29
Pengurusan Buangan Kesan Pembuangan Bahan Buangan Terhadap Alam Sekitar

Pengurusan buangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengurusan buangan

Pengurusan Buangan

Kesan Pembuangan Bahan Buangan Terhadap Alam

Sekitar

Page 2: Pengurusan buangan

Jenis Bahan Buangan Dan Sumber

• Bahan buangan adalah bahan yang tidak diperlukan lagi.

• Bahan buangan terdapat dalam bentuk pepejal, cecair, dan gas.

• Bahan buangan dibuang ke alam persekitaran.

• Setiap hari berjuta-juta tan bahan buangan dibuang.

Page 3: Pengurusan buangan

.

• Jenis-jenis bahan buangan dan sumber-sumbernya adalah seperti berikut.1. Sampah seperti plastik, sisa makanan, kertas,

dan pepejal daripada rumah kita.

Sampah-sarap daripada rumah

Page 4: Pengurusan buangan

2. Kumbahan daripada rumah dan kilang-kilang

Page 5: Pengurusan buangan

3. Bahan toksik seperti asap, habuk, bahan radioaktif daripada kilang-kilang

Page 6: Pengurusan buangan

4. Racun serangga dan baja organik daripada aktiviti pertanian

Page 7: Pengurusan buangan

5. Asap daripada kilang-kilang, kenderaan bermotor, dan pembakaran terbuka

Page 8: Pengurusan buangan

Asap daripada Pembakaran terbuka

Page 9: Pengurusan buangan

Pembuangan Yang Tidak Terancang

• Sesetengah bahan seperti bahan makanan boleh mereput.

• Bahan-bahan ini adalah terbiodegradasi.• Walau bagaimanapun sesetengah bahan

buangan seperti plastik dan kaca adalah tidak terbiodegradasi.

• Bahan-bahan ini tidak mereput.• Pembuangan bahan buangan ini secara tidak

terancang adalah berbahaya kepada alam sekitar.

Page 10: Pengurusan buangan

Antara cara pembuangan bahan buangan secara tidak

terancang adalah:• (a)Pembuangan sampah (membuang sampah

merata-rata)•

• Pembuangan sampah

Page 11: Pengurusan buangan

(b)Pembakaran sampah dan bahan buangan pertanian secara terbuka

Page 12: Pengurusan buangan

(c)Pembuangan bahan buangan daripada kilang-kilang terus

kedalam sungai 

Page 13: Pengurusan buangan

(d)Pembebasan asap daripada kilang dan kenderaan bermotor ke udara

Page 14: Pengurusan buangan

Kesan Bahaya Pembuangan Bahan Buangan Secara Tidak

Terancang

• Cara pembuangan bahan buangan secara tidak terancang boleh membahayakan alam sekitar.

• Cara pembuangan yang tidak terancang boleh menyebabkan pencemaran pada alam sekitar.

• Pembakaran sampah dan bahan buangan pertanian boleh menyebabkan jerebu.

• Asap dibebaskan daripada kilang dan kenderaan bermotor boleh mencemarkan udara.

Page 15: Pengurusan buangan

• Bahan kimia dan bahan toksik lain yang dibebaskan daripada kilang dan aktiviti pertanian boleh mencemarkan sungai kita.

• Pembuangan bahan buangan secara tidak terancang akan menyebabkan alam sekitar kita kotor dan tidak bersih.

• Alam sekitar yang kotor adalah tidak baik untuk kehidupan kita.

Page 16: Pengurusan buangan

Pembuangan bahan buangan secara tidak terancang boleh menyebabkan:

pencemaran udara pencemaran air penyakit dan jangkitan hujan asid banjir kilat.

Page 17: Pengurusan buangan

Pencemaran Udara

• Pencemaran udara disebabkan oleh:– pembakaran terbuka,– kebakaran hutan,– pembebasan asap daripada kilang dan kenderaan

bermotor.

•  •

Page 18: Pengurusan buangan

• Pembakaran sampah secara terbuka akan membebaskan banyak asap.

• Asap daripada pembakaran sampah dan hutan secara terbuka akan menyebabkan jerebu.

• Jerebu boleh menyebabkan mata pedih dan sukar bernafas.

• Asap dan gas yang dibebaskan daripada kenderaaan bermotor dan kilang boleh membahayakan kesihatan kita.

• Kita boleh sakit jika menyedut udara yang tercemar.• Udara yang tercemar boleh

menyebabkan kerosakan pada peparu dan merengsakan mata.

Page 19: Pengurusan buangan

Pencemaran Air

• Sungai dan laut kita digunakan sebagai tempat pembuangan pelbagai bahan buangan.

• Kita membuang sampah ke dalam longkang yang airnya mengalir ke sungai.

Page 20: Pengurusan buangan

Pembuangan bahan buangan ke dalam sungai

• Kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai.• Bahan buangan ini mengandungi bahan buangan toksik dan

beracun.•

• Sungai dan laut kita akan menjadi tercemar.• Bahan buangan beracun boleh membunuh ikan.• Oleh kerana kita bergantung pada sungai dan laut untuk

mendapatkan makanan, kesihatan kita akan terjejas jika kita makan ikan daripada air yang tercemar.

Page 21: Pengurusan buangan

• Kadang-kadang minyak daripada kapal tumpah ke dalam laut.

• Tumpahan minyak itu tidak hanya mencemarkan laut saja tapi juga mencemarkan pantai.

• Hal ini akan memusnahkan tempat tinggal hidupan air.

