Upload
ngodiep
View
250
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
PENGURANGAN KEHILANGAN LEPAS TUAI PADI MAMPU MENINGKATKAN BEKALAN BERAS DAN PADI NEGARA
Azman H., Mohd Taufik A., Asnawi S., Yahya S., Wahid S., Hanisa H. dan Rosnani H.
PENDAHULUAN 1. Populasi penduduk dunia termasuk Malaysia semakin
meningkat setiap tahun dan ini menyumbang kepada
peningkatan keperluan bekalan makanan.
2. Laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017
• Penduduk Malaysia dianggarkan 32 juta orang
KEHILANGAN LEPAS TUAI
Kecukupan bekalan makanan negara boleh dijamin dengan :
•Pertambahan pengeluaran makanan
•Pengurangan kehilangan lepas tuai
•Kecekapan pengedaran makanan
Pengurangan kehilangan lepas tuai (KLT) tanaman makanan
adalah faktor kritikal bagi memastikan :
• Bekalan makanan mencukupi
• Keselamatan makanan terjamin
• Pengurangan kadar import
1)
2)
• Memandangkan kehilangan lepas tuai padi negara adalah
tinggi : 28.5% (1985)
KEHILANGAN LEPAS TUAI
Perkara 1985
• Pengeluaran padi (Juta tan metrik) 1.95
• Harga padi (RM/tan metrik) 496.00
• Kehilangan padi (Ribu tan metrik) 555.75
• Nilai kehilangan (RM juta) 276.00
• Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah
memberi mandat kepada MARDI untuk menjalankan kajian
verifikasi kehilangan lepas tuai padi pada 2015-2016 dan
mengenal pasti kaedah-kaedah yang boleh mengurangkan
kehilangan ini.
BASELINE (1985)
28.5%
VERIFIKASI KEHILANGAN LEPAS TUAI PADI
PEMBANGUNAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
RUMUSAN
K A J I A N
K E H I L A N G A N L E P A S T U A I
• Kehilangan lepas tuai pertanian adalah kehilangan yang
berlaku terhadap hasil pertanian bermula dari proses penuaian
sehinggalah ia sampai dan dapat digunakan oleh pengguna.
• Kehilangan lepas tuai padi berlaku disebabkan oleh tumpahan,
hilang, pemprosesan yang tidak sempurna, beras rosak seperti
hancur, patah, bau yang tidak enak, berubah warna dan diserang
serangga (bubuk) semasa penyimpanan.
KEHILANGAN LEPAS TUAI
• Kuantitatif: kurang hasil (tan/ha), kurang berat,
kurang perolehan jumlah beras.
• Kualitatif: rosak, tidak sesuai untuk dimakan/dijual,
warna beras bertukar, bau dan rasa tidak menepati
kehendak pengguna, peratus beras patah tinggi,
kebersihan, sisa racun, kandungan logam berat dll.
KEHILANGAN LEPAS TUAI
• MARDI telah menjalankan kajian kehilangan lepas tuai padi
bagi menilai dan mengenalpasti faktor-faktor yang boleh
menyebabkan berlakunya kehilangan lepas tuai di Malaysia.
