Upload
others
View
33
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
_______
I_______
PE
__________
INSPIR__________
________
U N I V
ERATP
__________
ING CR__________
___________
V E R S I
TURAPENY
__________
REATIV__________
___________
I T I P
AN KYELID
__________
VE AND__________
__________
P E N Y E
KEWADIKAN
__________
INNOV__________
__________
E L I D I
ANGAN
__________
VATIVE__________
_
IK A N
AN
__________
E MIND__________
_________
DS ________
Kandungan Muka Surat
1.0 Pihak Yang Bertanggungjawab Terhadap Pengurusan Penyelidikan 1 1.1 Ketua Kumpulan Penyelidik/ Ketua Projek 1 1.2 Research Alliances (RA) 1 1.3 Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) 2 1.4 Seksyen Kewangan Penyelidikan 3 1.5 Pejabat Bendahari 4
2.0 Jenis-Jenis Geran Penyelidikan 4
3.0 Pembukaan Dan Penutupan Akaun Projek Penyelidikan Dalam
Sistem Maklumat Kewangan Universiti 5
4.0 Penerimaan Peruntukan Penyelidikan 5
5.0 Pengurusan Perolehan Penyelidikan 6
6.0 Pengurusan Pembayaran Melalui Dana Penyelidikan 6
6.1 Pembayaran Pesanan Tempatan 6
6.2 Pembayaran Inbois 7
6.3 Pembayaran Upah Kerja, Honorarium Dan Saguhati 8
6.4 Pembayaran Tuntutan Penggunaan Wang Sendiri 9
6.5 Pembayaran Luar Negara 10
6.6 Pendahuluan Pelbagai 11
6.7 Pendahuluan Perjalanan 11
6.8 Pembayaran Tuntutan Kerja Lebih Masa Pembantu Penyelidik 12
6.9 Pembayaran Tuntutan Skim Pelajar Bekerja (SPB) 12
6.10 Pembayaran Tuntutan Perjalanan Dalam Dan Luar Negara 13
6.11 Pembayaran Kepada Pelawat Akademik Dan Penyelidik 14
Jemputan
7.0 Staf Penyelidikan Kontrak 14
7.1 Tatacara Pembayaran Gaji 14
7.2 Pembayaran Bonus 15
7.3 Tuntutan Perjalanan 15
7.4 Kemudahan Rawatan Kesihatan Dan Pergigian 15
8.0 Kawalan Belanjawan Projek Penyelidikan 16
9.0 Pengurusan Aset Projek Penyelidikan 17
10.0 Penutupan Akaun Projek Penyelidikan 17
Lampiran
1 Pekeliling Bendahari Bil. 7 Tahun 2010 – Tatacara Perolehan Universiti Bagi Aktiviti Yang Menggunakan Dana Penyelidikan.
2 Deskripsi Perbelanjaan Mengikut SODO/ Kod Akaun Universiti
3 Penjenisan Perbelanjaan Mengikut SODO/ Kod Akaun
1.0 PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PENGURUSAN PENYELIDIKAN
Pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan penyelidikan di Universiti Teknologi Malaysia terdiri daripada Ketua Kumpulan Penyelidik /Ketua Projek, Research Alliances (RA), Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Seksyen Kewangan Penyelidikan dan Pejabat Bendahari.
1.1 KETUA KUMPULAN PENYELIDIK / KETUA PROJEK
Fungsi Ketua Kumpulan Penyelidik/Ketua Projek adalah seperti berikut: a) Memastikan semua maklumat proposal, bermula dari abstrak, kaedah
penyelidikan, maklumat agihan peruntukan (V-Siri), senarai peralatan, ahli kumpulan penyelidikan dan lain-lain maklumat berkaitan adalah benar dan tepat.
b) Membaca, memahami dan menandatangani surat perakuan projek penyelidikan.
c) Membaca, memahami dan mematuhi terma-terma perjanjian dan peraturan yang berkuatkuasa berkaitan dengan projek penyelidikan tersebut. Mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan didalam perjanjian, peraturan Universiti adalah terpakai.
d) Memaklumkan dan mengemukakan salinan payment advice bagi penerimaan peruntukan dari penaja luar negara.
1.2 RESEARCH ALLIANCES (RA)
Fungsi Research Alliances adalah seperti berikut:
a) Dekan Penyelidikan memperakukan permohonan pembelian secara
rundingan terus yang bernilai melebihi RM20,000.00 bagi mana-mana kumpulan penyelidikan dibawah seliaannya.
-1-
b) Meluluskan bidang kuasa dan peranan setiap ahli didalam mana-mana kumpulan penyelidikan dibawah seliaannya. Ini membolehkan pihak Research Alliance memantau dan menyelia setiap kumpulan penyelidikan terutama aktiviti yang melibatkan capaian kepada Sistem Maklumat Kewangan Universiti.
c) Memastikan setiap proposal menyenaraikan senarai peralatan yang bakal diperoleh untuk sesuatu projek penyelidikan
Terdapat sebelas (11) Research Alliances di UTM buat masa ini.
a) Sustainability (SUTRA)
b) Enabling Science & Nano Technology (E-Science Nano)
c) Infocomm (ICRA)
d) Energy (ERA)
e) Transportation (ASTRA)
f) Water
g) Automation Cybernetics & Engineering (ACE)
h) Bio-Tech
i) Innovative Construction Research Alliance (ICON)
j) Materials & Manufacturing (MMRA)
k) K-Economy (RAKE)
1.3 PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC)
Bertanggungjawab terhadap pengurusan projek penyelidikan secara keseluruhan.
a) Mengeluarkan surat kelulusan menjalankan projek penyelidikan b) Meluluskan pembukaan dan penutupan akaun projek penyelidikan
-2-
c) Menyemak dan mengesahkan agihan peruntukan(V-Siri)/ tambahan peruntukan
d) Menguruskan perlantikan pembantu penyelidik projek penyelidikan e) Menguruskan dan mengemaskini pindahan (V-Siri), perlanjutan dan
penamatan tempoh projek penyelidikan f) Semua Geran Penyelidikan yang disalurkan kepada Penyelidik
mestilah melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan.
1.4 SEKSYEN KEWANGAN PENYELIDIKAN
Bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan dan perakaunan projek penyelidikan seperti berikut:
a) Menguruskan pembukaan dan penutupan akaun projek penyelidikan
di dalam sistem kewangan Universiti b) Mengemaskini peruntukan yang diagihkan oleh penaja bermula dari
penyediaan resit sehingga kepada pengemaskinian sistem c) Menguruskan semua proses perolehan berkaitan projek penyelidikan
seperti : i. Pembelian Terus ii. Rundingan Terus dalam dan luar negara iii. Sebutharga
d) Menguruskan semua proses pembayaran dan tuntutan berkaitan projek penyelidikan seperti :
i. Pembayaran Pesanan Tempatan ii. Pembayaran Inbois iii. Pembayaran Upah Kerja, Honorarium dan Saguhati iv. Pembayaran Tuntutan Penggunaan Wang Sendiri v. Pembayaran Tuntutan Perjalanan Dalam dan Luar Negara vi. Pembayaran Pendahuluan Perjalanan dan Pelbagai vii. Pembayaran Tuntutan Kerja Lebih Masa Pembantu
Penyelidik viii. Pembayaran Tuntutan Skim Pelajar Bekerja ix. Pembayaran Tuntutan Pembayaran Ke Luar Negara seperti
Pindahan Telegrafik dan Demand Draf
-3-
e) Menyediakan penyata kewangan projek kepada penyelidik. f) Menyediakan bil tuntutan bagi geran penyelidikan kepada penaja
yang berkaitan. g) Menyediakan Bon Perlaksanaan bagi projek – projek yang dilantik
secara rundingan terus dari mana-mana jabatan kerajaan.
1.5 PEJABAT BENDAHARI
Pejabat Bendahari memainkan peranan yang penting dan tersendiri di dalam pengurusan kewangan penyelidikan. Di antara peranan Pejabat Bendahari ialah : a) Bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedarkan cek kepada
penerima b) Mendepositkan cek-cek peruntukan yang diterima dari penaja ke
dalam akaun Universiti. c) Menguruskan pemeriksaan fizikal ke atas pembelian harta modal yang
dibuat melalui geran penyelidikan. d) Menguruskan pembayaran ke atas setiap transaksi pembelian harta
modal yang dibuat melalui geran penyelidikan. e) Menguruskan dan memproses pengiraan dan pembayaran gaji ke atas
pembantu penyelidik yang dilantik melalui geran penyelidikan. f) Menguruskan kelulusan permohonan perolehan secara rundingan
terus dalam dan luar negara yang bernilai melebihi RM50,000 g) Menguruskan kelulusan permohonan sebut harga penyelidikan yang
bernilai melebihi RM 200,000 h) Menguruskan proses tender yang dipohon melalui geran
penyelidikan.
