Perdana Menteri Ialah Ketua Kerajaan Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perdana menteri malatsia ada 6 orang

Citation preview

Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan Malaysia.Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.Beliau mengetuai Kabinet atau Jemaah Menteri. 3. PERDANA MENTERI 1 4. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJTempat Lahir : Alor Setar, KedahTarikh Lahir : 8 .2.1903Mendapat pendidikan di England .Menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1957-1970.Digelar Bapa Kemerdekaan 5. PERDANA MENTERI 2 6. TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEINTempat Lahir :Pulau Keladi, PahangTarikh Lahir : 11.3. 1922Mendapat pendidikan di Lincolns Inn, London.Menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1970-1976.Digelar Bapa Pembangunan Negara 7. PERDANA MENTERI 3 8. TUN HUSSEIN BIN ONNTempat Lahir : Johor Bahru, JohorTarikh Lahir : 1922Mendapat pendidikan di Lincolns Inn, England.Menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1976-1981.Digelar Bapa Perpaduan 9. PERDANA MENTERI 4 10. TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMADTempat Lahir : di Alor Setar, KedahTarikh Lahir : 20.12.1925Mendapat pendidikan di King Edward VII College of Medicine, SingapuraMenjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981-2003.Digelar Bapa Pemodenan Malaysia 11. PERDANA MENTERI 5 12. TUN ABDULLAH BIN AHMAD BADAWITempat Lahir : Kepala Batas, Pulau PinangTarikh Lahir : 26.11.1939Mendapat pendidikan di Universiti Malaya.Menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2003-2009. 13. PERDANA MENTERI 6 14. DATO SERI NAJIB BIN TUN RAZAKTempat Lahir : Kuala Lipis, PahangTarikh Lahir : 1953 diMendapat pendidikan di Universiti of Nottingham, England.Menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2009. 15. Menamakan anggota kabinet. Iaitu mencadangkan nama orang untuk memegang sesuatu jawatan. 16. Menasihati Yang di-Pertuan Agong. 17. Merancang danmenyelaraskan dasar kerajaan. 18. SUMBANGANPERDANA MENTERI DALAM MEMAJUKAN NEGARA KITA 19. Mentadbir denganadil dan berkesan 20. Meningkatkantaraf hidup rakyat 21. Membangunkanekonomi negara 22. Berusaha memupuk semangat perpaduan rakyat berbilang bangsa. Rakyat didahulukan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan Pencapaian diutamakan 23. ARAHAN AKTIVITI BERKUMPULAN 1 MURID-MURID DIBAHAGIKAN KEPADA 6 KUMPULAN. SETIAP KUMPULAN AKAN DIBERI SATU SAMPUL SURAT. KUMPULAN ANDA DIKEHENDAKI MELENGKAPKAN GAMBAR TEKA-TEKI BERKENAAN PERDANA MENTERI DAN TAMPALKAN DI ATAS KERTAS YANG DISEDIAKAN SERTA MENULISKAN NAMA PERDANA MENTERI TERSEBUT. MEMILIH 3 JAWAPAN YANG BETUL BERKENAAN DENGAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG PERDANA MENTERI DAN MENAMPALKANNYA DI LEMBARAN PETA MINDA YANG DISEDIAKAN. WAKIL KUMPULAN DIMINTA MEMBENTANGKAN HASIL KERJA KUMPULAN MASING-MASING. GAYA PEMBENTANGAN ADALAH MENGIKUT KREATIVITI MASING- MASING. 24. TUGAS DANTANGGUNGJAWABPERDANA MENTERI 25. Menamakan Menasihati anggota Yang di-Pertuan kabinet Agong Menjaga hal Sebagai Ketua ehwal dalamNegara Malaysia negeri Merancang dan menyelaraskan dasar kerajaan 26. Menamakan Menasihati anggota Yang di-Pertuan kabinet Agong TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PERDANA MENTERI Merancang dan menyelaraskan dasar kerajaan 27. RAHMANABDUL RAZAKHUSSEIN ONNMAHATHIRABDULLAHNAJIB 28. Sebagai warganegara Malaysia kita harusberbangga kerana mempunyai Perdana Menteriyang berjaya memimpin negara ke arah keamanan dan kemajuan.

