Upload
tranhanh
View
291
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA
Pertumbuhan ekonomi meningkat pada suku kedua
Walaupun permintaan dalam negeri Malaysia terus kukuh, kelemahan yang berpanjangan dalam sektor luar telah memberi kesan kepada prestasi pertumbuhan keseluruhan. Pada suku kedua, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.3% (S1 2013: 4.1%). Penggunaan swasta terus berkembang, manakala pertumbuhan dalam pembentukan modal tetap kasar disokong oleh aktiviti pelaburan sektor swasta dan perusahaan awam. Eksport mencatat penurunan yang lebih besar berikutan prestasi yang lembap bagi kebanyakan produk eksport.
Berdasarkan pelarasan musim suku tahunan (quarter-on-quarter seasonally adjusted), ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 1.4% (S1 2013: -0.4%).
Permintaan dalam negeri kekal teguh
Permintaan dalam negeri berkembang sebanyak 7.3% pada suku kedua (S1 2013: 8.2%), dirangsang oleh perbelanjaan isi rumah dan perniagaan yang berterusan serta sokongan berterusan daripada perbelanjaan sektor awam.
Penggunaan swasta berkembang sebanyak 7.2% pada suku kedua (S1 2013: 7.5%), disokong oleh keadaan pekerjaan yang stabil dan pertumbuhan upah yang berterusan dalam sektor berorientasikan dalam negeri. Penggunaan awam bertambah baik pada suku kedua (11.1%; S1 2013: 0.1%), mencerminkan terutamanya perbelanjaan Kerajaan yang lebih tinggi untuk bekalan dan perkhidmatan serta perbelanjaan yang berterusan bagi emolumen.
Pembentukan modal tetap kasar terus berkembang (6%; S1 2013: 13.1%); disokong oleh perbelanjaan modal sektor swasta. Pelaburan sektor swasta meningkat sebanyak 12.7% (S1 2013: 10.8%), didorong oleh perbelanjaan modal dalam subsektor perkhidmatan berkaitan pengguna seperti telekomunikasi dan harta tanah, pelaksanaan
KDNK Mengikut Komponen Perbelanjaan (pada harga malar tahun 2005)
2012 2013
S1 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan Tahunan (%)
Permintaan Dalam Negeri Agregat (tidak termasuk stok)
Penggunaan Sektor swastaSektor awam
Pembentukan Model TetapKasar
Sektor swastaSektor awam
Eksport BersihEksport Barangan dan
PerkhidmatanImport Barangan dan
Perkhidmatan
14.09.18.6
11.0
26.225.627.2
-40.4
1.6
8.3
11.88.48.0
10.1
20.722.417.9
-33.1
1.9
7.7
8.26.17.50.1
13.110.817.3
-36.4
-0.6
3.6
7.38.07.2
11.1
6.012.7-6.4
-41.6
-5.2
-2.0
7.77.17.45.8
9.311.84.7
-38.7
-2.9
0.8
KDNK 5.6 5.4 4.1 4.3 4.2
KDNK (Pelarasan musim suku tahunan) 1.3 - -0.4 1.4 -
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
GFCF by Type of Assets
43.0 47.6 45.6 43.6 46.4 48.8 46.8 45.7 46.4 51.0
48.4 42.7 44.7 47.2 45.2 42.6 45.2 45.6 45.9 40.0
8.6 9.7 9.6 9.2 8.4 8.6 8.0 8.7 7.7 8.9
0
20
40
60
80
100
1Q 2011
2Q 3Q 4Q 1Q 2012
2Q 3Q 4Q 1Q 2013
2Q
Other assets* Machinery & equipment Structures
* Other assets include mineral exploration, research & development, etc
Source: Department of Statistics, Malaysia
% share to real GFCF
PMTK Mengikut Jenis Aset
43.0 47.6 45.6 43.6 46.4 48.8 46.8 45.7 46.4 51.0
48.4 42.7 44.7 47.2 45.2 42.6 45.2 45.6 45.9 40.0
8.6 9.7 9.6 9.2 8.4 8.6 8.0 8.7 7.7 8.9
0
20
40
60
80
100
S1 2011
S2 S3 S4 S1 2012
S2 S3 S4 S1 2013
S2
Aset lain* Jentera & peralatan Struktur
* Aset lain termasuk explorasi mineral, penyelidikan & pembangunan, dan lain-lain
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
% pembahagian peratusan PMTK
Bahagian2012(%)
2012 2013
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
PertanianPerlombonganPerkilanganPembinaanPerkhidmatan
7.38.4
24.93.5
54.6
-4.62.25.7
21.56.6
-1.31.25.1
18.56.2
6.0-1.90.3
14.25.9
0.44.13.39.94.8
3.11.01.9
12.05.4
KDNK Benar 100.01 5.6 5.4 4.1 4.3 4.2
KDNK Benar (Pelarasan musim suku tahunan) - 1.3 - -0.4 1.4 -1 Angka-angka tidak terjumlah disebabkan oleh penggenapan dan pengecualian komponen
duti import
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
KDNK Mengikut Aktiviti Ekonomi (pada harga malar tahun 2005)
43
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
Pengenalan Siri KDNK Pelarasan Bermusim
Pengenalan
Mulai suku kedua 2013, Jabatan Perangkaan Malaysia (Department of Statistics Malaysia, DOSM) akan menyiarkan siri data pelarasan bermusim (seasonally adjusted, SA) bagi Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia (KDNK) dan komponen utamanya. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha DOSM untuk menambah baik sumber-sumber data yang tersedia untuk tujuan analisis ekonomi. Dengan adanya data pelarasan bermusim, analisis akan boleh dibuat berdasarkan pertumbuhan berbanding suku tahun sebelumnya (quarter-on-quarter, q-o-q) yang lebih sensitif kepada momentum semasa jika dibandingkan dengan pertumbuhan berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya (year-on-year, y-o-y). Yang nyata, pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q akan memudahkan pengenalpastian titik-titik peralihan (turning points) pada peringkat awal berbanding dengan pertumbuhan y-o-y. Amalan penggunaan KDNK pelarasan bermusim dan analisis pertumbuhan q-o-q adalah selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, seperti ditunjukkan oleh penggunaannya yang meluas dalam ekonomi maju dan serantau1.
Apakah pelarasan bermusim?
