15

perkhemahan/camping

Embed Size (px)

DESCRIPTION

persediaan perkhemahan, peralatan dan keperluan perkhemahan, pemilihan kawasan/tapak perkhemahan, jenis-jenis khemah, anatomi khemah, komponen khemah, formasi berkhemah, pemasangan khemah, selepas berkhemah,

Citation preview

Page 1: perkhemahan/camping
Page 2: perkhemahan/camping

Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk

merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan

kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti

mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah

dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.

Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih,sama ada di hutan,

kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang

sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau

berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.

Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti

sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di

antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, abseiling,

orienteering dan sebagainya.

Aktiviti sebegini dapat menghilangkan tekanan para

peserta disamping mereka dapat berseronok sambil

menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang

berfaedah. Secara tidak langsung ini dapat

mengelakkan para peserta daripada terjebak dengan

gejala sosial yang tidak sihat.

Antara objektif perkhemahan adalah:

Melatih setiap pelajar supaya dapat

berdikari dan bersedia dalam

menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila

berkhemah di tempat yang jauh dari bandar.

Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh

tanggungjawab.

Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang

kehidupan berkhemah kepada para pelajar disamping memupuk

sikap berani di kalangan peserta.

Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran

dan kecekapan yang ada pada mereka dalam perancangan

perkhemahan.

Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk

mengeratkan lagi perpaduan dan semangat bekerjasama.

Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala

kurniaan tuhan.

Mendidik peserta untuk mengenali dan menyayangi alam sekitar.

Page 3: perkhemahan/camping

PERSEDIAAN pERKHEMAHan~

Dapatkan seberapa banyak maklumat tentang tempat yang sesuai kerana perjalanan yang lebih jauh bererti perlu mengeluarkan lebih banyak

perbelanjaan.

PERALATAN DAN KEPERLUAN

Peralatan dan keperluan mestilah berkait rapat dengan program dan aktiviti yang akan dijalankan.Bagi memastikan anda tidak akan

tertinggal apa-apa peralatan, sediakan senarai semak. Utamakan peralatan dan

keperluan yang mustahak sahaja.

Di antara senarai semak peralatan dan keperluan

adalah seperti berikut:-

• Khemah • Ponco

• Beg tidur

• Pisau / parang • Lampu suluh

• Wisel

• Kompas • Tali

• Kotak bantu mula/Mancis api.

• Bekalan makanan (Beras, roti, biskut, garam, gula

dan lain-lain)

Alatan peribadi seperti:

• Sabun • Ubat dan berus gigi

• Cermin

• Pinggan • Cawan

• Botol air

• Pakaian

• Baju hujan • Tuala

• Kasut kanvas

Alatan kumpulan seperti:

• Kapak/pisau

• Kuali • Mancis

• Pisau

• Periuk • Khemah dan pancang

• Alatan dan ubat pertolongan kecemasan

• Lain-lain alatan yang difikirkan perlu.

Page 4: perkhemahan/camping

PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN / TAPAK

PERKHEMAHAN

Tanah atau tapak yang rata

bertujuan untuk memudahkan – pemasangan khemah dan selesa

sebagai tempat tidur atau berehat.

Tapak yang rata akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan

turun.

cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.

Corak tapak perkhemahan

sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah

atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan.

Selain itu, elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah

dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat

dan sebagainya.

Berhampiran punca air

Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau

sebagainya. Air yang bersih boleh digunakan untuk memasak,

membersihkan diri dan sebagainya. Punca air mestilah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku

kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang penyakit

lain yang boleh berjangkit melalui air yang tidak bersih.

Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.

Tapak yang lebih tinggi dari punca air

untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air

terutamanya ketika air pasang. Contohnya

membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai

dan sebagainya.

Page 5: perkhemahan/camping

Mudah untuk mendapat bantuan

Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku

sebarang kecemasan.

Tapak perkhemahan haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai.

Sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan

terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan,

atau pihak bertanggungjawab yang lain.

Mudah untuk mendapat bahan bakar

Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak,

membuat unggun api bagi memanaskan badan, menjauhi

gangguan binatang, menghalau gigitan serangga seperti

nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahannya seperti kayu atau ranting-ranting kering,

daun-daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.

Keselamatan kawasan perkhemahan

Kawasan perkhemahan perlu dipastikan bahawa bukan

kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan sebagainya bagi mengelakkan sekatan perjalanan mereka.