PM ketua negara yang mengutamakan tadbir urus negara yang baik.

-PM sentiasa melakukan transformasi (GTP) pelbagai bidang untuk capaiWawasan 2020 dan negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020.

Isi1 Ketua Pentadbir Negara berfungsi mencorakkanhala tuju pembangunan negara.2 Dasar-dasar negara digubal untuk memajukanekonomi dan sosiopolitik negara.3 Mengetuai delegasi negara ke negara luaruntuk memperkenalkan negara kepada negaraasing.4 Ketua kepada sebuah parti politik yangmenang majoriti dalam pilihan raya.PenutupSebagai ketua pentadbir negara, Perdana Menteriboleh dikatakan orang kedua penting selepasYDPA. Ini kerana, jatuh bangun sesebuah negarabanyak bergantung kepada kebolehan PerdanaMenteri mengemudi dasar pemerintahan negara.

Sama seperti kerajaan Malaysia pada hari ini yang mana tugas mentadbir negara diamanahkan kepada Perdana Menteri yang dibantu oleh kabinet-kabinetnya. Bendahara Melaka serta Perdana Menteri memegang tanggungjawab yang sama dalam memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Jika pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bendahara dibantu oleh pembesar-pembesar lain iaitu pembesar berlapan, pembesar berenam belas dan bertiga puluh dua. Maka itu, perdana Menteri pada hari sebagai ketua Jemaah menteri dibantu oleh ahli-ahli Jemaah menteri lain dalam memastikan pentadbiran negara dapat bergerak seiring dengan pembangunan negara. Hal ini dapat dilihat melalui tugas Perdana Menteri yang menjadi ketua pentadbir utama negara dan pegawai diplomat utama negara. Sama seperti zaman kesultanan Melayu Melaka, teori pengasingan kuasa dilaksanakan untuk memastikan tidak wujudnya pemdominasian kuasa antara satu sama lain. Namun begitu, setiap pembesar sebagai jentera penggerak negara haruslah bergantung antara satu sama lain dalam mentadbir negara kerana badan-badan pentabir tersebut adalah berkaitan antara satu sama lain.

Keadaan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Malaysia dengan kerajaan Melayu Melaka pada zaman dahulu kongsi ciri-ciri yang sama jika dilihat secara kasarnya. Cuma yang membezakan di sini hanyalah cara pentadbiran dilaksanakan terutamanya dalam aspek kuasa Sultan yang berkuasa mutlak. Pada hari ini, kuasa mutlak raja telah dikurangkan dengan wujudnya hak-hak seperti hak manusia dan sebagai. Kesimpulannya, zaman Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi asas kepada pentabiran Malaysia sehingga ke hari ini. Dengan ini, rakyat turut memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan kerajaan kerana sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi, rakyat menjadi tonggak utama kekuatan kerajaan Melaka sehinggakan salah satu faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 turut disebabkan tiadanya perpaduan antara masyarakat yang mana majoriti masyarakat ketika itu telah hilang kepercayaan terhadap pemerintah negara sendiri.

Sungguhpun demikian, banyak perbezaan yang ketara dalam corak atau sistem pemerintahan masa kini dibandingkan dengan ketika era kesultanan Melayu Melaka. Selari dengan peredaran masa dan suasana pasca penjajahan, sistem pemerintahan di Malaysia adalah berkiblatkan sistem yang diamalkan di negara bekas penjajah iaitu Britain. Pada era Kesultanan Melayu Melaka dahulu, sistem pemerintahan monarki diaplikasikan yang mana memusatkan kuasa kepada sultan atau pemerintah secara mutlak. Sultan yang mempunyai kuasa kukuh dan kuat menyaksikan segala suruhan dan arahannya mesti dilaksanakan dan tidak boleh dipertikaikan dalam apa cara sekalipun. Undang-undang digubal bertujuan memandu pemerintahan, mengawal kehidupan masyarakat dan menggariskan hukuman terhadap kesalahan jenayah terhad kepada golongan diperintah semata-mata.

