Upload
truongtruc
View
226
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERJUMPAAN
BERSEMUKA PERTAMA
Pengenalan
Maklumat kursus
Ringkasan unit-unit modul
Rujukan
Pembahagian markah kerja kursus
Tugasan
Ujian
MAKLUMAT KURSUS
• Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Jabatan
• Teknologi Maklumat, Globalisasi dan Kualiti Hidup
Nama Kursus
• FEM3203 Kod Kursus
• 3 (3+0) Kredit
• Dr. Syuhaily Osman
• 03-89467109 / 012-3838745
Pensyarah
HASIL PEMBELAJARAN
menerangkan konsep,
indikator dan pengukuran kualiti hidup
(C2)
menghubung kait teknologi maklumat dan globalisasi (C4,
A3, CS)
menganalisis impak teknologi maklumat dan globalisasi ke atas kualiti
hidup (C4, P2, CTPS)
Pelajar dapat:
Kursus ini mencakupi konsep, indikator dan pengukuran kualiti
hidup. Faktor yang mempengaruhi kualiti hidup, pengaruh dan impak
teknologi dan globalisasi ke atas kualiti hidup kumpulan miskin, wanita dan golongan istimewa
serta impak jurang digital kepada individu, keluarga, dan masyarakat
turut dibincangkan.
Sinopsis
RINGKASAN UNIT-UNIT MODUL
Unit 1
•Konsep dan teori/model kualiti dan gaya hidup
• Tahap, taraf dan kualiti hidup
• Gaya hidup dan model mengkaji gaya hidup
• Pendekatan mengkaji kualiti hidup
Unit 2
•Kaedah pengukuran dan indikator kualiti hidup: nasional antarabangsa
• Indeks Kualiti Hidup Malaysia
• Indeks kualiti hidup negara lain di dunia
Unit 3
• Faktor yang mempengaruhi kualiti dan gaya hidup
• Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup (domain penggunaan)
• Penggunaan lestari
Unit 4
• Globalisasi dan kualiti hidup
• Maksud globalisasi
• Impak positif dan negatif globalisasi
Unit 5
• Impak teknologi, teknologi maklumat ke atas gaya dan kualiti hidup
• Konsep teknologi
• Gaya hidup teknologi tinggi/rendah
• Teknologi dan peningkatan produktiviti 6
Unit 6
• Isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu
• Isu dan cabaran ICT dan globalisasi ke atas kumpulan tertentu termasuklah golongan miskin, negara membangun, gender berbeza dan kumpulan istimewa (orang kurang upaya, kanak-kanak, orang tua)
• Strategi pembangunan yang berasaskan pengetahuan
Unit 7
• Isu globalisasi dan ekuiti sosial • Ekuiti sosial dalam era globalisasi
• Ke arah pencapaian ekuiti sosial
Unit 8
• Polisi dan program ICT
• Analisis polisi dan program ICT
• Implikasi polisi ke atas kesejahteraan dan kualiti hidup individu, keluarga dan masyarakat
RUJUKAN
1. Joseph,M & Rahtz,D. (2010). Community Quality of Life Indicators. Best Cases. Volume 22. The Netherlands: Kluwer Academic Publishers.
2. McGillivray, M (2008). Human Well-Being Concept and Measurement. New York: United Nations University.
3. Phillips, D. (2006). Quality of Life: Concept, Policy and Practice. Oxon: Routledge.
4. Joseph,M. (2005). Handbook of Quality of Life Research. An Ethical Marketing Perspective. Vol 8. The Netherlands: Kluwer Academic Publishers.
5. Unit Perancangan Ekonomi (2002). Petunjuk Kualiti Hidup Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Kerajaan.
PENILAIAN
• Ujian pertengahan sem - 30%
• Tugasan
- Penulisan kertas kerja - 25%
- Slaid pembentangan - 5%
• Peperiksaan akhir - 40%
_______
• Jumlah - 100%
UNIT 1
KONSEP KUALITI HIDUP
dan
GAYA HIDUP
OBJEKTIF UNIT 1
Pelajar dapat:
** level – tahap; standard – taraf; quality of life - kualiti hidup; lifestyle – gaya hidup
Menjelaskan dan membezakan
konsep tahap dan taraf hidup
Menjelaskan konsep gaya hidup
dan model mengkaji kualiti
hidup
Mengenal pasti pendekatan
mengkaji kualiti hidup
PENGENALAN
Manusia sentiasa berkeinginan untuk meningkatkan kualiti hidup.
Keinginan ini melibatkan pelbagai aspek kehidupan.
Kekangan: persepsi yang berbeza antara individu dan sentiasa berubah pengertian kualiti hidup dinamik.
TAHAP, TARAF DAN KUALITI HIDUP
Konsep tahap dan taraf
Tahap dan taraf hidup
Kualiti hidup
TAHAP VS. TARAF HIDUP
Apa yang sebenarnya dialami, samada yang menggembirakan atau
yang dideritai oleh individu ataupun
kumpulan.
Tahap yang diingini atau dikejar, pencapaian
melambangkan kejayaan dan kegagalan menyebabkan kekecewaan.
Tahap Taraf
15
TAHAP DAN TARAF
☻Perbandingan tahap adalah sukar malahan hampir mustahil
☻Kesilapan dalam penggunaan konsep
☻Tahap hidup yang rendah jarang berkadar terus dengan
kuantiti penggunaan yang rendah
☻Di sesetengah negara, tahap hidup yang tinggi juga
menunjukkan taraf hidup yang tinggi
☻Taraf hidup yang tinggi perlu untuk meninggikan tahap hidup
☻Apabila tahap hidup rendah, penyesuaian adalah perlu untuk
mengelakkan masalah
Komponen dalam Tahap Hidup
Penggunaan
Pekerjaan
Pemilikan Kebebasan
Persekitaran
dsb.