Banyak data siri masa (time series) ekonomi dipengaruhi oleh faktor bermusim, yang turun naiknya boleh dijangka berdasarkan sesuatu tempoh pada tahun itu. Ini termasuk musim cuti dan musim perayaan yang lazim (contohnya Hari Raya Aidil Fitri dan Tahun Baharu Cina), faktor-faktor berkaitan cuaca (contohnya musim tengkujuh dan keadaan cuaca kering yang boleh dijangka) dan kesan hari urus niaga (berkaitan dengan bilangan hari bekerja dalam setiap suku tahun). Corak faktor-faktor bermusim ini telah menyebabkan turun naik dalam KDNK suku tahunan yang tidak mencerminkan asas kekukuhan ekonomi2. Pelarasan bermusim ialah proses menganggarkan dan melaraskan turun naik secara bermusim dalam siri data ini. Hasilnya, turun naik suku tahunan KDNK pelarasan bermusim akan mencerminkan dengan lebih baik perubahan dalam trend asas, pergerakan kitaran perniagaan dan kejutan tidak lazim yang mempengaruhi ekonomi, di samping mengurangkan gangguan disebabkan oleh turun naik secara bermusim (Rajah 1).
DOSM menggunakan prosedur Pelarasan Bermusim bagi Malaysia (Seasonal Adjustment for Malaysia, SEAM) untuk melaraskan secara bermusim anggaran KDNK Malaysia3. SEAM menggunakan dua kaedah: (1) Kaedah X-12-ARIMA yang diterima pakai secara meluas4 dan (2) pembetulan berdasarkan pergerakan cuti yang khusus bagi Malaysia. Kaedah X-12-ARIMA membuat anggaran dan membuat pembetulan bagi pelarasan bermusim yang stabil (corak bermusim yang tidak berubah mengikut kalendar Gregori, contohnya hari Krismas) dan cuti hari Easter. Berikutnya, kaedah regresi digunakan untuk mencakupi hari cuti yang berubah-ubah di Malaysia yang ditentukan oleh kalendar dalam setiap agama5 dan tidak dicakupi oleh Kaedah X-12-ARIMA. Ini membolehkan anggaran yang lebih tepat bagi KDNK pelarasan bermusim di Malaysia.
1 Ekonomi maju (termasuk Amerika Syarikat, kawasan euro dan Jepun) dan rakan serantau (termasuk RR China, Korea, Filipina, Singapura dan Thailand) menyiarkan data KDNK pelarasan bermusim dan pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q.
2 Contohnya, penutupan kilang disebabkan oleh cuti panjang akan membawa kepada pengeluaran yang lebih rendah daripada biasa dalam sesuatu suku tahunan tertentu, walaupun tanpa kejutan atau kelembapan ketara.
3 Sila rujuk Norhayati Shuja, Mohd Alias Lazim, dan Yap Bee Wah (2007) “Moving Holiday Effects Adjustment for Malaysian Economic Time Series”, Jabatan Perangkaan Malaysia untuk maklumat lanjut.
4 X-12-ARIMA dibangunkan oleh United States Census Bureau.5 Kalendar berdasarkan agama di Malaysia kebiasaannya mengikut kalendar pergerakan bulan dan tidak selari dengan kalendar Gregori.
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
44
6 Pertumbuhan y-o-y tidak sensitif kepada corak bermusim yang berlaku pada suku tahun yang sama setiap tahun.
Bagaimanakah data pelarasan bermusim berguna?
Dengan menggunakan data bukan pelarasan bermusim (non-seasonally adjusted, NSA), hanya pertumbuhan y-o-y boleh memberikan kefahaman mendalam yang berguna untuk dianalisis pada asas suku tahunan. Pertumbuhan y-o-y secara tersirat dilaraskan untuk mengambil kira faktor bermusim kerana pertumbuhan y-o-y membandingkan KDNK suku tahun tertentu dengan suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya (Rajah 2). Sebaliknya, pertumbuhan q-o-q bagi KDNK bukan pelarasan bermusim adalah kurang bermakna kerana NSA dipengaruhi oleh turun naik suku tahunan secara bermusim (Rajah 3). Dengan adanya data pelarasan bermusim, analisis ekonomi dapat terus dipertingkatkan dengan membolehkan analisis pelarasan bermusim q-o-q yang lebih sensitif kepada momentum semasa berbanding dengan pertumbuhan y-o-y. Ini disebabkan oleh titik rujukan yang digunakan dalam pengiraan kedua-dua kadar pertumbuhan tersebut. Pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q dikira berasaskan suku tahun sebelumnya, lantas menunjukkan sejauh mana ekonomi negara telah berkembang sejak suku tahun sebelum itu. Sebaliknya, pertumbuhan y-o-y menunjukkan magnitud sejauh mana ekonomi telah berkembang berbanding dengan empat suku tahunan sebelumnya, lantaran kurang sensitif kepada momentum semasa. Pertumbuhan q-o-q (pelarasan bermusim) (skala kanan)
Pertumbuhan y-o-y
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Rajah 6: Pertumbuhan q-o-q adalah lebih tidak menentu berbanding dengan pertumbuhan tahunan
% %
KDNK pelarasan bermusimKDNK bukan pelarasan bermusim
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Rajah 1: Pelarasan bermusim menyingkirkan turun naik yang boleh dijangka dalam KDNK
130
140
150
160
170
180
190
200
S2 ‘05
S4 S2 ‘06
S4 S2 ‘07
S4 S2 ‘08
S4 S2 ‘09
S4 S2 ‘10
S4 S2 ‘11
S4 S2 ‘12
S4 S2 ‘13
RM bilion
-4
-3
-2
-1
0
1
2
3
4
-16
-12
-8
-4
0
4
8
12
16
S2 ‘06
S4 S2 ‘07
S4 S2 ‘08
S4 S2 ‘09
S4 S2 ‘10
S4 S2 ‘11
S4 S2 ‘12
S4 S2 ‘13
45
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
Memandangkan sensitivitinya, pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q merupakan alat yang sangat berguna untuk mengenal pasti titik peralihan penting bagi pertumbuhan ekonomi pada peringkat awal. Ini boleh dilihat pada S2 2008 (kemerosotan akibat krisis kewangan global) dan pada S2 2009 (pemulihan daripada kemerosotan). Pada S2 2008, pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q menunjukkan tanda-tanda kelembapan ekonomi (+0.5%; S1 2008: +2.4%), manakala pertumbuhan y-o-y kekal kukuh secara relatif (Rajah 4). Ekonomi negara kemudiannya menguncup disebabkan oleh permintaan global yang lebih lemah. Namun, pada S2 2009, ekonomi mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan, seperti ditunjukkan dalam penunjuk terkini. Meskipun pertumbuhan y-o-y masih negatif, KDNK pelarasan musim meningkat sebanyak 2.5% pada asas q-o-q pada S2 2009 lantas menyarankan bahawa KDNK telah pulih daripada paras terendahnya (Rajah 5). Oleh itu, keadaan ini menunjukkan bahawa pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q boleh menjadi pelengkap yang sangat berguna kepada pertumbuhan y-o-y untuk mengenal pasti dengan lebih awal titik peralihan penting dalam kitaran perniagaan.
momentum. Figure 3: Q-o-q growth requires SA data for more effective analysis!
