Upload
votu
View
312
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA JANUARI 2017
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
10 JANUARI 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hasnah binti
Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia dan Salam 1Kimia.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
4
sama dalam Majlis Perhimpunan
Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu
Pejabat bagi bulan Januari 2017 pada
pagi yang berbahagia ini, yang mana
ia juga merupakan perhimpunan
sulung kita pada tahun 2017 ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Pembangunan & Maklumat
Teknologi (PMT) & Pusat Latihan
Kimia Malaysia (PLKM) kerana
5
menyahut cabaran untuk menjadi
penganjur pertama majlis
perhimpunan pada tahun ini.
Walaupun bilangan pegawai dan
kakitangan kedua-dua bahagian ini
sedikit tetapi bak kata pepatah ‘kecil-
kecil cili api’. Alhamdulillah, semangat
dan usaha beginilah yang patut kita
contohi sempena azam baru, tahun
baru begini. Syabas kita ucapkan
kepada mereka.
6
3. Saya juga ingin mengambil peluang ini
untuk mengucapkan tahniah kepada
Tuan Haji Halmi bin Ahmad, Pengarah
Bahagian Industri & Klasifikasi Tarif
Dagangan (IKTD) dan Puan Zaiton
binti Ariffin, Pengarah Bahagian
Penyelidikan & Jaminan Kualiti (PJK)
yang telah disahkan jawatan ke Gred
Khas C (VK7). Diharap dengan gred
yang lebih tinggi ini akan juga
membawa tanggungjawab dan
komitmen yang lebih kepada
7
tuan/puan untuk meningkatkan
produktiviti dan keberhasilan Jabatan.
Hadirin sekalian,
[UCAPAN TAHUN BARU]
4. Tahun baru, azam baru dan
semestinya semangat baru. Rasanya
belum terlewat bagi saya
mengucapkan Selamat Tahun Baru
2017 kepada tuan-tuan dan puan-
puan semua. Tanpa disedari tahun
2016 telah meninggalkan kita. Saya
8
ingin mengambil kesempatan pagi ini
untuk merakamkan penghargaan dan
mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua warga KIMIA Malaysia
di Ibu Pejabat serta Cawangan di atas
sumbangan anda masing-masing
sepanjang tahun 2016 bagi
pencapaian prestasi dan kejayaan
Jabatan dan menjadikan tahun 2016
sungguh bermakna dalam sejarah
KIMIA Malaysia. Itu adalah secara
keseluruhan.
9
5. Namun, kita perlu tanya diri kita!
Secara peribadi, apakah yang telah
kita capai pada tahun lalu? Adakah
kerja dilakukan dengan penuh
komited? Adakah semua azam dan
datelines yang ditetapkan pada awal
tahun telah tercapai? Let us look
forward now! Tekadkan azam kita
semua untuk tahun ini dan susun
rancangan supaya ia menjadi
kenyataan. Bagi peringkat individu,
kita perlu terus bersikap positif dan
sedia bekerjasama dalam apa jua
10
keadaan. Bagi peringkat KIMIA
Malaysia pula, sebagai warganya kita
perlu sentiasa bersikap proaktif untuk
memastikan penambahbaikan
berterusan menjadi agenda utama
dalam memastikan perkhidmatan
analisis yang diberikan kepada
pelanggan sentiasa relevan dan
memenuhi kehendak mereka.
11
[PRESTASI 2016]
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,
6. Untuk maju kehadapan, kita perlu
mengkaji sejarah dengan mempelajari
daripada kelemahan-kelemahan serta
pencapaian-pencapaian kita. Marilah
kita lihat sebentar masa lalu, supaya
kita dapat maju kehadapan dengan
lebih cemerlang lagi sebagai sebuah
organisasi yang dinamik, profesional,
berdedikasi, berintegriti, akauntabiliti,
berkualiti, produkttif, inovatif dan
mengamalkan komunikasi berkesan.
12
7. Sistem Pengurusan Kualiti: Saya ingin
membawa anda semua untuk
merenung kembali beberapa
pencapaian kita pada tahun lalu. Pada
tahun 2016, KIMIA Malaysia terus
memantapkan lagi kecemerlangan
Sistem Pengurusan Kualiti Organisasi
dengan mengekalkan akreditasi MS
ISO 9001:2008, menambah skop
akreditasi MS ISO:IEC 17025:2005
sebanyak 44 kaedah ujian serta
meneruskan pengiktirafan American
Society of Crime Laboratory Directors
13
/ Laboratory Accreditation Board
(ASCLD/LAB) International bagi 10
makmal iaitu Ibu Pejabat, Pulau
Pinang, Bintulu, Johor, Pahang,
Perak, Melaka, Terengganu, Kuching
dan Sabah.
