Upload
ledieu
View
235
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
IDA152 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 1
Maruwiah Ahmat
BAB 4
PERADABAN ISLAM DI NUSANTARA III
IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN
Menghuraikan
kegemilangan Islam di
Nusantara.
Menghuraikan
pengaruh Islam
terhadap masyarakat
Nusantara.
4.1 Kedatangan Islam ke
Nusantara
4.2 Kegemilangan Islam
di Nusantara
4.3 Kedudukan Islam di
Malaysia
2
FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN
PENDAHULUAN
3
Islam merupakan agama yang mempunyai bilangan
penganut terbesar di Malaysia iaitu sekitar 60%
daripada jumlah penduduk.
Majoriti penganut beragama Islam di malaysia
menganut Mazhab Syafie, iaitu sebuah daripada
Aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Namun terdapat golongan minoriti India yang
mempraktikkan Mazhab Hanafi
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
4
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Agama Islam ialah anutan orang Melayu sejak lebih 500 tahun lalu. Walaupun dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris, orang Melayu masih kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Walaupun penjajah British berjaya mendapat hak untuk menasihati raja dalam semua urusan pemerintahan, namun mereka tetap membiarkan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu kekal di bawah kuasa raja-raja Melayu.
5
Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara
dan menjadi agama rasmi Persekutuan. Pada masa yang
sama, kebebasan beragama terus dipertahankan dan
agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan aman
di mana-mana bahagian dalam Persekutuan.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
6
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri diberi kuasa oleh
perlembagaan untuk menubuhkan, menyelenggara atau
membantu pertubuhan dan institusi Islam, atau
mengeluarkan peruntukan tertentu untuk pentadbiran
agama Islam dan undang-undang Syariah, serta majlis-
majlis keagamaan yang berkaitan dengan Islam.
IDA152 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 2
7
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Perlembagaan Persekutuan
juga membenarkan sejumlah
peruntukan untuk pengajaran
agama Islam kepada para
pelajar yang beragama Islam
di semua sekolah bantuan
penuh kerajaan dengan
syarat jumlah pelajar Islam di
sekolah itu tidak kurang
daripada 15 orang.
8
Islam dalam Perlembagaan
Peruntukan mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna Malaysia adalah sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama negara (agama persekutuan) tetapi hak untuk penganut agama lain mengamalkan agama dan kepercayaan mereka tidak disekat. Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan- Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Namun, hak seseorang untuk mengembangkan agama lain boleh disekat atau dikawal oleh undang-undang negeri, atau undang-undang persekutuan bagi Wilayah Persekutuan. Mereka dilarang menyebarkan agama lain kepada umat Islam. Perkara 11(4).
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Agama
Islam
Buddha
Kristian
Hindu
Lain-lain
9
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Agama-agama di Malaysia
60.8% 18.9%
9.1%
6.2% 5%
10
Kedudukan orang Melayu dalam Perlembagaan
Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam.
Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan
mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan
Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di
Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di
Singapura; atau pada hari merdeka bermastautin di Persekutuan
atau di Singapura.
Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah
Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan
sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di
bawah undang-undang bagi negeri mereka bermastautin.
Takrifan Melayu - sosiobudaya dan Perlembagaan Persekutuan.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
11
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Masjid adalah pusat ibadat dan institusi agama yang penting.
Masjid akan ditadbir oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada nazir, imam, bendahari, bilal dan siak. JK ini dilantik oleh Jabatan Agama Islam negeri.
Fungsi masjid:
Tempat ibadat solat fardu dan sunat.
Tempat majlis ilmu seperti ceramah agama, kelas fardu ain dan fardu kifayah.
Tempat sosial – seperti majlis-majlis kenduri; korban, perkahwinan, khatan, aqiqah.
12
Antara fungsi-fungsi masjid pada masa kini.
IDA152 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 3
Yang di-Pertuan Agong
Majlis Agama Islam Malaysia
Majlis Agama Islam Negeri
Jabatan Agama Islam
Mahkamah Syariah
Pendidikan Islam
13
Sultan/Raja
Bagi negeri-negeri yang tidak
mempunyai sultan, penasihat agama
ialah Yang di-Pertuan Agong
Institusi Majlis Agama Islam di Malaysia
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
1 2 3
4 5
6
14
Yang di-Pertuan Agong
Perkara 32 menyatakan YDP sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan,
dan Isterinya.