Rajah 2: Pertumbuhan y-o-y hampir sama bagi kedua-dua siri kerana ia merupakan pelarasan bermusim yang tersirat
-8 -6 -4 -2 0 2 4 6 8
10 12
S2 ‘06
S4 S2 ‘07
S4 S2 ‘08
S4 S2 ‘09
S4 S2 ‘10
S4 S2 ‘11
S4 S2 ‘12
S4 S2 ‘13
Pertumbuhan y-o-y (pelarasan bermusim)Pertumbuhan y-o-y (bukan pelarasan bermusim)
%
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Pertumbuhan q-o-q (pelarasan bermusim)Pertumbuhan q-o-q (bukan pelarasan bermusim)
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
-10
-8 -6 -4 -2 0 2 4 6 8
S2 ‘06
S4 S2 ‘07
S4 S2 ‘08
S4 S2 ‘09
S4 S2 ‘10
S4 S2 ‘11
S4 S2 ‘12
S4 S2 ‘13
Rajah 3: Pertumbuhan q-o-q memerlukan data pelarasan bermusim untuk analisis lebih berkesan
%
Pertumbuhan q-o-q (pelarasan bermusim) (skala kanan) Pertumbuhan y-o-y
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Rajah 5: Pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q menunjukkan momentum kembali pulih pada S2 2009
% %
Pertumbuhan q-o-q (pelarasan bermusim) (skala kanan) Pertumbuhan y-o-y
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Rajah 4: Pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q menunjukkan momentum yang semakin lemah pada S2 2008
% %
6.6%
0.5%
-4
-3
-2
-1
0
1
2
3
-16
-12
-8
-4
0
4
8
12
S1 ‘06
S2 S3 S4 S1 ‘07
S2 S3 S4 S1‘08
S2 S3 S4
-3.7%
2.5%
-4
-3
-2
-1
0
1
2
3
4
-16
-12
-8
-4
0
4
8
12
16
S1 ‘07
S2 S3 S4 S1 ‘08
S2 S3 S4 S1 ‘09
S2 S3 S4
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
46
Walau bagaimanapun, sensitiviti pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q terhadap momentum semasa juga bermakna bahawa ia lebih tidak menentu berbanding dengan pertumbuhan y-o-y (Rajah 6). Oleh itu, kesimpulan mengenai momentum pertumbuhan yang berasaskan kepada pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q bagi sesuatu suku tahunan mungkin mengelirukan. Sebaliknya, sebarang trend perlu disahkan oleh titik data seterusnya untuk memastikan jika sebarang perubahan dalam momentum pertumbuhan semasa mencerminkan kejutan sementara atau anjakan ketara dalam trajektori pertumbuhan. Yang lebih penting adalah untuk memperlengkap analisis semasa dengan penunjuk serentak dan penunjuk pendahulu (concurrent and leading indicators) serta pengawasan secara langsung. Ini akan membolehkan penilaian yang lebih mantap mengenai keadaan asas ekonomi.
Pertumbuhan q-o-q (pelarasan bermusim) (skala kanan)Pertumbuhan y-o-y
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Rajah 6: Pertumbuhan q-o-q adalah lebih tidak menentu berbanding dengan pertumbuhan tahunan
% %
KDNK pelarasan bermusimKDNK bukan pelarasan bermusim
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Rajah 1: Pelarasan bermusim menyingkirkan turun naik yang boleh dijangka dalam KDNK
130
140
150
160
170
180
190
200
S2 ‘05
S4 S2 ‘06
S4 S2 ‘07
S4 S2 ‘08
S4 S2 ‘09
S4 S2 ‘10
S4 S2 ‘11
S4 S2 ‘12
S4 S2 ‘13
RM bilion
-4
-3
-2
-1
0
1
2
3
4
-16
-12
-8
-4
0
4
8
12
16
S2 ‘06
S4 S2 ‘07
S4 S2 ‘08
S4 S2 ‘09
S4 S2 ‘10
S4 S2 ‘11
S4 S2 ‘12
S4 S2 ‘13
KekuranganKelebihan
Pertumbuhan y-o-y • Pelarasan bermusim yang tersirat• Kurang ketidaktentuan
• Kurang sensitif kepada momentum semasa
• Pengesanan titik peralihan yang lebih lambat
Pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q
• Lebih sensitif kepada momentum semasa
• Pengenalpastian titik peralihan yang lebih cepat
• Lebih ketidaktentuan
Jadual Ringkasan: Perbandingan antara pertumbuhan y-o-y dengan pertumbuhan q-o-q
47
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
Rumusan
Sebagai rumusan, anggaran KDNK pelarasan bermusim membolehkan pengiraan pertumbuhan q-o-q yang lebih wajar bagi Malaysia. Pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q berperanan sebagai alat tambahan yang memberikan kefahaman yang lebih mendalam mengenai keadaan asas ekonomi. Memandangkan sensitivitinya kepada momentum semasa dan keupayaannya untuk mengesan titik peralihan pada peringkat awal, pertumbuhan pelarasan bermusim q-o-q merupakan pelengkap berguna kepada pertumbuhan y-o-y untuk analisis ekonomi. Walau bagaimanapun, memandangkan pelarasan bermusim q-o-q bersifat lebih tidak menentu, analisis perlu dilengkapi dengan penunjuk terkini serta pengawasan secara langsung untuk menentukan momentum pertumbuhan dengan lebih baik.
Bahan Tambahan
1) Rencana dalam jurnal terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia yang membincangkan Pelarasan Bermusim bagi Malaysia (Seasonal Adjustment for Malaysia, SEAM)
Norhayati Shuja, Mohd Alias Lazim dan Yap Bee Wah (2007) “Moving Holiday Effects Adjustment for Malaysian Economic Time Series”, Jabatan Perangkaan, Malaysia http://www.statistics.gov.my/portal/download_journals/files/2007/Volume1/Contents_holiday.pdf
2) Nota Teknikal Pelarasan Bermusim untuk Anggaran KDNK Malaysia. http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=1414
&Itemid=111&lang=en
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
48
projek infrastruktur yang berterusan serta peningkatan kapasiti dalam sektor minyak dan gas. Sementara itu, pelaburan awam merosot sebanyak 6.4% (S1 2013:17.3%). Perbelanjaan modal yang berterusan oleh perusahaan awam, khususnya dalam sektor minyak dan gas, serta telekomunikasi dan utiliti, telah diimbangi oleh perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan yang lebih rendah. Dari segi jenis aset, aktiviti pelaburan didorong terutamanya oleh pelaburan struktur (structures investment) (10.9%; S1 2013: 12.9%), manakala pelaburan dalam jentera dan kelengkapan merosot (-0.5%; S1 2013: 15.1%).