8. Kejayaan Jabatan untuk mengekalkan
pensijilan dan akreditasi dalam
standard antarabangsa telah banyak
meningkatkan imej Jabatan dan
negara Malaysia di mata dunia.
Tahniah kita ucapkan kepada semua
14
pegawai yang bertungkus-lumus
memastikan standard kita sentiasa
mematuhi ISO 9001, ISO IEC 17025
dan ASCLD/LAB.
9. MS ISO 27001:2013 : Selaras dengan
Memorandum Jemaah Menteri pada
24 Februari 2010, Jabatan Kimia
Malaysia sebagai salah satu agensi
Critical National Information
Infrastructure (CNII) telah
memperolehi pensijilan MS ISO
27001:2013 pada 19 Februari 2016 di
15
mana skop pensijilan ialah
“Pengurusan Sistem Keselamatan
Maklumat (ISMS) merangkumi
pengoperasian Sistem Pengurusan
Informasi Makmal (SPIM) di Jabatan
Kimia Malaysia” di mana lokasi
pensijilan melibatkan Ibu Pejabat,
Petaling Jaya serta makmal JKMC
Melaka, Perak dan Kuching.
Sementara bagi makmal-makmal
JKMC yang lain, telah dimasukkan
sebagai lokasi pensijilan semasa
Surveillance Audit yang telah
16
dijalankan pada 2 dan 3 November
2016.
10. Piagam Pelanggan: Peratus laporan
yang dikeluarkan dalam tempoh masa
yang dijanjikan dalam Piagam
Pelanggan tahun 2016 adalah 96.5%.
Ianya meningkat berbanding tahun
2015 dengan pencapaian 96.0%.
11. Program Promosi Sains & Teknologi
yang telah dijalankan sepanjang tahun
2016 adalah sebanyak 135 program
17
dan mendapat sambutan yang
menggalakan dengan bilangan orang
ramai yang mendapat impak adalah
sebanyak 25,498 orang.
12. Prestasi kewangan:
Jumlah Peruntukan
Perbelanjaan % Perbelanjaan
Mengurus
RM102,360,200
RM101,004,581
98.67%
Pembangunan RM32,118,300.00
(RM18,165,000.00 adalah perolehan
peralatan)
RM31,740,908.60
(RM18,119,197.34 adalah perolehan
peralatan)
98.82%
(99.75%)
Hasil RM 3,235,502.23
(peningkatan sebanyak 11.4%
berbanding 2015)
18
13. Pemangkuan (melibatkan 129 orang):
C54-VK7 (2 orang)
C52-C54 (4 orang)
C48-C52 (5 orang)
C41-C44 (2 orang)
C41-Fleksi C41/C44 (71 orang)
C29-C32 (5 orang)
C22-C26 (10 orang)
C19-C22 (26 orang)
KP11-KP14 (1 orang)
N11-N14 (3 orang)
19
14. Kenaikan Pangkat (melibatkan 147
orang):
VU7-VU6 (1 orang)
C54-VK7 (3 orang)
C52-C54 (1 orang)
C48-C52 (25 orang)
C41-C44 (84 orang)
C41-Fleksi C41/C44 (12 orang)
C29-C32 (4 orang)
C22-C26 (9 orang)
C19-C22 (8 orang)
20
15. Time-Based Berasaskan
Kecemerlangan (TBK) (melibatkan 18
orang):
C29-C32 (10 orang)
N19-N22 (2 orang)
W19-W22 (4 orang)
R3-R6 (1 orang)
N1-N4 (1 orang)
16. Pemangkuan 3 Januari 2017:
C44-C48 (10 orang)
21
17. Besar harapan saya agar usaha
jabatan untuk kenaikan pangkat ini
dapat memberikan motivasi kepada
semua untuk berusaha dengan lebih
gigih dan berdedikasi di masa
hadapan.