Pengalaman sebenar yang terbentuk dari kombinasi
kompleks
Keseimbangan dan keharmonian antaranya yang berkaitan
dengan memenuhi keperluan dan kehendak
KATEGORI TAHAP HIDUP
Tahap hidup yang seimbang walaupun ringkas adalah lebih baik daripada tahap hidup yang berlebihan tetapi tidak
seimbang
The Amish: plain dress and resisting modern conveniences.
Ghandi: “using one's resources in the most minimal way so
as not to deprive others”.
Islam: Prophet (PBUH) has not adopted the ways of the rich
but embraced a simple way of life which is the mode
of Fuqara‘ - poor people. Thus, he remained contented
with simple food and had no relish for extravagant feasts.
Tinggi --- rendah (high --- low)
Atasan --- bawahan (superior --- inferior)
Mahal --- murah (expensive --- trifty)
Berlebihan --- ringkas (elaborate --- simple)
Cukup --- tidak mencukupi (ample --- restricted)
PENGUKURAN TAHAP HIDUP
Ukuran langsung tahap hidup
Pendapatan (upah drp aktiviti produktif dan pendapatan
pindahan)
Penggunaan (sumber yang sebenarnya digunakan)
Ukuran tidak langsung (proxy) tahap hidup
sosioekonomi
Pendapatan (upah drp aktiviti produktif, pendapatan
pindahan dan lain-lain)
ISU DALAM MENGUKUR
TAHAP HIDUP
Mengukur pendapatan Gaji drp pekerjaan di pasaran buruh, sewa, kerja sendiri,
pindahan, pengeluaran isirumah
Mengukur penggunaan Penggunaan makanan
Dibeli, dihasilkan di rumah, diterima drp sumber lain, “in-kind”
Penggunaan bukan makanan
Barangan tahan lama
Kos melepas (wang digunakan untuk membeli barangan tahan lama)
Susut nilai
MENGUKUR TAHAP SOSIOEKONOMI USA Pendapatan (hampir semua orang tahu pendapatan untuk
tujuan pengiraan cukai)
ISRAEL Kereta, pekerjaan, oven mikro, perabot
ARGENTINA Pendidikan & pekerjaan penyara, pemilikan barangan
isirumah (tv warna dengan remote, VCR, petisejuk, freezer,
komputer peribadi, telefon, mesin basuh automatik, mesin
pengering baju, kad kredit, penyaman udara), kereta
(bilangan, tahun, buatan, model) dan ciri rumah (stail
binaan, saiz, bahan dan rupa).
BRAZIL Bilangan set tv, radio, kereta, pembantu rumah, vakum,
mesin basuh, bilik air, pendidikan ketua isirumah.
MEXICO Pendidikan, pemilikan barangan isirumah (pemanas air,
pembakar roti, vakum, bilangan lampu dlm rumah, bilangan
bilik (tidak termasuk bilik air), bilangan pembantu rumah.
Tahap hidup VS. Kualiti hidup
Tahap hidup
Kualiti hidup
Tahap hidup adalah ukuran
kuantiti dan kualiti barangan
dan perkhidmatan yang
diperolehi oleh seseorang
(yg dibeli ataupun yg
diterima).
Hasil akhir interaksi sosial,
kesihatan, ekonomi dan
keadaan persekitaran yang
akan mempengaruhi
manusia dan pembangunan
sosial
Kualiti Hidup
Bermaksud hidup yg baik. Hidup yg baik adalah
bersamaan dgn hidup dalam kehidupan yang
berkualiti tinggi.
Semua agama dan falsafah mempunyai
pemahaman mengenai hidup yg baik.
Pemahaman/pengertian mengenai hidup yg baik ini
berkait rapat dgn budaya di mana kita merupakan
sebahagian drpnya.
Pelaziman budaya membuatkan kita cenderung utk
melibatkan aspek kegembiraan, pemenuhan
keperluan, kefungsian dalam konteks sosial dsb.
Kualiti Hidup
Kualiti hidup adalah konsep yg sukar
didefinisikan.
Pengkaji drp pelbagai disiplin melihat
konsep ini drp perspektif minat dan tujuan
penyelidikan mereka yg tersendiri.
PELBAGAI DEFINISI KUALITI HIDUP
Definisi kualiti hidup berbeza mengikut individu :
Ahli ekonomi
• kesejahteraan ekonomi
Ahli psikologi
• kepuasan hidup, kesejahteraan individu, kebahagiaan.
• Melihat kpd sebahagian ciri-ciri individu.
Ahli alam sekitar
• kualiti udara, kualiti air, simpanan hutan, penjagaan hidupan liar daripada terhapus.
Ahli sosiologi
● struktur dan kandungan kumpulan, komuniti dan masyarakat.
Pengguna
• kesejahteraan pengguna, perlindungan pengguna, hak pengguna.
Ahli politik
• keberkesanan khidmat kepada masyarakat, kebebasan berpolitik.
Majikan & pekerja
• kualiti di tempat kerja
Pakar perubatan
• rawatan yang terbaik, pusat jagaan dan peralatan yang terbaik bagi meningkatkan tahap kesihatan pesakit.
