Upload
doankien
View
290
Download
21
Embed Size (px)
Citation preview
TAHAP PENGAMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM INDUSTRI
KECIL DAN SEDERHANA
MOHD HANIP BIN ASPAR
Universiti Teknologi Malaysia
iii
DEDIKASI
Untuk isteri tercinta Shamsatun Nahar Ahmad, anak-anak tersayang Nurul Hidayah, Nur
Fatihah, Muhammad Aflah dan Nur Aishaturradhiah. Perangsang, galakan, dorongan,
pengorbanan dan doa kalian telah membuahkan kejayaan yang amat bermakna ini.
Khas buat ayahanda dan bonda yang dikasihi, segala tunjuk ajar, bantuan dan doa yang
dipanjatkan memberikan keberkatan dalam usaha mengejar erti sebuah kejayaan yang
amat dibanggakan dalam hidup ini.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga serta ikhlas kepada penyelia
Projek Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Mekanikal) ini, Profesor Madya Dr Mat Rebi Bin
Abd Rani di atas bimbingan, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan teguran yang diberikan
sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan Johor, En. Zabidi Bin Dato’ Md Adib yang telah membantu dalam
menyampaikan maklumat bagi memperbaiki dan meningkatkan hasil keputusan yang
membanggakan ini.
Seterusnya ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan JKKP Johor dan
mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam membantu menjayakan
penulisan Projek ini.
Semoga hasil daripada penulisan ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan
kepada semua pembaca tentang Industri Kecil Dan Sederhana yang telah dikaji dan
dikupas agar mudah difahami. Diharapkan kajian ini dapat menyumbangkan sesuatu yang
bermakna kepada perkembangan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja dalam
industri-industri terbabit.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungkait diantara kadar kemalangan
industri dengan ciri, latar belakang dan amalan keselamatan pekerja yang wujud di
tempat kerja. Ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pengurusan keselamatan dan
kesihatan terhadap para pekerja dalam industri kecil dan sederhana terutamanya di negeri
Johor. Berdasarkan laporan kemalangan yang diterima oleh Jabatan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, data menunjukkan peningkatan kadar kemalangan
pada setiap tahun dan kajian begini diperlukan untuk membantu mengelak, mengawal
dan menurunkan kadar kemalangan dan juga mengurangkan kemungkinan serta potensi
kemalangan industri di kalangan para pekerja disamping membantu pihak pengurusan
mencapai carakerja dan prosedur kerja selamat yang lebih baik. Soal selidik, temubual
dan pemeriksaan kilang dijalankan untuk mendapatkan data yang diperlukan ke atas
pekerja berdasarkan kaum, umur, tahap pendidikan akademik, penyelenggaraan jentera,
ciri am keselamatan, alat perlindungan diri dan latihan. Hasil kajian mendapati wujud
kaitan di antara kadar kemalangan dengan kumpulan kaum, tahap pendidikan akademik
dan alat perlindungan diri sementara tidak wujud kaitan di antara kadar kemalangan
dengan latihan, umur, penyelenggaraan jentera dan ciri am keselamatan. Cadangan masa
hadapan menekankan organisasi bertanggungjawab seperti JKKP, Institut Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan Negara perlu bertindak secara proaktif untuk mempromosikan
keselamatan di tempat kerja. Majikan juga perlu mengadakan perancangan tahunan
dalam menyediakan latihan serta kursus motivasi untuk meningkatkan tahap kematangan
dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri pekerja. Prosedur kerja selamat juga perlu
dikemaskini dan alat perlindungan yang berkualiti digunakan untuk mengurangkan
jumlah kemalangan dalam industri.
vi
ABSTRACT
This research is to determine the relationship between the rate of industrial
accidents and characteristics, background and safe practices of workers at workplace.
This is to enhance safety and health management of workers in small and medium
industries in Johor. According to accident reports from the Department of Occupational
Safety and Health (DOSH) Johor, data show the staggering increase of the rate of
accidents every year. This research is essential in order to avoid, control and reduce the
rate of accidents and hence reduce the possibility of industrial accidents occurring among
workers. Furthermore, it helps the management to achieve a better safe working
procedure for workers. A questionnaire survey, interviews and factory inspection were
carried out with questions based on workers’ race, age, education, machines maintenance,
general safety, personal protective equipment (PPE) and trainings. The finding of this
research shows that relationships exist between the rate of accident and race, education
and PPE. No relationships exist between the rate of accident and training, age, machines
maintenance and general safety. Further suggestions stressed on the responsible
organizations such as DOSH, National Institute of Occupational Safety and Health to
take proactive action especially for safety promotion at workplace. The employer should
carry out the yearly planning in training as well motivational course to enhance the level
of maturity and responsibility among workers. Safety operating procedure should be
updated and usage of quality protective equipment may reduce accidents in industries.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Masalah Yang Dihadapi 5
1.4 Skop Kajian 10
1.5 Objektif 14
1.6 Hipotesis 14
1.7 Organisasi Tesis 16
1.8 Kesimpulan 17
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 18
2.2 Keselamatan Dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh 20
2.2.1 Penglibatan Pekerja 20
2.2.2 Kawalan Keselamatan 21
2.2.3 Jawatankuasa Keselamatan 21
viii
2.2.4 Penilaian 22
2.2.5 Latihan 23
2.3 Kemalangan Di Industri Kecil Dan Sederhana 23
2.3.1 Kategori Kemalangan 23
2.3.2 Jenis-jenis Kemalangan 24
2.4 Pandangan Pakar Berkenaan Pengurusan Keselamatan 25
2.5 Perkara Yang Mempengaruhi Keselamatan Di Tempat 27
Kerja
2.5.1 Latihan Di Tempat Kerja 28
2.5.2 Umur Pekerja 28
2.5.3 Kumpulan Kaum 28
2.5.4 Tahap Pendidikan Akademik Pekerja 29
2.5.5 Penyelenggaraan Jentera 29
2.5.6 Ciri Am Keselamatan 30
2.5.7 Alat Perlindungan Diri 31
2.6 Kesimpulan 31
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 33
3.2 Carta Aliran Metodologi 34
3.3 Memungut Data 36
3.4 Kaedah Temubual 36
3.5 Kaedah Rekod Pemeriksaan Kilang 39
3.6 Kaedah Soal Selidik 39
3.7 Kesimpulan 42
ix
4 HASIL KAJIAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Maklumbalas Daripada Pengurusan Keselamatan 44
Dalam IKS (Borang 1)
4.3 Maklumbalas Daripada Majikan (Pemeriksaan 51
Kilang – Borang 2)
4.4 Maklumbalas Daripada Pekerja (Borang 3) 52
4.5 Analisis Hubungan (Dengan Kaedah Ujian 56
Khi Kuasa Dua)
Hipotesis A : Hubungkait antara kadar kemalangan 57
dengan latihan pengendalian mesin
Hipotesis B : Hubungkait antara kadar kemalangan 58
dengan umur
Hipotesis C : Hubungkait antara kadar kemalangan 59
dengan kaum
Hipotesis D : Hubungkait antara kadar kemalangan 60
dengan tahap pendididkan akademik
Hipotesis E : Hubungkait antara kadar kemalangan 61
dengan penyelenggaraan mesin secara
mingguan/bulanan
Hipotesis F : Hubungkait antara kadar kemalangan 62
dengan ciri am keselamatan
Hipotesis G : Hubungkait antara kadar kemalangan 63
dengan alat perlindungan diri daripada
majikan
4.6 Ringkasan Keputusan Ujian Hipotesis 64
4.7 Hasil Kaedah Temubual (Borang 1) 66
4.8 Hasil Kaedah Pemeriksaan (Borang 2) 70
4.9 Hasil Kaedah Temubual (Borang 3) 71
4.10 Kesimpulan 77
x
5 PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan 78
5.2 Analisis Hubungan (Khi Kuasa Dua) 78
5.2.1 Hipotesis A : Hubungkait antara kadar 79
kemalangan dengan latihan pengendalian mesin
5.2.2 Hipotesis B : Hubungkait antara kadar 79
kemalangan dengan umur
5.2.3 Hipotesis C : Hubungkait antara kadar kemalangan 80
dengan kaum
5.2.4 Hipotesis D : Hubungkait antara kadar kemalangan 81
dengan tahap pendidikan akademik
5.2.5 Hipotesis E : Hubungkait antara kadar kemalangan 82
dengan penyelenggaraan mesin secara
mingguan/bulanan
5.2.6 Hipotesis F : Hubungkait antara kadar kemalangan 82
dengan ciri am keselamatan
5.2.7 Hipotesis G : Hubungkait antara kadar kemalangan 83
dengan alat perlindungan diri daripada majikan
5.3 Cadangan Perlaksanaan 84
5.3.1 Kepelbagaian Latihan Secara Berjadual 84
5.3.2 Kematangan Usia Pekerja 85
5.3.3 Kumpulan Kaum Pekerja 86
5.3.4 Tahap Pendidikan Akademik Pekerja 87
5.3.5 Penyelenggaraan Mesin Atau Jentera 88
5.3.6 Ciri-ciri Am Keselamatan 89
5.3.7 Alat Perlindungan Diri 90
5.3.8 Pekerja Memahami Komitmen Pengurusan 91
5.3.9 Koordinator Keselamatan Sebagai Penghubung 92
5.3.10 Peranan Jawatankuasa Keselamatan 92
dan Kesihatan
xi
5.3.11 Mewujudkan Senarai Semak Pengurusan 93
Dokumen
5.3.12 Nilai Teras 94
5.4 Kesimpulan 94
6 RINGKASAN, CADANGAN MASA HADAPAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 95
6.2 Ringkasan 96
6.3 Cadangan Masa Hadapan 97
6.4 Peranan Dan Tanggungjawab Pihak Pengurusan 99
6.5 Kesimpulan 100
RUJUKAN 102
Apendik A – C 105 - 115
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT
1.1 Kategori kemalangan dalam Industri Kecil Dan 9
Sederhana
1.2 Jenis kecederaan untuk setiap kategori kemalangan 10
yang kerapkali berlaku dalam Industri Kecil
Dan Sederhana
4.2.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 44
Mengikut Jumlah Modal Berbayar
4.2.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 45
Mengikut Jumlah Pekerja Lelaki
4.2.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 45
Mengikut Jumlah Pekerja Perempuan
4.2.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 46
Mengikut Polisi Keselamatan
4.2.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 46
Mengikut Adanya Jawatankuasa Keselamatan
4.2.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 47
Adanya Ciri Am Keselamatan
4.2.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 48
Mengikut Latihan Dalaman Kepada Pekerja Baru
4.2.8 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 48
xiii
Mengikut Latihan Luaran Kepada Pekerja Terlatih
4.2.9 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 49
Mengikut Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa
Keselamatan
4.2.10 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 50
Mengikut Kemalangan Di Kawasan Kilang
4.2.11 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 50
Mengikut Masalah Arahan Terhadap Pekerja
4.3.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 51
Berdasarkan Tahap Pematuhan Akta Di bawah
Pemeriksaan JKKP Jophor
4.4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 52
Mengikut Umur
4.4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 53
Mengikut Jantina
4.4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 53
Mengikut Kaum
4.4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden 54
Mengikut Tahap Pendididkan Akademik
4.4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 55
Tempoh Berkhidmat
4.4.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 55
Pembaikan Atau Langkah Keselamatan Oleh Majikan
4.4.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut 56
Masalah Dengan Arahan Majikan
4.5.1 Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan 57
Dengan Latihan Pengendalian Mesin
4.5.2 Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan 58
Dengan Umur
4.5.3 Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan 59
Dengan Kaum
xiv
4.5.4 Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan 61
Dengan Tahap Pendidikan Akademik
4.5.5 Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan 62
Dengan Penyelenggaraan Mesin Secara
Mingguan / Bulanan
4.5.6 Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan 63
Dengan Ciri Am Keselamatan
4.5.7 Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan 64
Dengan Penerimaan Alat Perlindungan Diri
Daripada Majikan
4.6.1 Ringkasan Keputusan Ujian Hipotesis 64
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT
1.1 Perkara utama yang berkaitan dengan kemalangan 3
di tempat kerja dalam Industri Kecil dan Sederhana
1.2 Kadar kemalangan per 10 000 pekerja dari tahun 5
1996-2000
1.3 Notis-notis larangan yang dikeluarkan terhadap 6
majikan yang gagal mematuhi Akta Kilang dan
Jentera 1967 di Negeri Johor
1.4 Notis-notis larangan yang dikeluarkan terhadap 8
majikan yang gagal memenuhi Akta Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di Negeri Johor
1.5 Carta aliran penyelidikan masalah dalam pengurusan 11
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam IKS
1.6 Faktor yang mempengaruhi produktiviti terhadap mesin 13
atau jentera serta pekerja dan kesan sampingan
3.1 Carta aliran metodologi penyelidikan pengurusan 35
keselamatan dalam IKS
3.2 Carta aliran kaedah temubual 38
3.3 Carta aliran pemeriksaan lawatan industri perkilangan 40
3.4 Carta aliran perlaksanaan kaedah soal selidik 41
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kajian dijalankan untuk mengenalpasti adanya hubungkait di antara kemalangan
dalam industri dengan ciri-ciri pekerja dan amalan keselamatan yang perlu dipatuhi di
kalangan pekerja. Daripada kajian ini usaha mengelak dan mengurangkan kemalangan
industri dalam industri kecil dan sederhana (IKS) dapat dianalisis secara sistematik.
Kemalangan industri merupakan perkara utama dalam agenda dan tanggungjawab yang
dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor
berpandukan Akta Kilang Dan Jentera 1967 (AKJ 1967) dan Akta Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) serta peraturan-peraturan yang tertakluk
dibawahnya.
IKS merupakan satu kumpulan industri yang mana jumlah jualan setahunnya
adalah kurang daripada RM 25,000,000 dan mempunyai pekerja kurang daripada 150
orang bagi sesebuah kilang. Kebanyakan IKS ini tertumpu di kawasan-kawasan industri
yang saiz kilangnya sederhana iaitu kurang dari dua ekar atau anggaran keluasan di
antara 5000 hingga 20,000 kaki persegi. Antara contoh pengeluarannya ialah penghasilan
makanan harian seperti barangan berasaskan plastik, atau makanan ringan seperti tauhu
basah, mee kuning, cendol, cincau dan sebagainya. Bagi industri kejuruteraan pula
2
pengeluaran melibatkan pembuatan barangan berasaskan logam seperti kabel
pendawaian, komponen elektrik, komponen kenderaan, barangan kulit seperti kasut atau
beg dan sebagainya. Kebanyakan pekerja dalam IKS adalah dari pelbagai bangsa
antaranya ialah pekerja Indonesia, Nepal, India, Vietnam, Thailand dan sebagainya.
Dengan itu kajian ini sangat diperlukan untuk menentukan sama ada wujudnya
hubungkait antara kemalangan dalam industri dengan ciri pekerja dan amalan
keselamatan yang perlu dipatuhi supaya langkah boleh dikenalpasti untuk mengurangkan
kadar kemalangan di tempat kerja. Keputusan kajian boleh digunakan untuk
meningkatkan tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja dalam IKS.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam semua organisasi termasuk IKS, pengurusan keselamatan memainkan
peranan yang penting untuk memastikan risiko kemalangan dapat dikurangkan menerusi
peranan yang dimainkan antara majikan dan pekerja. Bagi IKS yang diletakkan dibawah
kos pelaburan sebanyak kurang dari dua puluh lima juta Ringgit Malaysia (RM
25,000,000), di Negeri Johor sahaja terdapat lebih kurang 5000 buah kilang yang telah
berdaftar. Bilangan pekerja yang terlibat adalah dianggarkan 1 juta orang.
Rajah 1.1 menunjukkan perkara utama yang melibatkan kemalangan serta
kepentingan produktiviti dalam IKS. Dalam membicarakan soal pengeluaran, majikan
sememangnya mengutamakan keuntungan daripada kerugian kerana ianya melibatkan
operasi syarikat dan modal pusingan yang telah dibelanjakan. Oleh yang demikian
keuntungan dapat meningkatkan imej syarikat manakala dari aspek kerugian ianya
melibatkan kos, harta dan masa yang telah dihabiskan.
3
Syarikat
Individu
Masalah :
KERJA
- menyediakan latihan - menyediakan PPE - menyediakan peraturan am - mematuhi SOP - mesyuarat keselamatan
MAJIKAN
- garispanduan keselamatan - pematuhan peraturan am - keselamatan operasi - penguatkuasaan SOP - Polisi Keselamatan - FMA 1967, OSHA 1994
UNDANG-UNDANG
MESIN / JENTERA
PERSEKITARAN
- tekanan - suasana kerja selesa - sistem pengudaraan dan pencahayaan yang cukup - ergonomik
Harta, Masa
Kos, Nyawa
RUGI
- kawalan yang mudah/mesra - ciri-ciri keselamatan - rekabentuk yang selamat - penyelenggaraan mingguan/bulanan
KEMALANGAN UNTUNG
Rajah 1.1 : Perkara utama yang berkaitan dengan kemalangan di tempat kerja dalam
Industri Kecil dan Sederhana
Sumber : JKKP Johor (2001)
4
Namun, apa yang boleh diperhatikan dari Rajah 1.1 tersebut ialah peranan
majikan dalam memikirkan soal keuntungan dan kerugian iaitu menyediakan aspek-aspek
latihan kepada setiap pekerja secara formal, penyediaan alat perlindungan diri untuk
pekerja yang bekerja di bahagian yang merbahaya, menyediakan garis panduan atau
prosedur kerja selamat untuk setiap proses yang terbabit. Justeru, kaitan di antara
kemalangan dan ciri pekerja serta amalan keselamatan belum diperolehi untuk
mengoptimumkan pengurusan keselamatan dalam industri berkaitan.
Selain dari itu, faktor mesin atau jentera yang digunakan juga memainkan peranan
yang penting kerana penggunaan jentera yang cekap dan tepat dapat menghindarkan
kemalangan yang tidak diduga dan kerugian dapat dielakkan serta keuntungan dapat
dipertingkatkan. Ini dapat dilihat dari segi penyelenggaraan jentera terbabit secara
berjadual sama ada harian, mingguan ataupun bulanan. Begitu juga dengan kawalannya
yang mudah disamping ciri-ciri keselamatan yang memenuhi kehendak rekabentuk yang
mesra pengguna dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan yang tidak dijangka.
Oleh yang demikian, kesan sampingan yang negatif dapat dielakkan malahan kos, masa,
tenaga dan nyawa pekerja dapat diselamatkan selagi jentera yang digunakan berada
dalam keadaan baik dan diselia dengan cekap oleh pekerja yang terlatih serta mahir
dalam bidang tersebut.
Rajah 1.1 juga menunjukkan persekitaran tempat kerja yang memainkan peranan
utama terhadap pekerja yang bekerja kerana mereka merupakan tunggak utama dalam
mengendalikan pengeluaran sesuatu industri. Di sini dapat diperhatikan antara
persekitaran yang perlu diberi perhatian ialah berdasarkan keadaan jentera yang
digunakan sama ada mesra pengguna selain mesra alam, ergonomik dari segi
pengendalian, keselesaan terutamanya dari segi persekitaran yang cukup pencahayaan
dan sistem pengudaraannya yang cukup serta tiada tekanan yang melampau terhadap
pekerja terbabit.
5
1.3 Masalah Yang Dihadapi
Perangkaan kemalangan yang dilaporkan kepada JKKP, Laporan Tahun 2001 dan
juga sumber yang diperolehi daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),
Laporan Tahun 2001 menunjukkan angka kemalangan yang semakin meningkat sejak
lima tahun kebelakangan ini. Perangkaan, data serta statistik kemalangan dalam Rajah 1.2
menunjukkan peningkatan kadar kemalangan per 10 000 pekerja yang berlaku dari tahun
1996 sehingga tahun 2000 dalam IKS amat membimbangkan. Ianya melibatkan industri
perabut atau kayu seperti pembuatan kerusi, meja, almari, industri komponen elektronik
seperti pembuatan penyaman udara, alat penghawa dingin, kipas angin, radio, industri
kejuruteraan atau logam seperti pembuatan pintu pagar rumah, komponen kenderaan,
industri pakaian seperti pakaian kanak-kanak, industri makanan seperti kicap, sos, mee
dan sebagainya.
Kadar Kemalangan Per 10 000 Pekerja
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
1996 1997 1998 1999 2000
Tahun
Kada
r Ke
mal
anga
n
Rajah 1.2 : Kadar kemalangan per seribu pekerja dari tahun 1996-2000
Sumber : JKKP (2001)
6
Selain itu, Rajah 1.3 menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh pihak majikan
di bawah seksyen 19, seksyen 34 dan seksyen 36. Seksyen 19 menjelaskan tentang
keperluan mendaftarkan jentera-jentera yang memerlukan Sijil Perakuan Kelayakan yang
sah manakala seksyen 34 pula merupakan keperluan pihak majikan untuk mendaftarkan
premis perniagaan atau kilang dan bagi seksyen 36 pula adalah mengenai pemasangan
jentera dalam industri yang perlu juga didaftarkan kepada pihak JKKP. Kegagalan
pematuhan terhadap kesemua seksyen di atas telah menunjukkan sejumlah Notis
Larangan dikeluarkan kepada majikan daripada menggunakan jentera terbabit dan operasi
kilang diberi amaran di sepanjang tahun 1996 sehingga tahun 2000 untuk setiap industri
berkenaan.
Notis Larangan AKJ 1967
0
5
10
15
20
25
30
Sek 19 Sek 34 Sek 36
Jenis Kesalahan
Jum
lah
Kes
alah
an
Perabut / Kayu
Kejuruteraan /LogamMakanan
Elektronik
Pakaian
Rajah 1.3 : Notis-notis Larangan yang dikeluarkan terhadap majikan yang gagal
mematuhi Akta Kilang dan Jentera 1967 di Negeri Johor
Sumber : JKKP Johor (2001)
7
Seterusnya, Rajah 1.4 menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh pihak majikan
dan Notis Larangan yang telah dikeluarkan di bawah AKKP 1994. Seksyen 15
merupakan satu pernyataan yang menyentuh kewajipan am majikan dan orang yang
bekerja sendiri kepada pekerja mereka. Ianya menyentuh perkara yang menjadi
kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan
setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja.
Ini bermakna ianya meliputi aspek penyelenggaraan, perkiraan bagi menjamin
keselamatan, pengumpulan maklumat, arahan, latihan, penyeliaan kepada semua pekerja
yang terbabit. Majikan yang gagal mematuhi seksyen ini sebenarnya telah gagal
menunjukkan komitmen mereka di dalam menilai serta memastikan aspek pengurusan
keselamatan di tempat kerja yang lebih terjamin. Ini juga memperlihatkan keengganan
dan sikap ambil mudah pengurusan keselamatan berkenaan kewajipan atau dasar
keselamatan yang perlu ada dalam industri masing-masing untuk kepentingan bersama
antara majikan itu sendiri dan juga pekerja mereka.
Rajah 1.4, menunjukkan jumlah kegagalan pihak majikan mematuhi arahan yang
terkandung di dalam AKKP 1994 di bawah seksyen 15, 16 dan 32 dan ini menunjukkan
kelemahan ketara pihak majikan yang memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerja. Ini juga memperlihatkan kebanyakan majikan dalam
IKS mengabaikan aspek-aspek keselamatan selain daripada pengabaian pengurusan
keselamatan yang lebih dinamik dan bersifat antarabangsa terutamanya terhadap pekerja
mereka. Oleh yang demikian satu langkah yang aktif dan drastik perlulah diambil agar
kemalangan ini tidak berlaku di masa hadapan melalui kaedah-kaedah yang dijelaskan
dalam bab yang seterusnya.
Berdasarkan notis-notis kesalahan dan kegagalan mematuhi AKJ 1967 dan AKKP
1994, dapat dinyatakan disini bahawa masih terdapat kelemahan dari segi pematuhan
aspek keselamatan yang boleh menyebabkan kemalangan dalam IKS sekiranya kegagalan
ini tidak dapat diatasi dengan segera.
