustan al-

cAriffin.

Seterusnya penglibatan beliau sebagai guru dan penyebar ilmu agama di Malaysia adalah

bermula di Maahad ‘Ali Littafaqquh Fiddin yang terletak di Derang, Kedah. Di samping itu,

beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah bulanan atau mingguan di

masjid-masjid, sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama di hotel-hotel, di pejabat kerajaan

sama ada di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terangganu. Seterusnya pada

tahun 2004 beliau menubuhkan Ma'had Pengajian Tinggi Tafaqquh fi al-Din, Yayasan al-Zein

al-Makki yang terletak di Ciampiea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Terkini beliau turut berjaya

menubuhkan sebuah lagi institusi pengajian yang dikenali sebagai Machad An-Noer di Janda

Baik, Pahang. Seterusnya pengaruh keilmuan beliau semakin meluas pada masa kini berikutan

penglibatan sebagai ilmuan selebriti Radio dan Televisyen Malaysia menerusi Radio IKIM dan

TV al-Hijrah.

Kesimpulannya Syeikh Nuruddin berkelayakan untuk diperkenalkan sebagai antara ilmuwan

melayu terbilang di benua Nusantara yang nadir di era kurun 21 Hijrah dalam konteks

berkesempatan menuntut ilmu secara talaqqi bersanad pada zaman remajanya. Kesempatan

menetap puluhan tahun di Mekah menjadi faktor beliau dapat mempelajari ilmu secara talaqqi

bersanad dengan para guru berwibawa di Mekah dan Madinah dengan mengguna pakai

kitab-kitab warisan muktabar dunia Islam. Antara kitab-kitab utama tersebut khasnya dalam

konteks ilmu hadis ialah sejumlah 79 buah kitab yang didokumentasikan secara bersambung

salasilah sanadnya sehingga sampai kepada penyusun atau pengarang kitab-kitab hadis dalam

Page 7: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

7

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

karya thabat beliau bertajuk al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid. Keberadaan kitab ini

menjadi bukti penglibatan beliau dalam dunia pengajian ilmu-ilmu Islam khususnya ilmu hadis.

RESENSI AL-AWA'IL WA AL-AWAKHIR WA AL-ASANID

Menurut Khafidz (2015: 466), Syeikh Nuruddin telah medokumentasikan sanad periwayatan

ilmu-ilmu beliau dalam dua buah kitab iaitu al-Hadith al-Musalsalah dan al-Awa'il wa

al-Awakhir wa al-Asanid iaitu kitab yang sedang diulas oleh artikel ini sebagaimana gambar di

bawah. Kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid telah diterbitkan oleh Majlis al-Banjari li

al-Tafaqquh fi al-Din pada tahun 1998 dengan nombor ISBN 977-19-5967-0. Kitab ini ditulis

dalam Bahasa Arab sepenuhnya.

Gambar 1.1 Muka Depan Kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid

Reka bentuk Penyusunan

Karya berjumlah 173 halaman ini disusun reka bentuk kandungannya berdasarkan konsep karya

thabat daripada jenis al-awa'il dan al-awakhir. Reka bentuk ini bermaksud penyusun memetik

hadis terawal dan hadis terakhir yang terkandung dalam sesebuah kitab hadis serta

menyenaraikan salasilah periwayatan sanad kitab melalui sanad kedua-dua hadis tersebut

menerusi perantaraan guru penyusun sehingga sampai kepada pengarang atau penyusun asal

Page 8: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

8

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

kitab tersebut. Berdasarkan reka bentuk ini, Syeikh Nuruddin (1998: 9-169) didapati

menyenaraikan keseluruhan hadis terawal dan terakhir daripada kesemua kitab hadis yang

diriwayatkan dalam al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid ini kecuali 20 buah kitab yang

disusun di bahagian akhir kandungan kitab. Ini adalah kerana kebanyakan daripada 20 buah kitab

ini merupakan syarah kepada kitab-kitab hadis induk yang mana hadis terawal dan terakhirnya

telah sedia dipetik terlebih dahulu lagi iaitu di permulaan kandungan kitab. Hal ini supaya tiada

pengulangan petikan hadis yang sama dilakukan. Justeru itu, terdapat hanya 59 buah kitab hadis

yang dipetik hadis terawal dan hadis terakhir oleh Syeikh Nuruddin dalam al-Awa'il wa

al-Awakhir wa al-Asanid ini. Oleh itu jumlah keseluruhan hadis yang dipetik dalam karya ini

adalah 118 buah hadis.

Faktor Penyusunan Karya

Syeikh Nuruddin (1998: 5-6) selaku penyusun karya ini menjelaskan dalam introduksi

pengenalan kitab bahawa antara lain tujuan salasilah sanad kitab-kitab hadis ini didokumenkan

dalam bentuk ini adalah sebagai rangsangan dan petunjuk kepada penuntut ilmu agar kembali

tekun membaca kitab-kitab hadis nabawi ini. Pembacaan kitab-kitab ini akan sentiasa

menghidupkan kembali ilmu-ilmu agama yang terkandung dalam hadis-hadis yang terdapat

dalam kitab-kitab tersebut.

