8
Penyataan Profesional (Sebelum Praktikum) Pada semester 7 dalam program PISMP, saya Chin Pei Kuan selaku guru pelatih di IPG Kampus Ipoh dikehendaki menjalani praktikum Fasa 3 selama 12 minggu, iaitu dari 2 Februari 2015 hingga 5 Mei 2015 di SJK (C) Hua Lian (1), Taiping, Perak. Ahli-ahli kumpulan saya dalam praktikum kali ini termasuk saudari Heng Mooi Chin dan saudara Low Hong Hin, Tang Zhi Quan dan Tun Chee Soon. Sepanjang tempoh praktikum fasa ini, saya akan menjalankan praktikum berdasarkan subjek major dan subjek elektif 2, iaitu Pengajian Cina dan Sains. Sebelum ini, saya dan ahli-ahli kumpulan saya telah berjumpa dengan guru besar, En. Teh Show Kiat di SJK (C) Hua Lian (1) untuk bertegur sapa dan memaklumkan bahawa kedatangan kami untuk menjalani praktikum di sekolah tersebut. Pada masa yang sama, kami juga telah meninjau lokasi sekoah terlebih dahulu untuk mengambil tahu tentang masa perjalanan yang diperlukan supaya kami dapat menjangka masa untuk bertolak ke sekolah semasa tempoh praktikum. Oleh sebab jarak sekolah tersebut hingga ke IPG Kampus Ipoh terlalu jauh, saya dan ahli-ahli kumpulan saya telah menyewa satu rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah tersebut. Tempoh masa yang diambil untuk perjalanan dari rumah sewa kami ke sekolah tersebut adalah lebih kurang 5 minit. Selain itu, kami juga mengambil peluang ini untuk meninjau dan memerhati keadaan sekeliling sekolah itu. Kami mendapati penyediaan prasarana sekolah ini adalah mencukupi dan telah berjaya mewujudkan suasana

Penyataan Profesional.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penyataan Profesional.docx

Penyataan Profesional

(Sebelum Praktikum)

Pada semester 7 dalam program PISMP, saya Chin Pei Kuan selaku guru

pelatih di IPG Kampus Ipoh dikehendaki menjalani praktikum Fasa 3 selama 12

minggu, iaitu dari 2 Februari 2015 hingga 5 Mei 2015 di SJK (C) Hua Lian (1),

Taiping, Perak. Ahli-ahli kumpulan saya dalam praktikum kali ini termasuk saudari

Heng Mooi Chin dan saudara Low Hong Hin, Tang Zhi Quan dan Tun Chee Soon.

Sepanjang tempoh praktikum fasa ini, saya akan menjalankan praktikum

berdasarkan subjek major dan subjek elektif 2, iaitu Pengajian Cina dan Sains.

Sebelum ini, saya dan ahli-ahli kumpulan saya telah berjumpa dengan guru

besar, En. Teh Show Kiat di SJK (C) Hua Lian (1) untuk bertegur sapa dan

memaklumkan bahawa kedatangan kami untuk menjalani praktikum di sekolah

tersebut. Pada masa yang sama, kami juga telah meninjau lokasi sekoah terlebih

dahulu untuk mengambil tahu tentang masa perjalanan yang diperlukan supaya

kami dapat menjangka masa untuk bertolak ke sekolah semasa tempoh praktikum.

Oleh sebab jarak sekolah tersebut hingga ke IPG Kampus Ipoh terlalu jauh, saya

dan ahli-ahli kumpulan saya telah menyewa satu rumah sewa yang berdekatan

dengan sekolah tersebut. Tempoh masa yang diambil untuk perjalanan dari rumah

sewa kami ke sekolah tersebut adalah lebih kurang 5 minit. Selain itu, kami juga

mengambil peluang ini untuk meninjau dan memerhati keadaan sekeliling sekolah

itu. Kami mendapati penyediaan prasarana sekolah ini adalah mencukupi dan telah

berjaya mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan kondusif

untuk murid-murid.