8
Notis larangan AKKP 1994
024
68
101214
161820
Sek15
Sek16
Sek32
Jenis kesalahan
Jum
lah
kesa
laha
n Perabut / Kayu
Kejuruteraan /Logam
Makanan
Elektronik
Pakaian
Rajah 1.4 : Notis-notis larangan yang dikeluarkan terhadap majikan yang gagal
memenuhi Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di Negeri
Johor
Sumber : JKKP (2001)
Jadual 1.1 menunjukkan dua kategori kemalangan iaitu kemalangan kecil yang
mengakibatkan tidak hilang upaya kekal dan kemalangan besar boleh menyebabkan
hilang upaya kekal dan maut. Kemalangan kecil merupakan satu bentuk kemalangan
yang berlaku tetapi tidak menjejaskan keaslian atau kehilangan tubuh badan anggota
manusia.
9
Bagi kemalangan besar pula ianya merupakan satu kemalangan yang melibatkan
tubuh badan manusia sehingga menjejaskan keaslian atau carakerja atau kehilangan yang
kekal dan juga yang mengakibatkan maut.
Jadual 1.1 : Kategori kemalangan dalam Industri Kecil Dan Sederhana
Bil Kategori kemalangan Keterangan
01 Kemalangan
Kecil
1. Tidak Hilang
Upaya Kekal
Sebarang kemalangan industri yang tidak
menjejaskan keaslian tubuh badan anggota
manusia atau tiada kehilangan tubuh anggota
02 Kemalangan
Besar
1. Hilang Upaya
Kekal
Sebarang kemalangan yang melibatkan tubuh
anggota manusia sehingga menjejaskan
carakerja atau kehilangan tubuh anggota
manusia
2. Maut Sebarang kemalangan yang menyebabkan
kematian pekerja atau manusia
Sumber : Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Johor (1998)
Jadual 1.2 menunjukkan jenis kecederaan untuk setiap kategori kemalangan yang
berlaku dalam IKS yang melibatkan tidak hilang upaya kekal, hilang upaya kekal dan
juga maut. Jenis kecederaan adalah pelbagai yang melibatkan anggota tubuh badan,
antara kemalangan yang tidak melibatkan hilang upaya kekal ialah kecederaan pada jari,
mata, sakit pinggang, kaki, tumit, luka di tangan, terseliuh, patah, terhimpit, lebam,
bengkak, tersepit dan terhempap. Bagi kemalangan yang menyebabkan hilang upaya
antaranya ialah putus jari, tangan atau kaki, terbakar, remuk dan terjatuh hingga
menyebabkan patah pinggang. Kemalangan maut pula adalah disebabkan oleh terjatuh
dari aras ketinggian yang menyebabkan kematian, terperangkap dalam ruang terkurung
dan terhimpit oleh sebarang dua benda keras seperti besi.
10
Jadual 1.2 : Jenis kecederaan untuk setiap kategori kemalangan yang kerapkali berlaku
dalam Industri Kecil Dan Sederhana
Bil Kategori Kemalangan Jenis Kecederaan
01 Tidak Hilang Upaya
Kekal
Jari cedera, sakit mata, sakit pinggang, kaki, tumit,
luka ditangan, kaki terseliuh, kepala, lebam,
bengkak, tersepit, patah, terhimpit, terhempap
02 Hilang Upaya Kekal Putus jari, putus tangan, terbakar, jari atau tangan
remuk, terjatuh seperti patah pinggang
03 Maut Terjatuh dari aras ketinggian yang menyebabkan
kematian, terperangkap dalam ruang terkurung,
terhimpit oleh sebarang benda
Sumber : Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Johor (1998)
1.4 Skop kajian
Rajah 1.5 menunjukkan carta aliran berkenaan kajian yang dijalankan ke atas
amalan pengurusan keselamatan dalam industri kecil dan sederhana di Negeri Johor.
Ianya dimulai dengan objektif, mengenali masalah sedia ada serta latar belakangnya, dan
disertai dengan beberapa hipotesis yang memainkan peranan dalam mencari jawapan
terhadap kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Selain itu, metodologi dan peralatan
yang diterapkan dapat membantu kajian ini melalui keputusan yang diperolehi setelah
dianalisis disamping perbincangan dan cadangan yang dapat merumuskan segala
persoalan yang dikemukakan.
11
MULA
• Pengenalan • Latar belakang masalah • Masalah yang dihadapi • Skop kajian • Objektif
• Hipotesis • Literatur • Pembentukan hipotesis
Kaedah rekod pemeriksaan kilang
Keputusan
Kaedah temubual Kaedah soal selidik
• Analisis data • Perbincangan • Cadangan
Kajian dalam industri kecil dan sederhana
• Metodologi • Alatan kajian
TAMAT
Rajah 1.5: Carta aliran penyelidikan masalah dalam pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan dalam IKS
12
Selain itu, kajian ini difokus tentang adanya hubungkait kemalangan dengan ciri-
ciri pekerja yang berlaku dalam IKS sahaja terutamanya dalam industri berasaskan
makanan (seperti kicap, sos cili, mee, tahu), kejuruteraan atau logam (seperti pembuatan
pagar rumah, pagar, atap rumah, komponen kenderaan), pakaian (seperti pakaian kanak-
kanak, saputangan, seluar, baju), elektronik (seperti kontraktor kecil kepada kilang lain,
komponen elektronik), barangan perabut (seperti kerusi, meja makan) yang melibatkan
pekerja atau manusia, mesin atau jentera dan ianya tidak meliputi bahaya-bahaya bahan
kimia tetapi lebih kepada sesuatu yang berkaitan dengan bahaya-bahaya mekanikal atau
disebut sebagai bahaya mekanikal. Kajian ini juga memfokus terhadap perkara-perkara
yang berkaitan dengan penggunaan sesuatu peralatan oleh pekerja dan juga persekitaran
yang memainkan peranan sampingan terhadap keselesaan pekerja terbabit.
Kajian ini dijalankan dalam IKS di Negeri Johor Darul Takzim dan melibatkan
pekerja sebagai data utama. Data sampingan diperolehi dari pelbagai sumber seperti
JKKP, PERKESO dan Small and Medium Industries Development Cooperation
(SMIDEC).
Berdasarkan Rajah 1.6, skop kajian adalah terhadap kemalangan yang berlaku di
tempat kerja dengan menilai faktor utama yang melibatkan pekerja, mesin atau jentera
yang digunakan, persekitaran tempat kerja dan majikan yang memainkan peranan dalam
memimpin organisasi industri tersebut. Disamping itu kesan–kesan sampingan atau yang
terlibat secara langsung turut menjadi skop penyelidikan seperti peringkat usia pekerja,
tahap pendidikan akademik, bidang atau tugas yang dilaksanakan dan sebagainya. Jika
dilihat dari rajah tersebut, asas utama ialah latihan yang memainkan peranan terhadap
pekerja di mana pekerja yang terlatih akan dapat mengendalikan mesin atau jentera
dengan cekap dan berkesan.
13
MULA
Pembaikan (pada latihan semula jika perlu)
LATIHAN
SIASATAN
KEMALANGAN
PRODUKTIVITI PENGURUSAN
PEKERJA
KEMALANGAN
SIASATAN JKKP
PERSEKITARAN MESIN/JENTERA
KEPUTUSAN
TAMAT
Rajah 1.6 : Faktor yang mempengaruhi produktiviti terhadap mesin atau jentera serta
pekerja dan kesan sampingan
Sumber : JKKP (2001)
14
1.5 Objektif
Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti sama ada wujudnya hubungkait
antara kemalangan dengan ciri manusia (umur, kaum), latar belakang (pendidikan,
latihan) dan amalan keselamatan (penyelenggaraan jentera, ciri am keselamatan, alat
perlindungan diri) dalam IKS yang boleh mencerminkan senario kemalangan dalam
industri berkenaan. Pecahan objektif adalah seperti berikut :
1.5.1 menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan
dengan latihan yang diberikan di tempat kerja;
1.5.2 menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan
dengan umur pekerja;
1.5.3 menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan
dengan kumpulan kaum pekerja;
1.5.4 menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan
dengan tahap pendidikan akademik pekerja;
1.5.5 menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan
dengan penyelenggaraan mesin atau jentera yang digunakan;
1.5.6 menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan
dengan ciri-ciri am keselamatan yang terdapat di tempat kerja;
1.5.7 menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan
dengan alat perlindungan diri.
1.6 Hipotesis
Pembentukan hipotesis ini dibincangkan dalam Bab 2 (2.5, m.s. 27).
Hipotesis A
Hubungkait antara kadar kemalangan dengan latihan di tempat kerja
H0 : Tidak terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan
15
latihan di tempat kerja
H1 : Terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan latihan di
tempat kerja
Hipotesis B
Hubungkait antara kadar kemalangan dengan umur pekerja.
H0 : Tidak terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan
umur pekerja.
H1 : Terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan umur
pekerja.
Hipotesis C
Hubungkait antara kadar kemalangan dengan kumpulan kaum pekerja.
H0 : Tidak terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan
kumpulan kaum pekerja.
H1 : Terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan kumpulan
kaum pekerja.
Hipotesis D
Hubungkait antara kadar kemalangan dengan tahap pendidikan akademik pekerja.
H0 : Tidak terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan
tahap pendidikan akademik pekerja.
H1 : Terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan tahap
pendidikan akademik pekerja.
Hipotesis E
Hubungkait antara kadar kemalangan dengan penyelenggaraan mesin atau
jentera yang digunakan.
H0 : Tidak terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan
tahap penyelenggaraan mesin atau jentera yang digunakan.
H1 : Terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan
16
penyelenggaraan mesin atau jentera yang digunakan.
Hipotesis F
Hubungkait antara kadar kemalangan dengan ciri am keselamatan di tempat
kerja.
H0 : Tidak terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan ciri
am keselamatan di tempat kerja.
H1 : Terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan ciri
am keselamatan di tempat kerja.
Hipotesis G
Hubungkait antara kadar kemalangan dengan alat perlindungan diri yang
dibekalkan oleh majikan dan digunakan oleh pekerja.
H0 : Tidak terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan alat
perlindungan diri yang dibekalkan oleh majikan dan digunakan
oleh pekerja.
H1 : Terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan alat
perlindungan diri yang dibekalkan oleh majikan dan digunakan
oleh pekerja.
1.7 Organisasi tesis
Bab Satu memberikan pengenalan, latar belakang masalah, masalah yang
dihadapi, skop kajian dan objektif kajian yang dijalankan. Bab Kedua menyentuh tentang
kajian literatur melalui laporan yang diterima serta mengetahui corak pengurusan
keselamatan yang menjadi amalan pihak pengurusan dalam IKS. Pembentukan hipotesis
juga dibentangkan dalam bab ini. Bab Tiga menyentuh berkenaan metodologi untuk
mendapatkan bahan kajian menerusi data-data dan maklumat yang diperolehi. Bab Empat
pula memberikan hasil kajian dan analisis data yang diperolehi melalui kajian dan kaedah
17
yang dilaksanakan. Seterusnya Bab Lima menghuraikan perbincangan berdasarkan hasil
kajian dan maklumat yang diperolehi. Manakala Bab Enam menerangkan tentang
ringkasan, cadangan masa hadapan dan kesimpulan untuk memperluaskan lagi kajian
berdasarkan keputusan dan data yang diperolehi.
1.8 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan tentang pengenalan serta
latarbelakang pengurusan keselamatan dalam IKS yang menjadi tata amalan pihak
majikan. Selain itu ia juga menyentuh tentang masalah yang dihadapi disamping latar
belakang masalah yang terlibat secara langsung oleh pihak majikan melalui pengurusan
berdasarkan data kemalangan dan kesalahan yang dilakukan. Perkara lain yang
dihuraikan ialah perbincangan berkenaan dengan skop kajian dan objektif-objektif yang
menjadi garis panduan dalam penentukuran kajian ini melalui organisasi yang
diwujudkan. Selanjutnya data-data kemalangan yang dilaporkan dan diperolehi dapat
membantu penganalisisan, pemerhatian dan pemantauan secara berterusan agar
pengurusan keselamatan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk
mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.
Bab seterusnya membentangkan kajian literatur serta beberapa corak pengurusan
masa kini yang digunakan dalam industri yang masih bercorak konvensional.
Pembentukan hipotesis juga dibentangkan dalam bab tersebut.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini memfokus pada kajian tentang adanya hubungkait antara kemalangan
dengan ciri pekerja dan amalan mereka. Pada dasarnya AKJ 1967 memainkan peranan
dalam mengawal dan mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini terjadi melalui
penguatkuasaan dan penekanan terhadap kriteria-kriteria keselamatan di tempat kerja.
Sementara itu, bagi AKKP 1994 dan peraturan-peraturan yang tertakluk dibawahnya
diperkenalkan dengan tujuan memastikan tanggungjawab utama majikan dilaksanakan
dalam menguruskan keselamatan di tempat kerja disamping peranan pihak pekerja agar
lebih mementingkan soal keselamatan diri sewaktu melaksanakan tugas yang telah diberi.
Namun begitu dalam IKS, terdapat beberapa sebab yang telah dikenalpasti
menjadi punca kemalangan, antaranya ialah (JKKP,1998) :
i sifat yang ditunjukkan oleh pemimpin atau pengurusan terhadap keadaan
keselamatan yang boleh mempengaruhi atau menyebabkan masalah
persekitaran.
ii sifat negatif menyebabkan pekerja-pekerja bersifat tidak endah terhadap
keselamatan dan ini mengundang keadaan merbahaya di tempat kerja
19
iii tindakan atau perbuatan tidak selamat oleh pekerja dan jentera-jentera
yang tidak diselenggara dengan sempurna antara penyumbang utama
secara langsung terhadap kemalangan
iv kemalangan yang menyebabkan kecederaan akibat daripada jatuh atau
hentaman daripada benda yang bergerak
v kecederaan yang dianggap biasa daripada kemalangan termasuklah
kecederaan atau kesakitan yang berat dan kecacatan
Krieger, G.R & Montsgomary (1998) menyatakan terdapat lima sebab utama dalam
sistem pengurusan keselamatan yang boleh menyebabkan kemalangan iaitu :
i Tiada kawalan pihak pengurusan yang mana ianya melibatkan empat
perkara utama iaitu perancangan, penyusunan, mengetuai dan pengawalan.
ii Asas atau dasar awal penyebab yang kebiasaannya dinyatakan di dalam
dua kumpulan utama iaitu faktor persendirian atau peribadi seperti
kekurangan ilmu pengetahuan, ketiadaan motivasi ataupun masalah fizikal
dan yang kedua ialah faktor pekerjaan seperti piawaian kerja yang tidak
memadai atau mencukupi, penyelenggaraan yang tidak sempurna dan
sebagainya.
iii Simptom sebab secara mendadak iaitu semua kemalangan yang berlaku
adalah disebabkan oleh simptom perbuatan dan keadaan yang tidak
selamat.
iv Hubungan kejadian kemalangan yang dikaitkan dengan tenaga yang
terhasil terhadap struktur atau had keupayaan sesuatu perkerjaan. Antara
kategori yang terlibat di sini ialah struck-by, struck-against, contact-by,
contact-with, caught-in, caught-on, caught-between, foot-level-fall, fall-to-
below, overexertion dan exposure.
v Kehilangan dan kerosakan harta benda amat dikesali. Kehilangan biasanya
terjadi selepas kemalangan dan ianya dinilai daripada kerosakan harta
benda serta kecederaan anggota manusia atau pekerja dan juga
persekitaran yang terjejas.
20
Secara keseluruhannya, faktor dan penyebab berlakunya kemalangan merupakan
tanggungjawab kepada pihak pengurusan terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja dan sebarang kemalangan dapat dielakkan sekiranya keadaan yang tidak selamat
diatasi dan carakerja yang lebih praktikal dapat diikuti dan dilaksanakan dengan lebih
berkesan.
2.2 Keselamatan Dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh
Pollock, Richard A (1995) menyatakan dalam mencari faedah yang kompetitif,
banyak syarikat telah mengambil pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) sebagai nilai
teras. TQM menekankan kemajuan yang berterusan iaitu mencari kaedah, prosedur dan
amalan kerja yang menyediakan kualiti yang tinggi kepada pelanggan dan konsep ini
digunapakai. Selain daripada alat meningkatkan kualiti, ianya juga digunakan untuk
mencapai tahap bebas dari kemalangan yang tinggi.
2.2.1 Penglibatan Pekerja
Penglibatan pekerja adalah faktor kritikal dalam TQM. Di dalam program
keselamatan, sekiranya pekerja berwaspada dan menganalisis kaedah dan prosedur kerja
mereka sendiri, itu adalah normal. Dalam hal lain, merekalah yang menyebabkan risiko
kecederaan yang tinggi, dan mereka jugalah yang lebih tahu mengenai persekitaran kerja
mereka.
Dalam hubungkait antara TQM dan keselamatan, adalah penting bagi seseorang
yang paling hampir dengan kerjanya terlibat dalam mencari penyelesaian. Menurut
Pollock (1995) lagi, pekerja yang tahu tanggungjawab mengenai keselamatan semasa
melakukan kerja merupakan salah satu daripada aset terkuat bagi sesebuah syarikat, tidak
kira sama ada syarikat perkhidmatan, pengeluar atau lain-lain. Ini adalah kerana, pekerja
21
lebih tahu apa yang berlaku berbanding ketua eksekutif dan berkemungkinan besar minat
mereka terhadap keselamatan semasa melakukan kerja adalah lebih tinggi berbanding
dengan orang lain. Kemajuan mengenai kesedaran terhadap keselamatan akan dapat
dilihat oleh majikan.
2.2.2 Kawalan Keselamatan
Adalah penting bagi kawalan keselamatan direkabentuk ke dalam sistem
sebagaimana yang ditekankan oleh Pollock (1995) bahawa kawalan kejuruteraan
(contohnya : pengadang jentera dan pemberhentian jentera secara automatik) mestilah
digabungkan dengan prosedur keselamatan untuk membantu dalam persekitaran kerja,
dan penerimaan persekitaran di kalangan pekerja. Oleh yang demikian, adalah penting
untuk melibatkan pekerja dalam kedua-dua pengenalpastian bahaya dan penciptaan dan
pelaksanaan kawalan.
Sekiranya keselamatan menjadi nilai teras, pekerja perlu bermotivasi untuk
menjadikan keselamatan sama penting seperti bahagian lain dalam tugas mereka. Ini
memerlukan pengurusan untuk mengenalpasti dan memberi usaha keselamatan, dan juga
untuk menekankan pekerja supaya memajukan keselamatan secara berterusan dengan
memberikan mereka tanggungjawab dan kuasa untuk membuat pembaikan keselamatan.
2.2.3 Jawatankuasa Keselamatan
Pollock (1995) menegaskan bahawa jawatankuasa keselamatan selalunya
dibentuk untuk melakukan tugas dan perkara yang sama. Walaupun perkara penting bagi
seseorang pekerja melibatkan diri di dalam program keselamatan, banyak daripada
jawatankuasa ini dibentuk tanpa arah tujuan. Akhirnya, mereka akan berpecah kepada
sesi bicara kosong atau perbincangan tanpa sebarang keputusan.
22
Jawatankuasa keselamatan yang berjaya bermula dengan penetapan objektif yang
jelas. Setiap ahli perlu memahami matlamat jawatankuasa iaitu mengapa mereka berada
di sana dan apa yang mereka cuba sempurnakan. Tanpa pemikiran yang jelas tentang apa
matlamat mereka, mereka tidak akan pergi jauh. Jawatankuasa keselamatan boleh
membangkitkan pelbagai isu, sebagai contoh pengenalpastian bahaya, kemajuan proses
dan latihan. Kuncinya adalah fokus di mana lebih spesifik objektifnya, maka tumpuan
yang lebih boleh diberikan oleh jawatankuasa untuk mencapai keputusan yang sesuai.
2.2.4 Penilaian
Penilaian merupakan antara perkara penting dalam konsep TQM yang boleh
diaplikasikan dalam program keselamatan. Membentuk tanda aras bagi tahap
keselamatan merupakan langkah penting bagi mengukur kemajuan sesebuah organisasi
dalam usaha menangani isu keselamatan, samalah seperti mengenalpasti kawasan atau
bahagian yang memerlukan perhatian selanjutnya.
Menumpukan pada sifat yang betul secara positifnya akan memotivasikan pekerja
untuk mengikuti prosedur yang betul. Menurut Sobczak (1995), ’Kita mahu orang sedar
yang keselamatan adalah sikap yang hanya boleh dipelajari daripada persekitaran kerja
mereka.’
Dalam mengukur prestasi dan perkembangan program keselamatan, ianya
bermula dengan membentuk garis dasar bagi prestasi keselamatan, dan kemudian
mengukur perkembangan terhadap garis dasar tersebut. Rekod kemalangan, tuntutan
ganti rugi pekerja dan rekod kesihatan boleh menyediakan informasi garis dasar.
23
2.2.5 Latihan
Latihan merupakan konsep TQM ketiga yang mempunyai aplikasi secara terus
terhadap usaha keselamatan. John Robinson (1995) menyatakan di dalam TQM dan
keselamatan, anda mendidik orang. Apabila mereka percaya dan yakin tentang apa yang
anda katakan, anda telah melaksanakan tugas anda dengan sempurna. Sekiranya dikaitkan
dengan kefahaman dan motivasi, pekerja yang sedar akan keselamatan dan melihat ianya
sebagai nilai teras sesebuah organisasi adalah lebih bertanggungjawab terhadap
keselamatan mereka dan orang lain. Lebih tinggi keselamatan ditonjolkan, lebih ramai
pekerja akan membuatkan perkara ini diutamakan dalam aktiviti mereka.
Penglibatan pekerja, penilaian dan latihan adalah elemen penting dalam
keselamatan dari hanya sebuah program kepada nilai teras dalam sesebuah organisasi.
Menurut Bill Grego (1995), keselamatan adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan dengan
betul. Dengan penglibatan para pekerja, pengenalpastian kehendak untuk kemajuan
berterusan, menilai upaya keselamatan dan memberi latihan kepada pekerja dalam isu
keselamatan, keselamatan boleh dijadikan nilai teras dimana cara perniagaan dilakukan di
tempat kerja sendiri.
2.3 Kemalangan Di Industri Kecil Dan Sederhana
Dalam IKS, kategori kemalangan dan jenis kemalangan boleh dihuraikan dalam
bentuk atau skop yang berbeza.
2.3.1 Kategori kemalangan
Secara amnya terdapat dua kategori kemalangan yang berlaku dalam IKS iaitu :
(i) Kemalangan kecil
24
Ianya melibatkan kecederaan yang tidak serius seperti luka, calar dan juga
mendapat cuti rehat tidak lebih dari empat hari. Kecederaan ini juga merupakan
kecederaan yang tidak kekal di mana ianya dapat dipulih atau sembuh dalam jangka masa
tertentu.
(ii) Kemalangan besar
Ia merupakan kemalangan yang berlaku selain daripada kecederaan kecil iaitu
kemalangan yang melibatkan cuti rehat lebih dari empat hari seperti patah, terputus dan
sebagainya. Maut atau kematian dikategorikan sebagai kemalangan besar (kemalangan
maut).
Sumber : Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Johor (1998)
2.3.2 Jenis-jenis Kemalangan
Jenis-jenis kemalangan yang melibatkan pelbagai aspek dan seringkali berlaku
dalam IKS dibahagikan kepada beberapa contoh, antaranya ialah :
i. Kemalangan yang melibatkan jentera-jentera atau mesin bertekanan tinggi.
(Contoh : Dandang, kompresor)
ii. Kemalangan yang melibatkan putaran atau pusingan sesuatu peralatan
jentera. (Contoh : Tali kipas, gergaji pemotong kayu)
iii. Kemalangan yang melibatkan arus elektrik. (Contoh : Litar pintas)
iv. Kemalangan yang melibatkan haba yang panas. (Contoh : Air panas,
pemeluwapan)
v. Kemalangan yang melibatkan kebakaran. (Contoh : Percikan api ke atas
bahan mudah terbakar)
vi. Kemalangan yang melibatkan bahan buangan atau bahan lebihan. (Contoh
: Pembuatan plastik)
vii. Kemalangan yang melibatkan penggunaan peralatan tangan. (Contoh :
Pemotong (cutter), grinder)
viii. Kemalangan yang melibatkan penggunaan kenderaan beroda. (Contoh :
Trak angsun, jentolak)
25
ix. Kemalangan yang disebabkan terhempap oleh objek yang jatuh. (Contoh :
Bum kerin terjatuh)
x. Kemalangan yang disebabkan oleh terhiris pisau atau tercocok jarum.