•  •  

Page 22: Pengurusan buangan

Penyakit dan Jangkitan

• Sampah yang dibuang boleh membahayakan alam sekitar.• Pembuangan sampah juga akan menyebabkan pencemaran.• Pembuangan sampah secara tidak terancang menyebabkan alam

sekitar kita kotor dan tidak menyenangkan.• Sesetengah sampah tidak akan mereput apabila ditanam.• Sesetengah sampah akan membebaskan gas beracun apabila

mereput.• Gas-gas ini adalah membahayakan kita.• Sampah adalah tempat di mana tikus dan lalat membiak.• Haiwan-haiwan ini akan membawa kuman dan menyebarkan

penyakit dan jangkitan pada kita.• Contohnya, bakteria yang dibawa oleh lalat boleh

menyebabkan tifoid.

Page 23: Pengurusan buangan

• Lalat membawa bakteria daripada najis yang ada jangkitan kepada makanan.

• Tanda-tanda typhoid ialah sakit kepala, demam, hilang selera makan, dan sembelit.

• Sampah seperti botol plastik, tin, pasu bunga dan tayar lama adalah tempat takungan air.

• Nyamuk Aedes aegypti membiak dalam air yang bertakung dalam bekas-bekas ini.

• Nyamuk Aedes aegypti membawa virus yang menyebabkan penyakit demam denggi.

Page 24: Pengurusan buangan

Hujan Asid

• Kilang dan kenderaan bermotor membebaskan asap dan gas yang membolehkan hujan asid.

• Hujan asid boleh membunuh tumbuhan.• Hujan asid boleh mencemarkan sungai dan

membunuh ikan.Hujan asid boleh menyebabkan besi berkarat dengan mudah.

• Hal ini boleh memusnahkan bangunan dan jambatan.

Page 25: Pengurusan buangan

Banjir Kilat

• Pembuangan bahan buangan secara tidak terancang ke dalam longkang dan sungai boleh menyekat sungai kita.

• Hal ini akan menghalang pengaliran air sungai.• Air tidak dapat mengalir di dalam sungai.•

• Longkang yang tersumbat boleh menyebabkan banjir kilat• Akibatnya air melimpahi ke darat dan menyebabkan banjir kilat.• Hal ini akan menyebabkan banjir kilat semasa hujan lebat.• Banjir kilat akan memusnahkan rumah danharta benda.•  •

Banjir kilat memusnahkan harta benda

Page 26: Pengurusan buangan

Pembuangan Sampah Secara Terancang

• Untuk mengelakkan pencemaran air, kita tidak boleh membenarkan sampah dan bahan buangan air ke dalam longkang, terusan, dan sungai.

• Bahan buangan air daripada kilang mesti dirawat.• Bahan berbahaya mesti disingkirkan sebelum bahan buangan ini dibuang ke dalam longkang.• Bahan buangan air mesti dirawat di pusat rawatan kumbahan sebelum selamat untuk dibuang ke

dalam laut.• Untuk mengelakkan penyakit dan jangkitan kita mesti menjaga kebersihan rumah kita.• Kita mesti menjaga alam sekitar kita supaya bersih.• Kita tidak sepatutnya membuang sampah.• Kita mesti memasukkan sampah ke dalam tong sampah yang sesuai.• Kita patut mengguna atau mengitar semula sampah atau bahan buangan sebanyak yang mungkin.• Semua sampah mesti dibakar dalam insinerator.• Untuk mengelakkan pencemaran udara, kita patut menghalang asap dan gas daripada memasuki

udara kita.• Kita perlu mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.• Kilang yang mengeluarkan asap yang banyak sepatutnya dibina jauh daripada rumah kita.• Kilang-kilang ini perlu dipasang dengan serombong asap yang panjang.• Serombong ini perlu dipasang dengan alat pembersih untuk menyingkirkan bahan yang berbahaya

yang terdapat dalam asap.

Page 27: Pengurusan buangan

Pembuangan Bahan Buangan Di Kawasan Kita

• Di kawasan kita, semua sampah mesti diikat dalam beg sampah yang sesuai.• Setiap pagi, sampah-sampah ini akan dikutip• Sampah-sampah ini akan diangkut oleh lori sampah ke pusat pembuangan sampah.• Bahan buangan ini akan ditanam atau dibakar di pusat pembuangan sampah.• Di tempat pelupusan sampah, bahan buangan akan ditanam.• Di dalam insinerator, bahan buangan akan dibakar.•  •  

•Tempat pelupusan sampah

•  •                                                                                                    Insinerator

Page 28: Pengurusan buangan

• Kita patut memperbaiki cara pembuangan sampah dengan cara...– mengetus semua air daripada sampah,– mengikat sampah dalam beg plastik yang sesuai,– memasukkan sampah dalam tong sampah yang

sesuai,– tudung yang ketat untuk menjauhkan serangga

perosak.

Page 29: Pengurusan buangan

Sesetengah Bahan Buangan Boleh Mereput

• Sesetengah bahan buangan boleh mereput manakala sesetengah lagi tidak boleh mereput.

• Bahan organik seperti sisa makanan, sayur-sayuran, daging, kertas dan kayu boleh mereput.

• Bahan-bahan ini boleh diuraikan oleh pengurai seperti bakteria.• Bahan-bahan ini akan dikitar semula oleh alam semula jadi.• Bahan yang boleh mereput adalah bahan buangan yang

terbiodegradasi.• Walau bagaimanapun sesetengah bahan tidak boleh mereput.• Bahan-bahan ini tidak boleh diuraikan oleh pengurai.• Bahan-bahan ini adalah tidak terbiodegradasi.•  Contoh bahan yang tidak terbiodegradasi ialah kaca, plastik, tin,

dan objek logam