Upload
others
View
20
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 1
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pendahuluan
Dunia menyaksikan penularan tragik jangkitan penyakit COVID-19 yang berakar
umbi daripada virus SARS-CoV-2 telah meragut hampir 200,00 nyawa sehingga 26
April 2020. Penularan wabak COVID-19 yang bermula dari Negara China kini tular
hampir ke seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali dalam polemik ini. Sehingga 3
Mei 2020, terdapat 122 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah
keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,298 kes.
Kerajaan tanpa berlengah telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang mana langkah ini amatlah relevan dalam usaha memutuskan rantaian wabak
tersebut daripada terus menular dalam kalangan rakyat Malaysia. Selepas hampir 2
bulan PKP dilaksanakan, perintah ini dilonggarkan kepada Perintah Kawalan
Berkurung Bersyarat (PKPB). Tidak dinafikan pelaksanaan PKPB yang bermula 4
Mei lalu menyaksikan sebahagian besar sektor ekonomi dibenarkan beroperasi,
namun ini tidak bermakna masyarakat boleh kembali kepada kehidupan sebelum
PKP dilaksanakan.
Pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah disediakan oleh KKM bagi
memastikan kelonggaran yang diberikan bukanlah penyebab kepada penularan
kembali aktif. Setiap individu bertanggungjawab untuk mematuhinya terutama
majikan, pekerja serta orang ramai. Antara yang telah digariskan adalah kewajipan
memakai topeng muka, penjarakan sosial dan banyak lagi. Hal ini secara tidak
langsung mendidik masyarakat kepada normal baharu yang perlu diamalkan dalam
usaha memerangi virus tersebut.
Selain itu, masyarakat juga perlu memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat
yang sebenar. Amalan gaya hidup sihat juga sepatutnya dijadikan normal baharu
dalam kehidupan bagi melahirkan insan yang sihat fizikal, mental, rohani dan
jasmani. Hal ini kerana, pesakit yang mempunyai penyakit kronik kencing manis,
penyakit buah pinggang dan penyakit jantung lebih berisiko mendapat jangkitan
virus disebabkan tahap imunisasi badan yang lemah. Kesemua penyakit tersebut
adalah disebabkan ketidakcaknaan terhadap gaya hidup sihat. Oleh itu, amat
mustahak bagi setiap individu mengamalkan gaya hidup sihat dari awal bagi
memastikan kesihatan terjamin sepanjang masa sama ada ketika dunia diserang
virus mahupun tidak.
PKPB: Latih Masyarakat Jalani Normal Baharu
PKPB yang diumumkan oleh Kerajaan menggunakan pendekatan seluruh lapisan
masyarakat, atau whole of society approach. Pendekatan ini bagi memastikan
pembukaan semula sektor ekonomi negara dapat dijalankan dengan lancar dan
selamat. Hal ini bertujuan untuk memastikan PKPB yang dilaksanakan mampu
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 2
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
menyeimbangi antara keperluan untuk aktiviti ekonomi berfungsi dan keperluan
untuk membendung penularan COVID-19.
Oleh itu, Kerajaan menggariskan beberapa SOP untuk diamalkan dan dijadikan
normal baharu dalam pengendalian perniagaan dan kehidupan seharian. Normal
baharu ini merangkumi beberapa perkara, antaranya ialah;
1. Mengamalkan langkah-langkah kesihatan dengan pengamalkan penjarakan
sosial dalam semua keadaan termasuk di restoran-restoran dan sentiasa
memakai topeng muka.
2. Menggalakkan amalan kebersihan setiap masa dengan kerap menggunakan
cecair nyah kuman (hand sanitiser) dan setiap premis perlu menyediakan
kemudahan tersebut.
3. Mengamalkan amalan-amalan pencegahan penyakit dengan memastikan
pemeriksaan suhu badan kepada semua pekerja dilakukan setiap hari.
4. Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan termasuk rumah terbuka serta
kenduri kendara
Justeru, setiap individu berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan
keselamatan diri, keluarga dan komuniti setempat terjamin dengan sentiasa
mengamalkan SOP tersebut. Disamping itu juga, masyarakat sewajarnya
menjadikan gaya hidup sihat sebagai salah satu normal baharu bukan sahaja untuk
membina sistem imun badan yang kuat malah bagi memastikan tahap kesihatan
sentiasa pada tahap yang terbaik.
Cara Hidup yang Sihat
Amalan gaya hidup yang sihat semakin ditinggalkan menyebabkan tahap kesihatan
rakyat Malaysia berada pada paras yang membimbangkan. Punca utama adalah
amalan pemakanan yang tidak sihat, kurang aktiviti fizikal, mengalami tekanan
perasaan dan sebagainya. Punca ini dapat dielakkan jika individu mempunyai
pengetahuan yang mencukupi terutamanya berhubung pencegahan penyakit serta
faktor risikonya.
Peningkatan amalan gaya hidup sihat
merupakan salah satu objektif strategik yang
digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia
di dalam Pelan Strategik 2016-2020. Hal ini
kerana, peningkatan kadar penyakit berkait
rapat dengan gaya hidup masyarakat. Oleh
itu, masyarakat sewajarnya memberi
perhatian kursus kepada gaya hidup sihat
demi memastikan keberlangsungan hidup Rajah 1 : Cara Hidup Sihat yang disarankan oleh Institut Kanser Negara (Sumber IKN, 2017).
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 3
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
terjamin. Hasilnya, rakyat yang sihat tubuh badan, fizikal dan mental pasti dapat
memberi sumbangan kepada negara dari pelbagai aspek sama ada tenaga
mahupun idea.
Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dalam mengamalkan gaya
hidup sihat yang sebenar. Antaranya adalah;
1. Aspek Pemakanan
Amalan penyediaan makanan di rumah sekiranya dilakukan mengikut cara yang
sihat akan memberi faedah dan manfaat pada tubuh. Hal ini kerana, peluang
memasak di rumah adalah kuasa autonomi yang membenarkan setiap jenis ramuan
dipilih serta disukat secara sihat dan berkhasiat. Hasilnya makan di rumah adalah
jauh lebih sihat berbanding makan di kedai.
Namun, apa yang membimbangkan, rata-rata masyarakat Malaysia amat mudah
terpengaruh dengan resepi „viral‟ yang tular di media sosial seperti „Dalgona Coffee‟,
„Corn Dog‟, „Oden‟, „Keropok Lekor
Maggi‟ dan lain-lain lagi. Perkara ini
tidak sewajarnya dijadikan normal
baharu kerana implikasi negatif seperti
obesiti akan semakin meruncing. Hal
ini kerana, ramai yang tidak menyedari
bahawa obesiti adalah ibu kepada
segala penyakit berjangkit (NCD) atau
lebih dikenali sebagai tiga serangkai,
terdiri daripada hipertensi, diabetes,
dan jantung.
Oleh itu, masyarakat sewajarnya
mengamalkan pemakanan yang sihat
dengan mengikuti saranan yang
digariskan oleh KKM. Cara pemakanan
sihat yang disarankan oleh KKM adalah mengikut Piramid Makanan Malaysia.
Piramid ini mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada
empat (4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga
menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap
kumpulan makanan. (Seperti dalam rajah 2)
Aspek Pemakanan
Aspek Kesihatan
Fizikal
Aspek Kesejahteraan
Keagamaan
Aspek Kesihatan
Mental
Rajah 2 : Piramid Makanan yang disarankan
oleh KKM (Sumber KKM, 2010).
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 4
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Pakar pemakanan mencadangkan 40% adalah makanan berunsurkan karbohidrat,
30% protein dan 30% lemak baik. Manakala berdasarkan Panduan Diet Malaysia
keperluan harian bagi wanita dewasa yang sedentari (tidak aktif) adalah 1500 kalori
sehari, manakala keperluan harian bagi lelaki dewasa yang sedentari adalah 2000
kalori.