• Fokus kajian penuaian & pengangkutan ialah di kawasan
jelapang seperti :-
1. MADA - Kedah
2. KETARA - Terengganu
3. KADA - Kelantan
• Kajian bagi rantaian pengeringan, pengilangan dan
penyimpanan dilaksanakan dikilang beras BERNAS (KBB) :
1. Yan - Kedah
2. Besut - Terengganu
3. Pasir Puteh - Kelantan
KAJIAN KEHILANGAN LEPAS TUAI
1) Kehilangan lepas tuai semasa penuaian berlaku disebabkan
oleh prestasi dan keadaan jentuai yang digunakan semasa
proses penuaian dimana menyumbang kepada :
• Padi tumpah semasa proses penuaian
• Pemotongan padi yang tidak sempurna
2) Dua jenis jentuai yang biasa digunakan di MALAYSIA iaitu:-
• aliran tangen
• aliran paksi
(Membandingkan kehilangan lepas tuai disebabkan oleh
jentuai aliran tangen dengan jentuai aliran paksi)
KEHILANGAN LEPAS TUAI
(PENUAIAN)
POTENSI KEHILANGAN DI JENTUAI
Kehilangan di meja pemotong
Kehilangan di bahagian pemprosesan jentuai
2) Penilaian kehilangan lepas tuai disebabkan oleh
jentuai di beberapa kawasan jelapang :
PELAKSANAAN KAJIAN
Crop Cutting Test(CCT) 1m x 1m quadrat
diambil
Peleraian menggunakan mesin
dilakukan
Jentuai beroperasi di kawasan bertanda (15m
x 4.3m)
Padi yang dituai di tangki
ditimbang
Jerami Padi dikutip di belakang jentuai
CCT (50 cm x 50 cm) di kawasan bawah meja
pemotong jentuai diambil
Ditimbang dan diasingkan 1/3
Peleraian manual
dilakukan
1) Kehilangan lepas tuai semasa pengangkutan :
•Jumlah padi tumpah/hilang bermula dari padi dipindah ke
dalam lori di sawah sehingga padi dibawa dan diterima di
kilang pemprosesan.
2) Punca berlakunya kehilangan lepas tuai semasa pengangkutan :
• Kaedah pengendalian yang tidak sempurna serta keadaan lori
yang tidak sesuai semasa membawa padi.
3) Kehilangan berlaku di setiap rantaian berikut:
a) Semasa pemindahan dari jentuai ke lori
b) Pengangkutan padi dari sawah ke PPK
c) Pengurusan dan pengendalian padi di PPK
d) Pengangkutan padi dari PPK ke kilang pemprosesan
KEHILANGAN LEPAS TUAI
(PENGANGKUTAN)
a) Keadaan lori yang biasa digunakan untuk membawa padi dari sawah ke PPK.
PELAKSANAAN KAJIAN 1) Verifikasi kehilangan lepas tuai padi bermula semasa pemindahan padi dari
jentuai ke lori sehingga padi dibawa dan diterima di kilang pemprosesan.
b) Pembentangan kanvas di bawah lori bagi menilai kehilangan lepas
tuai padi semasa pemindahan padi dari Jentuai ke Lori
PELAKSANAAN KAJIAN
f) Pengangkutan padi melalui jalan sawah ke pusat pengumpulan
PELAKSANAAN KAJIAN
Proses pengeringan padi merupakan antara proses yang penting
dalam penghasilan beras.
Kehilangan semasa pengeringan berlaku bermula daripada proses
pengumpulan padi basah yang dilonggokkan sebelum dikeringkan.
Antara faktor berlakunya kehilangan lepas tuai di rantaian
pengeringan adalah :
a) Kelewatan proses pengeringan setelah padi dituai
b) Penggunaan jentera penolak semasa aktiviti memasukkan
padi ke dalam alat pengering (IBD)
c) Penggunaan suhu yang tinggi semasa proses pengeringan
d) Padi tumpah atau hilang semasa proses pemindahan padi
ke alat pengering dan pemindahan padi keluar dari alat
pengering
KEHILANGAN LEPAS TUAI
(PENGERINGAN)
PELAKSANAAN KAJIAN 1) Verifikasi kehilangan lepas tuai padi semasa proses pengeringan
adalah melalui:
• Pengenalpastian pengurangan kandungan lembapan (mc)
semasa proses pengeringan.
• Pengenalpastian suhu persekitaran dan lapisan permukaan di
dalam alat pengering IBD (Temperature & RH).
• Pengenalpastian parameter, spesifikasi dan dimensi alat
pengering dan alat berkaitan semasa pemindahan masuk dan
keluar padi dari alat pengering IBD.
• Pengenalpastian ketebalan longgokan padi di dalam alat
pengering IBD.