25
DEFINISI KUALITI HIDUP Produk atau hasil daripada interaksi pelbagai faktor sosial,
kesihatan, ekonomi, persekitaran dan sebagainya.
Secara umumnya kualiti hidup adalah apa yang buatkan
individu/keluarga/komuniti gembira.
Definisi kualiti hidup boleh dilihat dari aspek:
PERSPEKTIF
Fizikal - kesihatan, pemakanan, keperluan asas dan keselamatan
Personal - kepuasan pekerjaan, masa
lapang, kekayaan, keluarga dan rakan,
dan kedapatan barangan
Masyarakat - kerajaan yang adil, kebebasan, kesamarataan untuk semua, pendidikan
untuk semua.
Kesemua aspek ini akan dibincangkan lebih terperinci kelak.
ASPEK KUALITI HIDUP KUALITI
HIDUP
ASPEK
Kualiti hidup
subjektif
Bagaimana baiknya hidup yang dirasai oleh individu.
Setiap individu secara personal menilai bagaimana dia melihat
sesuatu dan apa yang dirasainya serta apa yang difikirkannya.
Rasa puas hati dengan hidup dan gembira melambangkan
kualiti hidup yang subjektif.
Kualiti hidup
objektif
Bagaimana baiknya hidup seseorang dipersepsikan oleh dunia
yang lebih luas.
Pandangan ini dipengaruhi oleh budaya di mana seseorang itu
berada.
Kualiti hidup yang objektif = keupayaan seseorang untuk
menyesuaikan nilai budaya (cth: status sosial/simbol status yg
seseorang patut perolehi utk menjadi ahli dalam budaya
tersebut).
Kualiti hidup
existential
Bagaimana baiknya hidup seseorang, pada peringkat yang lebih
dalam.
Kehidupan yang disesuaikan dengan nilai dan fahaman
keagamaan yang tertentu.
KENAPA KUALITI HIDUP PENTING?
Individu
•Menentukan
•- kesejahteraan individu (well-being),
•- kegembiraan (happiness)
•- kepuasan dalam hidup (life satisfaction).
•Kualiti hidup dapat meningkatkan produktiviti.
•Apabila tahap hidup rendah, individu perlu melakukan penyesuaian untuk mengelakkan masalah/konflik.
Keluarga
•Menentukan tahap dan taraf hidup keluarga supaya seimbang daripada pelbagai aspek;
•a) emosi
•b) ekonomi
•c) spiritual
•-Dapat mengelakkan konflik dan masalah keluarga seperti penceraian, anak lari dari rumah dsbnya.
KENAPA KUALITI HIDUP PENTING?
Negara
• Dapat merangka polisi kerajaan yang lebih berkesan dalam menaikkan kualiti hidup masyarakat.
• Membasmi kemiskinan
• Program kesihatan
• Pembangunan negara- infrastruktur, perumahan dsbnya.
• Keselamatan negara.
• Menaikkan taraf kawasan luar bandar
• Pendidikan. Mengatasi masalah buta huruf.
• Dapat menilai keberkesanan sesuatu dasar dan polisi yang dibuat oleh kerajaan
Antarabangsa
•United Nations Development Programme dan World Bank setiap tahun menyenaraikan laporan tahunan yang meletakkan ‘ranking’ setiap negara.
•Kebaikannya:
• Setiap negara tahu kedudukan kualiti hidup mereka di peringkat antarabangsa.
• Mendapat bantuan kewangan daripada luar.
HAKIKAT PERBEZAAN TARAF HIDUP DARI
PERSPEKTIF ISLAM
Di dalam Islam, taraf hidup dilihat mempunyai
pengertiannya yang tersendiri yang mempengaruhi
kualiti hidup manusia secara amnya.
Terdapat sebab di mana sistem Islam mengiktiraf
kewujudan perbezaan taraf ekonomi antara yang
kaya dan yang miskin.
Firman Allah: Allah melebihkan sebahagian kamu
dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki (an-
Nahl: 71).
30
2 HIKMAH – TENTANG KEWUJUDAN
PERBEZAAN INI
- Sebagai ujian yang akan menjadi dasar pertanggungjawaban dan pembalasan.
- Firman Allah: Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu (al-An’am: 165).
- Perbezaan taraf hidup bukan bermaksud Islam memperakui diskriminasi mahupun penindasan. Sebaliknya, kepelbagaian taraf hidup menuntut manusia agar dapat saling bertukar-tukar kudrat, manfaat dan tolong-menolong antara satu sama lain.
- Firman Allah: Dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain (az-Zukhruf: 32).
GAYA HIDUP
Merujuk kepada sekumpulan ciri-ciri tingkah laku
yang bermakna kepada kedua-dua orang-orang
lain dan diri sendiri dalam sesuatu masa dan
tempat, termasuk hubungan sosial, penggunaan,
hiburan, dan pakaian.
Gaya hidup biasanya membayangkan sikap, nilai
dan pandangan seseorang.
GAYA HIDUP
Bagaimana seseorang itu hidup?
Bagaimana menggunakan wang?
Bagaimana menggunakan masa?
PERSONALITI VS GAYA HIDUP
APA KAITAN PERSONALITI DAN GAYA HIDUP?
Personaliti
Ciri dalaman
Gaya hidup
Ciri luaran
Aktiviti
Minat
Pandangan
PENGUKURAN GAYA HIDUP
Aktiviti: Apa yang dibuat
Beli apa
Bagaimana guna masa
Minat: Cita rasa
Keutamaan
Pandangan Pandangan (terhadap dunia, moral, ekonomi,
sosial)
Perasaan
CONTOH SOALAN
Aktiviti:
Sukan apa yang anda terlibat sekurang-kurangnya 2x sebulan?