Jangkamasa perkhemahan

Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka

perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.

Bilangan peserta perkhemahan

Perancangan awal seperti penetapan jumlah bilangan

peserta yang akan menyertai amat penting bagi

mengelakkan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan

makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur.

Alam Persekitaran

Peninjauan sebelum keluar berkhemah boleh

dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak perkhemahan tersebut atau dengan memahami

keadan kawasan melalui peta topo atau maklumat

penduduk setempat.

Page 6: perkhemahan/camping

PEMILIHAN TEMPAT UNTUK

MENDIRIKAN KHEMAH

Bagi mendirikan khemah hanyalah setelah mendapat

arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua

pasukan. Di samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkara-perkara tersebut perlu

diberi perhatian dan penekanan:

Bersihkan kawasan tapak khemah daripada ranting-ranting kayu

atau batu bagi memberi keselesaan dan mengelakkan alas

khemah(ground sheet) bocor atau koyak.

Jangan memasang khemah di bawah pokok yang telah mati, tua atau mudah sekah (patah) bagi mengelakkan kemalangan seperti

khemah atau peserta ditimpa dahan patah berlaku.

Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut

membelakangkan arah tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu khemah di buka dan

berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merosakkan khemah.

Jika berkhemah di tepi pantai, jarakkan khemah daripada paras air

pasang bagi mengelakkan khemah basah atau dibawa arus. Jangan

berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di

kawasan pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak menghanyutkan khemah bila

berlaku hujan di hulu sungai.

Jangan dirikan khemah di kawasan yang mempunyai struktur tanah atau batu batan yang tidak kukuh. Jangan dirikan khemah di tepi

tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini

berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung

atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact"

sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku

ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik.

Taburkan serbuk belerang di sekeliling khemah bagi menghindarkan

kehadiran binatang binatang berbisa seperti lipan dan ular. Jangan memasang khemah di kawasan yang berlekuk atau

berlurah untuk mengelakkan khemah dimasuki air sekiranya hujan turun

dengan lebat.

Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan bagi

mengelakkan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila

keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula.

Alas tapak khemah anda dengan daun paku pakis atau daun-daun lain

untuk keselesaan.

Page 7: perkhemahan/camping

PEMILIHAN KHEMAH

Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila

kita bercadang untuk memilih atau membeli

khemah:

Perlindungan

dapat memberikan perlindungan kepada

semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk angin dan

sebagainya.

Juga hendaklah dapat memberi pelindungan daripada serangga-

serangga.

Keselesaan

tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah

tempat tidur yang selesa dan mempunyai ruang untuk menyimpan

barang-barang.

Kalis air

supaya tidak menjadi masalah apabila hujan.

Tahan lasak

Khemah perlu ringan di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak

mudah koyak apabila ianya digunakan di pelbagai persekitaran dan

mempunyai ketahanan hayat untuk satu jangka masa yang panjang

dan munasabah.

Ukuran

Pemilihan adalah berdasarkan berapa ramai

dalam sebuah khemah bagi mengelakkan

kesukaran membawanya.

Khemah 2 man bagi dua orang, 4 man bagi

4 orang, 6 man 6 orang dan seterusnya.

Page 8: perkhemahan/camping

Jenis-jenis khemah

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang

dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan

nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan

tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza :

1. Khemah nylon berbentuk "A" atau poncho (seperti digunakan oleh

tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah

jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak

panas.

2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan

kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh

memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari

menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di

persekitaran yang sejuk.

Page 9: perkhemahan/camping

3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan

air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di

atas, cuma ianya lebih memanaskan.

ANATOMI KHEMAH

Saiz dalaman khemah

Page 10: perkhemahan/camping

KOMPONEN-KOMPONEN KHEMAH

ROD

SPIKE

ROPE

COMPLETE TENT

FLY SHEET

MAIN TENT

Page 11: perkhemahan/camping

FORMASI BERKHEMAH

Formasi Satu Barisan

Kawasan perkhemahan di kawasan sempit yang memanjang biasanya di tepi sungai, jalan serta

trek. Kedudukan susunan tempat perkhemahan

yang berada dalam satu barisan.

