23
PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR KHAIRUL NISAK BINTI OTHMAN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Izajah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2009

PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

  • Upload
    others

  • View
    24

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN

BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI

DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

KHAIRUL NISAK BINTI OTHMAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Izajah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 2: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandangan : …………………………….

Nama Penulis : KHAIRUL NISAK BINTI OTHMAN

Tarikh : …………………………….

Page 3: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

iii

DEDIKASI

Segala puji bagi Allah S.W.T yang maha pemurah bagi maha penyayang

kerana memberi ruang dan kesempatan

Khas buat suami tersayang Khalid Kamal bin Ahmad

yang banyak berkorban dan bersabar

Untuk bonda tercinta Siti Meryam binti Hamid

yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanku

Buat ayahanda Othman bin Awang

yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan

Istimewa untuk kekanda dan adinda Nurul Ashadiah, Nur Afifah,

Ainul Basirah dan Fatin Mahfuzah

yang sentiasa memberikan sokongan moral dan dorongan

Jasa kalian semua tetap dalam ingatan.

Page 4: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

iv

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. setinggi

penghargaan ikhlas dan ucapan terima kasih kepada Penyelia Projek Sarjana

Muda, Puan Hanim binti Sulaiman dan Prof. Madya Dr. Mohd Hassan bin Mohd

Osman di atas bimbingan dan nasihat yang dberikan sepanjang tempoh kajian

Projek Sarjana Muda ini.

Kerjasama daripada pihak Johor Corporation khasnya Encik Ramli bin

Hj. Abdullah amatlah dihargai. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan

oleh pihak sekolah yang terlibat dengan Projek Sarjana Mida ini terutamanya

kepada pengetua, guru pembimbing Program Tunas BISTARI dan pelajar yang

terlibat.

Perhargaan ini juga diberikan kepada para pensyarah dan rakan

seperjuangan khususnya 4 SPH sesi 2005/2009 serta keluarga yang banyak

membantu dan memberikan kerjasama bagi menjayakan projek ini. Terima kasih

ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini.

Page 5: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai Program Tunas BISTARI dalam

pembangunan pembudayaan keusahawanan di sekolah-sekolah di daerah Johor Bahru,

Johor. Penilaian ini dibuat dengan mengkaji tentang kepuasan hati pelajar-pelajar

terhadap perlaksanaan Program Tunas BISTARI di mana faktor-faktor yang dinilai ialah

pengurusan program, kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan, cara

penyampaian penceramah dan pengaplikasian Program oleh pelajar. Kajian ini adalah

berbentuk tinjauan dan penganalisaan dengan menggunakan soal selidik dan temubual.

Data-data yang diperolehi dianalisis secara peratusan menggunakan perisian komputer

iaitu ‘Statistical Packages for the Social Science’ (SPSS) versi 11.5’. Selain itu, seramai

8 orang guru pembimbing Program Tunas BISTARI ditemubual dan hasil temubual

diulas dan dirumus. Dapatan kajian mendapati para pelajar sangat berpuas hati dengan

perlaksanaan Program Tunas BISTARI di mana pengurusannya sesuai, baik dan teratur,

kemudahan-kemudahan yang disediakan sesuai dan lengkap serta pelajar berpuas hati

dengan penyampaian penceramah. Pelajar juga menyatakan bahawa mereka dapat

mengaplikasikan program ini. Secara keseluruhannya, pembangunan pembudayaan

keusahawanan dapat dijayakan apabila perlaksanaan Program Tunas BISTARI berjalan

dengan efektif dan dapat menarik minat pelajar terhadap keusahawanan. Untuk

memastikan Program Tunas BISTARI terus dilaksanakan, pelbagai pihak seperti pihak

Page 6: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

vi

Johor Corporation, Jabatan Pelajaran Negeri, sekolah, guru dan pelajar perlu memainkan

peranan masing-masing. Antara cadangan yang dikemukakan adalah pihak sekolah

perlu bekerjasama dengan agensi-agensi luar bagi memperkenalkan program ini kepada

masyarakat. Aktiviti-aktiviti keusahawanan disekolah perlu diperbanyakkan dan

penyertaan program ini perlu diperluaskan dan tidak diterhadkan. Ini adalah untuk

memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar tidak mengira umur atau kaum.

Page 7: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

vii

ABSTRACT

The purpose of this research is to evaluate ‘Program Tunas BISTARI’ in the

development of entrepreneurship culture in school in Johor Bahru district, Johor. This

evaluation was carried out on the study of student satisfaction on the implementation of

‘Program Tunas BISTARI’ which focus on programme management, training facilities

that were provided, speakers’ delivery style and application of programme by student.