Berapa buah buku yang anda baca setahun?
Berapa kerap anda mengunjungi pasaraya?
Pernah ke luar negara untuk bercuti?
Berapa keahlian kelab anda?
CONTOH SOALAN
Minat:
Yang mana anda lebih berminat? – sukan,
agama, belajar
Berapa penting pada anda untuk mencuba
makanan baru?
Berapa penting bagi anda untuk maju ke
hadapan?
Pada 2 jam di hujung minggu adakah anda lebih
suka bersama keluarga atau bersendirian?
CONTOH SOALAN
Pandangan: Semua rakyat Malaysia tak kira bangsa adalah
sama
Lelaki patut diberi keutamaan untuk mendapat kerja.
Gaji pensyarah terlalu tinggi
Kita mesti bersedia menghadapi serangan bom nuklear
New
Bebanan kenaikan harga minyak dan barang makanan
MAKSUD GAYA HIDUP Cara seseorang mencapai matlamat
Cara melakukan sesuatu
Membuat keputusan (mengikut situasi)
Cara yang konsisten melahirkan pandangan atau perasaan
Tindakan
Gaya hidup sama selagi matlamat sama
Personal customs atau habit seseorang individu yang unik.
Adalah penyesuaian aktif terhadap persekitaran sosial, yang membentuk keperluan terhadap produk untuk tujuan integrasi dan sosialisasi.
Termasuk penggunaan sosial
Gaya hidup ibubapa adalah angkubah yang paling penting di dalam menerangkan pilihan anak perempuan terhadap gaya hidupnya.
PENGKELASAN GAYA HIDUP (VALS)
Need-driven
Survivors
Sustainers
Outer directed
Belongers
Emulators
Achiever
Inner-directed
I-am- me
Experiential
Societally-conscious
Integrated
GAYA HIDUP
GAYA HIDUP LESTARI
Maksud
• Kehidupan lestari bermaksud kehidupan yang berasaskan amalan dan gaya hidup yang sesuai dengan generasi masa kini dan akan datang.
Aspek
• Amalan dan gaya hidup lestari ini dilihat dari aspek penggunaan barangan dan perkhidmatan secara berhemah iaitu tanpa menjejaskan alam sekitar.
Cara
• Gaya hidup lestari merujuk kepada pola tindakan dan penggunaan, yang boleh dilihat melalui pencapaian keperluan asas, peningkatan kualiti kehidupan, pengurangan penggunaan sumber asli dan pengelakkan pembuangan bahan buangan yang boleh membawa kepada pencemaran alam dan tidak mengganggu penggunaan sumber alam untuk generasi masa hadapan.
KONSEP PENGGUNAAN DALAM
PERSPEKTIF ISLAM
PRINSIP UMUM DALAM PENGGUNAAN
(DARI AL-QURAN)
Menggalakkan penggunaan benda-benda yang baik suci dan berfaedah
Melarang perbelanjaan terhadap perkara-perkara yang membazir
Kesederhanaan (kebendaan vs. zuhud)
Matlamat akhir pengguna bukanlah penggunaan barangan (dan kepuasan)
1. Suruhan utk menggunakan benda yang suci:
• certain (prohibited) goods should not be consumed
• (Al-An’am 6: 145)
“Katakanlah: Tidaklah aku peroleh dalam wahyu
yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang
diharamkan bagi orang yang hendak memakannya
kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang
mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya
semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas
nama selain Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak melampaui batas, maka
sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.”
”
5 perkara terlarang
Binatang yang mati
dengan sendiri
Binatang yang mati disebabkan oleh binatang-binatang lain yang ganas
Darah
Daging babi (hukum yang
diturunkan pada zaman Nabi
Musa)
Binatang yang disembelih dengan
nama selain dari Allah – i.e. menyebabkan binatang tersebut
menjadi haram utk dimakan
2. Larangan terhadap pembaziran
– Mengapa? Penggunaan yang berlebihan oleh individu meskipun terhadap barangan yang suci dan halal boleh merosakkan kebajikan masyarakat
– Penggunaan barangan mestilah tidak keterlaluan, sepertimana menurut hawa nafsu yang melampau dalam kehidupan serba mewah adalah sangat tidak digalakkan.
– (Al-An’am 6: 142)
“Makanlah dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadamu dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
– Syaitan melanggar peratuan Allah, maka manusia dinasihati supaya tidak melampaui batas dalam penggunaan menjadikan mereka seolah-olah menjejaki langkah syaitan.
3. Kesederhanaan
– Setiap individu seharusnya mengguna apa yg
perlu sahaja in memperolehi kehidupan yang
berkesan/berkualiti.
– Larangan dari menjauhi kesenangan hidup dan
pembaziran
– (Al-Ma’idah 5: 87)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah
halalkan bagi kamu dan janganlah melampaui
batas”
4. Matlamat akhir pengguna
Penggunaan barangan dan kepuasan TIDAK
SEMESTINYA menjadi matlamat akhir individu.
Penggunaan tersebut seharusnya
bertindak sebagai cara atau laluan untuk
mencapai kehidupan yang lebih
bermakna, berkualiti dan sejahtera.
