Upload
trinhquynh
View
365
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PPAPP/UPK/05/12
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
NO. KENYATAAN SEBUTHARGA : PPAPP/UPK/05/12
1. PELAWAAN SEBUTHARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal - pembekal tempatan untuk menawarkan perkara berikut :-
SEBUTHARGA UNTUK MEMBEKALKAN KOLEKSI BAHAN PERPUSTAKAAN BAHASAMELAYU DAN BAHASA TAMIL BAGI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
2. PENDAFTARAN
Syarikat - syarikat yang ingin membeli sebutharga ini dikehendaki mendaftar melalui e-Perolehan Negeri Pulau Pinang ( ep.penang.gov.my )
Satu salinan sijil Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta salinan Sijil Pendaftaran Bumiputra yang masih sah tempoh laku semasa membuat tawaran ini hendaklah disertakan semasa mengemukakan sebutharga.
3. DOKUMEN SEBUTHARGA
3.1 Nombor Spesifikasi sebutharga : PPAPP/UPK/05/12
3.2 Hanya sebutharga yang lengkap sahaja akan diproses. Sebutharga yang tidak lengkap atau tidak ditandatangani akan ditolak secara automatik.
3.3 Dokumen Sebutharga ini mengandungi lampiran - lampiran seperti berikut :
i) Lampiran A : Keterangan Mengenai Penyebutharga
ii) Lampiran B : Surat Akuan Penyebutharga
iii) Lampiran C : Surat Akuan Pembida
iv) Lampiran D : Jadual Penentuan – Skop Perolehan
1
PPAPP/UPK/05/12
4. FORMAT CADANGAN DOKUMEN SEBUTHARGA
Dokumen Sebutharga yang ASAL mestilah dihantar bersama-sama lampiran yang berkaitan dan lampiran - lampiran tersebut hendaklah diasingkan dalam DUA Bahagian seperti berikut :
4.1 BAHAGIAN TEKNIKAL
Mengandungi lampiran - lampiran berikut :• Keterangan Mengenai Penyebutharga ( Lampiran A )• Surat Akuan Penyebutharga ( Lampiran B )• Surat Akuan Pembida ( Lampiran C )• Jadual Penentuan – Skop Perolehan ( Lampiran D )• Salinan Sijil Pendaftaran Pembekal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia• Salinan Sijil Pendaftaran Bumiputra• Salinan resit rasmi pembelian dokumen sebutharga melalui Sistem e-Perolehan
Negeri
4.2 BAHAGIAN KEWANGAN
Mengandungi lampiran - lampiran berikut :
• Keterangan Mengenai Penyebutharga ( Lampiran A )• Surat Akuan Penyebutharga ( Lampiran B )• Surat Akuan Pembida ( Lampiran C )• Skop Perolehan ( Lampiran D)• Salinan Sijil Pendaftaran Pembekal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia• Salinan Sijil Pendaftaran Bumiputra• Salinan resit rasmi pembelian dokumen sebutharga melalui Sistem e-Perolehan
Negeri• Penyata Bank ( 3 bulan terkini )
5. PENYERAHAN CADANGAN SEBUTHARGA
5.1 Dokumen Sebutharga yang ASAL mestilah dihantar bersama-sama lampiran yang berkaitan dan dikehendaki mengemukakan salinan cadangan sebutharga bagi setiap bahagian seperti berikut:
i. BAHAGIAN TEKNIKAL
- Satu ( 1 ) salinan asal dan ditandakan "ASAL ( ORIGINAL )".
- Satu ( 1 ) salinan tambahan dan tandakan " SALINAN ( COPY ) ".
2
PPAPP/UPK/05/12
ii BAHAGIAN KEWANGAN
- Satu ( 1 ) salinan asal dan tandakan " ASAL ( ORIGINAL ) "
- Satu ( 1 ) salinan tambahan dan tandakan " SALINAN ( COPY ) ".
5.2 Salinan yang ditandakan " ASAL ( ORIGINAL ) " hendaklah mempunyai tandatangan ringkas ( initial ) penyebutharga pada setiap muka surat. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau keraguan, dokumen yang bertanda " ASAL ( ORIGINAL ) " akan dirujuk dan digunapakai dalam penilaian seterusnya.
5.3 Sebutharga hendaklah dikemukakan di dalam sampul surat berlakri dan ditanda pada bahagian atas sebelah kiri sampul seperti berikut :
SEBUTHARGA UNTUK MEMBEKALKAN KOLEKSI BAHAN PERPUSTAKAAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA TAMIL BAGI PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
NO. KENYATAAN SEBUTHARGA : PPAPP/UPK/05/12
5.4 Semua dokumen sebutharga mestilah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang telah ditentukan pada waktu pejabat di alamat seperti berikut tidak lewat daripada tarikh dan masa yang ditetapkan:
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau PinangJKR 2118, Jalan Perpustakaan13700 Seberang Jaya
Perai Pulau Pinang
NO.KENYATAAN SEBUTHARGA : PPAPP / UPK / 05 / 2012
5.5 Perbadanan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan borang-borang penyertaan sebutharga akibat daripada kesilapan peti yang dimasukkan atau sebutharga yang di hantar melalui pos.
6. TARIKH DAN MASA TUTUP TAWARAN
6.1 Tarikh tutup sebutharga ialah pada 6 September 2012 ( Khamis ) sebelum 12.00 tengah hari.
6.2 Sebutharga yang lambat diterima tidak akan dipertimbangkan.
7. PERTANYAAN
3
PPAPP/UPK/05/12
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan tawaran sebutharga ini hendaklah dialamatkan kepada:-
Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi Unit Perolehan Koleksi Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau PinangJKR 2118, Jalan Perpustakaan13700 Seberang Jaya Perai Pulau PinangTel : 04-3971058 ext 127
8. PERINGATAN
8.1 Penyebutharga TIDAK boleh menggunakan nama, alamat dan logo syarikat atau apa-apa tanda pengenalan syarikat pada setiap muka surat dokumen cadangan sebutharga KECUALI pada dokumen-dokumen berikut sahaja :
Lampiran A Lampiran B Lampiran C Surat litup ( covering letter ) dokumen sebutharga
8.2 Penyebutharga hanya perlu mengemukakan SATU set cadangan judul koleksi dan harga terbaik sahaja tanpa sebarang 'option'.