Hadirin sekalian,
[SUCCESS STORIES 2016]
18. Saya juga ingin mengimbas kembali
kecemerlangan atau ”Success Stories”
bagi Jabatan Kimia Malaysia
sepanjang 2016 lepas. Antaranya:
22
Tarikh
Perkara
Kes Perhatian Awam
Januari Kes Tertukar Bayi
Pada awal tahun lepas, negara
telah dikejutkan dengan kes
bayi tertukar yang berlaku di
Jitra, Kedah.
Saya merasa bangga kerana
Jabatan Kimia Malaysia,
Cawangan Pulau Pinang telah
mengeluarkan laporan ujian
DNA dengan kadar segera bagi
membantu pihak yang terlibat
bagi merungkai kes kejadian
bayi tertukar tersebut. Tahniah!
23
4 Mac Kes Keracunan Makanan : Perak
Jabatan Kimia Malaysia telah
membantu pihak berkuasa
Kementerian Kesihatan
Malaysia menyelesaikan kes
keracuan makanan. Kes ini
berlaku di Batu Gajah, Perak di
mana seramai 37 orang awam,
pekerja kilang telah dimasukkan
ke hospital kerana keracunan
makanan yang dicemari racun
Methomyl, sejenis racun
serangga dari kumpulan
Carbamate.
JKMC Perak telah membuka
operasi pada hari Sabtu dan
Ahad untuk mengenalpasti
24
punca kes keracunan ini. Hasil
kesungguhan kakitangan
makmal Toksikologi dan Pusat
Pestisid Kimia Perak, Methomyl
dapat dikesan dalam beberapa
sampel yang diterima.
Saya ingin mengucapkan
tahniah & terima kasih kepada
Pengarah serta semua warga
Kimia Perak yang terlibat dalam
kes ini atas usaha gigih mereka
dapat menyelesaikan kes ini
dengan segera.
Mei Kes Helikopter VIP Terhempas :
Kuching
Saya yakin anda semua masih
ingat kes helikopter VIP
25
terhempas di Sungai Batang
Lupar di Sebuyau, Sarawak
yang berlaku pada bulan Mei
2016 yang lalu. Kes ini amat
mengejutkan dan mendapat
perhatian ramai serta berlaku
pada masa kempen pilihanraya
umum negeri Sarawak.
Jabatan Kimia Malaysia,
Cawangan Kuching telah
membantu pihak berkuasa
dalam analisis pengenalpastian
mangsa yang terlibat melalui
perkhidmatan analisis DNA.
Tahniah JKMC Kuching atas
kerja keras untuk
menyelesaikan kes tersebut.
26
Okt Kes Tertukar Mayat : Pulau
Pinang
Seperti semua sedia maklum,
pada bulan Oktober 2016, suatu
kes hangat mengenai
pertukaran mayat yang tidak
disengajakan telah berlaku di
Pulau Pinang.
Ternyata slogan “Kami
Sebahagian Daripada Hidup
Anda” amat tepat sekali.
Perkhidmatan analisis DNA
Forensik yang dijalankan oleh
JKMC Pulau Pinang telah
berjaya membantu pihak
keluarga yang terlibat dalam
pengenalpastian identiti bagi
27
merungkai kes pertukaran
tersebut.
Syabas buat semua warga
JKMC Pulau Pinang yang
terlibat.
ANUGERAH MAKMAL
22 Mac Sijil ISMS
Jabatan Kimia Malaysia telah
menerima sijil penghargaan
pada Majlis Penghargaan Cyber
Security Malaysia Tahun 2015.
Jabatan Kimia Malaysia telah
dianugerahkan sijil
penghargaan 'Information
Security Management System'.
Tahniah dan syabas kepada
Pengarah Bahagian PMT,
28
warga Unit IT serta cawangan
Kimia yang terlibat iaitu JKMC
Melaka, Perak dan Kuching atas
penganugerahan tersebut.
Ogos MSOSH Occupational Safety &
Health Award 2015
Jabatan Kimia Malaysia telah
dianugerahkan GOLD CLASS I
AWARD bagi kategori Sektor
Awam dan Badan-badan
Berkanun. Gold Class I Award
merupakan anugerah yang
diberikan kepada organisasi
yang telah menunjukkan
prestasi pengurusan OSH yang
sangat cemerlang / Very Good
OSH Performance. Anugerah
29
ini amat bermakna bagi Jabatan
Kimia Malaysia yang telah
mendapat persijilan OHSAS
semenjak tahun 2001. Jabatan
Kimia Malaysia merupakan
agensi kerajaan yang pertama
menyertai anugerah ini dan
yang lebih membanggakan
ianya merupakan agensi
kerajaan pertama memenangi
anugerah yang berprestij ini.