(Contoh : Kilang pakaian, makanan)
xi. Kemalangan akibat daripada tersepit hingga remuk atau patah anggota
badan. (Contoh : Industri kejuruteraan iaitu pencetak bahan)
Sumber : Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Johor (2000)
Secara keseluruhannya kesemua kemalangan yang disebutkan di atas memerlukan
perhatian yang serius oleh pihak pengurusan keselamatan. Pihak pengurusan keselamatan
perlu mengambil langkah pencegahan sejak dari awal operasi sesuatu jentera,
penggunaan tenaga manusia dan perlaksanaan sesuatu sistem agar ianya selari dan sejajar
dengan penggunaannya.
2.4 Pandangan Pakar Berkenaan Pengurusan Keselamatan
Pybus (1996) yang membincangkan tentang pengurusan keselamatan, strategi dan
amalan menulis ;
Pengurusan keselamatan perlu dimulakan dengan dasar keselamatan. Dasar
keselamatan yang baik adalah titik mula bagi semua aktiviti keselamatan,
kesihatan dan persekitaran yang dikehendaki.
Pendapat Pybus (1996) ini didapati tidak menyeluruh kerana tidak mempunyai
daya saing di pasaran global. Ia tidak jelas dalam membawa majikan dan pekerja untuk
bekerjasama dalam menentukan kualiti produk terjamin baik dan sukar dalam
menentukan pembaikan berterusan oleh pekerja dari segi kualiti mahupun keselamatan.
Pendapat Pybus (1996) ini didapati bercanggah dengan Goetsch (1998) yang
mengesyorkan pengurusan keselamatan yang baik sepatutnya dimulakan dengan
wawasan syarikat yang jelas iaitu ke mana arah syarikat hendak dibawa, diikuti dengan
26
beberapa misi untuk mencapai wawasan yang dicadangkan termasuklah keselamatan
sebagai alat untuk mencapai wawasan yang diingini. Kemudian barulah polisi
keselamatan dan objektif keselamatan yang digunakan dalam menentukan keselamatan,
kesihatan dan persekitaran yang baik. Pendapat ini baik dan bagus dalam mencipta daya
saing di pasaran global.
Ahmad Fauzi Hasan (1998) menyebut dan membincangkan tentang
tanggungjawab majikan di bawah AKKP 1994 yang menggariskan bahawa majikan yang
mempunyai pekerja 40 orang atau lebih, atau bila diarahkan oleh Ketua Pengarah JKKP
perlu membentuk jawatankuasa keselamatan dan kesihatan majikan-pekerja di tempat
kerja. Jawatankuasa ini hendaklah menyediakan satu forum perbincangan dua hala
daripada pengurusan dan pekerja untuk berkongsi kemahiran, pengalaman dan masalah
dalam membantu organisasi mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Phang (1998) pula menulis tentang operasi keselamatan bagi pepasangan
berbahaya besar iaitu kejayaan pengurusan keselamatan akan membawa faedah kepada
amalan kerja yang selamat, memperbaiki kesihatan, moral serta kepuasan bekerja.
Disamping itu hubungan majikan dengan pekerja bertambah baik, mengurangkan kesan
persekitaran dan prosedur pengurusan yang baik dapat menghasilkan kemudahan
menyelenggara yang sempurna dan operasi kilang berjalan lancar.
Selain daripada perkara-perkara tersebut, pengurusan yang berjaya ialah sebagai
satu alat untuk memberi kelebihan daya saing yang sangat berguna untuk bersaing di
pasaran tempatan dan global serta kepuasan pekerja dapat menjamin keselamatan, kualiti
produk dan produktiviti yang tinggi.
Ahmad Nor Salleh (1998) menulis bahawa umumnya kita sedar bahawa manusia
akan melakukan perkara secara tidak selamat kerana beberapa alasan, antaranya ialah :
• prosedur kerja yang diberikan tidak cukup selamat dan telah ketinggalan zaman
• walaupun prosedur mencukupi, manusia tidak diberi latihan yang mencukupi
untuk mengikuti prosedur yang selamat.
27
Ini menunjukkan bahawa untuk menjayakan budaya kerja yang selamat, kedua-dua pihak
iaitu pengurusan dan pekerja perlu diberikan latihan dan kursus yang mencukupi, malah
yang lebih penting ialah timbulnya kesedaran akan kepentingan keselamatan dalam diri
masing-masing. Ini perlu ditingkatkan serta diamalkan kerana latihan dan kursus adalah
keperluan terhadap pembaharuan atau tambahan kepada yang lama kerana pengurusan
keselamatan selalu berubah mengikut masa dan situasi.
Lee (1998) menulis bahawa majikan perlu mengenali pekerja-pekerja yang tahu
akan keselamatan dan kesihatan sebagai sebahagian daripada pengurusan perniagaan
menyeluruh dan jadikan keselamatan satu nilai di tempat kerja. Pandangan beliau ini jelas
menunjukkan keselamatan dan kesihatan adalah satu alat bagi memperbaiki pengurusan
perniagaan. Keselamatan bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
malahan mampu untuk menjadi alat bersaing dengan lawan perniagaan. Kebiasaannya
syarikat yang mempunyai rekod kemalangan yang baik akan mempunyai peluang yang
lebih baik dibandingkan dengan syarikat yang mempunyai rekod kemalangan yang
buruk dalam mendapatkan kontrak kerja, malah tanpa keselamatan misalnya bangunan
kilang, mesin atau jentera-jentera dan harta benda akan musnah dan akhirnya gagal dalam
operasi pengeluaran dan produktiviti.
2.5 Perkara Yang Mempengaruhi Keselamatan Di Tempat Kerja
Berdasarkan skop kajian yang telah ditentukan terlebih dahulu, beberapa perkara
yang mempengaruhi keselamatan di tempat kerja telah dikenalpasti untuk diambil
perhatian dalam kajian ini. Ianya bagi membolehkan kajian yang dijalankan dapat
menghasilkan keputusan yang memuaskan melalui pembentukan hipotesis yang berkaitan
seperti berikut :
28
2.5.1 Latihan Di Tempat Kerja
Majikan merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan latihan
dan yang seumpamanya kepada para pekerja untuk mengurangkan kadar kemalangan di
tempat kerja. Majikan mesti menyediakan tempat kerja dengan sistem penyelenggaraan
persekitaran yang bersih, selamat dan tanpa risiko. Maklumat, penerangan mengenai
bahaya industri dalam program latihan keselamatan, mengadakan latihan keselamatan
secara berterusan arahan dan poster-poster keselamatan bagi bahan-bahan berbahaya juga
perlu disediakan (Noor Hasani Hashim, 1997). Oleh yang demikian hipotesis ini diuji
untuk menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan dengan
penyediaan latihan oleh pihak majikan.
2.5.2 Umur Pekerja
Umur merupakan antara sebab utama yang menyebabkan kemalangan
(Anonymous, 1987). Pekerja yang lebih berumur lebih mudah mengalami kecederaan,
misalnya semasa jatuh. Secara amnya, tahap penglihatan dan pendengaran menurun
dengan pertambahan umur. Oleh yang demikian hipotesis ini dibentuk dan diuji untuk
menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan dengan umur
pekerja dalam IKS.
2.5.3 Kumpulan Kaum
Kepelbagaian budaya dan kepercayaan daripada pelbagai kaum di Malaysia boleh
menjadi sebahagian daripada kawalan asas terhadap bahaya misalnya dari segi alat
perlindungan diri. Ini boleh dilihat pada kaum Sikh di mana mereka memakai turban
yang mana boleh memberi kesan kepada pemakaian topi keselamatan di kawasan kerja
(Kathy A. Seabrook, 1996). Kesan daripada budaya ini mendedahkan mereka kepada
29
bahaya kemalangan. Oleh itu, beberapa alternatif perlu diambil kira untuk mengawal
pendedahan bahagian atas kepada bahaya, termsuklah meletakkan pekerja bukan Sikh di
kawasan kerja yang terdedah kepada bahaya. Oleh yang demikian hipotesis ini diuji
untuk menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan dengan
kaum pekerja.
2.5.4 Tahap Pendidikan Pekerja
Pendidikan adalah satu keperluan yang bukan sahaja terhad kepada pekerja,
malahan pihak pengurusan supaya sesuatu pekerjaan dapat dijalankan dengan lebih
berkesan dan efisyen. Dalam bidang keselamatan dan kesihatan pula, tahap pendidikan
pekerja akan dapat memberi faedah tambahan seperti penggunaan jentera yang lebih
mudah difahami dan memberi kepuasan kepada pekerja dari segi menjadi kompeten
dalam satu-satu bidang dan ini akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan. Pendidikan,
latihan dan penyeliaan dapat memupuk pekerja supaya menjalankan kerja dengan cara
yang lebih selamat dari segi pemahaman berdasarkan pendidikan yang diterima dan
kelulusan sedia ada yang dimiliki oleh pekerja. Ini semua akan dapat memberi faedah
kepada majikan dari segi mengurangkan risiko kemalangan dan kos yang terlibat
daripadanya (Noor Hasani Hashim, 1997). Oleh yang demikian hipotesis ini dibentuk dan
diuji untuk menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan dengan
tahap pendidikan akademik pekerja.
2.5.5 Penyelenggaraan Jentera
Asas bagi arahan ini adalah untuk meningkatkan perkembangan keselamatan dan
kesihatan para pekerja dengan merancang dan membentuk tanggungjawab untuk
pelaksanaan dan penguatkuasaan setiap arahan. Salah satu daripada arahan tersebut
adalah arahan peralatan kerja yang merangkumi keseluruhan peralatan kerja, misalnya
30
jentera, perkakas, radas dan pepasangan yang digunakan di tempat kerja. Menurut arahan
tersebut, peralatan kerja mestilah sesuai dengan pekerjaan, tanpa risiko terhadap
keselamatan dan kesihatan pekerja, diselenggara sepenuhnya, meminimumkan risiko
semasa kerja dan dilindungi daripada digunakan oleh orang yang tidak layak
(Anonymous, 1993). Oleh yang demikian hipotesis ini dibentuk dan diuji untuk
menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan dengan
penyelenggaraan jentera di tempat kerja.
2.5.6 Ciri Am Keselamatan
Dari segi kekemasan, keadaan tempat kerja yang kemas merupakan komponen
penting yang menyumbang ke arah keadaan kerja yang baik dan menghalang daripada
kecederaan dan penyakit pekerjaan (Anonymous, 1987). Kekemasan merupakan ciri am
keselamatan yang merupakan rutin penyelenggaraan dan tidak boleh diperolehi tanpa
penglibatan semua orang di tempat kerja. Kerja-kerja penjagaan kekemasan termasuklah
menjaga bangunan, tempat kerja, jentera dan peralatan sentiasa berada dalam keadaan
teratur dan tersusun, kemudahan bilik air dan kebajikan yang berterusan serta
pembersihan dan pengecatan semula dinding, siling dan lain-lain.
Keadaan persekitaran tempat kerja yang baik dan kemas juga termasuklah
penjagaan kebersihan harian di mana ianya akan menyumbang kepada penurunan jumlah
penyelenggaraan yang diperlukan. Ketidakkemasan keselamatan am serta persekitaran
tempat kerja akan menyebabkan kemalangan seperti terjatuh disebabkan lantai licin,
kebakaran yang disebabkan oleh sisa atau bahan buangan, pencahayaan yang tidak bagus
disebabkan oleh ketiadaan penyelenggaraan lampu serta risiko kesihatan daripada habuk,
bahan kimia dan lain-lain (Anonymous, 1987). Oleh yang demikian hipotesis ini diuji dan
dibentuk untuk menentukan sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan
dengan ciri am keselamatan di tempat kerja.
31
2.5.7 Alat Perlindungan Diri
Menurut laporan, hampir 70 peratus penyakit pekerjaan adalah akibat pendedahan
kimia yang menyebabkan masalah seperti penyakit kulit, keracunan dan masalah
pernafasan (Lee, 2003). Kajian menunjukkan sebahagian besar penyakit berkenaan
berlaku kerana penggunaan tidak betul peralatan perlindungan diri iaitu daripada
pemilihan peralatan seumpama itu sehinga kepada pembersihan dan pelupusannya.
Sektor pertanian merupakan satu daripada tempat kerja yang paling berbahaya di negara
ini dan mencatatkan kadar kemalangan kedua tertinggi dalam sektor industri. Oleh itu,
adalah penting para majikan menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan
melabur dalam aspek keselamatan untuk meningkatkan produktiviti jangka masa panjang
(Bernama, 2003). Oleh yang demikian hipotesis ini dibentuk dan diuji untuk menentukan
sama ada wujudnya hubungkait antara kadar kemalangan dengan alat perlindungan diri
yang diterima oleh pekerja.
2.6 Kesimpulan
Bab Kedua ini menerangkan tentang beberapa keadaan dan sebab kemalangan
yang berlaku dalam industri kecil dan sederhana secara amnya. Ia juga menerangkan
tentang kegagalan pihak pengurusan mematuhi peruntukan dibawah beberapa seksyen
sehingga menyebabkan kemalangan disamping kegagalan mematuhi prinsip kepimpinan,
organisasi pengurusan, perancangan dan kawalan. Selain itu dasar keselamatan dan
kesihatan yang diwujudkan dalam industri-industri gagal dipraktikkan dan gagal
memenuhi tuntutan keperluan industri berkenaan. Dari pendapat beberapa orang pakar
pengurusan keselamatan didapati banyak perkara perlu diperbaiki dan timbul pendapat
yang baik untuk menjadikan pengurusan keselamatan sebagai satu kaedah untuk
meningkatkan kualiti dan produktiviti.
32
Bab seterusnya menerangkan penggunaan kaedah atau metodologi bagaimana
kajian ini dijalankan yang dapat membantu mempertingkatkan tahap kemalangan di
tempat kerja yang melibatkan beberapa faktor dalam IKS supaya corak pengurusan
keselamatan dapat dikenalpasti disamping melihat keberkesanan perlaksanaan
pengurusan keselamatan yang menjadi amalan di tempat kerja dari pelbagai industri
terbabit.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan berkenaan metodologi bagaimana kajian ini dilaksanakan
untuk mencapai objektif-objektif yang telah ditentukan. Terdapat beberapa kaedah yang
seringkali digunakan namun kaedah yang telah dikenalpasti ialah melalui temubual
dengan pihak pengurusan dengan menggunakan beberapa borang yang telah ditentukan
pengisiannya. Kaedah ini dipilih memandangkan kajian yang dilaksanakan dapat
memberikan satu keputusan secara terus melalui majikan dan pekerja dan respon yang
diterima adalah adil dan berkesan memandangkan soalan-soalan yang dikemukakan dapat
diberi serta merta semasa pemeriksaan kilang dilaksanakan. Bagi mengelakkan sebarang
masalah dan ketidakfahaman majikan dan pekerja terhadap borang yang dikemukakan,
terlebih dahulu penerangan diberikan kepada mereka dan jawapan secara lisan serta fakta
atau bukti rekod dan dokumen dikemukakan bagi merealisasikan kebenaran keadaan agar
objektif utama dapat dikenalpasti.
Antara borang yang digunakan ialah Borang Temubual (Borang 1, Apendik A)
yang telah ditentukan isi kandungannya agar ketepatan objektif dapat dipastikan.
34
Tujuannya adalah untuk memperolehi dan mengetahui amalan pengurusan keselamatan
dalam IKS. Disamping itu lawatan pemeriksaan terhadap industri perkilangan (Borang 2,
Apendik B) dilakukan untuk mengetahui sejauh mana perlaksanaan pengurusan
keselamatan dan kesihatan diterapkan di tempat kerja disamping amalan pengurusan
yang dilaksanakan dan juga memastikan sejauh mana amalan pengurusan keselamatan
memainkan peranan di dalam mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.
Seterusnya, untuk memperolehi corak pengurusan, budaya keselamatan dan
kedudukan tahap keselamatan yang dilaksanakan oleh majikan dilakukan melalui borang
kajiselidik (Borang 3, Apendik C) yang diedarkan untuk memperolehi penilaian yang adil
dari kaca mata para pekerja yang terpilih dan berwibawa. Disamping itu, data-data
kemalangan, jenis-jenis kemalangan dan sebagainya yang terkini tetapi berkaitan boleh
digunakan untuk menentukan pencapaian objektif-objektif yang telah dinyatakan. Segala
teknik penganalisisan ke atas data-data yang dikumpul melalui carta-carta aliran, graf-
graf yang dilakarkan boleh digunakan untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan
pengurusan keselamatan yang menjadi amalan harian dalam IKS di Negeri Johor dan
dilihat dari aspek hubungkait antara kemalangan dan ciri-ciri pekerja dan amalannya.
3.2 Carta Aliran Metodologi
Rajah 3.1 menunjukkan carta aliran metodologi terhadap kajian yang dijalankan
dalam IKS. Ianya dimulai dengan pengenalan, latar belakang masalah, skop kajian dan
objektif untuk mendapat gambaran awal tentang amalan pengurusan keselamatan dalam
IKS. Disusuli dengan penggunaan hipotesis berdasarkan keputusan dan data yang
dianalisis untuk menghasilkan keputusan yang dikehendaki disamping perbincangan yang
dijalankan dan cadangan masa hadapan yang diperlukan untuk memastikan amalan
pengurusan keselamatan dalam keadaan yang baik.
35
MULA
• Pengenalan • Latar belakang masalah • Masalah yang dihadapi • Skop kajian • Objektif
• Hipotesis • Literatur • Pembentukan hipotesis
Kaedah rekod pemeriksaan kilang
Keputusan
Kaedah temubual Kaedah soal selidik
• Analisis data • Perbincangan • Cadangan
Kajian dalam industri kecil dan sederhana
• Metodologi • Alatan kajian
TAMAT
Rajah 3.1: Carta aliran metodologi penyelidikan pengurusan keselamatan dalam IKS
36
3.3 Memungut Data
Carta aliran merupakan panduan utama untuk mencapai objektif-objektif yang
telah digariskan terlebih dahulu. Data-data yang diperolehi daripada Borang 1, 2 dan 3
dikumpul dan dianalisis untuk mendapatkan keputusan. Data-data digambarkan dalam
jadual atau graf sama ada carta pai atau bar atau sebagainya untuk diteliti satu persatu.
Data-data yang diperolehi menunjukkan corak serta tahap pengurusan keselamatan masa
kini, disamping menterjemahkan amalan pengurusan keselamatan dan tanggapan pekerja
serta majikan terhadap keselamatan dan persekitaran di tempat kerja dalam IKS.
IKS di Negeri Johor telah dipilih dalam kajian ini memandangkan pertumbuhan
pesat di beberapa kawasan yang dikenalpasti dapat memberikan petunjuk tahap
pengurusan keselamatan masa kini. Penentuan tempat dan lokasi industri pula dibuat
berdasarkan taburan kewujudan sesuatu jenis industri dan yang telah berdaftar dengan
JKKP agar dapat memenuhi kriteria yang telah dinyatakan melalui objektif kajian. Begitu
juga dengan pemilihan majikan dan pekerja yang dipastikan berdasarkan kemampuan,
takrifan awal IKS, jumlah pekerja, usia operasi industri tersebut dan sebagainya agar
tidak timbul sebarang prejudis dalam menentukan industri berkenaan. Disamping itu,
data-data yang diperolehi dapat memastikan keputusan yang tepat tanpa sebarang
keraguan berdasarkan kriteria industri, majikan dan pekerja yang telah ditentukan terlebih
dahulu.
3.4 Kaedah Temubual
Kaedah temubual ini sebenarnya seringkali menjadi amalan utama kerana
melaluinya kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenalpasti pengurusan
keselamatan yang menjadi amalan majikan ketika ini tidak kira sama ada dalam industri
makanan basah atau makanan ringan, pakaian, kejuruteraan ringan dan sebagainya.
Melalui kaedah ini juga, kepastian dapat dibuat untuk melihat sejauh mana amalan
pengurusan keselamatan memberikan kelebihan dalam pengurusan keselamatan harian
37
ataupun menunjukkan kelemahan sehingga menjadi satu penyebab utama wujudnya
risiko kemalangan di tempat kerja.
Berdasarkan kaedah ini juga, 50 buah kilang dari sektor IKS menjadi pilihan yang
merangkumi pelbagai industri. Borang 1 diberikan kepada pihak pengurusan semasa
pemeriksaan dijalankan di mana temubual diadakan melalui perbincangan. Ianya
merupakan satu kaedah mudah untuk mendapatkan maklumat melalui pengetahuan pihak
pengurusan serta pengalaman kerja mereka. Tidak ketinggalan juga maklumat lain
dikenalpasti antaranya ialah melalui polisi keselamatan, carta organisasi keselamatan,
jawatankuasa keselamatan, minit-minit mesyuarat yang dijalankan oleh jawatankuasa
tersebut, peraturan am keselamatan dan prosedur kerja selamat diambil dan disemak serta
dianalisis untuk mendapatkan gambaran tentang keselamatan yang diamalkan oleh pihak
pengurusan.
Rajah 3.2 menerangkan tentang kaedah yang dilaksanakan melalui temubual yang
dijalankan. Perbincangan awal dimulakan dengan majikan untuk tujuan mendapatkan
serba sedikit maklumat yang diingini dan hasil keputusan tersebut akan dianalisis untuk
melihat corak pengurusan yang menjadi amalan dalam industri tersebut.
38
MULA
PERBINCANGAN (AWAL)
MAJIKAN
ANALISIS KEPUTUSAN
CORAK PENGURUSAN
TERIMA
PENGUMPULAN
MAKLUMAT
TAMAT
Rajah 3.2 : Carta aliran kaedah temubual
39
3.5 Kaedah Rekod Pemeriksaan Kilang
Melalui kaedah ini Borang 2 digunakan semasa lawatan pemeriksaan ke atas
industri terbabit. Semasa pemeriksaan lawatan dijalankan, perbincangan berterusan
dilaksanakan agar gambaran yang lebih nyata dan jelas dapat diperolehi untuk menilai
bentuk pengurusan keselamatan terutamanya terhadap pekerja atau tenaga manusia,
penggunaan mesin atau jentera yang bercirikan keselamatan dari segi penggunaannya dan
juga persekitaran tempat kerja sama ada sesuai ataupun tidak. Faktor manusia, mesin dan
persekitaran dilihat dapat membantu dari segi amalan pengurusan keselamatan kerana
ianya berkait rapat antara satu sama lain dan pengabaian satu daripadanya akan
mengakibatkkan risiko kemalangan yang tinggi.
Rajah 3.3 menunjukkan carta aliran pemeriksaan terhadap industri yang
dijalankan. Penentuan lawatan ditetapkan untuk memudahkan urusan dan pemeriksaan
dijalankan untuk mendapat keputusan hasil daripada perbincangan. Data-data ini
kemudiannya dianalisis untuk menentukan keputusan yang diperolehi.
3.6 Kaedah Soal selidik
Kaedah soal selidik (seperti dalam Borang 3) digunakan untuk mendapatkan
tanggapan, penilaian dari para pekerja yang dipilih secara rambang dengan pengurusan
keselamatan yang menjadi amalan harian di industri-industri terbabit. Selain itu ia juga
dapat membantu untuk mengetahui budaya keselamatan yang diterapkan dan juga amalan
keselamatan di tempat kerja terbabit. Untuk tujuan tersebut sebanyak 250 orang pekerja
dipilih secara rawak dari pelbagai peringkat usia, kaum, tahap pendidikan yang telah
dikenalpasti untuk mengisi borang berkenaan dan memulangkannya pada masa yang
telah ditetapkan. Bagi mengelakkan sebarang kerumitan dan masalah yang timbul semasa
pengisian borang berkenaan, bantuan diberi melalui penerangan ringkas agar pengisian
borang tersebut mudah difahami dan memenuhi kehendak matlamat soalan yang sedia
ada dalam borang berkenaan.
40
MULA
MENENTUKAN KILANG UNTUK LAWATAN
PEMERIKSAAN
ANALISIS
MENENTUKAN KEPUTUSAN
TERIMA DATA
TAMAT
Rajah 3.3 : Carta aliran pemeriksaan lawatan industri perkilangan
Seterusnya Rajah 3.4 menunjukkan carta aliran perlaksanaan kaedah soal selidik
ke atas sampel pekerja yang dipilih secara rambang. Data-data dianalisis untuk
menentukan sama ada objektif kajian ini tercapai atau tidak melalui soal selidik yang
dijalankan.