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA
1. PENDAHULUAN
1.1 Syarikat yang dipelawa menyertai sebutharga ini hendaklah mempunyai Sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih SAH bagi skop kerja untuk sebutharga ini.
1.2 Pelawaan ini adalah terikat kepada Arahan Kepada Penyebutharga dan syarat- syarat yang dikembarkan bersama-sama ini.
1.3 Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya semua syarat-syarat ini apabila menyertai sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan, membolehkan sebutharga tersebut tidak dapat dipertimbangkan dan terus ditolak.
2. SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di lain-lain tempat dalam pelawaan ini, syarat am yang berikut hendaklah dipakai melainkan setakat mana syarat- syarat am itu boleh ditolak secara tertentu atau diubah oleh Penyebutharga.
2.1 Keadaan bekalan bahan koleksi
4
PPAPP/UPK/05/12
Semua bahan-bahan koleksi mestilah baru dan belum diguna.
2.2 Diskaun
Tiap-tiap diskaun termasuk diskaun-diskaun perniagaan, tunai dan bayaran cepat yang diberi atas sesuatu harga, mestilah ditunjukkan.
.
2.3 Setujuterimaan
i. Tender yang rendah sekali atau mana-mana tender tidaklah semestinya disetujuterima.
2.4 Pemeriksaan
I. Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang adalah berhak mengarahkan bahan-bahan koleksi tersebut diperiksa oleh seorang pegawai yang dilantiknya semasa ianya diserah atau pada bila-bila masa yang lain sebelum/setelah diserah.
II. Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan apabila dikehendaki.
2.5 Perakuan Mematuhi Penentuan
I. Penyebutharga adalah dikehendaki memperakui bahawa bahan-bahan koleksi yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam tawaran ini.
2.6 Penolakan
I. Pembekalan bahan-bahan koleksi yang kualitinya rendah ataupun yang berlainan dari yang dinyatakan di dalam cadangan sebutharga akan ditolak.
II. Apabila diminta, penyebutharga hendaklah menggantikan bahan-bahan koleksi yang ditolak itu atas risiko dan perbelanjaannya sendiri.
III. Fasal kecil (i) dan (ii) di atas, adalah tanpa menyentuh apa-apa hak terhadap gantirosak kerana melanggar kontrak.
2.7 Pengiklanan
Tiada iklan mengenai setujuterima terhadap mana-mana sebutharga boleh disiarkan di dalam akhbar, majalah atau lain-lain perantaraan iklan tanpa kelulusan terlebih dahulu dari Ahli Jawatankuasa Pemilihan, Hapuskira Dan Sebutharga Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
2.8 Tafsiran
5
PPAPP/UPK/05/12
Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah ditafsirkan mengikut dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan penyebutharga bersetuju patuh kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia dalam apa-apa jenis pertikaian atau perselisihan yang timbul mengenai sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
2.9 Cukai
Melainkan jika ditunjukkan berasingan, harga hendaklah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.
3. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
3.1 Dokumen Sebutharga
I. Hanya dokumen asal diterima untuk maksud sebutharga ini. Dokumen tambahan yang hendak digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama, mengandungi ruang yang sama dan serupa dengan borang asal.
II. Borang Jadual Penentuan – Skop Perolehan (Lampiran D) hendaklah ditaip dan ditandatangani di dalam dokumen sebutharga.
III. Hanya sebutharga yang lengkap sahaja akan diproses. Sebutharga yang tidak lengkap atau tidak ditandatangani akan ditolak secara automatik.
IV. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas dan tarikh hendaklah dicatatkan dengan terang setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat. Penggunaan pemadam dakwat adalah tidak dibenarkan.
V. Kesemua penyebutharga yang menghantar dokumen sebutharga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di Lampiran C. Surat Akuan Pembida adalah dokumen WAJIB yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebutharga.
3.2 Spesifikasi
i. Penentuan (spesifikasi) bahan yang dikehendaki adalah sepertimana yangdinyatakan dalam Jadual Penentuan – Skop Perolehan (Lampiran D).
ii. Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi mana-mana bahan yang timbul akibat daripada perbezaan di antara pentafsiran Perbadanan dengan penyebutharga mengenai spesifikasi bahan yang berkenaan tidak akan dilayan.
6
PPAPP/UPK/05/12
3.3 Anggaran Keperluan/Kuantiti
Kuantiti yang diperlukan bagi tujuan sebutharga ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Penentuan - Skop Perolehan (Lampiran D). Perbadanan tidak menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa kuantiti yang disebutkan dalam pelawaan sebutharga ini akan dipesan kesemuanya tetapi penyebutharga yang berjaya mesti sedia membekalkan semua pesanan sekiranya pesanan-pesanan melebihi kuantiti-kuantiti yang dianggarkan ini dengan harga dan syarat-syarat yang sama.
3.4 Contoh Bahan
i Penyebutharga dikehendaki mengemukakan contoh butir yang ditawarkan sekiranya diminta oleh Perbadanan. Segala perbelanjaan berhubung dengan penghantaran contoh adalah atas tanggungan penyebutharga sendiri.
ii. Tawaran yang tidak disertai dengan contoh butir (apabila diminta) boleh menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan.