2.0 JENIS-JENIS GERAN PENYELIDIKAN
Jenis-jenis geran penyelidikan yang terdapat diUTM pada masa sekarang adalah seperti berikut:
2.1 Fundamental Research Grant Scheme (FRGS)
-4-
2.2 Science Fund/e-Science
2.3 Technofund
2.4 Demonstratator Applicant Grant Scheme (DAGS)
2.5 Geran Agensi Kerajaan Lain (Others)
2.6. Geran Penyelidikan Kontrak
2.7 Geran Universiti Penyelidikan (GUP)
3.0 PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN AKAUN PROJEK PENYELIDIKAN DI DALAM SISTEM MAKLUMAT KEWANGAN UNIVERSITI
a) Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) akan memaklumkan pembukaan projek penyelidikan kepada Seksyen Kewangan Penyelidikan bagi tujuan pembukaan akaun projek penyelidikan di dalam Sistem Maklumat Kewangan Universiti.
b) Seksyen Kewangan Penyelidikan akan mewujudkan kod akaun projek penyelidikan di dalam Sistem Maklumat Kewangan (SMK).
c) Bagi penutupan akaun projek penyelidikan, pemakluman perlu dibuat oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan kepada Seksyen Kewangan Penyelidikan.
d) Analisa projek penyelidikan akan dilakukan untuk mengenalpasti mana-mana bayaran tertunggak, pindahan atau pemulangan peruntukan yang masih belum dijelaskan sebelum proses penutupan dilakukan.
4.0 PENERIMAAN PERUNTUKAN PENYELIDIKAN
a) Semua penerimaan peruntukan penyelidikan dari penaja samada dalam bentuk pindahan telegrafik atau cek perlulah dimajukan terus kepada Seksyen Kewangan Penyelidikan dan disalinkan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan.
b) Salinan resit rasmi akan dimajukan kepada penaja sebagai bukti penerimaan dan salinan resit akan diserahkan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Ketua Kumpulan Penyelidikan sebagai rujukan.
-5-
c) Seksyen Kewangan Penyelidikan akan membuat agihan peruntukan berdasarkan kelulusan proposal projek berkaitan bagi setiap penerimaan yang diterima.
d) Bagi penerimaan berbentuk pindahan telegrafik, semakan dengan pihak bank akan dibuat terlebih dahulu sebelum resit rasmi disediakan.
5.0 PENGURUSAN PEROLEHAN PENYELIDIKAN
a) Pengurusan perolehan melalui dana penyelidikan termasuklah penyediaan dan kelulusan pesanan tempatan, penyediaan dokumen dan panggilan sebut harga, penyediaan kertas taklimat kelulusan sebut harga & rundingan terus dan bertindak sebagai urusetia sebut harga.
b) Tatacara perolehan melalui dana penyelidikan boleh dirujuk melalui Pekeliling Bendahari Bil. 7 Tahun 2010 seperti di lampiran 1.
c) Ketua Projek hendaklah memastikan perkara-perkara berikut ketika hendak melaksanakan perolehan:
i. Pastikan Tempoh Projek masih AKTIF ii. Coverletter hendaklah lengkap (Kod bidang mengikut pendaftaran
dengan Kementerian Kewangan, Jenis Projek, Sub Kod Projek & Kod Sodo). Bagi pembelian aset/inventori (B35000/B36000) mesti disertakan dengan borang pembelian aset/inventori dan salinan proposal pembelian (Jadual C Research Agreement).
iii. Menyediakan Jadual Teknikal dan Jadual Harga bagi perolehan yang bernilai melebihi RM50,000.00.
6.0 PENGURUSAN PEMBAYARAN MELALUI DANA PENYELIDIKAN
Pengurusan pembayaran bagi dana penyelidikan merangkumi semakan dokumen dan baki peruntukan projek penyelidikan, penyediaan baucar bayaran sehingga cetakan cek atau kredit terus ke dalam akaun penerima.
6.1 Pembayaran Pesanan Tempatan
Permohonan pembayaran melalui Pesanan Tempatan (RM5,001 dan -6-
keatas) boleh dibuat dengan menyediakan dokumen berikut: a) Coverletter hendaklah diisi dengan lengkap mengikut jenis tuntutan
(Jenis Projek, Sub-Kod Projek & Kod Sodo /V-siri). Coverletter tersebut boleh dimuat turun dari portal RMC http://rmc.utm.my/download/ dan di cetak di atas Letterhead fakulti masing-masing.
b) Salinan Pesanan Tempatan Asal yang diperakukan Ketua Projek dan Syarikat Pembekal pada ruangan yang disediakan.
c) Inbois & Nota Penghantaran yang asal disahkan oleh Ketua Projek. d) Sesalinan Borang Daftar Harta Tetap/Inventori/Penyelenggaraan
(mana yang berkaitan). Jika melibatkan penyelenggaraan, maka sesalinan borang Daftar Harta Tetap/ Inventori asal perlu disertakan sebagai bukti.
e) Bagi Pembayaran Analisis, Sewaan dan Yuran tidak perlu dimajukan sesalinan Nota Penghantaran kerana perkhidmatan tersebut tidak memerlukan dokumen tersebut.
6.2 Pembayaran Inbois
Pembayaran Inbois dan Lain–lain Bil (RM5,000 ke bawah) boleh dibuat dengan memastikan perkara – perkara berikut:
a) Ketua Projek perlu memastikan tempoh projek masih aktif semasa tuntutan pembayaran dibuat.
b) Sebelum Ketua Projek menerima inbois dari pembekal, Ketua Projek perlu pastikan bahawa syarikat yang dipilih telah berdaftar dalam Sistem Maklumat Kewangan UTM. Pendaftaran syarikat boleh dibuat di Pejabat Bendahari melalui talian 07-553 0223. Borang Pendaftaran Syarikat boleh dimuat turun daripada http:/ebendahari.utm.my/bendahari/
c) Coverletter hendaklah diisi dengan lengkap mengikut jenis tuntutan (Jenis Projek, Sub-Kod Projek & Kod Sodo /V-siri). Coverletter tersebut boleh dimuat turun dari portal RMC
dan di cetak di atas Letterhead fakulti masing-masing.
d) Inbois dan Nota Penghantaran yang asal disahkan oleh Ketua Projek. e) Sesalinan Borang Daftar Harta Tetap/ Inventori/ Penyelenggaraan
(mana yang berkaitan). Jika melibatkan penyelenggaraan, maka sesalinan borang Daftar Harta Tetap/ Inventori asal perlu disertakan -7-
http://rmc.utm.my/download/
sebagai bukti.
f) Bagi Pembayaran Analisis, Sewaan dan Yuran tidak perlu dimajukan sesalinan Nota Penghantaran kerana perkhidmatan tersebut tidak memerlukan dokumen tersebut.
g) Sesalinan kelulusan penaja jika pembelian melibatkan pembelian peralatan. Sebagai contoh, dana Science Fund boleh dilampirkan kelulusan penaja dari laman web MOSTI, manakala dana dari Geran FRGS boleh dilampirkan sesalinan proposal yang mencatatkan senarai peralatan yang dipohon. Bagi kategori Others dan Penyelidikan Kontrak, sekiranya tidak mempunyai proposal, surat dari Penaja adalah diperlukan. Sekiranya Ketua Projek tidak memiliki sebarang bukti kelulusan, Ketua Projek boleh mengemukakan surat justifikasi permohonan untuk pertimbangan Pengarah RMC.
6.3 Pembayaran Upah Kerja, Honorarium dan Saguhati
Bagi upah kerja, Honorarium dan pembayaran saguhati, permohonan boleh dimajukan dengan memastikan perkara berikut:
a) Pastikan tempoh projek masih AKTIF. b) Coverletter hendaklah lengkap (Jenis Projek, Sub Kod Projek & Kod
Sodo /V-siri.(Sila muat turun dari portal RMC) c) E-Form HrFin No. 25 - [Borang Tuntutan Saguhati & Hanorarium].
Pastikan nama dan amaun penerima adalah tepat. d) Surat Akuan Perbelanjaan(Sila muat turun dari portal RMC) e) Lampiran arahan pembayaran upah/saguhati lengkap diisi dengan
(Sila muat turun dari portal RMC) : Nama Penuh Penerima (seperti dalam K/P) No Kad Pengenalan Penerima Tarikh dan tempoh kerja-kerja yang dijalankan Skop Kerja yang dilakukan sepanjang tempoh upah/saguhati
dibayar f) Sesalinan kad pengenalan atau buku bank untuk pengesahan nama
-8-
g) Peringatan : Sila pastikan penerima BUKAN Lantikan Vot / Staf UTM /
mempunyai pertalian persaudaraan dengan Ketua Projek Pembayaran Upah hanya akan dibayar melalui V11000. Sila
pastikan baki V11000 mencukupi. Pembayaran upah terhad kepada 2 bulan sahaja. Bahagian
Kewangan menggalakkan pembayaran melalui lantikan. V29000 hanya terhad kepada pembayaran perundingan/
perkhidmatan kepada syarikat, bayaran kepada Profesor Pelawat, Penyelidik Jemputan, yuran penerbitan dan paten.