Syeikh Nuruddin (1998: 5-7) juga ingin meningkatkan kesedaran dalam kalangan

penuntut ilmu bahawa khazanah kitab-kitab warisan Islam adalah terlalu banyak yang

memerlukan usaha yang bukan sedikit untuk menguasainya. Beliau juga berpendapat tiada

kaedah lain yang lebih relevan untuk menguasai ilmu agama secara mendalam kecuali dengan

kembali membaca kitab-kitab ini biar pun banyak dan kembali menjalin persahabatan dengan

para ulama.

Periwayatan Salasilah Sanad Kitab 79 Buah Karya Hadis

Terdapat 79 buah karya hadis3 yang didokumentasikan salasilah sanadnya dalam al-Awa'il wa

al-Awakhir wa al-Asanid. Dengan erti kata lain, kitab ini khusus memaparkan nama 79 buah

karya hadis dan nama guru beserta salasilahnya yang menjadi perantara kepada Syeikh Nuruddin

dalam mewariskan penyambungan periwayatan salasilah sanad kitab sehingga sampai kepada

penyusun atau pengarang asal kitab berkenaan (Syeikh Nuruddin,1998: 9-169). Syeikh Nuruddin

(1998: 9-11, 164) mendahulukan al-Muwatta' susunan Imam Malik sebagai kitab pertama yang

dipaparkan salasilah sanad periwayatannya dan Awjaz al-Masalik Ila Sharh Muwatta' al-Imam

Malik susunan Syeikh Zakariyya al-Kandahlawi pula diletakkan sebagai kitab terakhir yang

dipaparkan salasilah sanad periwayatannya dalam kitab ini. Jadual 1.0 berikut memperincikan

senarai nama kitab-kitab terbabit serta nama guru yang menjadi sumber periwayatan salasilah

sanad kitab tersebut.

3 Sila lihat lampiran

Page 9: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

9

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Seterusnya, analisis kandungan sebagaimana yang dipaparkan dalam jadual di atas

mendapati Syeikh Nuruddin (1998) telah meriwayatkan periwayatan salasilah sanad 70 buah

karya hadis tersebut daripada gurunya yang bernama Al-Musnid Muhammad Yasin al-Fadani.

Manakala lima buah karya lagi beliau telah meriwayatkannya daripada gurunya yang bernama

al-Faqih Ismacil

cUthman Zayn al-Yamani al-Makki dan empat buah karya lagi beliau

riwayatkannya daripada gurunya yang bernama Al-cAllamah

cAbd Allah bin Sa

cid al-Lahji

al-Hadrami. Penemuan ini menunjukkan terdapat tiga orang guru yang menjadi sumber

periwayatan salasilah sanad kitab-kitab hadis oleh Syeikh Nuruddin (1998). Selain itu,

penemuan juga menunjukkan guru beliau iaitu al-Musnid Muhammad Yasin al-Fadani

merupakan sumber utama periwayatan berbanding dengan kedua-dua orang guru beliau yang

lain tersebut berdasarkan jumlah periwayatan kitab yang tertinggi iaitu 70 buah kitab.

Contoh Salasilah Sanad Kitab Hadis: al-Muwatta'

Syeikh Nuruddin (1998: 9-11) telah meriwayatkan kitab al-Muwatta' menerusi perantaraan

gurunya al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani yang bersambungan dengan 23 orang

rijal sebelum sampai kepada pengarang asal al-Muwatta' iaitu Imam Malik bin Anas. Rajah

berikut menunjukkan salasilah lengkap sanad kitab tersebut sebagaimana yang terdapat dalam

kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid.

Rajah 1.0 Salasilah Sanad Kitab al-Muwatta' Riwayat Syeikh Nuruddin

Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari

Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani

Syeikh Muhammad cAli bin Hussayn al-Maliki

Syeikh Muhammad cAbid bin Hussayn al-Maliki

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

Syeikh cUthman bin Hasan al-Dimyati

cAllamah al-Amir al-Kabir

Abu al-Hasan al-Saqat al-Fasi

Syeikh Muhammad bin cAbd al-Baqi al-Zarqani

Syeikh cAbd al-Baqi al-Zarqani

Syeikh cAli bin Muhammad al-Ajhuri

Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Ramli

Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari

Al-Hafiz Ibn Hajar al-cAsqalani

Al-Najm Muhammad bin cAli al-Balisi

Syeikh Muhammad bin cAli al-Mukfi

Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Dalasi

Syeikh cAbd al-

cAziz bin

cAbd al-Wahhab bin Isma

cil

Syeikh Ismacil bin al-Zahir al-Tartushi

Syeikh Sulayman bin Khalaf al-Baji

Syeikh Yunus bin cAbd Allah bin Mughith

Syeikh Abu cIsa Yahya bin Yahya

Page 10: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

10

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Syeikh Ubayd Allah bin Yahya

Syeikh Yahya bin Yahya al-Laythi al-Andalusi

Imam Malik bin Anas al-Asbahi

Thabat Sumber Rujukan Pengeluaran Sanad

Analisis kandungan menemui tujuh karya thabat yang menjadi sumber pengeluaran salasilah

sanad untuk 79 buah karya hadis dalam kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid. Lima

daripada karya thabat tersebut adalah disusun oleh guru Syeikh Nuruddin (1998: 173) yang

menjadi sumber utama periwayatan beliau iaitu al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani.