41
MULA
OBJEKTIF
(CAPAI/TIDAK)
SOAL SELIDIK
ANALISIS
KEPUTUSAN
WAKIL
PEKERJA
TAMAT
Rajah 3.4 : Carta aliran perlaksanaan kaedah soal selidik
42
3.7 Kesimpulan
Secara keseluruhannya Bab 3 ini membincangkan metodologi bagaimana cara
atau kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif-objektif yang telah digaris dan
ditentukan dalam Bab 1 sebelum ini. Borang 1, 2 dan 3 digunakan untuk memperolehi
data dan maklumat yang diperlukan. Hasil daripada data yang diperolehi dianalisis
terlebih dahulu sebelum digambarkan dalam bentuk graf atau carta yang bersesuaian
untuk memenuhi objektif yang telah diterangkan. Amalan pengurusan keselamatan
semasa yang digunakan melalui Borang 1 menunjukkan tujuannya tercapai sepertimana
yang telah dijelaskan melalui Bab 2 dan seterusnya digunakan kelak untuk kajian lanjut
di dalam membincangkan kemalangan yang berlaku dalam IKS.
Bab seterusnya membentangkan keputusan hasil daripada kajian atau metodologi
yang dilaksanakan.
BAB 4
KEPUTUSAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang hasil kajian dan analisis data yang diperolehi
daripada kaedah temubual dengan majikan, kaedah semasa pemeriksaan dijalankan dan
keputusan daripada soal selidik terhadap pekerja yang telah dilaksanakan. Sebanyak 50
set Borang 1 telah dikemukakan kepada majikan atau wakil majikan manakala bagi
pekerja-pekerja pula disediakan sebanyak 250 set Borang 3. Namun begitu tindakbalas
yang diterima agak memberangsangkan kerana sebanyak 41 (82%) Borang 1 yang diisi
dan dijawab sepenuhnya manakala sebanyak 192 (76.8%) Borang 3 yang telah diperolehi
memberikan respon yang baik. Borang 2 pula adalah sebagai simpanan pihak JKKP
untuk sebarang rujukan setelah pemeriksaan dijalankan. Penerangan tentang cara mengisi
borang tersebut telah dilakukan sebelum mereka menjawab borang-borang berkenaan
agar kekeliruan dapat dielakkan dan hasilnya adalah memuaskan.
Berikut adalah hasil kajian dan keputusan yang diperolehi dari ketiga-tiga kaedah
yang dinyatakan sebelum ini.
44
4.2 Maklumbalas Daripada Pengurusan Keselamatan Dalam IKS (Borang 1)
Berikut adalah hasil kajian dan keputusan daripada kaedah temubual dengan
majikan daripada lawatan yang telah dijalankan berdasarkan perkara-perkara yang
dikemukakan melalui Borang 1 (Apendik A).
Jadual 4.2.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
jumlah modal berbayar. Daripada 44 buah industri diberikan Borang 1, 15 buah industri
(34.1%) mempunyai modal berbayar melebihi RM1 000 000.00, 3 buah industri (6.8%)
mempunyai modal berbayar antara RM800 001 hingga RM1 000 000.00, 12 buah industri
(27.3%) mempunyai modal berbayar antara RM400 001 hingga RM800 000 dan 11 buah
industri (25%) mempunyai modal berbayar antara RM100 000 hingga RM400 000.
Sebanyak 3 buah industri (6.8%) tidak mengembalikan balik borang.
Jadual 4.2.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jumlah Modal
Berbayar
Jumlah modal berbayar Bilangan Peratus
RM100 000 – RM400 000 11 25.0
RM400 001 – RM800 000 12 27.3
RM800 001 – RM1 000 000 3 6.8
Lebih RM 1 000 000 15 34.1
Jumlah 41 93.2
Tidak menjawab 3 6.8
Jumlah keseluruhan 44 100.0
Jadual 4.2.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
jumlah pekerja lelaki. Ia menunjukkan bahawa secara puratanya keperluan pekerja lelaki
dalam sektor perindustrian ini amat diperlukan dengan kadar 20% pekerja lelaki terbabit.
Keperluan tenaga kerja bagi kaum lelaki dilihat amat ketara pada setiap industri kecil dan
sederhana. Pada setiap jumlah keperluan yang berbeza peratusannya menunjukkan angka
yang seimbang melebihi 20%.
45
Jadual 4.2.2: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Bagi Jumlah Pekerja
Lelaki
Jumlah pekerja lelaki Bilangan Peratus
Kurang daripada 10 orang 9 20.5
11 – 20 orang 10 22.7
21 – 30 orang 9 20.5
31 – 40 orang 5 11.4
Lebih 40 orang 11 25.0
Jumlah 44 100.0
Jadual 4.2.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
jumlah pekerja perempuan. Keputusan menunjukkan sebanyak 47.7% pekerja perempuan
diperlukan di sektor industri ini bagi keperluan pekerja perempuan yang kurang dari 10
orang manakala 29.5% diperlukan di antara pekerja 11-20 orang dan selebihnya adalah
bilangan yang kecil. Ini memperlihatkan bahawa meskipun taburan bilangan amat ketara
perbezaannya namun didapati bahawa majikan masih memerlukan perkhidmatan tenaga
kerja wanita dalam industri yang berkenaan.
Jadual 4.2.3: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Bagi Jumlah Pekerja
Perempuan
Jumlah pekerja perempuan Bilangan Peratus
Kurang daripada 10 orang 21 47.7
11 – 20 orang 13 29.5
21 – 30 orang 4 9.1
Lebih 40 orang 5 11.4
Jumlah 43 97.7
Tidak menjawab 1 2.3
Jumlah keseluruhan 44 100.0
46
Jadual 4.2.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
polisi keselamatan. Keputusan menunjukkan sejumlah 72.7% majikan telah mempunyai
polisi keselamatan yang menerangkan tentang polisi syarikat masing-masing terhadap
keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja sementara 27.3% pula tidak
mempunyai polisi keselamatan tersebut.
Jadual 4.2.4: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Polisi Keselamatan
Polisi keselamatan Bilangan Peratus
Tidak 12 27.3
Ya 32 72.7
Jumlah 44 100.0
Jadual 4.2.5 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
adanya jawatankuasa keselamatan. Bagi kebanyakan industri yang mempunyai pekerja
melebihi 40 orang, maka satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu
ditubuhkan dan jadual di atas menunjukkan 45.5% telah memenuhi syarat berkenaan
manakala 52.3% tidak mempunyai jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Sebanyak 2.2% pula tidak memberikan sebarang respon.
Jadual 4.2.5: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Adanya
Jawatankuasa Keselamatan
AJK keselamatan Bilangan Peratus
Tidak 23 52.3
Ya 20 45.5
Jumlah 43 97.7
Tidak menjawab 1 2.2
Jumlah keseluruhan 44 100.0
47
Jadual 4.2.6 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden bagi ciri am
keselamatan. Sebanyak 68.2% industri telah meningkatkan ciri am keselamatan yang
menjelaskan secara terperinci tentang langkah-langkah pembaikan atau prosedur
melakukan kerja-kerja berkaitan keselamatan dan seterusnya mencegah dari sebarang
kemalangan yang tidak diingini berlaku. Ianya dapat membantu dari segi penjimatan
masa, meningkatkan produktiviti serta keberkesanan kualiti produk yang dihasilkan untuk
dipasarkan di peringkat antarabangsa. Disamping itu matlamat untuk mencapai
kemalangan sifar juga dapat diperolehi.
Jadual 4.2.6: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Adanya Ciri Am
Keselamatan
Ciri Am Keselamatan Bilangan Peratus
Tidak 14 31.8
Ya 30 68.2
Jumlah 44 100.0
Jadual 4.2.7 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
latihan dalaman kepada pekerja baru. Di dalam menjalankan aktiviti perindustrian,
keperluan latihan amat perlu untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja yang
berlebihan dan menjurus ke arah kualiti produk yang lebih bermutu. Jadual tersebut
menunjukkan kebanyakan industri telah menunjukkan minat yang mendalam untuk
menyediakan keperluan latihan iaitu sebanyak 72.7% daripada kajian yang dijalankan
memperlihatkan terdapatnya latihan dalaman yang disediakan oleh majikan kepada
pekerja-pekerjanya.
48
Jadual 4.2.7: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Latihan Dalaman
Kepada Pekerja Baru
Latihan dalaman Bilangan Peratus
Tidak 12 27.3
Ya 32 72.7
Jumlah 44 100.0
Jadual 4.2.8 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
latihan luaran kepada pekerja terlatih. Bagi keperluan pekerja terlatih untuk dihantar
menjalani latihan luaran, sebanyak 31.8% industri telah menghantar dan menyediakan
skim tersebut memandangkan faktor kos dan masa yang tinggi diperlukan oleh industri-
industri untuk memenuhi keperluan tersebut. Namun begitu, bagi industri yang telah
berdaftar di bawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (Human Resource
Development Fund (HRDF)), penghantaran pekerja terlatih tidak menjadi masalah kerana
dibiayai sepenuhnya oleh HRDF dan ini dapat membantu industri tersebut untuk
menyediakan tenaga mahir yang berkebolehan, berdisiplin, terlatih dan pakar dalam
sesuatu keperluan kerja berkaitan.
Jadual 4.2.8: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Latihan Luaran
Kepada Pekerja Terlatih
Latihan luaran Bilangan Peratus
Tidak 30 68.2
Ya 14 31.8
Jumlah 44 100.0
Jadual 4.2.9 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden
mengadakan mesyuarat jawatankuasa keselamatan. Mesyuarat diadakan untuk
membincangkan hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja di
mana ahlinya terdiri daripada wakil majikan dan pekerja. Bagi pekerja yang kurang dari
49
40 orang, keperluan ini tidak dinyatakan seperti dalam Jadual 4.2.9 yang menunjukkan
45.5% tidak mengadakan aktiviti berkenaan. Tetapi kebanyakan industri mengadakan
mesyuarat tersebut berdasarkan keperluan semasa walaupun keperluan di bawah AKKP
1994 menghendaki industri yang mempunyai pekerja lebih dari 40 orang mengadakan
mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa 3 bulan. Justeru itu, jadual tersebut
menunjukkan sebanyak 13.6% industri yang memenuhi kriteria di atas menjalankan
tanggungjawab mereka dengan teratur dan berkesan.
Jadual 4.2.9: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Mengadakan
mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan
Mesyuarat jawatankuasa keselamatan Bilangan Peratus
Tiada 20 45.5
Sekali setahun 5 11.4
2 kali setahun 4 9.1
3 kali setahun 2 4.5
4 kali setahun 6 13.6
6 kali setahun 3 6.8
12 kali setahun 4 9.1
Jumlah 44 100.0
Jadual 4.2.10 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
kemalangan dalam kawasan kilang. Peratusan yang sama iaitu 50% untuk industri yang
terlibat dalam kemalangan dan juga yang langsung tidak membabitkan kemalangan
memperlihatkan bahawa industri kecil dan sederhana ini masih di peringkat pengenalan
dan pemberitahuan terutamanya dari sudut keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja.
Justeru itu tugas JKKP diperlukan untuk meningkatkan kesedaran tentang keperluan
perkara-perkara yang berkaitan dalam mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja
dan langkah-langkah pematuhan yang perlu diikuti dari masa ke semasa.
50
Jadual 4.2.10: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut
Kemalangan Di Kawasan Kilang
Kemalangan Bilangan Peratus
Tidak 22 50.0
Ya 22 50.0
Jumlah 44 100.0
Jadual 4.2.11 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
masalah arahan terhadap pekerja. Sebanyak 77.3% industri memperlihatkan kematangan
pengurusan mereka dalam memberi arahan kepada pekerja-pekerja untuk mengurangkan
risiko-risiko pekerja yang tidak berdaya saing dan gagal mematuhi arahan yang
diperlukan. Namun begitu masih terdapat industri sebanyak 22.7% daripadanya yang
menghadapi masalah untuk memenuhi arahan majikan.
Jadual 4.2.11: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Masalah Arahan
Terhadap Pekerja
Masalah arahan terhadap pekerja Bilangan Peratus
Tidak 34 77.3
Ya 10 22.7
Jumlah 44 100.0
Secara amnya, kaedah temubual dengan majikan menunjukkan maklumat tentang
modal berbayar, jumlah pekerja lelaki dan perempuan, polisi keselamatan, jawatankuasa
keselamatan dan kesihatan pekerjaan, ciri am keselamatan, latihan dalaman dan luaran,
mesyuarat jawatankuasa keselamatan, kemalangan di kawasan kilang dan masalah arahan
kepada pekerja.
51
4.3 Maklumbalas Daripada Majikan (Pemeriksaan Kilang – Borang 2)
Berikut adalah hasil kajian dan keputusan daripada kaedah temubual dengan
majikan daripada lawatan yang telah dijalankan berdasarkan perkara-perkara yang
dikemukakan melalui Borang 2 (Apendik B).
Jadual 4.3.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden berdasarkan
tahap pematuhan akta yang telah dijalankan oleh JKKP Johor. Berdasarkan pemeriksaan
didapati pematuhan terhadap perlaksanaan perundangan yang berkaitan dengan aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan berada pada tahap yang memuaskan. Namun begitu
beberapa pembaikan yang perlu dijalankan sekiranya arahan dikeluarkan oleh pihak
JKKP perlu dipatuhi oleh pengusaha IKS demi memastikan keselamatan di tempat kerja
dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Jadual 4.3.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Tahap
Pematuhan Akta Di bawah Pemeriksaan JKKP Johor
Tahap Pematuhan Jumlah Peratus
A (Cemerlang) Tiada 0
B (Baik) 32 72.7
C (Memuaskan) 9 20.5
D (Kurang Memuaskan) Tiada 0
E (Tidak Memuaskan) Tiada 0
Tiada respon 3 6.8
Jumlaj 44 100.0
Secara amnya, kaedah pemeriksaan kilang menunjukkan maklumat tentang tahap
pematuhan cemerlang, baik, memuaskan, kurang memuaskan atau tidak memuaskan.
Data-data lain seperti yang tercatat dalam Borang 2 adalah sebagai rujukan dan simpanan
JKKP Johor.
52
4.4 Maklumbalas Daripada Pekerja (Borang 3)
Berikut adalah hasil kajian dan keputusan daripada kaedah soal selidik dengan
pekerja daripada lawatan yang telah dijalankan berdasarkan perkara-perkara yang
dikemukakan melalui Borang 3 (Apendik C).
Jadual 4.4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
umur. Seramai 194 orang telah dipilih untuk kajian ini dan daripada jumlah ini, seramai
69 orang (35.6%) berumur 36 tahun ke atas, 51 orang (26.3%) berumur antara 18 hingga
25 tahun, 44 orang (22.7%) berumur antara 26 hingga 30 tahun manakala 28 orang
(14.4%) berumur antara 31 hingga 35 tahun. Seramai 2 orang tidak menjawab. Ini
menunjukkan bahawa kebanyakan pekerja dalam IKS adalah mereka yang terdiri
daripada pelbagai peringkat umur tanpa mengambilkira had umur tertentu sahaja dan ini
memudahkan majikan untuk menyelia dan memberikan tugas yang sesuai dalam
melaksanakan kerja seharian mereka. Jadual 4.4.1 juga menunjukkan 35.6% pekerja
terdiri dari mereka yang berumur melebihi 36 tahun ke atas kerana pengalaman dan
kematangan mereka dalam melaksanakan kerja secara konsisten dapat memainkan
peranan untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan pembaziran yang
berlebihan.
Jadual 4.4.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur Umur Bilangan Peratus
18 – 25 tahun 51 26.3
26 – 30 tahun 44 22.7
31 – 35 tahun 28 14.4
36 tahun ke atas 69 35.6
Jumlah 192 99.0
Tidak menjawab 2 1.0
Jumlah keseluruhan 194 100.0
53
Jadual 4.4.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
jantina. Sebanyak 75.3% pekerja lelaki terbabit di sektor industri kecil dan sederhana
manakala selebihnya sebanyak 24.7%. Walaupun peratusan pekerja perempuan amat
rendah tetapi tenaga kerja mereka masih diperlukan.
Jadual 4.4.2: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 146 75.3
Perempuan 48 24.7
Jumlah 194 100.0
Jadual 4.4.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
bangsa. Kaum Melayu masih menguasai tenaga kerja dalam IKS iaitu sebanyak 60.8%,
diikuti kaum Cina 31.4% dan kaum India 7.7%. Peratusan ini menunjukkan terdapat juga
kaitan dengan faktor kelulusan dan minat yang ditunjukkan oleh kaum Melayu dalam
industri terbabit berbanding dengan bangsa lain. Kaum lain tidak dipilih kerana
menghadapi masalah komunikasi dan pemahaman.
Jadual 4.4.3: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kaum Kaum Bilangan Peratus
Melayu 118 60.8
Cina 61 31.4
India 15 7.7
Jumlah 194 100.0
54
Jadual 4.4.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
kelulusan. Kebanyakan pekerja yang terbabit dalam industri ini memiliki kelulusan
SPM/SPMV/MCE/STPM iaitu sebanyak 48.0% dikalangan mereka memiliki kelulusan
tersebut. Sebanyak 24.2% memiliki kelulusan SRP/LCE/PMR dan sebilangan kecil iaitu
8.8% memiliki kelulusan sekolah rendah serta 7.7% berkelulusan Diploma/Sarjana Muda.
Sebanyak 22 (11.3%) orang pekerja tidak memberikan sebarang respon tentang kelulusan
mereka.
Jadual 4.4.4: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Akademik Kelulusan Bilangan Peratus
Sekolah Rendah 17 8.8
SRP / LCE / PMR 47 24.2
SPM / SPMV / MCE / STPM 93 48.0
Diploma / Sarjana Muda 15 7.7
Jumlah 172 88.7
Tidak menjawab 22 11.3
Jumlah keseluruhan 194 100.0
Jadual 4.4.5 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
tempoh perkhidmatan. Ianya memperlihatkan kebanyakan pekerja berkhidmat antara 3-5
tahun dengan peratusan yang tinggi iaitu 34.0%, tempoh perkhidmatan yang baru
bermula antara 1-2 tahun pula menunjukkan 22.2% manakala antara 6-9 tahun
menunjukkan 21.6% dan selebihnya kurang setahun pada kadar 5.7% sahaja. Sebanyak
13.8% yang masih kekal berkhidmat dalam industri kecil dan sederhana selama melebihi
10 tahun.
55
Jadual 4.4.5: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Tempoh
Berkhidmat
Tempoh berkhidmat Bilangan Peratus
Kurang 1 tahun 11 5.7
1 – 2 tahun 43 22.2
3 – 5 tahun 66 34.0
6 – 9 tahun 42 21.6
Lebih 10 tahun 26 13.4
Jumlah 188 96.9
Tidak menjawab 6 3.1
Jumlah keseluruhan 194 100.0
Jadual 4.4.6 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
pembaikan/langkah keselamatan oleh majikan yang menunjukkan terdapat 56.7%
daripada mereka telah mengambil langkah inisiatif tersebut dalam memperbaiki
kelemahan dan kekurangan yang sedia ada. Sebanyak 43.3% majikan didapati tidak
mengikut pembaikan/langkah keselamatan dalam memperbaiki kelemahan dan
kekurangan yang sedia ada.
Jadual 4.4.6: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pembaikan Atau
Langkah Keselamatan Oleh Majikan
Pembaikan/langkah keselamatan Bilangan Peratus
Ya / ada 110 56.7
Tidak / tiada 84 43.3
Jumlah 194 100.0
56
Jadual 4.4.7 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
masalah dengan arahan majikan. Ianya menunjukkan hanya sebilangan kecil sahaja
majikan yang menghadapai masalah berhubung arahan-arahan yang dikeluarkan terhadap
perkerja masing-masing.
Jadual 4.4.7: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Masalah Dengan
Arahan Majikan
Masalah dengan arahan majikan Bilangan Peratus
Ya / ada 3 1.5
Tidak / tiada 191 98.5
Jumlah 194 100.0
Secara amnya, kaedah soal selidik menunjukkan maklumat tentang responden
mengikut umur, jantina, kaum, kelulusan, tempoh berkhidmat, pembaikan atau langkah
keselamatan oleh majikan dan masalah dengan arahan majikan.
4.5 Analisis Hubungan (Dengan Kaedah Ujian Khi Kuasa Dua)
Berikut ialah analisis hubungkait antara kadar kemalangan di tempat kerja dengan
latihan untuk mengendalikan mesin, umur pekerja, kaum, tahap pendidikan akademik,
tahap penyelenggaraan mesin, ciri-ciri am keselamatan dan alat perlindungan diri yang
diberi oleh majikan. Data yang diuji adalah berbentuk nominal. Untuk menguji sama ada
terdapat kaitan atau kebergantungan antara dua pemboleh ubah, ujian khi kuasa dua telah
digunakan. Ujian ini bertujuan untuk mengkaji kaitan antara dua pemboleh ubah dimana
data bagi pemboleh ubah yang terlibat adalah dalam bentuk kekerapan dan telah disusun
dalam jadual silang antara dua pemboleh ubah.
57
Hipotesis A: Hubungkait antara kadar kemalangan dengan latihan pengendalian
mesin
Jadual 4.5.1 menunjukkan kadar kemalangan di tempat kerja dengan latihan untuk
mengendalikan mesin yang diterima oleh pekerja. Daripada 131 orang (68%) yang
menyatakan ada menerima latihan mengendalikan mesin, seramai 39 orang (20%) pernah
mengalami kemalangan di tempat kerja sementara 92 orang (47%) tidak pernah. Bagi
mereka yang tidak mendapat latihan mengendalikan mesin yang seramai 63 orang, 17
orang (9%) daripadanya pernah mengalami kemalangan di tempat kerja sementara 48
orang (24%) lagi menyatakan tidak pernah.
Hasil daripada analisis khi kuasa dua menunjukkan nilai yang diperolehi ialah χ²
= 0.161 dan nilai ‘p’ ialah 0.41. Oleh kerana nilai ‘p’ ini sangat tinggi daripada aras
signifikan yang ditetapkan (0.05), bagi hipotesis A, H0 yang menyatakan hubungkait
antara kadar kemalangan dengan latihan pengendalikan mesin tidak boleh ditolak. Maka
boleh disimpulkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kadar kemalangan
dengan latihan mengendalikan mesin yang diterima oleh pekerja.
Jadual 4.5.1: Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan Dengan Latihan
Pengendalian Mesin
Latihan Kadar Kemalangan
Tiada Ada Jumlah Khi kuasa dua
46 92 138 χ² = 0.161² Tiada
23.7% 47.4% 71.1% p = 0.41 17 39 56 dk = 1
Ada 8.8% 20.1% 28.9% 63 131 194
Jumlah 32.5% 67.5% 100.0%
Signifikan pada aras keyakinan p<0.05 χ2 ialah formula khi. Sumber : Mohd Salleh Abu, Zaidatun Tasir (2001),Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0, Venton Publishing, Kuala Lumpur
58
Hipotesis B: Hubungkait antara kadar kemalangan dengan umur
Jadual 4.5.2 menunjukkan kadar kemalangan di tempat kerja dengan umur.
Daripada 69 orang (36%) yang berumur 36 tahun ke atas dan seramai 19 orang (10%)
pernah mengalami kemalangan di tempat kerja sementara 50 orang (26%) tidak pernah.
Bagi mereka yang berumur antara 18 hingga 25 tahun yang berjumlah 51 orang, 14 orang
(7%) daripadanya pernah mengalami kemalangan di tempat kerja sementara 37 orang
(19%) lagi menyatakan tidak pernah. Mereka yang berumur antara 26 hingga 30 tahun
iaitu 44 orang, seramai 15 orang (8%) pernah mengalami kemalangan di tempat kerja
manakala 29 orang (15%) menyatakan tidak pernah. Seramai 28 orang yang berumur
antara 31 hingga 35 tahun, 7 orang (4%) menyatakan pernah mengalami kemalangan di
tempat kerja manakala 21 orang (11%) menyatakan tidak pernah mengalami kemalangan
manakala 2 orang tidak memberikan sebarang respon.