3.5 Penghapusan Deposit Sebutharga / Menarik Balik Tawaran
Penyebutharga-Penyebutharga tidak diperlukan untuk mengemukakan depositsebutharga. Walaubagaimanapun, andainya ada Penyebutharga yang menarikbalik tawaran sebelum sebutharga dipertimbangkan atau yang menolak tawaransetelah tawaran dibuat, tindakan untuk menggantung pendaftaran syarikattersebut akan diambil seperti berikut:-
i. Dua (2) tahun bagi kesalahan kali pertama.ii. Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua.iii.Pendaftaran akan dibatalkan terus bagi kesalahan berikutnya.
3.6 Setujuterima Sebutharga
I. Perbadanan adalah berhak menyetuju terima sebutharga tersebut sama ada kesemuanya ataupun sebahagian daripadanya. Perbadanan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling murah atau sebarang tawaran.
II. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Hapuskira Dan Sebutharga Perbadanan adalah muktamad. Perbadanan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan dari penyebutharga mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya.
7
PPAPP/UPK/05/12
3.7 Penamatan Persetujuan
i. Dengan memberi notis bertulis kepada penyebutharga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Perbadanan boleh terus menamatkan persetujuan ini.
a. Jika penyebutharga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;
b. Jika penyebutharga itu sebagai orang perseorangan atau, apabila penyebutharga itu adalah suatu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurus bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan.
atau
c. Jika Perbadanan mempunyai sebab mempercayai bahawa penyebutharga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan penyebutharga) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Perbadanan untuk mendapatkan balik gantirosak.
3.8 Pertikaian
Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Perbadanan dengan penyebutharga mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Perbadanan dengan Penyebutharga, dirujukkan kepada penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Perbadanan dan seorang oleh penyebutharga. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.
3.9 Undang-Undang
Persetujuan ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang Malaysia.
3.10 Jaminan
i. Sekiranya dalam tempoh pemeriksaan bahan , Perbadanan mendapati bahan-bahan tersebut tidak memuaskan atau rosak bukan disebabkan oleh penyalahgunaan atau kecuaian Perbadanan, penyebutharga hendaklah mengganti mana-mana bahan dengan memuaskan dalam tempoh sebulan (1) tanpa apa-apa bayaran tambahan.
8
PPAPP/UPK/05/12
ii. Sekiranya penyebutharga gagal mengganti bahan-bahan berkenaan dengan memuaskan maka Perbadanan boleh sama ada:
a) Mendapatkan mana-mana pembekal berkelayakan bagi menggantibahan-bahan itu di mana semua kos yang kena bayar bagi tujuan tersebut hendakah ditanggung oleh Penyebutharga;
Atau
b) Memulangkan bahan- bahan berkenaan dan penyebutharga hendaklah membayar denda, pampasan dan kos-kos yang terlibat dengan pemulangan itu.
c) Sekiranya kelambatan penggantian mana-mana bahan yang tidak mengikutspesifikasi yang ditetapkan maka Perbadanan boleh mengenakan dendaterhadap penyebutharga sebanyak RM..................( sila nyatakan ) bagi setiap hari kelewatan.
3.11 Cara Pesanan
Penyebutharga yang berjaya dikehendaki membekalkan semua bahan dalam tempoh sebulan (1 ) bagi bahan koleksi tempatan dan dalam tempoh tiga (3) bulan bagi bahan koleksi luar negara dari tarikh yang dinyatakan dalam surat setuju terima.
3.12 Tempat Dan Masa Penghantaran
i. Semua kuantiti yang dipesan hendaklah dihantar ke Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi, Unit Perolehan Koleksi, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang . Penyerahan hendaklah dibuat semasa waktu pejabat iaitu hari Isnin – Jumaat (8.30 pagi -5.30 petang).
ii. Penyebutharga yang berjaya adalah dikehendaki menyempurnakan
pembekalan dan penghantaran semua bahan-bahan berkenaan tidak lewat daripada sebulan (1 ) bagi bahan koleksi tempatan dan dalam tempoh tiga (3) bulan bagi bahan koleksi luar negara dari tarikh surat setuju terima.
3.13 Harga
i. Harga bagi tiap-tiap bahan yang ditawarkan hendaklah dalam Ringgit Malaysia sahaja dan tidak termasuk kos penghantaran bahan-bahan.
ii. Harga yang ditawarkan hendaklah harga tetap.
iii. Penyebutharga yang menawarkan harga dalam mata wang asing atau mengikut kadar perubahan mata wang asing tidak akan dipertimbangkan.
9
PPAPP/UPK/05/12
3.14 Pembayaran
i. Perbadanan akan memulakan pembayaran selepas semua bahan-bahan diterima dengan lengkap , dan dokumen-dokumen berikut diterima oleh Perbadanan:
a. Inbois -b. Nota Hantaran (Delivery Order).
ii. Pembayaran yang dibuat tidak boleh dianggap sebagai perakuan bahawa bahan-bahan itu adalah mengikut kualiti yang dikehendaki. Bayaran oleh Perbadanan tidak melepaskan Penyebutharga atas tanggungjawab yang berkaitan di dalam kontrak ini.
iii. Semua pembayaran adalah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM).
3.15 Tempoh Sah Laku
i. Semua harga yang ditawarkan hendaklah sah laku (valid) dalam tempoh tidak kurang daripada 120 hari daripada tarikh sebutharga ditutup.
ii. Mana-mana Penyebutharga yang mengemukakan tempoh sah laku kurang daripada masa yang ditetapkan (120 hari) tidak akan dipertimbangkan.
10
PPAPP/UPK/05/12
LAMPIRAN A KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA
1. Nama Syarikat : …………………………………………….........
2. Alamat Syarikat : …………………………………………….........
3. No. Telefon Dan Fax : ................................................................
4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : .....................................................
