18
PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN BOLASEPAK KAMPUNG PAYA BEMBAN DENGAN PEMAIN BOLASEPAK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KELANTAN NORBAITTI BINTI SULAIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

  • Upload
    lamanh

  • View
    227

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN BOLASEPAK

KAMPUNG PAYA BEMBAN DENGAN PEMAIN BOLASEPAK JABATAN

PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KELANTAN

NORBAITTI BINTI SULAIMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

2

PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN BOLASEPAK

KAMPUNG PAYA BEMBAN DENGAN PEMAIN BOLASEPAK JABATAN

PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KELANTAN

NORBAITTI BINTI SULAIMAN

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2003

Page 3: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

3

Page 4: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

4

DEDIKASI

Istimewa untuk

ayah dan emak tersayang

Sulaiman bin Jusoh

Zainab binti Majid

dan

adik-adik

serta

suami tercinta

Wan Adli bin Wan Abdullah

Page 5: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

5

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT Yang Maha Pemurah, Berkuasa lagi Maha

Mengasihani yang telah menunjukkan jalan yang benar dan telah memberikan kekuatan,

kesihatan, masa dan tenaga serta kesabaran di atas jalanNya kepada hambaNya.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya, Tuan Hj.

A. Hamid bin Rahabah yang banyak membimbing dan memberi teguran yang sangat

berharga sepanjang penyelenggaraan kajian ini. Penghargaan ini juga saya tujukan

kepada En. Mohd Yunos bin Hj. Dahlan di atas nasihat dan bantuan yang telah diberikan.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan

Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan kajian ini. Begitu juga

kepada jurulatih dan responden-responden yang terlibat.

Akhir sekali kepada kedua ibu-bapa saya iaitu Zainab binti Majid dan Sulaiman

bin Jusoh, suami saya Wan Adli bin Wan Abdullah serta pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung membantu saya dalam kajian ini, saya merakamkan

penghargaan dan ucapan terima kasih.

Page 6: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

6

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk membandingkan tahap ketangkasan di antara

pemain bolasepak yang mewakili kampung dengan pemain bola sepak di Jabatan

Kerajaan. Seramai 18 subjek telah dipilih untuk mewakili kampung Paya Bemban

(KPB) dan 18 orang subjek mewakili Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan

(JPSNK). Dua jenis ujian telah dijalankan untuk menguji tahap ketangkasan iaitu Ujian

Lompat Kuadran dan Ujian Ketangkasan Illinois. Data-data yang diperolehi telah

dianalisis secara statistik pada tahap kesignifikan p = 0.05 untuk menentukan samada

terdapat perbezaan yang signifikan terhadap subjek yang dikaji. Berdasarkan kepada

analisis data yang diperolehi didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan

terhadap tahap ketangkasan di antara pemain kampung Paya Bemban (KPB) dengan

pemain Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPSNK).

Page 7: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

7

ABSTRACT

The objective of the research is to compare the agility between football players

representing a village and another group from the government agency. 18 subjects have

been chosen to represent the Kampung Paya Bemban football team and another 18

subjects from Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPSNK). Two types of test

had been carried out which are the Quadrant jump Test and Illinois Agility Test. The data

had been analysed based on statistic at the level of significance p = 0.05 to make sure

whether there are significant differences on the subjects. Based on the analysed data, it

was found that there is no significant difference on the leverage of agility between

football players from Kampung Paya Bemban (KPB) and football players from Jabatan

Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPSNK).

Page 8: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

8

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan masalah 4

1.3 Objektif kajian 5

1.4 Persoalan kajian 5

Page 9: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

9

1.5 Tujuan kajian 6

1.6 Hipotesis kajian 6

1.7 Kepentingan kajian 7

1.8 Batasan kajian 8

1.9 Definisi operasional 8

11 SOROTAN KAJIAN 10

111 METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 17

3.2 Tempat kajian 18

3.3 Pemilihan sampel 18

3.4 Instrumen kajian 19

3.5 Prosedur kajian 20

3.6 Rekabentuk kajian 22

3.7 Pembolehubah kajian 23

3.8 Pengumpulan data 24

3.9 Analisis data 24

IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 25

4.2 Statistik Diskriptif 26

4.3 Statistik Inferential 38

Page 10: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

10

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 43

5.2 Ringkasan kajian 44

5.3 Perbincangan 45

5.4 Rumusan 47

5.5 Cadangan 47

RUJUKAN 49

LAMPIRAN 51

Page 11: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

11

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1. Frekuensi berat, tinggi dan umur responden 27

