Upload
mohd-shafiq-redzuan
View
1.735
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
Penjagaan Kesihatan Rasulullah Dari Perspektif
Sains
Amalan Tidur
Rasulullah
#1 | Amalan Tidur AwalDari Abu Barzah, bahawasannya Rasulullah saw membenci
tidur sebelum solat ‘Isya dan berbincang-bincang setelahnya.” (HR. Bukhari)
Mementingkan kesihatan sehingga waktu tidurnya dirancang.
Menurut Dr.Harvey Moldofsky Tidur lewat memberi kesan terhadap
jam biologi menjejaskan sistem hormon
Menganggu sistem pemulihan jaringan di seluruh badan.
- Pengarah Center for Sleep and Chronobiology -- Universiti Toronto -
#2 | Tidur Atau Berehat Sebentar Di Tengahari
Dari Anas bin Malik, bahawasannya ia berkata; Rasulullah saw bersabda; Tidurlah siang (Qailulah), kerana syaitan-syaitan tidak tidur siang (HR Abu Nu’aim dalam kitab ath-Thibb, dan ath-Thabrani) - Qailulah | berehat seketika di tengah hari, walaupun tidak disertai tidur. -
Mengembalikan dan menggantikan stamina yang telahpun hilang semasa berkerja di siang hari
Meningkatkan produktiviti,kualiti dan kreativiti kerja yang akan dijalankan selepas waktu tengah hari
#3 | Tidur Pada Rusuk Kanan
Dari Barra’ bin ‘Azib, bahwasannya Rasulullah saw bersabda apabila engkau hendak tidur, maka berwuduklah seperti wudukmu untuk solat, kemudian berbaringlah di sisi kanan, kemudian bacalah do’a (yang ertinya) “Ya Allah sesungguhnya Aku telah tundukkan wajahku kepadaMu, dan aku serahkan urusanku kepadaMu, dan aku tundukkan punggungku di hadapan-Mu dengan penuh harapan dan rasa takut kepadaMu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat menyelamatkan diri dariMu melainkan kepada-Mu, aku beriman kepada kitab yang Engkau telah turunkan dan beriman kepada Nabi yang Engkau telah utuskan”, dan jadikanlah kalimah itu sebagai akhir perkataanmu, jika engkau mati pada malam hari itu, kau mati dalam keadaan fitrah
Darah akan lebih dialirkan ke seluruh tubuh badan yang akan meringankan kerja-kerja jantung untuk mengepam darah keseluruh badan
Sistem pernafasan juga akan mengalami ganguan kerana kekurangan oksigen sampai ke tubuh badan
Memastikan organ lambung mendapat rehat untuk berfungsi dengan lancar dan tidur cara ini memberikan kedudukan makanan tidak berubah-ubah supaya perut dapat memproses makanan tersebut secara sistematik dan seterusnya menjaga organ perut daripada mengalami kerosakan.
Amalan Pemakanan Rasulullah
#1 | Keseimbangan Pemakanan
Dari Ma’dikarib, bahawasannya ia berkata, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda “Tiada ada benjana anak Adam yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mahu, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafasnya.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah)
Apabila perut terus diisi dengan makanan sehingga terlalu sarat, sukarlah ‘kilang’ dalam perut untuk memprosesnya
Mudah menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis
#2 | Menjaga Kesihatan Minuman
Dari Abu Qatadah; Bahwa Nabi saw melarang menghembuskan nafas
di dalam bejana (ketika minum). (HR al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah telah melarang umatnya bernafas di dalam air miuman oleh kerana perubahan sifat air.
Sifat air tersebut berubah daripada alkali kepada asid kerana sifat semulajadi air apabila di gabungkan dengan molikul karbo dioksida CO2 akan menghasilkan H2C03 iaitu sama dengan cuka yang mana tubuh badan memerlukan air yang benar-benar bersifat alkali
Rasulullah menggalakkan umatnya berhenti sebanyak tiga kali semasa meneguk air
#3 | Menutup Tempat Makanan
Dari Jabir bin ‘Abdullah ia berkata; Aku mendengar Rasulullah bersabda:“Tutuplah bejana-bejana, dan ikatlah tempat-tempat minuman, kerana di suatu malam pada setiap tahunnya akan ada wabakpenyakit (berbahaya) yang akan jatuh ke dalam bejana dan ketempat-tempat air yang tidak tertutup.” (HR Muslim)
Terlalu banyak penyakit yang semakin menjadi-jadi pada zaman ini seperti wabak kencing tikus yang boleh membawa maut
Rasulullah menganjurkan cara ini supaya keadaan makanan terhindar dari kotoran yang mampu membawa penyakit kepada anggota badan.