6.4 Pembayaran Tuntutan Penggunaan Wang Sendiri
Pembayaran Tuntutan Penggunaan Wang Sendiri boleh dibuat dengan memastikan perkara – perkara berikut:
a) Pastikan tempoh projek masih AKTIF. b) Coverletter hendaklah lengkap ( Jenis Projek, Sub Kod Projek & Kod
Sodo /V-siri) dan borang pembelian aset/inventori. (Sila muat turun dari portal RMC).
c) E-Form HrFin No. 26 [Borang Tuntutan Lain-lain Perbelanjaan (Bayaran Balik Wang)]. Sekiranya pemohon bukan Ketua Projek, e-form mesti disahkan oleh Ketua Projek dan Cek akan dikeluarkan mengikut nama pemohon sahaja.
d) Resit-resit pembayaran original yang disahkan oleh Ketua Projek. e) Sesalinan kelulusan penaja jika pembelian melibatkan pembelian
peralatan. Sebagai contoh, dana Science Fund boleh dilampirkan kelulusan penaja dari laman web MOSTI, manakala dana dari Geran FRGS boleh dilampirkan sesalinan proposal yang mencatatkan senarai peralatan yang dipohon. Bagi kategori Others dan Penyelidikan Kontrak, sekiranya tidak mempunyai proposal, surat dari Penaja adalah diperlukan. Sekiranya Ketua Projek tidak memiliki sebarang bukti kelulusan, Ketua Projek boleh mengemukakan surat justifikasi permohonan untuk pertimbangan Pengarah RMC.
-9-
f) Borang Daftar Inventori/Harta Tetap/Penyelenggaraan (yang mana berkaitan) jika perlu
g) Peringatan : Jumlah keseluruhan resit yang dikemukakan tidak boleh melebihi
RM5,000.00. Jika pembayaran dibuat menggunakan kad kredit sila lampirkan
salinan penyata kad kredit berkaitan. Jika membeli alatan/ khidmat dari luar negara, perlu dilampirkan
justifikasi.
6.5 Pembayaran Luar Negara Pembayaran Luar Negara boleh dibuat dengan memastikan perkara – perkara berikut:
a) Pastikan Tempoh Projek masih AKTIF b) Coverletter hendaklah lengkap (Jenis Projek, Sub Kod Projek & Kod
Sodo /V-siri, sila muat turun dari portal RMC ) c) E-Form HrFin No. 28 [Borang Arahan Pembayaran] (Nota: Sila pastikan maklumat di ruangan ”Demand Draf” diisi dengan
lengkap)
d) Surat Kelulusan Aktiviti ( jika pembayaran yuran) e) Inbois @ Sebut harga yang disahkan oleh Ketua Projek f) Maklumat Bank Penerima yang disahkan oleh Ketua Projek :
Nama Bank Alamat Bank Nama Penerima No. Akaun Penerima SWIFT Code / IBAN Code / Sort Code
g) Borang Daftar Inventori/Harta Tetap/Penyelenggaraan (yang mana berkaitan) jika perlu
h) Surat justifikasi bagi menerangkan keperluan alatan/ perkhidmatan tersebut perlu di beli dari Luar Negara (selain yuran)
-10-
6.6 Pembayaran Pendahuluan Pelbagai Pembayaran Pendahuluan Pelbagai boleh dibuat dengan memastikan perkara – perkara berikut:
a) Pastikan tempoh projek masih AKTIF b) Permohonan mesti dimohon oleh Ketua Projek sahaja c) Coverletter hendaklah lengkap (Jenis Projek, Sub Kod Projek & Kod
Sodo /V-siri. (Sila muat turun dari portal RMC) d) E-Form HrFin No. 3 [Borang Tuntutan Permohonan Pendahuluan
Pelbagai] e) Peringatan :
Minima Pendahuluan ialah RM500.00 dan Maksima ialah RM5,000.00
Jumlah tuntutan pada resit yang dikemukakan tidak boleh melebihi RM5,000.00
Hanya satu pendahuluan sahaja dibenarkan pada satu – satu masa. Sekiranya terdapat pendahuluan yang belum dijelaskan, permohonan baru TIDAK akan diproses.
Pendahuluan hanya boleh dibuat untuk tujuan pembelian bahan pakai habis dan pembelian inventori seperti dalam proposal.
6.7 Pembayaran Pendahuluan Perjalanan Pembayaran Pendahuluan Perjalanan boleh dibuat dengan memastikan perkara – perkara berikut: a) Pastikan tempoh projek masih AKTIF b) Coverletter hendaklah lengkap (Jenis Projek, Sub Kod Projek & Kod
Sodo /V-siri.(Sila download dari portal RMC) c) E-Form HrFin No. 4 [Borang Tuntutan Permohonan Pendahuluan
Perjalanan - Staf] d) E-Form HrFin No. 5 [Borang Tuntutan Permohonan Pendahuluan
Perjalanan - Pegawai Penyelidik/Pembantu Penyelidik/Pelajar] e) Sesalinan surat kelulusan aktiviti f) Peringatan :
Minima Pendahuluan ialah RM500.00 untuk staf dan RM400.00 -11-
bagi Pegawai Penyelidik/Pembantu Penyelidik/Pelajar]
Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh aktiviti
Hanya satu pendahuluan sahaja dibenarkan pada satu – satu masa. Sekiranya terdapat pendahuluan yang belum dijelaskan, permohonan baru TIDAK akan diproses.
6.8 Pembayaran Tuntutan Kerja Lebih Masa Pembantu Penyelidik
Pembayaran Tuntutan Kerja Lebih Masa Pembantu Penyelidik boleh dibuat dengan memastikan perkara – perkara berikut:
a) Pastikan Tempoh Projek masih AKTIF. b) Coverletter hendaklah lengkap (Jenis Projek, Sub Kod Projek & Kod
Sodo /V-siri. (Sila muat turun dari portal RMC). c) E-Form HrFin No. 11 [Borang Lamparan Kerja] hendaklah diisi oleh
penerima dan disahkan oleh Ketua Projek. d) Borang Rasmi Kerja Lebih Masa (Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/92)
dan disahkan oleh Ketua Projek. e) Surat Arahan Kerja oleh Ketua Projek. f) Surat Akuan Bekerja diluar Waktu Pejabat dari Ketua Jabatan (jika staf
UTM). g) Slide kedatangan bertugas (jika staf UTM). h) Pembayaran Kerja Lebih Masa hanya akan dibayar melalui V11000.
Sila pastikan baki V11000 mencukupi atau tuntutan tidak di proses.
6.9 Pembayaran Tuntutan Skim Pelajar Bekerja (SPB)
Pembayaran Tuntutan Skim Pelajar Bekerja boleh dibuat dengan memastikan perkara – perkara berikut:
a) Pastikan tempoh projek masih AKTIF b) Coverletter hendaklah lengkap (Jenis Projek, Sub Kod Projek & Kod
Sodo /V-siri.(Sila download dari portal RMC) c) E-Form HrFin No. 11 [Borang Lamparan Kerja] hendaklah diisi oleh
penerima dan disahkan oleh Ketua Projek. -12-
d) Sesalinan surat lantikan rasmi SPB e) Pembayaran SPB hanya akan dibayar melalui V11000. Sila pastikan
baki V11000 mencukupi atau tuntutan tidak di proses.
6.10 Pembayaran Tuntutan Perjalanan Dalam Dan Luar Negara
Pembayaran Tuntutan Perjalanan Dalam Dan Luar Negara boleh dibuat dengan memastikan perkara – perkara berikut: a) Pastikan Tempoh Projek masih AKTIF b) E-Form HrFin No. 1 (Dalam Negara) c) E-Form HrFin No. 2 (Luar Negara) d) Salinan surat kelulusan aktiviti e) Coverletterhendaklah lengkap (Jenis Projek, Sub Kod Projek & Kod
Sodo /V-siri).(Sila download dari portal RMC) f) Bukti perjalanan pergi dan balik (tiket kapal terbang/boarding
pass/resit tol/salinan touch & Go) yang disahkan oleh Ketua Projek (tandatangan & Cop Ketua Projek)
g) Resit Penginapan & resit-resit pembayaran lain yang disahkan oleh Ketua Projek (tandatangan & Cop Ketua Projek) yang ditampal pada kertas A4
h) Jika tiada resit rasmi yang sah dilampirkan sebagai bukti untuk tambang teksi, tol, bas atau kapal terbang, tuntutan tidak akan diproses mengikut Pekeliling Bendahari Bil.8/2010
i) Lain-lain dokumen (jika berkaitan) : Resit pembayaran yuran yang telah disahkan oleh Ketua Projek
sekiranya yuran telah dibayar menggunakan wang sendiri. Aturcara lengkap program seminar/Conference
(tentative/technical program) daripada tarikh mula hingga tarikh akhir seminar.