The type of this research is a descriptive survey and data is collected through

questionnaire and interview. 60 respondents which comprises of form two and form four

students were randomly selected. The data obtained was analyzed by using Statistical

Package for the Social Sciences (SPSS) version 11.5. Eight ‘Program Tunas BISTARI’

guidance teachers’ were interviewed. This research found that students were very

satisfied with ‘Program Tunas BISTARI’ implementation where the management is

suitable, good and orderly, facilities provided are suitable and complete and students are

satisfied with speakers’ delivery. Student also said that they are able to apply the

knowledge from this programme. On the whole, the development of entrepreneurial

culture can be successfully implemented provided the ‘Program Tunas BISTARI’ runs

smoothly and effectively and is able to attract students’ interest toward

entrepreneurship. In order to ensure this, various parties which include Johor

Corporation, State Education Department, school, teachers and student need to play

their role. The study suggests that schools need to cooperate with other agencies to

Page 8: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

viii

introduce this programe to society, increase entrepreneurship activities in school and

increase participation without limitation. This is to cultivate entrepreneurship culture

among students irrespective age or race.

Page 9: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

Page 10: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

x

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Penyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Kepentingan kajian 6

1.6 Skop Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Usahawan 7

1.8.2 Keusahawanan 8

1.8.3 Pendidikan Keusahawanan 8

1.8,4 Pembudayaan Keusahawanan 8

1.8.5 Program Keusahawanan Remaja 9

1.8.6 Program Tunas BISTARI 9

1.9 Rumusan 10

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 11

2.1 Keusahawanan 12

2.2 Ciri-ciri Keusahawanan 15

2.3 Nilai-nilai Murni Keusahawanan 17

2.4 Pembudayaan Keusahawanan 21

2.4.1 Kepentingan Pembudayaan Keusahawanan 25

2.5 Pendidikan Keusahawanan 26

Page 11: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

xi

2.5.1 Kepentingan Pendidikan Keusahawanan 28

2.6 Program Latihan Keusahawanan 29

2.7 Penilaian Program Latihan Keusahawanan 29

2.8 Kemahiran Keusahawanan 31

2.9 Kajian Lepas 34

2.10 Rumusan 35

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 36

3.1 Rekabentuk Kajian 36

3.2 Kerangka Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 39

3.4 Populasi Kajian 39

3.5 Sampel Kajian 39

3.6 Instrumen Kajian 40

3.7 Kandungan Soal Selidik 41

3.8 Kandungan Temubual 43

3.9 Prosedur Kajian 43

3.10 Kajian Rintis 44

3.11 Kaedah Analisis Data 45

3.10 Rumusan 45

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 47

Page 12: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

xii

4.1 Bahagian A 48

4.1.1 Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 48

4.1.2 Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa 49

4.1.3 Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Umur dan Tingkatan 50

4.1.4 Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Jenis Sekolah 51

4.1.5 Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Cita-cita 53

4.2 Bahagian B 54

4.2.1 Adakah pengurusan Program Latihan Tunas

BISTARI sesuai, baik dan teratur? 55

4.2.2 Adakah kemudahan-kemudahan latihan

yang disediakan dalam Program Tunas

BISTARI sesuai dan lengkap? 57

4.2.3 Adakah pelajar berpuas hati dengan kualiti

penyampaian penceramah dalam Program

Tunas BISTARI? 59

4.2.4 Adakah Program Tunas BISTARI dapat

diaplikasikan oleh pelajar? 61

4.2.5 Analisis keseluruhan bagi Kesemua

Persoalan Kajian 62

4.3 Temubual 65

Page 13: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

xiii

4.3.1 Temubual Pertama 66

4.3.2 Temubual Kedua 66

4.3.3 Temubual Ketiga 67

4.3.4 Temubual Keempat 68

4.3.5 Temubual Kelima 69

4.3.6 Temubual Keenam 69

4.3.7 Temubual Ketujuh 70

4.3.8 Temubual Kelapan 71

4.4 Rumusan 71

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 72

5.1 Rumusan Kajian 73

5.1.1 Rumusan Latar Belakang Responden 74

5.1.2 Rumusan Persoalan Kajian 75

5.1.3 Rumusan Temubual 76

5.2 Pebincangan Dapatan Kajian 77

5.2.1 Perbincangan Berkaitan Latar Belakang

Responden 77

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 78

5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 80

5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 81

5.2.5 Perbincangan Persoalan Kajian 4 83

5.2.6 Perbincangan Keseluruhan Persoalan Kajian 84

Page 14: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

xiv

5.2.7 Perbincangan Temubual 86

5.3 Cadangan 87

5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 89

5.5 Penutup 90

BIBLIOGRAFI 91

Page 15: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.0 Taburan dan Jumlah Item Set Soalan