Tahniah dan syabas sekali lagi
diucapkan atas kejayaan ini.
Saya juga ingin merakamkan
berbanyak terima kasih kepada
semua warga Kimia Ibu Pejabat
terutamanya Bahagian IKTD
30
yang telah terlibat secara
langsung dalam persediaan
audit untuk tujuan
documentation audit dan
verification site audit.
Dengan kejayaan ini, saya
menyeru agar semua warga
kimia terus membudayakan
amalan kerja selamat dan sihat
di tempat kerja. Pihak
pengurusan Jabatan Kimia
Malaysia amat komited bagi
mempertingkatkan keperluan
dan kemudahan OSH di
Jabatan ini.
2 Dis Fellow IKM & IKM Laboratory
Excellence Award
31
Saya ingin mengucapkan
tahniah kepada JKMC
Terengganu yang telah berjaya
menerima “IKM Laboratory
Excellence Award” pada majlis
Malam Kimia IKM 2016 yang
lepas.
Pada majlis tersebut juga, saya
telah menerima perlantikan
sebagai ‘Fellow’ Institut Kimia
Malaysia.
PENGANJURAN PROGRAM
KEBANGSAAN
1-2
Nov
Seminar Kesedaran GMO
Kebangsaan
Unit GMO Jabatan Kimia
Malaysia bersama MOSTI
32
dengan kerjasama Majlis
Bioetika Negara telah
menganjurkan Seminar
Kesedaran GMO Kebangsaan
pada 1-2 November 2016 di
Hotel Armada Petaling Jaya.
Seramai lebih kurang 120 orang
peserta daripada pelbagai
agensi kerajaan, sector swasta
dan orang awam menghadiri
seminar ini.
Tahniah warga Unit GMO.
PROGRAM KESEDARAN STEM
29-30
Julai
Agensi Peneraju bagi Program
Creativity & Science4U, Johor
Pada 29 – 30 Julai lepas
Karnival Creativity & Science 4U
33
telah diadakan di Kluang Mall,
Kluang, Johor. Program ini
merupakan program anjuran
MOSTI namun, Jabatan Kimia
Malaysia, Cawangan Johor
telah dilantik menjadi agensi
peneraju bagi menjayakan
karnival ini.
Karnival ini dianjurkan bagi
merangsang kreativiti dan
meningkatkan minat pelajar
dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik
(STEM).
Terima kasih dan syabas
kepada warga Kimia Johor serta
beberapa pegawai dari Ibu
34
Pejabat kerana berusaha
dengan gigih dan cemerlang
untuk kelancaran program
tersebut. Tahniah!
7-8 Okt Kimia ke Desa, Kampung Alor
Limbat, Marang, Terengganu
Program Kimia Ke Desa
Terengganu telah diadakan di
Kampung Alor Limbat, Marang,
Terengganu pada 7 & 8
Oktober. Program ini dirasmi &
diserikan dengan kehadiran YB
Datuk Dr. Abu Bakar bin
Mohamad Diah (Timbalan
Menteri MOSTI).
Tahniah buat warga Kimia
Terengganu serta beberapa
35
pegawai daripada Ibu Pejabat
yang telah menjayakan program
yang gilang gemilang ini.
CSR
18 Feb Program Lawatan Amal : Melaka
Saya turut ingin mengimbas
berkaitan program CSR yang
telah dijalankan sepanjang
tahun lepas. Antaranya pada 18
Februari tahun lalu, Kelab Kimia
JKMC Melaka telah
mengadakan program lawatan
amal kebajikan ke Rumah Anak
Yatim Islam Daerah Jasin,
Melaka.
Dalam kesibukan kita dengan
kerja di makmal, kita tidak
36
seharusnya lupa untuk
membantu mereka yang
memerlukan.
Tahniah Kelab Kimia Melaka.
5 April Progarm CSR Unit OSH-MARA
Unit OSH Jabatan Kimia
Malaysia dengan kerjasama
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
telah menganjurkan Program
Tanggungjawab Sosial Korporat
(CSR) mengenai Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan di
Sekolah.
Program ini telah diadakan di
Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM) Kuala Kubu Bharu,
Selangor yang telah dihadiri
37
oleh Pegawai Bahagian
Pemantauan dan Inspektorat
MARA Ibu Pejabat, Ketua
Pelajar MRSM, Guru, Pembantu
Makmal sekolah MRSM &
pensyarah institut latihan di
bawah kendalian MARA.