Kitab-kitab tersebut adalah al-Maslak al-Jaliyy, al-Nafhah al-Miskiyyah, Ithaf al-Mustafid. cIlam

al-Qadi wa al-Dani dan al-cAqd al-Farid. Manakala sebuah thabat lagi adalah susunan guru

beliau yang kedua iaitu Syeikh cAbd Allah al-Lahji yang bertajuk al-Mirqat. Thabat terakhir

yang menjadi sandaran rujukan pengeluaran sanad dalam kitab ini ialah Silah al-Khalaf bi

Asanid al-Salaf yang disusun oleh guru beliau yang ketiga iaitu al-Faqih Ismacil

cUthman Zayn

al-Yamani al-Makki.

Gambar 1.2 Catatan Pengijazahan bertulisan tangan dan cop pengesahan Syeikh Muhammad

Yasin al-Fadani

Gambar 1.2 di atas merupakan contoh pengijazahan sanad yang terkandung dalam thabat guru

utama Syeikh Nuruddin iaitu al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani yang bertajuk Iclam

al-Qadi. Pengijazahan tersebut dideklarasikan oleh gurunya secara bertulisan tangan dan

dikukuhkan lagi dengan cop pengesahan. Gambar ini diperolehi oleh penulis ketika menziarahi

beliau di pondoknya yang dikenali dengan Ma'had Pengajian Tinggi Tafaqquh fi al-Din,

Yayasan al-Zein al-Makki yang terletak di Bogor, Indonesia pada tahun 2009.

Page 11: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

11

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Justeru itu, pendokumentasian salasilah sanad yang sistematik dalam karya-karya thabat adalah

berguna untuk dijadikan sandaran pengeluaran sanad-sanad kitab yang diriwayatkan. Selain itu,

penemuan di atas turut menunjukkan tahap pengetahuan Syeikh Nuruddin yang tinggi terhadap

selok belok periwayatan sanad kitab-kitab hadis yang beliau riwayatkan daripada ketiga-tiga

guru beliau tersebut. Dengan erti kata lain, Syeikh Nuruddin berkemampuan menyenaraikan

salasilah sanad kitab-kitab hadis tersebut secara lengkap bertitik tolak daripada guru beliau

sehingga sampai kepada pengarang asal kitab. Justeru itu, beliau dapat menghasilkan karya al-

Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid ini.

RELEVANSI DOKUMENTASI AL-AWA'IL WA AL-AWAKHIR WA AL-ASANID

Analisis kandungan menunjukkan terdapat lima kelebihan langsung yang menjadi dasar

kerelevenan usaha pengdokumentasian serta penyelenggaraan salasilah sanad dalam kitab

al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid. Lima kelebihan itu adalah diperbincangkan menerusi

topik legasi pewaris salasilah sanad guru, ijazah mekanisme standard penyambungan

periwayatan sanad, pendedahan dan pengekalan sanad karya-karya hadis, penghargaan dan

pengiktirafan terhadap tradisi ahli hadis silam dan pertalian ikatan sanad dengan Rasulullah .

a. Legasi Pewaris Salasilah Sanad Guru

Intisari kandungan al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid adalah dapat menjelaskan serta

menzahirkan kedudukan Syeikh Nuruddin sebagai antara legasi penyambung pewarisan ilmu

sanad tokoh al-musnid dunia tersohor iaitu Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani dan juga dua

orang guru beliau yang lain yang tidak kurang kemasyhurannya iaitu Syeikh Ismacil al-Zayn

al-Yamani al-Makki serta Syeikh cAbd Allah al-Lahji. Kelebihan ini turut dapat dimanfaatkan

oleh generasi kini dalam erti kata dapat menjadikan Syeikh Nuruddin sebagai pewaris perantara

sumber periwayatan sanad yang bersambungan salasilahnya kepada tiga guru berkenaan. Bakal

pemohon dan penerima ijazah 79 buah karya hadis yang berpotensi kelak boleh menjadikan

kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid sebagai wasilah pengijazahan sanad tersebut.

Berikut diperkenalkan secara ringkas biodata tiga tokoh guru berkenaan.

Gambar 1.3 Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani

Page 12: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

12

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Muhammad Yasin al-Fadani atau nama penuh beliau Muhammad Yasin bin Muhammad cIsa bin

Awdiq al-Fadani. Penglibatan beliau dalam aspek sanad dan riwayat mendapat pengiktirafan

daripada cAbd Allah bin al-Siddiq al-Ghumari sebagai musnid terulung pada zamannya (Abad 15

hijrah). Beliau merupakan bekas pelajar Dar al-cUlum al-Diniyyah, Mekah dan berkhidmat

sebagai pengajar ilmu termasuk hadis di Masjid al-Haram. Guru sanad beliau berjumlah hampir

700 orang daripada seluruh pelusuk dunia Islam. Terdapat 65 kitab sanad yang dihubungkan

dengan beliau sama ada al-thabat, mucjam al-shuyukh, musalsalat dan lain-lain (al-

Marcashli, 2002: 18-68)

Gambar 1.4 Syeikh Isma

cil al-Zayn al-Yamani al-Makki

Syeikh Ismacil al-Zayn al-Yamani al-Makki dilahirkan di bandar al-Dhuha, Yaman.