5. Jenis Perniagaan : ...................................................................
6. No.PendaftaranKementerian Kewangan : .................................................( Sila sertakan salinan sijil )
7. Tarikh Tamat Pendaftaran : ...................................................
8. Lembaga Pengarah
Nama No.K/P Warganegarai. …………………………… ……………..................... ………………...........
ii. …………………………… ……………..................... ……………………....
iii. …………………………… ……………..................... ………………….......
iv. …………………………… ……………..................... ……………………....
9. Nama Bank Alamat…………………...................... ……………………………............................
…………………...................... ……………………………............................
…………………...................... ……………………………............................
10. Modal yang dibenarkan : ……………………………............................
11. Modal Berbayar : ……………………………............................
12. Kemudahan Overdraf : ……………………………............................
Nama Bank & Nilai : ...................................................................
11
PPAPP/UPK/05/12
LAMPIRAN A
13. Komposisi Modal
Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham
BilanganPemegang Jumlah Unit %
a. Bumiputera : …………........ ……………. …………..
b. Bukan Bumiputera : …………........ ……………. …………..
14. Komposisi KakitanganBukan
Bumiputera Bumiputera Jumlah
Eksekutif ………….............. ………………... ......................
Teknikal ………….............. ………………... . .....................
Perkeranian ………….............. ………………... ......................
Buruh/Kakitangan ………….............. ………………... ......................Rendah
15. Pejabat Cawangan Di Malaysia
Sila senaraikan seperti di bawah
Bil Nama Cawangan Negeri Jumlah Kakitangan Teknikal
Sila senaraikan butir-butir kontrak bekalan / servis bagi tempoh 5 tahun lepas sekiranya ada. Sila gunakan lampiran jika ruangan tidak mencukupi.
Bil Nama Kontrak Kerajaan / Swasta Nilai ( RM ) Tahun
12
PPAPP/UPK/05/12
17. Taraf Syarikat
Bumiputera /Bukan Bumiputera : ............................................( Sila sertakan salinan sijil )
Syarikat Tempatan / Syarikat Luar Negeri : .............................................
Dengan ini saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas adalah benar.
Tandatangan : .............................................................
Nama : ............................................................
Jawatan : ............................................................
Alamat Emel : ............................................................
Cop Syarikat : ...........................................................
Tarikh : ............................................................
13
PPAPP/UPK/05/12
LAMPIRAN B
SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA
PengarahPerbadanan Perpustakaan Awam Pulau PinangJKR 2118, Jalan Perpustakaan13700 Seberang JayaPerai Pulau Pinang
Puan,
Tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat yang berkembar, Saya yang menurunkan tandatangan di bawah, dengan ini mengambil bahagian dalam SEBUTHARGA UNTUK MEMBEKALKAN KOLEKSI BAHAN PERPUSTAKAAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA TAMIL BAGI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG dan menawarkan untuk membekal dan menghantar semua bahan yang dinyatakan di dalam jadual kontrak termasuklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bahagian Arahan dan Syarat-Syarat Sebutharga di dalam dokumen tawaran sebutharga ini.
2. Saya menurunkan tandatangan di bawah ini bersetuju menerima serta mematuhi dan terikat dengan semua syarat-syarat kontrak dan spesifikasinya yang ada di dalam jadual sebutharga dan juga bersetuju di atas harga yang ditawarkan sebagai asas perkiraan bagi pembayaran kepada perkakasan yang dibekalkan yang mana telah dipesan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
3. Dengan ini juga difahami bahawa Perbadanan berhak menerima atau menolak sebarang sebutharga ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan sebutharga - sebutharga yang lain. Saya juga bersetuju untuk menerima ke semua atau sebahagian dari butir-butir yang di tawarkan dan sedia mengikut kehendak dan pertimbangan Perbadanan. Saya JUGA BERSETUJU BAHAWA HARGA SEBUTHARGA YANG SAYA BERI INI AKAN LAKU (VALID) DAN TIDAK DITARIK BALIK DALAM TEMPOH SATU RATUS DUA PULUH (120) HARI DARI TARIKH TUTUP SEBUTHARGA.
4. Selanjutnya saya bersetuju sekiranya sebutharga saya diterima, saya akan mengikat perjanjian kontrak dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh terima surat tawaran dari Perbadanan.
5. Saya juga mengesahkan, setelah menyemak sendiri iaitu semua dokumen yang digunakan untuk sebutharga ini adalah yang sebenar yang terdapat di dalam Dokumen Sebutharga.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
14
PPAPP/UPK/05/12
LAMPIRAN B
Nama Penyebutharga : …………………………………………………………..
Tandatangan Penyebutharga : ………………………………………………….............
Alamat : ……………………………………………………….....
……………………………………………………….....
……………………………………………………….....
……………………………………………………….....
Tarikh : …………………………
Nama Saksi : ……………………………………………………….....
Tandatangan Saksi : …………………………………………………………..
Alamat : …………………………………………………………..
…………………………………………………………..
…………………………………………………………..
Tarikh : ..................................................
15
PPAPP/UPK/05/12
LAMPIRAN C SURAT AKUAN PEMBIDA
BagiSEBUTHARGA UNTUK MEMBEKALKAN KOLEKSI BAHAN PERPUSTAKAAN BAHASA
MELAYU DAN BAHASA TAMIL BAGI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG NO. SEBUTHARGA : PPAPP/UPK/05/12
Saya …………………………………. nombor K.P. ………………… yang mewakili ( Nama Wakil Syarikat)
………………………………………………………………… nombor Pendaftaran ( Nama Syarikat )
……………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu ( MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB )
yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan
untuk dipilih dalam tender/sebut harga * seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat Perwakilan kuasa
bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga * seperti di
atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana
individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga * seperti
di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
..…….……………………… (Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :
Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan
16
PPAPP/UPK/05/12
LAMPIRAN C
SURAT AKUAN PEMBIDABagi
SEBUTHARGA UNTUK MEMBEKALKAN KOLEKSI BAHAN PERPUSTAKAAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA TAMIL BAGI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG
NO. SEBUTHARGA : PPAPP/UPK/05/12
Saya …………………………………. nombor K.P. ……………...............................…… yang mewakili
………………………………………………………………… nombor Pendaftaran
……………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-
mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-
mana individu dalam …………………………………….. atau mana-mana individu lain, sebagai
sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga * seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan
surat Perwakilan kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat
pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………….………….
atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga * seperti di
atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut
harga * seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut
kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang
berhampiran.
