4
| Artikel Percuma| © HushimMotivational.com Perana n Ibu Bapa Di Masa Kini MukaSurat 1 Memang tidak mudah untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dalam mendidik anak-anak sekarang. Tanggungjawab sebagai ibu bapa lazimnya mencabar terutama dalam zaman yang serba moden dan canggih ini. Perubahan cara hidup yang mendadak dan anasir-anasir luar yang mempengaruhi minda tidak dapat dielakkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak pada zaman sekarang mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang datang dari luar skop kekeluargaan. Kawan-kawan, internet, persekitaran sosial yang kurang sihat, penuh dengan godaan membuatkan mereka semakin terdorong untuk mengikut rentak hatinya sendiri. Zaman remaja adalah satu perjalanan daripada zaman kanak-kanak menuju dewasa, daripada bergantung hampir sepenuhnya pada pandangan orang lain kepada bagaimana membuat keputusan yang bertanggungjawab secara berdikari. Adalah mudah bagi ibu bapa untuk percaya bahawa pengaruh mereka terhadap anak-anak remaja mereka telah lupus sebaik sahaja anak mereka mencecah zaman remaja. Rakan-rakan dan media nampaknya lebih berkuasa. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa sokongan, panduan dan perhatian daripada ibu bapa tidak boleh luput dan adalah sangat diperlukan sepertimana mereka ketika kanak-kanak. Mungkin adakalanya ibu bapa berpendapat bahawa apabila anak-anak sudah meningkat dewasa, mereka tidak memerlukan lagi bimbingan daripada ibu bapa kerana ingin mengajar mereka erti berdikari. Anak-anak akan belajar erti berdikari yang sebenar dengan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa.

Peranan Ibu Bapa Tirah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

peranan ibu bapa

Citation preview

Page 1: Peranan Ibu Bapa Tirah

| Artikel Percuma| © HushimMotivational.com

P e r a n a n I b u B a p a D i M a s a K i n i

MukaSurat 1

Memang tidak mudah untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang dalam mendidik anak-anak

sekarang. Tanggungjawab sebagai ibu bapa lazimnya mencabar terutama dalam zaman yang

serba moden dan canggih ini. Perubahan cara hidup yang mendadak dan anasir-anasir luar

yang mempengaruhi minda tidak dapat dielakkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa

anak-anak pada zaman sekarang mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang datang dari

luar skop kekeluargaan. Kawan-kawan, internet, persekitaran sosial yang kurang sihat, penuh

dengan godaan membuatkan mereka semakin terdorong untuk mengikut rentak hatinya

sendiri.

Zaman remaja adalah satu perjalanan daripada zaman kanak-kanak menuju dewasa,

daripada bergantung hampir sepenuhnya pada pandangan orang lain kepada bagaimana

membuat keputusan yang bertanggungjawab secara berdikari. Adalah mudah bagi ibu bapa

untuk percaya bahawa pengaruh mereka terhadap anak-anak remaja mereka telah lupus

sebaik sahaja anak mereka mencecah zaman remaja. Rakan-rakan dan media nampaknya

lebih berkuasa.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa sokongan, panduan dan perhatian

daripada ibu bapa tidak boleh luput dan adalah sangat diperlukan sepertimana mereka ketika

kanak-kanak. Mungkin adakalanya ibu bapa berpendapat bahawa apabila anak-anak sudah

meningkat dewasa, mereka tidak memerlukan lagi bimbingan daripada ibu bapa kerana ingin

mengajar mereka erti berdikari. Anak-anak akan belajar erti berdikari yang sebenar dengan

bantuan dan sokongan daripada ibu bapa.

Page 2: Peranan Ibu Bapa Tirah

| Artikel Percuma| © HushimMotivational.com

P e r a n a n I b u B a p a D i M a s a K i n i

MukaSurat 2

Oleh yang demikian, peranan ibu bapa amatlah diperlukan bagi memastikan bahawa

anak-anak tidak pernah berasa kekurangan di dalam kehidupan mereka. Kasih sayang,

perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa amatlah diharapkan oleh anak-anak

untuk mereka lebih bersemangat melalui kehidupan mereka. Berbagai cara boleh dilakukan

oleh ibu bapa bagi memastikan tiada kekurangan yang berlaku dalam kehidupan anak-anak

mereka.

Salah satunya dengan meluangkan masa bersama anak-anak. Melalui alternatif ini, ibu

bapa dapat lebih memahami diri anak-anak dan mereka juga tidak pernah merasa

keseorangan. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat

mereka. Kongsilah pengalaman anda dalam membina satu perhubungan yang mesra

berasaskan kasih sayang dan kepercayaan antara satu sama lain. Makan bersama sekerap

mungkin. Waktu makan adalah peluang terbaik untuk berbual-bual tentang perkara-perkara

yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan untuk merapatkan diri dengan anak-anak

anda. Gunakanlah masa yang ada untuk berbual, bukannya berbalah antara satu sama lain.

