24
PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM KALANGAN GURU Nurul Salwanie Binti Razli (38296) Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pembangunan Sumber Manusia 2015

PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN

PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM

KALANGAN GURU

Nurul Salwanie Binti Razli (38296)

Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pembangunan Sumber Manusia

2015

Page 2: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK

PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM KALANGAN GURU

NURUL SAL W AN IE BINTI RAZLI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

Pembangunan Sumber Manusia

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2015

Page 3: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

I

KNOWLEDGE SHARING FOR CONTINUOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT AMONG TEACHERS.

NURUL SALWANIE BINTI RAZLI

This project is submitted in partial fulfilment of the requirements for a Bachelor of Science with Honours

Human Resource Development

Faculty of Cognitive Sciences and Human Development UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2015

Page 4: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade:

Please tick (.J) Final Year Project Report 0 Masters 0 PhD 0

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ............. .... day of.. ...............2015

Student's Declaration:

I NURUL SALWANIE BINTI RAZLI / 38296 / FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN l\4ANUSIA hereby declare that the work entitled _PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM KALANGAN GURU is my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

Date submitted

Supervisor's Declaration: ptl'!)f Medy. Dr He.bH Hj u.op

Penly.,lh , . ~s.tn"1<UOnftJttf.,rpitfl15inoiinen'llift.li---- (SUPERVISOR S NAME) hereby certIfies that the ~f8l\1tMiMt,••.s......--------------------------------- -------- -------- -------------- (TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the "FACULTY" as a * partial/full fulfilment for the conferment of --------------------------------------------------------------- --­------- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work

Prof "..dye Dr Haabee Hi Usop Received for examination..h~:., ~enlYlrlh Date:

-J"'11fUm SehilK'ovnlll' ~n PintDill9unen Mlinusia Univerlltl Malaylia SeraW8tl:

(Name of the supervisor)

I declare this ProjectlThesis is classified as (please tick ("»:

D CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

Page 5: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

o RESTRICTED (CQntains restricted information as specified by the organisation where

research was done)* IDoPEN ACCESS ·

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declared that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abide interest and rights as follows:

• This Project/Thesis is the sole legal property of' Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitize the content to for the Local Content Database.

• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the ProjectlThesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

• No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this ProjectlThesis once it becomes sole property of UNIMAS.

• This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.

Student's signature __~----,,J<.4~:.;...______ Supervisor's signature: Q,.oc;l.,lOlw v 'F"

(Date) (Date) l.-<./ (,I ~(r­Current Address: LOT 305. SKIM PEMBESARAN KAMPUNG. KPG KUALA PENAT.

96410. OVA. DALAT

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation" with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument was duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

ii

Page 6: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

Projek bertajuk '(Perkongsian I1mu Untuk Perkembangan Profesionalisme Berterusan Dalam Kalangan Guru), telah disediakan oleh (Nurul Salwanie binti Razli) dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia) .

Diterima untuk diperiksa oleh:

(PROF. MADYA DR HASB E HJ USOP)

Tarikh:

I

Gred

A

Page 7: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala pujian bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Segala pujian dan syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi keran telah memberi kekuatan dan ketabahan bagi menyempurnakan penyelidikan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia projek tahun akhir saya, iaitu Prof. Madya Dr. Hasbee Haji Usop yang sentiasa memberi nasihat, bimbingan dan juga sokongan yang berterusan sehinggalah kajian ini dapat disempurnakan. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan dijadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari-hari yang mendatang. Selain itu, ucapan terima kasih kepada Encik Helmi Sumilan dan Prof. Madya Dr. Rusli Ahmad yang telah menilai dan memberikan kritikan membina untuk saya ketika seminar pembentangan Projek Tahun Akhir.

