PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK 2009

Embed Size (px)

DESCRIPTION

w

Citation preview

PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK

PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK

BAWAH 12 TAHUN

1.PENGANJURAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh PKG Binjai.2.PENGERUSI PERMAINAN BOLA SEPAK PKG BINJAI

SK Seri Kemaman

3.PENGELOLAAN

Pengelolaan Bersama SK Seri Iman, SK Pusat, SK Seri Geliga dan SK Bukit Mentok II.4.UNDANG-UNDANG PERMAINAN

4.1 Selain dari peraturan terkandung,maka pertandingan ini dijalankan

mengikut Undang-undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah

ditetapkan oleh MSSM Kemaman, MSSMT, MSSM, FAM dan FIFA.

4.2 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan akan

diputuskan seperti berikut :

4.2.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada

PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA TERENGGANU KEMAMAN.

4.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada

Keputusan Jawatankuasa Teknik Bola Sepak MSSMT Kemaman, Undang-Undang MSSMT, Undang-undang MSSM, undang-undang FAM dan Undang-undang FIFA.

4.2.3 Bagi pertandingan 12 Tahun dan Ke bawah, Undang-undang 1

berhubung ukuran padang adalah seperti gambarajah padang

berikut pada Lampiran.

4.2.4 Undang-undang II berhubung dengan saiz bola bagi 12 Tahun dan

ke bawah menggunakan bola saiz 4.

4.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola

Pertandingan adalah muktamad.

5.PENYERTAAN

5.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan PKG BINJAI yang

ditubuhkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Kemaman.

5.2 Pasukan Sekolah yang menyertai pertandingan ini hanya boleh didaftarkan

satu pasukan sahaja.

5.3 Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan akan menguruskan permohonan-

permohonan dan akan menetapkan tarikh tutup permohonan tertakluk

kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari masa ke semasa.

6.KELAYAKAN PEMAIN

6.1 Seorang pemain terdiri dari dari pelajar sekolah dan rakyat Malaysia

adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

6.2 Seorang pemain yang telah didaftarkan dan bermain dalam satu pasukan

dalam pertandingan ini tidak layak lagi mewakili pasukan lain dalam siri

pertandingan yang sama.

6.3 Salinan Surat Beranak yang disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan

boleh diterima pakai sebagai bukti umur. Semua dokumen akan diperiksa

oleh Jawatakuasa Pengelola sebelum bermulanya setiap kejohanan.

6.4 Hanya pemain yang lahir pada atau selepas 1995 sahaja boleh mengambil

bahagian di dalam pertandingan ini.

( Pertandingan Tahun 2008-lahir pada atau selepas 1996

( Pertandingan Tahun 2009-lahir pada atau selepas 1997

dan seterusnya ..

6.5 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain mana-mana pemain

diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya

adalah muktamad.

7.PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN

7.1 Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja

boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

7.2 Setiap pasukan hendaklah mengandungi 18 pemain dan 3 pegawai.

7.3Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Setiausaha Sukan

sekolah berkenaan.

7.4 Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan, 11 pemain ialah

pemain utama dan bakinya adalah pemain simpanan. Pendaftaran itu

adalah seperti yang dinamakan semasa mesyuarat Pengurus-pengurus

Pasukan.

8.FORMAT PERTANDINGAN

8.1 Sistem pertandingan peringkat PKG akan dijalankan secara liga dalam

kumpulan.8.2 Pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan A, B, C dan D

8.3 Pertandingan ini akan mempunyai 4 peringkat.

Peringkat Liga dalam kumpulan satu pusingan

Peringkat Suku Akhir

Peringkat Separuh Akhir.

Peringkat Akhir.

8.3.1 Pertandingan pusingan awal dimainkan secara liga satu pusingan

dalam kumpulan masing-masing.

8.3.1.1 Undang-undang permainan liga digunapakai dalam

pertandingan ini. Tiga mata hendaklah diberi kepada

pemenang, satu mata untuk keputusan seri dan tiada mata

kepada yang kalah. Sekiranya mana-mana pasukan gagal

bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari 15

minit selepas waktu pertandingan yang diisytiharkan dalam

Jadual Pertandingan, maka pasukan yang hadir dengan

cukup bilangan pemain iaitu 10 pemain akan diberikan

kemenangan percuma, dengan perolehi 3 mata dan 2

jaringan gol.Jika terdapat pasukan menarik diri daripada

mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa

sebab jua pun, mata dan jaringan gol yang masuk atau kena

dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak

diambil kira.

8.3.1.2 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua atau lebih

pasukan dalam kumpulan tersebut telah mengutip jumlah

mata yang sama, maka perbezaan gol akan menjadi

penentu iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan gol

terbesar jaringan MASUK dengan jaringan gol KENA

hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika masih

seri, maka kedudukan seri itu hendaklah diputuskan oleh

Jawatankuasa Teknik dan keputusannya adalah muktamad.