Selain itu, bantulah anak-anak anda untuk membina keyakinan diri mereka.

Keyakinan diri adalah sesuatu yang diperolehi, bukannya diberi. Berikan anak-anak anda

peluang untuk belajar kemahiran-kemahiran tertentu dan mendapatkan keyakinan diri

mereka. Pujilah mereka atas tugas-tugas yang telah mereka laksanakan dengan baik dan

galakkan mereka melakukan perkara-perkara yang positif. Jika mereka ketinggalan atau cuai,

cadangkan cara-cara untuk memperbaiki diri; jangan sesekali mengkritik mereka. Kasih

sayang dan rasa hormat akan menggalakkan mereka berkelakuan baik, bukannya berada di

dalam ketakutan ataupun keaiban.

Page 3: Peranan Ibu Bapa Tirah

| Artikel Percuma| © HushimMotivational.com

P e r a n a n I b u B a p a D i M a s a K i n i

MukaSurat 3

Ibu bapa perlu membantu anak-anak untuk memahami bagaimana pilihan yang

mereka lakukan sekarang boleh mempengaruhi keseluruhan kehidupan mereka kelak.

Memberi penerangan tentang apa yang perlu dilakukan untuk berjaya dapat membantu

mereka berusaha mencapai matlamat mereka. Remaja yang mempunyai matlamat jangka

panjang dalam pelajaran atau pekerjaan kurang berkemungkinan untuk merosakkan masa

hadapan mereka kerana mereka lebih berasa yakin dengan diri mereka bahawa mereka boleh

berjaya. Setiap anak-anak mempunyai kelebihan tersendiri yang adakalanya dapat dilihat dan

tidak dapat dilihat. Bantulah anak-anak anda mengenal pasti kelebihan, bakat dan minat

mereka dan mencari peluang untuk mengembangkannya.

Ibu bapa juga perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Komunikasi yang

kerap antara ibu bapa dan anak-anak dapat membantu mereka merasakan bahawa diri mereka

sangat dihargai dan mempunyai tempat untuk berkongsi masalah yang mereka hadapi.

Tentulah, dengan remaja belasan tahun terutamanya, anda mungkin harus mengambil inisiatif

untuk terus berkomunikasi. Binalah satu dialog dua hala dengan menjawab secara hormat

setiap soalan atau topik dengan teliti. Kadangkala, ibu bapa memainkan peranan sebagai

seorang penasihat bagi anak-anak dan adakalanya sebagai seorang rakan kepada mereka.

Anak-anak akan merasa lebih selesa sekiranya ibu bapa dapat menjadi rakan baik mereka dan

merasa diri disayangi.

Anak merupakan anugerah yang amat berharga. Setiap anak yang dilahirkan

mempunyai potensi tersendiri. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencungkil

potensi anak-anak mereka dengan cara tersendiri. Anak-anak pula perlu diberi asuhan dan

kesempatan untuk meneroka, untuk belajar, untuk membuktikan kebolehannya serta

Page 4: Peranan Ibu Bapa Tirah

| Artikel Percuma| © HushimMotivational.com

P e r a n a n I b u B a p a D i M a s a K i n i

MukaSurat 4

mempergunakan potensi akal dan fizikal mereka dengan sebaik mungkin. Dengan ilmu,

kesedaran, kemahiran dan keyakinan di pihak ibu bapa, ia memberi peluang yang cerah untuk

melahirkan dan menggerakkan anak-anak sekurangnya ke peringkat “next to genius”.

Islam telah menegakkan dasar-dasar pendidikan yang utama di dalam jiwa individu-

individu, baik semasa kecil mahupun sudah besar, lelaki mahupun perempuan, atau yang

muda mahupun yang tua, Islam telah menetapkan arahan-arahan yang sangat berharga demi

mencapai kesempurnaan dalam menjadikan anak-anak sebagai seorang individu yang berjasa

kepada negara mahupun agama.

Walauapapun pengalaman yang dilalui oleh anak-anak sepanjang proses

pembesarannya, ibu bapa tetap merupakan tunggak utama kepada kehidupan mereka. Ibu

bapa perlu bijak memainkan peranan dengan berkesan dan sentiasa mempunyai sikap ingin

berubah dan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak. Untuk menjadi

ibu bapa yang berjaya, ia memerlukan ilmu dan kemahiran. Jadikanlah usaha mendidik anak-

anak sebagai satu komitmen dan agenda penting di dalam kehidupan berkeluarga.