Jutaan terima kasih kepada Ketua Sektor Penyelidikan dan Penilaian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia; Pengetua SMK Saint Patrick, Mukah; Penolong Kanan I serta Penyelia Petang SMK Saint Patrick, Mukah. Seterusnya, kepada semua guru SMK Saint Patrick yang terlibat dalam kajian ini secara langsung atau tidak langsung serta Pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Malaysia Sarawak atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat ayah, Encik Razli bin Malikan dan ibu, Puan Masni bt Tarbi, yang sentiasa memberi sokongan dan doa yang tidak pernah putus serta adik-beradik saya yang menemani saya sewaktu menjalankan kutipan data untuk kajian ini. Akhir sekali buat rakan seperjuangan, terima kasih di atas kerjasama dan bimbingan daripada kalian. Semoga kejayaan ini membawa rahmat kepada kita semua.

iii

Page 8: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

Pusat Khid mat a umll A ad mik UNIVERSm MALAYSIA ARAWAJ{

JADUAL KANDUNGAN

Muka surat

Penghargaan III

Senarai Jadual VB

Abstract Xlll

Jadual Kandungan iv

Senarai Rajah viii Abstrak xii

BABI-PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kajian 2 1.2 Pemyataan Masalah 3 1.3 Objektif Kajian 4 1.4 Persoalan Kajian 4 1.5 Sumbangan Kajian 5 1.6 Batasan Kajian 5 1.7 Definisi Istilah 6

1.7.1 Perkongsian Ilmu 6 1.7.2 Perkembangan Profesionalisme 6

1.8 Rumusan 8

BAB 2 - Tinjauan Literatur

2.0 Pengenalan 9 2.1 Perkongsian Ilmu 9

2.1.1 Jenis Perkongsian I1mu Untuk Perkembangan Profesionalisme Berterusan Dalam Kalangan Penjawat Awam. 10

2.1.2 Faktor-Faktor Yang Menggalakkan Perkongsian IImu Untuk Perkembangan Profesionalisme Berterusan Dalam Kalangan Penjawat Awam. 11

2.1.3 Faktor-Faktor Yang Menghambatkan Perkongsian IImu Untuk Perkembangan Profesionalisme Berterusan Dalam Kalangan Penjawat Awam. 11

2.1.4 Strategi Untuk Mengatasi Faktor-Faktor Yang

iv

Page 9: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

Menghambatkan Perkongsian Ilmu 12

2.2 Teori Berkaitan dengan Kajian 13 2.2.1 Teori psikologi: Super (2005) 13

2.3 Dapatan Kajian Lepas 14 2.3.1 Faktor-faktor yang menggalakkan perkongsian ilmu 14 2.3.2 Faktor-faktor yang menghambatkan perkongsian ilmu 15 2.3.3 Strategi untuk menggalakkan perkongsian ilmu dalam

Organisasi 15 2.4 Rumusan 16

BAB 3- METODOLOGI

3.0 Pengenalan 17 3.1 Reka Bentuk Kajian 17 3.2 Populasi, Saiz Sampel dan Kaedah Persampelan 18 3.3 Instrumen Kajian 18 3.4 Kajian Rintis 18 3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 19 3.6 Etika Kajian 20 3.7 Prosedur Pengumpulan Data 20 3.8 Proses Analisis Data 20 3.9 Rumusan 21

BAB 4- HASIL KAJIAN

4.0 Pengenalan 22 4.1 Profil Demografi Inforrnan 22 4.2 Hasil Kajian Utama 28

4.2.1 Objektif 1: Mengkaji jenis perkongsian ilmu untuk perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru. 28

4.2 .2 Objektif2: Mengkaji faktor-faktor yang menggalakkan perkongsian ilmu untuk perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan gyru. 37

4.2.3 Objektif 3: Mengkaji faktor-faktor yang melambatkan perkongsian ilmu untuk perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru. 44

4.2.4 Objektif 4: Mengkaji strategi untuk mengatasi faktor-faktor yang melambatkan perkongsian ilmu untuk perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru. 48

4.3 Kesimpulan 53

v

Page 10: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

BAB 5- PERBINCANGAN, RINGKASAN KAJIAN, CADANGAN RUMUSAN

5.0 5.1

5.2 5.3 5.4

5.5

5.6

RUJUKAN

LAMPIRAN

Pengenalan 54 Perbincangan 54 5.1.1 Mengkaji jenis perkongsian ilmu untuk

perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru. 54

5.1.2 Mengkaji faktor-faktor yang menggalakkan perkongsian ilmu untuk perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru. 63

5.1.3 Mengkaji faktor-faktor yang melambatkan perkongsian ilmu untuk perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru. 69

5.1.4 Mengkaji strategi untuk mengatasi faktor-faktor yang melambatkan perkongsian ilmu untuk perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru. 74

