13
PERATURAN-PERATURAN BILIK DARJAH 1. Semua murid mesti berada di dalam bilik darjah selewat-lewatnya 10 minit sebelum kelas bermula. 2. Murid-murid dilarang berbuat bising ketika berada di dalam kelas. 3. Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas sesuka hati tanpa kebenaran. Setelah mendapat kebenaran murid-murid mestilah menggunakan PAS KELUAR. 4. Murid-murid dilarang menconteng papan tulis, dinding kelas, kerusi, meja, buku dan sebagainya. 5. Murid-murid dilarang meludah di dalam bilik darjah. 6. Murid-murid dilarang keras merosakkan harta benda yang ada di dalam kelas seperti bahan bantu mengajar,kerusi dan sebagainya. 7. Semua murid mesti menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh mengikut jadual tugas yang telah disediakan.

peraturan asrama putera & puteri sekolah rendah asrama harian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kegunaan asrama-asrama harian,untuk murid-murid sekolah rendah, untuk rujukan guru-guru warden dan ppm sekolah. dariada unit hem sempili, kapit

Citation preview

Lampiran B

PERATURAN-PERATURAN BILIK DARJAH

1. Semua murid mesti berada di dalam bilik darjah selewat-lewatnya 10 minit sebelum kelas bermula.2. Murid-murid dilarang berbuat bising ketika berada di dalam kelas.3. Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas sesuka hati tanpa kebenaran. Setelah mendapat kebenaran murid-murid mestilah menggunakan PAS KELUAR.4. Murid-murid dilarang menconteng papan tulis, dinding kelas, kerusi, meja, buku dan sebagainya.5. Murid-murid dilarang meludah di dalam bilik darjah.6. Murid-murid dilarang keras merosakkan harta benda yang ada di dalam kelas seperti bahan bantu mengajar,kerusi dan sebagainya.7. Semua murid mesti menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh mengikut jadual tugas yang telah disediakan.8. Semua murid mesti menghormati guru-guru/ ketua kelas dan mendengar serta mematuhi arahan mereka.9. Murid-murid mesti menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.10. Semua murid mesti mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.11. Murid-murid dilarang membuang sampah merata-rata tempat.12. Murid-murid dilarang mengganggu rakan-rakan lain.13. Murid-murid mesti menyiapkan tugasan dengan segera dan sempurna.14. Murid-murid mesti menghormati antara satu sama lain.15. Murid-murid mesti bersedia membantu rakan-rakan yang lemah dan memerlukan bantuan.16. Murid-murid dilarang menggunakan barang-barang kemas, bersolek dan berfesyen secara keterlaluan dan tidak menepati garis panduan yang telah ditetapkan.17. Murid-murid mesti berpakaian kemas dan tidak menjolok mata.18. Murid-murid dilarang membawa alat-alat permainan ke dalam kelas.19. Murid-murid dilarang keras menjadikan bilik kelas sebagai gelanggang permainan.20. Murid-murid dilarang membawa senjata tajam seperti pisau kecuali alat pengasah pensel.21. Murid-murid dilarang menyalahgunakan pemadam cecair(liquid paper) untuk membuat contengan di mana-mana bahagian di bilik darjah.22. Murid-murid dilarang meniru kerja kawan.23. Murid-murid dilarang menggunakan kata-kata lucah, (tidak sopan/ tidak senonoh) kesat (kasar) ketika bercakap dengan guru-guru dan rakan-rakan.24. Murid-murid dilarang makan di dalam bilik darjah.25. Murid-murid dilarang menyalahgunakan kapur untuk tujuan membuat contengan.26. Murid-murid dilarang tidur di dalam bilik darjah.Peraturan-peraturan di atas hendaklah dibaca, difahami dan dipatuhi pada setiap masa.

PERATURAN-PERATURAN ASRAMA SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SEMPILIA . PELAJARANKemajuan pelajar Penghuni Asrama akan diawasi oleh pihak sekolah (Warden sekolah dan PPM)

Masa Sekolah :1. Penghuni-penguni hendaklah mematuhi jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah.2. Tidak seorang pun dibenarkan tinggal di asrama di waktu hari persekolahan.Jika ada perkara yang penting, kebenaran hendaklah diperolehi dari pihak sekolah.

Selepas Sekolah :

1. Tiap-tiap penghuni mestilah masuk ke kelas atau dewan makan untuk mengulangkaji pelajaran mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Ketua Pengawas Asrama seharusnya memastikan semua penghuni sudah berada di dalam kelas atau Dewan Perdana waktu belajar selepas loceng dibunyikan.

PETANG :JAM 2.30-3.30 petangMALAM:JAM 7.00-8.00 malam

B. TATATERTIB :

Akhlak :1. Setiap penguni mestilah sentiasa berkelakuan baik, samada di dalam ataupun di luar asrama. Penghuni-penghuni tidak dibenarkan sama sekali berkelakuan tidak senonoh, mencuri, merokok, menggumakan dadah atau merosakkan harta benda asrama.

Disiplin :

1. Badan displin yang terdiri dari Guru Besar, Guru Pen.Kanan (HEM), warden sekolah, PPM Asrama dan pengawas-pengawas asrama berkuasa menjalankan displin di asrama. Ditegaskan bahawa pengawas-pengawas asrama TIDAK DIBENARKAN menjatuhkan hukuman dera kepada penghuni yang melanggar peraturan asrama.2. Pengawas-pengawas hanya dibenarkan untuk memberitahu warden sekolah/ PPM/ penyelia asrama yang bertugas untuk tindakan selanjutnya.