Yang Benar,
..…….…………………………(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :
Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan
17
PPAPP/UPK/05/12
LAMPIRAN DJADUAL PENENTUAN – SKOP PEROLEHAN
Bil Tajuk Buku PenerbitHarga Seunit (RM)
KuantitiJumlah Harga (RM)
1 WACANA ISU-ISU KONTEMPORARI CONTENT PLUS 21
2 TEROKAI DUNIA MARITIM CONTENT PLUS 21
3 SIRI MITOS WARISAN CONTENT PLUS 21
4 SEJARAH BAHAN TERCIPTA PEN.SINAR CEMERLANG 21
5 KENALI SEJARAH TANAH AIRKU PEN.SINAR CEMERLANG 21
6 SIRI CINTAI BUMI KITA PEN.SINAR CEMERLANG 21
7 DI SINI ADA JAWAPAN PEN.SINAR CEMERLANG 21
8 AJARAN TELADAN HJ BAHASA SEMARAK MURNI 21
9 EKSPEDISI ALAM DAN PESEKITARAN SEMARAK MURNI 21
10 MALAR SEGAR PUS.MINDA AKTIF 21
11 REMAJA JIWA MERDEKA PUS.MINDA AKTIF 21
12 EKSPORASI KE LOKASI TUMPUAN DUNIA PUS.MINDA AKTIF 21
13 CUBA DAN LAKUKAN SENDIRI PUS.KELISA 21
14 EVOLUSI HAIWAN DUNIA PUS.KELISA 21
15 WARISAN ALAM PUS.KELISA 21
16 SIRI AKIBAT SALAH ARAH SAMA PUB 21
17 SIRI BENCANA ALAM DUNIA SAMA PUB 21
18 SIRI PENGETAHUAN REPRODUKTIF REMAJA PUS TINTAMAS 21
19 SIRI UNIT BERUNIFORM DAN KOKURIKULUM PUS NURUL 21
20 SIRI MOTIVASI PEMANGKIN DIRI PUS TINTAMAS 21
21 SIRI MENCEBURI DUNIA KERJAYA PUS PRINTIS 21
22 PELAJAR DAN ALAM PERSEKOLAHAN OCS PUBLISING 21
23 MENDUGA AKAL TEKA-TEKI PUS NURUL 21
24 HINDARI GEJALA SOSIAL SAMA PUBLICATION 21
25 SIRI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR OCS PUBLISING 21
26 KISAH TELADAN BERUNSUR ISLAM PUS NURUL 21
27 MERINTIS KECANGGIHAN DUNIA SIBER (8T)
MIKA CEMERLANG 21
28 SIRI PERAYAAN UTAMA MALAYSIA (4T) PUS DASAR JAYA 21
18
PPAPP/UPK/05/12
Bil Tajuk Buku PenerbitHarga Seunit (RM)
KuantitiJumlah Harga (RM)
29 SIRI SEJARAH PENJAJAHAN TANAH MELAYU
MEGA PUBLICATION 21
30 SIRI PEMBANGUNAN SOSIAL MALAYSIA (4T)
GOODWILL PUBLICATION 21
31 SIRI BACAAN TERATAI (8T) GOODWILL PUBLICATION 21
32 SIRI JENAYAH PENGLIBATAN REMAJA (6T) PUS DASAR JAYA 21
33 SIRI BACAAN RAFFLESIA (8T) MEGA PUBLICATION 21
34 SIRI PENGAJARAN (6T) PEN.ZHARFAN 21
35 SIRI BACAAN CAHAYA RIMBA (8T) PUS DASAR JAYA 21
36 SIRI BACAAN RIA (10T) GOLDEN BOOK DIST 21
37 SIRI BACAAN SURIA PUJANGGA (8T) PEN.ZHARFAN 21
38 SIRI BACAAN MUTIARA GEMILANG (10T) GOLDEN BOOK DIST 21
39 SIRI BACAAN TULIP (10T) PUS DASAR JAYA 21
40 Nithila Valli LKMP 5
41 Vetri Muzhakkam LKMP 5
42 Vanchima Nagaram LKMP 5
43 Thulasi Maadam LKMP 5
44 Kavithai Iyatri Kalakku LKMP 5
45 Samudhaya Veedhi LKMP 5
46 Rani Mangammal LKMP 5
47 Aathanavin Raagangal LKMP 5
48 Sathiya Vellam LKMP 5
49 Netrikkan LKMP 5
50 Sayangala Megangal LKMP 5
51 Paandimaadevi LKMP 5
52 Kurinji Malar LKMP 5
53 Pirandha Man LKMP 5
54 Nenjakkannal LKMP 5
55 Kabaada Puram LKMP 5
56 Vidiyal LKMP 5
57 Idhayai Noyai Matri LKMP 5
58 Lanjam Vangathirgal LKMP 5
59 Marundhila Maruttuvam LKMP 5
60 Thirukkural Uraigal LKMP 5
19
PPAPP/UPK/05/12
Bil Tajuk Buku PenerbitHarga Seunit (RM)
KuantitiJumlah Harga (RM)
61 Yennai Illa Thennindiya LKMP 5
62 Andrada Samayal LKMP 5
63 Kalaingar Thanta LKMP 5
64 Kalki Ponmozhi LKMP 5
65 Maysilirka Vaikkum LKMP 5
66 Annai Podhukatturai LKMP 5
67 Yennai Illatha Sitrundigal LKMP 5
68 Poompuhar Kavithaigal LKMP 5
69 China Thoondil Periya LKMP 5
70 Entha Vinnadi LKMP 5
71 Nirpathuva Nadappathuva LKMP 5
72 Suvaiyo Suvai LKMP 5
73 Siruthuli Perumpanam LKMP 5
74 Kanavugalin Villaikkam LKMP 5
75 Aayul Tharum Keeraikal KALG 5
76 Rajaram Quiz KALG 5
77 Varalatrin Velicham KALG 5
78 Ariviyal Pettagam KALG 5