2. Aspek Kesihatan Fizikal
Aspek kesihatan fizikal antara kunci terpenting bagi memastikan tubuh badan
sentiasa sihat. Hal ini kerana, tanpa penjagaan fizikal yang rapi, besar kemungkinan,
masalah obesiti dalam kalangan masyarakat Malaysia akan terus meruncing. Segala
kuncinya adalah bersenam selalu, “dua puluh minit setiap sesi, dalam seminggu
hanya tiga kali”. Mulakan aktiviti bersenam dengan ringkas tetapi mudah agar ia
mampu dilakukan secara berterusan.
Contohnya, apa yang berlaku di Jepun, Perintah Berkurung yang dilaksanakan tidak
menghalang penduduknya mencari alternatif bagi menjaga kesihatan dengan
melayari video seperti “Human Taiso” di Youtube, mereka melakukan senaman
ringkas di kediaman masing-masing. Kaedah ini terbukti mampu melancarkan
peredaran darah dan boleh menguatkan otot kaki dan belakang. Apa yang penting,
senaman yang berterusan mampu membakar kalori sekaligus masalah obesiti
mampu dicegah.
Oleh itu, kelonggaran yang diberikan sepanjang tempoh PKPB untuk bersukan diluar
rumah sewajarnya digunakan sebaik mungkin malah aktiviti beriadah dan bersenam
juga seharusnya dimulakan walaupun hanya di kediaman masing-masing. Apa yang
penting senaman tersebut haruslah berterusan walaupun ia nya ringkas.
3. Aspek Kesejahteraan Keagamaan
Gaya hidup sihat bukan sahaja bergantung kepada pemakanan semata-mata.
Makanan kerohanian juga amat diperlukan bagi melahirkan sebuah keluarga yang
bahagia dan harmoni. Namun begitu, sepanjang PKPB dijalankan, semua aktiviti
keagamaan terpaksa dibatalkan. Ini bermakna pembangunan keagamaan hanya
bergantung kepada isi rumah semata-mata. Tiada lagi kelas KAFA, kelas fardhu ain,
kelas tilawah dan sebagainya. Oleh itu, amat penting kepada setiap individu isi
rumah sama ada ibu bapa mahupun anak-anak untuk sentiasa bekerjasama
menghidupkan roh kerohanian.
Selain itu, umat Islam khususnya juga akan mengalami perubahan yang besar
dalam menyambut bulan Ramadan. Keseronokan tarawih beramai-ramai, iftar
berjemaah, kelas tadarus serta kuliah-kuliah di seluruh negara tidak lagi diteruskan.
Masyarakat akan terus menjalani normal baharu dalam beribadah. Solat di
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 5
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
kediaman masing-masing, tadarus dan segala amal ibadah tidak lagi dihidupkan
oleh institusi ibadah seperti masjid-masjid serta kelas-kelas pengajian agama.
Oleh itu, kita seharusnya mengambil peluang PKPB sebagai waktu untuk menjalani
ibadah bersama-sama keluarga sekaligus merapatkan hubungan ahli keluarga
dengan solat berjemaah, berbuka beramai-ramai, menghadiri kelas-kelas agama
secara atas talian dan sebagainya. Amalan yang berterusan sepanjang sebulan
beramal bersama-sama mampu melahirkan impak positif bukan hanya pada bulan
tersebut malah selepas PKPB ditamatkan juga tidak mustahil diteruskan lagi.
Perkara ini secara tidak langsung meningkatkan kesejahteraan rohani dalam ruang
legar sesebuah keluarga sekaligus mampu melahirkan insan yang bukan sahaja
sihat fizikal dan mental malah sihat jasmani dan rohani.
4. Aspek Kesihatan Mental
Kesihatan mental adalah salah satu aspek penting dalam menjalani gaya hidup sihat
yang sebenar. Gangguan mental tidak dapat dinafikan boleh berlaku kepada setiap
individu terutama golongan berpendapatan rendah dan juga ibu bapa di awal
perkahwinan. Hal ini kerana, menyesuaikan diri untuk menyeimbangi urusan kerja
terutama yang bekerja dari rumah dan sepenuh masa bersama anak-anak perkara
yang tidak mudah. Perunding Psikiatri Sunway Medical Centre Velocity, Dr Lim Wai
Jenn berkata, setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi
tekanan hingga menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan.