Sektor ekonomi utama disokong oleh permintaan dalam negeri yang terus kukuh
Dari segi penawaran, sektor perkhidmatan dan perkilangan terus berkembang, didorong sebahagian besarnya oleh subsektor berkaitan pasaran dalam negeri. Pertumbuhan sektor perlombongan kembali positif berikutan pengeluaran gas asli dan minyak mentah yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pertumbuhan sektor pertanian menjadi sederhana, akibat pengeluaran getah asli yang jatuh dengan ketara dan pertumbuhan pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih perlahan. Pertumbuhan dalam sektor pembinaan kekal kukuh, didorong oleh subsektor kejuruteraan awam dan kediaman.
Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan sebanyak 4.8% pada suku kedua (S1 2013: 5.9%), disokong terutamanya oleh subsektor yang menyokong permintaan dalam negeri. Subsektor perdagangan borong dan runcit berkembang sebanyak 5.0% (S1 2013: 5.9%). Pertumbuhan segmen runcit disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang terus kukuh, manakala segmen borong pula menjadi sederhana sejajar dengan aktiviti perdagangan yang lebih perlahan. Dalam subsektor komunikasi, pertumbuhan kekal teguh (9.8%; S1 2013: 9.0%), mencerminkan permintaan yang berterusan terhadap perkhidmatan komunikasi data. Prestasi subsektor pengangkutan dan penyimpanan adalah lebih baik pada 4.2% (S1 2013: 3.8%). Ini disebabkan oleh pertumbuhan yang kukuh dalam aktiviti pengangkutan darat, hasil daripada aktiviti pengeluaran untuk pasaran dalam negeri, dan pengembangan dalam industri penerbangan. Perkembangan ini telah lebih daripada mengimbangi kesan persekitaran luar yang lebih lemah ke atas subsektor pengangkutan dan penyimpanan. Pertumbuhan dalam subsektor kewangan dan insurans menguncup sedikit sebanyak 0.2% (S1 2013: 6.2%), kesan daripada pertumbuhan yang lebih perlahan dalam premium insurans, terutamanya insurans hayat. Selain itu, pendapatan bank daripada aktiviti pembiayaan juga mencatat peningkatan yang lebih perlahan disebabkan oleh pertumbuhan pinjaman yang sederhana.
Bahagian2012(%)
2012 2013
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Perkhidmatan Pengantara 41.0 7.2 6.2 6.3 4.0 5.1
Kewangan & insuransHarta tanah & perkhidmatan perniagaanPengangkutan & penyimpananKomunikasi
17.210.16.77.0
6.67.75.99.5
4.37.35.99.5
6.26.33.89.0
-0.26.94.29.8
2.96.64.09.4
Perkhidmatan Akhir 59.0 6.2 6.1 5.7 5.4 5.5
Perdagangan borong & runcitPenginapan & restoranUtilitiPerkhidmatan KerajaanPerkhidmatan lain
26.14.54.6
14.79.2
6.16.84.38.34.2
6.26.54.67.74.1
5.96.23.96.05.2
5.04.94.16.65.3
5.45.64.06.35.2
Jumlah Perkhidmatan 100.01 6.6 6.2 5.9 4.8 5.4
1 Angka-angka tidak terjumlah disebabkan oleh penggenapan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Prestasi Sektor Perkhidmatan (nilai ditambah pada harga malar tahun 2005)
49
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
Sektor perkilangan terus berkembang pada suku kedua (3.3%; S1 2013: 0.3%), disebabkan terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang terus kukuh. Pertumbuhan industri berorientasikan dalam negeri meningkat kepada 8.3% (S1 2013: 2.4%), hasil daripada pengeluaran kelengkapan pengangkutan dan keluaran logam rekaan berkaitan pembinaan
yang lebih tinggi. Industri berorientasikan eksport mencatat pertumbuhan sebanyak 1.8% (S1 2013: -0.5%), terutamanya hasil daripada pengeluaran produk kimia dan petroleum bertapis yang lebih tinggi.
Kadar penggunaan kapasiti keseluruhan dalam sektor perkilangan kekal mampan pada
2012 2013
S2 ST1 S1 S2 ST1
Indeks
Indeks Sentimen Pengguna MIERIndeks Perdagangan Runcit MIERIndeks Pasaran Pelancongan MIER
114.9119.4117.3
114.6102.4121.3
122.9101.0115.5
109.7104.9112.6
116.3103.0114.1
Perubahan tahunan (%)
Ketibaan pelancongJumlah penumpang di kesemua lapangan terbang Jumlah kredit penggunaan terkumpulJumlah pinjaman terkumpulPinjaman terkumpul kepada perdagangan borong & runcit, hotel & restoran Import barangan penggunaanJumlah jualan kenderaan bermotorKargo kontena yang dikendali (Pelabuhan Klang dan PTP)
4.31.97.5
12.611.310.713.74.2
2.44.17.5
12.611.315.26.65.8
15.99.17.7
10.614.2-0.613.9-0.4
t.d.17.11
7.19.1
14.76.9
-4.30.5
t.d.12.32
7.19.1
14.73.34.10.1
1 April-Mei2 Jan-Mei Sumber: Pelbagai sumber
Penunjuk Suku Tahunan Terpilih Sektor Perkhidmatan
Bahagian2012(%)
2012 2013
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan Tahunan (%)
Nilai Ditambah (RM juta pada harga malar tahun 2005) 5.7 5.1 0.3 3.3 1.9
Pengeluaran Perkilangan Keseluruhan1 100.0 5.8 5.2 0.2 3.4 1.8
Industri berorientasikan eksport Kelompok elektronik dan keluaran elektrik antaranya:
ElektronikKeluaran elektrik
Kelompok keluaran berkaitan antaranya:
Kimia dan keluaran kimiaKeluaran petroleumKeluaran getahPemprosesan di luar estet
Industri berorientasikan pasaran dalam negeri Kelompok berkaitan pembinaan
antaranya:Keluaran berkaitan pembinaan Keluaran logam yang direka
Kelompok keluaran berkaitan pengguna antaranya:
Kelengkapan pengangkutanMakanan, minuman & keluaran tembakau
80.232.3
21.410.947.9
17.415.82.53.7
19.88.3
5.52.8
11.5
4.37.2
5.12.9
3.02.86.2
10.89.54.1
-15.4
8.24.8
2.67.6
11.3
14.610.2
4.01.5
-0.23.75.4
9.96.53.7
-7.8
9.16.5
1.812.311.4
12.110.8
-0.51.1
8.1-7.0-1.3