Perkara 32 (1) - Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi
Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan
daripada segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan
apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam
Mahkamah Khas.
Perkara 32 (2) - Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong)
hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan
selepas Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 32 (3) - Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja
bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan
jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan
kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis
Raja-Raja.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
1
15
Yang di-Pertuan Agong mempunyai
kuasa dan hak:
Memperkenankan undang-undang
yang diluluskan oleh parlimen
Melantik Perdana Menteri dan
Jemaah Kabinet, Ketua Hakim
Negara dan Hakim-hakim, Duta-
duta dan Pesuruhjaya Tinggi ke luar
negara
Menerima nasihat daripada
Perdana Menteri dan Jemaah
Menteri.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
16
Mengampunkan setiap
kesalahan sama ada di
mahkamah sivil yang
dilakukan di Wilayah
Persekutuan atau di
mahkamah tentera.
Sebagai Pemerintah
Tertinggi Angkatan
Tentera Malaysia
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
17
Sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri yang tidak beraja
‡Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam politik dan pemerintahan negara.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
18
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Majlis Agama Islam Malaysia
1. Membincang, menimbang dan menguruskan apa-apa perkara
yang dirujukkan kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja, mana-
mana kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atau
seseorang ahli Majlis, dengan tujuan hendak memberi nasihat
atau pengesyoran.
2. Memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja, Kerajaan-kerajaan
Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atas apa-apa
perkara berkenaan dengan perundangan atau pentadbiran
agama Islam atau pelajaran agama Islam. Majlis ini menjadi
forum tertinggi agama bagi membincang dan memutuskan
masalah-masalah dasar agama yang memberi kesan yang
besar kepada agama dan umat islam di negara ini.
2
IDA152 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 4
19
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri
Berfungsi menjadi badan penasihat
Sultan/Raja dalam hal agama dan adat
istiadat Melayu.
Bertanggungjawab dalam negeri
masing-masing.
Jabatan Agama Islam bernaung di
bawah Majlis Agama Islam.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
3
20
Sultan/Raja
Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam.
Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam.
Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
4
21
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Jabatan Agama Islam merupakan sebuah daripada institusi
keagamaan yang penting bagi penganut Islam di Malaysia.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai Jabatan Agama Islam
masing-masing (JAIK, JAIP, JAIS, JAINS, JAIJ, JAWI)
Fungsinya adalah untuk mentadbir dan menguruskan aktiviti
berkaitan dengan agama Islam bagi setiap negeri.
Antara aktiviti yang dijalankan termasukkan urusan
perkahwinan dan perceraian, pentadbiran masjid,
mengeluarkan risalah dan penerangan berkaitan dengan isu-
isu terkini, menjalankan program dakwah dan juga
penguatkuasaan undang-undang kekeluargaan Islam dan
jenayah syariah.
5
22
Fungsi Jabatan Agama Islam
Urusan zakat
Baitulmal
Dakwah Pendidikan
Pengurusan masjid
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
23
Bangunan
Majlis
Agama
Islam
Selangor
(MAIS)
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
24
Mahkamah Syariah adalah satu lagi institusi keagamaan
yang penting. Percanggahan dan pertelingkahan dalam
undang-undang kekeluargaan Islam akan diselesaikan di
Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah hanya berkuasa membicarakan
mereka yang beragama Islam sahaja, dan bidang
kuasanya tidak merangkumi orang bukan Islam.
Perkara yang kerap dibicarakan di mahkamah ini
termasuk pertelingkahan dalam perceraian, tuntutan
harta sepencarian dan nafkah, hak penjagaan anak-
anak selepas perceraian dan kesalahan jenayah syariah.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
6
IDA152 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 5
25
Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang
membicarakan serta menjatuhkan hukuman bagi
kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang
kuasa yang diperuntukkan untuknya.
Pada kurun ke-15, Islam telah bertapak di Melaka.
Undang-undang Islam mula digunakan apabila pembesar
dan raja-raja memeluk agama Islam. Risalah Hukum
Kanun, Undang-undang Melaka dan Undang-undang
Pahang adalah undang-undang Islam yang telah wujud
ketika itu. Sebelum kedatangan British, undang-undang
Islam adalah undang-undang negara di Tanah Melayu.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
26
Bangunan
Mahkamah
Syariah
Kuching
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
27
Bangunan
Mahkamah
Syariah
Ipoh
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
28
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi
undang-undang tempatan dan undang-undang negara. Meskipun
pada 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudiannya
Belanda telah menjajah Melaka, kedudukan dan pelaksanaan
undang-undang Islam tidak terjejas.