Salinan nama peserta sebagai pembentang kertas kerja yang telah ditandakan (highlight)
Borang Lead Generation Report (LGR) yang telah dilengkapkan. Laporan Ringkas selepas menghadiri aktiviti seperti yang diminta
dalam surat kelulusan TNCP Satu CD Conference yang mengandungi maklumat Kertas
-13-
Kerja/Jurnal yang dibentang (Jika membentang di Persidangan).
6.11 Pembayaran kepada Pelawat Akademik dan Penyelidik Jemputan
Pembayaran kepada Pelawat Akademik dan Penyelidik Jemputan boleh dibuat dengan memastikan perkara – perkara berikut: a) Ketua Projek hendaklah membuat permohonan pembayaran
melalui E-Form HrFin No. 8 – Tuntutan Professor Pelawat, Pemeriksa Luar, Pensyarah Jemputan dan Professor Tamu
b) Ketua Projek mengemukakan coverletter dan surat kelulusan daripada TNCA kepada RMC
c) Kadar bayaran adalah mengikut amaun kelulusan yang diperolehi daripada TNCA atau Pekeliling Pentadbiran yang berkuatkuasa.
d) Walau bagaimanapun, masih tertakluk pada baki vot. Pembayaran hanya akan dibayar melalui V29000. Sila pastikan baki V29000 mencukupi.
7.0 STAF PENYELIDIKAN KONTRAK (RO/ARO/RA)
7.1 Tatacara Pembayaran Gaji Staf Projek Penyelidikan
a) Penyelidik perlu mengisi borang permohonan perlantikan dan salinan dokumen sokongan (sijil, transkrip) yang telah disahkan untuk dikemukakan kepada RMC
b) Pihak RMC perlu mengemukakan borang Arahan Pembayaran yang lengkap ke Bahagian Emolumen Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada 10 haribulan
c) Gaji untuk staf projek bergaji bulanan akan dibayar pada akhir bulan
d) Jenis potongan: -KWSP -PERKESO -LHDN (jika berkenaan)
-14-
7.2 Pembayaran Bonus
a) Bayaran imbuhan kepada staf kontrak adalah tertakluk kepada keputusan pihak Kerajaan Pusat tentang pemberian bonus kepada penjawat awam
b) Berdasarkan pengumuman Kerajaan Pusat dan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan UTM yang berkuatkuasa bayaran bonus akan dibuat jika peruntukan projek mencukupi dan dipersetujui oleh Ketua Projek dengan mengemukakan surat permohonan rasmi kepada RMC
7.3 Pembayaran Tuntutan Perjalanan Staf Kontrak Projek Penyelidikan
a) Dibayar mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan : Bil 3 tahun 2003 (kadar Tugas Rasmi) Bil 3 tahun 2005 ( Kadar Berkursus) Bil 2 tahun 2006 (Pindaan kadar Tuntutan Perbatuan)
b) Kadar bayaran tuntutan perjalanan adalah mengikut gred N17 untuk RA, N27 untuk ARO dan N41 untuk RO.
7.4 Kemudahan Rawatan Kesihatan Dan Pergigian
a) Pegawai/Pembantu Penyelidik yang layak mengemukakan
tuntutan di bawah skim ini hendaklah mengemukakan resit
tuntutan kepada pihak RMC. Segala resit tuntutan hendaklah
disahkan oleh Ketua Projek sebelum dikemukakan kepada pihak
RMC.
b) Jumlah yang layak dituntut oleh seseorang Pegawai/Pembantu
Penyelidik daripada vot penyelidikan masing-masing ialah tidak
lebih daripada RM400 setahun tetapi tertakluk kepada baki
peruntukan V11000 yang mencukupi.
-15-
8.0 KAWALAN BELANJAWAN PROJEK PENYELIDIKAN
a) Agihan peruntukan perlu dibuat mengikut siri Vot perbelanjaan. Siri Vot perbelanjaan yang digunapakai oleh Universiti dikenali sebagai SODO dan bermula dari B10000 sehingga B50000. Bagi penaja dari MOSTI dan MOHE pula, ia lebih dikenali sebagai V Siri.
b) Perbelanjaan dibenarkan selagi baki projek mengikut V Siri/SODO adalah mencukupi. Ketua Projek perlu memahami jenis perbelanjaan sebelum membuat mana – mana perbelanjaan dibawah V Siri / SODO berkaitan. Kegagalan memahami jenis perbelanjaan akan mengakibatkan perakaunan projek penyelidikan tidak selari dengan perancangan yang telah dibuat.
c) Sekiranya baki SODO berkenaan tidak mencukupi, pemindahan V Siri/SODO (Virement) perlu dipohon oleh Ketua Projek. Suatu kawalan yang dikenali sebagai V Siri Terkawal dan V Siri Tidak Terkawal akan digunapakai. Dengan adanya kawalan ini, projek – projek yang dikawal dengan kawalan V Siri Terkawal memerlukan kelulusan dari pihak RMC bagi proses pemindahan V Siri / SODO. Akan tetapi jika ia dikawal dengan kawalan V Siri Tidak Terkawal, Ketua Projek boleh membuat pemindahan V Siri / SODO terus ke dalam sistem tanpa melibatkan kelulusan dari mana mana pihak. Sebagai contoh, Dana penyelidikan yang menggunapakai kawalan V Siri Terkawal ialah dana penyelidikan Science Fund dan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). Bagi Geran Penyelidikan Universiti (GUP) pula, kawalan V Siri Tidak Terkawal akan digunapakai.
d) Pemindahan V Siri akan dibenarkan berdasarkan garis panduan geran penyelidikan yang berkaitan.
e) Baki peruntukan boleh dibawa ke tahun hadapan. f) Bagi mana–mana projek penyelidikan yang secara jelas menyatakan
kaedah pengurusan dan kawalan di dalam perjanjian yang telah dipersetujui bersama, kaedah tersebut adalah terpakai.
-16-
9.0 PENGURUSAN ASET PROJEK PENYELIDIKAN
g) Kaedah umum Pengurusan Aset Projek Penyelidikan perlulah mengikut Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 2/2007 (Pengurusan Harta Modal Universiti). Salinan pekeliling yang berkaitan boleh dicapai melalui http://ebendahari.utm.my/bendahari.
h) Bagi peralatan elektronik mudah alih yang dibeli dari projek penyelidikan, ianya boleh didermakan kepada Ketua Projek setelah memenuhi kriteria – kriteria seperti berikut :
Ketua Projek telah menghantar laporan akhir dan mendapat surat perakuan penghantaran laporan akhir dari RMC.
Peralatan tersebut telah dibeli sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh permohonan penyerahan hak milik.
Ketua projek perlu mengisi borang perakuan penyerahan hak milik.
Permohonan boleh dimajukan ke Unit Harta Modal, Pejabat Bendahari UTM
i) Bagi mana–mana projek penyelidikan yang secara jelas menyatakan kaedah pengurusan harta modal di dalam perjanjian yang telah dipersetujui bersama, kaedah tersebut adalah terpakai.
10.0 PENUTUPAN AKAUN PROJEK PENYELIDIKAN
a) Seksyen Kewangan Penyelidikan akan menerima surat makluman penutupan projek dari Unit Rekod RMC.
b) Tindakan yang akan diambil oleh Seksyen Kewangan Penyelidikan adalah seperti berikut: i. Menyediakan pelarasan akaun (jika ada)
ii. Menyemak senarai pesanan tempatan belum bayar iii. Membekukan kod akaun projek di dalam Sistem Maklumat
Kewangan iv. Menyediakan penyata akhir projek dan dihantar kepada RMC,
penyelidik dan penaja c) Baki projek yang ditutup akan dikembalikan kepada penaja (jika
-17-
dinyatakan di dalam surat perjanjian) d) Jika tidak dinyatakan, baki projek akan dikreditkan ke Tabung Induk
Penyelidikan .
-18-
Lampir
TA
PEJABA2 OGO
ran 1
PEK
ATACARYANG
AT BENDOS 2010
KELILING
RA PER MENG
DAHARI
G PEJABAT
ROLEHAGGUNAK
T BENDAH
AN UNIVKAN D
HARI BIL.
VERSITANA PE
7 TAHUN
TI BAGIENYELI
N 2010
I AKTIVIDIKAN
VITI N
TimbalTimbalTimbalDekan/Ketua BUniver
TATAMENG
Tujuan
Pekeliliterutamtatacaramelibat
Tatacar
Peraturaktiviti
Tel: + (6)
lan Naib Calan Naib Calan Naib Ca/PengarahBahagian/Jsiti Teknol
PEK
ACARA GGUNAK
n
ing ini bermanya Paraa pengurutkan dana
ra Peroleha
ran semasi yang men
07‐5533333
anselor (A anselor (P anselor (H
h Jabatan logi Malay
KELILING
PEROLEKAN DAN
rtujuan una Penyelidusan peropenyelidik
an Bekalan
a menetapnggunakan
Faks: +(6)07
& A) & I)
HEP & Alum
sia
PEJABAT
HAN UNA PENYE
ntuk memdik dan Keolehan bekan.
n & Perkh
pkan bahan dana pen
‐5579887 http
Ru T
mni)
T BENDAH
UNIVERSELIDIKA
maklumkan etua Projekekalan da
idmatan
awa perolenyelidikan
p:/ebendahari
uj. Kami: UTarikh :
HARI BIL.