Hasil daripada analisis khi kuasa dua menunjukkan nilai yang diperolehi ialah χ²
= 0.898 dan nilai ‘p’ ialah 0.83. Oleh kerana nilai ‘p’ ini sangat tinggi daripada aras
signifikan yang ditetapkan (0.05), bagi hipotesis B, H0 yang menyatakan hubungkait
antara kadar kemalangan dengan umur tidak boleh ditolak. Maka boleh disimpulkan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara kadar kemalangan dengan umur.
Jadual 4.5.2: Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan Dengan Umur
Umur Jumlah Kemalangan 18-25
thn 26-30 thn
31-35 thn
36 thn ke atas
Jumlah
Khi kuasa dua
37 29 21 50 137 χ² = 0.8981
Tiada 19.3% 15.1% 10.9% 26.0% 71.4% p = 0.83
14 15 7 19 55 dk = 3 Ada
7.3% 7.8% 3.6% 9.9% 28.6%
51 44 28 69 192 Jumlah
26.6% 22.9% 14.6% 35.9% 100.0%
Signifikan pada aras keyakinan p<0.05 χ2 ialah formula khi. Sumber : Mohd Salleh Abu, Zaidatun Tasir (2001),Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0, Venton Publishing, Kuala Lumpur
59
Hipotesis C: Hubungkait antara kadar kemalangan dengan kaum
Jadual 4.5.3 menunjukkan kadar kemalangan di tempat kerja dengan kaum.
Daripada 118 orang (61%) yang berbangsa Melayu seramai 46 orang (24%) pernah
mengalami kemalangan di tempat kerja sementara 72 orang (37%) tidak pernah. Bagi
pekerja kaum Cina yang seramai 61 orang, 7 orang (4%) daripadanya pernah mengalami
kemalangan di tempat kerja sementara 54 orang (28%) lagi menyatakan tidak pernah.
Seramai 15 orang kaum India, 3 daripadanya (2%) pernah mengalami kemalangan di
tempat kerja manakala 12 orang (6%) tidak pernah.
Hasil daripada analisis khi kuasa dua menunjukkan nilai yang diperolehi ialah χ²
= 15.441 dan nilai ‘p’ ialah 0.001. Oleh kerana nilai ‘p’ ini sangat rendah daripada aras
signifikan yang ditetapkan (0.05), bagi hipotesis C, H0 yang menyatakan tiada hubungkait
antara kadar kemalangan dengan kaum boleh ditolak. Oleh yang demikian boleh
disimpulkan terdapat hubungan yang signifikan antara kadar kemalangan dengan kaum.
Jadual 4.5.3: Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan Dengan Kaum
Kaum Kadar Kemalangan
Melayu Cina India Jumlah Khi kuasa dua
72 54 12 138 χ² = 15.4411
Tiada 37.1% 27.8% 6.2% 71.1% p = 0.001
46 7 3 56 dk = 2 Ada
23.7% 3.6% 1.5% 28.9%
118 61 15 194 Jumlah
60.8% 31.4% 7.7% 100.0% Signifikan pada aras keyakinan p<0.05 χ2 ialah formula khi. Sumber : Mohd Salleh Abu, Zaidatun Tasir (2001),Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0, Venton Publishing, Kuala Lumpur
60
Hipotesis D: Hubungkait antara kadar kemalangan dengan tahap pendidikan
akademik
Jadual 4.5.4 menunjukkan kadar kemalangan di tempat kerja dengan tahap
pendidikan akademik. Daripada 93 orang (54%) yang berkelulusan
SPM/SPMV/MCE/STPM, seramai 37 orang (22%) pernah mengalami kemalangan
sementara 56 orang (33%) tidak pernah. Bagi mereka yang mencapai tahap
SRP/LCE/PMR yang berjumlah 47 orang, 7 orang (4%) daripadanya pernah mengalami
kemalangan di tempat kerja sementara 40 orang (23%) lagi menyatakan tidak pernah.
Mereka yang mencapai tahap akademik sekolah rendah iaitu 17 orang, seramai 4 orang
(2%) pernah mengalami kemalangan di tempat kerja manakala 13 orang (8%)
menyatakan tidak pernah. Seramai 15 orang yang berkelulusan diploma/sarjana, 5 orang
(3%) menyatakan pernah mengalami kemalangan di tempat kerja manakala 10 orang
(6%) menyatakan tidak pernah. Seramai 22 orang tidak memberikan respon.
Hasil daripada analisis khi kuasa dua menunjukkan nilai yang diperolehi ialah χ²
= 9.566 dan nilai ‘p’ ialah 0.02. Disebabkan nilai ‘p’ ini sangat rendah daripada aras
signifikan yang ditetapkan (0.05), bagi hipotesis D, H0 yang menyatakan tiada
hubungkait antara kadar kemalangan dengan tahap pendidikan akademik boleh ditolak.
Oleh yang demikian boleh disimpulkan terdapat hubungan yang signifikan antara kadar
kemalangan dengan tahap pendidikan akademik.
61
Jadual 4.5.4: Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan Dengan Tahap
Pendidikan Akademik
Tahap Pendidikan Akademik
Kadar Kemalangan Sek Ren
SRP/ LCE/ PMR
SPM/ SPMV/ MCE/ STPM
Dip/ Sarjana
Jumlah Khi kuasa dua
13 40 56 10 119 χ² = 9.5661
Tiada 7.6% 23.3% 32.6% 5.8% 69.2% p = 0.02 4 7 37 5 53 dk = 3
Ada 2.3% 4.1% 21.5% 2.9% 30.8% 17 47 93 15 172
Jumlah 9.9% 27.3% 54.1% 8.7% 100.0%
Signifikan pada aras keyakinan p<0.05 χ2 ialah formula khi. Sumber : Mohd Salleh Abu, Zaidatun Tasir (2001),Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0, Venton Publishing, Kuala Lumpur
Hipotesis E: Hubungkait antara kadar kemalangan dengan penyelenggaraan
mesin secara mingguan / bulanan
Jadual 4.5.5 menunjukkan kadar kemalangan di tempat kerja dengan
penyelenggaraan mesin secara mingguan / bulanan. Daripada 140 orang (72%) yang
menyatakan ada penyelenggaraan mesin secara mingguan / bulanan seramai 44 orang
(23%) pernah mengalami kemalangan di tempat kerja sementara 96 orang (50%) tidak
pernah. Bagi mereka yang tiada penyelenggaraan mesin secara mingguan / bulanan yang
seramai 54 orang, 12 orang (6%) daripadanya pernah mengalami kemalangan di tempat
kerja sementara 42 orang (22%) lagi menyatakan tidak pernah.
Hasil daripada analisis khi kuasa dua menunjukkan nilai yang diperolehi ialah χ²
= 1.609 dan nilai ‘p’ ialah 0.14. Oleh kerana nilai ‘p’ ini tinggi daripada aras signifikan
yang ditetapkan (0.05), bagi hipotesis E, H0 yang menyatakan hubungkait antara kadar
kemalangan dengan penyelenggaraan mesin secara mingguan / bulanan tidak boleh
62
ditolak. Maka boleh disimpulkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kadar
kemalangan dengan penyelenggaraan mesin secara mingguan / bulanan.
Jadual 4.5.5: Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan Dengan Penyelenggaraan
Mesin Secara Mingguan / Bulanan
Penyelenggaraan mesin Kadar Kemalangan
Tiada Ada Jumlah Khi kuasa dua
42 96 138 χ² = 1.609² Tiada
21.6% 49.5% 71.1% p = 0.14 12 44 56 dk = 1
Ada 6.2% 22.7% 28.9% 54 140 194
Jumlah 27.8% 72.2% 100.0%
Signifikan pada aras keyakinan p<0.05 χ2 ialah formula khi. Sumber : Mohd Salleh Abu, Zaidatun Tasir (2001),Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0, Venton Publishing, Kuala Lumpur
Hipotesis F: Hubungkait antara kadar kemalangan dengan ciri am keselamatan
Jadual 4.5.6 menunjukkan kadar kemalangan di tempat kerja dengan ciri am
keselamatan. Daripada 92 orang (47%) yang menyatakan ada ditingkatkan ciri am
keselamatan, seramai 31 orang (16%) pernah mengalami kemalangan di tempat kerja
sementara 61 orang (31%) tidak pernah. Bagi mereka yang tidak terlibat dengan
peningkatan ciri am keselamatan yang seramai 102 orang, 25 orang (13%) daripadanya
pernah mengalami kemalangan di tempat kerja sementara 77 orang (40%) lagi
menyatakan tidak pernah.
Hasil daripada analisis khi kuasa dua menunjukkan nilai yang diperolehi ialah χ²
= 1.988 dan nilai ‘p’ ialah 0.11. Oleh kerana nilai ‘p’ ini tinggi daripada aras signifikan
yang ditetapkan (0.05), bagi hipotesis F, H0 yang menyatakan hubungkait antara kadar
kemalangan dengan ciri am keselamatan tidak boleh ditolak. Maka boleh disimpulkan
63
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kadar kemalangan dengan ciri am
keselamatan.
Jadual 4.5.6: Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan Dengan Ciri Am
Keselamatan
Ciri am keselamatan Kadar Kemalangan
Tiada Ada Jumlah Khi kuasa dua
77 61 138 χ² = 1.988² Tiada
39.7% 31.4% 71.1% p = 0.11 25 31 56 dk = 1
Ada 12.9% 16.0% 28.9% 102 92 194
Jumlah 52.6% 47.4% 100.0%
Signifikan pada aras keyakinan p<0.05 χ2 ialah formula khi. Sumber : Mohd Salleh Abu, Zaidatun Tasir (2001),Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0, Venton Publishing, Kuala Lumpur
Hipotesis G: Hubungkait antara kadar kemalangan dengan penerimaan alat
perlindungan diri daripada majikan
Jadual 4.5.7 menunjukkan kadar kemalangan di tempat kerja dengan penerimaan
alat perlindungan diri daripada majikan. Daripada 146 orang (75%) yang menyatakan ada
menerima alat perlindungan diri oleh majikan seramai 50 orang (26%) pernah mengalami
kemalangan di tempat kerja sementara 96 orang (50%) tidak pernah. Bagi mereka yang
tidak menerima alat perlindungan diri oleh majikan yang seramai 48 orang, 6 orang (3%)
daripadanya pernah mengalami kemalangan di tempat kerja sementara 42 orang (22%)
lagi menyatakan tidak pernah.
Hasil daripada analisis khi kuasa dua menunjukkan nilai yang diperolehi ialah χ²
= 8.320 dan nilai ‘p’ ialah 0.002. Oleh kerana nilai ‘p’ ini sangat rendah daripada aras
signifikan yang ditetapkan (0.05), bagi hipotesis G, H0 yang menyatakan tiada
64
hubungkait antara kadar kemalangan dengan penerimaan alat perlindungan diri boleh
ditolak. Oleh yang demikian boleh disimpulkan terdapat hubungan yang signifikan antara
kadar kemalangan dengan penerimaan alat perlindungan diri.
Jadual 4.5.7: Analisis Hubungkait Antara Kadar Kemalangan Dengan Penerimaan Alat
Perlindungan Diri Daripada Majikan
PPE Kadar Kemalangan
Tiada Ada Jumlah Khi kuasa dua
42 96 138 χ² = 8.320² Tiada
21.6% 49.5% 71.1% p = 0.002
6 50 56 dk = 1 Ada
3.1% 25.8% 28.9%
48 146 194 Jumlah
24.7% 75.3% 100.0% Signifikan pada aras keyakinan p<0.05 χ2 ialah formula khi. Sumber : Mohd Salleh Abu, Zaidatun Tasir (2001),Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0, Venton Publishing, Kuala Lumpur
4.6 Ringkasan Keputusan Ujian Hipotesis
Jadual 4.6.1 menunjukkan ringkasan keputusan ujian hipotesis yang telah
dijalankan.
Jadual 4.6.1 Ringkasan Keputusan Ujian Hipotesis
Hipotesis (Objektif)
(Hubungkait kadar kemalangan)
P H0,
Tolak atau
Tidak boleh ditolak
Kesimpulan
A – Latihan (1.5.1)
H0 – tidak terdapat hubungkait antara
kadar kemalangan dengan latihan
0.41 Tidak boleh ditolak
H0
Tidak terdapat
hubungkait.
65
H1 – terdapat hubungkait antara
kadar kemalangan dengan latihan
B - Umur (1.5.2)
H0 – tidak terdapat hubungkait antara
kadar kemalangan dengan umur
H1 – terdapat hubungkait antara kadar
kemalangan dengan umur
0.83 Tidak boleh ditolak
H0
Tidak terdapat
hubungkait.
C - Kaum (1.5.3)
H0 – tidak terdapat hubungkait antara
kadar kemalangan dengan kaum
H1 – terdapat hubungkait antara kadar
kemalangan dengan kaum
0.001 Tolak H0 Terdapat
hubungkait.
D - Tahap Pendidikan Akademik
(1.5.4)
H0 – tidak terdapat hubungkait antara
kadar kemalangan dengan tahap
pendidikan akademik
H1 – terdapat hubungkait antara kadar
kemalangan dengan tahap
pendidikan akademik
0.02 Tolak H0 Terdapat
hubungkait.
E - Penyelenggaraan jentera (1.5.5)
H0 – tidak terdapat hubungkait antara
kadar kemalangan dengan
penyelenggaraan jentera
H1 – terdapat hubungkait antara kadar
kemalangan dengan
penyelenggaraan jentera
0.14 Tidak boleh ditolak
H0
Tidak terdapat
hubungkait.
F - Ciri am keselamatan (1.5.6)
H0 – tidak terdapat hubungkait antara
kadar kemalangan dengan ciri am
keselamatan
H1 – terdapat hubungkait antara kadar
0.11 Tidak boleh ditolak
H0
Tidak terdapat
hubungkait.
66
kemalangan dengan ciri am
keselamatan
G - Alat perlindungan diri (1.5.7)
H0 – tidak terdapat hubungkait antara
kadar kemalangan dengan alat
perlindungan diri
H1 – terdapat hubungkait antara kadar
kemalangan dengan alat
perlindungan diri
0.002 Tolak H0 Terdapat
hubungkait.
Secara umumnya, tiga hipotesis telah didapati wujud hubungkait antara kadar
kemalangan dengan kaum, pendidikan dan alat perlindungan diri. Sementara itu empat
hipotesis telah didapati tiada hubungkait antara kadar kemalangan dengan latihan, umur,
penyelenggaraan jentera dan ciri am keselamatan.
4.7 Hasil Kaedah Temubual (Borang 1)
Melalui kaedah temubual ini, pada dasarnya sasaran industri ialah sebanyak 50
buah dan maklumbalas yang diterima adalah dari 44 buah industri yang telah berdaftar.
Berdasarkan temubual yang dijalankan didapati sebanyak 72.7% industri terbabit telah
mengadakan polisi keselamatan yang merangkumi pemberitahuan tentang polisi dan
matlamat syarikat dalam menjalankan kerja-kerja atau aktiviti seharian disamping
menitikberatkan tata amalan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di tempat kerja.
Selain itu kewujudan ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga amat
menggalakkan iaitu sebanyak 46.5% dan memenuhi peruntukkan di bawah AKKP 1994
dimana pekerja yang melebihi 40 orang merupakan syarat wajib bagi majikan untuk
mengadakan jawatankuasa tersebut.
Bagi manual prosedur kerja selamat pula, maklumat menunjukkan 68.2% industri
telah menyediakannya untuk memudahkan para pekerja membuat rujukan tentang tugas
67
dan fungsi sesuatu kerja dalam aktiviti yang membabitkan mereka. Disamping itu,
sebanyak 75% industri memperuntukkan belanjawan tahunan mereka untuk keselamatan
dan kesihatan pekerja termasuklah latihan-latihan yang sesuai serta pembelian alat-alat
perlindungan diri. Latihan dalaman untuk pekerja-pekerja baru amatlah diperlukan
dimana 72.7% industri didapati menyediakan kemudahan ini. Antara latihan yang
disediakan ialah :
a. pengendalian jentera
b. mengenali polisi syarikat serta prosedur kerja selamat
c. penggunaan trak angsun
d. cara pengendalian bahan kimia
e. induksi secara umum di tempat kerja
f. penggunaan alat perlindungan diri
g. pengawalan mutu serta produktiviti
h. penggunaan alat pemadam api serta kotak keselamatan
i. keselamatan di tempat kerja
Bagi latihan luaran kepada pekerja terlatih pula, hanya 31.8% diperuntukkan oleh
majikan memandangkan keperluannya yang terbatas bergantung kepada jenis industri
terbabit. Kekerapan majikan mengadakan mesyuarat pula dilihat berbeza-beza di mana
13 syarikat (29.5%) hanya mengadakan mesyuarat tidak kurang daripada 4 kali setahun
dan selebihnya mengikut keadaan atau kesempatan masa yang terluang. Antara perkara
yang menjadi agenda perbincangan dalam mesyuarat berkenaan ialah :
a. kebersihan dan keselamatan pekerja
b. program keselamatan dan kesihatan pekerja
c. penyusunan barangan di tempat yang sesuai
d. cara penggunaan yang selamat terhadap jentera
e. keselamatan orang awam di tempat kerja
f. pencegahan kemalangan dan cara mengatasinya
g. prosedur kerja selamat yang perlu diperbaiki
h. risiko bahaya di tempat kerja
i. pencegahan dan pengawalan kemalangan
68
Berdasarkan taburan kemalangan yang berlaku dalam kawasan industri menunjukkan
sebanyak 50% pernah mengalami kemalangan. Antara kemalangan tersebut ialah :
a. cedera di bahagian jari
b. luka terkena jarum
c. terhempap bahan yang terjatuh
d. cedera di bahagian mata
e. melecur di tangan
f. jatuh
g. patah tangan
h. tersepak barangan di laluan jalan kaki
Oleh yang demikian, apabila berlakunya kemalangan, tindakan segera diambil oleh pihak
majikan dan antara langkah-langkah yang di ambil ialah :
a. mendapatkan rawatan di panel klinik
b. memberi nasihat dan panduan kepada pekerja terbabit untuk mengambil
langkah berjaga-jaga di masa hadapan
c. menyediakan prosedur kerja selamat yang lebih tersusun terhadap jentera-
jentera yang kerap berlaku kemalangan
d. memberikan lebih tumpuan terhadap latihan di tempat kerja
e. mencari punca kemalangan tersebut dan mengatasinya dengan kadar yang
segera
f. menyediakan tempat rawatan yang sesuai dan ubat yang berkaitan
disimpan di dalam kotak peti kecemasan yang mudah diambil
g. menitikberatkan langkah keselamatan seperti melarang penggunaan
jentera yang sedang diselenggara
h. menggunakan alat perlindungan diri yang lebih berkesan
i. menyediakan laporan kemalangan dengan mengambil langkah pencegahan
daripada ianya berulang kembali
j. meletakkan alat bantuan kecemasan seperti alat pemadam api di tempat
yang strategik
69
k. memberi penerangan setiap hari sebelum bekerja secara ringkas kepada
semua pekerja untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terlibat
dalam sebarang kemalangan di tempat kerja
Kekerapan kemalangan yang berlaku juga memperlihatkan kebanyakan kejadian berlaku
di beberapa lokasi antaranya ialah :
a. bahagian pengeluaran yang melibatkan pekerja biasa
b. penyelenggaraan jentera atau mesin
c. pembungkusan
d. penggunaan jentera yang berpusing atau bergerak
Justeru itu, majikan telah mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk mengelakkan
dari berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini dengan mengutamakan arahan-
arahan yang sesuai dan ini amat berkesan kerana 77.3% daripada mereka memberikan
respon tiada masalah dalam mengeluarkan arahan untuk dipatuhi. Selebihnya 22.7%
daripada industri menghadapi masalah berkaitan arahan di tempat kerja dan ini
termasuklah kesukaran dalam memahami arahan yang dikeluarkan.
Seterusnya, apabila diteliti melalui jawapan yang diberikan oleh para majikan
berhubung punca sesuatu kemalangan itu berlaku, dan respon yang diberikan adalah
seperti berikut :
a. tiada tumpuan oleh pekerja sewaktu menjalankan tugas
b. kecuaian dan kelalaian pekerja
c. kekurangan kemudahan latihan yang bersesuaian
d. gagal mematuhi arahan pihak pengurusan terutamanya prosedur yang
tidak dipatuhi
e. sikap pekerja itu sendiri
f. sikap lewa terhadap pekerjaan
g. cara kerja yang bahaya
h. kurangnya tahap kesedaran terhadap keselamatan
i. mengantuk dan tidak cerdas sepenuhnya
j. berbual dengan rakan-rakan
70
k. gagal memakai alat keselamatan diri
l. kurang faham tentang arahan yang diberikan
m. kurang pengetahuan tentang mesin atau jentera yang digunakan
n. kurang pengalaman kerja
o. melakukan kerja dengan jalan pintas (untuk kerja cepat)
p. sikap malas dan degil
Secara keseluruhannya melalui kaedah soal selidik terhadap majikan didapati
kebanyakan daripada mereka memahami keperluan keselamatan dan kesihatan pekerja di
tempat kerja secara tidak langsung yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan
mengurangkan kos yang berlebihan dalam pengeluaran.
4.8 Hasil Kaedah Pemeriksaan (Borang 2)
Melalui kaedah ini, maklumbalas yang diterima daripada IKS adalah sebanyak 41
buah industri. Borang 2 ini menunjukkan laporan pemeriksaan kilang IKS yang
dijalankan oleh pihak JKKP. Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak membantu
melengkapkan kajian ini dan memberikan informasi berkenaan tahap pematuhan dan
tahap pencapaian IKS. Beberapa unsur penting dinyatakan dalam Borang 2 berdasarkan
AKJ 1967 dan AKKP 1994 dan peraturan-peraturan yang tertakluk di bawahnya.
Borang 2 merupakan laporan pemeriksaan kilang IKS yang hanya membuat
lawatan pemeriksaan terhadap pematuhan dan pencapaian pihak majikan terhadap akta
yang dikuatkuasakan. Sebarang kemalangan yang berlaku adalah dilaporkan dan unit
siasatan kemalangan akan mengambil tindakan yang selanjutnya. Namun begitu, ulasan
yang dibuat oleh pihak JKKP secara keseluruhannya mendapati pematuhan dan
pencapaian sebahagian besar pemeriksaan memberikan jawapan bahawa pihak
pengurusan perlu memainkan peranan dengan meningkatkan tahap kebersihan,
kekemasan, mengadakan latihan, merekod sebarang maklumat yang diperolehi
71
terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan bahan kimia dan mengadakan kekerapan
mesyuarat jawatan kuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Selain penilaian tentang aspek keselamatan seperti keadaan premis, lantai kerja
yang tertutup dan penggunaan elektrik penilaian berkenaan kesihatan juga dilihat mampu
mengurangkan kadar kemalangan dalan IKS. Ini termasuklah pengurusan bahan-bahan
kimia, pencahayaan dan pengudaraan, suhu dan ruang padu pekerja, penyediaan alat
perlindungan diri dan juga kebajikan pekerja diambil perhatian terutamanya peti
pertolongan cemas, kebersihan tandas, tempat makan dan minum.
Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 32 buah kilang (78%) menunjukkan tahap
pematuhan dan pencapaian yang baik (B) manakala selebihnya iaitu 9 buah kilang (22%)
menunjukkan tahap pematuhan dan pencapaian yang memuaskan (C). Tiada sebuah pun
IKS yang berada dalam kedudukan cemerlang (A), kurang memuaskan (D) dan tidak
memuaskan (E).
Ulasan selanjutnya adalah bergantung kepada pihak JKKP untuk mengambil
tindakan sama ada mengeluarkan notis-notis atau surat arahan untuk memperbaiki
kelemahan yang timbul dan diberi satu tempoh masa untuk menyelesaikannya.
4.9 Hasil Kaedah Temubual (Borang 3)
Melalui kaedah ini, maklumbalas yang diterima daripada pekerja amatlah
memuaskan. Taburan bilangan pekerja yang berumur melebihi 36 tahun ke atas ialah
35.9% yang menguasai sektor pekerjaan dalam IKS sementara 26.6% bagi mereka yang
berumur antara 18-25 tahun. Manakala bagi mereka yang berumur 26-30 tahun pula
hanya mencatatkan 22.9% dan selebihnya 14.6% bagi pekerja yang berumur 31-35 tahun.