2. Skor responden dalam Ujian Lompat Kuadran 30

3. Skor responden dalam Ujian Ketangkasan Illinois 33

4. Min dan sisihan piawai bagi Ujian Lompat Kuadran 36

dan Ujian Ketangkasan Illinois

5. Hasil ujian t untuk Ujian Lompat Kuadran di antara 39

pemain bolasepak KPB dan pemain bolasepak JPSNK

6. Hasil ujian t untuk Ujian Ketangkasan Illinois di antara 41

pemain bolasepak KPB dan pemain bolasepak JPSNK

Page 12: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

12

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1. Frekuensi berat, tinggi dan umur responden 28

2. Skor responden dalam Ujian Lompat Kuadran 31

3. Skor responden dalam Ujian Ketangkasan Illinois 34

4. Min bagi Ujian Lompat Kuadran dan Ujian 37

Ketangkasan Illinois

5. Kedudukan nilai t dalam pengujian hipotesis 40

(Ujian Lompat Kuadran)

6. Kedudukan nilai t dalam pengujian hipotesis 42

(Ujian Ketangkasan Illinois)

Page 13: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

13

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Borang ujian individu 51

B Gambarajah Ujian Lompat Kuadran 52

C Gambarajah Ujian Ketangkasan Illinois 53

D Jadual taburan t 54

E Jadual skala Ujian Ketangkasan Illinois 55

F Borang biodata diri 56

G Surat kebenaran 57

Page 14: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

14

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70 an dengan

kewujudan ujian kecergasan. Dengan kesedaran tentang peranan kecergasan kepada

pembangunan Negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan program

‘Malaysia Cergas’ pada tahun 1985. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran

teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan

dengan kempen-kempen yang telah dilaksanakan seperti Hari Jantung Negara.

Seseorang individu memerlukan aktiviti kecergasan fizikal dalam kehidupan

seharian untuk mencapai kecergasan keseluruhan. Ini lebih penting lagi dalam kehidupan

serba moden ini. Pembangunan yang pesat dan kemajuan teknologi menyebabkan

manusia kurang bergerak dan ini menyebabkan terjadinya masalah kesihatan.

Page 15: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

15

Zaman moden ini juga sentiasa dikaitkan dengan kehidupan yang membawa

kepada penyakit hipokinetik. Hipokinetik adalah seperti penyakit kardiovaskular,

kegemukan, kencing manis, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol tinggi, sakit sendi dan

osteoporosis.

Dalan tahun 1996, Laporan Statistik Utama Malaysia (NutriWEB Malaysia,

18.05.2001) menunjukkan bahawa 26% kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan

sakit jantung dan penyakit berkaitan pengedaran darah. Keadaan ini bertambah buruk

dalam tahun 1997 kerana 75% kes masuk hospital kerajaan adalah berkaitan dengan

penyakit tersebut.

Komponen-komponen kecergasan keseluruhan sentiasa berubah, ianya bersifat

dinamik dan bukan bersifat stastik. Sifat ini menyebabkan tahap kecergasan keseluruhan

sentiasa menurun dan menaik mengikut masa. Kecergasan fizikal dapat dikelaskan

kepada dua kategori iaitu kecergasan yang berasaskan kesihatan dan kecergasan yang

berasaskan perlakuan motor/kemahiran.

Membina sukan berdasarkan kecergasan fizikal adalah penting bagi menghasilkan

prestasi dan kesihatan atlit (Hoffman, Sheldahl, and Kraemer 1998). Program yang

komprehensif di mana melibatkan semua aspek kemampuan fizikal dan mental atlit

adalah merupakan kunci bagi mereka untuk berjaya.