Ciri-ciri penggunaan dalam Islam
Garis panduan umum-- memberi kebebasan kpd umat Islam di serata dunia untuk memilih makanan berdasarkan keperluan sosiobudaya dan citarasa masing-masing
Tiada perbezaan di antara keperluan rohani dan keperluan keduniaan (tiada garis pemisah)
Penggunaan tidak terbatas kpd keperluan hidup atau keperluan kecekapan, tetapi kepada keselesaan dan kemewahan hidup yang dihalalkan.
1. Indeks Kualiti Hidup Malaysia
2. Indeks-indeks lain
PENGUKURAN DAN
INDIKATOR KUALITI HIDUP
OBJEKTIF UNIT 2
Pelajar dapat:
Mengenal pasti kaedah
pengukuran kualiti hidup
Membincangkan IKHM
Membandingkan IKHM dengan
pelbagai indeks lain
PENDEKATAN
- BAGI MENGKAJI KUALITI HIDUP
PENDEKATAN - BAGI MENGKAJI KUALITI HIDUP
Pendekatan keperluan asas
Melihat kpd tahap hidup minimum yang didefinisikan dari segi
tahap kesihatan, pemakanan dan celik huruf. Elemen dalam
pendekatan keperluan asas adalah jangka hayat, kadar literasi
dan pendapatan per kapita.
Pendekatan pembangunan manusia
Manusia penting untuk mencapai matlamat pembangunan dan
merupakan sumber ekonomi utama.
Pendekatan keupayaan
Keupayaan seseorang untuk melakukan sesuatu yang bermakna
untuk mencapai keadaan sejahtera yang membentuk hidup yang
baik.
PENGUKURAN KUALITI HIDUP
Jenis-jenis Pengukuran Subjektif -perasaan “baik” dan kepuasan Objektif - memenuhi permintaan sosial dan
budaya dari segi kebendaan, status sosial dan kesejahteraan fizikal
Perspektif Perennial
3 aspek kualiti hidup untuk pencapaian yang
lengkap adalah kebendaan, intelektual dan
kerohanian.
Ukuran konvensional Dalam bentuk kebendaan dan kuantiti (ch:KNK) Limitasi : Ada kos/limit kepada kebendaan yang
keterlaluan Merosakkan alam sekitar Pencapaian manusia lebih dari kebendaan (kebendaan
bukan segala-galanya)
DIMENSI KUALITI HIDUP
MODEL KOMPREHENSIF KUALITI HIDUP
Sumber: Quality of Life Research Unit, University of Toronto
QOL: A SYSTEM MODEL
Sumber: The University of Oklahoma School of Social Work
INDEKS DAN ELEMEN DALAM MENGUKUR KUALITI
HIDUP
Elemen Indeks
Pembangunan Manusia
(UNDP)
Kualiti Hidup Fizikal
(Morris)
Kesejahteraan Ekonomi
Demografi Amerika
Dasgupta & Wales (1992)
Hubungan dengan keluarga dan kawan
*
Kesejahteraan emosi
Kesihatan
* * *
Kesejahteraan material
* * *
Kerja dan Produktiviti
*
Rasa sebahagian daripada masyarakat setempat
* * * *
Jaminan personal * * *
Kualiti Persekitaran
INDEKS DAN ELEMEN DALAM MENGUKUR KUALITI
HIDUP
Elemen Indeks
WHO (1993) Cummins (1997)
Hagerty et al. (2001)
Schalock (2000)
Felce (1996)
Hubungan dengan keluarga dan kawan
* *
Kesejahteraan emosi
* * * * *
Kesihatan
* * *
Kesejahteraan material
* * * *
Kerja dan Produktiviti
* * *
Rasa sebahagian daripada masyarakat setempat
* *
Jaminan personal
* *
Kualiti Persekitaran
*
INDEKS KUALITI HIDUP MALAYSIA
KUALITI HIDUP MALAYSIA
(JABATAN PERDANA MENTERI - WEB)
KUALITI HIDUP MALAYSIA
“Merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan serta taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara”.
Kualiti Hidup Malaysia 1999.
Bidang Indikator
PENDAPATAN &
PENGAGIHAN
• Pendapatan per kapita sebenar
• Pekali Gini
• Kadar kemiskinan
PERSEKITARAN KERJA • Kadar pengangguran
• Bilangan pertikaian perusahaan
• Kehilangan bilangan hari bekerja
• Kadar kemalangan industri
PENGANGKUTAN &
KOMUNIKASI
• Kereta & motosikal persendirian
• Kenderaan perdagangan
• Indeks pembangunan jalan raya
• Telefon bimbit
• Edaran akhbar harian
• Bilangan pelanggan internet
BIDANG DAN INDIKATOR IKHM
Bidang Indikator
KESIHATAN • Jangka hayat semasa bagi lelaki
• Jangka hayat semasa bagi perempuan
• Kadar kematian bayi
• Jangka hayat
• Nisbah doktor-penduduk
PENDIDIKAN • Kadar celik huruf
• Kadar penyertaan prasekolah
• Kadar penyertaan sekolah menengah
• Kadar penyertaan di universiti awam
• Nisbah guru-pelajar sekolah rendah
• Nisbah guru-pelajar sekolah menengah
PERUMAHAN • Harga purata rumah kos sederhana
• Rumah kos rendah
• Unit rumah dengan bekalan elektrik
• Unit rumah dengan bekalan air paip
BIDANG DAN INDIKATOR IKHM
BIDANG DAN INDIKATOR IKHM Bidang Indikator
ALAM SEKITAR • Kualiti udara
• Sungai bersih
• Kawasan berhutan
KEHIDUPAN
KELUARGA • Peratus perceraian
• Kadar kelahiran kasar
• Saiz isi rumah
• Kadar jenayah juvana
PENYERTAAN SOSIAL • Bilangan ahli dalam persatuan bukan
bermotifkan keuntungan
• Bilangan persatuan penduduk
• Bilangan pengundi berdaftar
KESELAMATAN AWAM • Kadar jenayah
• Kadar kemalangan jalan raya
KEBUDAYAAN &
LIBURAN • Keahlian perpustakaan awam
• Bilangan penonton televisyen
• Penginap hotel domestik
INDEKS-INDEKS LAIN
INDEKS KUALITI HIDUP FIZIKAL (MORRIS)
Merangkumi kadar celik huruf, kadar
kematian bayi dan jangka hayat.