Melalui sistem pemerintahan monarki, sultan yang sedang memerintah berhak untuk melantik anaknya atau waris keluarganya yang disukai sebagai raja muda atau putera raja. Hal ini memberi keistimewaan kepada golongan pemerintah berkenaan yang mana kedudukan mereka terjamin dan tidak boleh disaingi oleh orang lain. Pembesar-pembesar lain yang menduduki istana juga dilantik oleh sultan. Kebanyakan mereka yang terpilih adalah yang mempunyai hubungan erat dengan sultan. Walaupun demikian, kelayakan dan akauntibiliti pembesar dijadikan kriteria utama untuk menduduki jawatan sebagai pembesar negeri.

Sistem pemerintahan hari ini pula bercorak demokrasi berparlimen. Demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua bentuk iaitu sistem Republik dan sistem Raja Berperlembagaan. Tetapi di Malaysia, sistem yang diamalkan ialah berbentuk Raja Berperlembagaan. Signifikannya ialah sistem tersebut dapat mengekalkan kedudukan sultan sebagai ketua negara yang menjadi lambang dan identiti masyarakat Melayu di Malaysia di samping lebih mirip kepada bentuk pemerintahan tradisional tempatan berbanding negara Republik. Tidak dinafikan bahawa perubahan terhadap kuasa raja yang lebih terhad, sistem giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong, dan rakyat diberi kuasa memilih kerajaan memerintah sedikit sebanyak telah mengubah sistem tradisional kepada sistem yang dibawa pihak penjajah.

Yang di-Pertuan Agong hanya berperanan sebagai ketua negara manakala peranan ketua kerajaan diberikan kepada Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet atau jemaah menteri. Perdana Menteri membentuk kerajaan Persekutuan melalui lebih suara di Dewan Rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya umum. Parti yang memperoleh 2/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat akan diberi mandat membentuk kerajaan. Hal ini kerana negara kita mengamalkan sistem first past the post sebagaimana yang diamalkan di Britain. Sistem ini memberi kuasa kepada parti yang berjaya memperoleh kerusi parlimen terbanyak sekurang-kurangnya majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Berbeza dengan satu kaedah lagi iaitu sistem perwakilan berkadaran atau proportional representation yang diamalkan di Amerika. Sistem ini memberikan kuasa memerintah kepada parti yang mencapai jumlah undi tertinggi secara keseluruhan. Atas sebab inilah pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat tidak berjawa menawan Putrajaya daripada parti Barisan Nasional yang memperoleh kerusi terbanyak di Dewan Rakyat sekalipun undi popular dimenangi Pakatan Rakyat sebanyak 50.87% undi berbanding Barisan Nasional hanya 47.38% undi (Mohd Hasbie Muda, 2013).

Para jemaah menteri pula dipilih oleh Perdana Menteri daripada kalangan ahli-ahli parlimen untuk memegang portfolio tertentu. Menteri-menteri kebinet berkenaan ditugaskan di kementeriannya berdasarkan bidang kuasa ditetapkan dan agensi-agensi di bawah kementerian itu ditubuhkan sebagai pelaksana dasar yang dibuat di peringkat kementerian. Sistem birokrasi ini diteruskan sehingga ke peringkat negeri, daerah atau jajahan, dan cawangan-cawangan kecil terus kepada rakyat.

Kesimpulannya, sistem pemerintahan monarki yang berpusatkan sultan memberikan keistimewaan kepada pemerintah secara total berbanding sistem demokrasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka yang menepati kehendak dan aspirasi mereka. Kedua-dua sistem mempunyai pro dan kontranya namun terpulang kepada kedua-dua golongan pemerintah dan rakyat untuk saling memainkan peranan masing-masing untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan progresif.

Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan tertinggi Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, iaitu Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih. Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).

Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari ahli-ahli UMNO sendiri mahupun ahli-ahli dari PAS, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya daripada etnik Tionghoa dan India Malaysia) daripada menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali menyakinkan rakyat, bahawa Perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seseorang Perdana Menteri daripada seorang bukan Bumiputera

DASAR KELUARGA NEGARA

Keluarga Negara (DKN)

DASAR Keluarga Negara (DKN) secara prinsipnya bertujuan menggesa semua pihak mengutamakan perspektif keluarga secara konsisten dalam setiap usaha perancangan pembangunan negara. Menerusi dasar ini, semua inisiatif yang mesra keluarga dan bersifat tersirat dapat diselaraskan demi kesejahteraan keluarga dan kestabilan sosial. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Datuk Aminah Abd Rahman, berkata setiap aspek pembangunan yang hendak dilaksanakan mesti mengambil kira kepentingan keluarga.

Contoh, jika dulu mungkin pemaju yang mahu membina pusat beli-belah tidak mengambil kira aspek keluarga tetapi sekarang mereka mesti ambil kira semua faktor itu. Mereka perlu sediakan semua keperluan kerana istilah keluarga termasuk orang tua, kanak-kanak, wanita dan orang kurang upaya (OKU). Dalam aspek pekerjaan, majikan perlu mengambil kira menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak, waktu kerja anjal, cuti kecemasan untuk menjaga anak sakit kerana ini semua merangkumi perspektif keluarga. DKN akan juga akan mendokong hasrat kerajaan menerusi pelengkap kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) menerusi Program 1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-10, katanya. Sekalipun DKN tidak terbabit secara langsung, DKN akan bertindak sebagai menyediakan sumber tenaga yang berperibadi mulia melalui pengukuhan keluarga, katanya. Sehubungan itu, untuk memastikan DKN dan pelan tindakannya diketahui ramai, LPPKN akan mengadakan jelajah seluruh negara. Mengikut perancangan 15 bual bicara diadakan bermula April hingga Disember 2011 yang membabitkan kerajaan negeri, agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat setempat. Bagi memastikan DKN berjalan lancar, dua jawatankuasa khas akan dicadangkan untuk ditubuhkan iaitu Majlis Penasihat Kesejahteraan Keluarga dan Jawatankuasa Teknikal DKN. LPPKN juga akan mengumpul maklumat mengenai inisiatif mesra keluarga di tempat kerja, sama ada sektor awam mahupun swasta.

INFO: DASAR KELUARGA NEGARA

PENYATAAN DASAR

Satu dasar untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio-ekonomi agar dapat melahirkan generasi berkualiti.

MATLAMAT DKN

Dasar Keluarga Negara bertujuan membangunkan keluarga yang sejahtera, sihat dan resilien untuk memastikan kestabilan sosial.

LAPAN PRINSIP DKN

1) Kekuatan Tersendiri (Inherent Strengths) 2) Memupuk & Menghayati Nilai-Nilai Murni 3) Kepelbagaian Struktur Keluarga 4) Tanggungjawab Bersama & Saksama 5) K-Keluarga (Keluarga Berilmu) 6) Dasar-dasar Mesra Keluarga 7) Hak Asasi Kemanusiaan dan Komitmen Majikan

HASIL

Dasar Keluarga Negara merupakan dasar utama yang memfokuskan kepada aspek kesejahteraan dan pembangunan keluarga.

Dasar ini juga memberi hala tuju kepada program dan perkhidmatan yang mesra keluarga demi pembangunan modal insan yang berperibadi mulia dan keluarga yang sejahtera.

TERAS STRATEGI PELAN TINDAKAN DKN

Teras Strategi 1: Meningkatkan komitmen dan penglibatan pelbagai pihak untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio-ekonomi.

Teras Strategi 2: Memastikan undang-undang, dasar, prosedur serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang mengutamakan perspektif keluarga.Teras Strategi 3: Menyedia dan memastikan program, perkhidmatan dan kemudahan mesra keluarga mudah diakses atau dicapai.