Upload
normarjana-ibrahim
View
7.113
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
SULIT
Page 1
SULIT
UNIT PENGURUSAN AKADEMIK
PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
Dan
PANITIA BAHASA MELAYU SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,
JOHOR
_______________________________________________
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
SEPTEMBER
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
_______________________________________________________________________.
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
SULIT
Page 2
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah ]
Baca petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah membasmi kemiskinan
danimplikasi-implikasi kepada rakyat negara ini. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah
kata.
Kemiskinanmerupakan satu keadaan apabila berlaku kekurangan dalam keperluan hidup manusia
seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang secara langsung berkait rapat dengan kualiti
hidup.Kemiskinaan juga bererti tiada akses seperti mendapat pendidikan dan pendidikan yang mampu
mengatasi masalah tersebut.Memikirkan soal kemiskinan merupakan masalah global maka kerajaan
berhempas pulas mencari pelbagai alternatifbagi mengatasi masalah tersebut. Antara tindakan kerajaan ialah
penubuhan agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, RISDA, FELCRA dan Amanah Ikhtiar
Malaysia.Tindakan ini perlu kerana kesan yang dihasilkan mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi
negara.Seterusnya , menarik lebih ramai pelabur asing melabur di negara ini.
Sehubungan dengan itu pelbagai program pembasmian kemiskinan dilaksanakan oleh Kementerian
Luar Bandar dan Wilayah sejak tahun 1970 melalui tiga bidang utama iaitu agropolitan, pendidikan dan dan
keusahawanan . Melalui bidang agropolitan, beberapa projek pertanian seperti penanaman nanas dan getah
dilaksanakan telah berjaya meningkatkan pendapatan petani daripada RM500.00 kepada RM2,500.00
sebulan. Selain itu, para peserta projek ini diberi saham bagi penanaman getah yang membolehkan mereka
menerima dividen tahunan jika projek berjaya mendapat keuntungan.Berdasarkan kejayaan yang ditunjukkan
pihak kementerian sedang giat melaksanakan empat lagi projek agropolitan bagi membasmi kemiskinan.
Melalui bidang pendidikan, 70 peratus pelajar yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
di seluruh negara dipilih daripada golongan pelajar miskin dari luar bandar. Sementara itu, 53,000 orang
pelajar institusi pengajian tinggi yang dipilih daripada anak-anak luar bandar ditaja oleh MARA sama ada di
dalam atau di luar negara. Selain itu, program pembasmian kemiskinan turut dilakukan dalam bentuk
pemberian bantuan serta penyediaan kemudahan terutama infrastruktur asas.Golongan miskin perlu
menggunakan pelbagai kemudahan ini untuk mencari jalan keluar daripada kepompong kemiskinan.
Antara usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan ialah menerusi Bidang Keberhasilan Utama
(NKRA) 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Niaga yang melibatkan 7.000 keluarga miskin.Bagi penduduk
miskin di bandar-bandar, kerajaan melaksanakan program bantuan kebajikan , program bayaran sewa rumah
dan rumah kos rendah bernilai antara RM21,500 hingga RM35,000 seunit . Kerajaan juga menyediakan
bantuan modal untuk golongan miskin berniaga kecil-kecilan di rumah masing-masing. Sementara itu, pihak
RISDA berusaha meningkatkan pendapatan pekebun getah melalui pewujudan pelan pelaksanaan
pembangunan keusahawanan pekebun kecil secara terancang , sistematik dan terselaras. Selain mengadakan
rangkaian kerjasama antara semua usahawan RISDA di seluruh negara.
Kesan daripada komitmen kerajaan yang serius menyebabkan , lebih banyak program pembangunan
dapat dilaksanakan kerana fokus lebih baik boleh diberikan kepada perancangan membangunkan negara di
peringkat global . Tegasnya usaha pembasmian kemiskinan di negara ini memang terbukti berjaya mengubah
senario sosioekonomi negara .
