10
No. 128, Lorong Melor 2/1 Taman Melor, Sungai Petani 08000, Kedah Darulaman [email protected] http://pembelasp.blogspot.com/ PERTUBUHAN BELIA AMANAH (PEMBELA) No. Pendaftaran: PPBM4514/ 09 Ogos 10, 2010 YANG BERKENAAN. Datuk/Datin/Tuan/Puan, Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM BERBUKA PUASA DAN PEMBERIAN SUMBANGAN (KAMI PRIHATIN) BERTEMPAT DIRUMAH ANAK YATIM KAMPUNG CHE BEMA, SUNGAI LAYAR, SUNGAI PETANI, KEDAH. Merujuk kepada perkara di atas, pihak persatuan PEMBELA dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M), Kawasan Merbok dengan sukacitanya memaklumkan akan menganjurkan program ʻKAMI PRIHATINʼ iaitu satu program berbentuk jamuan berbuka puasa dan pemberian sumbangan seperti di atas. 2.Sehubungan itu, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak Datuk /Datin/Tuan/Puan dapat memberikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim yang berada di rumah anak yatim Kampung Che Bema, Sungai Layar. 3.Tujuan utama program ini ialah untuk meraikan selain membantu anak-anak yatim bagi menyambut Ramadhan dan seterusnya hari raya Aldilfitri. Berikut adalah butiran bagi program yang telah dirancangkan: Tarikh : 28 Ogos 2010 (18 Ramadhan 1431) Hari : Sabtu Masa : 5.00 Ptg Tempat : Rumah Anak Yatim Kampung Che Bema, Sungai Layar. 3.Pihak Persatuan PEMBELA amat mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Datuk/Datin/Tuan/puan bagi menjayakan program yang telah dirancangkan ini. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no telefon seperti tertera dibawah. Yang benar, _________________________ Muhamad Yusnizam bin Yunus Setiausaha PEMBELA 012 – 4073873 Mohd Nazrulnizam B. Mohamad Nat (Penyelaras Program) 019 - 4589942

Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN …xa.yimg.com/kq/groups/18762877/1250344482/name/... · kerja-kerja pentadbiran. Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat

  • Upload
    lyxuyen

  • View
    270

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN …xa.yimg.com/kq/groups/18762877/1250344482/name/... · kerja-kerja pentadbiran. Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat

No. 128, Lorong Melor 2/1 Taman Melor, Sungai Petani 08000, Kedah Darulaman [email protected] http://pembelasp.blogspot.com/

PERTUBUHAN BELIA AMANAH

(PEMBELA)

No. Pendaftaran: PPBM4514/ 09

Ogos 10, 2010 YANG BERKENAAN. Datuk/Datin/Tuan/Puan, Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM BERBUKA PUASA DAN PEMBERIAN SUMBANGAN (KAMI PRIHATIN) BERTEMPAT DIRUMAH ANAK YATIM KAMPUNG CHE BEMA, SUNGAI LAYAR, SUNGAI PETANI, KEDAH. Merujuk kepada perkara di atas, pihak persatuan PEMBELA dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M), Kawasan Merbok dengan sukacitanya memaklumkan akan menganjurkan program ʻKAMI PRIHATINʼ iaitu satu program berbentuk jamuan berbuka puasa dan pemberian sumbangan seperti di atas. 2.Sehubungan itu, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak Datuk /Datin/Tuan/Puan dapat memberikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim yang berada di rumah anak yatim Kampung Che Bema, Sungai Layar. 3.Tujuan utama program ini ialah untuk meraikan selain membantu anak-anak yatim bagi menyambut Ramadhan dan seterusnya hari raya Aldilfitri. Berikut adalah butiran bagi program yang telah dirancangkan: Tarikh : 28 Ogos 2010 (18 Ramadhan 1431) Hari : Sabtu Masa : 5.00 Ptg