INDIKATOR KUALITI HIDUP
(WORLD BANK)
Hak individu dan demokrasi
Kestabilan politik dan peperangan
Pendidikan
Kesihatan
Pengangkutan dan komunikasi
Ketaksamaan kelas dan gender
“BAD”
Sumber : Easterly, W. (March 1999). Quality of life
indicators, Life During Growth, World bank).
QUALITY OF LIFE INDICATORS BY EASTERLY, W.
(MARCH 1999). LIFE DURING GROWTH, WORLD
BANK
1.1 Hak Asasi Individu dan Demokrasi
Kebebasan daripada ekspropriasi
Kerajaan tidak melanggari kontrak
Kualiti birokratik
Kekuasaan undang-undang
Kebebasan daripada Rasuah
Kebebasan sivil
Kadar Hak Asasi Manusia
% kanak-kanak (berumur 10-14) yang bekerja (-)
Hak Politik
Indeks kebebasan politik daripada ketenteraan
QUALITY OF LIFE INDICATORS BY EASTERLY, W.
(MARCH 1999). LIFE DURING GROWTH, WORLD BANK
1.2 Kestabilan Politik dan Peperangan
Perubahan Kabinet (-)
Kematian berpunca daripada Kekejaman Politik, per kapita (-)
Mogok awam (-)
Krisis Kerajaan (-)
Bilangan pembunuhan per million setiap tahun (-)
Bilangan rampasan kuasa setiap tahun (-)
Bilangan revolusi setiap tahun (-)
Penyingkiran (-)
Rusuhan (-)
Kematian akibat perang per kapita (-)
Kebebasan daripada konflik negara luar
Kebebasan daripada risiko perang sivil
Ketiadaan ketegangan perkauman
%penyertaan dalam pergerakan pemisah (-)
QUALITY OF LIFE INDICATORS BY EASTERLY, W. (MARCH
1999). LIFE DURING GROWTH, WORLD BANK.
1.3 Pendidikan
Tahun persekolahan bagi populasi orang
dewasa (25+)
% celik huruf
% tidak bersekolah dalam populasi (-)
Kadar enrolmen kasar untuk pendidikan tinggi
(universiti)
Kadar enrolmen kasar untuk sekolah
menengah
Kadar enrolmen kasar untuk sekolah rendah
Muzium per kapita
Judul buku yang diterbitkan per kapita
QUALITY OF LIFE INDICATORS BY EASTERLY, W.
(MARCH 1999). LIFE DURING GROWTH, WORLD
BANK
1.4 Kesihatan
Jangka hayat semasa lahir
Kadar kematian - bayi (-)
Kadar kematian – bawah -5 (-)
Pengambilan kalori harian
Pengambilan protein harian
Katil hospital per kapita
Doktor per kapita
Jururawat per kapita
% akses bekalan air yang selamat
% luar bandar akses bekalan air yang selamat
% bandar akses kepada air yang selamat
Akses kepada sanitasi
Akses kepada sanitasi (luar bandar)
Akses kepada sanitasi (bandar)
QUALITY OF LIFE INDICATORS BY
EASTERLY, W. (MARCH 1999). LIFE
DURING GROWTH, WORLD BANK.
1.5 Pengangkutan dan Komunikasi
Jalan berturap daripada semua jalan
Panjang jalan per kereta
Panjang landasan kereta api per meter persegi
Telefon per kapita
Telexes antarabangsa, minit per kapita
Telegram per kapita
Radio per kapita
Televisyen per kapita
Mel Per kapita
Mesin faks per kapita
QUALITY OF LIFE INDICATORS BY
EASTERLY, W. (MARCH 1999). LIFE
DURING GROWTH, WORLD BANK.
1.6 Ketaksamaan antara Kelas dan Gender
Pekali Gini (-)
Share of income of bottom 20%
Share of income held by middle 60%
Share of income of top 20% (-)
Tahun bersekolah bagi perempuan kepada lelaki (umur
26+)
Nisbah celik huruf wanita kepada lelaki
Enrolmen sekolah rendah wanita kepada lelaki
Enrolmen sekolah menengah wanita kepada lelaki
Enrolmen pengajian tinggi wanita kepada lelaki
QUALITY OF LIFE INDICATORS BY EASTERLY, W. (MARCH
1999). LIFE DURING GROWTH, WORLD BANK.