SULIT
Page 3
Dipetik dan diubah suai daripada
Rencana USAHA-USAHA MEMBASMIKEMISKINAN
Oleh Haji Samat bin Buang
Koleksi Rencana Umum Untuk Rujukan Karangan SPM & STPM Jilid 3, 2012
Soalan 1 : Rumusan
Markah penuh 110 markah
Soalan 1
Markah penuh 30 dibahagi kepada :
(a) Isi - 20 markah
(b) Bahasa - 10 markah
(a) Isi (20 markah)
Nota :
1. Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas - perkataan berulang - penggunaan kata depan di dan ke - tarikh - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran
2. Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.
3. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
4. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
SULIT
Page 4
Bahagian Markah Markah
(i) Pendahuluan 2
(ii) Isi Tersurat
4 5 6 7 8 9 10 11 12
16
(iii) Isi Tersirat
12 11 10 9 8 7 6 5 4
(iv) Penutup / Kesimpulan 2
Jumlah Markah 20
(a) Bahasa (10 markah) Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual yang
berikut.
Peringkat Markah Isi Markah
Bahasa
Huraian
Baik 18-20
15-17
9-10
7-9
-Kesinambungan isi baik
-Struktur ayat / tatabahasa baik
-Kosa kata luas
-Tanda bacaan / ejaan betul
Sederhana 12-14
8-11
6-7
4-6
-Kesinambungan isi masih masih baik
-Struktur ayat / tatabahasa masih
memuaskan
-Kosa kata masih memuaskan
-Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan
SULIT
Page 5
Lemah 1-7 1-4 -Pada keseluruhannya dalam serba
kekurangan / tidak memuaskan
Nota :
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.
(Markah bahasa maksimum : 10 markah)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 – KERTAS 2
A. SOALAN 1: RUMUSAN
Pendahuluan
1. Petikan membincangkan usaha-usaha/inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan
oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan di Malaysia/di negara ini.
[2 m]
2. Petikan membincangkan usaha-usaha/inisiatif-inisiatif membasmi
kemiskinan . ( 1 markah )
3. Petikan membincangkan usaha-usaha/inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan
oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan di Malaysia/di negara ini dan
implikasi-implikasinya/kesan-kesannya kepada rakyat/masyarakat
negara ini ( 0 markah )
SULIT
Page 6
Isi tersurat
S1. penubuhan agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, RISDA, FELCRA dan
Amanah Ikhtiar Malaysia. [2 m]
S2. pembasmian kemiskinan dilaksanakan oleh Kementerian Luar Bandar dan
Wilayah melalui tiga bidang utama iaitu agropolitan, pendidikan dan dan
keusahawanan . [2 m]
S3. para peserta projek ini diberi saham bagi penanaman getah yang
membolehkan mereka menerima dividen tahunan jika projek berjaya mendapat
keuntungan . [2 m]
S4. Melalui bidang pendidikan, 70 peratus pelajar yang belajar di Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) dipilih daripada golongan pelajar miskin dari luar
bandar. [2 markah ]
S5 53,000 orang pelajar institusi pengajian tinggi yang dipilih daripada anak-
anak luar bandar ditaja oleh MARA sama ada di dalam atau di luar negara.
[2 m]
S6 membasmi kemiskinan ialah menerusi Bidang Keberhasilan Utama
(NKRA) 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Niaga yang melibatkan 7.000
keluarga miskin [ 2 m ]
S7. pemberian bantuan serta penyediaan kemudahan terutama infrastruktur asas.
[2 m]
S8. penduduk miskin di bandar-bandar, kerajaan melaksanakan program bantuan
kebajikan / program bayaran sewa rumah/ dan rumah kos rendah bernilai antara
RM21,500 hingga RM35,000 seunit .