Mulai 1786, kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan
Kedah menjadi titik mula usaha mengesampingkan Undang-
undang Islam. Mereka menganggap Pulau Pinang ketika itu tidak
mempunyai sebarang sistem perundangan (undang-undang) dan
mendakwa undang-undang Islam yang diamalkan adalah zalim.
Dakwaan mereka palsu kerana ketika itu Tanah Melayu telah
mempunyai Undang-undang Islam yang bertulis.
29
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Pada 1880, Inggeris mula memenuhi kehendak rakyat Tanah
Melayu dengan akhirnya bersetuju menggubal Ordinan
Perkahwinan Mohammedan No. 5 Tahun 1880 (kahwin dan
cerai umat Islam).
Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem
kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari
hierarki mahkamah.
Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama
diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap
bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat,
dan agama.
30
Sejak tahun 1952, Enakmen Pentadbiran Undang-
Undang Selangor No. 3 Tahun 1952 dilulus dan
dikuatkuasakan. Ia merupakan Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam yang pertama, terlengkap
ketika itu yang mengatur pentadbiran perundangan
Islam.
Kuatkuasa undang-undang itu adalah khas untuk umat
Islam dan terhad kepada bidang munakahat, waris
kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir sahaja.
Kemudiannya langkah negeri Selangor itu oleh negeri-
negeri lain di Malaysia Barat.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
IDA152 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 6
31
Kompleks
Mahka-
mah
Jalan
Duta
yang
memuat-
kan
semua
jenis
mahka-
mah WP.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
32
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Tujuan dan peranan Mahkamah Syariah
Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan
kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh
dan tidak melanggar perintah Allah swt berdasarkan Al-
Quran dan Sunnah.
Menjalankan pentadbiran agama Islam mengikut Al-Quran
dan Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam
Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada
ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani
kehidupan mengikut syariat Islam.
33
Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan
keruntuhan rumah tangga.
Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta
menyelesaikan masalah rumah tangga.
Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada
pasangan yang ingin berumah tangga agar dapat
membina rumah tangga yang bahagia sebagaimana
tuntutan agama.
Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk
mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah
bercerai.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
34
Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah
kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.
Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi,
minum arak, riba, khalwat, dan perkara mungkar lain.
Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka
dan hal-hal berkaitan seperti wasiat.
Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan.
Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab
memberi penerangan berkait dengan keagamaan,
kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa.
Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan
sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
35
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
36
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Pelaksanaan pengadilan di Mahkamah Syariah
Mahkamah Rendah Syariah
Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen
negeri.
Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut.
Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan
mahkamah bicarakan kes-kes di peringkat daerah.
IDA152 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 7
37
Mahkamah Tinggi Syariah
Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan
kepadanya.
Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah.
Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid.
Menguruskan kes-kes rayuan.
Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan
(bagi sesetengah negeri).
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
38
Mahkamah Rayuan Syariah
Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan.
Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah.
Mengurangkan hukuman.
Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara.
Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
39
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
Bidang Kuasa
Bidang kuasa Mahkamah Syariah
adalah sebagai-mana yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan
Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan pada
1988 memberi Mahkamah Syariah
bidang kuasa berasingan daripada
mahkamah sivil, menjadikan
Mahkamah Syariah bebas daripada
campur tangan mahkamah biasa dan
dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah
Syariah adalah di bawah enakman
negeri.
40
Contoh kes-kes yng dibicarakan di Mahkamah Syariah Melaka.
41
Perlembagaan Malaysia 1965
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:
Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja:
- Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
- 6 bulan penjara atau
- Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
42
Perlembagaan Malaysia 1984
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:
Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja:
- Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
- 3 tahun penjara atau
- Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
- Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan).
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
IDA152 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 8
43
Kebebasan Beragama
Kebebasan beragama bagi semua agama dijamin dalam Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama yang menjadi pilihannya sendiri dalam keadaan aman dan damai dalam mana-mana bahagian Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan setiap kumpulan agama mempunyai hak-hak berikut:
Mengurus hal ehwal agamanya sendiri.
Menubuhkan, mengurus dan menyelenggara yayasan bagi maksud agamanya.
Memperoleh, memegang dan mentadbirkan hartanya untuk agamanya.