Formasi Dua Barisan

Kawasan yang mempunyai ruang besar sedikit

daripada formasi atau satu barisan. Contohnya

kawasan di tepi pantai.

Formasi Satu Bulatan

Ruang kawasan yang cukup luas yang mana kedudukan tempat

perkhemahan berbentuk separuh bulatan atau bulatan. Bentuk tersebut memberi ruang kepada tempat berkumpul bagi menjalankan aktiviti

mahupun untuk masa kecemasan.

Formasi Berselerak

Kedudukan perkhemahan yang tidak tersusun. Ini mungkin kerana bentuk

muka bumi atau kawasan hutan tebal. Walaupun kedudukan tempat ini

berselerak namun masih wujud sistem pergerakan dan kawalan yang baik.

PERINGATAN..

1. Pintu hadapan/jalan masuk MESTI membelakangkan

arah tiupan angin.

2. Susunan khemah berbentuk V, U atau O

bergantung kepada jumlah khemah.

3. Pintu hadapan khemah mestilah berhadapan

antara satu sama lain agar memudahkan

komunikasi dan bantuan sekiranya kecemasan sampai.

4. Sekiranya terdapat dua kumpulan jantina yang berbeza

(perempuan dan lelaki) hendaklah membahagikan sebahagian kawasan

dan membuat sempadan antara khemah lelaki dan perempuan. Pintu

masuk khemah perempuan hendaklah berhadapan dengan khemah sama

jantina dan berada ditepi, tidak membelakangkan pintu masuk.

5. Gadjet perkhemahan seperti ampaian mestilah diletakkan dibelakang

khemah iaitu membelakangkan pintu masuk bagi mengelakkan kesulitan

sekiranya berlaku kecemasan dan juga bagi menjaga kekemasan kawasan

perkhemahan.

6. Pastikan khemah tidak didirikan diatas laluan air atau laluan binatang bagi

mengelakkan sebarang kemalangan mahupun gangguan.

Page 12: perkhemahan/camping

PEMASANGAN KHEMAH

KHEMAH JENIS A / PONCHO

1. Ukur saiz panjang khemah diatas lantai, tanam kedua-dua batang tiang

khemah.

2. Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul.

3. Ketuk pancang (stake) dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke

pancang.

4. Kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua belah

tepi khemah ke pancang.

5. Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah

untuk mengelakkan air hujan bertakung.Kemudian taburkan serbuk

belerang ( sulfur ) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang

berbisa memasuki khemah pada waktu malam.

6. Periksa kestabilan khemah dan bahagian dalam khemah sebelum

mendudukinya.

Page 13: perkhemahan/camping

KHEMAH JENIS DOME DAN IGLOO

1. Ambil rod dan kejapkannya pada klip atau masukkan pada lubang pada

luar dinding main tent. Pastikan kedudukan rod bersilang pada bahagian

atas main tent. Ikatkan kedua-duanya dengan tali pada bahagian atas

main tent.

2. Tetapkan rod di atas tanah.

3. Letakkan fly sheet sebagai dinding luar dan bumbung main tent.

4. Tarik bahagian setiap hujung fly sheet dan tegangkannya. Kejapkannya di

atas tanah menggunakan tali dan stakes pada setiap bucu khemah.

Pastikan stake tersebut tertanam di dalam tanah dengan kuat dan

sempurna bagi mengelakkan khemah jatuh ditiup angin.

5. Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah

untuk mengelakkan air hujan bertakung.Kemudian taburkan serbuk

belerang ( sulfur ) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang

berbisa memasuki khemah pada waktu malam.

6. Periksa kestabilan khemah dan bahagian dalam khemah sebelum

mendudukinya.

Page 14: perkhemahan/camping

SELEPAS pERKHEMAHan~

MENGEMAS/MENURUNKAN KHEMAH

1. Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah.

2. Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang(stake) kemudian turunkan

khemah. Perkara yang sama dilakukan pada khemah jenis Dome dan

Igloo. Tanggalkan ikatan tali pada pancang, keluarkan rod.

3. Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah di satu tempat.

4. Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat

pada khemah.

5. Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.

6. Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angina

dan tali khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam.

7. Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5

meter.

8. Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di

pertengahan jalan.

9. Bersihkan kawasan perkhemahan.

Page 15: perkhemahan/camping

MENGEMAS KAWASAN PERKHEMAHAN

~ SEKIAN~

sampah ditinggalkan