Tempat : Rumah Anak Yatim Kampung Che Bema, Sungai Layar. 3.Pihak Persatuan PEMBELA amat mengalu-alukan penyertaan daripada pihak Datuk/Datin/Tuan/puan bagi menjayakan program yang telah dirancangkan ini. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no telefon seperti tertera dibawah. Yang benar, _________________________ Muhamad Yusnizam bin Yunus Setiausaha PEMBELA 012 – 4073873 Mohd Nazrulnizam B. Mohamad Nat (Penyelaras Program) 019 - 4589942

Page 2: Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN …xa.yimg.com/kq/groups/18762877/1250344482/name/... · kerja-kerja pentadbiran. Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat

Page 2

ASRAMA PERTUBUHAN ASUHAN & DIDIKAN

ANAK-ANAK YATIM KAMPUNG CHE BEMA

08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN.

Telefon : 04-4211963 / 1964 Faks : 04-4214998

Page 3: Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN …xa.yimg.com/kq/groups/18762877/1250344482/name/... · kerja-kerja pentadbiran. Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat

Page 3

OBJEKTIF • Memberi bantuan penginapan, pendidikan dan bimbingan kepada

anak-anak yatim miskin • Membantu melahirkan generasi yang mempunyai jati diri yang

kuat • Melahirkan generasi anak-anak yatim yang mempunyai pengeta-

huan dalam pelbagai bidang • Membimbing anak-anak yatim agar seimbang dalam ilmu dunia

dan akhirat

MATLAMAT Mendidik, memupuk dan melahirkan generasi anak-anak yatim

yang cemerlang.

MOTO BERSAMA, BERBUDI, BERBAKTI

Page 4: Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN …xa.yimg.com/kq/groups/18762877/1250344482/name/... · kerja-kerja pentadbiran. Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat

Page 4

SEJARAH PENUBUHAN

DI AWAL PENUBUHAN........

Rumah anak-anak yatim miskin yang terletak di Kampung Che Bema, Jalan Sungai Layar Hu-jung, Sungai Petani telah siap dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 12 Disember 1999 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM851,600.00. Pentadbirannya diletakkan di bawah Pegawai Daerah Kuala Muda dan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa penaja yang terdiri dari-pada kakitangan kerajaan / swasta dan pesara. Pelantikan Pegawai Daerah Kuala Muda selaku pengerusi telah diputuskan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Rumah anak-anak yatim ini diluluskan pendaftarannya pada 2 Oktober 2001 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan nama "Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-anak Yatim Miskin Sungai Petani".

Asrama ini memulakan operasinya dengan menempatkan 20 orang anak-anak yatim miskin per-empuan dari umur 10 tahun hingga 12 tahun. Ianya diletakkan dibawah satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Rumah Anak Yatim Miskin, Kg. Che Bema, Sungai Petani yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Kamil Bin Zain, selaku Penghulu Mukim Sungai Petani pada masa itu dengan dibantu oleh 10 orang ahli jawatankuasa lain.

Penyeliaan rumah tersebut telah diamanahkan kepada Hajah Hamidah Binti Abdul Wahab iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al Jaffri, Sungai Layar yang menawarkan diri untuk membantu. Beliau bertanggungjawap melaporkan segala perkembangan dan aktiviti yang di-jalankan dari masa ke semasa kepada Jawatankuasa. Disebabkan kematian penyelia pada tahun 2003, pengurusan terpaksa diberhentikan untuk seketika. Semua anak-anak yatim miskin per-empuan yang ditempatkan di situ telah dikembalikan kepada waris masing-masing.

Aktiviti :

Semua kanak-kanak ini bersekolah di sekolah yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan Syed Jan Al-Jaffri, Sungai Layar iaitu 2 km dari Rumah Anak-anak Yatim Miskin. Van sekolah telah diguna-kan sebagai kemudahan pengangkutan untuk membawa kanak-kanak ini pergi dan balik ke seko-lah. Selain dari menghadiri Kelas Fardhu 'Ain yang dikelolakan oleh Pejabat Agama Daearah Kuala Muda, pengajian Al-Quran juga diadakan dari masa ke semasa untuk anak-anak ini.Terdapat pelbagai pihak korporat, pertubuhan NGO, siswa-siswi dan individu mengadakan lawatan ke rumah ini untuk beramah mesra dan mengadakan jamuan disamping menghulurkan bantuan kepada anak-anak ini.