Bill Foran (1998) melaporkan bahawa banyak faktor yang telah dipertimbangkan

adalah penting untuk kecergasan dalam sukan seperti dayatahan kardiovaskular, kekuatan

otot, koordinasi dan sebagainya. Bagaimanapun, darjah kepercayaan bagi setiap

Page 16: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

16

komponen adalah bergantung kepada kekhususan setiap sukan atau sesetengah kes dalam

sukan yang sama. Sifat bagi kecergasan dalam sukan merangkumi saiz fizikal dan sifat

biologikal yang ada pada atlit seperti kuasa, kekuatan, kelajuan, ketangkasan, koordinasi,

kelembutan dan sebagainya.

Di dalam permainan bolasepak, bola keranjang, hoki dan kebanyakan aktiviti

sukan yang popular di Malaysia, faktor kecergasan dititikberatkan kerana ia merupakan

penentu yang penting bagi mencapai kejayaan. Kecergasan yang berasaskan

motor/kemahiran seperti ketangkasan merupakan salah satu komponen yang memainkan

peranan utama dalam menentukan sesuatu permainan itu dapat berjalan dengan lancar

dan meraih kejayaan.

Ketangkasan melibatkan penggunaan sepenuhnya anggota badan bagi kemahiran

dalam sukan. Sesetengah sukan juga memerlukan kemampuan untuk bergerak dengan

menggunakan peralatan sukan. Sebagai contoh, dalam suatu kajian dalam perlawanan

tenis, pemain menunjukkan ketangkasan yang lebih baik apabila menggunakan raket

berbanding tanpa menggunakan raket. Ini menunjukkan pola motor adalah lebih tinggi

dengan menggunakan peralatan.

Kesimpulannya, dalam membangunkan dan meningkatkan mutu sukan

terutamanya permainan bolasepak dalam sesebuah pasukan, pelbagai cara telah

dilaksanakan untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam pertandingan. Maka setiap pemain

yang terlibat dalam permainan bolasepak perlu mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki

untuk menjadi seorang pemain yang berjaya. Selain daripada faktor bakat dan kebolehan,

ciri seperti faktor kecergasan juga perlu diambil kira untuk membolehkan seorang pemain

bolasepak itu bermain dengan cemerlang. Bagi mencapai tujuan ini, kita seharusnya

memiliki pengetahuan dan pendekatan yang lebih efektif supaya pembangunan dan

penyelidikan lebih berlandaskan kepada prinsip-prinsip sains sukan. Aspek-aspek dan

Page 17: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

17

faktor-faktor genetik, biomekanik sukan, latihan, psikologi serta motivasi perlu diberi

perhatian kerana ia memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kejayaan

pemain dan pasukan.

1.2 Penyataan Masalah

Setiap jurulatih perlu mengambil tindakan segera dalam melaksanakan program

kecergasan fizikal yang berkesan di samping meningkatkan tahap ketangkasan atlit

terutamanya dalam permainan bolasepak kerana permainan ini memerlukan tahap

ketangkasan yang tinggi bagi membolehkan permainan itu berjalan dengan lancar, pantas

dan berkesan.

Seseorang atlit yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi bukan sahaja

menunjukkan prestasi yang baik dalam permainan tetapi juga mempunyai keupayaan

untuk menyempurnakan tugas atau kerja hariannya dengan penggunaan tenaga yang

minimum tanpa merasa letih dengan cepat. Mereka juga masih mempunyai tenaga untuk

melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi dan mampu bertindak jika berlakunya sebarang

kecemasan.

Page 18: PERBANDINGAN TAHAP KETANGKASAN DI ANTARA PEMAIN … · Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dalam menyiapkan

18

1.3 Objektif Kajian

Dalam konteks ini, dua objektif telah dikenalpasti seperti berikut :

1.3.1 Untuk menguji tahap ketangkasan di kalangan pemain bolasepak yang mewakili

Kampung Paya Bemban (KPB) dan pemain bolasepak Jabatan Pengairan dan

Saliran Negeri Kelantan (JPSNK).

1.3.2 Bertujuan untuk membuat perbandingan tentang tahap ketangkasan di antara

pemain bolasepak Kampung Paya Bemban (KPB) dengan pemain bolasepak

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPSNK).

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan yang akan diselidiki berdasarkan masalah kajian adalah untuk

mendapatkan nilai tahap ketangkasan di antara pemain bolasepak Kampung Paya

Bemban (KPB) dengan pemain bolasepak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan

(JPSNK) bagi tahun 2003.