• Pengenalpastian purata ketumpatan padi (sebelum, semasa
dan selepas pengeringan).
• Pengenalpastian peratus bendasing (sebelum, semasa dan
selepas pengeringan).
• Pengenalpastian hasil pengilangan , beras hancur dan kepala
beras hasil daripada penggunaan alat pengering.
PELAKSANAAN KAJIAN Longgokan padi lembab sebelum di pindah masuk ke dalam
proses pra- pembersihan dan alat pengering
KEHILANGAN LEPAS TUAI
(PENGILANGAN) 1) Faktor berlakunya kehilangan lepas tuai padi semasa pengilangan
boleh terbahagi kepada dua :
a) Pengendalian atau pengurusan
b) Prestasi kecekapan teknologi
2) Kehilangan yang berlaku disebabkan oleh pengendalian atau
pengurusan :
• Tumpahan padi akibat kecuaian pekerja dan pengurusan kerja
yang kurang cekap semasa proses pengilangan
3) Kehilangan yang berlaku disebabkan oleh prestasi kecekapan
teknologi pemprosesan :
• Kehilangan merangkumi sepanjang rantaian pemprosesan
bermula daripada proses membuang sekam, membuang bran
(dedak) , penggredan padi dan juga kecekapan tali sawat atau
takung pembawa semasa aktiviti pemindahan pada setiap proses
PENGILANGAN
i) Kehilangan semasa membuang sekam : Prestasi mesin pengasing
sekam dan padi iaitu peratus pengasingan sekam dan padi yang
diasingkan.
ii) Kehilangan semasa proses membuang bran : Prestasi kecekapan mesin
membuang bran bagi penghasilan beras putih
iii) Kehilangan semasa penggredan padi : Bergantung kepada kecekapan
prestasi teknologi membuang bran.
iv) Kehilangan di tali sawat atau takung pembawa : Padi tumpah semasa
proses pemindahan padi dari satu proses ke proses yang seterusnya.
KEHILANGAN LEPAS TUAI
(PENYIMPANAN)
• Kajian KLT semasa penyimpanan dilaksanakan dengan menilai
mutu beras yang diperolehi berdasarkan amalan yang dijalankan
di kilang komersial dan dinilai di peringkat makmal sebagai
pemprosesan secara terkawal.
• Kaedah penyimpanan kawalan secara hermetik (kedap udara)
digunakan berbanding dengan kaedah jumbo oleh pengilang
beras komersial bagi mengenalpasti kehilangan sebenar.
• Kehilangan lepas tuai semasa penyimpanan diukur berdasarkan
peratus mutu hasil beras, fizikal dan jumlah serangga.
• Pengurangan kehilangan lepas tuai padi mampu
meningkatkan bekalan makanan negara.
• Kehilangan padi yang dapat diselamatkan pada tahun
2016 berbanding 2015 ialah 54,000 tan metrik (RM65 juta).
• Jumlah ini pada hakikatnya telah dapat membekalkan
makanan kepada 687,000 orang penduduk negara ini
dalam masa setahun, iaitu dengan mengambil kira
penggunaan 78.6 kg beras seorang untuk setahun.
KESIMPULAN
• Teknologi + Pengetahuan Teknikal mampu
mengurangkan kehilangan lepas tuai padi.
• Pengurangan kehilangan lepas tuai padi
memberi impak yang besar kepada peningkatan
bekalan beras negara & meningkatkan
pendapatan petani/pengusaha
PENGHARGAAN • Kerjasama baik agensi-agensi di bawah MoA dan Kilang Beras
BERNAS (KBB) sepanjang kajian ini dilaksanakan:
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kedah
Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu
Utara (IADA KETARA), Terengganu
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kelantan
• Kilang beras BERNAS (KBB) :
KBB Yan, Kedah
KBB Bukit Kenak, Besut, Terengganu
KBB, Pasir Puteh, Kelantan