Soal Selidik Bahagian B 42

Jadual 3.1 Jadual Skala Likert 43

Jadual 3.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 45

Jadual 4.0 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 48

Jadual 4.1 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 49

Jadual 4.2 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Umur

dan Tingkatan 50

Jadual 4.3 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jenis

Sekolah 51

Jadual 4.4 Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Cita-cita 53

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan

dan Min Bagi Tanggapan Responden Terhadap

Pengurusan Program Tunas BISTARI 55

Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan

dan Min Bagi Kepuasan Responden Terhadap

Page 16: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

xvi

Kemudahan Latihan Program Tunas BISTARI 57

Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan

dan Min Bagi Kepuasan Responden Terhadap

Penyampaian Penceramah Dalam Program Tunas

BISTARI 59

Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan

dan Min Bagi Pengaplikasian Progran Tunas BISTARI

Oleh Pelajar. 61

Jadual 4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan

dan Min Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian. 62

Page 17: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

xvii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 3.0 Kerangka Kajian 38

Rajah 4.0 Peratusan Responden Mengikut Jantina 49

Rajah 4.1 Peratusan Responden Mengikut Umur dan Tingkatan 51

Rajah 4.2 Peratusan Responden Mengikut Jenis Sekolah 52

Rajah 4.3 Peratusan Responden Mengikut Cita-cita 54

Rajah 4.4 Peratusan Keseluruhan Pilihan Responden 64

Rajah 4.5 Min Keseluruhan Bagi Kesemua Persoalan Kajian 65

Page 18: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 93

B Borang Soalan Temubual 97

C Pengesahan Item-item Soal Selidik 100

D Surat Kebenaran dari Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pelajaran Malaysia 102

E Surat Kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor 104

Page 19: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dalam usaha membangunkan negara, pembangunan ekonomi adalah sangat

penting. Dan dalam pembangunan ekonomi, bidang keusahawanan adalah salah satu

bidang utama yang menjana ekonomi negara. Menurut Ab. Aziz (2000), keusahawanan

adalah merupakan suatu bentuk displin yang menjadi tonggak kepada pembangunan dan

pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Selain daripada itu, beliau menyatakan bahawa

keusahawanan merupakan aktiviti yang akan dapat menggerakkan dan merangsang

kejayaan serta peningkatan di dalam pembangunan ekonomi.

Menurut Nor Aishah (2002) uasahawan dianggap sebagai penggerak kepada

pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat dan negara. Ini disokong oleh Zaidatol

Akmaliah dan Habibah (1997) di mana mereka menyatakan bahawa usahawan dapat

membantu negara menjadi makmur dalam erti kata lain dapat menyumbang tenaganya

kepada pembangunan ekonomi dan sosial.

Oleh itu, pihak kerajan perlu menumpukan perhatian kepada golongan ini di

mana pendidikan keusahawan perlu didedahkan dari peringkat sekolah. Menurut Nor

Page 20: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

2

Aishah (2002) pembentukan usahawan melalui pendidikan adalah sangat perlu. Dan

menurut beliau lagi kerajaan Malaysia masih merupakan nadi utama dalam melahirkan

usahawan Bumiputera melalui perlaksanaan pelbagai program pembangunan. Di sini

dapat dilihat bahawa pendidikan keusahawanan perlu diperkukuhkan dengan adanya

program-program latihan keusahawanan sebagai tambahan.

Johor Corporation adalah sebuah organisasi korporat merupakan salah satu

badan kerajaan yang telah berinisiatif mewujudkan program latihan keusahawanan.

Antara program yang di kendalikan oleh Johor Corporation adalah seperti Didik

BISTARI untuk pelajar sekolah rendah, Tunas BISTARI untuk pelajar sekolah

menengah, Siswa BISTARI untuk pelajar untuk pelajar Universiti Teknologi MARA

dan BISTARI untuk para usahawan dan eksekutif Bumiputera.

Kesimpulannya bidang keusahawanan sangat penting kepada individu,

masyarakat dan negara bagi meningkatkan taraf hidup serta kemajuan pembangunan

negara. Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan keusahawanan yang dijalankan di

sekolah perlu disertakan dengan kewujudan program-program latihan keusahawanan

sebagai tambahan bagi memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar dan

menarik minat mereka memilih bidang ini sebagai kerjaya.

1.1 Latar Belakang Masalah

Bagi mencapai matlamat negara untuk berjaya dalam bidang ekonomi agar dapat

membangun sebagai negara yang maju, bidang keusahawanan perlu diterokai lebih

dalam oleh individu, masyarakat dan negara. Oleh itu pendidikan keusahawanan dan

program latihan keusahawanan adalah sangat penting untuk tujuan tersebut.

Pembangunan pembudayaan keusahawanan perlu dari peringkat awal lagi iaitu di

Page 21: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

3

peringkat sekolah agar bidang keusahawanan ini dapat diterap kepada pelajar dan dapat

menarik minat mereka memilih bidang ini sebagai kerjaya.