SULIT
Page 7
( mana-mana 2 isi = 2 markah )
S9 Kerajaan juga menyediakan bantuan modal untuk golongan miskin berniaga
kecil-kecilan di rumah
masing-masing. [2 m]
S10.pihak RISDA berusaha meningkatkan pendapatan pekebun getah melalui
pewujudan pelan pelaksanaan pembangunan keusahawanan pekebun kecil secara
terancang / sistematik /dan terselaras
[ mana-mana 2 isi =2 m]
S11.mengadakan rangkaian kerjasama antara semua usahawan RISDA di seluruh
negara. [2 m]
Isi tersirat (implikasi kepada rakyat negara ini)
T1. Golongan miskin/ miskin tegar semakin berkurangan [2 m]
T2. Taraf hidup rakyat luar bandar meningkat [2 m]
T3. Semua rakyat mampu memiliki rumah sendiri/kawasan pertempatan
setinggan dihapuskan [2 m]
T4. Taraf pelajaran rakyat luar bandar meningkat
[2 m]
T5. Jurang sosial antara strata masyarakat semakin mengecil
[2 m]
T6. Kemudahan-kemudahan asas dapat dinikmati oleh golongan miskin
[2 m ]
Kesimpulan
SULIT
Page 8
Kesimpulannya, golongan miskin dan susah perlulah berusaha untuk melepaskan
diri dari garis kemiskinan dengan penuh komitmen agar harapan negara
menyifarkan kemiskinan tercapai . [2 m]
Soalan 2
Markah penuh 35 dibahagikan kepada
Soalan 2 (a) : 9 markah
Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah
Perhatian kepada Soalan 2 (a) hingga Soalan 2 (d)
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap / sempurna 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh
(50 %) daripada markah yang diperuntukan sahaja.
Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman
1.Soalan 2 markah
DESKRIPSI MARKAH
-Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis 2
-Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
-Jawapan tidak tepat / salah 0
2.Soalan 3 markah
DESKRIPSI MARKAH
SULIT
Page 9
-Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3
-Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis
-Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat gramatis
2
-Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
-Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0
3.Soalan 4 markah
DESKRIPSI MARKAH
-Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
-Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
-Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
-Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
-Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0
Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]
B) Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikanSoalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud kata projek agropolitan.
1. Usaha mewujudkan bandar pertanianyang masih berciri desa/kawasan
pertanian (2 markah )
2. Usaha yang dilaksanakan bagi menukar kawasan pertanian
menjadi bandar pertanian yang masih kekal unsur-unsur desanya.
( 2 markah )
SULIT
Page 10
ii. Apakah kesan-kesan positif yang dihasilkan oleh program pembasmian
kemiskinan kepada negara?
P1 mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
P2 menarik lebih ramai pelabur asing melabur di negara ini.
P3 lebih banyak program pembangunan dapat dilaksanakan
P4 berjaya mengubah senario sosioekonomi negara .
[3 isi =3 markah]
iii. Pada pendapat anda , apakah punca-punca masih berlaku kemiskinan dalam
kalangan masyarakat di negara ini?
P1 Golongan miskin terlalu bergantung pada bantuan kerajaan dan
badan-badan sukarela
P2 Masih wujud golongan miskin tegar yang susah untuk diubah cara
hidup mereka
P3 Masih terdapat segolongan masyarakat yang tidak mementingkan
pelajaran anak-anak/
tidak yakin pelajaran mampu mengubah masa depan mereka.
P4 Tidak mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu bagi
memudahkan mereka
mencari pekerjaan yang lebih tinggi pendapatannya.
P5 Menganggap kehidupan mereka yang miskin ialah takdir tuhan
yang tidak boleh diubah
[2 ISI =4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di
hatiWah. Tetapi mereka terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir. Mereka berjumpa semula, tetapi
SULIT
Page 11
waktu itu Lebai Saleh sudah beristeri dan beranak tiga. Manakala Wah sudah menjadi milik Firdaus Frank,
anak buah Frank Swettenham. Wah wanita tabah. Sewaktu kandungannya masuk sembilan bulan tiga hari,
suaminya meninggal dunia, iaitu sebelum pa lahir. Wah memang cekal. Persis Siti Maryamkah atau Siti
Hajar?
Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya. Mikraj mengusik Wah,
Wah memicit hidung Mikraj. Mikraj mengenyit mata, Wah memuncungkan mulutnya. Mikraj senyum, Wah
ketawa tetapi ketawa Wah Cuma tiga dekah. Kata Wah jika ketawa lebih-lebih gelap hati jadinya. Intim
sungguh mereka berdua. Israk mengintai dari jendela. Perasaan cemburu tidak berputik sekelumit pun dalam
dirinya.
“Siapa tu, Wah?” tuding Mikraj ke arah insan yang melintasi mereka.
