6
8/8/2019 Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri http://slidepdf.com/reader/full/penyelewengan-dari-jalan-dakwah-muhasabahkan-diri 1/6 1 PENYELEWENGAN DARI JALAN DAKWAH; MUHASABAHKAN DIRI  Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini (http://kamarulazami.blogspot.com ) Untuk Usrah Siswazah Muda ABIM (SisMA) 11 November 2010 Setelah beberapa minggu kita bersama-sama membincangkan serta mengupas tajuk-tajuk awal berkenaan dengan dakwah, marhalahnya serta menilai kesilapan yang dilakukan di dalam proses memenuhi marhalah-marhalah dakwah ini, alhamdullillah, ternyata jalan dakwah ini amat terang dan disuluhi dengan cahaya petunjuk dari pelbagai sumber khususnya Al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w. Berpegang kepada cahaya yang telah Allah s.w.t. sediakan untuk kita, pasti perjalanan dakwah ini akan sentiasa berada di atas jalan yang benar. Namun sudah menjadi lumrah sebagaimana kita semua fahami, ia tidaklah semudah itu sahaja. Pada kala perjalanan dakwah kita ini disuluhi cahaya, kadangkala, mata kita ini terhijab atau tertutup dari melihat cahaya sebenar dan akhirnya mula menyeleweng dan tersasar dari jalan yang benar ini. Menurut Ustaz Mustafa Masyhur, penyelewangan ini kerapkali berlaku dan pernah pun berlaku dikala ummat sedang bangkit untuk menegakkan kebenaran. Ia disebabkan oleh keghairahan pendakwah-pendakwah muda yang ingin membuat pembaharuan serta penambahbaikkan yang akhirnya membawa kepada perubahan niat perjuangan mereka sendiri. Ramai juga dikalangan mereka yang tersalah sangka kepada orang yang mereka ikuti. Nampaknya seperti memperjuangan Islam sebagai cara hidup, tetapi rupa-rupanya sekadar pada nama dan kata- kata tetapi tidak dari segi tingkahlakunya. Rujukilah abang-abang kita dalam usaha dakwah ini dan bersabarlah agar kita semua tidak tergelincir disebabkan kurangnya pengetahuan dan penerangan tentang perkara-perkara yang tidak kita ketahui. Usaha-usaha sebegini amat penting. Ia akan memberikan kesan besar kepada generasi seterusnya kerana ia adalah untuk memperbaiki unsur-unsur di dalam diri kita sebelum berusaha memperbaiki dan merubah unsur-unsur yang terdapat pada musuh-musuh kita. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Anaam ayat 153 yang bermaksud;  Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lai n dari Islam), kerana jalan-  jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah  perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa (Al-Anaam: 153)

Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

8/8/2019 Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penyelewengan-dari-jalan-dakwah-muhasabahkan-diri 1/6

1

PENYELEWENGAN DARI JALAN DAKWAH; MUHASABAHKAN DIRI  Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com )

Untuk Usrah Siswazah Muda ABIM (SisMA) 11 November 2010 

Setelah beberapa minggu kita bersama-sama membincangkan serta mengupas tajuk-tajuk

awal berkenaan dengan dakwah, marhalahnya serta menilai kesilapan yang dilakukan di dalam

proses memenuhi marhalah-marhalah dakwah ini, alhamdullillah, ternyata jalan dakwah ini amat

terang dan disuluhi dengan cahaya petunjuk dari pelbagai sumber khususnya Al-Quran dan Sunnah

Rasul s.a.w. Berpegang kepada cahaya yang telah Allah s.w.t. sediakan untuk kita, pasti perjalanan

dakwah ini akan sentiasa berada di atas jalan yang benar.