Sebelum memulakan praktikum, saya telah mengharapkan hasil yang terbaik

yang dapat saya berikan kepada diri sendiri, guru pembimbing, pihak sekolah,

pensyarah penyelia mahupun anak murid sekolah. Dengan hal yang demikian,

pengalaman yang diperoleh semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan

kedua-dua fasa praktikum sebelum ini dapat dijadikan sebagai bimbingan dan

panduan supaya saya boleh melakukan uasaha yang terbaik dalam praktikum Fasa

3 ini.

Page 2: Penyataan Profesional.docx

Sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan melakukan usaha yang terbaik

untuk menjalankan peranan saya sebagai seorang guru yang dapat merancang

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kreatif berdasarkan minat dan keupayaan

kognitif murid. Tidak dikecualikan juga saya akan menyampaikan seberapa banyak

ilmu pengetahuan kepada anak murid. Walau bagaimanapun, saya turut tidak akan

mengabaikan perkembangan tingkah laku murid agar mereka memiliki

perkembangan diri yang holistik dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sahsiah.

Akhir sekali, saya berazam untuk melakukan sesuatu sumbangan yang

berguna dan bermanfaat kepada pihak sekolah. Saya akan mengambil peluang ini

untuk menimba ilmu dan pengalaman mengajar daripada guru-guru sekolah.

Dengan ini, barulah saya dapat membuat penambahbaikan dalam alam pengajaran

saya di sekolah pada masa hadapan. Kesimpulannya, saya telah membuat

persiapan yang secukupnya untuk menghadapi cabaran dalam tempoh masa

sebulan ini. Saya berharap agar segalanya akan berjalan dengan lancar dalam

tempoh praktikum.

Page 3: Penyataan Profesional.docx

Penyataan Profesional

(Semasa Praktikum)

Sepanjang tempoh praktikum ini, saya menyedari bahawa saya sedang

menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru yang sebenar untuk

menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Selama tempoh praktikum ini, boleh

dikatakan tidak ada sehari pun yang senang. Penyediaan rancangan pengajaran

harian (RPH) dan pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) telah menjadi rutin

seharian saya. Saya telah menyedari bahawa pengurusan masa adalah amat

penting supaya kita boleh menyiapkan kerja yang banyak dalam masa yang

ditetapkan.

Cabaran utama semasa praktikum adalah penulisan rancangan pengajaran

harian. Kami diwajibkan menulis sekurang-kurangnya enam rancangan pengajaran

dalam masa seminggu. Tugasan ini kelihatan senang tetapi sebenarnya tugasan ini

amat susah kerana kami dikehendaki mencipta aktiviti pengajaran yang menarik dan

kreatif. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid tentang isi pelajaran

melalui aktiviti yang seronok supaya mereka dapat belajar melalui bermain.

Sehubungan dengan itu, saya juga menghadapi masalah dalam pengurusan

masa pengajaran saya. Sungguhpun, saya telah merancang RPH saya dengan baik,

tetapi saya akan menghadapi masalah kekurangan masa untuk melaksanakan

aktiviti-aktiviti yang dirancang seperti apa yang ditulis dalam RPH. Berdasarkan hal

ini, saya telah menjalankan refleksi terhadap pengajaran diri sendiri. Saya

mendapati punca utama ialah kekurangan sensitif terhadap masa. Saya seharusnya

melaksanakan setiap peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran

mengikuti masa yang ditetapkan sebaiknya. Saya akan berusaha mengatasi

masalah ini dalam tempoh praktikum ini.

Tambahan pula, masalah pengurusan disiplin bilik darjah di kelas 2H juga

amat merunsingkan saya. Saya telah cuba sedaya upaya saya untuk memberi

pengajaran yang sesuai untuk murid-murid di kelas ini tetapi masih tidak begitu

berkesan. Dengan hal ini, saya menyedari betapa pentingnya seseorang guru

mencari titik keseimbangan untuk menjadi seorang guru yang mesra dan tegas pada

masa yang sama. Hal ini dapat memastikan murid-murid berasa hormat dan takut

Page 4: Penyataan Profesional.docx

terhadap guru tetapi pada masa yang sama, guru masih dapat menjalinkan

hubungan yang erat antara satu sama lain. Saya harus memberi arahan dengan

nada yang lebih tegas supaya mereka akan bersikap serius untuk memberi tumpuan

terhadap proses P d P saya dan membuat kerja rumah yang saya berikan.