3.5-11.412.111.9
2.42.7
-3.79.62.1
8.5-1.0
1.81.3
8.4-7.72.1
4.50.77.20.2
8.37.9
-8.227.38.7
21.9-0.6
0.71.2
8.2-7.40.4
4.0-5.69.65.8
5.45.4
-6.118.45.4
15.0-0.8
1 Indeks Pengeluaran Perindustrian (2005=100)
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Prestasi Sektor Perkilangan
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
50
Bahagian2012(%)
2012 2013
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Nilai Ditambah (pada harga malar
tahun 2005)
Pengeluaran Antaranya:
Minyak mentah dan kondensat
Gas asli
100
--
2.2
5.7-0.8
1.2
3.01.6
-1.9
-2.40.3
4.1
2.18.1
1.0
-0.24.0
Sumber: PETRONASJabatan Perangkaan Malaysia
Prestasi Sektor Perlombongan
Prestasi Sektor Pertanian
Share2012(%)
2012 2013
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Nilai Ditambah (pada harga malar
tahun 2005)Tanaman Industri
antaranya:Kelapa SawitGetah
Tanaman Makananantaranya:
PerikananTernakan
100.055.7
36.58.2
44.3
14.411.7
-4.6-12.0
-17.50.1
5.9
-0.27.3
-1.3-5.9
-8.6-5.0
4.7
-2.18.9
6.05.4
14.6-2.2
6.7
6.96.7
0.4-5.6
1.2-26.2
7.3
1.38.1
3.1-0.1
7.7-13.7
7.0
4.07.4
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
2012 2013
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Nilai kerja pembinaanKelulusan perumahanPermit jualan dan pengiklanan perumahan baharuPengeluaran1 bahan berkaitan
pembinaanProduk berstruktur logamBesi dan keluliProduk tanah liat dan seramik
berstruktur bukan refaktoriKonkrit siap dibancuh
Pinjaman untuk sektor pembinaanKelulusanPengeluaran
35.3126.9
13.9
4.83.1
-2.0
8.923.8
-9.017.8
24.6101.7
13.2
6.523.7-6.8
6.121.2
12.316.8
16.3-19.0
-14.8
2.716.16.6
-6.323.1
-28.923.5
11.6-48.1
7.4
7.961.4-1.6
-8.217.8
-5.825.3
13.8-35.6
-3.2
5.437.02.2
-7.320.2
-18.724.6
1 Indeks Pengeluaran Perindustrian (2005=100)
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Penunjuk bagi Sektor Pembinaan
suku kedua (S1 dan S2 2013: 79%). Industri berorientasikan eksport dan dalam negeri masing-masing beroperasi pada 79% dan 76% daripada jumlah kapasiti (S1 2013: masing-masing 80% dan 74%).
Sektor perlombongan kembali pulih untuk mencatat pertumbuhan positif sebanyak 4.1% (S1 2013: -1.9%) disebabkan oleh pengeluaran gas asli dan minyak mentah yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, sektor pertanian mencatat pertumbuhan yang sederhana sebanyak 0.4% (S1 2013: 6.0%). Pengeluaran getah asli jatuh dengan ketara kerana pekebun kecil mengurangkan kekerapan menoreh berikutan kejatuhan harga getah. Selain itu, pengeluaran minyak sawit mentah kembali ke paras normalnya untuk mencatat kadar pertumbuhan yang lebih sederhana.
Dalam sektor pembinaan, pertumbuhan kekal kukuh (9.9%; S1 2013: 14.2%), didorong oleh subsektor kejuruteraan awam dan kediaman. Projek infrastruktur serta projek minyak dan gas, seperti MRT, loji jana kuasa Tanjung Bin dan Janamanjung serta Saluran Gas Sabah-Sarawak, kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan dalam subsektor ini. Pembinaan harta kediaman mewah di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sabah menyokong pertumbuhan dalam subsektor kediaman.
Capacity utilisation rate in the manufacturing sector*
OverallIPI (RHS)Domestic-oriented industries
Export-oriented industries
* Beginning 2012, the capacity utilisation rate in the manufacturing sector has been rebased from value-add in year 2006 to value-add in year 2009
Source: Bank Negara Malaysia & Department of Statistics, Malaysia
% Index
Kadar penggunaan kapasiti dalam sektor perkilangan*
KeseluruhanIndeks Pengeluaran Perindustrian (skala kanan)Industri berorientasikan pasaran dalam negeri
Industri berorientasikan eksport
* Mulai 2012, kadar penggunaan kapasiti dalam sektor perkilangan telah diasaskan semula daripada nilai tambah tahun 2006 kepada nilai tambah tahun 2009
Sumber: Bank Negara Malaysia & Jabatan Perangkaan Malaysia
% Indeks
80 85 90 95 100 105 110 115 120 125 130
45 50 55 60 65 70 75 80 85 90
1Q 2008 2Q 3Q 4Q 1Q
2009 2Q 3Q 4Q 1Q
2010 2Q 3Q 4Q 1Q
2011 2Q 3Q 4Q 1Q
2012 2Q 3Q 4Q 1Q
2013 2Q
80 85 90 95 100 105 110 115 120 125 130
45 50 55 60 65 70 75 80 85 90
1Q 2008 2Q 3Q 4Q 1Q
2009 2Q 3Q 4Q 1Q
2010 2Q 3Q 4Q 1Q
2011 2Q 3Q 4Q 1Q
2012 2Q 3Q 4Q 1Q
2013 2Q
51
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
Inflasi lebih tinggi pada suku kedua
Kadar inflasi, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), adalah lebih tinggi pada 1.8% pada suku kedua (S1 2013: 1.5%). Kenaikan ini disebabkan terutamanya oleh peningkatan harga dalam kategori makanan dan minuman bukan alkohol dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.
Inflasi dalam kategori makanan dan minuman bukan alkohol meningkat kepada 3.5% pada suku kedua (S1 2013: 2.9%) memandangkan penurunan dalam bekalan berikutan cuaca yang lebih panas telah menyebabkan kenaikan harga ayam (S2 2013: 9.1%; S1 2013: 6.9%). Inflasi dalam kategori perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api lain juga lebih tinggi pada 1.8% (S1 2013: 1.3%), mencerminkan kenaikan kadar sewa pada suku itu.
Kadar inflasi yang tinggi bagaimanapun telah diimbangi sebahagiannya oleh inflasi yang lebih rendah dalam kategori pelbagai barangan dan perkhidmatan (S2 2013: 0.4%; S1 2013: 1.3%) disebabkan oleh harga barang kemas yang lebih rendah.