Namun sudah menjadi lumrah sebagaimana kita semua fahami, ia tidaklah semudah itu

sahaja. Pada kala perjalanan dakwah kita ini disuluhi cahaya, kadangkala, mata kita ini terhijab atau

tertutup dari melihat cahaya sebenar dan akhirnya mula menyeleweng dan tersasar dari jalan yang

benar ini. Menurut Ustaz Mustafa Masyhur, penyelewangan ini kerapkali berlaku dan pernah pun

berlaku dikala ummat sedang bangkit untuk menegakkan kebenaran. Ia disebabkan oleh

keghairahan pendakwah-pendakwah muda yang ingin membuat pembaharuan serta

penambahbaikkan yang akhirnya membawa kepada perubahan niat perjuangan mereka sendiri.

Ramai juga dikalangan mereka yang tersalah sangka kepada orang yang mereka ikuti. Nampaknya

seperti memperjuangan Islam sebagai cara hidup, tetapi rupa-rupanya sekadar pada nama dan kata-

kata tetapi tidak dari segi tingkahlakunya.

Rujukilah abang-abang kita dalam usaha dakwah ini dan bersabarlah agar kita semua tidak

tergelincir disebabkan kurangnya pengetahuan dan penerangan tentang perkara-perkara yang tidak

kita ketahui. Usaha-usaha sebegini amat penting. Ia akan memberikan kesan besar kepada generasi

seterusnya kerana ia adalah untuk memperbaiki unsur-unsur di dalam diri kita sebelum berusaha

memperbaiki dan merubah unsur-unsur yang terdapat pada musuh-musuh kita. Firman Allah s.w.t.

di dalam surah Al-Anaam ayat 153 yang bermaksud;

  Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah

kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-

  jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah

 perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa (Al-Anaam: 153)

Page 2: Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

8/8/2019 Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penyelewengan-dari-jalan-dakwah-muhasabahkan-diri 2/6

Penjelasan Allah itu amat mudah difahami. Lorongan Allah s.w.t. kepada kita untuk berada di

  jalan dakwah yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini merupakan ruangan untuk kita

mempersiap diri dan mengukuhkan kefahaman kerana ia adalah jalan yang lurus dan menuju kepada

cita-cita yang benar InsyaAllah. Bahkan, pilihan selain dari jalan-Nya ini, akan menyebabkan kita

semua berpecah belah dan saling bermusuhan sesama sendiri yang akhirnya, kesejahteraan dunia

yang kita harapkan tidak kesampaian bahkan akhirat jua yang kita korbankan. Perjuangan untuk

menuju ke syurga ini juga telah Allah perjelaskan dan mohon dipertegaskan di dalam diri kita dengan

firman-Nya di dalam surah Yusuf ayat 108 yang bermaksud;

  Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku,

menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang

 jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan

bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" (Yusuf: 108)

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian.

Perjelaskanlah kedudukan dan ketegasan di dalam diri bahawasanya, kerja dakwah inihanya

untuk Islam, mengemis kepada ummat manusia lain untuk kembali hidup berTuhan dan rujukilah Al-

Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. serta kehidupan dan persekitaran yang menjadi bukti

 jelas dan nyata.

FAKTOR-FAKTOR PENYELEWANGAN DALAM DAKWAH

Terdapat beberapa faktor yang dibincangkan oleh Ustaz Mustafa Masyhur di dalam bukunya

Jalan Dakwah. Ia amat bersesuaian dengan senario kita pada hari ini, yang mengakui berada di dalam

  jemaah Islam, bekerja dan menghabiskan segala upaya demi menegakkan Islam di dalam diri kita.

Semngat sahaja tidak mencukupi rupanya. Faktor utama yang menyumbang kepada penyelewangan

adalah disebabkan oleh kekosongan jiwa agama. Ini jelas, apabila yang berjuang tidak punya

pegangan yang jelas dan fahaman yang baik tentang agama Allah ini, maka mereka juga membawa

perjuangan kosong yang hanya dipenuhi dengan keseronokan dan kesenangan.