SITI BAAN
kepada sk mengen
an perkhid
ehan beka adalah be
i.utm.my/ben
UTM.J.03.0 2 Ogos 20
7 TAHUN
AGI AK
semua Pusnai perubadmatan b
alan dan perdasarkan
Univers
dahari/ Eme
03/10.12/3010
N 2010
KTIVITI
sat Tangguahan had nbagi aktiv
perkhidman kepada P
Pejabat Bsiti Teknologi
81310 UTJohor Da
el: bendahari@
3 Jld. 2 (54 )
YANG
ungjawab nilai dan
viti yang
atan bagi Pekeliling
Bendahari i Malaysia TM Skudai rul Ta’zim Malaysia
@utm.my
)
Bendahari bil. 1/2009. Sebagai langkah untuk mempercepatkan pelaksanaan perolehan bagi memastikan Para Penyelidik dapat menyiapkan aktiviti penyelidikannya mengikut tempoh yang telah ditetapkan, peraturan dan had nilai perolehan telah dibuat penambahbaikan.
Berdasarkan kepada perubahan ini, Universiti mengeluarkan Tatacara Pengurusan Perolehan Universiti bagi aktiviti yang menggunakan dana penyelidikan.Para Penyelidik dan Pusat Tanggungjawab hendaklah mematuhi sepenuhnya peraturan/tatacara yang ditetapkan di bawah pekeliling ini.
Kuatkuasa
Pekeliling ini berkuat kuasa bermula daripada peraturan/tatacara ini diluluskan.
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”
Yang benar,
SHARIFAH ALWIAH BINTI SYED ALWI Pemangku Bendahari 2 Ogos 2010
PERATURAN DAN PROSEDUR PENGURUSAN PEROLEHAN BAGI AKTIVITI YANG MENGGUNAKAN DANA PENYELIDIKAN
Lembaga Pengarah Universiti meluluskan untuk menerimapakai dan mengamalkan tatacara perolehan yang menggunakan dana penyelidikan seperti berikut : -
1.0 Definisi
1.1 Perolehan
Mendapatkan suatu bekalan atau perkhidmatan dengan mengikuti tatacara yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan atau yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah berdasarkan tadbir urus baik (good governancepractices) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan seperti akauntabiliti awam, diuruskan secara telus, nilai faedah yang terbaik, saingan terbuka serta adil dan saksama.
1.2 Bekalan
Bekalan adalah dimaksudkan sebagai barangan yang dibekal bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek Universiti. Ianya juga merupakan input kepada sesuatu proses kerja atau perkhidmatan. Bekalan yang dimaksudkan adalah seperti bahan binaan, makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan pejabat.
1.2.1 Harta Tetap
a) Harta Tetap meliputi pembelian tanah, bangunan, kenderaan dan jentera serta peralatan tak luak yang mempunyai jangka hayat melebihi 4 tahun penggunaan. Kos minima Harta Tetap ialah RM3,000.00 seunit.
b) Harta Tetap termasuk harta yang dibeli melalui peruntukan mengurus, pembangunan, penyelidikan, tabung-tabung amanah dan projek perundingan (yang secara jelas mengikut perjanjian menjadi milik Universiti) atau lain peruntukan kendalian Universiti dan harta yang didermakan.
1.2.2 Inventori
a) Inventori meliputi pembelian peralatan tak luak yang mempunyai jangka hayat melebihi 1 tahun dengan kos pembelian peralatan tersebut kurang daripada RM3,000.00 seunit semasa perolehan.
b) Bagi perabot, semua perabot adalah Inventori tanpa mengira kos pembelian semasa perolehan.
1.2.3 Stok
a) Stok ialah semua barang guna habis termasuk alatulis dan kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomik untuk dikesan penempatannya secara satu persatu.
b) Stok termasuk pembelian alat ganti bagi tujuan penyelenggaraan. Contoh stok adalah seperti pensil, pen, mesin dawai kokot, fail, pendrive, tayar, sampul surat, komponen elektronik/ komputer bagi tujuan penyenggaraan dan sebagainya.
1.3 Perkhidmatan
Perkhidmatan adalah ditakrifkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran /kemahiran yang diperolehi untuk melaksana dan menyiapkan sesuatu kerja tertentu. Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah seperti pengendalian kursus dan latihan,
penyenggaraan dan pembaikan, pencucian dan pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan.
1.4 Pusat Pengurusan Penyelidikan
Pusat Pengurusan Penyelidikan adalah merupakan satu Pusat Tanggungjawab yang menguruskan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan merangkumi pengurusan dana yang diterima daripada Skim Geran Penyelidikan.
1.5 Dana Penyelidikan.
Dana penyelidikan merupakan peruntukan wang yang diterima untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan termasuk Science Fund, Techno Fund, Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Penyelidikan Kontrak, Geran Universiti Penyelidikan (RU) dan dana-dana penyelidikan yang lain.
1.6 Satu Jenis Item.
165.1 Penggenap atau pelengkap kepada sesuatu barang atau peralatan. Misalnya cawan & piring, tiub & tayar, garpu & sudu dan lain-lain.
1.6.2 Gantian kepada sesuatu barang atau peralatan. Misalnya pen dan pensil.
1.6.3 Boleh dipadankan atau dimasukkan ke dalam sistem barang atau peralatan. Misalnya komputer dengan perisian, soket dengan lampu.
1.6.4 Berasal dari punca pengeluaran atau pemasangan yang bersamaan. Misalnya palam pencucuk, pinggan mangkuk dan barang-barang plastik.
1.7 Memecahkecilkan Jumlah Pembelian
1.7.1 Menyalahtafsirkan satu Jenis Item dan membeli secara berasingan samada secara sengaja atau tidak sengaja serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
2.0 Tatacara Perolehan Tatacara perolehan Bekalan dan Perkhidmatan yang menggunakan dana penyelidikan boleh dilaksanakan secara berikut: 2.1 Perolehan melalui Penggunaan Wang Sendiri 2.2 Perolehan melalui Pembelian Terus 2.3 Perolehan melalui Sebut Harga 2.4 Perolehan melalui Tender 2.5 Perolehan melalui Rundingan Terus
3.0 Had Nilai Perolehan
Had nilai ini terpakai untuk perolehan yang meliputi bekalan dan perkhidmatan sahaja. Untuk tujuan perolehan secara sebut harga, Para Penyelidik hendaklah mengambil kira nilai kontrak. Para Penyelidik dilarang memecah kecil perolehan. 3.1 Bernilai Kurang daripada RM5,000.00.
Perolehan yang bernilai RM5,000.00 dan kurang untuk satu jenis item atau kelas jenis item boleh dibuat seperti berikut: 3.1.1 Penggunaan Wang Sendiri
Pembelian yang bernilai sehinggaRM5,000 daripada dalam dan luar negara dibenarkan untuk menggunakan wang sendiri . Tuntutan bayaran balik wang boleh dibuat dengan mengemukakan bukti-bukti pembelian seperti Nota Penghantaran, inbois dan resit pembayaran.
3.1.2 Pembelian melalui Inbois
Pembelian melalui inbois dibenarkan untuk amaun yang bernilai RM5,000 dan kebawah. Penyelidik perlu mengemukakan Nota Penghantaran, Inbois dan resit pembayaran untuk tujuan pembayaran.
Para Penyelidik diminta untuk mengemukakan semua dokumen bagi tujuan tuntutan bayaran balik dan pembayaran dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan barang ke Seksyen Kewangan Penyelidikan.
3.2 Bernilai Melebihi RM5,000.00 sehingga RM20,000.00.
Perolehan yang bernilai melebihi RM5,000.00 sehingga RM20,000.00 untuk setiap jenis item boleh dibuat melalui Pembelian Terus kepada syarikat pilihan yang diketahui sentiasa mengenakan harga berpatutan. Para Penyelidik dikehendaki membuat kajian pasaran untuk memastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Para Penyelidik diwajibkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya dua (2) ‘quotation’ daripada syarikat yang tiada apa-apa kaitan dan hubungan antara satu dengan yang lain sebagai perbandingan harga. Permohonan beserta dokumen sokongan perlu dimajukan ke Seksyen Kewangan Penyelidikan untuk proses semakan baki dan kelulusan penaja.
Kelulusan diberi oleh Penolong Bendahari, Seksyen Kewangan Penyelidikan atau pegawai yang diberikuasa apabila baki mencukupi dan terdapat kelulusan daripada Penaja. Pesanan Tempatan/ Surat Setuju Terima yang mana berkaitan dikeluarkan untuk tujuan perolehan.
3.3 Bernilai Melebihi RM20,000.00 sehingga RM50,000.00.
Perolehan yang bernilai melebihi RM20,000.00 sehingga RM50,000.00 untuk setiap jenis item boleh dibuat dengan memanggil sebut harga bertulis daripada sekurang-kurangnya 3 pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan. Sebut Harga dipanggil secara bertulis.Tempoh sebut harga dibuka hendaklah ditetapkan.