Beliau berhijrah ke Mekah pada tahun 1380H. Beliau juga bertugas sebagai tenaga pengajar di

beberapa tempat iaitu Masjid al-Haram, Madrasah al-Sawlatiyyah, Dar al-cUlum dan Madrasah

al-Rahmaniyyah. Beliau memiliki lebih kurang 65 orang guru dan 15 buah kitab karangan.

Terdapat empat buah kitab sanad yang dihubungkan dengan beliau antaranya adalah Silah

al-Khalaf bi Asanid al-Khalaf (al-Marcashli, 2002: 84-88).

Page 13: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

13

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Gambar 1.5 Syeikh

cAbd Allah al-Lahji.

Seterusnya Syeikh cAbd Allah al-Lahji atau nama lengkap beliau al-Shaykh

cAbd Allah

bin Muhammad Sacid bin Muhammad

cIbadi al-Lahji al-Hadrami al-Shafi'i al-Makki merupakan

tokoh ilmuan Mekah. Beliau juga adalah tenaga pengajar di Masjid al-Haram dan Madrasah

Sawlatiyyah di Mekah. Terdapat dua kitab sanad yang dihubungkan dengan beliau iaitu

al-Mirqat dan Icanah Rabb al-Bariyyah

cala Jam

c Tarajim Rijal al-Hadith al-Musalsal bi

al-Awwaliyyah. Beliau memiliki 18 orang guru dalam aspek ijazah dan sanad (al-Marcashli,

2002: 68-69)

b. Ijazah Mekanisme Standard Penyambungan Periwayatan Sanad

Aplikasi periwayatan salasilah sanad dalam kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid telah

menonjolkan kaedah al-ijazah sebagai salah satu mekanisme umum yang telah menjadi standard

serta diguna pakai hingga kini dalam meriwayatkan salasilah sanad kitab-kitab hadis yang telah

selesai dibukukan. Selain kaedah al-samac dan al-qira'ah, kaedah al-ijazah diterima pakai untuk

urusan penyambungan salasilah sanad dengan para guru sama ada secara bertulis atau secara

lisan. Kenyataan sebegini kerap kali boleh dirujuk dalam mukadimah karya-karya thabat yang

lain antaranya seperti Mucjam al-Suyukh oleh al-Azhari (2008:3-10) dan Bu’yat al-Mutabi

c li

Asanid al-cAllamah al-Sharif Muhammad al-Rabi

c oleh Muhammad Abu al-Huda al-Ya

cqubi

al-Hasani selaku penulis kata-kata aluan dalam Akram al-Nadwi (2001: 5,16-30).

c. Pendedahan dan Pengekalan Sanad Karya-Karya Hadis

Kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid juga memberi kelebihan dalam perspektif

pendedahan salasilah sanad 79 buah karya hadis yang jarang diketahui oleh generasi kini.

Pendedahan ini memberi manfaat dalam meluaskan lagi spektrum pemikiran penuntut ilmu hadis

kontemporari bahawa para leluhur daripada kalangan ilmuan hadis masih lagi mengekalkan

Page 14: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

14

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

tatacara penyambungan salasilah sanad karya-karya tersebut sambung-menyambung daripada

generasi kini sehingga sampai kepada pengarang atau penyusun asal kitab.

d. Penghargaan dan Pengiktirafan Terhadap Tradisi Ahli Hadis Silam

Kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid juga merupakan sebuah dokumen penting yang

menunjukkan bahawa masih terdapat dalam kalangan ilmuan alam melayu nusantara

kontemporari yang mencari serta mengambil peluang untuk meneladani dan mengikuti metode

talaqqi ilmu secara bersanad sebagaimana ilmuan hadis silam. Kitab al-Awa'il wa al-Awakhir

wa al-Asanid tidak mungkin dapat dihasilkan kecuali selepas penyusun telah terlebih dahulu

menempuh metode perguruan klasik tersebut yang kini sudah mula kembali meraih perhatian

generasi semasa. Pengulangan proses yang sama tersebut adalah suatu bentuk penghargaan dan

pengiktirafan terhadap tradisi talaqqi bersanad yang konsisten diaplikasikan oleh ilmuan hadis

hingga kini. Antara contoh ilmuan hadis silam tersohor yang turut tersenarai dalam salasilah

sanad karya-karya hadis dalam al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid (Syeikh Nuruddin, 1998:

11,14,18, 19,24, 51,55) ialah Ibn Hajar al-cAsqalani (al-Muwatta'), Muhammad bin

cAbd

al-Rahman al-Sakhawi (Sahih al-Bukhari), al-Hafiz al-Mizzi (Sahih Muslim), Imam al-Nawawi

(Sahih Muslim), al-Khatib al-Bagdadi (Sunan al-Tirmidhi), al-Suyuti (al-Adab al-Mufrad) dan

Syeikh Waliyy Allah al-Dihlawi (Kitab al-Sumt).