Fokus program adalah memberi
pendedahan maklumat tentang
keselamatan & kesihatan
penggunaan bahan kimia yang
terdapat di sekolah,
penggunaan & pemakaian PPE
dengan betul & juga
pemeriksaan terhadap kebuk
wasap yang telah dijalankan
oleh juruteknik higien Jabatan.
38
Tahniah Unit OSH.
12 Jun Program Singgah Sahur
Kelab Sukan & Kebajikan, JKM
Ibu Pejabat turut mengadakan
program CSR pada tahun lepas.
Program Singgah Sahur telah
dilangsungkan di Rumah
Kebajikan Anak Yatim & Miskin
Baitu Saidati Khadijah, Gombak.
Syabas dan terima kasih saya
ucapkan kepada semua yang
terlibat dan memberikan
sumbangan bagi melancarkan
program ini.
5 Nov Program Lawatan Amal
Program Lawatan Amal ke
39
Pertubuhan Darul Wardah
Selangor oleh Puspanita MOSTI
& Biro Kebajikan, Puspanita
KIMIA.
Syabas dan terima kasih
diucapkan kepada semua yang
terlibat serta memberikan
sumbangan bagi melancarkan
program ini.
AJK PROGRAM MOSTI
2016 Sepanjang tahun 2016, Jabatan
Kimia Malaysia telah berulang kali
dipertanggungjawabkan untuk
bertindak sebagai AJK Sambutan
& Protokol bagi pelbagi program /
majlis anjuran MOSTI. Ini
menunjukkan pasukan Protokol
40
Kimia telah diiktiraf dan mendapat
kepercayaan pihak luar. Antara
majlis tersebut adalah:
SCAR MOSTI 2016:
Majlis Jasamu Dikenang
MCY 2016
Syabas diucapkan kepada semua
yang terlibat.
LAIN-LAIN
28 Jun Johan Pertandingan Nasyid
Pasukan Nasyid Kimia telah
berjaya merangkul gelaran
Johan bagi Pertandingan
Nasyid & Marhaban MOSTI
2016 sempena Majlis Semarak
Kasih Ukhuwah Ramadan.
41
Saya lihat semangat juang dan
berpasukan kumpulan sangat
membanggakan. Walau diberi
masa yang singkat namun
pasukan Kimia berjaya menjadi
juara. Saya secara peribadi
amat bangga dengan anda
semua. Tahniah!
1 Okt Kejohanan Piala KP KIMIA
Karnival Sukan Kimia 2016
telah diadakan pada 1 Oktober
2016 di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Kuantan, Pahang. Tuan rumah
karnival sukan ini adalah JKMC
Pahang.
Tahniah diucapkan kepada para
42
pemenang dan sekalung
penghargaan jua diucapkan
kepada tuan rumah iaitu JKMC
Pahang serta para urusetia
yang bertungkus lumus
menjayakan karnival sukan ini.
6
Januari
2017
Puspanita
Puspanita KIMIA telah
menerima Anugerah Puspanita
Paling Aktif 2016 bersempena
Mesyuarat Agung Puspanita
MOSTI ke-34.
Syabas Puspanita KIMIA.
Semoga lebih cemerlang di
masa hadapan.
43
19. Diharap pada tahun 2017 ini, Kimia
akan lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang dari segala segi. Mari kita
sama-sama berusaha dengan lebih
gigih ke arah #KIMIABOLEH
#KIMIACEMERLANG.
Hadirin sekalian,
[PERSARAAN]
20. Untuk makluman semua, warga Kimia
berikut akan bersara pada bulan
Januari 2017 ini:
44
Puan Stella Theresa A/P S.
Arokiam (Penolong Pegawai Sains,
Gred C38, Bahagian PJK) pada 2
Januari
Puan Che Sam Binti Mohamad
(Pembantu Makmal, Gred C26,
JKMC Pahang) pada 3 Januari
21. Terima kasih atas jasa bakti dan
sumbangan tuan/puan pada Jabatan
Kimia Malaysia selama ini.
45
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
PENUTUP
22. Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya
ingin mengucapkan selamat panjang
umur dan murah rezeki kepada warga
KIMIA yang menyambut ulangtahun
kelahiran pada bulan Januari ini.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.