Pemohon dikehendaki menyediakan Jadual Harga berserta Spesifikasi Teknikal seperti dilampiran A dan Anggaran Pejabat yang ditandatangani oleh Ketua Projek seperti dilampiran B. Jadual Harga berserta spesifikasi teknikal (hardcopy dan softcopy) dan anggaran pejabat hendaklah dimajukan ke Seksyen Kewangan Penyelidikan bagi tujuan penyediaan dokumen sebut harga.
Sebut Harga yang diterima dari Penyebut harga dan anggaran pejabat hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang terdapat di Seksyen Kewangan Penyelidikan dan Peti akan dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga Seksyen Kewangan Penyelidikan.
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga dikehendaki menyerahkan dokumen tawaran sebut harga kepada Urus Setia Sebut Harga. Urus Setia akan meminta pemohon untuk membuat penilaian. Setelah penilaian dibuat Urus Setia Sebut Harga akan menyediakan laporan penilaian untuk kelulusan.
Kelulusan diberi oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan tertakluk kepada pengesahan baki peruntukan yang mencukupi.
Pesanan Tempatan/ Surat Setuju Terima yang mana berkaitan dikeluarkan untuk tujuan perolehan.
3.4 Bernilai Melebihi RM50,000.00 sehingga RM100,000.00 setahun
Perolehan bernilai melebihi RM50,000.00 sehingga RM100,000.00 untuk setiap jenis item hendaklah dipelawa secara sebut harga sekurang-kurangnya daripada 5 pembuat/pembekal tempatan bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan.
Pemohon dikehendaki menyediakan Jadual Harga seperti dilampiran C, Jadual Teknikal seperti dilampiran D dan Anggaran Pejabat. Kesemua dokumen tersebut (hardcopy dan softcopy) hendaklah dimajukan ke Seksyen Kewangan Penyelidikan bagi tujuan penyediaan dokumen sebut harga.
Sebut Harga dipelawa secara bertulis lengkap dengan spesifikasi alat. Sebut Harga yang diterima dan anggaran pejabat hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga dan Petiakandibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga.
Penilaian dibuat oleh dua (2) Jawatankuasa iaitu :
i) Jawatankuasa Penilaian Teknikal. ii) Jawatankuasa Penilaian Harga
Kelulusan pembelian diberi olehJawatankuasa Sebut Harga Zon & Seksyen Kewangan.
3.5 Bernilai Melebihi RM100,000.00 sehingga RM500,000.00 setahun.
Perolehan bernilai lebih RM100,000.00 sehingga RM500,000.00 untuk setiap item dibuat dengan mempelawa sebut harga sekurang-kurangnya 5pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan dan terbuka kepada pembuat/pembekalbertaraf Bumiputera dan Bukan Bumiputera.Keutamaan pada syarikat pembuat/pembekal bertaraf Bumiputera.
Pemohon dikehendaki menyediakan Jadual Harga, Jadual Teknikal danAnggaran Pejabat. Kesemua dokumen tersebut hendaklah dimajukan ke Seksyen Kewangan Penyelidikan bagi tujuan penyediaan dokumen sebut harga.
Sebut Harga dipelawa secara bertulis lengkap dengan spesifikasi alat. Sebut Harga yang diterima dan anggaran pejabat hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga dan Peti akan dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga.
Penilaian dibuat oleh dua (2) Jawatankuasa iaitu : -
i) Jawatankuasa Penilaian Teknikal ii) Jawatankuasa Penilaian Harga
3.5.1 Pembelian diluluskan oleh Jawatankuasa Sebut Harga Zon & Seksyen Kewangan untuk jumlah melebihi RM100,000.00 hingga RM200,000.00.
3.5.2 Pembelian diluluskan oleh Jawatankuasa Sebut Harga Universiti untuk jumlah melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00.
3.6 Perolehan Bernilai Melebihi RM500,000.00.
Perolehan yang bernilai melebihi RM500,000.00 bagi setiap jenis item hendaklah dibuat secara tender. Tender hendaklah diiklankan sekurang-kurangnya dalam satu (1) akhbar tempatan Bahasa Malaysia. Tender akan diiklankan dalam tempoh tidak kurang 21 hari.
Pemohon dikehendaki menyediakan Jadual Harga, Jadual Teknikal, Syarat-Syarat Khas dan Anggaran Pejabat. Kesemua dokumen tersebut hendaklah dimajukan ke Bahagian Perolehan Pejabat Bendahari bagi tujuan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Universiti dan seterusnya penyediaan dokumen tender.
Penilaian dibuat oleh dua (2) Jawatankuasa iaitu : -
i) Jawatankuasa Penilaian Teknikal ii) Jawatankuasa Penilaian Kewangan Petender
Pembelian diluluskan oleh Lembaga Perolehan Universiti.
4.0 Permohonan Pembelian Melalui Rundingan Terus
4.1 Semua perolehan melalui rundingan terus perlu mendapatkan perakuan dan kelulusan Pihak Berkuasa seperti berikut:
4.1.1 Dalam dan Luar negara bernilai RM5,001.00 sehingga RM20,000.00
Perakuan - Ketua Projek
Kelulusan –Pengarah RMC
4.1.2 Dalam negara bernilai RM20,001.00 sehingga RM50,000.00
Perakuan - Dekan Penyelidikan Research Alliance
Kelulusan - Jawatankuasa Sebut Harga Zon & Seksyen
Kewangan
4.1.3 Luar negara bernilai RM20,001.00 sehingga RM50,000.00
Perakuan - Jawatankuasa Sebut Harga Zon & Seksyen
Kewangan
Kelulusan - Jawatankuasa Sebut Harga Universiti
4.1.4 Dalam dan luar negara bernilai melebihi RM50,000.00
Perakuan - Jawatankuasa Sebut Harga Universiti
Kelulusan - Kementerian Kewangan
4.2 Perolehan secara Rundingan Terus boleh dilaksanakan dengan syarat berikut : -
a) Tidak ada satu penentuan (specification) yang tepat atau pasti mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diperlukan.
b) Punca barangan yang lebih berasingan antara satu sama lain tidak terdapat.
c) Kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) perlu diperolehi sekiranya perolehan melibatkan barangan import yang bernilai melebihi RM50,000.00.
d) Pembekal tempatan yang dipilih hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan.
4.3 Para Penyelidik diminta mengemukakan perkara-perkara berikut untuk tujuan memohon kelulusan.
4.3.1 Surat permohonan pembelian secara Rundingan Terus.
4.3.2 Borang kelulusan spesifikasi alat yang telah diperakukan oleh Ketua Projek.
4.3.3 Sebutharga dan katalog daripada syarikat.
4.3.4 Memorandum Perolehan Secara Rundingan Terus. Maklumat yang diperlukan dan contoh Memorandum adalah seperti di Lampiran E.
4.3.5 Surat lantikan agen tunggal daripada Prinsipal.
4.3.6 Salinan Sijil Kementerian Kewangan untuk pembekal tempatan.
5.0 Perolehan Barangan Import Bernilai Melebihi RM50,000.00.
Sebelum sebut harga dan tender dikeluarkan, kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu diperolehi terlebih dahulu untuk perolehan barangan import yang bernilai melebihi RM50,000.00. Contoh borang yang perlu diisi adalah seperti dilampiran F.
Pemohon adalah diminta untuk menghantar borang yang telah diisi bersama-sama dengan dokumen lain ke Unit Perolehan Seksyen Kewangan Penyelidikan sewaktu permohonan pembelian hendak dibuat.
6.0 Tanggungjawab
6.1 Tanggungjawab Ketua Projek
Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Projek untuk mempastikan perkara berikut : -
a) Peruntukan mencukupi untuk membuat perolehan.
b) Semua dasar, peraturan, tatacara proses perolehan diketahui, difahami dan dipatuhi oleh semua yang terlibat di dalam projek.
c) Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua yang layak untuk bersaing; dan
d) Mendapatkan harga yang paling berpatutan dan menguntungkan dengan mengambil kira kualiti, kuantiti, telus, tempoh penyerahan/siap yang ditetapkan dan nilai faedah terbaik (best value for money).
e) Menyimpan salinan semua permohonan pembelian dan salinan pesanan tempatan.
f) Menyediakan rekod Pengurusan Kewangan Projek yang merangkumi jumlah geran penyelidikan yang diterima, perolehan dan pembayaran yang dibuat.