e. Pertalian Ikatan Sanad dengan Rasulullah

Kemuncak kelebihan sesebuah karya thabat seperti kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa

al-Asanid adalah jelas berkaitan dengan pertalian ikatan salasilah sanad yang dapat dijejaki

sehingga sampai kepada sahib al-hadith itu sendiri iaitu Rasulullah . Pertalian ikatan

berdasarkan sanad secara bersambungan kurun demi kurun sehingga sampai kepada baginda

merupakan satu keistimewaan esklusif umat Muhammad yang diperakukan dan disaksikan

dalam sejarah keilmuan semua bangsa umat manusia. Tiada bandingan dapat dilakukan dalam

konteks ini dengan mana-mana tamadun bangsa sama ada Yahudi mahu pun Nasrani

sebagaimana kata-kata Muhammad bin Hatim bin al-Mazfar (al-Qastallani, 1991: 722).

Sesungguhnya Allah telah memuliakan umat ini dan melebihkannya dengan isnad.

Tidak seorang pun dari umat umat-umat terdahulu dan yang akan datang diberikan isnad.

Sesungguhnya hanya suhuf sahaja yang berada dalam tangan mereka, tetapi kitab-kitab

mereka telah bercampur dengan khabar-khabar mereka. Mereka tidak dapat membezakan

di antara kitab Taurat dan Injil yang diturunkan, dan di antara cerita-cerita yang masuk ke

dalam kitab mereka yang diambil oleh orang-orang yang tidak dipercayai.

Seterusnya pertalian ikatan sanad dengan Rasulullah juga merupakan satu mercu tanda

bersifat imperikal yang menjadi syiar kebanggaan para pewaris legasi keilmuan baginda

sepanjang zaman. Ianya seolah-olah sengaja ditinggalkan kekal terpelihara sehingga kini yang

antara lain mengikut hemat penulis adalah untuk membenarkan sabda baginda yang

bermaksud:

Page 15: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

15

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Abu al-Darda’ berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda: Para ulama adalah

pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, Mereka

hanyalah mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya maka ia telah mengambil

bahagian yang banyak.4

Kekurangan Aspek Teknikal Kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid

Analisis kandungan menemui empat bentuk kekurangan berkaitan aspek teknikal yang perlu

ditambah baik untuk memperelok persembahan percetakan dan penerbitan kitab al-Awa'il wa

al-Awakhir wa al-Asanid ini. Tiga kekurangan tersebut adalah pertama; penyebutan secara

ringkas nama-nama enam daripada tujuh karya thabat utama yang menjadi sumber rujukan

primer Syeikh Nuruddin (1998:173) dalam menyelenggarakan salasilah sanad dalam kitab ini.

Jadual berikut memaparkan nama lengkap enam karya thabat tersebut yang sepatutnya

dinyatakan dalam bahagian rujukan al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid. Nama-nama lengkap

tersebut diperolehi menerusi ensiklopedia sanad al-Marcashli (2002: 63-69,88) iaitu Mu

cjam

al-Macajim wa al-Mashyakhat wa al-Faharis wa al-Baramij wa al-Athbat.

Jadual 1.1 Nama Lengkap 6 Sumber Karya Thabat dalam al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid

Bil. Nama Ringkas dalam al-

Awa'il wa al-awakhir wa al-

Asanid

Nama Lengkap dalam Mucjam al-Ma

cajim wa al-Mashyakhat wa

al-Faharis wa al-Baramij wa al-Athbat.

1. Al-Maslak al-Jaliyy Al-Maslak al-Jaliyy fi Asanid al-Syaikh Muhammad 'Ali

2. Al-Nafhah al-Miskiyyah Al-Nafhah al-Miskiyyah fi al-Asanid al-Makiyyah

3. Al-'Aqd al-Farid Al-'Aqd al-Farid min Jawahir al-Asanid

4. 'Ilam al-Qadi wa al-Dani 'Ilam al-Qadi wa al-Dani bi ba'd ma 'ala min Asanid al-Fadani

5. Ithaf al-Mustafid Ithaf al-Mustafid bi Gharar al-Asanid

6. Al-Mirqat Al-Mirqat Ila al-Riwayah wa al-Ruwat

Kekurangan kedua iaitu analisa kandungan juga dapat mengenal pasti kesalahan ejaan

pada perkataan Ithaf iaitu nama karya thabat Ithaf al-Mustafid bi Gharar al-Asanid. Penemuan

mendapati perkataan tersebut dicetak sebagai احتافف dalam al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-

Asanid (Syeikh Nuruddin, 1998: 173). Namun ensiklopedia sanad al-Marcashli (2002: 63) pula

menyebutnya sebagai احتاف. Kekurangan ketiga adalah tidak terdapatnya gambar tiga orang guru

utama yang menjadi sumber periwayatan sanad Syeikh Nuruddin. Gambar-gambar ini adalah

penting untuk memperkenalkan para guru terbabit secara lebih konkrit dan menjadi foto esklusif

untuk tatapan generasi akan datang. Kekurangan keempat pula tiadanya sebarang salinan

pengijazahan para guru terbabit terutamanya secara bertulisan tangan sebagai maklumat

tambahan yang bermanfaat jika dapat dilampirkan dalam kitab al-Awa'il wa al-awakhir wa

al-Asanid. Namun sebahagian besar kekurangan yang dijelaskan tersebut telah dapat ditampung

menerusi makalah ini.