“Man Bujal. Kawan kamu masa kamu berhingus dulu. Sekarang dia udah jadi doktor.”
Mikraj menjadi hairan bin ajaib. “Doktor kurus melidi?”
“Doktor kepada dirinya sendiri,” jelas Wah sambil tersenyum lalu ternampaklah seribu kedutan pada
durja rahsia Wah.
“Itulah orang sini! Impian terkubur, cari jalan belakang!” sampuk Israk dari atas.
“Abang, kawal mulut abang, tu!”
“Sudah, buat apa cari gaduh. Tak baik,” pujuk Wah.
“Sikap abang melampau, Wah.”
(Dipetik daripada „Israk‟ oleh Erda Roslan Khairi dalam
antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai kata berputik sekelumit pun
1. Timbul sedikit pun [ 2 markah ] atau
2. Muncul sedikit pun [2 markah] atau
3. Ada sedikit pun [ 1 markah ]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh menceriakan kehidupan
warga emas?
( 3 markah )
Cara untuk menceriakan kehidupan warga emas ialah
P1 sering berbual-bual tentang perkara yang disukainya.
P2 Menemaninya bersiar-siar.
P3 Membelikan hadiah yang disukai.
P4 sering mengunjungi mereka
P5 sering bertanya khabar melalui telefon/internet
SULIT
Page 12
P6 berbuat baik dengan jiran-jiran dan ahli keluarga warga emas yang
lain.
-
(Isi cukup 2= 3 markah )
(i) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen ialah
P1 Ketabahan seorang wanita menjalani hidup dari muda
sehingga tua seorang diri.
Wah tabah menjalani hidup sendirian setelah kematian suami
Firdaus Frank sebelum “pa” dilahirkan.
P2 hubungan kekeluargaan yang mesra antara nenek dengan
cucu
Wah mengacan Mikraj yang sedang mengelamun lalu Mikraj
mengusik Wah, Wah memicit hidung Mikraj. Mikraj mengenyit mata,
Wah memuncungkan mulutnya. Mikraj senyum,
Wah ketawa tetapi ketawa Wah cuma tiga dekah.
Ikut deskripsi : 2 markah
Satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut ialah
P1 Sikap adik-beradik yang tidak sehaluan,
Israk& Mikraj tidak pernah sependapat menyebabkan mereka asyik
bertengkar.
- P2 Pengalaman dapat menukar sikap seseorang,
Israk akhirnya menyukai hidup di kampung dengan memakan
jering & tempoyak disebabkan layanan Wah yang begitu baik
terhadapnya.
- P3 Merapatkan hubungan yang terputus,
contohnya Adam membawa anak-anaknya ke kampung supaya ikatan
kekeluargaan terjalin semula.
SULIT
Page 13
Ikut deskripsi : 2 markah
[ 4 markah ]
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya, "Marilah kita
muslihatkan kerbau jalang yang tiada berguna kepada tuan-tuan sekalian itu.
Hamba hendak perkenakan kerbau itu."
Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat
anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah
siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau
itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut
tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat
seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di
dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.
Sampailah khabar kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain
dengan binatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai. Tempat itu diberi nama
Kerbau Kampung. Merah Hasum memanggil seorang hamba, katanya "Pergi
engkau katakan kepada saudaraku, Merah Silu, apa gunanya bermain binatang
yang tiada guna kepada orang yang banyak itu. Dia memberi aku malu. Jika dia
tiada mendengar kataku ini, nyahlah dia dari negeri ini; janganlah ia duduk
bersama-sama aku."
(Dipetik daripada Prosa Tradisional “Merah
Silu” oleh Ismail Ahmad dalam antologi Harga
Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
SULIT
Page 14
(i) Berikan maksud rangkai kata Sampailah khabar ?
Maksud rangkai kata “ sampailah khabar” ialah
i. telah diketahui
ii. mendapat maklumat
[2 markah]
(ii) Apakah amaran yang mahu disampaikan oleh Merah Hasum kepada
Merah Silu melalui hambanya?
P1 Tiada faedah bermain dengan binatang yang tidak berguna kepada
manusia.
P2 Merah Silu memberi malu kepada Merah Hasum
P3 Jika nasihatnya tidak dipeduli, keluarlah dari negeri itu.