Melihat kepada persekitaran, dapat diperhatikan bahawa usahawan bumiputera

terlalu sedikit jumlahnya. Ini disokong oleh Nor Aishah (2002) di mana beliau

menyatakan bahawa kaum bumiputera agak ketinggalan di dalam bidang keusahawanan

sehingga terdapat jurang perbezaan yang besar di kalangan masyarakat Malaysia. Oleh

itu, kaum bumiputera perlu mempelajari bidang ini dengan ledih mendalam untuk maju

dalam bidang ini dan perlu membangunkan budaya keusahawanan di kalangan mereka.

Menurut Ab. Aziz (2000) pembudayaan keusahawanan dapat melahirkan

usahawan yang kreatif dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang

permasalahan yang dihadapi. Dengan ini, mereka dapat mengejar kemajuan kaum lain

dan menaikkan taraf mereka dalam bidang ini. Untuk pembangunan pembudayaan

keusahawanan ini, tidak cukup dengan hanya mempelajari secara teori di sekolah.

Pelajar tidak dapat meneroka bidang ini dengan lebih mendalam.

Oleh itu, program-program tambahan yang berasaskan keusahawanan perlu

dilaksanakan bagi memperkukuhkan pengetahuan pelajar dalam bidang ini seterusnya

mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka. Program-program ini perlu

dilaksanakan secara berterusan dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat

universiti malah perlu juga bagi mereka yang bergelar usahawan. Nor Aishah (2002)

telah bersetuju bahawa kanak-kanak disekolah rendah menonjolkan ciri-ciri

keusahawanan yang tinggi terhadap bidang keusahawanan tetapi menurun apabila

mereka di sekolah menengah.

Oleh itu, pembangunan pembudayaan keusahawanan perlu dilaksanakan dengan

sebaik mungkin di peringkat sekolah menengah kerana selepas peringkat ini mereka

akan memilih bidang khusus untuk melanjutkan pelajaran atau memilih untuk terus

bekerja. Dan diharapkan dengan pembudayaan keusahawanan ini dapat menarik minat

mereka agar memilih bidang keusahawanan sebagai bidang utama yang akan mereka

Page 22: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

4

ceburi. Dengan ini, peratus kejayaan mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya

adalah tinggi.

Sebagai usaha, pihak Johor Corpration telah melancarkan Program Tunas

BISTARI di peringkat sekolah menengah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri

Johor. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memupuk, menyemai dan

melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar, untuk melatih pelajar dalam

bidang perniagaan secara amali, untuk memberi pendedahan peringkat awal kepada

pelajar tentang cabaran dan persaingan dalam bidang perniagaan, untuk meningkatkan

ilmu dan untuk melahirkan usahawan yang berkualiti.

Namun adakah bidang ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat

sambutan dan seterusnya dapat menjayakan matlamat untuk membudayakan bidang

keusahawanan dikalangan pelajar dan mencapai objektif Program Tunas Bistari atau

sekadar menjadi aktiviti sampingan di sekolah dan sebagai aktiviti tambahan yang hanya

untuk memenuhi masa lapang pelajar.

1.2 Penyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah dapat dinyatakan di sini tujuan

kajian ini adalah untuk mengetahui adakah perlaksanaan Program Tunas BISTARI yang

dianjurkan oleh Johor Corporation di sekolah-sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

Johor dapat memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar. Dapat dilihat di sini

tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat perlaksanaan Program Tunas BISTARI

dalam pembangunan pembudayaan keusahawanan di sekolah-sekolah di daerah Johor

Bahru, Johor.

Page 23: PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM … · 2009-05-03 · PERLAKSANAAN PROGRAM TUNAS BISTARI DALAM PEMBANGUNAN BUDAYA KEUSAHAWANAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR

5

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk :

i. Mengenalpasti sama ada pengurusan Program Tunas BISTARI sesuai, baik

dan teratur.

ii. Mengenalpasti sama ada kemudahan- kemudahan latihan yang disediakan

dalam Program Tunas BISTARI sesuai dan lengkap.

iii. Mengenalpasti sama ada pelajar berpuas hati dengan kualiti penyampaian

penceramah dalam Program Tunas BISTARI.

iv. Mengenalpasti sama ada Program Tunas BISTARI dapat diaplikasikan oleh

pelajar.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini adalah untuk :

i. Apakah pengurusan Program Latihan Tunas BISTARI sesuai, baik dan

teratur?

ii. Adakah kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan dalam Program

Tunas BISTARI sesuai dan lengkap?

iii. Adakah pelajar berpuas hati dengan kualiti penyampaian penceramah dalam

Program Tunas BISTARI?

iv. Adakah Program Tunas BISTARI dapat diaplikasikan oleh pelajar?