 

Hasilnya perjuangan mereka telah hilang kanun atau undang-undang dalam strategi dakwah

mereka. Ia bertitik tolak dari keadaan jahil dan merasakan semangat serta cita-cita memadai tanpa

Page 3: Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

8/8/2019 Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penyelewengan-dari-jalan-dakwah-muhasabahkan-diri 3/6

3

mahu memperbaiki diri sendiri. Kita juga sedar dan harus merasa tanggungjawab kerana semangat

mereka itu tiada bimbingan daripada mereka yang lebih baik pengetahuannya. Kelemahan ini jelas

dapat kita lihat dipersekitaran kita sendiri. Rakan, teman, sahabat yang pada satu ketika dahulu kita

mereka begitu seronok kerana mempunyai ramai teman yang berfikiran dan bertindak sebagaimana

kita. Tetapi bagaimana kita dan mereka hari ini? Konsep perjuangan atas jalan dakwahini telah

berubah kerana hanya disebabkan oleh mereka-mereka yang tidak faham dan dosa kita pula apabila

hanya menyatakan kesalahan tetapi tidak sama-sama memperbaiki mereka. Hidayah adalah hak

mutlak Allah s.w.t. dan bukan kita. Kita tidak harus menuding jari dan mencari salah bahkan

sepatutnya bersama-sama berusaha mencari pintu keluar dan sentiasa saling nasihat-menasihati.

PENYELEWENGAN YANG BERLAKU

Ilmu merupakan satu keperluan yang tinggi dalam usaha menyampaikan dakwah dan

peringatan kepada seluruh ummat manusia dari dulu sehingga kini. Maka, merasakan diri sudah

cukup berilmu merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima pakai sebagai seorang pendakwah.

Akhir-akhir ini, ramai dikalangan teman-teman dan sahabat-sahabat kita sudah mula menolak dan

tidak mahu menerima sebarang nasihat atau peringatan yang disampaikan kepada mereka. Bahkan,

mereka lebih mudah untuk menjauhkan diri mereka dari si pemberi peringatan ini. Oleh yang

demikian, timbullah di dalam hati mereka perasaan merendah dan memudahkan pandangan dan

urusan orang lain. Kedangkalan ilmu ini juga melahirkan corak-corak perjuangan yang hanyatertumpu kepada sesuatu bidang sahaja. Kata mereka, Kita sudah melakukan apa yang tidak upaya

mereka lakukan. Akhirnya perasaan kelazatan itu menutup keupayaan lain yang sebenarnya dapat

dibangunkan dan diterjemahkan ke dalam hidup seorang pendakwah.

 

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah sekalian.

Marilah bersama kita belajar dan tuntut ilmu-ilmu yang berguna dan memberikan manfaat

lebih besar kepada ummat dan diri kita sendiri. Usahlah kita melampaui batas dalam usaha ini dan

bersederhanalah. Jangan pula kerana ghairah menuntut ilmu akhirnya kita melupakan kerja dakwah

dilapangan. Wujudkanlah perasaan bersangka baik dengan apa sahaja ilmu yang kita terima dan

ketahuilah pastinya ia adalah ilmu yang terbaik berbanding dari apa yang belum kita ketahui.

Cantumkan pengetahuan itu dengan amal kerana pengetahuan sahaja menjadikan ia maklumat,

amal sahaja menjadikan ia sesuatu yang sia-sia, tetapi apabila dicantumkan pengetahuan dengan

Page 4: Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

8/8/2019 Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penyelewengan-dari-jalan-dakwah-muhasabahkan-diri 4/6

amal menjadikan ia ilmu dan dari Dia datanglah faham. Sebarkanlah. Berlapang dadalah dan

 janganlah dibekukan kefahaman itu. Letakkanlah nilai manusia iatu pada tempatnya, bak penyataan

Muhammad Natsir di dalam penulisannya, Wahyu Memanggil Fitrah dan Fitrah Menghajatkan

Wahyu.