Ringkasan Kajian 79 Kepentingan Kajian 80 Limitasi Kajian 80 5.4.1 Metodologi 80 5.4.2 Skop Kajian 81 5.4.3 Tempat Kajian 81 Cadangan 81 5.5.10rganisasi 81 5.5.2 Pengkaji akan datang 81 Rumusan 82

VI

Page 11: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

SENARAI JADUAL

Jadual4.1 Profil Demografi Informan

VII

23

Page 12: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

I

SENARAlRAJAH

Rajah 4.1 Jenis perkongsian ilmu dalam kalangan guru 28

Rajah 4.2

Adakah perkongsian ilmu menjadi kewajipan dalam pekerjaan

anda. Mengapa. 30

Rajah 4.3

Adakah rakan setugas atau pegawai atasan anda turut berkongsi

ilmu kepakaran mereka dengan anda. Mengapa. 32

Rajah 4.4

Bagaimanakah pentingnya perkongsian ilmu daripada bidang

kepakaran yang lain kepada anda. Mengapa. 34

Rajah 4.5

Apakah faktor yang menggalakkan perkongsian ilmu dalam

organisasi . 37

II

Rajah 4.6

Adakah organisasi anda menggalakkan perkongsian ilmu

dalam kalangan pekerja. 39

Vlll

Page 13: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

Rajah 4.7

Apakah faktor lain yang menggalakkan perkongsian ilmu

dalam organisasi? 40

Rajah 4.8

Kekerapan perkongsian ilmu dengan rakan setugas dalam

organisasi 42

Rajah 4.9

Masalah yang dihadapi sewaktu perkongsian ilmu anda

dengan rakan setugas. 44

Rajah 4.10

Faktor yang melambatkan perkongsian ilmu dalam organisasi . 45

Rajah 4.11

Dalam situasi bagaimanakah anda tidak mampu untuk

berkongsi ilmu. 46

Rajah 4.12 Pernahkah anda mengalami situasi yang mana rakan setugas anda atau pegawai atasan tidak mahu berkongsi ilmu dengan anda. 47

Rajah 4.13 Strategi untuk mengatasi faktor yang melambatkan perkongisan ilmu. 48

Rajah 4.14 Cadangan untuk memastikan amalan perkongsian ilmu terus dilakukan dalam organisasi. 50

Rajah 4.15 Situasi yang mendorong perkongsian ilmu dalam organisasi. 51

ix

Page 14: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

Rajah 5.1 Jenis perkongsian ilmu dalam kalangan guru. 55

Rajah 5.2

Adakah perkongsian ilmu menjadi kewajipan dalam pekerjaan

anda. Mengapa. 57

Rajah 5.3

Adakah rakan setugas atau pegawai atasan anda turut berkongsi

ilmu kepakaran mereka dengan anda? Mengapa? 59

Rajah 5.4

Bagaimanakah pentingnya perkongsian ilmu daripada bidang

kepakaran yang lain kepada anda? Mengapa? 61

Rajah 5.5

Faktor yang menggalakkan perkongsian ilmu. 63

Rajah 5.6

Adakah organisasi and a menggalakkan perkongsian ilmu

dalam kalangan pekerja? 65

Rajah 5.7

Apakah faktor lain yang menggalakkan perkongsian ilmu

dalam organisasi. 66

Rajah 5.8

Berapa kerap anda dan rakan setugas melakukan perkongsian

ilmu. 68

x

Page 15: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

Rajah 5.9

Masalah yang dihadapi sewaktu perkongsian ilmu anda dengan

rakan setugas. 69

Rajah 5.10

Faktor yang menghambatkan perkongsian ilmu dalam organisasi. 71

Rajah 5.11

Dalam situasi bagaimana and a tidak mampu untuk berkongsi

ilmu. 72

Rajah 5.12 Pernahkah anda mengalami situasi yang mana rakan setugas anda atau pegawai atasan tidak mahu berkongsi ilmu dengan anda. 73

Rajah 5.13) Strategi untuk mengatasi faktor yang melambatkan perkongsian ilmu. 74

Rajah 5.14 Cadangan anda untuk memastikan amalan perkongsian ilmu terus dilakukan da.Iam organisasi. 76

Rajah 5.15 Situasi bagaimana yang mendorong perkongsian ilmu dalam organisasi. 78

Xl

...