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) mencatat penurunan tahunan yang lebih besar sebanyak 4.1% pada suku kedua (S1 2013: -3.4%). Dari segi komposisi, harga komponen berkaitan komoditi dan bukan berkaitan komoditi masing-masing merosot sebanyak 10.8% dan 0.2% (S1 2013: masing-masing
Sumbangan kepada Inflasi
Sumber: Bank Negara Malaysia
S1 ‘13 S2 ‘13
IHP keseluruhanMakanan dan minuman bukan alkohol
Perumahan, air, elektrik, gas danbahan api lain
Restoran dan hotel
Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraanisi rumah
PengangkutanMinuman alkohol dan tembakau
Pendidikan
Pelbagai barangan dan perkhidmatan
Kesihatan
Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan
Pakaian dan kasut
Komunikasi
mata peratusan
Contribution to Consumer Price Inflation
1Q ‘13 2Q ‘13
Source: Bank Negara Malaysia
All Items
Food and non-alcoholic beverages
Housing, water, electricity, gas and other fuelsRestaurants and hotels
Furnishings, household equipment androutine household maintenance
TransportAlcoholic beverages and tobacco
Education
Miscellaneous goods and services
Health
Recreation services and culture
Clothing and footwear
Communication
percentage points -0.5 0.0 0.5 1.0 1.5 2.0
-0.5 0.0 0.5 1.0 1.5 2.0
-9.5% dan +0.2%). Harga komponen tempatan dan diimport juga terus merosot, masing-masing sebanyak 5.2% dan 1.6% (S1 2013: masing-masing -4.6% dan -0.5%).
Keadaan pasaran pekerja stabil pada suku kedua
Keadaan guna tenaga bertambah baik pada suku kedua, dengan jumlah guna tenaga purata sebanyak 13.08 juta orang pada dua bulan pertama suku kedua, iaitu pertambahan pekerjaan bersih sebanyak 244,000 orang berbanding suku sebelumnya. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran naik sedikit kepada 3.2% pada bulan April-Mei (S1 2013: 3.1%), disebabkan oleh kadar peningkatan yang lebih cepat dalam jumlah tenaga kerja. Permintaan terhadap pekerja pada suku kedua juga bertambah seperti ditunjukkan oleh jumlah jawatan kosong yang lebih tinggi dalam Portal JobsMalaysia (353,261 jawatan; S1 2013: 322,146 jawatan).
Keadaan Pasaran Pekerja
Kekosongan Jawatan ('000 jawatan) Pemberhentian Pekerja (bil. org)
Kekosongan Jawatan (skala kiri) Pemberhentian Pekerja (skala kanan)
Mulai tahun 2012, data kekosongan jawatan tidak boleh dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya ekoran pengelasan semula data
Sumber: Kementerian Sumber Manusia
Nota:
Labour Market Conditions
Vacancies ('000 positions) Retrenchments (persons)
Vacancies (LHS) Retrenchments (RHS)
Vacancies data from 2012 onwards is not comparable to previous years due to a reclassification exercise
Source: Ministry of Human Resources
Note:
0 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000
0 200 400 600 800
1,000
Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 2010 2011 2012 2013
0 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000
0 200 400 600 800
1,000
S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2010 2011 2012 2013
Kementerian Sumber Manusia melaporkan peningkatan yang nyata dalam jumlah pemberhentian pekerja kepada 4,854 orang daripada 2,058 orang pada suku sebelumnya. Namun, 71% daripada jumlah pemberhentian pekerja disebabkan oleh sebuah firma pada bulan Mei berikutan masalah khusus yang berkaitan dengan firma berkenaan. Sementara itu, pertumbuhan upah agregat benar sektor perkilangan menjadi sederhana kepada 5.7% (S1 2013: 6.4%), disebabkan oleh kenaikan upah yang lebih rendah dalam industri berorientasikan eksport.
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
52
Sektor luaran sederhana sejajar dengan ekonomi global yang lemah
Lebihan akaun semasa pada suku kedua berjumlah RM2.6 bilion atau bersamaan dengan 1.1% daripada PNK, disebabkan oleh lebihan akaun barangan yang lebih rendah serta defisit perkhidmatan dan aliran keluar akaun pendapatan yang berterusan.
Lebihan perdagangan adalah lebih rendah kepada RM8.2 bilion pada suku kedua (S1 2013: RM16.3 bilion), berikutan penguncupan selanjutnya dalam eksport kasar sementara import kasar terus berkembang, walaupun pada kadar yang lebih sederhana.
2012 2013
S2 ST1 S1 S2 ST1
RM bilion
Akaun Semasa (% daripada PNK)
BaranganPerkhidmatanPendapatan primerPendapatan sekunder
Akaun Kewangan Pelaburan langsung
AsetLiabiliti
Pelaburan portfolioAsetLiabiliti
Derivatif kewanganPelaburan lain
Sektor awamSektor swasta
Kesilapan dan ketinggalan bersih2
7.93.6
29.8-4.4
-12.8-4.6
6.54.6
-6.711.3-4.9-3.8-1.11.05.8
-0.36.1
-1.7
24.85.7
65.7-9.5
-21.5-10.0
-3.7-4.8
-28.223.420.2-11.431.51.0
-20.0-1.0
-19.0
-15.4
8.73.9
24.7-3.4-8.8-3.8
1.0-2.2
-11.59.43.9
-5.39.20.2
-0.9-0.7-0.2
-5.6
2.61.1
18.7-3.7-8.4-4.1
5.2-7.9
-15.47.43.7
-11.014.7-1.410.8-1.312.1
-6.2
11.22.5
43.3-7.1
-17.2-7.9
6.2-10.1-26.916.87.6
-16.423.9-1.29.9
-2.011.9
-11.8
Imbangan Keseluruhan 12.7 5.5 4.0 1.5 5.6
1 Aset: (-) menunjukkan aliran keluar disebabkan oleh pemerolehan aset di luar negeri oleh pemastautin Liabiliti: (+) menunjukkan aliran masuk disebabkan oleh liabiliti asing Mengikut Edisi Keenam Manual Imbangan Pembayaran dan Kedudukan Pelaburan Antarabangsa (BPM6) oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)2 Termasuk penambahan/pengurangan nilai rizab antarabangsa hasil daripada penilaian semula pertukaran asing dalam tempoh tinjauan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Imbangan Pembayaran1
Eksport kasar menguncup pada suku kedua (-5.1%; S1 2013: -2.4%), mencerminkan terutamanya eksport komoditi yang lebih rendah lantaran kejatuhan harga yang berterusan bagi semua komoditi utama. Eksport E&E lebih lemah disebabkan terutamanya oleh permintaan global yang lebih rendah terhadap komputer peribadi dan keluaran elektrik manakala
Bahagian 2012 (%)
2012 2013
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Eksport KasarPerkilangan
E&EBukan E&E
Petroleum & berkaitan pertanian
Kelengkapan & logamPelbagai barangan
perkilanganKomoditi
MineralPertanian
Import KasarBarangan pengantaraBarangan modalBarangan penggunaanEksport semula dan
barangan dua kegunaanImbangan perdagangan
(RM bilion)
100.067.032.934.1
12.912.6
8.632.120.711.4
100.061.415.97.5
15.2
–
2.82.1
-2.46.7
7.912.6
-2.73.7
16.3-12.5
8.7-0.227.110.7
37.9
21.3
3.31.6
-2.15.5
6.59.4
-1.46.4
18.6-10.3
7.8-0.822.915.2
37.0
51.1
-2.4-3.2-4.8-1.6
-3.6-0.9
0.3-1.17.4
-17.06.4
-1.712.8-0.6
39.5
16.3
-5.1-2.5-3.9-1.2
-3.8-2.4
4.7-10.8-4.7
-21.12.51.0
-6.36.9
16.8
8.2
-3.8-2.8-4.4-1.4
-3.7-1.7
2.5-5.81.5
-19.14.4
-0.32.53.3
27.5
24.6
Sumber: MATRADE dan Jabatan Perangkaan Malaysia
Akaun Perdagangan
eksport bukan E&E menerima kesan daripada kemerosotan eksport berasaskan sumber.