Pada 1 Januari 2006, Rumah Anak-anak Yatim Miskin, Kg. Che Bema beroperasi kembali. Pada hari pendaftaran, seramai 35 pelajar telah mendaftarkan diri. Saringan telah dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Pemilihan berdasarkan status anak yatim dan pelajar miskin. Jawatankuasa bersetuju memilih 20 orang pelajar yang difikirkan layak untuk menetap di asrama yang telah telah disediakan pelbagai kemudahan untuk kesele-

Page 5: Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN …xa.yimg.com/kq/groups/18762877/1250344482/name/... · kerja-kerja pentadbiran. Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat

Page 5

saan penghuninya. Semua yang dipilih adalah mereka yang tinggal di dalam Daerah Kuala Muda.

Pada kali ini, semua anak yatim yang dipilih adalah anak-anak yatim lelaki yang berumur di antara 9 tahun hingga 14 tahun. Mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al Jaffri bagi pelajar sekolah rendah dan Sekolah Menengah Sungai Layar, Sungai Petani bagi pela-jar sekolah menengah. Anak-anak ini dijaga dan dibimbing oleh seorang penyelia, pembantu penyelia dan pengasuh. Terdapat 2 orang tukang masak yang bertanggungjawap dalam peny-ediaan makanan kepada anak-anak ini.

Kanak-kanak di asrama ini dibekalkan dengan pelbagai aktiviti agar dapat membentuk peribadi yang cemerlang. Pihak asrama menitikberatkan pengetahuan agama dan akademik agar anak-anak ini seimbang dari segi ilmu dunia dan akhirat. Kanak-kanak ini dikehendaki menghadiri Ke-las KAFA, kelas agama dan ceramah motivasi bagi memantapkan lagi pengisian rohani mereka. Manakala bagi meningkatkan pengetahuan akademik, mereka diberi kelas tambahan bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Terdapat pelbagai pihak samada kerajaan, swasta dan orang perseorangan menghulurkan ban-tuan dan sumbangan disamping melakukan lawatan untuk melihat sendiri keadaan anak-anak yatim miskin ini.

KEMUDAHAN ASRAMA

Asrama Terdapat 3 bilik dan menempatkan 21 katil pada masa ini. Kapasiti yang sebenarnya ialah 80 katil.

Surau Surau yang disediakan memudahkan anak-anak ini menunaikan solat dan ia juga dijadikan tem-pat melakukan pelbagai aktiviti keagamaan. Kapasitinya ialah 30 jemaah.

Page 6: Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN …xa.yimg.com/kq/groups/18762877/1250344482/name/... · kerja-kerja pentadbiran. Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat

Page 6

Dewan Makan Dewan ini mampu menempatkan seramai 100 orang dalam satu-satu masa. Dewan ini dilengkapi dengan kerusi dan meja yang selesa, kipas angin, televisyen, ' water cooler ' dan sinki.

Bilik Kuliah Kanak-kanak ini disediakan bilik ulangkaji atau kuliah yang selesa bagi memudahkan mengu-langkaji pelajaran. Bilik ini juga digunakan sebagai bilik tuisyen bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia dilengkapi dengan meja, kerusi, rak buku, papan putih dan kipas angin

Padang Permainan Padang ini digunakan oleh kanak-kanak untuk beriadah di waktu petang samada bermain bola sepak, layang-layang dan lain-lain permainan.

Page 7: Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN …xa.yimg.com/kq/groups/18762877/1250344482/name/... · kerja-kerja pentadbiran. Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat

Page 7

Gelanggang Sepaktakraw / Badminton Gelanggan ini disediakan untuk kemudahan anak-anak ini beriadah.