Page 16: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

ABSTRAK

PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

BERTERUSAN DALAM KALANGAN GURU

Nurul Salwanie binti Razli

Kajian In1 bertujuan untuk mengkaji perkongsian ilmu untuk perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru. Aspek-aspek yang dikaji adalah jenis perkongsian ilmu, faktor yang menggalakkan perkongsian ilmu, faktor yang menghambatkan perkongsian i1mu dan strategi untuk menggalakkan perkongsian ilmu bagi memastikan perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru. Kajian rintis telah dijalankan ke atas lapan orang individu yang bukan informan sebenar kepada kajian ini. Seterusnya, kajian sebenar dijalankan dan maklumat diperolehi melalui soalan survei terbuka diedarkan di organisasi (sekolah), ke atas 12 informan yang telah dipilih secara persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Setelah itu, setiap data yang dianalisis, dirumuskan dan dikategorikan serta dilabelkan dengan kod yang sesuai. Hasil kajian mendapati bahawa perkongsian ilmu dalam kalangan guru berlaku bagi meningkatkan perkembangan profesionalisme yang berterusan. Diharap dengan maklumat yang diperolehi dari hasil kajian, langkah-langkah dan strategi yang sesuai dapat dikenalpasti untuk men am bah baik kelemahan serta kekurangan dalam perkongsian ilmu dalam kalangan guru di sekolah menengah. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai satu panduan untuk kajian yang seterusnya pada masa akan datang.

xii

Page 17: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

ABSTRACT

KNOWLEDGE SHARING FOR CONTINUOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT AMONG TEACHERS

Nurul Salwanie binti Razli

The main purpose of this research was to study the knowledge sharing for continuous professional development among teachers. The aspects studied were the type ofknowledge sharing, factors that encourage knowledge sharing, factors that retard knowledge sharing and strategies to promote knowledge sharing to ensure sustainable development of professionalism among teachers. A pilot study was conducted on eight individuals who are not the actual informants in this study. Next, the actual research and information were gathered through the open ended survey questionnaires distributed in the school to twelve informants chosen through purposive sampling. The data were analyzed using content analysis. After that, any data analyzed, summarized and categorized were labelled with the appropriate code. The study found that knowledge sharing among teachers happened to enhance the development ofprofessionalism. Hopefully, with the information obtainedfrom this research, measures and appropriate strategies can be identified to improve the weaknesses and deficiencies in the sharing of knowledge among teachers in secondary school. In addition, this study also aimed to serve as a guide for further studies in the jitture.

Xlll

Page 18: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

BABI

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Tujuan kajian ini adalah mengkaji tentang perkongsian ilmu untuk perkembangan

profesionalisme berterusan dalam kalangan penjawat awam, khususnya dalam kalangan

guru di Malaysia. Secara umumnya bahagian ini menerangkan latar belakang kajian iaitu

menghuraikan penyelidikan yang dijalankan dengan lebih jelas dan tepat. Dalam

pemyataan masalah juga menyenaraikan masalah-masalah sebenar yang dikaji. Seterusnya,

objektif kajian turut menjelaskan tujuan kajian dan perkara-perkara yang mahu dicapai

dalam kajian ini .

Persoalan kajian juga menyatakan persoalan-persoalan yang menjawab kepada objektif

kajian. Di samping itu, persoalan kajian ini lebih fokus dan bertepatan dengan objektif

kajian. Seterusnya, dalam bab ini juga menerangkan tentang kepentingan kajian. Ini adalah

untuk memberikan penjelasan yang bertepatan dengan kepentingan serta sumbangan kajian

yang boleh menyelesaikan masalah ini.

Limitasi kajian turut dijelaskan dalam kajian ini, agar individu dapat memahami batasan

atau kekangan dalam melengkapkan kajian ini. Selain itu, definisi serta istilah-istilah juga

diterangkan kerana ianya melibatkan istilah-istilah penting yang memerlukan huraian

secara terperinci dalam melengkapkan kajian ini. Akhir sekali, bab ini disudahi dengan satu

rumusan ringkas.

1

Page 19: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

1.1 Latar Belakang Kajian

Perkongsian ilmu merupakan proses di mana sekumpulan individu bertukar ilmu

pengetahuan samada yang jelas atau tersirat, dan mencipta pengetahuan baharu. Proses ini

penting untuk mengembangkan pengetahuan seseorang individu dalam organisasi (I-fooff &

Ridder, 2004). Perkongsian ilmu ini terdiri daripada pemerolehan, penyebaran, perkongsian

dan pengurusan pengetahuan. Perkembangan profesionafisme berterusan adalah proses

terancang dan sistematik dalam meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kecekapan

peribadi (Simmonds, 2003).

