7
3.1.4 : PERANAN KERAJAAN DALAM MEMBANTU USAHAWAN A. Agensi Kerajaan yang Membantu Usahawan - Ada pelbagai agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu bakal usahawan. - Agensi-agensi ini diberi tanggungjawab untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang. - Antara agensi-agensi kerajaan tersebut termasuklah: (a) Majlis Amanah Rakyat (MARA) - MARA ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. - MARA banyak memberikan sumbangan kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada dengan cara: i. memberikan latihan dan bimbingan secara teori dan amali; ii. menyediakan prasarana seperti ruang niaga, kedai, kompleks perniagaan dan pejabat, arked, serta bengkel perusahaan; iii. membiayai perniagaan dengan memberikan pinjaman modal. (b) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC); - MEDEC ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah kelolaan Institut Teknologi Mara yang kini dikenal sebagai Universiti Teknologi Mara. Fungsinya : i. memberikan latihan dan pendidikan ii. membuat penyelidikan keusahawanan, iii. memberikan khidmat perundingan serta nasihat kepada usahawan. (c) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA); - Peranan MIDA : i. memajukan dan menyelaraskan segala aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan perindustrian. ii. memberikan khidmat nasihat kepada kementerian dan kerajaan negeri tentang dasar dan strategi pembangunan perindustrian. iii. bertanggungjawab mengurus permohonan lesen, perlindungan tarif, pemberian taraf perintis, dan pelepasan cukai import. (d) UDA Holdings Berhad (UDA); - Fungsi UDA Holdings Berhad ialah: i. merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan bandar dan pinggir bandar. ii. menyediakan infrastruktur, kawasan petempatan, kawasan perdagangan, serta kawasan perindustrian untuk kemudahan usahawan. (e) Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI); - Peranan MARDI : i. menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pelbagai hasil pertanian negara. Tujuannya adalah untuk membantu meningkatkan produktiviti pertanian. ii. mengadakan kursus-kursus tentang teknologi pertanian dan produk baru pertanian kepada usahawan. (f) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM BERHAD); - SIRIM BERHAD adalah syarikat milik penuh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan yang mula beroperasi pada 1 September 1996. Antara fungsinya : i. menentukan dan memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi ii. memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti iii. menjalankan penyelidikan dan menyampaikan maklumat tentang pembangunan dan perubahan teknologi. (g) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). - MPOB ditubuhkan untuk : i. menggalakkan, membangunkan, dan memajukan industri kelapa sawit negara. ii. menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang biologi, kejuruteraan dan pemprosesan, serta pembangunan produk iii. membaiki mutu minyak sawit iv. memperluaskan pasaran hasil minyak sawit. (h) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) - MLVK adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Agensi ini berperanan : i. mengurus dan mengawal kualiti kemahiran negara ii. menawarkan skim latihan kepada orang ramai untuk melahirkan sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan industri negara.

perdagangan & KEUSAHAWANAN elektif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

khb

Citation preview

Page 1: perdagangan & KEUSAHAWANAN elektif

3.1.4 : PERANAN KERAJAAN DALAM MEMBANTU USAHAWAN

A. Agensi Kerajaan yang Membantu Usahawan

- Ada pelbagai agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu bakal usahawan. - Agensi-agensi ini diberi tanggungjawab untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang. - Antara agensi-agensi kerajaan tersebut termasuklah:

(a) Majlis Amanah Rakyat (MARA)- MARA ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. - MARA banyak memberikan sumbangan kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada dengan

cara:i. memberikan latihan dan bimbingan secara teori dan amali;ii. menyediakan prasarana seperti ruang niaga, kedai, kompleks perniagaan dan pejabat, arked,

serta bengkel perusahaan;iii. membiayai perniagaan dengan memberikan pinjaman modal.

(b) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC);- MEDEC ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah kelolaan Institut Teknologi Mara yang kini dikenal

sebagai Universiti Teknologi Mara. Fungsinya :i. memberikan latihan dan pendidikanii. membuat penyelidikan keusahawanan,iii. memberikan khidmat perundingan serta nasihat kepada usahawan.