Cara yang terbaik untuk kekal tenang dan berfokus adalah dengan mengekalkan
rutin yang sama seperti bersenam, makan, membaca buku dan tidur. Masyarakat
juga sewajarnya mempelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan, keresahan dan
berfikir secara berterusan sehingga menyebabkan kebimbangan berlaku. Disamping
itu, kita juga perlu memperkukuhkan hubungan sosial dengan ahli keluarga dan
rakan-rakan bagi mengurangkan tekanan sekaligus mampu meningkatkan tahap
kesihatan mental.
Kesimpulan
Pengamalan gaya hidup sihat bukan sahaja berfokus kepada pemakanan yang
sihat, malah kesihatan fizikal, mental dan rohani juga wajar diberikan penekanan.
Semua pihak sama ada masyarakat ataupun Kerajaan sepatutnya menggembleng
tenaga dalam membina gaya hidup sihat sepanjang masa bagi melahirkan individu
yang sihat zahir dan batin. Ini amat penting kepada pembangunan sesebuah negara.
Masyarakat yang sihat mental, fizikal serta seimbang jasmani dan rohani akan
mampu menyumbang kepada negara dari segala aspek sama ada tenaga mahupun
idea. Semuanya terserah kepada individu tersebut selain insentif yang dijalankan
oleh Kerajaan setelah berkurun lamanya.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat: Latih Masyarakat Jalani Gaya Hidup Sihat | 6
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
SENARAI RUJUKAN
20,000 Mati Akibat Rokok Setiap Tahun. (23 November, 2019). Didapatkan dari Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/631169/20000-mati-akibat-rokok-setiap-
tahun
Bahaya Rokok. (2017). Didapatkan dari Portal KKM: https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-
semasa/43-bahaya-merokok
Bersikap Terbuka Positif Atasi Demam Terperuk. (31 Mac, 2020). Didapatkan dari Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/671231/bersikap-terbuka-positif-atasi-demam-
terperuk
Covid-19 Peluang Untuk Berhenti Merokok. (27 Mac, 2020). Didapatkan dari Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/75789/KHAS/Pendapat/Covid-19-Peluang-untuk-
berhenti-merokok
Covid-19 Peluang Untuk Berhenti Merokok. (27 Mac, 2020). Didapatkan dari Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/75789/KHAS/Pendapat/Covid-19-Peluang-untuk-
berhenti-merokok
Covid-19 Waspada Obesiti Kerana Resepi Viral Ketika PKP. (9 Februari, 2020). Didapatkan dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/675082/covid-19-waspada-obesiti-
kerana-resepi-viral-ketika-pkp
Kanak-kanak Pinggiran. (2018). In U. Malaysia. https://www.unicef.org/malaysia/reports/kanak-kanak-
pinggiran.
Obesiti Masalah Besar Malaysia. (23 Januari, 2018). Didapatkan dari Berita Harian:
http://www.imedik.org/obesiti-masalah-besar-malaysia/
Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat. (2020). In Booklet Prihatin.
https://www.treasury.gov.my/pdf/Booklet-PRIHATIN-BM.pdf.
Panduan Penyediaan Makanan Sihat Semasa Mesyuarat. (2011). In B. P. KKM.
http://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d76354f8f2.pd.
Pelan Strategik KKM 2016-2020. (2016). In B. P. KKM.
http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Pelan%20Strategik%20/2016-
2020/Pelan_Strategik_KKM.pdf.
Resepi Viral Terbaik. (April, 2020). Didapatkan dari Facebook:
https://www.facebook.com/resepiviralterbaik/
Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia Terbaik Di Dunia. (11 Februari, 2014). Didapatkan dari
Astroawani: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sistem-penjagaan-kesihatan-
malaysia-ketiga-terbaik-di-dunia-29895