Import kasar berkembang pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 2.5% (S1 2013: 6.4%), disebabkan terutamanya oleh penguncupan import barangan modal (-6.3%; S1 2013: 12.8%). Kemerosotan import barangan modal dapat dilihat dalam segmen kelengkapan pengangkutan dan bukan pengangkutan. Sebaliknya, import barangan penggunaan meningkat dengan kukuh, dipacu oleh permintaan yang bertambah terhadap makanan dan minuman yang diproses serta barang tahan lama pengguna. Sementara itu, import barangan pengantara meningkat sedikit walaupun eksport perkilangan merosot, mencerminkan penambahan inventori pada suku kedua.
Akaun perkhidmatan mencatat defisit sebanyak RM3.7 bilion pada suku kedua (S1 2013: -RM3.4 bilion), disebabkan terutamanya oleh pembayaran bersih yang lebih tinggi untuk perkhidmatan pengangkutan dan pembinaan. Namun begitu, aliran masuk pendapatan perjalanan bersih meningkat meskipun ketibaan pelancong lebih rendah,
53
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
disokong oleh perbelanjaan yang lebih tinggi oleh pelancong asing di Malaysia berbanding dengan suku sebelumnya.
Defisit dalam baki pendapatan utama menurun sedikit kepada RM8.4 bilion (S1 2013: -RM8.8 bilion) disebabkan oleh pendapatan pelaburan terakru yang lebih tinggi kepada syarikat Malaysia yang melabur di luar negeri dan pendapatan pelaburan terakru yang lebih rendah kepada pelabur asing di Malaysia. Pendapatan yang lebih tinggi oleh syarikat Malaysia yang melabur di luar negeri disebabkan terutamanya oleh syarikat dalam sektor minyak dan gas, serta sektor perkhidmatan.
Akaun kewangan mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM5.2 bilion pada suku kedua (S1 2013: RM1 bilion,) mencerminkan sebahagian besarnya aliran masuk perbankan dan pelaburan langsung yang mampan oleh syarikat multinasional asing. Pada suku kedua, pemastautin Malaysia terus menambah pelaburan langsung dan aset portfolio di luar negeri. Pelaburan langsung keluar (atau perubahan dalam aset pelaburan langsung)1 lebih
Bahagian 2012 (%)
2012 2013
S2 ST1 S1 S2 ST1
Perubahan tahunan (%)
Amerika SyarikatKesatuan Eropah (EU)JepunNegara ASEAN terpilih1
Timur Laut Asia RR ChinaHong Kong SARKoreaChina Taipei
Asia Barat2
IndiaJumlah eksport
8.78.9
11.826.423.612.64.33.63.13.44.2
100.0
3.8-9.17.0
10.30.59.2
-3.2-15.2-7.5-0.97.62.8
4.6-9.810.89.8
-1.32.9
-5.6-5.0-6.8-2.81.53.3
-2.9-6.6-8.39.9
-5.0-1.7-9.0-2.9
-15.7-1.3-3.2-2.4
-4.7-3.4-8.40.7
-9.8-9.5-9.4-8.5
-12.75.3
-10.2-5.1
-3.8-5.0-8.45.2
-7.5-5.8-9.2-5.5
-14.12.1
-7.0-3.8
1Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan Vietnam2Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Oman, Iraq, Qatar, Kuwait, Jordan, Lebanon, Bahrain, Syria, Palestin, Yemen dan Iran Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Malaysia: Destinasi Eksport
besar pada RM15.4 bilion (S1 2013: RM11.5 bilion) pada suku kedua. Ini disebabkan terutamanya oleh pemberian modal ekuiti yang lebih tinggi berikutan pengambilalihan sebuah syarikat Norway oleh sebuah syarikat minyak dan gas tempatan, yang berjumlah RM7.6 bilion. Pelaburan dibuat terutamanya oleh syarikat dalam sektor minyak dan gas serta perkhidmatan, khususnya dalam subsektor kewangan dan insurans, serta maklumat dan komunikasi.
Pelaburan langsung masuk (atau perubahan dalam liabiliti pelaburan langsung) adalah rendah sedikit, dengan mencatat aliran masuk sebanyak RM7.4 bilion (S1 2013: RM9.4 bilion) meskipun pemberian modal ekuiti lebih tinggi pada suku kedua. Ini disebabkan oleh syarikat multinasional mengurangkan pendapatan tertahan di Malaysia untuk pengagihan dividen yang lebih tinggi kepada pemegang saham di luar negeri. Aliran masuk pelaburan langsung adalah menyeluruh, terutamanya oleh syarikat dalam sektor perkilangan, serta minyak dan gas.
Aliran masuk dana portfolio berjumlah RM3.7 bilion pada suku kedua (S1 2013: RM3.9 bilion) hasil daripada peningkatan pembelian
1 Malaysia menggunakan manual terkini dalam pengumpulan statistik imbangan pembayaran (BPM6) pada S1 2013. Di bawah BPM6, pelaburan langsung keluar merujuk kepada perubahan dalam aset pelaburan langsung (yang termasuk pelaburan langsung di luar negeri oleh syarikat Malaysia) manakala pelaburan langsung masuk merujuk kepada perubahan dalam liabiliti pelaburan langsung (yang termasuk pelaburan langsung asing ke Malaysia). Untuk huraian terperinci mengenai perubahan ini, sila rujuk kepada”Perkembangan Ekonomi dan Kewangan dalam Ekonomi Malaysia pada Suku Pertama 2013”, Bank Negara Malaysia dan ”Nota Penerangan Mengenai Imbangan Pembayaran, Suku Pertama 2013”, Jabatan Perangkaan Malaysia.