1.7 “BAD”
Kadar penipuan per kapita (-)
Kebebasan daripada keganasan politik (-)
Kadar homicid per kapita (-)
Pembunuhan orang per kapita (-)
Kadar rompakan per kapita (-)
Rogol per kapita (-)
Penyalahgunaan dadah per kapita (-)
Pengeluaran karbon dioksida per kapita (-)
Pengeluaran CO2 industri per kapita (-)
Pengeluaran sulfur dioksida per kapita (-)
Pengeluaran nitrogen oksida per kapita (-)
Bahan terapung (-)
Perubahan kawasan hutan tahunan (%)
Pengeluaran sisa kertas per kapita (-)
Kemalangan di tempat kerja (per 1000 pekerja) (-)
Bunuh diri per kapita (-)
THE WORLD HEALTH ORGANIZATION QOL
INSTRUMENTS
THE WORLD HEALTH ORGANIZATION QOL
INSTRUMENTS
FACTORS AND INDICATORS OF QOL
CIRI PENGUKURAN KUALITI HIDUP YANG
UNGGUL
1. Dinamik (i.e. boleh menunjukkan potensi
pembangunan berbanding melihat status
semasa pembangunan),
2. Mengikut perubahan persepsi manusia ttg
pembangunan,
3. Mengambilkira perubahan kuasa penggerak
utama (e.g. ICT)
UNIT 3
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KUALITI
DAN GAYA HIDUP
Politik
Fizikal
Ekonomi
Budaya
OBJEKTIF UNIT 3
Pelajar dapat:
Membincangkan pengaruh faktor ekonomi,
sosiobudaya, fizikal, politik dan lain-lain ke atas
kualiti dan gaya hidup.
Memahami konsep penggunaan lestari yang mempengaruhi kualiti
hidup.
Pentadbiran/
Politik
Fizikal
- Pembangunanan
bandar
Ekonomi
Sosiobudaya
Faktor-
faktor
yang
mempengaruhi
1. PENTADBIRAN/POLITIK
• Seni atau sains pertadbiran / pemerintahan, terutamanya pemerintahan entiti politik seperti negara dan pengawalan hal ehwal dalaman dan luarannya.
Politik
• Tindakan, proses atau kuasa untuk memerintah; kerajaan.
Pemerintahan
• WW1- 1914-1922
• WW2- 1939-1945
• Pekerjaan org Palestin oleh Israel - 1967
• Penggabungan kerajaan German - 1990
• Kejatuhan Soviet Union - 1991
• Pekerjaan di Iraq oleh USA - 2003.
Worldwide
political
changes have
been extensive:
BAGAIMANA POLITIK MEMPENGARUHI QOL
Pilihan dibuat oleh pengundi, seperti
yg dimanisfestasikan oleh kerajaan yg mrk pilih, dan
polisi awam yang dibentuk,
menentukan sejauh mana individu merasakan /
mendapati hidup mereka adalah
memuaskan.
Perbezaan orientasi ideologi kerajaan
memberikan kesan penting ke atas kepuasan hidup
(cth: komunisme)
Perhubungan antarabangsa dan dua hala dengan negara lain boleh
menyebabkan konflik dan
mungkin juga peperangan.
BAGAIMANA POLITIK MEMPENGARUHI QOL
Kerajaan akan membentuk polisi yang mempengaruhi hidup
rakyatnya.
e.g. Welfare policies i.e. policies on range of services intended to meet people's needs
such as salary system, health, education will affect quality of life for
entire citizens.
Amalan dan peraturan ekonomi seperti peraturan di pasaran, cukai
dan subsidi mempengaruhi pertumbuhan
ekonomi.
Amalan komunikasi bagi organisasi atau
kerajaan
– e.g. transparency - the United States allow more access to information, but
politics in other countries may
inhibit access to information.
2. Fizikal
- Pembangunan Bandar
Perindustrian telah
menyebabkan migrasi rural-
urban yg hebat; separuh
drp dunia – urban .
- Mexico City
(24.4 million);
Bombay
(16 million )
Kerajaan tidak mampu untuk menanggani
masalah permintaan perumahan,
sanitasi, bekalan air, kemudahan sosial dan
budaya dsb.
Kepadatan penduduk, kesesakan perumahan
dan perumahan haram serta
setinggan membawa
kepada byk masalah sosial
– jenayah, dadah dsb.
Pencemaran udara,
kesesakan memberi
kesan kpd kesihatan.
3. EKONOMI
Pertumbuhan ekonomi seharusnya membawa kpd kepuasan dalam memenuhi keperluan
hidup dan laluan utama terhadap pencapaian kualiti hidup yg lebih baik.
Pendapatan perlu diagihkan secara samarata meliputi semua lapisan masyarakat. Ini
termasuklah aspek pendapatan per kapita, pekali Gini, dan kadar kemiskinan.
Tugas utama pembangunan adalah menghapuskan kemiskinan, World Bank 1992.
Country GNP per Capita Gini Coefficient
Malaysia 1990 RM 5616 0.442
Malaysia 2000 RM 8177 0.443
Malaysia 2002 RM 13 708 0.461
Malaysia 2008 RM 496,077 0.492
Japan 2008 0.249
USA 2008 0.467
Singapore 0.425
South Africa 0.578
INCOME INEQUALITY IN DEVELOPING NATIONS
4. SOSIOBUDAYA
Sosial merujuk kpd interaksi organisma dgn organisma lain.
- Manusia tidak boleh hidup and memenuhi keperluan mereka selain drp melalui kerjasama dan perhubungan sosial.
Faktor sosial merangkumi kehidupan keluarga, kawan-kawan, kejiranan, keharmonian kaum, keselamatan, penyertaan masyarakat, liburan dan aktiviti rekreasi dan pekerjaan.
SOSIOBUDAYA
Contoh
Budaya kaum Melayu, Cina dan India – berbeza cara pemakanan, perkahwinan, meraikan sesuatu,
pemakaian dsb.