P4 Merah Hasum tidak mahu lagi tinggal bersama-sama dengan
Merah Silu lagi.
[3 markah]
(iii) Jika anda sebagai Merah Hasum, bagaimanakah anda hendak
membetulkan tingkah laku Merah Silu?
Sebagai Merah Hasum saya akan;
P1 Sentiasa menunjukkan teladan yang baik
P2 Mengajar / mendidik Merah Silu tentang tatasusila/adab keluarga
raja agar dihormati rakyat
P3 Mendenda Merah Silu dengan kerja-kerja kebajikan
P4 Mencadangkan satu bentuk perniagaan ternakan kepada Merah Silu
untuk diusahakan
P5 memberi jawatan pentadbiran yang penting kepada Merah Silu yang
menyebabkan dia kekurangan masa untuk membuat kerja tidak berfaedah
[3 markah]
Soalan 2( d) Petikan Puisi
Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
SULIT
Page 15
ayat anda sendiri.
SYAIR MAKNA RIAK
Rangkap 1 Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.
Rangkap 2 Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.
Rangkap 3 Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.
Rangkap 4 Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjami,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu,
Rangkap 5 Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.
Rangkap 6 Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.
SULIT
Page 16
Rangkap 7 Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.
Rangkap 8 Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.
Puisi MelayuTradisional,1993,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
i. Apakah maksud frasaRiak demikian menjadi balak pada Rangkap 8 ?
-Sikap suka menunjuk-nunjuk yang begitu membawa
keburukan/bencana/kemudaratan
(2 markah)
ii. Pada pendapat anda bagaimanakah seseorang itu dapat menerapkan sifat
rendah diri dalam diri?
P1 Sentiasa ingat ada orang yang lebih baik daripada kita
P2 Sentiasa ingat akan dosa /perbuatan tidak disukai tuhan akan dibalas
oleh tuhan
P3 Sentiasa membuat refleksi/muhasabah tentang kelemahan diri
P4 Sentiasa sedar kejayaan /kedudukan tinggi tidak selama-lamanya kekal
dimiliki
P5 Sentiasa bersyukur dengan nikmat tuhan
P6 Hidup bersederhana dalam serba serbi
(Isi 3 markah)
iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam syair di atas.
o P1 Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara/pekerjaan semata-
mata kerana Allah SWT/tuhan
o P2 Kita mesti ikhlas melakukan kebaikan semata-mata kerana
SULIT
Page 17
Allah SWT/tuhan
o P3 Kita jangan menggunakan agama sebagai landasan untuk
mencari sanjungan manusia.
o P4 Kita hendaklah menyembunyikan amal kebaikan daripada
diketahui manusia agar tidak ada perasaan riak akan
kebaikan yang dibuat.
o P5 Kita jangan mengundang kebencian Allah SWT dengan
perbuatan yang melampau dalam beribadat.
o P6 Kita jangan menggunakan amalan agama untuk mengejar
kedudukan sebagai pemimpin/kedudukan yang tinggi
dalammasyarakat
(4 markah)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada :
Soalan 3 (a) : 6 markah
Soalan 3 (b) : 6 markah
Soalan 3 © : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3 (a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3. Perkatan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambahkan imbuha, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah
(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
SULIT
Page 18
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
i. Sesungguhnya
Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis setiap hari kesan
pemanasan global yang semakin teruk sekarang.
ii. Bahawasanya
Bahawasanya pindaaan perlembangaan itu wajar dilakukan pada masa
ini demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
iii. Sewajarnya
Hal itu sewajarnya dibincang terlebih dahulu sebelum diumumkan
kepada orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan .
iv. Nampaknya
Pokok durian itu nampaknyaakan berbuah lebat
v. Lajunya
Lajunyakereta yang dipandu di lebuh raya ialah 110 kilometer sejam
sahaja.
vi. Datangnya
Datangnya secara mendadak mengejutkan kami sekeluarga kerana
menyangka bahawa dia tidak akan datang dalam jangka masa terdekat
ini.
[6 markah]
(b) Baca dengan teliti dan kenal pasti perkataan-perkataan yang
bergaris sama ada terdiri
daripada klausa atau frasa .