Perkongsian ilmu melibatkan proses yang terdiri daripada memberi dan menerima ilmu

pengetahuan dalam sekumpulan individu. Ardichvile et ai., (2003) menyatakan perkongsian

ilmu ini terdiri dari membekal ilmu pengetahuan baru dan permintaan terhadap ilmu

pengetahuan yang baru . Perkongsian ilmu adalah penting dalam memastikan seseorang

pekerja dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam perkembangan

profesionalisme yang berterusan.

Oleh hal yang demikian, perkongsian pengetahuan mampu meningkatkan prestasi

organisasi. Perkongsian pengetahuan membenarkan pekerja berkongsi cara kerja terbaik,

meningkatkan percambahan idea yang lebih kreatif dalam aspek produk dan perkhidmatan,

dan meningkatkan produktiviti dengan memendekkan proses penyelesaian masalah

terutama apabila jalan penyelesaian yang berjaya boleh diguna pakai oleh pekerja lain

(Zuliana Zookefli & Khalil Md. Nor, 2008).

Kebanyakkan organisasi samada, sektor awam mahupun swasta mulai menekankan

kepentingan perkongsian ilmu dalam kalangan pekerja. Perkongsian ilmu ini terdiri dari

perkongsian ilmu tersirat (tacit knowledge), iaitu pengetahuan tentang pekerjaan yang boleh

diperolehi daripada pekerja senior. Dengan perkongsian ilmu seperti ini dapat mewujudkan

budaya kerja yang sihat dalam organisasi (McDermott & O'Dell, 2001).

2

Page 20: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

1.2 Pernyataan Masalah

Kebanyakan kajian mengenai perkongsian ilmu dan perkembangan profesionalisme yang

terdahulu membincangkan tentang perkongsian ilmu dalam kalangan pekerja-pekerja di

organisasi. Malahan kajian terdahulu banyak memberi penekanan dalam aspek komunikasi

dalam perkongsian ilmu. Kajian terhadap perkembangan profesionalisme yang berterusan

pula ban yak dikaitkan dengan perubahan dalam organisasi (Smith, 2006).

Kajian yang dibuat di Iran menunjukkan bahawa para pekerja bersetuju dengan

perkongsian ilmu, mereka dapat menyumbang kepada perkembangan profesionalisme

mereka dalam organisasi. Kajian tersebut menyatakan bahawa faktor utama perkongsian

ilmu adalah hubungan yang harmoni dalam organisasi. Pekerja yang berkerjasama sentiasa

bersedia untuk bertukar dan berkongsi ilmu yang mereka miliki. Selain itu, majikan juga

berperanan dalam menggalakkan perkongsian ilmu dalam kalangan para pekerja (Tohidinia

& Mosakhani, 2010). Oleh yang demikian, pihak pengurusan organisasi harus merancang

dan melakukan strategi-strategi dalam memastikan perkongsian ilmu berlaku secara

konsisten demi perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan pekerja.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh menghambatkan perkongsian

ilmu untuk perkembangan profesionalisme yang berterusan seperti kekangan masa yang

terhad kerana masa tidak mencukupi untuk pekerja meluangkan masa dan berkongsi ilmu

dengan rakan sekerja. Selain itu, komunikasi yang lemah juga boleh menjadi faktor yang

melambatkan melambatkan perkongsian ilmu untuk perkembangan profesionalisme yang

berterusan (Ranjbarfard, 2014). Kemahiran komunikasi adalah penting untuk membolehkan

perkongsian ilmu dapat dilakukan dengan konsisten antara rakan sekerja.

Menurut Hejase et al. (2014), organisasi menggalakkan perkongsian ilmu dalam pekerja

telah menyedari kepentingan komunikasi dan sumber ilmu untuk perkembangan

profesionalisme yang berterusan. Selain itu, kajian terdahulu yang membincangkan

mengenai perkongsian ilmu menerusi aspek penyebaran pengetahuan dan aspek

perkembangan profesionalisme yang berterusan banyak dijalankan di luar negara. Gibbert

dan Krause (2002) telah terbukti perkongsian pengetahuan banyak mendatangkan faedah

kepada individu serta organisasi walau bagaimanapun untuk mengajak manusia berkongsi

pengetahuan adalah satu tugas yang berat. Justeru, terdapat banyak model perkongsian

3

Page 21: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

pengetahuan terdahulu yang lebih fokus kepada faktor yang mempengaruhi perkongsian

pengetahuan.