Mengajarkan agamanya kepada anak-anak mereka.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
M
A
K
L
U
M
A
T
T
A
M
B
A
H
A
N
44
Kebebasan agama-agama lain, selain agama Islam telah diperkukuh lagi dalam perlembagaan menerusi beberapa peruntukan berikut:
Setiap orang tidak boleh dipaksa untuk membayar cukai yang akan digunakan sebahagian atau sepenuhnya untuk maksud agama yang lain daripada agamanya sendiri. Peruntukan ini membawa maksud orang bukan Islam tidak boleh dipaksa untuk membayar zakat dan fitrah.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
M
A
K
L
U
M
A
T
T
A
M
B
A
H
A
N x
45
Perlembagaan mengharamkan amalan diskriminasi di
antara warganegara atas sebab agama yang
dianutinya. Namun amalan beza-membeza dalam
menawarkan jawatan yang berkaitan dengan sesuatu
agama, atau jawatan dalam yayasan yang diuruskan
kepada orang yang menganut agama berkenaan tidak
dilarang.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
M
A
K
L
U
M
A
T
T
A
M
B
A
H
A
N
46
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
M
A
K
L
U
M
A
T
T
A
M
B
A
H
A
N
Dalam bidang pelajaran, setiap warganegara tidak boleh dibezakan antara satu sama lain dengan sebab-sebab agama. Amalan diskriminasi in juga ditegah dalam:
Pentadbiran institusi pendidikan awam yang diselnggara oleh kerajaan.
Pengambilan pelajar ke institusi pendidikan itu dan yuran yang dikenakan.
Pemberian bantuan wang yang diambil
daripada tabung wang pihak berkuasa
awam - pelajar itu mendapat pendidikan
di mana-mana institusi pendidikan awam
atau swasta dalam atau luar Malaysia.
47
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
M
A
K
L
U
M
A
T
T
A
M
B
A
H
A
N
Penggubalan undang-undang tentang institusi
pendidikan dan pentadbiran undang-undang itu.
Walaupun demikian, perlembagaan dibenarkan
memberikan beberapa pengecualian, iaitu undang-
undang Persekutuan dan negeri boleh menyediakan
peruntukan kewangan untuk menubuhkan atau
menyelenggarakan yayasan Islam dan memberikan
pendidikan Islam kepada orang yang beragama Islam.
48
Dari segi undang-undang, pekerjaan, jawatan,
perniagaan dan pemilikan harta, perlembagaan
juga melarang seseorang warganegara
dibezakan antara satu sama lain semata-mata
sebab agama yang dianutinya.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
M
A
K
L
U
M
A
T
T
A
M
B
A
H
A
N
IDA152 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 9
49
Segala hak yang diperuntukkan kepada penganut agama lain seperti yang dinyatakan di atas tidak akan terganggu walaupun agama Islam menjadi agama rasmi negara, kecuali peruntukan yang menyekat agama-agama lain daripada disebarkan kepada orang Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
M
A
K
L
U
M
A
T
T
A
M
B
A
H
A
N
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
50
Di bawah peruntukan ini, undang-undang negeri dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya diberi kuasa untuk mengawal atau menyekat penyebaran agama-agama lain kepada orang Islam.
Sekatan di bawah undang-undang ini juga boleh dikenakan kepada orang Islam atau bukan Islam yang cuba mengembangkan agama lain kepaa orang Islam.
M
A
K
L
U
M
A
T
T
A
M
B
A
H
A
N
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
51
Kebebasan beragama memperuntukkan bahawa
semua pihak tidak boleh melanggar undang-
undang am tentang ketenteraman, kesihatan dann
keelokan akhlak awam.
Kewujudan mana-mana kumpulan agama yang
percaya bahawa agama mereka memaksa mereka
membunuh orang dan melakukan perbuatan keji
tidak dibenarkan dalam perlembagaan kerana
tindakan ini boleh menjejaskan keselamatan awam.
4.3 KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA
M
A
K
L
U
M
A
T
T
A
M
B
A
H
A
N
52
Aktiviti 14 – Pemahaman
Berpandukan nota kuliah
Bab 4, jawab soalan-
soalan yang diberi.
Tengok nota bukan
tengok jawapan
kawan.
53
Aktiviti 15 – Latih Tubi
Berdasarkan semua
kandungan kuliah, jawab
soalan-soalan yang
diberi.
Cuba jawab dahulu tanpa merujuk sebarang
nota untuk menguji kemampuan anda.