Pejabat Pentadbiran Pejabat ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada pihak pengurusan untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran.

Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat memudahkan pelbagai pihak untuk melakukan me-syuarat dan perjumpaan untuk kebaikan anak-anak yatim ini. Terdapat kerusi dan meja yang se-lesa disamping kemudahan penghawa dingin.

Page 8: Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN …xa.yimg.com/kq/groups/18762877/1250344482/name/... · kerja-kerja pentadbiran. Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat

Page 8

Ruang Tamu Disediakan ruang tamu untuk kegunaan perjumpaan dan pertemuan diantara pihak pentadbiran dengan pihak luar. Ia juga digunakan sebagai tempat pertemuan antara anak-anak yatim dengan waris masing-masing. Ruang tamu ini dilengkapi dengan set kusyen, televisyen dan penghawa dingin. Kuarters Kakitangan ( Warden ) Asrama ini menyediakan 2 buah rumah warden bagi memudahkan pengawasan dan penjagaan ke atas kanak-kanak ini. Setiap rumah dilengkapi 2 bilik tidur, ruang tamu, dapur dan ruang makan.

Dapur Ruang dapur yang disediakan adalah luas bagi memudahkan penyediaan makanan kepada ka-nak-kanak ini.

Page 9: Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN …xa.yimg.com/kq/groups/18762877/1250344482/name/... · kerja-kerja pentadbiran. Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat

Page 9

PERBELANJAAN

Berikut adalah senarai perbelanjaan bulanan bagi Rumah Anak Yatim Miskin Kg. Che Bema, tetapi perbelanjaan ini berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Perkara RM RM Makanan Basah dan Kering 3,000.00 Pengangkutan Sekolah 800.00 Wang Saku Sekolah 800.00 Sewa Van Sembahyang Jumaat 120.00 Bayaran Elaun Pekerja 1. Penyelia 700.00 2. Pembantu Penyelia 350.00 3. Jaga / Pengasuh 700.00 4. Tukang Masak 1400.00 Jumlah 3,150.00 Belanja Luar Jangka 500.00 Jumlah Keseluruhan 8,370.00

Page 10: Per: PERMOHONAN SUMBANGAN SERTA JEMPUTAN …xa.yimg.com/kq/groups/18762877/1250344482/name/... · kerja-kerja pentadbiran. Bilik Mesyuarat Bilik mesyuarat ini disediakan agar dapat

Page 10

MAKLUMAT PERIBADI PENGHUNI TERKINI

1. Mohd Hafiz B. Idrus 15 tahun

2. Badrul Shah Saharijan 15 tahun

3. Muhammad Hamdi B. Idrus 14 tahun

4. Sopian B. Md Noor 15 tahun

5. Mohd hafizan Jamaludin 14 tahun

6. Lukeman Walasri 13 tahun

7. Baharudin Shah Saharijan 13 tahun

8. Yunus b. Jamal 13 tahun

9. Zulshazali b. Ghazali 13 tahun

10. Shahrul Amri Daud 12 tahun

11. Shahril Amri Daud 12 tahun

12. Mohd Shakir Zuffairy 11 tahun

13. Mohd Izzat b. Abu bakar 11 tahun

14. Mohd Sani B. Idrus 12 tahun

15. Mohd hakimi b. Idrus 9 tahun

16. Mohd Nor Fauzi 12 tahun

17. Mohd Loqman B. Zainon

18. Mohd Zaki Yusuf 13 tahun

SUKARELAWAN:

1. Haji Mat Saad b. Haji Ahmad – Penyelia Asrama

2. Abu Bakar b. Darus - Pengawal keselamatan Asrama

3. Siti Aishah Bt Rahman - Tukang Masak Asrama

4. Che Siah Bt. Ali - Pembantu Tukang Masak

5. Hafizul Syam B. Hanafiah - Guru tahfiz

6. Kamaludin Idris - Keceriaan Asrama