Kaum lelaki dilihat menguasai sektor pekerjaan ini dengan jumlah 75.3%
berbanding pekerja perempuan iaitu 24.7%. Bangsa Melayu pula dilihat lebih gemar
72
bekerja dalam IKS dengan 60.8% menguasainya diikuti bangsa Cina 31.4% dan India
sekadar 7.7%. Kebanyakan pekerja pula terdiri daripada mereka yang mencapai tahap
SPM/SPMV/MCE/STPM dengan 54.1% daripada mereka menceburkan diri manakala
27.3% pula terdiri daripada yang mencapai tahap SRP/LCE/PMR. Kurang daripada 10%
daripada mereka mencapai tahap Diploma/Sarjana Muda.
Kebanyakan daripada pekerja yang berkhidmat dalam IKS ini mempunyai jangka
masa yang cerah memandangkan perkhidmatan mereka yang lebih panjang di mana bagi
tempoh perkhidmatan yang baru menjangkau 1-2 tahun menunjukkan penglibatan 22.9%
tenaga kerja di pasaran. Mereka yang telah berkhidmat antara 3-5 tahun pula sebanyak
35.1% dan antara 6-9 tahun menunjukkan 22.3%. Ini memberi gambaran bahawa dengan
keadaan ekonomi yang stabil keperluan sektor pekerjaan tidak terbatas pada sesuatu
industri semata-mata malahan penglibatan pelbagai pihak dalam memajukan industri
amatlah digalakkan.
Selain itu, melalui keputusan soal selidik juga didapati pekerja-pekerja ini telah
diberikan latihan sewaktu memulakan kerja di mana 61.9% daripada mereka telah
didedahkan dengan latihan asas pengendalian jentera serta keselamatan am di tempat
kerja. Namun begitu sebahagian besar daripada mereka iaitu sebanyak 54.6% tidak
mengetahui tentang kewujudan AKJ 1967 serta AKKP 1994 walaupun menyedari aspek
keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja selalunya dibangkitkan oleh majikan masing-
masing.
Kebanyakan pekerja-pekerja yang ditemubual menunjukkan sebahagian besar
mereka mengendalikan jentera atau mesin yang bergerak serta tidak sepenuhnya secara
automatik, antaranya ialah mesin :
a. dandang
b. penebuk lubang
c. merata dan memotong besi
d. kimpalan
e. pembungkusan
f. pencetakan
73
g. trak angsun
h. penyaduran
i. pencampuran bahan-bahan tertentu
j. mesin makmal
k. penggilapan
l. pembakaran
m. jahit dan gam
n. pelabelan
o. pengisaran
p. penyemburan
q. penyambungan dan sebagainya.
Sebahagian daripada mesin-mesin di atas digunakan oleh para pekerja dalam
industri terbabit dan telah diberikan latihan secara asas berdasarkan respon dari soal
selidik yang telah dijalankan. Sebanyak 72.7% daripada pekerja telah didedahkan kepada
penggunaan peralatan tersebut terutamanya dari segi :
a. cara memulakan pengendalian mesin
b. ciri keselamatan terhadap penggunaan mesin
c. aspek keselamatan serta penyelenggaraan terhadap mesin
d. proses dan latihan penggunaan mesin terbabit
Kesemua latihan dan penerangan yang diberikan adalah melalui pengawasan
penyelia dan pekerja lama yang telah mahir dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan
dengan penerangan secara lisan. Selain itu pekerja baru juga diberikan latihan tambahan
secara latihan luaran dengan menghantar mereka mengikuti kursus tertentu, antaranya di :
a. Institut Kemahiran Mara
b. UMW Toyota
Namun keperluan menghadiri kursus ini terhad bergantung kepada industri tertentu
sahaja kerana hanya 31.8% sahaja daripada mereka pernah menghadirinya atau dihantar
oleh pihak majikan.
74
Selain dari penyediaan latihan oleh majikan, keselamatan pekerja-pekerja telah
dipertingkatkan melalui ciri-ciri am keselamatan seperti pengadang laluan merbahaya,
penutupan lubang yang terbuka sebagai langkah awal mengelakkan sebarang kemalangan
di mana 68.2% industri telah mewujudkannya. Ini dapat membantu para pekerja
memahami dengan lebih mendalam tentang prosedur sesuatu kerja yang hendak
dijalankan dengan lebih berkesan. Disamping itu, para pekerja yang mengendalikan
mesin juga telah memberikan jawapan yang pelbagai terhadap penyelenggaraannya
berdasarkan soal selidik yang diterima. Sebanyak 26.8% memberikan respon bahawa
mesin tidak pernah diselenggara secara mingguan atau bulanan tetapi respon 22.7%
menunjukkan bahawa mesin dijaga atau diselenggara setiap hari.
Penyelenggaraan secara mingguan pula adalah sebanyak 24.2% manakala 22.2%
menunjukkan majikan menyediakan kemudahan penyelenggaraan mesin secara bulanan
dan selebihnya 4.1% adalah diselenggara atau diperbaiki apabila mengalami kerosakan
sewaktu pengendaliannya. Ini menunjukkan bahawa walaupun penggunaan mesin secara
manual atau separa automatik masih menguasai pasaran, penyelenggaraan secara berkala
masih dititikberatkan oleh majikan memandangkan ianya dapat membantu mengelakkan
sebarang kemalangan dan meningkatkan amalan keselamatan di tempat kerja masing-
masing.
Disamping itu, penggunaan alat perlindungan diri yang sesuai juga disediakan
oleh majikan kepada para pekerja sebagaimana soal selidik yang dijalankan. Sebanyak
74.2% daripada mereka telah diberikan alat perlindungan diri yang sesuai di tempat kerja
masing-masing manakala selebihnya 25.8% tidak disediakan oleh majikan. Antara
peralatan tersebut ialah :
a. kasut keselamatan
b. sarung tangan
c. topi keselamatan
d. penutup mulut
e. tali pinggang
f. cermin mata keselamatan
g. penutup telinga
75
h. baju pelindung keselamatan
Melalui penyediaan alat perlindungan diri, didapati pihak majikan telah
memberikan penerangan cara-cara penggunaan supaya tidak timbul kesilapan sewaktu
kerja dijalankan. Ini dapat membantu para pekerja mengurangkan risiko merbahaya di
tempat kerja dan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja pada setiap
masa. Meskipun ada pekerja (22.5%) yang tidak diberi penerangan tentang cara
penggunaannya, terdapat sebanyak 67.5% pekerja telah diberi penerangan dari pelbagai
pihak yang terbabit antaranya melalui :
a. penyelia pengeluaran
b. pihak perunding
c. pihak pembekal
d. pengurus pengeluaran
Selain dari itu, kajian ini juga memperlihatkan bahawa sebanyak 28.4% pekerja
pernah terlibat dalam kemalangan sewaktu bekerja manakala selebihnya 71.6% pekerja
tidak pernah mengalami kemalangan semasa bekerja. Antara kemalangan yang
melibatkan para pekerja ini ialah :
a. putus jari
b. tangan atau kaki tersepit
c. luka ringan atau kecil
d. terhempap benda di kaki
e. kaki terkehel
f. terkena air atau wap yang panas
g. patah tangan
h. tersepit di antara jentera atau mesin
i. terkena minyak panas
j. tergelincir
Justeru itu apabila berlakunya kemalangan, maka langkah berjaga-jaga atau
pencegahan di ambil perhatian oleh pekerja-pekerja amatlah dititikberatkan, antaranya
ialah:
76
a. memberitahu penyelia apabila berlaku kemalangan
b. menghantar mangsa kemalangan terus ke klinik
c. lebih berwaspada dan berhati-hati
d. memakai alat perlindungan keselamatan yang sesuai
e. mengikut arahan yang dikeluarkan
f. memberi rawatan awal
g. mengutamakan lebih keselamatan di tempat kerja
h. mengaktifkan serta merta butang kecemasan
i. memperbaiki prosedur kerja selamat sedia ada
j. bertindak mengikut keperluan supaya kemalangan tidak berulang
Apabila sesuatu kemalangan itu berlaku, tindakbalas majikan amatlah perlu. Ini
dibuktikan melalui respon soal selidik yang diterima mendapati antara reaksi majikan
adalah :
a. melakukan pembaikan di tempat kerja
b. membuat laporan ke pihak yang berkenaan
c. menghantar terus mangsa ke klinik berdekatan
d. membekalkan alat keselamatan yang lebih sesuai
e. menyediakan tempat laluan yang lebih selamat
Melalui kajian dan soal selidik ini juga menunjukkan terdapat beberapa punca
kemalangan industri berlaku sebagaimana respon yang dinyatakan oleh para pekerja.
Antaranya ialah :
a. kecuaian dan kelalaian pekerja itu sendiri
b. tiada perhatian tumpuan penuh sewaktu bekerja
c. tidak mengikut carakerja yang disediakan tetapi mengikut jalan pintas
untuk memudahkan kerja
d. kurang penyelenggaraan ke atas mesin-mesin atau jentera yang digunakan
e. kurang kemahiran, tidak mendapat latihan dan penerangan yang
secukupnya dari pihak majikan
f. tidak mengikut arahan atau prosedur kerja selamat yang telah dikeluarkan
77
g. kekurangan alat perlindungan keselamatan yang sesuai dalam sesuatu
kerja
h. tiada langkah keselamatan yang mencukupi dengan pekerja sentiasa
terdedah kepada bahaya kemalangan
i. kurang disiplin, tidak bertanggungjawab sewaktu bertugas
j. letih, mengantuk, tidur dan kurang sihat
k. keadaan tempat kerja yang tidak terurus dengan ciri-ciri keselamatan yang
amat amat rendah
l. tidak berhati-hati sewaktu bekerja
4.10 Kesimpulan
Keputusan yang diperolehi menunjukkan jawapan yang terkini dan pelbagai dari
para pekerja dan juga majikan. Hipotesis yang dibentangkan memperlihatkan kematangan
dan kehendak pekerja yang telah memahami keperluan aspek keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja perlu diutamakan manakala bagi majikan pula beberapa respon yang
diberikan menunjukkan peranan yang perlu dimainkan secara bersama antara kedua-dua
pihak agar matlamat asal perindustrian ini tidak terjejas disamping perlaksanaan satu
amalan yang konsisten terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.
Bab seterusnya menerangkan perbincangan tentang keputusan-keputusan yang
telah diperolehi.
BAB 5
PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang keputusan-keputusan yang telah diperolehi
daripada kaedah yang dinyatakan iaitu kaedah temubual, kaedah pemeriksaan kilang dan
kaedah soal selidik. Di dalam mengumpul segala maklumat dan keputusan yang telah
diperolehi terdapat beberapa kelebihan, kebaikan, kelemahan yang perlu di atasi untuk
menghasilkan keputusan terkini untuk meningkatkan lagi kualiti keselamatan pekerja di
tempat kerja terutamanya dalam IKS. Perbincangan juga meliputi keperluan semasa yang
sesuai untuk digunakan dalam industri terbabit agar kelemahan-kelemahan yang sedia
ada dapat dikurang atau dihapuskan sama sekali.
5.2 Analisis Hubungan (Khi kuasa Dua)
Melalui hipotesis yang telah dinyatakan, penilaian hubungan dilakukan terhadap
hubungkait antara kadar kemalangan di tempat kerja dengan latihan untuk mengendalikan
mesin, umur pekerja yang terlibat, kaum, tahap kelulusan atau pendidikan secara formal
yang diterima, tahap penyelenggaraan mesin, ciri-ciri am keselamatan di tempat kerja dan
alat perlindungan diri yang dibekalkan oleh majikan kepada pekerja-pekerja. Data yang
79
diuji ini adalah berbentuk nominal dan ujian khi kuasa dua telah digunakan untuk
menguji sama ada terdapat kaitan atau kebergantungan antara dua pemboleh ubah. Ia juga
bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara dua pemboleh ubah di mana data bagi
pemboleh ubah yang terlibat adalah dalam bentuk kekerapan dan telah disusun dalam
jadual silang antara dua pemboleh ubah.
5.2.1 Hipotesis A :Hubungkait antara kadar kemalangan dengan latihan
pengendalian mesin
Analisis ini menjelaskan bahawa H0 telah diterima di mana tidak terdapat
hubungkait yang signifikan antara kadar kemalangan dengan latihan yang diberikan
kepada pekerja-pekerja di dalam mengendalikan mesin-mesin atau jentera di tempat
kerja. Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada para pekerja daripada soal
selidik melalui borang 3 menunjukkan sebanyak 71.6% daripada mereka tidak terlibat
dalam kemalangan di industri-industri meskipun angka kemalangan menunjukkan
sebanyak 28.4%. Namun begitu latihan amatlah dititikberatkan bagi memenuhi keperluan
kemahiran dan kesedaran tentang keselamatan di tempat kerja. Selain itu para pekerja
juga telah diberi latihan yang secukupnya untuk mengendalikan jentera atau mesin di
mana 72.7% daripada mereka menyatakan latihan dalaman telah diberikan dengan
secukupnya dan ini sememangnya dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat
kerja.
5.2.2 Hipotesis B :Hubungkait antara kadar kemalangan dengan umur
Analisis ini menjelaskan bahawa H0 telah diterima di mana tidak terdapat
hubungkait yang signifikan antara kadar kemalangan dengan umur pekerja di tempat
kerja. Jika diimbas kembali taburan bilangan dan peratusan pekerja berdasarkan umur di
tempat kerja menunjukkan bahawa 26.6% daripada mereka adalah yang berumur antara
80
18-25 tahun yang terdiri daripada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia atau yang
berkelulusan Diploma mahupun Ijazah. Mereka ini terdiri daripada golongan muda yang
baru menyertai sektor pekerjaan dan ini memudahkan segala bentuk arahan diterima
pakai tanpa sebarang masalah. Mereka boleh dianggap lebih bertanggungjawab dan
mempunyai kesedaran yang tinggi berdasarkan tahap kecerdasan mereka.
Penerimaan arahan daripada majikan dapat dilihat daripada taburan bilangan dan
peratusan sebanyak 98.5% memperlihatkan arahan yang dikeluarkan oleh majikan
diterima tanpa sebarang masalah oleh pekerja-pekerja. Selain dari itu, bagi pekerja yang
berumur 36 tahun keatas menunjukkan sebanyak 35.9% daripada mereka melibatkan diri
dalam IKS ini dan kematangan, kemahiran, keupayaan, pengalaman memperlihatkan
kecekapan mengendalikan jentera dapat mengurangkan kadar kemalangan dan secara
tidak langsung juga menunjukkan tidak terdapat hubungkait antara kadar kemalangan
dengan umur dalam hipotesis ini.
5.2.3 Hipotesis C :Hubungkait antara kadar kemalangan dengan kaum
Analisis seterusnya ini menjelaskan bahawa H0 telah ditolak di mana wujud
hubungkait antara kadar kemalangan dengan kaum. Jika dilihat dari sudut kaum bagi
sektor industri ini ianya melibatkan ramai kaum Melayu yang menguasai 60.8% di
pasaran pekerjaan dan penglibatan kaum Melayu ini telah menunjukkan angka
kemalangan yang tinggi di mana 24% daripada seramai 118 orang kaum Melayu yang
disoal menyatakan pernah mengalami kemalangan di tempat kerja sementara 72 orang
atau 37% pula menyatakan tidak terlibat langsung dalam kemalangan.
Bagi kaum Cina pula seramai 61 orang memberikan respon yang menyatakan
bahawa 7 orang atau 4% daripada mereka terlibat sementara 54 orang atau 28%
menyatakan tiada penglibatan mereka dalam sebarang bentuk kemalangan. Daripada 15
orang kaum India pula, 3 daripadanya (2%) menyatakan pernah mengalami kemalangan
sementara 12 orang (6%) menyatakan tidak pernah. Ini memperlihatkan kebenaran
81
hipotesis di atas bahawa terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan kaum
dalam industri ini.
Selain itu, masalah yang dikenalpasti berdasarkan maklumbalas yang diberikan
ialah pemahaman berhubung komunikasi yang terjejas akibat salah faham arahan yang
diberi dengan penerimaan yang tidak selari. Ini menimbulkan kekeliruan apabila
perlaksanaan arahan dan juga dari segi latihan yang dikendalikan terjejas hingga
menimbulkan kesulitan dan kemalangan di tempat kerja. Namun begitu hipotesis ini
memperlihatkan wujudnya kemalangan yang dilaporkan daripada kaum yang berbeza dan
ini perlu diambil perhatian yang lebih serius untuk menanganinya.
5.2.4 Hipotesis D :Hubungkait antara kadar kemalangan dengan tahap
pendidikan akademik
Analisis selanjutnya menunjukkan bahawa H0 telah ditolak di mana terdapat
hubungkait yang signifikan antara kadar kemalangan dengan tahap pendidikan akademik
di kalangan pekerja. Jika dilihat dari sudut tahap pendidikan akademik di kalangan
pekerja am dalam industri, didapati bahawa kebanyakan daripada mereka mencapai tahap
SPM / SPMV / MCE / STPM yang menguasai 54.1% di pasaran tempatan dan 27.3%
tahap SRP / LCE / PMR manakala selebihnya kurang dari 10% berpendidikan Diploma /
Sarjana atau sehingga Darjah Enam. Justeru itu, kebanyakan pekerja yang mencapai
tahap SPM / SPMV / MCE / STPM bekerja dalam sektor ini sebagai pekerja am yang
terlibat secara langsung dengan bahagian pengeluaran. Daripada seramai 93 orang yang
ditanya, 56 orang daripada mereka atau 33% pernah memberikan respon terlibat dalam
kemalangan industri. Ini menunjukkan bahawa golongan yang menguasai pasaran
pekerjaan dengan kelulusan tersebut sudah semestinya ramai yang terlibat dalam
kemalangan berbanding dengan kelulusan lain yang dimiliki oleh pekerja. Dengan erti
kata lain hipotesis ini menunjukkan terdapatnya hubungkait antara kadar kemalangan
dengan tahap pendidikan akademik di kalangan pekerja.
82
5.2.5 Hipotesis E :Hubungkait antara kadar kemalangan dengan
penyelenggaraan mesin secara mingguan/bulanan
Melalui kajian ini didapati bahawa H0 telah diterima di mana majikan telah
mengambil langkah awal mengawal sebarang kerosakan ke atas mesin melalui
penyelenggaraan secara berkala iaitu sebanyak 24.2% penyelenggaraan dilakukan secara
mingguan manakala 22.2% menunjukkan majikan meyediakan kemudahan
penyelenggaraan mesin secara bulanan. Ini secara tidak langsung menunjukkan dengan
jelas tentang penyediaan sistem penyelenggaraan secara teratur dan bersistematik
membolehkan kadar kemalangan dapat dikawal dan diturunkan ke paras yang minimum
sekiranya langkah pencegahan dan perlindungan berterusan ke atas jentera atau mesin ini
dijaga dengan baik dan sempurna. Justeru itu tidak terdapat hubungkait antara kadar
kemalangan dengan penyelenggaraan mesin secara mingguan atau bulanan.
5.2.6 Hipotesis F :Hubungkait antara kadar kemalangan dengan ciri am
keselamatan
Ciri am keselamatan merupakan salah satu aspek penting sewaktu pemeriksaan
kilang dijalankan dan keberkesanan pematuhan industri-industri dalam penyediaannya
menunjukkan kesan positif dengan hasilnya menunjukkan H0 telah diterima. Ini dapat
dibuktikan apabila 68.2% daripada pihak majikan memberikan respon tentang
peningkatan ciri am keselamatan untuk kemudahan pekerja masing-masing disamping
menyediakan kemudahan lain yang berkaitan antaranya latihan, kursus dan sebagainya
untuk merealisasikan penggunaan serta aplikasi manual ini dalam industri berkenaan.
Justeru adalah tidak mengejutkan apabila daripada 92 orang atau 47% yang menyatakan
terlibat dalam peningkatan ciri am keselamatan di tempat kerja, 31% atau 61 orang
memberi jawapan tidak pernah terlibat dalam kemalangan industri ini. Ini menunjukkan
bahawa tidak terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan ciri am keselamatan
berdasarkan keputusan hipotesis yang diuji.
83
Namun apa yang perlu ditekankan disini ialah dengan peningkatan ciri am
keselamatan di tempat kerja, secara tidak langsung ianya membantu para pekerja dari
aspek pengendalian jentera-jentera semasa baru mula bekerja sama ada secara latihan
sambil kerja atau pun sewaktu induksi keselamatan dan kesihatan diperjelaskan. Ini dapat
membantu mengelakkan risiko daripada berlakunya kemalangan di tempat kerja.
5.2.7 Hipotesis G :Hubungkait antara kadar kemalangan dengan penerimaan
alat perlindungan diri daripada majikan
Penggunaan alat perlindungan diri merupakan salah satu unsur penting yang
diberi perhatian oleh pihak majikan dalam memastikan kelancaran sistem pengeluaran
tidak diganggu oleh kemalangan atau risiko kepada kemalangan daripada berlaku
sebagaimana kajian yang dijalankan menunjukkan H0 telah ditolak. Berdasarkan
maklumbalas awal penggunaan alat perlindungan diri yang sesuai disediakan oleh
majikan kepada para perlindungan diri yang sesuai di tempat kerja masing-masing, 146
orang atau 75% yang menyatakan menerima alatan tersebut dan 96 orang daripada
mereka atau 50% menyatakan tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan di tempat
kerja. Bagi 3% atau 6 orang sahaja yang pernah terlibat manakala 22% atau 42 orang
menyatakan tidak pernah. Ini menunjukkan bahawa sememangnya terdapat hubungkait
yang signifikan antara kadar kemalangan dengan penerimaan alat perlindungan diri
daripada majikan. Oleh itu hipotesis ini menunjukkan kebenaran bahawa kemalangan
sememangnya boleh berlaku dengan kadar yang tinggi sekiranya para pekerja tidak
dibekalkan dengan peralatan perlindungan diri yang sesuai.
Perlu dijelaskan bahawa alat perlindungan diri merupakan salah satu elemen
penting yang diwartakan dalam AKJ 1967 dan AKKP 1994 yang merupakan
tanggungjawab majikan untuk membekalkan peralatan tersebut dan juga menjadi
tanggungjawab pekerja untuk memakainya pada setiap masa waktu bekerja. Dengan
penerangan dan pematuhan pemakaian alat perlindungan diri, para pekerja boleh
dilindungi daripada sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan.
84
5.3 Cadangan Perlaksanaan
Beberapa cadangan perlaksanaan perlu dilakukan dalam IKS bagi memenuhi hasil
dari kajian yang telah dijalankan terutamanya jawapan yang diberikan dari para pekerja
berkaitan perihal keselamatan di tempat kerja mereka. Cadangan yang dikemukakan ini
telah dikenalpasti terlebih dahulu untuk meningkatkan amalan pengurusan keselamatan di
tempat kerja. Langkah-langkah pembaikan perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar
keberkesanan perlaksanaan melalui cadangan ini dapat membantu mengurangkan kadar
kemalangan dalam industri.
5.3.1 Kepelbagaian Latihan Secara Berjadual.
Meskipun hipotesis menunjukkan tidak terdapat hubungkait antara kadar
kemalangan dengan latihan tetapi latihan merupakan satu ciri penting yang perlu
disediakan oleh pihak majikan sebagaimana ianya tertakluk di bawah seksyen 26 AKJ
1967 terutamanya pekerja yang terlibat dalam operasi penggunaan mesin bagi sesuatu
proses yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kemalangan kepada anggota tubuh
badan. Berdasarkan hipotesis pertama, adalah dikenalpasti melalui kajian ini bahawa
walaupun tidak terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan latihan yang
diberikan, pekerja memberikan respon tentang perlunya latihan yang dapat
mempertingkatkan ilmu, kemahiran dan mengelakkan sebarang kewujudan risiko
berbahaya di tempat kerja masing-masing.
Justeru itu untuk mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan sama ada
kecil, besar dan sebagainya majikan perlu mematuhi akta yang dinyatakan terutamanya
dari segi penyediaan program latihan secara berjadual untuk jangka masa setahun.