8.3.1.3 Dua pasukan yang teratas dalam kumpulan akan layak

masuk Pertandingan Suku Akhir yang akan dimainkan secara kalah mati.

8.3.2 Peringkat Separuh Akhir akan dimainkan secara kalah mati antara

pemenang perlawanan Suku Akhir secara berikut :

Johan A melawan Johan B

Johan C melawan Johan D

8.3.3 Peringkat Akhir akan dimainkan antara pemenang perlawanan

Separuh Akhir.

8.3.4 Sekiranya dalam perlawanan kalah mati , terdapat seri setelah

tamat tempoh masa bermain, maka masa tambahan akan diberi

selama 10 minit ( 5-5) . Jika tiada jaringan dilakukan maka pemenangnya akan ditentukan menerusi tendangan dari tanda

penalti mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

9.JANGKA MASA PERLAWANAN

9.1 Masa perlawanan ialah 15 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa

rehat tidak melebihi 5 minit. Apabila masa tambahan dikenakan

tempohnya ialah 5 minit bagi setiap separuh masa tanpa masa rehat.

Pemain tidak dibenarkan keluar padang waktu ini kecuali dengan izin

pengadil.

10.PENGGANTIAN PEMAIN

10.1 Tidak lebih dari 5 pemain yang didaftarkan dalam satu pertandingan itu

boleh diganti dalam satu perlawanan termasuk dalam masa tambahan.

Mana-mana pemain yang ditukar tidak dibenar bermain semula dalam

perlawanan yang sama termasuk tendangan dari tanda penalti11.PAKAIAN PEMAIN

11.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi seperti yang didaftar, dengan

nombornya mengikut nama pemain tersebut. Sebarang pengiklanan

jenama rokok, minuman keras tidak dibenarkan dipamerkan.

11.2 Kasut bola / boots hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

Semua pemain WAJIB menggunakan alas betis / shin-guard.

11.3 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan lilitan lengan itu hendaklah diberi kepada pemain lain yang

mengambil alih.

12.PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

12.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan

oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka, maka keputusan

tentang perlawanan semula akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa

Pengelola.

13.TINDAKAN TATATERTIB

13.1 Jawatankuasa Tatatertib Bola Sepak PKG akan berbincang perkara-

perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada Pengadil

Bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang terlibat dan

pengadil yang bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam undian

semasa perkara sedang dipertimbangkan.

Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada :

-Pengerusi Pengelola selaku Pengerusi

-Pengerusi Bola Sepak

-Pengerusi Teknik Bola Sepak MSSM Kemaman

-Setiausaha MSSM Kemaman

-3 Pengurus Pasukan yang tidak terlibat

13.2 Untuk kesalahan berikut Jawatankuasa tatatertib tidak akan bersidang dan

hukumannya adalah automatik :

13.2.1 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana menerima

dua kali amaran dalam masa perlawanan yang sama

(penggantungan 1 perlawanan )

13.2.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana

mengeluarkan kata-kata kesat / lucah atau menunjukkan isyarat

tidak tertib dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak ( penggantungan 3 perlawanan ).

13.2.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana

melanggar keputusan pegawai pertandingan dan menghalang satu

peluang jaringan gol yang jelas ( mandotori penggantungan 3

perlawanan )

`13.3 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran dalam masa pertandingan

hendaklah dengan sendirinya digantung bagi satu perlawanan selepas

perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain

menerima 2 lagi amaran selepas menjalankan penggantungan satu

perlawanan akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas

perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain

menerima amaran keenam beliau hendaklah tampil ke hadapan

Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya.

13.4 Jawatakuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu maka MSSDK perlu di maklumkan dan apa tindakan adalah tanggungjawab MSSDK.

13.5 Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.

14.BANTAHAN

14.1 Bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah dibuat

secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola dan hendaklah diterima dalam masa 1 jam selepas perlawanan berkenaan berserta bayaran RM200.00 tunai ( Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja ). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.

14.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara

dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

15.ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

15.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap

pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen.

15.2 Tertakluk kepada pengesahan oleh MSSDK, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya. Tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain atau pegawai dari apa-apa penglibatan bagi sebarang jangka masa yang ditimbang sesuai.

15.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau sama ada sengaja atau tidak adalah bertentangan dengan etika permainan. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan adalah satu kesalahan yang berat dan bertentangan dengan etika permainan.

16.HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

16.1 Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan am dan segala tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Sepak MSSM Kemaman yang keputusannya adalah muktamad kecuali diputuskan selainnya oleh Jawatankuasa Induk MSSMK. Semua Pengerusi Teknik Bola Sepak sekolah hendaklah hadir mesyuarat Jawatankuasa Teknik yang diadakan serentak semasa kejohanan ini

Disediakan oleh :

Pengerusi Permainan Bolasepak PKG Binjai.