79 Ennangal Tarum Arputha KALG 5
80 Che quevera KALG 5
81 ICICI - K. V. Kamat KALG 5
82 Nirvaha Aalumai N. Rama KALG 5
83 Internet A To Z KALG 5
84 Alexander KALG 5
85 Keerai Unavugal KALG 5
86 IQ Kathaigal KALG 5
87 Insurance Virpanaikku KALG 5
88 Puthu Arivu Quiz KALG 5
89 365 A. T 365 Sirantha Vid APP 5
90 365 A. T. 365 Aruputha Vid APP 5
91 Endrendum Magilchi Ootum APP 5
92 Viviruppum K. Kathaigal APP 5
93 Acharyamoottum Kalaitha APP 5
94 Viyarkavaikkum Kalaitha Vendum APP 5
95 Arputhamana Kalaitha Ven APP 5
96 Thanga thugalgal APP 5
97 U. P. Nanneri Kathaigal APP 5
20
PPAPP/UPK/05/12
Bil Tajuk Buku PenerbitHarga Seunit (RM)
KuantitiJumlah Harga (RM)
98 Anaiverum Virumbum Thatta APP 5
99 A. N. Arumai Kathaigal APP 5
100 A. N. Needhi Kathaigal APP 5
101 Ayalnattu Neethi Kathaigal APP 5
102 Inaiyatra Pozhuthupokku APP 5
103 K. Virumbum Patti Kathaigal APP 5
104 Nam Nattai Serndha Nadogi APP 5
105 Nam Nattiya Gramiya Kathai APP 5
106 Patti Sollum Panbu Kathai APP 5
107 Thatthavin Thatthuva Kathai APP 5
108 Ulagai Sutri Unntha APP 5
109 Ulagam Kadugal Sollum Vino APP 5
110 Ulagam Potrum Arputha Kathai APP 5
111 Viruvirupoottum Sakasaka APP 5
112 Kathai Poonga APP 5
113 Viyavaikkum Thevathai Kathai APP 5
114 Thevathaikalain Arputha APP 5
115 Aesop Kathaigal APP 5
116 Vilangugal Unarthum Maniman APP 5
117 Inspiring Personalities Aura APP 5
118 I. P Nelson Mandela APP 5
119 E. V. R Periyar APP 5
120 I. P. Jhansi Rani APP 5
121 I. P. Dr. Ambekar APP 5
122 Subramaniya Siva APP 5
123 Muthuramalinga Thevar APP 5
124 Tamil Rajaji APP 5
125 Mahathma Gandhi APP 5
126 Jawaharlal Nehru APP 5
127 Vivekanander APP 5
128 Bharathiyar APP 5
129 Annadurai APP 5
130 Kamarajarar APP 5
131 Abdul Kalam APP 5
132 Bruce Lee APP 5
133 Bhagat Singh APP 5
134 Hitler APP 5
21
PPAPP/UPK/05/12
Bil Tajuk Buku PenerbitHarga Seunit (RM)
KuantitiJumlah Harga (RM)
135 Sahanai Sigarangal APP 5
136 Sandrorgal APP 5
137 Thalai Sirantha Thalaivargal APP 5
138 Thomas Alva Edison APP 5
139 Eng-Tamil Grammar Dict. SURC 5
140 Tamil-Tamil -Eng. Dict. SURC 5
141 Perarignar Anna SURC 5
142 Jawaharlal Nehru SURC 5
143 Chess Vilayattu SURC 5
144 Ulagathai Kalakkiya SURC 5
145 Tenaliraman SURC 5
146 Siruvargalukkana Munivargal SURC 5
147 Vetri En Kaikaliley SURC 5
148 Abraham Lincoln SURC 5
149 The King Maker Kamaranar SURC 5
150 Thomas Alva Edison SURC 5
151 Ulaga Maaveeran Alexander SURC 5
152 Mathiyoogi Birbal Kathaigal SURC 5
153 Buthi Pugattum Aesop SURC 5
154 Vinaadi Vinaa Kal Chiyam SURC 5
155 Kuzhandai Valarppu Mugaigal SURC 5
156 Desath Thalaivargal SURC 5
157 Vindaiyana Uyirinangal SURC 5
158 Maaveerar Marudhu Pandiar SURC 5
159 Aanmiga Jothi Vivekanendar SURC 5
160 Sindanaikku Virunthagum SURC 5
161 Vedhalam Sonna Vikramathi SURC 5
162 Thiyama Vazhikatti SURC 5
163 Veedu , Samayal , Thotakalai SURC 5
164 Balar Mahabaratha Kathai SURC 5
165 Panbhoottum Pazhankadai SURC 5
166 Siruvargalukkana Siranda SURC 5
167 Saathanai Pengal SURC 5
168 Oppariya Ulaga Thathu SURC 5
169 Neengalum Vetri Pera SURC 5
170 Avvaiyarin Aranoolkal SURC 5
171 Dasaratha Ramar Kathai SURC 5
22
PPAPP/UPK/05/12
Bil Tajuk Buku PenerbitHarga Seunit (RM)
KuantitiJumlah Harga (RM)
172 Voippugal Thotthuvidum SURC 5
173 Birbal Kathaigal SURC 5
174 Nannerikathaigal For Children SURC 5
175 Adiyar Kathaigal SURC 5
176 Arputha Pen Mozhigal SURC 5
177 Arputha Ponmozhigal SURC 5
178 Pazhamozhigalum Vilakkkuamum SURC 5
179 Ennai Matriya Ethirmar SURC 5