Di samping itu, saya juga telah diagihkan untuk bertugas sebagai guru

penasihat dalam Pengakap, Persatuan Bahasa Cina dan Kelab Badminton. Hal ini

telah memberi peluang kepada saya untuk memerhati dan belajar cara guru sekolah

mengajar atau melatih murid-murid dalam aktiviti kokurikulum. Saya akan membantu

guru-guru sekolah untuk memantau dan mengawasi murid-murid semasa mereka

melaksanakan aktiviti yang lasak. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengajar

kemahiran atau permainan melalui aktiviti kokurikulum ini.

Sepanjang tempoh praktikum ini, saya telah belajar pelbagai perkara seperti

cara dan teknik mengajar dan cara berkomunikasi dengan warga sekolah. Saya

telah meminta tunjuk ajar dan maklum balas daripada guru pembimbing dan

pensyarah penyelia selepas mereka memasuki kelas saya untuk menjalankan

penyeliaan terhadap proses P d P saya. Mereka telah memberitahu kelemahan saya

dan memberi pendapat yang bernas untuk memperbaiki kualiti pengajaran saya.

Saya berjanji akan buat yang lebih baik pada sesi pengajaran yang seterusnya.

Selaras dengan itu, hubungan saya bersama dengan anak murid saya juga

semakin erat. Saya berusaha untuk menambah baik cara pengajaran dan

memikirkan aktiviti-aktiviti yang baru dan kreatif agar mereka tidak mudah berasa

bosan dan sentiasa menanti-nantikan kemasukan saya ke kelas mereka. Sebagai

seorang guru, kita tidak sekadar mengajar apa yang terkandung dalam buku teks,

bahkan juga harus memberi sedikit sebanyak pengetahuan tambahan yang berkait

rapat dengan kehidupan mereka.

Dalam masa tiga bulan ini, saya berpeluang mengenali kedua-dua orang guru

pembimbing saya, iaitu Puan Sim Nancy dan Puan Ho Lee Wah dengan lebih

mendalam. Mereka merupakan seorang guru yang berpengalaman dan

bertanggungjawab. Mereka telah banyak memberi bimbingan dan panduan kepada

saya semasa saya menghadapi sebarang masalah dalam perancangan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Mereka memberi penjelasan dan menjawab semua

soalan yang saya kemukakan dengan sabar dan jelas. Mereka juga membekalkan

Page 5: Penyataan Profesional.docx

saya banyak maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan pengajaran seperti

huraian sukatan pelajaran, buku teks Tahun 2 dan 3, buku latihan yang berkaitan

dan sebagainya. Guru-guru di sekolah ini juga amat peramah dan kami akan saling

menyapa apabila bertemu tidak kira di mana-mana tempat.

Sementelahan pula, pensyarah pembimbing kami, Encik Lam Yat Chaw juga

memberikan banyak bantuan kepada saya. Beliau telah memberikan cadangan yang

berguna kepada kami supaya kami dapat menyesuaikan diri dengan baik di keadaan

yang baru. Beliau juga memberikan pendapat yang berguna untuk

mempertingkatkan teknik pengajaran kami. Sewaktu kami menghadapi masalah,

beliau akan memberikan dorongan dan galakan kepada kami.

Dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing serta semua pihak yang banyak membantu saya

sepanjang tempoh praktikum ini. Saya berjanji akan berusaha untuk menjadi

seorang guru yang baik dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara

pada masa yang akan datang.

Setelah menjalani beberapa bulan praktikum ini, saya telah mendapati

bahawa seorang guru yang baik bukan sahaja perlu mahir dalam pengajaran,

bahkan juga perlu menjadi seorang suka bergaul. Hal ini kerana seorang guru akan

berhadapan dengan banyak pihak termasuklah murid-murid yang terdiri daripada

latar belakang yang berlainan dan bergaul dengan setiap warga sekolah mahupun

ibu bapa murid-murid. Justeru itu, saya berhasrat untuk menjalinkan hubungan yang

baik dengan semua warga sekolah. Saya juga sering mengingati ahli-ahli kumpulan

saya untuk bersenyum tidak kira bertemu dengan sesiapa di sekolah ini untuk

memberi satu tanggapan yang baik.