6.2 Tugas Pemohon/Ahli Kumpulan Projek
6.2.1 Membuat kajian pasaran bagi penentuan anggaran harga dan juga spesifikasi teknikal.
6.2.2 Menyediakan Jadual Harga, Jadual Teknikal dan Anggaran Pejabat mengikut format yang ditetapkan
6.2.3 Spesifikasi yang tepat perlu disediakan bagi membolehkan syarikat mendapat gambaran yang jelas mengenai kehendak-kehendak Universiti dalam sesuatu perolehan. Penyediaan spesifikasi dalam Jadual Teknikal hendaklah mengambil kira ciri-ciri berikut:-
a. Dalam menggariskan spesifikasi, perkara-perkara seperti warna, saiz, bentuk, kualiti, pembungkusan, nisbah kandungan dan butir-butir lain yang berkaitan hendaklah dinyatakan dengan jelas supaya tidak menimbulkan keraguan kepada kontraktor/ pembekal tentang apa yang dikehendaki oleh Universiti.
b. Bagi perolehan perkhidmatan, skop dan spesifikasi perkhidmatan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan terperinci.
c. Spesifikasi teknikal tidak boleh dibuat berdasarkan kepada sesuatu jenama atau buatan. Sekiranya tidak dapat dielakkan, ungkapan ’atau persamaan’ hendaklah digunakan.
d. Spesifikasi hendaklah dibuat berasaskan fungsi penggunaan dan sekurang-kurangnya memenuhi piawaian Malaysia atau piawaian antarabangsa yang diiktiraf oleh Kerajaan. Sekiranya barangan tersebut tidak mempunyai sebarang piawaian, Universiti hendaklah memastikan barangan yang ditentukan adalah sesuai, selamat digunakan dan dijamin oleh pembuatnya atau petender.
e. Spesifikasi yang disediakan hendaklah ditandaaraskan (benchmark) dengan barangan buatan tempatan yang memenuhi piawaian yang diiktiraf.
6.3 Tugas Penolong Bendahari Unit Perolehan Seksyen Kewangan Penyelidikan
6.3.1 Menjadi Urus Setia Sebut Harga yang merangkumi tugas berikut : -
a) Menyelia penjualan sebut harga.
b) Menyerahkan Sampul A dan B kepada Jawatankuasa Penilaian.
c) Menyediakan kertas taklimat sebut harga.
d) Mengesahkan Pendaftaran Permohonan Pembelian dari pemohon dan menyemak baki peruntukan.
e) Meluluskan Pesanan Tempatan selepas menerima keputusan mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga Zon & Seksyen Kewangan atau mengeluarkan Surat Setuju Terima bagi perolehan perkhidmatan.
6.4 Tugas Pembantu Tadbir
6.4.1 Membantu Penolong Bendahari di dalam urusan perolehan di Pusat Pengurusan Penyelidikan.
6.4.2 Mengurus penjualan sebut harga.
6.4.3 Menyediakan borang buka sebut harga.
6.4.4 Menyediakan Pendaftaran Permohonan Pembelian.
6.4.5 Menyediakan nombor Pesanan Tempatan.
6.4.6 Mencetak, mendapatkan tandatangan pegawai yang diberi kuasa, mengedar dan memfailkan Pesanan Tempatan.
7.0 Tarikh Kuatkuasa
Surat Pekeliling ini berkuatkuasa bermula daripada tarikh peraturan ini diluluskan dan dibaca bersama Pekeliling Bendahari Bil. 1/2010, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Arahan Perbendaharaan yang masih berkuatkuasa di mana bersesuaian.
Pejabat Bendahari UTM Skudai, Johor.
SENARAI LAMPIRAN/BORANG
BIL. PERKARA
LAMPIRAN
1. Jadual Harga Berserta Spesifikasi Teknikal A
2. Anggaran Pejabat B
3. Jadual Harga C
4. Jadual Teknikal D
5. Memorandum Perolehan Secara Rundingan Terus E
6.
Borang Kelulusan Daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
F
JADUAL HARGA BERSERTA SPESIFIKASI TEKNIKAL
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI……(nama peralatan)…….KE… (lokasi peralatan yang hendak dihantar)…FAKULTI…….UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JOHOR BAHRU/INTERNATIONAL CAMPUS
NO. SEBUTHARGA :
JUMLAH HARGA
BIL
(1)
NAMA ITEM
(2)
NEGARA ASAL
JENAMA
NO MODEL
(3)
HARGA
BUATAN TEMPATAN
SEUNIT
(4)
HARGA
C.I.F
(Cost In Freight) SEUNIT
(5)
NAMA PORT OF LOADIN
G
(6)
KUANTITI
(7)
HARGA
BUATAN TEMPATAN
(4x7)
(8)
HARGA
C.I.F
(5X7)
(9)
HARGA PEMASANGAN
DAN
PENTAULIAHAN
(10)
JUMLAH BESAR
(8+10/9+10)
(11)
1. Senaraikan Peralatan dan Spesifikasi
2. Senaraikan Standard Accessories
3. Training
JUMLAH HARGA SEPAKEJ:
4. *** Optional.
Dihargakan secara berasingan daripada pakej utama.
CATATAN :
* Harga barang buatan tempatan sahaja.
** Harga C.I.F adalah untuk semua peralatan penyelidikan yang di import.
*** Universiti tidak terikat untuk membeli optional item dan dihargakan berasingan daripada pakej utama.
Tandatangan Penyebut harga : ……………………….
Nama dan Cop Syarikat : ……………………….
Tarikh : …………………........
BIL.
SPESIFIK
TANDAT
NAMA &
ULASAN
_________
_________
_________
PERMOH
TANDAT
PROJEK :
NAMA &
KASI AM / TE
TANGAN PEM
& COP JABATA
N KETUA PRO
_____________
_____________
_____________
HONANDILU
TANGAN KET
:
& COP JABATA
BORANG
EKNIKAL
MOHON :
AN :
OJEK :
_____________
_____________
_____________
ULUSKAN / T
TUA
AN :
PERMOHON
KUANTIT
_____________
_____________
_____________
TIDAK DILUL
NAN KELULU
TI A
P
_____________
_____________
_____________
LUSKAN
USAN SPESIF
ANGGARANERUNTUKAN
TARIK
_____________
_____________
_____________
TARIK
FIKASI ALAT
N N
KH : ________
______________
______________
______________
KH : ________
T
KEPERL
_____________
______
______
______
_____________
LUAN
_
_
JADUAL HARGA
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI……(nama peralatan)…….KE… (lokasi peralatan yang
hendak dihantar)…FAKULTI…….UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JOHOR BAHRU/INTERNATIONAL CAMPUS NO. SEBUTHARGA :
JUMLAH HARGA
BIL
(1)
NAMA ITEM
(2)
NEGARA ASAL
JENAMA NO
MODEL
(3)
HARGA BUATAN
TEMPATAN SEUNIT
(4)
HARGA C.I.F
(Cost In Freight) SEUNIT
(5)
NAMA PORT OF LOADIN
G
(6)
KUANTITI
(7)
HARGA BUATAN
TEMPATAN (4x7)
(8)
HARGA C.I.F (5X7)
(9)
HARGA PEMASANGAN
DAN PENTAULIAHAN
(10)
JUMLAH BESAR
(8+10/9+10)
(11)
1. Senaraikan Peralatan
2. Senaraikan Standard Accessories
3. Training
JUMLAH HARGA SEPAKEJ:
4. *** Optional. Dihargakan secara berasingan daripada pakej utama.
CATATAN : * Harga barang buatan tempatan sahaja. ** Harga C.I.F adalah untuk semua peralatan penyelidikan yang di import. *** Universiti tidak terikat untuk membeli optional item dan dihargakan
berasingan daripada pakej utama.
Tandatangan Penyebut harga : ………………………. Nama dan Cop Syarikat : ………………………. Tarikh : …………………........
JADUAL PENENTUAN/SPESIFIKASI TEKNIKAL
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI……(nama peralatan)…….KE… (lokasi peralatan yang hendak dihantar)…FAKULTI…….UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JOHOR BAHRU/INTERNATIONAL CAMPUS
NO. SEBUTHARGA : BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL JENAMA/
NO. MODEL/ NEGARA ASAL
SPESIFIKASI TEKNIKAL PETENDER
1. SCOPE
2. SPECIFICATIONS
3. STANDARD ACCESSORIES (Sekiranya ada)
4. TRAINING
5. OPTIONAL ITEMS
_________________________ Ketua Projek Nama : Cop : Tarikh :
_________________________ Ahli Nama : Cop : Tarikh :
_________________________ Ahli Nama : Cop : Tarikh :
Penyebut harga-penyebut harga tidak dibenarkan mencetak, cop
atau meninggalkan sebarang keterangan berhubung dengan pengenalan penyebut harga/syarikat dijadual ini.
Memorandum Perolehan Secara Rundingan Pembelian Terus
Peralatan Biophotometer Set
1.0 TUJUAN Memorandum ini disediakan untuk permohonan kelulusan dari pihak Perbendaharaan bagi proses pembelian terus peralatan Biophometer set dari Syarikat Tasjaya Sdn. Bhd. Syarikat ini adalah wakil pembekal dari Syarikat B. Braun Sdn. Bhd.