Latihan juga patut memenuhi kriteria keperluan semasa yang perlu dalam industri
terbabit dan memberi kemudahan kepada pekerja untuk menjalankan tugas mereka
dengan berkesan. Disamping itu latihan berjadual ini perlu dikemaskini setiap tahun
untuk penglibatan secara menyeluruh oleh semua pekerja dan juga kepelbagaian latihan
85
yang merangkumi aspek teknikal dan tektikal dalam proses melaksanakan sesuatu kerja
itu.
Latihan yang diberikan oleh pihak perunding yang bertauliah juga diperlukan
memandangkan keupayaan dan kelayakannya memberi penerangan secara teori dan amali
dalam memastikan jumlah kemalangan boleh dikurangkan. Ini berpandukan keputusan
yang diperolehi dan pihak majikan juga boleh mendapatkan kembali pembiayaan latihan
daripada HRDF. Secara tidak langsung perbelanjaan pihak pengurusan atau majikan
dapat dikurangkan ke tahap minimum disamping para pekerja mendapat pendedahan
yang mencukupi untuk menjalankan operasi harian mereka dengan lebih selamat dan
sihat.
Selain dari itu, para pekerja yang menghadiri latihan perlu dicatat nama, tarikh,
tajuk latihan serta tanda tangan dan penceramah bagi latihan tersebut seeloknya diberikan
oleh mereka yang kompetensi dengan aktiviti jabatan yang berkaitan seperti JKKP.
Latihan ini boleh dilaksanakan sama ada melalui latihan dalaman atau latihan sambil
bekerja dibawah pengawasan mereka yang berkelayakan dan juga latihan luaran yang
lebih professional dikendalikan oleh pihak yang mahir.
Secara tidak langsung latihan juga dapat menghargai para pekerja yang diberi
tugas mengendalikan sebarang jentera terbabit dapat memberikan tumpuan lebih sewaktu
mengendalikannya agar tidak timbul sebarang kejadian yang tidak diingini. Disebabkan
kebanyakan responden menyatakan latihan telah diberikan kepada mereka maka hipotesis
ini telah menunjukkan tidak terdapat kaitan antara kadar kemalangan dengan latihan yang
diberikan dan sebaliknya sekiranya latihan langsung tidak diberi mungkin respon
sebaliknya akan berlaku.
5.3.2 Kematangan Usia Pekerja.
Secara amnya usia memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu
tanggungjawab dengan lebih berkesan. Ini dapat dilihat melalui lingkungan usia yang
86
matang melebihi 36 tahun boleh memberikan kesan yang positif terutamanya dalam
usaha mengelakkan sebarang kemalangan di tempat kerja. Bagi para pekerja yang baru
melangkah ke alam pekerjaan di awal usia 20an juga dilihat dapat mengikuti sebarang
tunjuk ajar dan latihan yang diberikan tanpa sebarang masalah yang timbul. Implikasinya
ialah kadar kemalangan yang membabitkan pekerja yang berusia 20an ke atas amatlah
rendah dan kepatuhan mereka terhadap arahan dan tunjuk ajar sehingga ke tahap 98.5%
amatlah dipuji.
Melalui hipotesis kedua, keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungkait
antara kadar kemalangan dengan umur pekerja. Namun begitu perlaksanaan amalan
harian aspek keselamatan dan kesihatan dalam IKS perlu dipatuhi oleh setiap pekerja
untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja masing-masing.
5.3.3 Kumpulan Kaum Pekerja
Melalui soal selidik yang telah dijalankan, hipotesis ketiga adalah tentang
hubungkait antara kadar kemalangan dengan kumpulan kaum pekerja dan hasil kajian
menunjukkan terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan kaum. Beberapa
langkah terbaik untuk mengatasi masalah kemalangan daripada terus berlaku di tempat
kerja dicadangkan oleh pekerja, antaranya ialah :
a. sentiasa mematuhi dan mengikuti arahan yang diberikan oleh pihak
pengurusan dari masa ke semasa.
b. perlu berwaspada dan berhati-hati sewaktu menjalankan tugas agar
kemalangan dapat dielakkan.
c. memerlukan pengawasan yang lebih daripada penyelia dan majikan dalam
melaksanakan kerja.
d. mengambil perhatian serta peka terhadap semua papan tanda amaran
keselamatan yang diletakkan di tempat kerja.
e. berdisiplin, memberi tumpuan dan mematuhi peraturan dan melakukan
kerja dengan betul.
87
f. mengutamakan keselamatan dan mengambil berat tentang langkah-
langkah keselamatan sewaktu bekerja.
Berdasarkan maklumbalas yang diberikan oleh pekerja, majikan juga perlu
memberi penjelasan lebih terperinci berhubung setiap perkara berkaitan keselamatan agar
masalah komunikasi bukanlah penghalang kepada penyampaian maklumat tersebut.
Selain itu, majikan juga perlulah memberikan perhatian tanpa membezakan kumpulan
kaum agar langkah atau cadangan perlaksanaan di atas dapat memberi kebaikan dan
manfaat bersama supaya amalan keselamatan dan kesihatan pekerja tidak diabaikan
disamping mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.
5.3.4 Tahap Pendidikan Akademik Pekerja
Perbezaan tahap pendidikan akademik di kalangan pekerja dalam IKS adalah
berlandaskan kepada setiap jawatan yang dipertanggungjawabkan. Melalui hipotesis ke
empat yang menunjukkan terdapat hubungkait antara kadar kemalangan dengan tahap
pendidikan akademik di kalangan pekerja, pihak majikan boleh mengambil inisiatif
tersendiri untuk membendung gejala kemalangan ini daripada berterusan berlaku.
Beberapa cadangan yang diterima dari pekerja dirasakan amat bersesuaian dan boleh
digunakan antaranya ialah saranan agar semua pekerja tanpa mengira tahap pendidikan
perlulah memenuhi slogan atau dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
disediakan oleh ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain itu
pekerja juga patut bersama-sama memberikan tindakbalas positif secara berterusan dalam
memperbaiki amalan pengurusan keselamatan dan kesihatan pada setiap masa.
Pekerja yang mempunyai tahap rendah biasanya terlibat secara langsung dengan
kerja-kerja di bahagian pengeluaran atau penyelenggaraan manakala mereka yang
mencapai tahap pendidikan tinggi biasanya menjawat jawatan seperti pengurus, jurutera,
penyelia dan sebagainya. Oleh yang demikian mereka yang terlibat melaksanakan kerja-
88
kerja am mudah terdedah pada risiko kemalangan sekiranya perhatian dan langkah yang
sewajarnya tidak diutamakan seperti latihan atau pengawasan secara berterusan.
Sebahagian daripada pekerja pula ingin mendapat tempat dan hak bersuara agar
pandangan dan pendapat yang dikemukakan diterima oleh majikan terutamanya dari segi
aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja masing-masing. Pekerja juga perlu
diberi peluang secara aktif melibatkan diri dalam organisasi dengan memberi ganjaran
atau pengiktirafan kepada yang layak dalam usaha mempromosi kempen kesedaran
tentang keselamatan dan kesihatan tanpa mengira latar belakang tahap pendidikan
mereka.
5.3.5 Penyelenggaraan Mesin Atau Jentera
Penggunaan mesin atau jentera dalam IKS sememangnya amat diperlukan
terutamanya yang melibatkan teknologi terkini. Melalui hipotesis yang ke lima iaitu
untuk mengenalpasti adanya hubungkait antara kadar kemalangan dengan tahap
penyelenggaraan mesin atau jentera dalam IKS, kajian mendapati tidak terdapat
hubungkait antara kadar kemalangan dengan penyelenggaraan mesin atau jentera terbabit
sekiranya diselenggara dengan sempurna secara berkala dan bersistematik iaitu secara
harian, mingguan dan bulanan dengan lebih kerap dan teliti sebagaimana yang dinyatakan
oleh para pekerja.
Bagi memastikan semua jentera atau mesin berada pada tahap keupayaan yang
baik dan selamat, satu sistem penyelenggaraan berjadual dan bersistematik perlu
dilaksanakan. Ianya perlulah dibuat berdasarkan tahap bahaya dan penggunaan jentera
terbabit sama ada penyelenggaraannya dijalankan secara harian, mingguan atau pun
bulanan. Perlantikan pihak kontraktor yang berwibawa juga perlu sekiranya kemampuan
dan kebolehan pekerja terbatas untuk memastikan jentera tersebut benar-benar dalam
keadaan baik. Selain itu majikan juga perlu memastikan penggunaan alat ganti yang
berkualiti dan terjamin supaya pengendalian jentera berkenaan tidak menjejaskan
89
keselamatan dan kesihatan pekerja. Setiap penyelenggaraan yang dibuat mestilah direkod
dan disimpan untuk sebarang rujukan sekiranya perlu dan ini dapat membantu
mengurangkan kemungkinan penggunaan jentera tersebut tergendala dan mengawal dari
bahaya yang mungkin berlaku pada setiap masa.
Walaupun peratusan kemalangan di tempat kerja masih berlaku namun majikan
dan pekerja didapati masih berusaha untuk mengikut prosedur kerja selamat yang
disediakan dan memantau sistem penyelenggaraan ke tahap yang maksimum untuk
mengelakkan sebarang kerugian daripada kerosakan yang menimpa disamping
mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di kawasan berkenaan.
5.3.6 Ciri-ciri Am Keselamatan
Hipotesis ke enam bertujuan untuk mengetahui hubungkait antara kadar
kemalangan dengan ciri-ciri am keselamatan di tempat kerja. Meskipun kajian
menunjukkan hipotesis ini menyatakan tidak terdapat hubungkait antara kadar
kemalangan dengan ciri-ciri am keselamatan di tempat kerja, beberapa cadangan yang
dikemukakan oleh pekerja masih boleh dipertimbang dan di ambil perhatian. Ini secara
tidak langsung mencerminkan kewibawaan pihak pengurusan dan meningkatkan lagi
tahap keselamatan pekerja dengan mematuhi ciri am yang sedia ada. Antaranya ialah :
a. mengikut arahan prosedur kerja selamat yang disediakan serta langkah-
langkah keselamatan yang telah digariskan.
b. menguatkuasakan peraturan keselamatan yang berkaitan di tempat kerja
dan memastikan pekerja mematuhinya setiap masa terutamanya yang
berkaitan dengan polisi keselamatan, amaran awal bahaya kemalangan dan
sebagainya.
c. meletakkan lebih banyak papan tanda keselamatan untuk peringatan
kepada pekerja yang menggunakan setiap laluan yang difikirkan bahaya
atau wujudnya risiko kepada kemalangan.
90
Keperluan ciri am keselamatan ini dapat membantu dalam IKS daripada berlakunya
kemalangan kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
5.3.7 Alat Perlindungan Diri
Berdasarkan hipotesis terakhir untuk menilai hubungkait antara kadar kemalangan
dengan alat perlindungan diri, kajian menunjukkan hipotesis ini menyatakan terdapat
hubungan antara kadar kemalangan dengan penerimaan alat perlindungan diri kepada
para pekerja. Para pekerja dilihat sebagai aset kepada kejayaan sesebuah IKS
merencanakan produktiviti di tahap yang memuaskan dan mereka memberikan reaksi
yang positif terhadap perlunya alat perlindungan diri ini sewaktu menjalankan tugas
masing-masing. Antara peralatan yang diperlukan ialah baju keselamatan, kasut
keselamatan, sarung tangan, penutup habuk, topi keselamatan dan sebagainya.
Selain itu satu bentuk latihan berkenaan penerangan pemakaian dan keperluan di
sesuatu tempat kerja adalah diminta oleh pekerja. Ini untuk memastikan mutu barangan
tersebut diiktiraf oleh pihak tertentu dan dijamin berkualiti. Pekerja juga memberikan
maklum balas bahawa keperluan alat perlindungan diri amat penting memandangkan
pelbagai kemalangan berlaku sama ada kemalangan kecil atau besar disebabkan oleh
kekurangan alat tersebut. Dengan menitikberatkan kepentingan alat perlindungan diri ini,
kadar kemalangan boleh dikurang dan dikawal ke tahap yang minimum untuk menjaga
keselamatan dan kesihatan pekerja dalam IKS.
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membekalkan alat perlindungan
diri yang bersesuaian dan berkualiti serta terjamin untuk pekerja menggunakannya
sewaktu menjalankan tugas. Selain itu, pekerja juga perlulah menggunakannya pada
setiap masa setelah latihan dan penerangan berkenaannya diberikan. Ini dapat membantu
pekerja mengelakkan kemungkinan kejadian yang tidak diingin berlaku dan dalam masa
yang sama memastikan tahap piawaian keselamatan dan kesihatan mereka terpelihara.
Peralatan perlindungan diri ini perlulah direkod dan dikemaskini untuk membantu
91
penilaian dan pemantauan penggunaannya dari masa ke semasa. Pekerja juga adalah
dikecualikan dari sebarang kos pembelian berdasarkan kepada akta dan peraturan yang
tertakluk di bawahnya.
5.3.8 Pekerja Memahami Komitmen Pengurusan.
Eksekutif kepimpinan bertanggungjawab meyakinkan pengurus kilang bahawa
syarikat komited dalam mengadakan program keselamatan yang berkesan. Pengurus
melawat kilang dengan rekod keselamatan yang baik dan melihat sendiri bagaimana
program keselamatan dijalankan dan yakin ianya boleh dilaksanakan dengan jayanya.
Selain itu, pengurus juga terlibat dalam perbincangan dengan perunding keselamatan
yang juga merupakan eksekutif kepimpinan.
Di dalam waktu yang sama, pekerja tidak akan yakin dengan komitmen yang
majikan berikan terhadap keselamatan sehinggalah mereka melihat sendiri perkembangan
langkah pembaikan terhadap hazad fizikal yang signifikan yang ditunjukkan oleh pihak
pengurusan. Tambahan pula, pekerja juga mudah berasa curiga dan ragu-ragu tentang
keperluan mengikuti dan mengaplikasikan prosedur kerja selamat yang baru. Oleh itu,
sekiranya majikan komited dengan pendiriannya dalam menangani isu keselamatan,
lama-kelamaan para pekerja dapat melihat komitmen yang konsisten daripada pihak
pengurusan dalam menyediakan sebuah tempat kerja yang selamat dan yakin dengan apa
yang disediakan oleh pihak majikan.
Dengan menyemai dan menggalakkan kepentingan keselamatan kepada semua
pekerja, majikan atau pihak pengurusan dan kesatuan kepimpinan dapat menghapuskan
sempadan yang wujud diantara majikan dan pekerja. Mereka juga perlu menunjukkan
yang keselamatan adalah untuk semua pekerja sama ada mereka berada di dalam
kesatuan atau pun tidak.
92
5.3.9 Koodinator Keselamatan sebagai Penghubung.
Koordinator adalah sebagai penghubung diantara pekerja dan pihak pengurusan.
Lebih kurang 50 peratus masa koordinator diluangkan untuk berkomunikasi dengan rakan
sekerja pada setiap bahagian. Koordinator melawat kawasan pembuatan, berbincang
mengenai pelbagai aspek keselamatan dengan individu rakan sekerja, mendengar
pandangan mereka mengenai keselamatan di kawasan kerja atau bahaya yang terlibat di
dalam sesuatu kerja, dan melakukan latihan serta merta terhadap rakan sekerja.
Pekerja yang berada di posisi ini mempengerusikan setiap jawatankuasa
keselamatan di setiap bahagian, dan berkhidmat dengan jawatankuasa kemudi
keselamatan. Apabila tugasan sementara telah siap, koordinator keselamatan kembali
kepada kerja asal atau kerja utama beliau. Koordinator keselamatan lebih memahami
tentang program keselamatan, bagaimana syarikat bekerja dan bagaimana keutamaan
diberikan. Koordinator keselamatan juga mengembangkan hubungan dengan pihak
pengurusan dan sekaligus meningkatkan kerjasama dan persefahaman diantara pekerja
dan pihak pengurusan.
5.3.10 Peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan membentuk keutamaan dan memantau
aktiviti setiap bahagian di mana pengarah keselamatan mempengerusikan jawatankuasa.
Wakil kesatuan mempunyai kerusi yang kekal di dalam jawatankuasa, dan wakil setiap
bahagian kesatuan berkhidmat di dalam jawatankuasa. Pengurusan tertinggi misalnya
bagi bahagian pembuatan, begitu juga dengan pengurus kilang dan wakil jabatan,
daripada bahagian penyelenggaraan hingga ke jaminan kualiti, adalah juga di dalam
jawatankuasa.
Jawatankuasa keselamatan peringkat bahagian atau kilang juga memainkan
peranan yang penting. Setiap kilang mempunyai jawatankuasa keselamatan, di mana
93
diketuai oleh koordinator keselamatan operasi. Setiap jawatankuasa keselamatan
bahagian dibentuk oleh ahli teras, dan dipisahkan sama rata diantara majikan dan pekerja.
Tahap penglibatan daripada semua segmen populasi pekerja mewujudkan
komunikasi secara terus diantara pekerja dan majikan. Jawatankuasa boleh berjumpa
pada jangka masa yang tetap untuk berbincang mengenai pandangan pekerja, dan
mengulas semua siasatan mengenai insiden dan laporan kecederaan dan juga laporan
insiden yang lain. Jawatankuasa juga memantau dan mengikuti perkara yang di
bangkitkan dari audit keselamatan yang dimasukkan ke dalam simpanan data. Perkara
yang diaudit dan perkembangan berkaitan dikesan sehinggalah ianya dikemaskini dan
diperbetulkan.
5.3.11 Mewujudkan Senarai Semak Pengurusan Dokumen.
Seterusnya senarai semak diwujudkan untuk menyusun dokumen-dokumen yang
diperlukan. Mengetahui permintaan pematuhan dan mengaplikasikan peraturan kepada
setiap kumpulan adalah penting dan kritikal untuk dokumen pengurusan projek yang
berjaya. Secara jelasnya, kenalpasti pihak yang berhak menguruskan dokumentasi supaya
sentiasa mempunyai sistem simpanan. Ini dapat menghindari kegagalan mematuhi
peraturan atau proses yang ditetapkan apabila seseorang itu di luar pejabat.
Kini, terdapat banyak teknologi yang boleh membantu menyediakan peringatan
aliran kerja dalam menguruskan dokumen. Kesalahan biasa adalah menguruskan
informasi di dalam program komputer.
94
5.3.12 Nilai Teras
Untuk melaksanakan program pengurangan kadar kemalangan yang berkesan, ia
haruslah diuruskan dengan memastikan ianya dianggap penting dalam urusan perniagaan.
Keselamatan haruslah diadunkan bersama kualiti, produktiviti, tumpuan pelanggan dan
keuntungan sebagai cara perniagaan dilakukan. Ianya perlulah menjadi nilai teras bagi
sesebuah organisasi; asas kepercayaan paling penting bagi semua pekerja yang boleh
menjamin keselamatan mereka.
5.4 Kesimpulan
Secara keseluruhannya objektif kajian ini telah mencapai matlamatnya
berdasarkan hipotesis yang dilaksanakan. Pada dasarnya hasil daripada maklum balas
pekerja-pekerja telah membantu usaha-usaha untuk mengenalpasti hubungkait antara
kadar kemalangan dengan latihan di tempat kerja, umur, kaum, tahap pendidikan
akademik, tahap penyelenggaraan mesin, ciri am keselamatan dan alat perlindungan diri
dalam IKS di negeri Johor. Namun begitu, beberapa cadangan dan pembaikan dari masa
ke semasa perlu dilakukan untuk memastikan lagi kualiti dan amalan keselamatan dan
kesihatan pekerja dijaga dan terjamin dengan wujudnya persekitaran yang sempurna dan
dapat mengelakkan dari sebarang tragedi kemalangan yang berterusan.
Bab seterusnya menerangkan tentang kesimpulan keseluruhan kajian ini, dan
cadangan masa hadapan yang perlu pada pihak pengurusan agar wujud budaya kerja
selamat dan sihat di dalam organisasi masing-masing melalui tanggungjawab dan
pematuhan berdasarkan keperluan semasa terutamanya dalam IKS.
BAB 6
RINGKASAN, CADANGAN MASA HADAPAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan
Pengurangan kadar kemalangan merupakan perkara penting yang perlu diterapkan
oleh majikan-majikan dalam IKS. Ianya mencerminkan kewibawaan dan keprihatinan
pihak majikan dalam mematuhi peraturan-peraturan yang terdapat di dalam AKJ 1967
dan AKKP 1994 yang memberikan garispanduan tentang hal-hal yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di industri terbabit. Melalui kajian ini telah
dijelaskan beberapa kaedah untuk melaksanakan, bagaimana punca sesuatu masalah yang
berkaitan dengan kemalangan dapat diungkap dan dihuraikan dengan lebih mendalam
agar langkah-langkah pencegahan di masa hadapan dapat membantu mengurangkan
jumlah kemalangan di tempat kerja. Bab ini memberikan kesimpulan kajian dan
cadangan untuk masa hadapan serta peranan pihak pengurusan yang perlu ditonjolkan
untuk membantu mengurang atau mengawal kemalangan dari terus berlaku melalui
program pengurusan keselamatan yang berkesan dalam IKS mahu pun dalam industri
perkhidmatan lain amnya.
96
6.2 Ringkasan
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungkait diantara kadar kemalangan
industri dengan latihan yang diberi, umur, kaum, tahap pendidikan akademik,
penyelenggaraan jentera atau mesin yang digunakan, ciri-ciri am keselamatan, dan alat
perlindungan diri yang dibekalkan. Ini bertujuan untuk meningkatkan amalan pengurusan
keselamatan dan kesihatan terhadap para pekerja dalam industri kecil dan sederhana
terutamanya di negeri Johor. Berdasarkan laporan kemalangan dan data yang diterima
dari JKKP Johor menunjukkan peningkatan kadar kemalangan pada setiap tahun dan
kajian begini diperlukan untuk membantu mengelak, mengawal dan menurunkan kadar
kemalangan dan juga mengurangkan kemungkinan serta potensi kemalangan industri di
kalangan para pekerja.
Kajian ini juga dapat membantu pihak pengurusan mencapai carakerja yang lebih
baik dan prosedur kerja selamat yang lebih sempurna di kalangan pekerja. Satu soal
selidik antara pekerja dan majikan dibuat untuk mendapat data yang diperlukan dalam
kajian ini.
Ianya berpandukan perbezaan latarbelakang antara pekerja menurut kumpulan
kaum, umur, tahap pendidikan akademik, penyelenggaraan jentera atau mesin secara
harian atau bulanan, ciri-ciri am keselamatan yang ada, alat perlindungan diri dan latihan
yang disediakan kepada pekerja.
Hasil kajian menunjukkan wujud persekitaran tempat kerja yang tidak sesuai yang
boleh menyumbang kepada kemalangan. Hasil kajian juga mendapati wujud kaitan di
antara kemalangan dengan kumpulan kaum, tahap pendidikan akademik pekerja dan alat
perlindungan diri sementara tidak wujud kaitan di antara kemalangan dengan latihan,
umur, penyelenggaraan jentera dan ciri am keselamatan.
97
6.3 Cadangan Masa Hadapan
Melalui kajian yang telah dijalankan adalah didapati bahawa kadar kemalangan
dalam IKS masih di tahap yang tidak baik di mana majikan dan pekerja perlu berusaha
secara bersama untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat. Justeru beberapa
cadangan dibentangkan sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja
supaya boleh dikawal dan dikurangkan ke tahap yang minimum supaya produktiviti dapat
dipertingkatkan dari masa ke semasa. Antara cadangan tersebut ialah :
1. Pihak pengurusan atau majikan hendaklah terlebih dahulu memahami keperluan
yang terkandung di dalam AKJ 1967 dan AKKP 1994 dan peraturan-peraturan masing-
masing. Pemahaman yang mendalam secara tidak langsung akan memberi kesedaran
kepada majikan tentang aspek-aspek keselamatan dan kesihatan terhadap para pekerja
yang perlu diambil perhatian agar isu kemalangan di tempat kerja dapat diperbaiki dan
dipertingkatkan lagi. Satu kajian tentang tahap pemahaman AKJ 1967 dan AKKP 1994 di
kalangan majikan boleh dijalankan untuk menilai kaitannya dengan kadar kemalangan
yang berlaku dalam industri terbabit.