Oleh itu, permasalahan ini adalah sedia untuk dikaji memandangkan kajian tentang

perkongsian ilmu dan perkembangan profesionalisme berterusan kurang dijalankan dalam

kalangan penjawat awam, khususnya dalam kalangan guru di Malaysia.

1.3 Objektif Kajian

Objektif Umum

Mengkaji perkongsian ilmu untuk perkembangan profesionalisme berterusan dalam

kalangan penjawat awam, khususnya dalam kalangan guru.

Objektif Khusus

I) Mengkaji jenis perkongsian ilmu untuk perkembangan profesionalisme berterusan

dalam kalangan penjawat awam khususnya guru.

2) Mengkaji faktor-faktor yang menggalakkan perkongsian ilmu untuk perkembangan

profesionalisme berterusan dalam kalangan penjawat awam khususnya guru.

3) Mengkaji faktor-faktor yang melambatkan perkongsian ilmu untuk perkembangan

profesionalisme berterusan dalam kalangan penjawat awam khususnya guru.

4) Mengkaji strategi untuk mengatasi faktor-faktor yang melambatkan perkongsian

ilmu untuk perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan penjawat

awam khususnya guru.

1.4 Persoalan kajian

1) Apakah jenis perkongsian ilmu untuk perke~bangan profesionalisme berterusan

dalam kalangan penjawat awam khususnya guru?

2) Apakah faktor-faktor yang menggalakkan perkongsian iImu untuk perkembangan

profesionalisme berterusan dalam kalangan penjawat awam khususnya guru?

3) Apakah faktor-faktor yang melambatkan perkongsian i1mu untuk perkembangan

profesionalisme berterusan dalam kalangan penjawat awam khususnya guru?

4

Page 22: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

Pusat hidmat 1 akIumat Akademi UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK

4) Apakah strategi untuk mengatasi faktor-faktor yang melambatkan perkongsian ilmu

untuk perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan penjawat awam

khususnya guru?

1.5 Sumbangan Kajian

Kajian ini dapat memberikan manfaat kepada organisasi kerana dapat mengetahui

kelemahan dalam organisasi dan berkongsi ilmu yang dimiliki oleh setiap individu.

Seterusnya, menyediakan maklumat yang penting kepada majikan tentang perkongsian

ilmu oleh para pekerja di organisasi berkenaan. Hal ini kerana hasil kajian ini adalah

berdasarkan pandangan pekerja itu sendiri (Mahnorlina Basir, 2004).

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada penjawat awam

untuk mengaplikasikan perkongsian ilmu dalam organisasi untuk memastikan

perkembangan profesionalisme yang berterusan dan sekaJigus ia dapat meningkatkan

kualiti kerja setiap individu dalam organisasi. Oi samping itu, hasil dapatan kajian ini juga

dapat memperbaiki perkembangan profesionalisme dalam kalangan penjawat awam,

khususnya dalam kalangan guru melalui perkongsian ilmu yang berterusan.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini dilakukan di sebuah organisasi awam sahaja dan kajian ini tidak memilih

infonnan secara khusus serta tidak mengkhususkan jawatan yang dipilih untuk dijadikan

sebagai kriteria infonnan. Seterusnya, fokus utama adalah tentang apakah faktor-faktor

yang menggalakkan dan menghambatkan proses perkongsian ilmu yang dilakukan oleh

setiap individu dalam organisasi untuk perkemi?angan profesionalisme yang berterusan.

Selain itu, pengkaji turut ingin mengetahui bagaimana proses perkongsian ilmu serta

strategi untuk mengatasi faktor-faktor yang melambatkan proses tersebut oleh setiap

individu dalam organisasi.

5

Page 23: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

1.7 Definisi istilah

Istilah-istilah yang berkaitan dalam kajian ini akan didefinisikan mengikut istilah penting

yang menjadi idea utama dalam kajian ini. Setiap istilah didefinisikan pertamanya secara

konseptual dan seterusnya secara operasional.