#4 | Makan Buah-BuahanDari sa’d, bahwasannya ia berkata,
“Aku mendengar Abdullah bin Ja’far berkata, “Aku melihat Nabi saw
makan kurma segar dengan qitsa` (sejenis mentimun).”
Kaum Arab Badui yang mengamalkan kurma secara teratur, menunjukkan pengurangan risiko kanser dan penyakit jantung.
Buah kurma juga kaya dengan serat yang mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam usus. Kandungan serat kurma juga membantu melindungi selaput lendir usus seterusnya mencegah penyakit sembelit
Kalium dalam kurma adalah komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah
#5 | Minum Dalam Keadaan Duduk"Sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri“ (HR Muslim)
Menurut Dr Abdul Razzak Al-Kailani
Minum sambil berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan keras dan akan melanggar lapisan perut
Jikalau perkara ini kerap berlaku dan berterusan di khuatiri akan menyebabkan organ perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan sukar untuk organ perut melakukan penghadaman sempurna
- Pakar Perubatan -
#6 | Makan Secara Sunnah
"Adalah baginda Nabi s.a.w apabila duduk untuk makan baginda akan
Duduk diatas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya (betis) kemudian baginda
bersabda “Sesungguhnya saya adalah hamba,saya duduk seperti seorang hamba duduk, dan saya
akan lakukan seperti seorang hamba lakukan.” (Ibnu Dohhak meriwayatkan didalam Syamail dari hadis
Anas)
Apabila kaki kanan ditegakkan dan ditekapkan di perut , organ perut akan sedikit dihimpit dan kawasan di bahagian dalam perut akan mengecil
Hal ini menyebabkan kawasan perut hanya dapat menerima kuantiti makanan yang sedikit berbanding makan secara lain dan ia akan mengurangkan keupayaan perut untuk memproses makanan dengan terlalu kerap.
#7 | Menjilat Jari Selepas Selesai Makan “Rasulullah SAW makan dengan tiga jarinya, lalu menjilat tangannya sebelum membersihkannya”
Saintis pada hari ini telahpun menemukan keajaiban disebalik perlakuan nabi yang mana sunnah menjilat jari memberi kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana di setiap jari jemari yang di jilat akan memudahkan pencernaan makanan
Jari-jari manusia telah dicipta dengan sejenis enzim yang akan mencernakan makanan 10 kali ganda kekuatan dari enzim air liur manusia
Amalan Kesihatan Tubuh Badan
Rasulullah
#1 | Menjaga Kebersihan Gigi (Bersiwak)
Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda: “Sekiranya tidak memberatkan ummatku atau manusia, niscaya aku akan perintahkan kepada mereka untuk bersiwak (menggosok gigi) pada setiap kali hendak shalat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Mulut sering mempunyai sisa-sisa makanan. Sisa-sisa ini akan menjadi tempat tumbuh dan berkembangnya penyakit apabila tidak dibersihkan.
Rasulullah saw menganjurkan untuk bersiwak (gosok gigi) menunjukkan perhatian baginda yang sangat tinggi terhadap kesihatan
#2 | Menjaga Kebersihan Tubuh Badan
Dari Aisyah dia berkata, “Rasulullah saw bersabda: “Ada sepuluh perkara dari fitrah; mencukur misai, memanjangkan janggut, bersiwak, beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung), memotong kuku, bersuci dengan air, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan beristinja’ dengan air.” Zakariya berkata, Mush’ab berkata, “Dan aku lupa yang kesepuluh, kemungkinan adalah berkumur-kumur.” (HR Muslim)
Rasulullah mengajarkan kebersihan tubuh badan dan kebersihan tubuh akan menjauhkan seseorang dari kuman yang membawa penyakit ke tubuh badan.
#3 | Menjaga Kebersihan Air Mandian
Dari Abu Hurairah dari Nabi saw, beliau bersabda: “Janganlah salah seorang di antara kalian kencing di air yang menggenang kemudian dia mandi darinya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut menerangkan bahawa di setiap siraman air ke tubuh badan perlulah di pastikan air tersebut dalam keadaan suci lagi mensucikan iaitu mutlak.Janganlah dicampurkan dengan bendasing yang mampu mendatangkan mudarat kepad tubuh badan.
Terima Kasih