2.0 LATAR BELAKANG DAN ASAS-ASAS PEMILIHAN Di makmal Kejuruteraan Bioproses, Universiti Teknologi Malaysia, peralatan ini diperlukan bagi kegunaan pelajar-pelajar dan projek penyelidikan.Alat ini digunakan untuk mengukur julat kepekatan bahan biolagy yang luas seperti RNA, DNA, Protein, Mikrob, Enzim dan Bahan Bioaktif.Alat ini juga dapat menjimatkan penggunaan bahan kimia dan sampel yang diperlukan.Hasil bacaan analisis yang diperolehi lebih jitu dan memuaskan.Skop projek ini adalah untuk menganalisis berbagai jenis bahan dan kita tidak perlu membeli dua alat untuk 2 bahan yang berbeza.
Perolehan ini merupakan permohonan pertama dibuat. Perolehan ini dianggarkan berjumlah RM45,00.00 sahaja dan harga ditawarkan pada harga akedamik dimana harga pasaran berjumlah RM 109,000.00.
3.0 JUSTIFIKASI PERMOHONAN Peningkatan dalam projek-projek penyelidikan dan penambahan bilangan pelajar yang begitu ramai hendak menggunakan alat ini sepenuhnya adalah wajar, pembelian ini diluluskan.Alat-alat yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan pengguna yang semakin ramai.Pembelian peralatan ini telah disokong oleh pihak fakulti.
Peralatan ini memang sangat khas seperti tersebut di atas.Katalog yang berkaitan di lampirkan dari syarikat.Di lampiran ini juga dapat memberikan gambaran seperti yang dinyatakan dalam memorandum ini untuk tujuan rujukan pihak Penbendaharaan.
Peruntukan perolehan ini dibiayai sepenuhnya dari Vot IRPA iaitu 72134.
Syarikat Tasjaya Sdn. Bhd. adalah tidak bertaraf Bumiputera dan hanya berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja.Syarikat dapat memberikan perkhidmatan selepas jualan.
CONTOH
4.0 KESIMPULAN Diharapkan pihak Penbendaharaan Malaysia ini dapat menyokong penuh pembelian alat ini memandang ianya sangat diperlukan dan berfaedah kepada semua penggunaannya.Penyelidikan dan pengajaran memainkan peranan penting bagi kecemerlangan universiti.
Disediakan oleh : Diperakukan oleh :
------------------------------------ ------------------------------------
Pemohon / Ketua Projek : Dekan Penyelidikan
BIL. BARANGAN SPESIFIKASI/
MODEL/ JENAMA
KEGUNAAN BARANGAN KUANTITI
ANGGARAN KOS SEUNIT
ULASAN MITI (LULUS/ TOLAK)
1. Jenis peralatan Sila nyatakan secara ringkas sahaja
Sila nyatakan secara ringkas sahaja kegunaan barangan/ peralatan
Kuantiti yang diimport
Kos bagi seunit barangan
Tinggalkan kosong untuk cop pengesahan MITI
Tandatangan Pegawai Pengesahan : b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tarikh : Rujukan : Perakuan Pemohon :
i) Bagi pihak Kementerian/ Jabatan/ Agensi saya memperakukan bahawa barangan-barangan yang dinyatakan di atas tidak dikeluarkan oleh pengilang tempatan.
ii) Saya juga memahami tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang gagal mematuhi
peraturan-peraturan dan tindakan surcaj boleh dikenakan ke atas saya menurut SPP Bil. 7 tahun 2002.
Nama : Tandatangan : Cop Rasmi Jabatan :
Lampiran 2
DESKRIPSI PERBELANJAAN MENGIKUT SODO/KOD AKAUN UNIVERSITI
B11000 - Gaji dan upahan
Bayaran kasar(sebelum ditolak cukai dan potongan-potongan lain) untuk gaji, upahan dan tunggakan gaji
B14000 - Elaun lebih masa
Bayaran kasar sebelum ditolak cukai dan potongan-potongan lain) untuk elaun lebih masa
B21000 - Perbelanjaan perjalanan dan Sarahidup
Tuntutan staf yang dibuat dalam menjalankan tugas rasmi dan kursus di dalam dan di luar negeri. Tuntutan ini meliputi bayaran bagi pengangkutan, elaun sara hidup, bayaran hotel dan penginapan, tip, tol, bayaran lapangan terbang, bayaran meletak kereta, dan perbelanjaan sampingan yang dibuat ketika perjalanan
B22000 - Pengangkutan barang-barang
Perbelanjaan untuk mengangkut, mengendali dan menjaga semasa memindah barang-barang di dalam dan luar negara
B23000 - Perhubungan dan utiliti
Perbelanjaan untuk semua jenis perkhidmatan perhubunganserta bayaran bagi elektrik, air, gas, perkhidmatan utiliti dan perhubungan yang lain
B24000 - Sewaan
Bayaran untuk menyewa atau memajak tanah, bangunan, kemudahan dan alat kelengkapan
B26000 - Bekalan Bahan Mentah dan untuk Penyelenggaraan dan Penambahbaikan
Perbelanjaan bagi semua pembelian bagi bahan mentah dan bahan untuk penyelenggaraan dan pembaikan asset. Harga Belian ini adalah termasuk kos pengangkutan
B27000 - Bekalan bahan dan bahan-Bahan lain
Perbelanjaan bagi pembeliaan semua bekalan dan bahan-bahan termasuk pembelian barang tak luak yang kuarang daripada RM1000.00 setiap satu atau tidak dijeniskan sebagai harta modal di bawah kod 34000 dan kod 35000. Harga belian adalah termasuk pengangkutan.(tidak termasuk bekalan dan bahan-bahan dibawah kod 25000 dan kod 26000 yang mana nilai pembelian setiap butiran tidak dihadkan
B28000 - Penyelenggaraan dan pembaikan kecil
Perbelanjaan untuk semua kerja yang dibuat oleh pihak luar bagi menentukan kemudahan dan harta-harta berada dalam keadaan baik termasuk perkhidmatan mencuci dan mengecat bangunan
B29000 - Perkhidmatan ikhtisas dan Perkhidmatan lain yang dibeli oleh Hospitaliti
Perbelanjaan bagi semua perkhidmatan yang dibeli sama ada di bawah kontrak atau tidak, termasuk Perkhidmatan Ikhtisas. Teknik,saintifik dan Perniagaan, semua bayaran-bayaran upahan elaunfaedah kewangan kepada pekerja-pekerja sementara dan sambilan yang tidak memegang jawatan-jawatan tetap dan perbelajaan keraian.
B32000 - Bangunan dan Pembaikan bangunan
Perbelanjaan bagi mendapatkan bangunan, pembaikan besar bangunan dan bayaran semua kos yang bersangkutan berhubung dengan mendapatkan bangunan
B35000 - Harta modal
Perbelanjaan bagi mendapatkan semua harta modal termasuk pembaikan besar ke atasnya, selain daripada
tanah, bangunan, kemudahan,kenderaan dan jentera. Harga Belian adalah termasuk kos pengangkutan, pemasangan dan alat tambahan
B36000 - Inventori
Perbelanjaan bagi mendapatkan semua inventori yang bernilai RM3,000 dan kebawah.
Lampiran 3
PENJENISAN PERBELANJAAN MENGIKUT SODO/KOD AKAUN
PENDAPATAN
KOD SIRI SODO SEBAGAI SODO LANJUT KETERANGAN P91000 P91109 Geran Penyelidikan‐Kerajaan
P91110 Geran Penyelidikan‐Agensi
P91216 Pelbagai Sumber Hasil
P95000 P95206 Sumbangan kepada UTM
P95207 Sumbangan kepada Fakulti
P95208 Sumbangan kepada Urusetia
B51501 Pindahan Dari
PERBELANJAAN
KOD SIRI SODO SEBAGAI SODO LANJUT KETERANGAN V11000 B11000 B11101 Gaji & Elaun
B12107 Skim Pelajar Bekerja / Upah Kerja
B14101 Elaun Lebih Masa
B15101 Tuntutan Perubatan
V21000 B21000 B21101 Perjalanan & Penginapan
B23000 (Detail) Utiliti
B23101 Pos & Courier
V24000 B24000 B24299 Sewaan Bangunan
B24503 Sewaan Peralatan
B24999 Bayaran‐Bayaran Sewa Yang Lain
KOD SIRI SODO SEBAGAI SODO LANJUT KETERANGAN
V26000 B26000 (Detail) Bahan Mentah dan Alat Ganti
B27000 (Detail) Bekalan dan Bahan
B27299 Bekalan Am (keraian)
V28000 B28000 (Detail) Penyelenggaraan
V29000 B29000 B29106 Perkhidmatan dan Perundingan
B29199 Perkhidmatan yang lain
B29399 Bayaran ‐ Bayaran Lain (Pelbagai)
B29417 Pemasaran
V35000 B35000 (Detail) Harta Tetap/Peralatan
B36000 (Detail) Inventori
B51000 B51103 Sumbangan kepada UTM
B51104 Sumbangan kepada Urusetia
B51105 Sumbangan kepada Fakulti
B51501 Pindahan ke