Apabila ilmu menjadi bekal yang sentiasa diperkembangkan, maka, ummat dan ahli jemaah

kita sendiri tidak akan lagi memperbincangkan tentang perkara cabang bahkan dasar yang menjadi

keutamaan. Penyelewangan perkara cabang dan dasar ini berlaku apabila terdapat sesetangah

daripada kita, pendakwah ini yang lebih mudah melihat perjuangan yang hasilnya dapat dilihat

berbanding yang disembunyikan Allah s.w.t. Mereka tidak mahu menilai dari sudut hatinya tetapi

fizikalnya. Apabila yang dikejar adalah keseronokan tetapi bukan keberkatan. Usahanya lebih kepada

persahabatan dan persaudaraan berbanding ikatan hati yang jitu kerana Allah s.w.t. Sifatnya lebih

kepada Islam yang kepura-puraan berbanding kepercayaan dan sifat Ihsan kepada Allah s.w.t.Akhirnya amal mereka tidak tertumpu kepada keredhaan Allah s.w.t. tetapi hanya mengharap

keredhaan manusia semata-mata. Akhirnya, sesebuah gerakan Islam itu akan dicemuh dan mereka

lari darinya. Ingatlah sahabat-sahabatku, fokus kita adalah Allah s.w.t. dan akidah yang benar serta

cara hidup Islam yang terbaik.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu

 jemu. Mesej ini sangat mudah untuk difahami. Allah tidak akan jemu dengan apa yang kita lakukan

untuknya samaada dosa atau pahala, tetapi kita akan lebih mudah berasa jemu apabila kita lakukansesuatu tidak mendatangkan hasil atau mendapat penghargaan orang lain. Pesan Ustaz Mustafa

Masyhur, di dalam usaha dakwah usahlah terlalu keras dan bersusah payah. Ini akan membebankan

kita. Keutamaannya adalah istiqamah. Nafsu ini diibaratkan sebagai anak kecil, apabila diberikan

susu secara cuai, mereka akan terus memintanya sehinggalah berusia 9 atau 10 tahun. Tetapi jika

dari awal ianya dibendung pasti tidak sukar.

Nafsu yang tidak dididik akan melahirkan diri yang terburu-buru serta berlewahan dari segi

tindakan dan amalan. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud;

    Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala

kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah

 jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami 

Page 5: Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

8/8/2019 Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penyelewengan-dari-jalan-dakwah-muhasabahkan-diri 5/6

5

bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang

terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang

kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami,

dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk 

mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah: 286)

Peringatan Allah s.w.t. ini menunjukkan kemampuan manusia itu tehad dan bergantung

kepada ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita. Tidak upaya menanggung bukan

bermakna tidak berbuat apa-apa bahkan perlu melakukannya pada kadar yang termampu dan di

dalam ayat ini Allah s.w.t. juga memerintahkan kepada kita supaya menyerah diri atas perintah Allah

tadi. Namun, ramai dikalangan sahabat-sahabat kita apabila diberikan amanah dakwah ini, mereka

lakukannya dengan terburu-buru dan ada sebahagiannya yang berlewah-lewahan sahaja. Melakukan

ia bak melepaskan batuk di tangga. Allah s.w.t. sebutkan di dalam ayat di atas, pahala untukkebaikan dan dosa untuk kejahatan. Jalankan amanah dakwah itu kebaikan dan pahala untuknya,

bahkan menyatakan bahawa dakwah itu amanah, tetapi perbuatannya jauh dari apa yang diperkata,

nescaya Allahlah yang Maha Menghitung.

Terburu-buru dalam erti kata dakwah adalah tidak mengikut perincian dan perancangan

yang ditentukan oleh jemaah. Terdapat sebahagian dari kita yang melihatkan usaha dakwah ini tidak

berkesan, lantas mengambil jalan pintas untuk melibatkan diri dalam ruangan yang juga dakwah

tetapi terlalu optimis yang usaha dakwah mereka akan berjaya. Mereka menjangkakan tindakan ituwajar dan patut sedangkan mereka lupa bahawa tunjangnya mungkin mereka rasakan ada iaitu

akidah dan iman, tetapi yang menuruti keduanya adalah persatuan dan perpaduan dari sudut fikrah

dan tindakan. Kemudiannya barulah datang kuasa dan persenjataan, itupun jikasekiranya amat-

amat perlu.