4 Lihat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab Awwal Kitab al-

cilm, Bab fi fadl al-

cilm. No. Hadis 3641.

Page 16: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

16

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

KESIMPULAN

Menurut Shaykh cAbd al-Hafiz al-Makki, kebesaran anugerah sanad boleh dikenal pasti

menerusi aplikasinya yang berfungsi sebagai mekanisme penyambungan sanad sehingga sampai

kepada Rasulullah . Justeru para ulama mengambil berat tentang sanad sehingga kepada tahap

membukukan sanad mereka dan juga para guru. Dengan itu, salasilah sanad tersebut masih

kekal sehingga boleh disusurgalurkan kembali (al-Barni, 1988: 8). Al-Fullani (1984: 15) pula

menyifatkan pengekalan kelangsungan salasilah sanad kepada Rasulullah meskipun jauhnya

jarak zaman merupakan perkara yang luar biasa. Walaupun jarak umat hari ini dengan baginda

telah berlalu lebih 1400 tahun, namun susur galur pertalian mereka dengan baginda masih

tidak putus hingga ke hari ini. Susur galur atau rantaian tersebut dipelihara oleh para ulama.

Mereka akan menyambungkannya kepada generasi berikut khususnya kepada para murid.

Berikutan itu, kelangsungan salasilah sanad mampu dikekalkan sehingga ke hari ini dengan

fungsinya sebagai ikatan keilmuan antara seseorang guru dengan murid yang bersambungan

sehingga sampai kepada Rasulullah (Farhah Zaidar 2014: 5-6).

Keutamaan mempunyai pertalian dengan Rasulullah dan pewarisnya menerusi ikatan sanad

turut boleh diamati menerusi sebuah pesanan oleh seorang guru kepada cAbd al-Haq bin Yusuf

al-Din al-Dihlawi5 iaitu cAbd al-Wahhab al-Muttaqi. Beliau berpesan sepatutnya sebagai ahli

hadis, cAbd al-Haq bin Yusuf al-Din al-Dihlawi wajar memiliki sekalipun satu sanad yang boleh

mengikat pertalian antaranya dengan Rasulullah dan mengharapkan keberkatan daripadanya di

dunia mahupun akhirat. Berikutan itu, cAbd al-Haq bin Yusuf al-Din al-Dihlawi membuat

keputusan untuk meriwayatkan satu sanad menerusi jalan Imam al-Bukhari bermula daripada

beliau sehingga sampai kepada Rasulullah dan juga satu sanad menerusi jalan Imam Muslim

(al-Kattani, 1982: 727).

Menurut al-Azhari (2011: 9-10), dalam konteks yang lebih khusus iaitu mereka yang memiliki

persambungan salasilah sanad adalah dianggap mempunyai pertalian dengan para bapa dalam

bidang ilmu dan riwayat. Hakikatnya kematian mereka telah memutuskan pertalian ini kecuali

persambungan sanad yang menghubungkan generasi kini dengan kitab penulisan mereka.

Wallahu'alam.

RUJUKAN

Abu Dawud. t.th. Sunan Abu Dawud. Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzic.

al-Asl, Muhammad bin Jabir al-Wadi Ashi. 1982. Barnamaj al-Wadi Ashi. t.tp.: t.pt.

al-Azhari, Usamat al-Sayyid Mahmud. 2008. Mucjam al-shuyukh. Negeri Sembilan: Sofa

Production.

al-Azhari, Usamat al-Sayyid Mahmud. 2011. Asanid al-misriyyin. t.tp.: Dar al-Faqih.

al-Barni, cAshiq al-Ilahi. 1988. Al-

cAnaqid al-ghaliyyah min al-asanid al-

caliyyah. Deoband:

Maktabah Deoband.

5 Beliau merupakan al-muhaddith dan al-musnid India kurun ke 11 Hijrah. Dilahirkan pada tahun 959H dan

meninggal pada 1052H. Penyusun karya bertajuk Thabat al-Dihlawi yang menghimpun biografi para guru dan

sanad periwayatan daripada mereka (al-Marcashli, 2002: 18).

Page 17: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

17

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Farhah Zaidar Mohamed Ramli. 2014. Faktor-faktor Dorongan Aplikasi Talaqqi Bersanad dan

Keperluannya Dalam Pengajian Hadis di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan

al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

al-Fanshuri, Abdullah Thohir. 2007. Biografi Ringkas al-Fadhil al-Walid Syeikh Muhammad

Nuruddin Marbu Abdullah al-Banjari al-Makki. http://al-fanshuri.blogspot.com/2007 08

01 archive.html.

al-Fullani, Imam Salih bin Muhammad. 1984. Qatf al-thamar fi rafc asanid al-

musannafat fi al-funun wa al-athar. Tahqiq: cAmir Hasan Sabri. Jeddah: Dar al-Shuruq.

al-Kattani, cAbd al-Hayy bin

cAbd al-Kabir. 1982. Fahras al-faharis wa al-athbat wa mu

cjam al-

macajim wa al-mashyakhat wa al-musalsalat. Tahqiq: Ihsan

cAbbas. Jil. 1 & 3. Beirut:

Dar al-Gharb al-Islamiyy.

al-Kattani, Muhammad bin Jacfar. 1995. Al-Risalah al-mustatrafah li bayan mashhur kutub al-

sunnah al-musharrafah. Tahqiq: Abu cAbd al-Rahman Salah Muhammad

cUwaydah.

Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Khafidz Soroni et.al. 2015. Keprihatinan Ulama Nusantara Dalam Mendokumentasikan Sanad

Ilmu-ilmu Pengajian Islam. Prosiding Persidangan Tokoh Ulama Melayu Nusantara, hlm

441-473.

Mahmud ٍ Sacid Muhammad Mamduh. 2009. Al-Ittijahat al-hadithiyyah fi al-qarn al-rabi

c

cashar. Kaherah: Dar al-Basa’ir.

al-Marcashli, Yusuf

cAbd al-Rahman. 2002. Mu

cjam al-ma

cajim wa al-mashyakhat wa al-faharis

wa al-baramij wa al-athbat. 4 Jil. Riyad: Maktabat al-Rushd.

Mawsucah

culum al-hadith. 2007. Kaherah: Wizarat al-Awqaf al-Majlis al-‘A

cla li al-Shu’uni

al-Islamiyyah.

al-Nadwi, Muhammad Akram. 2001. Bughyat al-mutabic li asanid al-

callamah al-sharif

Muhammad al-Rabic. Damshiq: Dar al-Qalam.

Nur al-Din cItr. 1992. Manhaj al-naqd fi

culum al-hadith. Beirut: Dar al-Fikr.

al-Qasimi, Muhammad Jamal al-Din. 1983. Al-Fadl al-mubin cala

caqd al-jawhar al-thamin

wa syarh al-arbacin al-

cajluniyyah. Tahqiq:

cAsim Bahjat al-Baytar, Dar al-Nafa’is.

al-Qastallani, Ahmad bin Muhammad. 1991. Al-Mawahib al-laduniyyah bi al-minah al-

muhammadiyyah. Tahqiq: Salih Ahmad al-Shamiyy. Jil. 2. Beirut: al-Maktab al-

Islamiyy.

al-Qazwini, Siraj al-Din cUmar bin

cAli. 2005. Mashyakhat al-Imam Siraj al-Din

cUmar bin

cAli.

Tahqiq: cAmir Hassan Sabri. Beirut: Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah.

al-Sakhawi, Muhammad bin cAbd al-Rahman. 2005. Fath al-mughith bi syarh al-fiyyah al-

hadith. Tahqiq: cAbd al-Karim bin

cAbd Allah bin

cAbd al-Rahman al-Khudayr &

Muhammad bin cAbd Allah bin Fahayd Alfahayd. Jil. 1, 2 & 3. Riyad: Maktabah Dar al-

Minhaj.

Syeikh Nuruddin Marbu Banjari. 1998. al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid. t.tp. Majlis

al-Banjari li al-Tafaqquh fi al-Din.

Page 18: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

18

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

NAMA GURU PERTAMA SUMBER PERIWAYATAN SALASILAH SANAD KITAB

Al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani NAMA KITAB YANG DIRIWAYATKAN