180 Matram Kaana Manthira SURC 5
181 Birabal In Samayosidha SURC 5
182 Siruvar Chinna Chinna SURC 5
183 Aesop In Sindhanaikku In SURC 5
184 201 Tips To Control Dia SURC 5
185 Annai Indragandhi SURC 5
186 Annai Theresa SURC 5
187 Martin Luther King SURC 5
188 Eliya Nadaiyil Tamil SURC 5
189 Bharathidasan Kavithaigal SURC 5
190 Bharathiyar Kavithaigal SURC 5
191 Vazhkaikku Vazhikkattum SURC 5
192 Birbal In Thanthira Natpu SURC 5
193 Panchatantira Natpu SURC 5
194 Udal Barumani Kuraikka SURC 5
195 Karpama Kavalai Vendam SURC 5
196 Maaveeran Poolithevan SURC 5
197 M. G. R SURC 5
198 Vetri Manithar G. T. Naidu SURC 5
199 Manathai Magilvoodum SURC 5
200 Kuzhanthai Valarpil 1001 SURC 5
201 Ulagai Matriya Varalatru SURC 5
202 Sirippom / Sirippom SURC 5
203 Kuzhanthaikalukkana SURC 5
204 Suiruvargalukkana Buthi SURC 5
205 Siruvargalukkana Kutti SURC 5
206 Kuzhantaikkalukana Kutty SURC 5
207 Nal Vazhvu Tharum SURC 5
208 Gnananeri Kathaigal SURC 5
23
PPAPP/UPK/05/12
Bil Tajuk Buku PenerbitHarga Seunit (RM)
KuantitiJumlah Harga (RM)
209 Pothu Katturaigal SURC 5
210 Pothu Arivukatturai SURC 5
211 My First Book Of Table (t) SURC 5
212 My First Book Tamil SURC 5
213 Tamil Amutham (UKG) SURC 5
214 Amutha Mozhi (UKG) SURC 5
215 Mazhich Saral TNP 5
216 Mounama Kadhalaai TNP 5
217 Sakthi Rajiyam TNP 5
218 Mana Nalam Karpom TNP 5
219 Bharathiyin Athichoodi TNP 5
220 Neeyindri Naanillai TNP 5
221 Geethaiyin Rathai TNP 5
222 Andhi Vanam TNP 5
223 Kathalaki Kasindururki TNP 5
224 Imaiyorum Un Ninaivu TNP 5
225 Kana Kanden TNP 5
226 Andhi Mazhai Pozhigarathu TNP 5
227 Tamizhin Madiyil TNP 5
228 Pattathu Yaniyin Bavani TNP 5
229 Eaanipadi , Ean Ippadi TNP 5
230 Kadalai Meeriya Nadhigal TNP 5
231 Sembavalakodi Neeya TNP 5
232 Ranganathi TNP 5
233 Vanthaedae Puthiya Paarava TNP 5
234 Rajamadangi TNP 5
235 Nagappadai TNP 5
236 Nallarul Puriyum Nalvar TNP 5
237 Avvaiyin Malvazhi Kadha TNP 5
238 Mounamana Neram TNP 5
239 Kannana En Kanmani TNP 5
240 Mayamai Silar TNP 5
241 Mariyathu Nenjam TNP 5
242 Poovam Puyalum TNP 5
243 Pulargindha Poluthil TNP 5
244 Ennavemru Naan Solla I TNP 5
245 Ennavemru Naan Solla II TNP 5
24
PPAPP/UPK/05/12
Bil Tajuk Buku PenerbitHarga Seunit (RM)
KuantitiJumlah Harga (RM)
246 Ennavemru Naan Solla III TNP 5
247 Katrodu Thottuvitten TNP 5
248 Uyir Valarthene TNP 5
249 Nambungal Nammal Uyara TNP 5
250 Uyiragathe Oliyage TNP 5
251 Idhayam Sonna Vilai TNP 5
252 Vetri Vendumenil TNP 5
253 Mannil Theriyathu Vanam TNP 5
254 Pagasalai TNP 5
255 Sorkam Naduvilae TNP 5
256 Kannadhasan Thuti KDN 5
257 Windows KDN 5
258 Vetri Vindhigal 3 KDN 5
259 Vetri Vindhigal 2 KDN 5
260 Selvathiyum Vetriyaiyum KDN 5
261 Gengis Khan KDN 5
262 Internetilirundhu 100 KDN 5
263 Sivagangai Seemai KDN 5
264 Mazhuppalgalai Niruthaungal KDN 5
265 Thannabikkaiyum Suyamariya KDN 5
266 Feng Shui Porukal KDN 5
267 Nandan Nilekani KDN 5
268 Lakhsmi Mittal KDN 5
269 Ratan Tata KDN 5
270 Vazhkai Oru Thanga KDN 5
271 Kannadasan Kadambam KDN 5
272 Doctor No KDN 5
273 Benjamin Franklin KDN 5
274 Babilonin Migapperiya KDN 5
275 Endrum Thorkatha Vetri KDN 5
276 Nepoleon Thanga Vithigal KDN 5
277 Oru Nadigar Uravigirar KDN 5
278 Manam Tharum Vettai KDN 5
279 Kazhugu Tharai Inran KDN 5
280 Palakkadu Samayal MM 5
281 Karnataka Samayal MM 5
282 Sarojini Naidu PRO 5
25
PPAPP/UPK/05/12
Bil Tajuk Buku PenerbitHarga Seunit (RM)
KuantitiJumlah Harga (RM)
283 Kek, Jus, Ais Krim MM 5
284 Rajaji PRO 5