1.7.1 Perkongsian Hmu

Perkongsian ilmu boleh didefinisikan sebagai suatu komitmen untuk memberitahu dan

menterjemahkan, serta mendidik rakan sekerja yang lain (Grey, 1996; Guenther & Braun,

2001). Ilmu yang dikongsi tidak hanya fokus kepada aspek pekerjaan malahan meliputi

matiamat, visi, sokongan, pendapat dan persoalan. Wang, et, al. (2000) menyatakan

manfaat yang diperolehi oleh sebuah organisasi tentang perkongsian iJmu bergantung

kepada bagaimana pekerjanya memperolehi, berkongsi dan menggunakan iliffiu yang ada.

Perkongsian ilmu ini mampu meningkatkan prestasi pekerja dan organisasi. Melalui

perkongsian ilmu, pekerja boleh berkongsi cara mereka bekerja, menambahkan idea yang

lebih kreatif terutama dalam aspek perkhidmatan dan produk serta meningkatkan

produktiviti.

Dalam kajian ini, perkongsian ilmu adalah proses berkongsi maklumat dalam kalangan

pekerja sam ada antara pekerja baru dengan pekerja baru mahupun antara pekerja baru

dengan pekerja lama. Perkongsian ilmu juga merupakan salah satu aktiviti untuk

penambahbaikan kepada sesebuah organisasi kerana berlakunya proses perkongsian

maklumat an tara pekerja dalam organisasi tersebut.

1.7.2 Perkembangan profesionalisme

Perkembangan profesionalisme ialah perkembangan profesional sepanjang karier seseorang

individu. Perkembangan ini melibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan

preskriptif. Bagi aspek deskriptif, perkembangan profesional merujuk kepada cara

bagaimana evolusi seorang guru mengambil tempat atau berperanan sepanjang kariemya.

Manakala, aspek preskriptif menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap

profesionalisme sebagaimana yang kita inginkan (Kelchtermans, t993).

6

Page 24: PERKONGSIAN ILMU UNTUK PERKEMBANGAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM ... ilmu untuk perkembangan... · Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah S.A.W

Perkembangan profesionalisme atau kerjaya adalah satu proses yang berterusan terhadap

individu yang berkerjaya (Mahnorlina Basir, 2004). Oleh itu, setiap pekerja pasti

mempunyai keinginan untuk mencapai tahap yang terbaik dalam bidang pekerjaan mereka.

Menurut Isaacson dan Brown (2000), perkembangan profesionalisme boleh diklasifikasikan

sebagai satu proses sepanjang hayat untuk memupuk dan bentuk kehidupan kerja individu

untuk memperbaiki bakat, kemahiran, pengetahuan dan minat seseorang individu itu dan

Uika ada) manfaat majikan dan juga kepada aspek-aspek lain dalam kehidupan seseorang

individu itu.

Menurut Lee (2004), perkembangan merupakan satu usaha untuk meningkatkan kemahiran,

memperolehi pengetahuan dan mengubah sikap pekerja. Profesionalisme pula merujuk

kepada kerja-kerja yang pernah dilaksanakan oleh seseorang individu (Mathis & Jackson,

2003). Hal ini demikian kerana seseorang individu mempunyai hak untuk memilih jenis

profesion atau kerjaya yang ingin diceburi berdasarkan kemampuan dan kelayakan diri

sendiri. Price (2001) menyatakan bahawa perkembangan kerjaya adalah proses spesifik

yang dapat membantu pekerja mencapai matlamat diri dan organisasi, melalui kerjaya yang

sempurna serta peluang kerjaya yang tidak terhad. Seterusnya, kedua-dua aspek tersebut

akan meningkatkan produktiviti dan kepuasan dalam kalangan pekerja.

Untuk kajian ini , perkembangan profesionalisme merupakan satu perancangan yang dibina

oleh setiap individu untuk mencapai profesionalisme mereka. Aktiviti-aktiviti seperti

program latihan dan pembangunan yang disediakan oleh organisasi adalah untuk

memastikan pekerja-pekerja mencapai kejayaan dalam profesion yang diceburi. Aktiviti

tersebut am at penting kerana ianya membantu pekerja merancang dan mengenalpasti

matlamat profesion yang ingin dicapai. Seterusnya perkembangan profesionalisme ini juga

mampu melahirkan individu yang bermotivasi kerana kesungguhan mereka untuk

melaksanakan tugas mereka.

7