C. PAKAIAN :

1. Penghuni mestilah sentiasa berpakaian kemas.

2. Pakaian sekolah hendaklah digunakan pada waktu-waktu sekolah,kegiatan sekolah, balik rumah panjang dan waktu sarapan pagi dan tengah hari.3. Di lain-lain masa di asrama,termasuklah hari kelepasan, penghuni-penghuni hendaklah memakai pakaian yang sesuai,bersih dan kemas.4. Pakaian tidak dibenarkan digantung dalam asrama atau menjemurnya di asrama.5. Semua pakaian atau barang kepunyaan sendiri haruslah disimpan di dalam almari yang disediakan.D. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN :Kebersihan dan kesihatan Diri1. Kebersihan diri sendiri hendaklah sentiasa dijaga. Warden Sekolah/ PPM/ Penyelia Asrama akan menjalankan pemeriksaan kebersihan diri penghuni pada setiap hari.2. Sebarang penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan kepada \Warden Sekolah Penyelia asrama.3. Penghuni seharusnya menjemur tikar, bantal, kelambu pada waktu tengahari4. Penghuni seharusnya menyusun tilam dan bantal mereka apabila bangun tidur dan disusun dengan kemas.Kebersihan Bilik Asrama : 1. Bilik asrama mestilah sentiasa bersih dan teratur.2. Pemeriksaan umum akan diadakan seminggu sekali. Pemeriksaan mengejut akan juga diadakan oleh Warden Sekolah, Penyelia Asrama, Guru PK HEM dan Guru Besar dari masa ke semasa.3. Makanan tidak dibenarkan dimakan dalam bilik tidur kecuali dengan kebenaran Warden Sekolah.4. Pakaian dan alat harian seperti tuala,sarug bantal dan selimut hendaklah sentiasa bersih dan kemas.5. Pakaian dan barang yang basah dan kotor tidak boleh disimpan dalam bilik asrama.6. Semua alas kaki seharusnya berada di luar bilik tidur.Semua baldi dan alas kaki (kasut dan selipar) disusun dengan kemas di anjung bangunan asrama.7. Semua penghuni diminta menjaga kebersihan, keindahan dan kecantikan Bangunan Asrama demi keselesaan hidup dan kesihatan mereka.

Kebersihan Kawasan Asrama :1. Jangan membuang sampah di merata-rata tempat ataupun kawasan asrama khasnya.2. Semua sampah hendaklah dibuang dalam tong sampah yang disediakan.3. Jangan menbuang air kecil atau air besar dalam asrama ataupun berdekatan asrama.E. KEGIATAN :1. Semua penghuni asrama diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan sekolah ataupun asrama.F . KESELAMATAN :

1. Penghuni-penghuni bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang mereka sendiri.2. Barang-barang KEMAS tidak dibenarkan dibawa ke asrama seperti rantai emas ,radio dan lain-lain yang berharga. Pihak sekolah TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya barang-barang kemas hilang ataupun dicuri.3. Alat-alat yang merbahaya seperti pisau/ parang tidak boleh disimpan di dalam almari asrama atau di dalam beg sekolah.4. Semasa bekerja di waktu petang atau pagi hari Sabtu dalam kawasan sekolah setiap penghuni asrama mesti menjaga keselamatan diri sendiri.5. Setiap penghuni asrama dilarang berada di sekitar pondok dan laluan jalan raya serta berdekatan dengan sungai di kawasan sekolah.6. Setiap penghuni asrama mestilah mematuhi keselamatan elektrik, keselamatan semasa menaiki perahu ataupun ekspres waktu pulang ke rumah panjang ataupun balik ke sekolah.7. Penghuni TIDAK SEKALI-KALI DIBENARKAN membuat sambungan elektrik ataupun menggunakan LILIN dan PELITA dalam asrama waktu malam selepas lampu dipadamkan.8. Penghuni TIDAK SEKALI-KALI dibenarkan pergi mandi sungai tanpa kebenaran Warden sekolah, Penyelia Asrama, PPM ataupun Guru Besar. Semua penghuni mesti mandi di tempat yang telah disediakan mengikut masa yang ditetapkan. PAGI : 5.30 PAGI *TENGAHARI : 1.00 PETANG *PETANG :5.00 PETANG

G. KEGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK :1. Setiap penghuni dikehendaki berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik.2. Lampu mesti dipadam apabila meninggalkan asrama3. Paip air sentiasa ditutup sekiranya tidak digunakan.H . KELUAR DARI ASRAMA1. Penghuni asrama tidak dibenarkan keluar tanpa kebenaran.2. Penghuni-penghuni dibenarkan pulang ke rumah panjang setiap minggu dan pada masa-masa kecemasan setelah memperolehi kebenaran daripada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan HEM dan Ketua Warden.3. Penghuni yang ingin pulang ke rumah panjang SEHARUSNYA mencatat nama mereka dalam buku yang disediakan apabila mendapat kebenaran keluar dan apabila masuk semula ke kawasan sekolah. Sila berjumpa dengan warden bertugas pada hari tersebut.J. PELAWAT1. Pelawat ,ibu bapa ataupun penjaga penghuni asrama dibenarkan melawat asrama pada hujung minggu dan pada hari-hari kelepasan sahaja ataupun pada waktu yang ditentukan oleh pihak sekolah.