1. Al-Muwatta' 2. Mushkil al-Athar oleh al-Hafiz al-Tahawi

3. Sunan Abi Dawud 4. Sahih Ibn Hibban

5. Sunan al-Tirmidhi 6. Al-Mucjam al-Kabir oleh Imam

al-Tabarani

7. Al-Musnad Imam al-Shafici 8. Al-Mu

cjam al-Awsat oleh Imam

al-Tabarani

9. Al-Sunan al-Macthurah Imam al-Shafi

ci 10. Al-Mu

cjam al-Saghir oleh Imam

al-Tabarani

11. Al-Musnad Imam Ahmad bin Hanbal 12. Al-Zuhud wa al-Raqa'iq oleh

Ibn al-Mubarak

13. Al-Zuhud Imam Ahmad bin Hanbal 14. Musnad al-Tayalisi oleh Abi al-Tayalisi

15. Musannaf cAbd al-Razzaq 16. Musnad Abi Ya

cla

17. Sunan Sacid bin Mansur 18. Musnad Abi

cAwanah

19. Kitab al-Musannaf Ibn Abi Shaybah 20. cAmal al-Yawm wa al-Laylah oleh Ibn

al-Sunni

21. Sunan al-Darimi 22. Sunan al-Daraqutni

23. Al-Adab al-Mufrad Imam al-Bukhari 24. Al-Mustadrak cala al-Sahihayn

25. Al-Shama'il al-Muhammadiyyah Imam al-

Tirmidhi

26. Hilyah al-Awliya' oleh Abi Nacim

al-Asbahani

27. Kitab al-Sumt Ibn Abi al-Dunya 28. Al-Sunan al-Kubra oleh Imam al-Bayhaqi

29. Kitab Husn al-Zan bi Allah cAzza wa

Jalla Ibn Abi al-Dunya

30. Shucab al-Iman oleh Imam al-Bayhaqi

31. Musnad al-Bazzar Abi al-Bazzar 32. Jamic Bayan al-

cIlm oleh Ibn

cAbd al-Bar

33. Musnad al-Humaydi Abi Bakr

al-Humaydi

34. Iqtida' al-cIlm al-

cAmal oleh al-Khatib

al-Bagdadi

35. Kitab cAmal al-Yawm wa al-Laylah oleh

al-Nasa'i

36. Sharah al-Sunnah oleh Imam al-Baghawi

37. Kitab al-Muntaqa oleh Ibn al-Jarud 38. Masabih al-Sunnah oleh Imam

al-Baghawi

39. Sahih Ibn Khuzaimah 40. Masanid al-Imam Abi Hanifah oleh Imam

al-Khawarizmi

41. Al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Hafiz al-

Mundhiri

42. Fath al-Bari oleh Ibn Hajar al-cAsqalani

43. Al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa cUmur

al-Akhirah oleh Ibn cAbd Allah al-

Qurtubi

44. Umdah al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari

oleh al-cAyni

45. Al-Arbacin al-Nawawiyyah oleh Imam al-

Nawawi

46. Al-Tajrid al-Sarih oleh Sharji al-Zubaydi

47. Al-Qura li Qasid Umm al-Qura

Al-Mahabb al-Tabari

48. Al-Maqasid al-Hasanah fi al-Ahadith

al-Mushtaharah oleh al-Sakhawi

49. Mishkat al-Masabih al-Khatib al-Tibrizi 50. Irsyad al-Sari oleh al-Qastallani

51. Al-Hisnu al-Hasin oleh al-Shams Ibn

al-Jazari

52. Al-Zawajir can Iqtirab al-Kaba'ir oleh Ibn

Hajar al-Haytami

53. Al-Jamic al-Saghir oleh al-Suyuti 54. Mirqat al-Mafatih oleh Mulla

cAli al-Qari

55. cUmdah al-Ahkam oleh

cAbd al-Ghaniyy

al-Maqdisiyy

56. Dalil al-Falihin oleh Muhammad cAli bin

Muhammad cAlan

57. Kanz al-cUmmal oleh Muttaqiyy

al-Hindiyy al-Makki

58. al-Futuhat al-Rabbaniyyah Muhammad cAli bin Muhammad

cAlan

Page 19: PENGKARYAAN AL-THABAT DALAM ILMU HADIS: ANALISIS …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1015-imam-2016.pdf · kepada seorang perawi, sama ada sifat tersebut pada perawi atau

19

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

59. Taysir al-Wusul Ila Jamic al-Usul min

Hadith al-Rasul oleh cAbd al-Rahman al-

Shaybani

60. Fayd al-Qadir Sharh al-Jamic al-Saghir

oleh al-Munawi

61. Al-Ittihafat al-Saniyyah fi al-Ahadith

al-Qudsiyyah oleh al-Hafiz al-Manawi

62. Kasyf al-Khafa' wa Muzil al-Ilbas oleh al-

Munawi

63. Zad al-Muslim fi ma ittafaq calayh

al-Bukhari wa Muslim oleh al-Shanqiti

64. Nayl al-Awtar oleh al-Shawkani

65. Macalim al-Sunan

cala Sunan Abi Dawud

oleh al-Khattabi

66. Bazl al-Majhud Sharh Sunan Abi Dawud

oleh al-Saharanfuri

67. Mukhtasar Ibn Abi Jamrah al-Musamma

Jamc al-Nihayah fi Bad' al-Khayr wa

Ghayah

68. Al-fath al-Kabir fi Damm al-Ziyadah Ila

al-Jami' al-Saghir oleh al-Nabhani

69. Ihkam al-Ahkam Sharh cUmdah

al-Ahkam oleh Ibn Daqiq al-cIid

70. Taqrib al-Asanid wa Tartib al-Masanid

oleh Zayn al-Iraqi

71. Nasb al-Rayah fi Takhrij Ahadith

al-Hidayah oleh al-Zaylaci

72. Majmac al-Zawa'id wa Manba

c

al-Fawa'id oleh al-Haitami

NAMA GURU KEDUA SUMBER PERIWAYATAN SALASILAH SANAD KITAB

Al-Faqih Ismacil

cUthman Zayn al-Yamani al-Makki

NAMA KITAB YANG DIRIWAYATKAN

1. Sahih al-Bukhari 2. Sunan al-Tirmidhi

3. Sunan al-Nasa'i 4. Sunan Ibn Majah

5. Riyad al-Salihin oleh Imam

al-Nawawi

NAMA GURU KETIGA SUMBER PERIWAYATAN SALASILAH SANAD KITAB

Al-cAllamah

cAbd Allah bin Sa

cid al-Lahji al-Hadrami

NAMA KITAB YANG DIRIWAYATKAN

1. Sahih Muslim 2. Sunan Abi Dawud

3. Bulugh al-Maram oleh Ibn Hajar

al-cAsqalani

4. Awjaz al-Masalik Ila Sharh Muwatta'

al-Imam Malik oleh al-Kandahlawi