(c) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA);- Peranan MIDA :i. memajukan dan menyelaraskan segala aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan

perindustrian. ii. memberikan khidmat nasihat kepada kementerian dan kerajaan negeri tentang dasar dan strategi pembangunan perindustrian. iii. bertanggungjawab mengurus permohonan lesen, perlindungan tarif, pemberian taraf perintis,

dan pelepasan cukai import.

(d) UDA Holdings Berhad (UDA);- Fungsi UDA Holdings Berhad ialah:i. merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan bandar dan pinggir

bandar. ii. menyediakan infrastruktur, kawasan petempatan, kawasan perdagangan, serta kawasan

perindustrian untuk kemudahan usahawan.

(e) Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI);- Peranan MARDI :i. menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pelbagai hasil pertanian negara. Tujuannya

adalah untuk membantu meningkatkan produktiviti pertanian. ii. mengadakan kursus-kursus tentang teknologi pertanian dan produk baru pertanian kepada

usahawan.

(f) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM BERHAD);- SIRIM BERHAD adalah syarikat milik penuh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan yang mula

beroperasi pada 1 September 1996. Antara fungsinya : i. menentukan dan memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan

bermutu tinggi ii. memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti iii. menjalankan penyelidikan dan menyampaikan maklumat tentang pembangunan dan perubahan teknologi.

(g) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).- MPOB ditubuhkan untuk :i. menggalakkan, membangunkan, dan memajukan industri kelapa sawit negara. ii. menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang biologi, kejuruteraan dan

pemprosesan, serta pembangunan produk

Page 2: perdagangan & KEUSAHAWANAN elektif

iii. membaiki mutu minyak sawitiv. memperluaskan pasaran hasil minyak sawit.

(h) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)- MLVK adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Agensi ini

berperanan :i. mengurus dan mengawal kualiti kemahiran negaraii. menawarkan skim latihan kepada orang ramai untuk melahirkan sumber tenaga yang berilmu

dan berkemahiran tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan industri negara.

B. JENIS BANTUAN DAN KEMUDAHAN KERAJAAN KEPADA USAHAWAN

1. Bimbingan dan Latihan- Pelbagai kementerian terlibat dalam usaha memberikan bimbingan dan latihan perniagaan dan keusahawanan. - Agensi-agensi kerajaan yang terlibat ialah :

a) Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN) - Pengetahuan perniagaanb) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) - Pengurusan perniagaanc) Pusat Giat Mara (PGM) - Merekodkan simpan kira dan perakaunand) Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Motivasie) Institut Latihan Perindustrian (ILP) - Latihan semasa bekerjaf) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) - Latihan kemahiran dan persijilan

2. Kemudahan Prasarana / Infrastruktur- Amat penting disediakan, bukan saja di kawasan petempatan tetapi juga di kawasan yang dibangunkan sebagai

pusat perdagangan dan perindustrian.- Antara prasarana tersebut termasuklah kemudahan bekalan elektrik, air, jalan raya, komunikasi, premis

perniagaan, dan sebagainya. - Agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan prasarana yang berkaitan ialah :

a) UDA Holdings Berhad (UDA) • Premis perniagaan (MARA, UDA, PKEN) b) Majlis Amanah Rakyat (MARA) • Kawasan perindustrian (MARA, UDA, PKEN)

c) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) d) Jabatan Bekalan Air (JBA,TNB,TELEKOM) • Bekalan air, elektrik, komunikasi e) Jabatan Kerja Raya (JKR) • Rangkaian jalan raya (Lembaga Lebuhraya

3. Kajian dan Penyelidikan- Amat penting kerana inputnya dapat meningkatkan kualiti dan daya saing sesuatu produk. - Agensi kerajaan yang berkaitan adalah seperti yang berikut:

a) Institut Piawaian dan Penyelidikan • mengawal dan menetapkan mutu keluaran industri Perindustrian Malaysia (SIRIM) mengikut standard piawaian yang ditetapkan

b) Lembaga Minyak Sawit Malaysia • membuat kajian serta membangunkan dan (MPOB) memajukan keluaran industri kelapa sawit

c) Institut Penyelidikan Getah Malaysia •membuat kajian tentang produk yang berkaitan (RRIM) dengan getah

d) Institut Penyelidikan dan • membuat kajian tentang produk pelbagai hasil Pembangunan Pertanian pertanian