2. Organisasi bertanggungjawab seperti JKKP dan Institut Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan Negara (IKKPN) perlu bertindak lebih aktif dalam mempromosi dan
mengambil bahagian dalam memainkan peranan memberi pengetahuan yang lebih
mendalam tentang aspek keselamatan dan kesihatan kepada pekerja-pekerja. Ini dapat
diterapkan melalui seminar, kursus, syarat kelayakan untuk mengendalikan jentera yang
memerlukan lessen, kepelbagaian latihan yang bersesuaian, mengadakan kempen
kesedaran dalam industri yang sesuai dan sebagainya. Satu kajian tentang hubungkait
antara jenis dan kekerapan kursus dengan kadar kemalangan yang berlaku boleh dikaji
untuk menentukan kaitan antaranya dilaksanakan.
3. Pihak majikan perlu mengadakan perancangan tahunan untuk pekerja-pekerja
dalam menyediakan latihan-latihan secara formal atau pun tidak, dengan menitikberatkan
soal pengawasan, penyeliaan, papan tanda amaran, lawatan atau pemeriksaan mengejut
98
secara bersistematik dengan lebih berkesan. Ini dapat memantau disiplin dan etika kerja
yang dilaksanakan oleh pekerja menurut prosedur kerja selamat yang digariskan terlebih
dahulu. Kajian lanjut untuk menentukan hubungkait di antara kemudahan seperti
penyeliaan, papan tanda amaran, pemeriksaan yang teratur dengan kadar kemalangan
yang terjadi boleh dijalankan.
4. Disebabkan kepelbagaian peringkat usia yang melibatkan pekerja di tempat kerja
dapat mengawal kemalangan dari terus berlaku, maka majikan juga perlu mendedahkan
mereka kepada kursus-kursus yang melibatkan motivasi diri untuk meningkatkan tahap
kematangan dan tanggungjawab yang perlu dipikul secara bersama. Ini secara tidak
langsung dapat membantu meningkatkan kesedaran dan ketekunan untuk
mengoptimumkan produktiviti harian dan menjaga keselamatan diri selain kesihatan yang
dapat membantu kerja seharian mereka. Justeru itu, kajian lanjut boleh dilakukan ke atas
hubungkait di antara usia dengan kadar kemalangan yang dilaporkan.
5. Bagi ciri am keselamatan pula, ianya perlu dipertingkatkan berdasarkan keperluan
persekitaran dan penggunaan mesin atau jentera terbabit. Para pekerja yang terdedah
dengan penggunaan jentera yang berisiko tinggi perlu diberi perhatian agar ciri am
keselamatan diperbaharui dan sentiasa dipatuhi oleh perkerja-pekerja. Penerangan dari
masa ke semasa perlu dilakukan agar sifat lupa, ingin jalan pintas dapat diatasi dan
seterusnya mengawal dari peningkatan jumlah kemalangan di tempat kerja. Kajian lanjut
juga boleh dilaksanakan untuk menentukan hubungkait di antara ciri am keselamatan
dengan kadar kemalangan yang berlaku.
6. Penggunaan alat perlindungan diri juga amat penting. Melalui pengawasan dan
denda ke atas individu yang mengingkarinya boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan
untuk memberi pengajaran kepada para pekerja agar tidak mengabaikan kepentingan
peralatan tersebut. Selain itu peralatan perlindungan diri yang berkualiti juga dapat
menjamin kesempurnaan mereka menjalankan tugas dengan lebih cekap, efisen dan
teratur. Oleh itu, kajian lanjut untuk menentukan hubungkait di antara alat perlindungan
diri dengan kadar kemalangan boleh dilaksanakan di masa hadapan.
99
7. Akhir sekali, kepelbagaian kaum di tempat kerja sebenarnya dapat membantu
kelicinan operasi industri sekiranya majikan dapat menyediakan segala kemudahan yang
bersesuaian seperti bangsa yang berbeza memerlukan budaya yang bertepatan dengan ciri
kehidupan mereka. Begitu juga dengan masalah komunikasi dapat diatasi melalui
penterjemah atau ketua yang dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan
masyarakat kaum lain. Kajian seterusnya dengan lebih mendalam boleh dijalankan untuk
menentukan hubungkait di antara kepelbagaian kaum dengan kadar kemalangan yang
berlaku dalam IKS.
6.4 Peranan Dan Tanggungjawab Pihak Pengurusan
Dalam memastikan kadar kemalangan boleh dikurangkan di masa hadapan,
peranan dan tanggungjawab pihak pengurusan diharap dapat membantu mengurangkan
risiko kemalangan di tempat kerja. Langkah proaktif dalam menangani masalah tersebut
boleh dilaksanakan antaranya melalui :
a. memberi taklimat pada setiap perhimpunan pagi atau mesyuarat dengan
lebih kerap dan teratur.
b. memberi nasihat dan panduan untuk mengelakkan kemalangan daripada
terjadi atau berulang kembali.
c. menyediakan tempat laluan keluar dan masuk, yang lebih praktikal, teratur
dan selamat.
d. menyediakan suis kecemasan di tempat yang kritikal untuk memudahkan
pemberitahuan kejadian berbahaya yang berlaku.
e. menyiasat punca kemalangan dan cuba mengatasinya untuk mengelakkan
kejadian yang sama berulang seperti perbincangan dua hala dan
sebagainya.
f. mendisiplinkan pekerja melalui penerangan dan latihan di tempat kerja
selain pengiktirafan kepada mereka yang cemerlang pada setiap bulan.
100
g. menyedarkan pekerja tentang aspek keselamatan melalui peningkatan
kemudahan asas mencegah kemalangan seperti alat pemadam api, kotak
kecemasan, bilik rehat, kawasan larangan merokok dan sebagainya.
h. menekankan aspek pengawasan yang berterusan terhadap pekerja dan
sentiasa mengikut prosedur kerja selamat yang disediakan.
i. memahami polisi keselamatan syarikat dengan lebih baik serta mematuhi
undang-undang dan peraturan yang disediakan untuk mengelakkan
tindakan disiplin seperti denda dikenakan.
j. mempertingkatkan penggunaan jentera yang lebih cekap seperti jentera
automatik sepenuhnya atau separa automatik.
k. melaksanakan amalan di negara-negara membangun seperti program 5S,
pengiktirafan ISO dan sebagainya.
l. bekerjasama menyelesaikan sebarang isu atau masalah yang timbul
terutamanya berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.
m. mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih teratur, tersusun melalui
amalan pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara lebih
berkesan dan bertanggungjawab.
Secara amnya, peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pihak majikan
secara tidak langsung membantu perjalanan operasi syarikat dengan lebih tersusun
disamping memberi perhatian kepada pekerja tentang perlunya kesedaran berkaitan
keselamatan dan kesihatan mereka. Ini akan membantu mengurang dan mengawal
kemalangan dari terus berlaku dan juga melihatkan keperluan antara satu sama lain dalam
menjayakan sesebuah organisai terutamanya dalam IKS.
6.5 Kesimpulan
Pengurusan keselamatan dikaji secara terperinci melalui hubungkait di antara
kadar kemalangan dengan latihan di tempat kerja, umur, kaum, tahap pendidikan
101
akademik, tahap penyelenggaraan mesin, ciri am keselamatan dan alat perlindungan diri
dalam IKS di negeri Johor. Secara amnya kadar kemalangan dalam IKS boleh diatasi
dengan pendekatan secara sistematik sebagaimana yang dicadangkan dan ianya bukan
sahaja dapat meyakinkan tentang keselamatan serta kepentingan industri ini pada masa
sekarang malahan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan terutamanya dapat
mengelak dan mengurangkan kadar kemalangan yang perlu dihadapi setiap masa oleh
para pekerja. Selain itu peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh kedua-
dua pihak amat penting bagi memastikan kadar kemalangan dapat dikurangkan dan
menurun pada setiap tahun.
102
RUJUKAN
Ahmad Nor Salleh, (1998). Working Towards a Safe & Health Work Culture,
National Occupational Safety And Health Conference, PWTC, Kuala Lumpur.
Ahmad Fauzi Hasan, (1998). Roles and Responsibilities Under The Occupational
Safety and Health Act 1994, National Occupational Safety And Health Conference,
PWTC, Kuala Lumpur.
Anonymous (1987), Safety-Health and Working Condition Training Manual,
Malaysian Society for Occupational Safety and Health, Malaysia. 10 & 28.
Arezes, P.M, and Miguel, A.S. (2003), The Role of Safety Culture in Safety
Performance Measurement, Measuring Business Excellence. 7: 20 & 24.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Akta Kilang dan Jentera 1967, MDC
Publishers Printers Sdn Bhd.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994. Syarikat Percetakan Ihsan, Selangor.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (2001). Panduan Program REDO :
Jadual Kemalangan, Sektor, Pengelasan, Punca Pendorong, Kawasan Kemalangan,
103
Status, Pekerjaan, Jenis Kemalangan dan Kecederaan, Agensi Kemalangan dan
Lokasi Anggota Badan Terbabit. Ibupejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Kuala Lumpur
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, (1998) Safety and Health Committee
Activities Training Records. Ibupejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Kuala Lumpur
Krieger, G. R & Montsgomary, J. F, (1998.) Accident Prevention Manual For
Bussiness And Industry, Engineering and Technology, National Safety Council,
Illinios, USA.
Lee, L.T, (1998). Message from Chairman, National Institute of Occupational Safety
and Health, Bangi, Selangor.
Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir, (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data
Berkomputer SPSS 10.0, Venton Publishing, Kuala Lumpur
Noor Hasani Hashim (1997), Bahaya Kimia Industri, Buletin Umum Pusat Racun
Negara, USM Pulau Pinang.
Phang, C, (1998). Demonstration of Operation of Non-Major Hazard Installation
Under CIMAH Regulation 1996, National Occupational Safety And Health
Conference, PWTC, Kuala Lumpur.
Pybus, R, (1996). Safety Management : Strategy and Practice, Butterworth –
Heinemann, U.K.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (1996-2000). Laporan Tahunan (1996-2000),
Bilangan Majikan & Pekerja Berdaftar Dan Kemalangan Yang Dilaporkan Di Negeri
Johor. Ketua Unit Bahagian Korporat, Ibupejabat Kuala Lumpur.
104
Silvers, R, (1997), Process Safety Management In The Real World, Management
System,. 5/97 : 91-92. Lewis Publishers USA.
Seabrook, K.A, (1996), Global Safety and Health Management : Essentials of Safety
and Health Management, CRC Press Inc., US. 594 & 599.
Schaffer, B, and Vanderhoof, W, (2005), The Evolution of Safety at Washington Penn
Plastic, Managers, Workers Understand Leadership Commitment,. ABI/INFORM
12(8): 25.
Vincoli, J.W, (1994). Basic Guide To Accident Investigation and Loss Control.
London : Von Nostrand Reinhold, An International Thomson Publishing Company.
14.
Zakaria Ahmad, (1996).Kepimpinan Dan Keberkesanan Organisasi,Pusat
Pembangunan Pengurusan, Institut Tadbiran Awam Negara, Malaysia.
105
BORANG 1 APENDIK A
MAKLUMAT PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM
INDUSTRI KECIL DAN SEDRHANA
1. NAMA KILANG : _________________________________________
2. ALAMAT : _________________________________________
__________________________________________
3. NO. TEL/FAX : __________________________________________
4. JUM. MODAL BERBAYAR : _______________ RINGGIT M’SIA
5. PRODUK : __________________________________________
6. PENGURUS : __________________________________________
7. JUM.PEKERJA : LELAKI = ____________ P’PUAN = __________
8. PEG. KESLMTN : __________________________________________
9. NO.RUJ. JKKP : __________________________________________
10. NO. PEND. JKKP : __________________________________________
11. POLISI KESELAMATAN(SAFETY POLICY) : ADA/TIADA
12. AJK KESELAMATAN (SAFETY COMMITTEE) : ADA/TIADA
13. MANUAL PROSEDUR KERJA SELAMAT (SOP) : ADA/TIADA
14. BERAPAKAH PERUNTUKAN TAHUNAN UNTUK KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJA ?
__________________________________________________________________
106
15. ADAKAH SEBARANG LATIHAN DALAMAN (Internal Training)
DIBERIKAH KEPADA PEKERJA BARU ? NAMAKAN LATIHAN
TERSEBUT.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
16. ADAKAH SEBARANG LATIHAN LUARAN ( External Training)
DIBERIKAN KEPADA PEKERJA TERLATIH? SILA NAMAKAN.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
17. BERAPA KALIKAH MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN
DIADAKAN?
__________________________________________________________________
18. APAKAH PERKARA UTAMA YANG MENJADI AGENDA
PERBINCANGAN?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
19. PERNAHKAH TERJADI SEBARANG KEMALANGAN DI KAWASAN
KILANG ANDA?
__________________________________________________________________
20. NAMAKAN JENIS KEMALANGAN TERSEBUT DAN DI BAHAGIAN
MANA KEKERAPAN KEMALANGAN ITU BERLAKU.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
21. APAKAH TINDAKAN SEGERA YANG ANDA LAKUKAN
BERDASARKAN KEMALANGAN BERKENAAN?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
107
22. SIAPAKAH GOLONGAN PEKERJA YANG BIASANYA TERBABIT
DALAM KEMALANGAN TERSEBUT?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
23. ADAKAH ANDA MENGHADAPI SEBARANG MASALAH BERHUBUNG
DENGAN ARAHAN TERHADAP PEKERJA ? SILA NYATAKAN.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
24. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH PUNCA SESUATU KEMALANGAN
INDUSTRI ITU BERLAKU?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
25. PADA PENDAPAT ANDA, BAGAIMANAKAH CARA TERBAIK UNTUK
MENGATASI KEMALANGAN DARIPADA BERLAKU?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
108
APENDIK B
LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI
TEMPAT
KERJA
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
LAPORAN PEMERIKSAAN KILANG IKS
A. MAKLUMAT TEMPAT KERJA
1 NAMA TEMPAT KERJA :
2 ALAMAT :
3 JENIS INDUSTRI :
4 NOMBOR PENDAFTARAN :
5 JUMLAH PEKERJA : BIL PEKERJA LELAKI :
BIL PEKERJA WANITA :
6 JUMLAH JUALAN TAHUNAN : RM
(ANNUAL SALE TURN OVER)
B. PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN (K&K)
ADA TIADA
TAK PERL
U
1 DASAR K&K
2 JAWATANKUASA K&K
3 PEGAWAI K&K
4 NAMA PENGERUSI K&K (jika ada)
5 NAMA PEGAWAI K&K (jika ada)
C. MAKLUMAT PEMERIKSAAN
1 TARIKH PEMERIKSAAN :
2 NAMA PEMERIKSA : a)
b)
c)
D. 1. TAHAP PEMATUHAN : Cemerlang (A) / Baik (B) / Memuaskan (C) /
2. TAHAP PENCAPAIAN : % Kurang Memuaskan (D) / Tidak Memuaskan (E)
109ELEMEN-ELEMEN DALAM PEMERIKSAAN KILANG IKS
BIL PERKARA SEKSYEN / PERATURAN A B C D E CATATAN
1.0 PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
1.1 # Dasar Keselamatan OSHA SEK.16 ADA TIADA TAK PERLU
# Dasar Keselamatan dan Kesihatan OSHA SEK.16
1.2 # Pegawai Keselamatan dan Kesihatan OSHA SEK.29 ADA TIADA TAK PERLU
1.3 # Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ADA TIADA
# Mesyuarat berkala OSHA/JKKK Reg 21(1)
# Pemeriksaan ke tempat kerja oleh jawatankuasa K&K
OSHA/JKKK Reg 12
# Keahlian jawatankuasa K&K OSHA/JKKK Reg 5
# Penyiastan terhadap kemalangan, penyakit perusahaan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan & kemalangan nyaris
OSHA/JKKK Reg 13(1)
1.4 PERKIRAAN (MANUAL & PROSEDUR KERJA SELAMAT, SOP, WORK PERMIT)
# Sistem penyimpanan rekod K & K OSHA SEK.15 (2)(a)
1.5 LAPORAN KEMALANGAN DAN PENYAKIT PERUSAHAAN FMA SEK.31
1.6 KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Jumlah 0.30X
2.0 KESELAMATAN FIZIKAL
2.1 PREMIS/BANGUNAN
# Asas dan Lantai SHW Reg.6
# Bumbung FMA Sek.10(b)
# lantai kerja, pelantar tangga SHW Reg.11
# Kawalan premis/Bangunan SHW Reg.22
BIL PERKARA SEKSYEN / PERATURAN A B C D E CATATAN
2.2 JENTERA
# Sijil perakuan sah bagi jentera berperakuan FMA Sek.19
# Pemagaran jentera FMA Reg.4, FOM
OSHA SEK.15 # Program pemeriksaan jentera (2)(a)
OSHA SEK.15 # Sistem kerja yang selamat bagi jentera (2)(a)
OSHA SEK.15 2.3 PENYELENGGARAAN
BERJADUAL (2)(a)
# Penyenggaraan berjadual
2.4 LANTAI KERJA
# Lubang dan pembukaan lantai ditutup/pagar SHW Reg.8
# Laluan di lantai kerja SHW Reg.7&9
# Bekerja ditempat tinggi (lebih 10kaki) SHW Reg.12
# Pelantar-pelantar kerja dan laluan (cat walk) SHW Reg.11
2.5 KESELAMATAN LETRIK FMA
JUMLAH 0.2X 3 KESIHATAN PEKERJAAN
3.1 # Pemeriksaan Perubatan kepada Pekerja OSHA SEK.28 (2)
3.2 # Penilaian risiko kesihatan (bahan kimia, bunyi bising)
OSHA SEK.15 (2)(e)
3.3 PENGURUSAN BAHAN-BAHAN KIMIA
# Penerima bahan-bahan USECHH Reg.5
# Penggunaan bahan-bahan USECHH Reg.6
# Pengangkutan bahan-bahan OSHA SEK.15(2)b
# Pensetoran bahan-bahan FMA SHW Reg.15(1)&17(1)
# Buangan sisa bahan-bahan
3.4 PENILAIAN TEMPAT KERJA FMA SEK.22 &
# Penilaian pencahayaan tempat kerja SHW Reg.29
FMA SEK.22 & # Penilaian Pengalihudaraan tempat
kerja SHW Reg.25
FMA SEK.22 & # Penilaian Suhu tempat kerja
SHW Reg.28
FMA SEK.22 & # Penilaian ruang padu tempat kerja
SHW Reg.24
JUMLAH
111 BIL PERKARA SEKSYEN /
PERATURAN A B C D E MARKAH
3.5 # Penyediaan PPE OSHA SEK.15 (2)(e)
# Dibekal dan direkodkan /
# Pematuhan Pemakaian dan tanda amaran /
# Pemeriksaan dan senggaraan /
3.6 # Kebersihan dan kekemasan lantai kerja dan kawasan keseluruhan SHW Reg.23 /
3.7 ERGONOMIK
# Ergonomik SHW Reg 30&31 /
JUMLAH 0.2X
4 KEBAJIKAN
# Peti pertolongan cemas dan pegawai FMA Reg.38 SHW /
# Kemudahan tempat makan minum FMA Reg.33 SHW /
FMA Reg.34 # Kemudahan tandas SHW
/
# Kemudahan tempat rehat FMA Reg.37 SHW /
# Kemudahan sukan dan sosial FMA Sek 25(2)
JUMLAH 0.1X
5 PENYIMPANAN BAHAN DAN KELUARAN
OSHA SEK 15 (2)(b)
FMA # Pengurusan penyimpanan barang-barang/bahan-bahan
SHW.20 /
# Cara pensetoran yang diamalkan FMA SHW 20 /
# Pensetoran sempurna FMA.SHW.20 /
JUMLAH 0.10X
6 UMUM
# Keselamatan Orang lain selain pekerja OSHA Sek 17 /
# Kawalan keselamatan kanak-kanak daripada jentera FMA SEK.28 /
# Kesediaan menentang kebakaran FMA SEK.13 /
# Pembuangan bahan-bahan buangan FMA SHW Reg 23 /
JUMLAH 0.1X
KESELURUHAN
112
A. Tindakan Pemeriksa Tindakan No. Rujukan Seksyen/Peraturan Perihal Perlanggaran NOP NOI NOP NOI NOP NOI NOP NOI NOP NOI NOP NOI
AKKP
NOP NOI PLS PL
PLS PL PLS PL PLS PL
AKJ
PLS PL Surat Arahan
Cadangan Kompaun Cadangan AKKP AKJ Pendakwaan AKKP AKJ
B. ULASAN KESELURUHAN PEMERIKSAAN Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama : Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama :
C. ULASAN DAN CADANGAN KETUA KUMPULAN Tandatangan : Nama : D. ULASAN PENGARAH
Tandatangan Pengarah :
Nama :
113
BORANG 3
APENDIK C
SOAL SELIDIK
1. NAMA PEKERJA :_______________________________________________
2. UMUR/JANTINA :_________TAHUN LELAKI/PEREMPUAN
3. BANGSA : MELAYU/CINA/INDIA
LAIN-LAIN : NYATAKAN____________________________________
4. KELULUSAN: ____________________________________________________
5. JAWATAN :_____________________________________________________
6. TEMPOH BERKHIDMATAN :___________________________________
7. PERNAHKAH ANDA DIBERI LATIHAN SEWAKTU MEMULAKAN KERJA
DISINI? NAMAKAN LATIHAN TERSEBUT.
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
8. ADAKAH ANDA TAHU BERKENAAN AKTA KILANG DAN JENTERA
1967 SERTA AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
1994?
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
9. ADAKAH ANDA TAHU TENTANG POLISI KESELAMATAN?
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
10. ADAKAH ANDA TAHU MENGENAI JAWATANKUASA KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN?
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
11. APAKAH ANDA MENGENDALIKAN SEBARANG JENIS MESIN DI
TEMPAT KERJA? NYATAKAN JENIS MESIN TERSEBUT.
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
114
12. PERNAHKAH ANDA DIBERI PENERANGAN ATAU LATIHAN UNTUK
MENGENDALIKAN MESIN TERSEBUT? JIKA ADA,SILA NYATAKAN.
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
13. ADAKAH TERDAPAT SEBARANG CATATAN BERTULIS YANG
DINAMAKAN MANUAL PROSEDUR KERJA SELAMAT DIBERIKAN
KEPADA ANDA OLEH MAJIKAN? JIKA ADA, SILA JELASKAN.
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
14. PERNAHKAH MESIN YANG ANDA GUNAKAN DISELENGGARA,
SECARA MINGGUAN ATAU BULANAN?
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
15. ADAKAH ANDA DIBERI ALAT PERLINDUNGAN DIRI(PPE) OLEH
MAJIKAN? SILA NYATAKAN JENIS ALAT TERSEBUT.
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
16. ADAKAH SEBARANG PENJELASAN DIBERIKAN UNTUK
MENGGUNAKAN ALAT PPE TERSEBUT? JIKA ADA, SIAPA YANG
MENERANGKANNYA?
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
17. PERNAHKAH TERJADI SEBARANG KEMALANGAN DI TEMPAT ANDA?
JIKA ADA, NYATAKAN JENIS KEMALANGAN TERSEBUT.
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
18. BERDASARKAN KEMALANGAN TERSEBUT, APAKAH TINDAKAN
SUSULAN ANDA?
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
115
19. APAKAH REAKSI ATAU TINDAKBALAS DARI MAJIKAN ANDA
SELEPAS KEJADIAN KEMALANGAN TERSEBUT?
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
20. APAKAH TERDAPAT SEBARANG PEMBAIKAN ATAU LANGKAH
KESELAMATAN YANG DIPERTINGKATKAN OLEH MAJIKAN?
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
21. ADAKAH ANDA MENGHADAPI SEBARANG MASALAH BERHUBUNG
DENGAN ARAHAN DARIPADA MAJIKAN? SILA NYATAKAN.
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
22. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH PUNCA SESUATU KEMALANGAN
INDUSTRI ITU BERLAKU?
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________
23. PADA PENDAPAT ANDA, BAGAIMANAKAH CARA TERBAIK UNTUK
MENGATASI KEMALANGAN DARIPADA BERLAKU?
(YA/TIDAK)_______________________________________________________
__________________________________________________________________