285 Kotse MM 5
286 Suvaiyana Sup Vagaigal MM 5
287 Parambariya Kara Vagaigal MM 5
288 TQM Tara Nirvagam KIZ 5
289 En Thambi Vairamuthu TNP 5
290 Periyar KIZ 5
291 Pothutturai Atchiyiyal PAA 5
292 Maruttuva Tagavalgal 1000 ARI 5
293 Ponniyin Selvan 5 TNP 5
294 Neengalum Mudhalvar Agalam NAK 5
295 Vilambara Ulagam KIZ 5
296 Abithana Chintamani GRA 10
297 Kurinji Then GRA 10
298 Elainjar Ariviyal GRA 10
299 Tamilaga Kalanjiyam GRA 10
300 Tamilar Samayam GRA 10
301 Viduthalai Poril GRA 10
302 Sinthanai Plato GRA 10
303 Sem Mozhi Tamil GRA 10
304 Esap Arivu Kathaigal GRA 10
305 Kutty Kathaigal GRA 10
306 Penkalin Samathuvam GRA 10
307 Thondai Nattu Mannar GRA 10
308 Thamizhar Thottaram GRA 10
309 Pandai Thamizhar Poor GRA 10
310 Thamigattil Kozharyul GRA 10
311 Manavar Adipadai GRA 10
312 Elangayil Thamizhar GRA 10
313 Thamizhaga Varalarum GRA 10
314 One Step Forward GRA 10
315 Ellorum Vazhvom GRA 10
316 Podicherry Varalatru GRA 10
317 Pondichery Viduthalai GRA 10
26
PPAPP/UPK/05/12
Bil Tajuk Buku PenerbitHarga Seunit (RM)
KuantitiJumlah Harga (RM)
318 English Grammar (tamil) GRA 10
319 Tamil GRA 10
320 Elakkiya Varalatru GRA 10
321 Vikramathithan GRA 10
322 Narpu Kalai GRA 10
323 Aariyarkku Teach eskku GRA 10
324 Tamil GRA 10
325 Tamilaga Varalatru GRA 10
326 Kalvi Azhagu Azhagu GRA 10
327 Mittuyum Thattuyen GRA 10
328 Aristotle GRA 10
329 Kaalinthorum Pen GRA 10
330 Tamilar Vazhvum Pan GRA 10
331 Indhiyar Samuthayam GRA 10
332 Udhayana Kumara GRA 10
333 Velvi Thoon GRA 10
334 Chozha Kulothuiongan GRA 10
335 Seevaga Chintamani GRA 10
336 Tamizhga Oorum GRA 10
337 Valayil Vantha GRA 10
338 Nadaga Tamil GRA 10
339 Sethu Nattu Sella GRA 10
340 Thandiyalangaram GRA 10
341 Tamil Urainadi I GRA 10
342 Tamil Urainadi II GRA 10
343 Eelakkkana Kotpadu GRA 10
344 Nattaga Kalai GRA 10
345 Dr. Mu. Va. Vin. GRA 10
346 Avvaiyaar GRA 10
347 Mazhi Tharumma En ARV 10
348 Paravaigal Koodathil ARV 10
349 Panneril Nanintha ARV 10
350 Eppoluthum Un Ninaivu ARV 10
351 Markazhi Matha Nila ARV 10
352 Adutha Elakku ARV 10
353 Thurikai Penna ARV 10
354 Nesam Malarinthathu ARV 10
27
PPAPP/UPK/05/12
Bil Tajuk Buku PenerbitHarga Seunit (RM)
KuantitiJumlah Harga (RM)
355 Ennai Mayakkiya ARV 10
356 Azhakai Poogutha ARV 10
357 NannThediya Vaanavil ARV 10
358 Nee Pookalin Theevu ARV 10
359 Moonkil Katril Sangeetham ARV 10
360 Ootru Ellatha Matram ARV 10
361 Tholai Thuram Velicham ARV 10
362 Mounam Un Mozhi ARV 10
363 Poovil Thoongam Panithuli ARV 10
364 Andhi Malai Saral ARV 10
365 Devathai Vanthu Vittai ARV 10
366 Roja Poonthottam ARV 10
367 Adhu Oru Malai Kalam ARV 10
368 Un Manthai Nan ARV 10
369 Ennoru Sethai ARV 10
370 Varamai Vanthai ARV 10
371 Unnai Karam ARV 10
372 Nee Pokum Pathai ARV 10
373 Kannethire Thondrinal ARV 10
374 Maniya Manikuyila ARV 10
375 Neeyum Nanum ARV 10
376 Thisai Marantha Paravai ARV 10
377 Un Vanam Nan ARV 10
378 En Iddhaya Rojave ARV 10
379 Devan Thantha Venai ARV 10
380 Neethana Ennai Nithu ARV 10
381 Iru Kannilum En ARV 10
382 Idhayamela Un Ninaivu ARV 10
383 Parvai Ondru Pothum ARV 10
384 Azhagiya Tamil Magala ARV 10
JUMLAH HARGA (RM)
28
PPAPP/UPK/05/12
PERAKUAN PENYEBUT HARGA
SAYA MENGESAHKAN BAHAWA HARGA YANG DITAWARKAN ADALAH TETAP DAN AKAN LAKU (VALID) SERTA TIDAK AKAN DITARIK BALIK UNTUK TEMPOH SATU RATUS DUA PULUH (120 ) HARI DARI TARIKH TUTUP TENDER
_________________________Tandatangan Penyebutharga
Cop Rasmi Nama Dan Jawatan Cop Rasmi Syarikat
Tarikh :
29