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
54
Hutang Luar Negeri Terkumpul2012 2013
akhir Jun akhir Mac akhir Juna
RM bilion
Hutang jangka sederhana dan panjangSektor awamSektor swasta
Hutang jangka pendek1 Jumlah hutang luar negeri
bersamaan USD bilion
160.387.373.0
110.1270.483.8
163.281.881.4
101.2264.484.8
170.382.288.0
114.4284.788.6
Hutang luar negeri/PNK (%)Rizab antarabangsa/Hutang luar negeri jangka pendek (kali)
29.93.9
27.04.3
29.03.82
1 Tidak termasuk mata wang dan deposit yang dimiliki oleh bukan pemastautin dalam institusi perbankan pemastautin
2 Berdasarkan rizab antarabangsa pada 31 Julai 2013a Awalan
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
Rizab Antarabangsa Bersih (pada akhir tempoh)
Rizab Tampungan import tertangguh (skala kanan)
Rizab berbanding dengan hutang luar negeri jangka pendek (skala kanan)
Sumber: Bank Negara Malaysia
Bulan/KaliUSD bilion
Reserves Retained import cover (RHS) Reserves/ST ext debt (RHS)
Net International Reserves (as at end period)
Source: Bank Negara Malaysia
Month/TimesUSD billion
2
4
6
8
10
12
14
70
80
90
100
110
120
130
140
150
160
J 2011
F M A M J J A S O N D J 2012
F M A M J J A S O N D J 2013
F M A M J J
as at 31 July ‘13:USD137.8 billion
9.7 months
3.8 times
2
4
6
8
10
12
14
70
80
90
100
110
120
130
140
150
160
J 2011
F M A M J J O S O N D J 2012
F M A M J J O S O N D J 2013
F M A M J J
pada 31 Julai ‘13:USD137.8 bilion
9.7 bulan
3.8 kali
oleh bukan pemastautin dalam pasaran modal domestik dalam keadaan terdapatnya pelaburan portfolio di luar negeri yang berterusan oleh peserta institusi pemastautin. Pada akhir suku kedua, terdapat juga aliran keluar dana portfolio asing dalam jumlah besar sejajar dengan ketidakpastian yang meningkat dalam pasaran kewangan global.
Pelaburan lain mencatat aliran masuk bersih yang besar sebanyak RM10.8 bilion (S1 2013: RM0.9 bilion), disebabkan terutamanya oleh penyimpanan deposit yang lebih besar oleh institusi kewangan asing dalam sistem perbankan domestik. Sektor rasmi terus mencatat aliran keluar bersih yang kecil, disebabkan oleh pembayaran balik hutang luar negeri.
Imbangan pembayaran keseluruhan mencatat lebihan sebanyak RM1.5 bilion pada suku kedua (S1 2013: RM4 bilion). Kesilapan dan ketinggalan (E&O) berjumlah -RM6.2 bilion dan sebahagiannya mencerminkan penambahan rizab antarabangsa disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing, apabila ringgit menyusut nilai berbanding dengan mata wang utama pada suku tersebut.
Hutang luar negeri
Jumlah hutang luar negeri meningkat kepada RM284.7 bilion atau USD88.6 bilion pada akhir bulan Jun 2013 (akhir bulan Mac: RM264.4 bilion atau USD84.8 bilion), bersamaan dengan 29% daripada PNK.
Hutang luar negeri jangka sederhana dan jangka panjang meningkat kepada RM170.3 bilion apabila ambilan bersih peminjaman luar negeri oleh sektor swasta mengimbangi pembayaran balik bersih sektor awam. Pada akhir bulan Jun 2013, hutang luar negeri jangka pendek juga lebih tinggi pada RM114.4 bilion disebabkan terutamanya oleh ambilan
bersih peminjaman antara bank. Jumlah hutang luar negeri yang lebih tinggi pada suku itu juga disebabkan oleh ringgit yang menyusut nilai berbanding dengan mata wang serantau dan utama.
Rizab antarabangsa kekal tinggi
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM432.8 bilion (bersamaan dengan USD136.1 bilion) pada 28 Jun 2013. Paras rizab ini telah mengambil kira pelarasan suku tahunan
55
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing. Pada 31 Julai 2013, kedudukan rizab berjumlah RM438.3 bilion (bersamaan dengan USD137.8 bilion), memadai untuk membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan ialah 3.8 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Hasil Kerajaan yang lebih tinggi terus menyokong perbelanjaan
Hasil Kerajaan Persekutuan lebih tinggi pada RM51.6 bilion pada suku kedua berikutan pungutan cukai pendapatan individu yang meningkat. Hasil yang lebih tinggi ini disalurkan untuk menampung kenaikan perbelanjaan mengurus berikutan pembayaran yang lebih tinggi untuk bekalan dan perkhidmatan. Perbelanjaan pembangunan pada suku kedua lebih rendah, dengan sebahagian besarnya disalurkan kepada sektor pengangkutan dan pendidikan. Berikutan itu, Kerajaan Persekutuan mencatat defisit fiskal sebanyak 1.9% daripada KDNK pada suku kedua (S2 2012: -2.7% daripada KDNK). Defisit ini terus dibiayai oleh peminjaman dalam negeri. Pada akhir bulan Jun 2013, jumlah hutang terkumpul Kerajaan Persekutuan sebanyak RM519.3 bilion atau 51.8% daripada anggaran KDNK tahun 2013.
Kewangan Kerajaan Persekutuan
a AwalanSumber: Kementerian Kewangan, Malaysia
RM bilion
Federal Government Finance
p PreliminarySource: Ministry of Finance, Malaysia
RM billion
-30
-20
-10
0
10
20
30
40
50
60
70
2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q2011 2012p 2013p
Overall balance
Development expenditure
Revenue
Operating expenditure
-30
-20
-10
0
10
20
30
40
50
60
70
S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S22011 2012a 2013a
Imbangan keseluruhan
Perbelanjaan pembangunan
Hasil
Perbelanjaan mengurus
2012 2013
S2 ST1 S1 S2 ST1
RM bilion
Hasil % pertumbuhan tahunanPerbelanjaan mengurus % pertumbuhan tahunanAkaun semasa % daripada KDNKPerbelanjaan pembangunan bersih % pertumbuhan tahunanImbangan keseluruhan % daripada KDNK
50.72.2
48.218.82.51.18.86.8
-6.3-2.7
98.610.393.818.44.81.0
16.916.2
-12.1-2.6
43.8-8.649.99.4
-6.1-2.68.88.3
-14.9-6.4
51.61.7
49.22.02.41.06.8
-22.4-4.4-1.9
95.3-3.399.15.6
-3.7-0.815.6-7.6
-19.4-4.1
Memo:Jumlah perbelanjaan bersih % pertumbuhan tahunanJumlah hutang Kerajaan Persekutuan (pada akhir tempoh) % daripada KDNKHutang dalam negeri % daripada KDNKHutang luar negeri % daripada KDNK
57.016.8
476.750.6
458.848.717.91.9
110.718.1
476.750.6
458.848.717.91.9
58.79.3
508.950.8
492.849.216.11.6
56.0-1.8
519.351.8
502.950.216.51.6
114.73.6
519.351.8
502.950.216.51.6
a Awalan
Sumber: Kementerian Kewangan, Malaysia
Kewangan Kerajaan Persekutuana
Buletin Suku TahunanSuku Kedua 2013
56