Maksud
Budaya adalah satu cara gaya hidup sesuatu kumpulan manusia – tingkah laku, kepercayaan, nilai dan simbol yang mereka terima, secara amnya, dan diperturunkan
bersama dengan komunikasi dan peniruan drp satu generasi kpd yg lain.
Kualiti hidup dan Sosiobudaya
Budaya mengubah kualiti hidup dan oleh itu, kualiti
hidup sseorg ind. diperkukuhkan lagi dengan keupayaan
ind tersebut utk menjadi pandai (educated) dan
dibesarkan dalam persekitaran yang
baik dsb (cth).
Loving, caring support from family,
friends, and the community at large
is extremely important for the general well-being of the individual.
Technology, development,
globalization are changing the social
environment and culture of
individuals and societies
worldwide.
KONSEP KELESTARIAN
(AGYEMAN ET AL, 2002)
“kelestarian'... tidak boleh semata-mata bermaksud
keperihatinan “hijau” atau “persekitaran”
Kini dan pada
masa akan
datang
kelestarian
Kualiti kehidupan
yang lebih baik
untuk semua orang
Adil
dan
saksama
Hidup dalam
limitasi ekosistem
sokongan
PENGGUNAAN LESTARI
Tidak menjejaskan
masa
depan generasi
akan datang
Penggunaan brgn
dan
perkhidmatan &
meningkatkan
kualiti hidup
Meminimakan
penggunaan
sumber asli,
pembuangan
sisa toksik,
bahan buangan dan
pencemaran
MENGAPA PEMBUDAYAAN
PENGGUNAAN LESTARI?
2. Tujuan penggunaan utk
meningkatkan kesejahteraan
hidup. Namun, banyak
perlakuan penggunaan yg
tidak lestari yg memberi
kesan negatif kepada
kesejahteraan hidup.
1. Kepesatan
peralihan perlakuan
kepenggunaan &
kesan buruknya ke
atas kelestarian
3. Tahap kemusnahan
yg telah berlaku kepada
kehidupan manusia sama
Ada dari segi fizikal,
sosial, ekonomi,
psikologi dan spiritual.
4. Tahap kesedaran, pengetahuan,
kemahiran, dan amalan penggunaan
lestari masyarakat Malaysia adalah
rendah. Ini bertitik tolak daripada nilai
dan sikap yang dipegang
MENGAPA PEMBUDAYAAN
PENGGUNAAN LESTARI?
5. Semua peringkat pengguna
mempunyai kuasa dan
potensi mempengaruhi
keputusan penggunaan
sendiri mahupun orang lain.
6. Pendidikan sama ada melalui
latihan formal, tidak formal dan
sosialisasi adalah kaedah
mendidik pengguna yang berkesan.
HUBUNGAN MANUSIA DAN PERSEKITARAN
Pelbagai agama mengakui wujudnya hubungan antara manusia dan
persekitaran yang saling memerlukan.
Manusia dibenarkan menggunakan apa yang ada di sekelilingnya untuk melicinkan tanggungjawabnya sebagai khalifah.
Hak manusia ke atas persekitaran adalah menggunakannya berdasarkan kesederhanaan, seimbang dan memulihara (conservation).
Hak persekitaran ke atas manusia pula adalah ia terjamin daripada penyalahgunaan (misuse), mistreatment, dan pemusnahan (destruction).
Keseimbangan antara aspek sosial, ekonomi dan persekitaran.
Oleh itu, penting menggabungkan aspek spiritual dan fizikal dalam usaha mencapai keseimbangan pembangunan.
Sejarah menunjukkan adat budaya & norma adalah kaedah paling jimat utk melaksanakan aktiviti yg diterima dlm sesuatu masyarakat
FIRMAN ALLAH
“Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan
perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak mereka
merasakan sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka
telah lakukan supaya mereka kembali insaf.”
(Al Rum:41).
“Dan dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan
yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang
bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa
(bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari
buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan
tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan
disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-
lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-
lebihan.”
(Al An’am: 141)
FIRMAN ALLAH
“Dan di antara haiwan ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan
dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari rezeki yang telah
diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-
langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
(Al An’am:142)
“Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah
(Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut
(tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya
rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(Al A’raf: 56)
PENDEKATAN KE ARAH KELESTARIAN
Strong Sustainability Atau Deep Ecology
Mengurangkan permintaan terhadap bumi, mengubah penggunaan untuk menyesuaikan dengan sumber yang ada
berbanding menyesuaikan sumber yang ada dengan apa yang diminta.
Moderate Sustainability (Gabungan)
Memperkembangkan sumber yang ada, pada masa yang sama mengurangkan permintaan ke atas stok sumber
Weak Sustainability Atau Shallow Environmentalism
Menambahkan stok sumber (memperbaharui, mencari ganti, guna sumber dengan lebih berkesan, penyelesaian teknologi kepada masalah sumber yang semakin berkurangan atau pencemaran.
JEJAK EKOLOGI
(ECOLOGICAL FOOTPRINT)
Untuk mengukur sejauh mana sumber semula jadi
diperlukan oleh manusia.
jumlah tanah yang produktif dan air yang
diperlukan untuk membekalkan sumber makanan,
minuman, tempat tinggal dan lain-lain bagi
kegunaan setiap manusia dan keupayaan bumi
menyerap kembali bahan buangan yang dijanakan.
Jika penggunaan sumber asli dan penjanaan bahan
buangan semakin meningkat, maka semakin
besarlah ukuran jejak ekologi (Era Hijau, 2007).