SULIT
Page 19
(i) Kamu mesti lompat pagar itu dahulu untuk mengambil buah
yang gugur.
KLAUSA
(ii) Pada cuti sekolah yang lalu keluarga saya pergi melancong ke
Pulau langkawi.
FRASA
(iii) Mihun goreng merupakan makanan kegemaran saya.
FRASA
(iv) Ayah di Kuala Lumpur sejak minggu lepas.
KLAUSA
(v) Kakak dan abang akan melanjutkan pelajaran pada bulan
September ini.
FRASA
(vi) Lawatan sambil belajarke Indonesia /mendapat sambutan
baik/daripada para pelajar.
FRASA
[6 markah]
( c.)Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
SULIT
Page 20
( i ) Kesah itu memberikan pedoman kepada pembaca agar
memikirkan rasional dan tidak mengikutkan perasaan apabila
membuat sesuatu keputusan.
Kesah - Kisah
memikirkan - berfikiran
( ii ) Aktiviti senaman masih dilakukan pada bulan Ramadhan
ketika umat Islam menjalankan ibadah puasa.
Ramadhan – Ramadan
menjalankan - menjalani
( iii ) Cendikiawan dari seluruh negara Asean berkumpul di
Malaysia untuk bincang masalah pencemaran alam pada hari
ini.
Cendikiawan - Cendekiawan
bincang - membincangkan
Asean - ASEAN
( MANA-MANA DUA ) [ 6 markah ]
( d.)Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satukesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satukesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Air dalam balang ikan itu kelihatan kabur kerana
sudah dua minggu tidak dibersihkan.
dalam - di dalam kabur - keruh
SULIT
Page 21
(ii) Pemeriksaan terhadap kenderaan awam dilakukan oleh pihak berkuasa
dari masa ke
semasa untuk mengelakkan bencana yang melibatkan para penumpang.
Dari masa ke semasa - dari masa ke masa
Bencana - kemalangan
(iii) Sebahagian besar kes-kes pengedaran minyak masak ke negara jiran
dapat diatasi dengan kerjasama antara penduduk tempatan dengan
pihak berkuasa.
Sebahagian besar kes-kes – Sebahagian besar kes
pengedaran - penyeludupan
[ 6 markah ]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan
peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat tersebut.
i. Semasa dalam perjalanan ke pejabat, Aidil terlibat dalam
kecelakaan jalan raya kerana kereta yang dipandunya tiba-tiba
hilang kawalan.
malang tidak berbau
ii. Prestasi kerja Salim sangat lemah kerana dia hanya akan
melakukan sesuatu kerja apabila di arahkan oleh majikannya.
seperti pahat dengan penukul
iii. Suzana tidak lagi diterima oleh keluarga Rizal kerana sikapnya
sombong dan suka menunjuk-nunjuk kekayaannya. Rizal tidak lagi
menemuinya atau menjemputnya ke rumah tetapi Suzana tidak
malu, dia masih datang ke rumah Rizal walaupun tidak dijemput.
hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
SULIT
Page 22
[ 6 markah]
Panduan Pemarkahan novel.
Bagi 4 (a)
Markah isi = 4
Markah bahasa = 3
Bagi 4 (b)
Markah isi = 6
Markah bahasa=2
Soalan 4 : Novel
[ 15markah ]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.
SULIT
Page 23
Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel.
NOVEL : MELUNAS RINDU
1. Nilai kasih sayang. Mariana sangat menyayangi Abdul Halim, iaitu anaknya yang dilarikan
oleh Ah Sok dan selalu merinduinya.
2. Nilai tanggungjawab.
Fuad menjalankan tugasnya sebagai guru dengan penuh dedikasi walaupun
dia hanya guru sandaran
3. Nilai rasional.
Fuad menerima dengan reda ketentuan Allah bahawa gadis yang dicintainya
ialah adiknya sendiri.
4. Nilai keberanian.
Farhana berani menegur keculasan Cikgu Zamani walaupun Cikgu Zamani
lebih tua dan lebih berpengalaman daripadanya.