Malaysia (MARDI) e) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia • membuat kajian tentang hasil-hasil laut dan air tawar (LKIM)

4. Pinjaman Kewangan- Kewangan memang merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh bakal usahawan dan usahawan sedia

ada. - Masalah kewangan menyebabkan usahawan kekurangan modal untuk meneroka bidang perniagaan baru dan

mengembangkan perniagaannya. Agensi kerajaan yang terlibat serta jenis bantuan yang disalurkan adalah seperti yang berikut :

a) Majlis Amanah Rakyat (MARA) • Skim pinjaman MARA b) Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan • Pinjaman berpenggal MIDF Malaysia Berhad (MIDF)

c) Bank Pertanian Malaysia Berhad (BPM) • skim Rancangan Berniaga Kecil-kecilan.

Page 3: perdagangan & KEUSAHAWANAN elektif

5. Galakan dan Insentif- Kerajaan turut memberikan pelbagai galakan dan insentif kepada usahawan bagi memastikan mereka

mempunyai daya saing dan terus kekal dalam pasaran. - Antara galakan dan insentif yang diberikan termasuklah seperti yang berikut.

JENIS GALAKAN & INSENTIF PENERANGANNYAi. Taraf Perintis Pengecualian cukai perniagaan kepada industri baru untuk tempoh 3 – 10

tahun. Menggalakkan lebih ramai usahawan tempatan menceburkan diri dalam

bidang pengeluaran

ii. Kuota mengehadkan kemasukan barang import ke dalam negara Menggalakkan pengeluaran lebih banyak barang untuk memenuhi

permintaan tempatan

iii. Embargo Pengharaman barang daripada luar negara seperti bahan lucah dan senjata api.

Produk daripada usahawan tempatan dapat menguasai pasaran dan berkembang lebih pesat.

iv. Duti Import Cukai terhadap barang yang dibeli dari luar negera. Cukai import menyebabkan barang import menjadi lebih mahal. Menguntungkan usahawan tempatan kerana harga produk temptan lebih

murah berbanding dengan harga produk import.

v. Galakan eksport Diberikan kepada usahawan untuk menjual barang ke luar negara Mengurangkan / mengecualikan cukai ke atas barang yang dieksport.

Page 4: perdagangan & KEUSAHAWANAN elektif

6. Galakan dan Insentif- Kerajaan turut memberikan pelbagai galakan dan insentif kepada usahawan bagi memastikan mereka

mempunyai daya saing dan terus kekal dalam pasaran. - Antara galakan dan insentif yang diberikan termasuklah seperti yang berikut.

JENIS GALAKAN & INSENTIF PENERANGANNYAvi. Taraf Perintis Pengecualian cukai perniagaan kepada industri baru untuk tempoh 3 – 10

tahun. Menggalakkan lebih ramai usahawan tempatan menceburkan diri dalam

bidang pengeluaran

vii. Kuota Mengehadkan kemasukan barang import ke dalam negara Menggalakkan pengeluaran lebih banyak barang untuk memenuhi

permintaan tempatan

viii. Embargo Pengharaman barang daripada luar negara seperti bahan lucah dan senjata api.

Produk daripada usahawan tempatan dapat menguasai pasaran dan berkembang lebih pesat.

ix. Duti Import Cukai terhadap barang yang dibeli dari luar negera. Cukai import menyebabkan barang import menjadi lebih mahal. Menguntungkan usahawan tempatan kerana harga produk temptan lebih

murah berbanding dengan harga produk import.

x. Galakan eksport Diberikan kepada usahawan untuk menjual barang ke luar negara Mengurangkan / mengecualikan cukai ke atas barang yang dieksport.

Page 5: perdagangan & KEUSAHAWANAN elektif

a) Taraf • sehingga perniagaannya maju dan stabil.

b) Dutrtentu.

Page 6: perdagangan & KEUSAHAWANAN elektif
Page 7: perdagangan & KEUSAHAWANAN elektif
Page 8: perdagangan & KEUSAHAWANAN elektif