Terburu-buru ini lebih jelas dalam konteks ahli gerakan yang memilih politik berbanding

tarbiyah. Apa yang berlaku, mereka mula merasakan tarbiyah ini suatu tugas hanya untuk

pendakwah dan politik hanya kepada mereka yang berada di dalam salurannya. Mereka lupa

bahawa politik juga memerlukan tarbiyah yang benar dan jitu dan semestinya berasaskan akidah

yang kuat imannya terhadap Allah s.w.t. Pemikiran mereka mula dicorak berdasarkan pemikiran

politik bukan lagi tarbiyah. Kuantiti lebih bermakna pada mereka berbanding kualiti. Teriakkan dan

omongan kosong lebih perlu berbanding berkata benar. Mendapat sokongan manusia itu lebih

bermakna dari keredhaan Allah. Berkata apa yang manusia hendak dengar dapat meraih sokongan

Page 6: Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

8/8/2019 Penyelewengan Dari Jalan Dakwah; Muhasabahkan Diri

http://slidepdf.com/reader/full/penyelewengan-dari-jalan-dakwah-muhasabahkan-diri 6/6

6

berbanding mengingatkan manusia tentang perkara yang benar. Inilah bezanya tarbiyah dan siasah.

Ingatlah sahabat-sahabatku, hari ini gerakan Islam bukan tiada kuantiti, tetapi tiada kualiti.

Sahabat-sahabat seperjuangan.

Manusia memang sering melakukan kesalahan dan kadang-kadang ada juga sifat benarnya.

Apa yang utama buat kita semua adalah berpegang kepada tali Allah. Jika ada yang bersalah, tegur

dan betukanlah. Jika ada perbezaan pendapat, maka baiki dan berlapang dadalah. Oleh sebab itulah,

di dalam perbezaan pendapat, ada adab dan sentiasa meletakkan pergantungan itu kepada Allah

s.w.t. Inilah ertinya dakwah dan manusia. Keutamaan yang wajar kita berikan adalah dari sudut

tolong-menolong dan bahu-membahu. Perbezaan itu mematangkan dan mendewasakan kita jika

paksinya adalah kerana Allah s.w.t. dan kita mencari kebenaran. Tetapi jika ada niat untuk menang

atau menjaga kepentingan kemudian disebarkan untuk mendapatkan perhatian, itu adalah dakwahyang membuang masa kerana selepas itu kita terpaksa menghabiskan masa untuk mengatasi

perpecahan di dalam gerakan dakwah itu.

Fahamilah dengan benar peranan dan tanggungjawab kita. Celikkan mata, lapangkan hati,

bukakan minda kita supaya dapat melihat dan memerhati ciri-ciri penyelewangan ini di dalam wadah

yang kita sertai. Keluar bukan bererti selamat, berhenti bukan bermakna terlepas dari amanah.

Bahkan akan ditanya akan ia kepada kita tentang tanggungjawab dan peranan, adakah kita rasa

sudah ada jawapannya atau sekarang baru kita terfikir tentangnya? Segala yang baik itu datang dariAllah s.w.t. dan yang lemah itu datang dari diri sebagai manusia biasa, haknya Allah s.w.t. berikan

kepada kita untuk melakukan pilihan.

Penulis juga merupakan;

Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management ( http://iqclassmanagement.blogspot.com)

Bendahari Agung Briged Bakti Malaysia (BBM)

Setiausaha ABIM Cawangan Selangor (http://abimselangor.blogspot.com)

YDP ABIM Cawangan Kuala Selangor (http://abimdks.blogspot.com)