NOVEL: KABUS DI PERBUKITAN
1. Nilai Kasih sayang.
Hamidah menjaga Rahayu di hospital dan menyayangi Rahayu
walaupun Rahayu anak tirinya.
2. Nilai tanggungjawab.
SULIT
Page 24
Mejar (B) Kamarudin berusaha mencari anaknya Faridah yang
hilang, walaupun pihak berkuasa telah menghentikan operasi
mencari Faridah.
3. Nilai ketabahan.
Faridah tabah meneruskan kehidupan setelah kematian kembarnya,
diikuti kematian ibu dan suaminya, Ghazali.
4. Nilai kegigihan
Faridah gigih menjalani kehidupan di rantau orang selama 25
tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin
dengan Soleh Johnson.
5. Nilai Keberanian
Melina berani memandu seorang diri dari Marang, Kuala Terengganu ke
Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah.
[ 7 markah ]
(b) Jelaskan tiga peristiwa menarik di bahagian peleraian jalan cerita
berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.
Novel Melunas Rindu
1. Fuad mengadakan kenduri kesyukuran di rumah Pak Ismail dan Mak
Salmah, ibunya, Mariana, Farhana dan 4 orang adik lelakinya hadir
bersama-sama. Kenduri kesyukuran kerana dia sudah bertemu dengan
ibu kandungnya , Mariana.
2. Fuad dan Farhana berpimpin tangan ketika sampai di sekolah SM Seri
Setia sehingga Cikgu Abas menyangka mereka sudah berkahwin tetapi
amat terkejut apabila diberitahu tentang hubungan Fuad dan Farhana
sebagai adik-beradik seibu lalu berjanji akan memberitahu semua warga
SM Seri Setia tentang hal tersebut.
SULIT
Page 25
3. Fuad mendapat tawaran mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah
(KPLI) di Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras.
4. Cikgu Zamani yang sering tidak masuk mengajar di dalam kelas dan
bertengkar dengan Farhana akan bertukar ke negeri asalnya.
5. Robert Lim datang ke KLIA untuk bertemu Fuad, Mariana, Pak Ismail
dan Mak Salmah yang akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan
umrah.
6. Mariana terkejut dengan kehadiran Robert Lim di KLIA tetapi kedua-
duanya tidak bercakap antara satu sama lain.
7. Robert Lim memberitahu Fuad supaya berangkat dahulu dan dia
mungkin akan menyusul mereka kemudian.
NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
a. Anne melahirkan dua orang anak kembar iaitu Rahayu dan Mellinda
Salah seorang anak kembarnya diberi nama Rahayu atas permintaan
Faridah
b. Mellina melahirkan pewaris syarikat Jaafar Al-Anbiya iaitu Said Al
anbiya di Dubai.
c. Faridah terus menetap di Malaysia demi mengekalkan jati diri cucu-
cucunya terhadap tanah tumpah darahnya.
d. Faridah sentiasa berhubung dengan anak-anaknya melalui kepesatan
teknologi kerana tidak mahu keturunannya melupakan jati diri Melayu
mereka.
SULIT
Page 26
e. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons berjaya membuka kawasan
agropelancongan yang kekal keindahan alam semula jadinya di Tanah
Tinggi Loging dengan memajak tanah seluas 500 hektar
f. Hubungan Datin Aishah (ibu Zain/ibu mentua Anne) dengan Faridah
semakin akrab –mereka sering bertukar-tukar juadah makanan.
g. Kejayaan Datuk Azrul dan Soleh Johnsons memajukan konsep
agropelancongan mendapat liputan luas dari sebuah majalah
pelancongan Eropah
h. Benny membantu promosi kawasan agropelancongan tersebut dengan
membuka pejabat urusan di Dubai bagi memudahkan warga Arab
membuat tempahan penginapan.
i. Faridah mencadangkan Bukit Kutu dimajukan sebagai pusat
pelancongan tetapi terpaksa dilupakan kerana Bukit Kutu ialah
HutanRizab bagi hidupan liar oleh parlimen.
j. Faridah bersyukur dapat kembali menetap di Malaysia untuk membina
semula jati diri Melayu dan bertekad mewariskan jati diri tersebut ke
dalam diri susur galur keturunannya.
[ 8 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT