Upload
sarahalan
View
341
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
1/47
GMGA 2013
PERLEMBAGAANMALAYSIA
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
2/47
PENILAIAN
1. Tugasan Individu 20% (tajuk pertemuan
ke 1, serah pertemuan ke 3)
2. Peperiksaan Pertengahan Semester 30%(pertemuan ke 3)
3. Peperiksaan Akhir 50%
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
3/47
NEGARA, KERAJAAN,
DAN PERLEMBAGAAN
BAB 1
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
4/47
OBJEKTIF
1. Mendefinisikan konsep-konsep negara, kerajaan, danperlembagaan.
2. Memahami perkaitan dan hubungan antara konsep-
konsep tersebut.
3. Menjelaskan kepentingan perlembagaan dalampemerintahan negara.
4. Membincangkan peranan dan fungsi-fungsi
perlembagaan.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
5/47
merupakan pentas politik yangteragungNEGARA
ialah primadona yang menerajuinegara berpengalaman dan pakardalam beberapa bidang.
KERAJAAN
ialah undang-undang asas yangmenjadi panduan kerajaan danrakyat dalam mengurusperjalanan pemerintahan
sesebuah negara
PERLEMBAGAAN
KONSEP-KONSEP NEGARA, KERAJAAN DAN
PERLEMBAGAAN
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
6/47
Negara umumnya dirujuk kepada satu
himpunan orang-orang yang menghuni
sesuatu kawasan geog raf i secara tetap danmem i lik i sebuah kerajaan yang tersusun di
mana sebahagian besar penduduk
memberikan ketaatan dan keset iaan secara
tabi i .
Identiti budaya masyarakat menjadi tanda atau lambang identiti
negara.
Negara adalah kerangka politik yang memberi identifikasi kepada
sesuatu masyarakat.
Tanpa penduduk, maka tiadalah identiti negara.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
7/47
Unsur-unsur pentingyang mesti ada bagi
membolehkan sesebuahentiti itu dianggap
sebagai negara
Wilayah- Sebuah kawasan yangbukan sahaja meliputi tanah tetapitermasuk juga perairan dan ruang udara
Penduduk- Sesebuah negara seharusnyamempunyai sejumlah manusia yang tinggalsecara tetap di dalam wilayahnya. Saiz ataubilangan penduduk tidak menentukan tarafsesebuah negara. Namun tentulah negara yanglebih kecil penduduknya secara relatifnya lebihmudah untuk ditadbir daripada negara yangmempunyai penduduk yang ramai
Kedaulatan-Ialahpengikhtirafan masyarakat
antarabangsa ataskewujudan sesebuahnegara serta hak sahnegara tersebut untukmengurus hal-ehwaldalamannya tanpa campur
tangan asing
Kerajaan- Adalah merupakan pemerintah bagisesebuah negara. Pentadbiran negara diurus olehkerajaan. Cara mana sesebuah kerajaan itumendapat dan menggunakan kuasanyamembezakan bentuk sesebuah kerajaan dengankerajaan yang lain. (badan perundangan(Parlimen), badan eksekutif (Presiden/PerdanaMenteri dan kabinetnya), dan badan kehakiman
-
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
8/47
Negara: keseluruhan sistem politik
yang telah ditetapkan dan memiliki
peranan autoriti yang sah di manakita akhirnya dikawal, diarah dan
ditertibkan (Robertson,1986
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
9/47
Menurut David Robertson (1986):
Pertama, negara mempunyai sejumlah anggota
masyarakat yang mendiami sesebuah wilayah
tertentu (keseluruhan sistem politik yang telah
ditetapkan).
Kedua, ahli-ahli masyarakat yang tinggal di dalam
wilayah ini pula terlibat dan tertakluk di bawah satu
kuasa berwibawa. Kuasa berwibawa yang diiktiraf
ini mengawal mereka. Kuasa ini biasanya dirujukkepada kerajaan yang mempunyai peranan autoriti
yang sah.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
10/47
Weber menyifatkan negara sebagai
...the human community that (successfully)claims the monopoly of the legitimate use of
physical force within a given territory. (Weber,
1988:78)
(Terjemahan:..satu komuniti manusia yang
mempunyai monopoli dalam penggunaan kuasa
fizikal yang sah di dalam sesebuah wilayah
tertentu.)
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
11/47
Laski pula melihat negara sebagai,
...a society which is integrated by possessing a coercive authority
legally supreme over any individual or group which is part of the
society. A society is a group of human beings living together andworking together for the satisfaction of their mutual wants. Such as
society is the state where the way of life to which both individual and
associations must conform is define by a coercive authority binding
upon them all. (Laski, 1947:8-9)
(Terjemahan: ...sesebuah masyarakat yang terintegrasi menerusi
kewujudan satu autoriti tertinggi yang sah ke atas setiap individu atau
kumpulan yang menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat.
Sesebuah masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang
tinggal dan hidup secara bersama bagi memenuhi keperluan-keperluan mereka. Masyarakat sedemikian hidup dalam keadaan di
mana keselarasan cara hidup individu dan kumpulan-kumpulan ditakrif
menerusi kewujudan satu autoriti paksaan yang mengikat mereka
secara bersama.)
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
12/47
Negara berkuasa mengenakan peraturan danperundangannya ke atas semua orang yangberada di dalam wilayahnya. Kuasa ini sah danberdaulat serta akan menerima implikasipenggunaan kekerasan (yang juga sah) jikasekiranya ia dicabar.
Sifat Memaksa
Negara memonopoli kawalan danpenggunaan alat-alat kekerasan sepertitentera dan polis dan adalah merupakanpihak yang berwibawa dalammenggunakannya untuk mempertahankankewujudan dan kedaulatan negara. Tidak adapihak yang lain yang berhak menggunakankekerasan kecuali dengan izin negara.
Sifat
Memonopoli
Kuasa negara adalah meluas dan mencakupihampir semua ruang kehidupan masyarakat.Tidak ada sesiapa pun yang tinggal dalamnegara yang dapat bebas daripada pengaruhdan kuasa negara.
Kuasa yang
mencakupisegalanya
3 CIRI-CIRI PENTING KUASA NEGARA
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
13/47
2 aspek penting bagimembezakan sebuah
negara yang mengamalkansistem Kesatuan (Unitary)dan negara Persekutuan
(Federal)
Struktur Negara Di mana dalamnegara Kesatuan seluruh wilayahnyaditadbir di bawah satu sistem
pentadbiran berpusat. Jikadiwujudkan pihak berkuasatempatan, kewujudannya adalahberdasarkan apa yang diberikanoleh parlimen dan boleh berubah
jika parlimen mahukannya diubah.Ianya tidak ditetapkan secara kekal
di dalam perlembagaan. Ini berbezadengan sistem Persekutuan di mananegara tersebut terbina hasilgabungan sejumlah negeri-negeriyang berdaulat. Kewujudan negeri-negeri ini sangat sukar untuk
dibubarkan kerana ia wujud lebihdahulu daripada negarapersekutuan yang lebih besartersebut.
Struktur Kuasa Kuasa di dalam negaraKesatuan adalah berpusat kepadakerajaan pusat atau parlimen. Lain-lainpihak berkuasa tempatan hanyamenikmati kuasa yang diperturunkanoleh kerajaan pusat dan kuasa ini boleh
ditarik balik pada bila-bila masa yangputuskan oleh parlimen negara tersebut.Bagi negara Persekutuan, kuasa kerajaanpusat walau pun sering lebih meluasdaripada kuasa negeri-negeri, tetapinegeri masih memiliki kuasa-kuasa khas
dalam bidang-bidang tertentu yang tidakboleh diganggu oleh kerajaan pusat.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
14/47
Negara ditakrifkan sebagai sekumpulan masyarakat yang tinggal di dalam
sesebuah wilayah geografi yang mempunyai pemerintah yang berupaya
menguatkuasakan peraturan dan undang-undang atas nama negara secara
sah demi kesinambungan kehidupan politik dan kesejahteraan masyarakat
seluruhnya.
Justeru itu negara terbentuk daripada empat unsur utama iaitu, wilayah,
penduduk, kerajaan dan kedaulatan.
Negara mempunyai kuasa yang meluas dalam menentukan matlamat
kehidupan politik dan kesejahteraan masyarakat dipenuhi dengan sebaik-baiknya.
Kuasa ini termasuklah kuasa paksaan yang sah, juga penggunaan kekerasan
dalam mendapatkan kepatuhan ke atas peraturan dan undang-undangnya.
Negara juga mempunyai monopoli dalam penggunaan kekerasan, dankuasanya mencakupi hampir keseluruhan aspek kehidupan bernegara
anggota-anggota masyarakatnya.
Kerajaan selaku teraju negara yang tugas utamanya memastikan
kelangsungan kewujudan negara dan merealisasikan kesejahteraan hidup
bernegara dicapai dengan sebaik-baiknya.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
15/47
KERAJAAN
Kerajaan merupakan teraju ataupun jentera utama yang mengurus dan
mentadbir negara.
Kerajaan juga merupakan pemerintah kepada sesebuah negara.
Kerajaan demokratik dikatakan wujud apabila pemilihan sesebuah
kerajaan itu dibuat menerusi satu pilihan raya yang adil dan bebas di
mana rakyat mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan siapakah
yang diingininya menjadi pemerintah untuk sesuatu jangka masa yang
tertentu. Kerajaan yang lahir dari sistem ini mempunyai mandat dan
legitimasi dalam menggubal dan melaksanakan undang-undang serta
dasar-dasar negara demi memastikan kesinambungan kehidupan
bernegara seluruh anggota masyarakatnya.
Kerajaan yang demokratik bukan sahaja merujuk kepada sebuah
kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah, tetapi juga merupakan
sebuah kerajaan yang menghormati prinsip kedaulatan undang-undang
(rule of law). Menghormati prinsip kedaulatan undang-undang ini berertibahawa sesebuah kerajaan itu berlaku adil dan saksama dalam
melaksanakan peranan-peranannya. Penguatkuasaan undang-undang
negara perlu dilaksanakan tanpa memilih bulu. Penguatkuasaan
undang-undang juga perlu akur dan mematuhi batasan-batasan
kekuasaannya seperti yang digariskan oleh undang-undang tubuh
negara dan peraturan-peraturan sah negara.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
16/47
Badan legislatif ialah badan perundangan yangberfungsi sebagai penggubal undang-undang dandasar-dasar negara. Badan legislatif atau badanperundangan ini dikenali dengan pelbagai nama di
seluruh dunia seperti Parlimen, Kongres, Diet, Knesset,Bundestag, Duma dan sebagainya. Pada umumnya,banyak negara mempunyai struktur legislatif yangterdiri daripada dua buah dewan perundangan, yaknidewan rendah dan dewan tertinggi.
Badan Legislatif
Terdiri daripada Presiden dan/atau Perdana Menteridan jemaah menterinya (kabinet). Tugas utama merekaialah melaksanakan undang-undang dan dasar-dasarnegara serta mengurus dan mentadbir hal-ehwalnegara.
Badan
Eksekutif
Terdiri daripada hakim-hakim dan mahkamah-mahkamah yang berada di bawah pentadbiranmereka yang fungsi utamanya ialah memastikankeadilan ditegakkan dan menghukum dengansewajarnya mereka yang melanggar undang-undang dan peraturan negara.
Badan Kehakiman
(Judiciary)
Kerajaan Demokratik dibahagikan kepada
tiga badan utama
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
17/47
Doktrin pemisahan kuasa
Doktrin pemisahan kuasa ini bertujuan supaya kuasa
negara tidak dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihakdan mudah pula diselewengkan.
Doktrin ini merumuskan bahawa sekiranya kuasa
kerajaan diagih-agihkan kepada tiga badan utama dimana setiap satu badan berfungsi mengimbangi kuasa
badan yang lain, maka kehidupan politik dan
kemasyarakatan sesebuah negara dapat berjalan
dengan lebih baik dan sempurna.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
18/47
Terdapat satu perbezaan penting dalam amalan doktrin pemisahan kuasa dinegara berparlimen dari negara berpresiden.
Perbezaan tersebut ialah dalam sistem berpresiden, badan legislatif dan
eksekutif dianggotai oleh pihak yang berlainan. Terdapat pemisahan yang jelasdan nyata dalam kedua-dua badan tersebut. Badan Kehakiman juga terpisah
daripada kedua-dua badan legislatif dan eksekutif.
Namun di dalam sistem berparlimen, berlaku pertindanan keanggotaan dalam
badan legislatif dan badan eksekutif. Ahli-ahli badan eksekutif adalah terdiri
daripada sebahagian ahli badan legislatif. Malah Perdana Menteri memperolehikuasanya daripada keanggotaan dan sokongan yang diterimanya daripada
badan legislatif. Perdana Menteri dan kabinetnya adalah bertanggung jawab
kepada badan legislatif.
Dalam sistem kerajaan berpresiden, Presiden hanya bertangung jawab kepada
rakyat yang memilihnya secara langsung, manakala ahli-ahli kabinetnya pulahanya bertanggungjawab kepada Presiden yang melantik mereka. Presiden
tidak boleh dijatuhkan oleh badan legislatif kerana ia bukan anggota badan
tersebut.
Dalam sistem berparlimen, seseorang Perdana Menteri dan kabinetnya boleh
digulingkan oleh parlimen.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
19/47
Takrif Perlembagaan
(i) Perlembagaan merupakan undang-undang dasar
yang menjadi teras panduan pemerintahan negara.
(ii) Ia juga menjadi kerangka asas yang
membentuk dan memandu sistem pemerintahan
sesebuah negara.(iii) Ia merupakan undang-undang tertinggi dan
asas semua undang-undang lain di dalam negara.
(iv) Ia menjadi rujukan tentang aspirasi dan plan
induk pemerintahan negara.(v) Ia mengawal pemerintah dan yang diperintah
dalam mempertahankan kewujudan dan
kesinambungan negara.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
20/47
Perlembagaan
Dicey A.V, seorang peguam perlembagaan
British:
tiada sesiapa boleh dikenakan hukumankecuali didapati bersalah kerana melanggar
undang-undang yang sedia ada, dan dia
hendaklah dibicarakan secara sewajarnya
mengikut undang-undang di dalam sebuah
mahkamah biasa.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
21/47
Terdapat beberapa peranan dan fungsi perlembagaan
dalam sesebuah negara. Peranan terbesarnya ialah
menyatakan dengan jelas aspirasi sesebuah negara itu
serta menggariskan struktur rasmi sistem pemerintahannegara. Setelah peranan tersebut digariskan dengan jelas,
maka perlembagaan mempunyai mengawal tindak-tanduk
kerajaan dan seluruh institusinya supaya menjalankan
pemerintahan menurut aspirasi dan struktur rasmi yangditentukan oleh perlembagaan.
Fungsi perlembagaan dalam kontek ini ialah menentukan
sama ada sesuatu tindakan kerajaan itu sah atau tidak
berdasarkan peruntukan bidang kuasa yang diberikan oleh
perlembagaan kepada kerajaan tersebut.
Perlembagaan menentukan sama ada prinsip kedaulatan
undang-undang (rule of law) diamalkan atau tidak oleh
sesebuah negara berdasarkan peruntukkan-peruntukkan
yang wujud dalam perlembagaan itu sendiri.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
22/47
Kretaria ciri-ciri
sebuahperlembagaanyang baik atau
tidak
Bersifat umum- Jika sesuatu perlembagaan itu terlalumengkhusus atau rigid ia sukar disesuaikan dengan perubahanyang berlaku dalam negara dari masa ke semasa
Perlembagaan bertulis Lebih mudah untuk dirujukberbanding perlembagaan yang tidak bertulis.
Prosidur pindaan tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalulonggar atau flexible.
Tidak terlalu kerap dipinda sehingga menghilangkansemangat dan kandungan asal perlembagaan tersebut.
Prinsip perundangan dan kandungan perlembagaan tersebutadalah berasaskan peraturan dan undang-undang sejagat yangditerima pakai oleh masyarakat antarabangsa.
Kehendak dan aspirasi rakyat untuk meneruskan kehidupanpolitik yang baik dan sempurna dijamin oleh perlembagaan.
Mempunyai konsep sistem terbuka di mana persoalan-persoalan masyarakat dan perundangan yang berbangkitdapat dibahas dengan secukupnya demi kebaikan negara.
Menetapkan pemisahan kuasa antara institusi-institusikerajaan dengan jelas supaya tiada pihak yang dapat bertindakmengatasi kuasa yang diperuntukkan kepadanya dan tidakmemonopoli kuasa sehingga menjejaskan nilai-nilai kehidupandemokrasi.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
23/47
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
24/47
GMGA 2013
PERLEMBAGAANMALAYSIA
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
25/47
UNDANG-UNDANG,
PERLEMBAGAAN,DAN SISTEM
PEMERINTAHAN
BAB 2
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
26/47
OBJEKTIF
1. Memahami konsep undang-undang, perlembagaan danhubungannya dengan sistem pemerintahan.
2. Menyedari keperluan undang-undang dalam kehidupan
seharian.
3. Membezakan jenis-jenis perlembagaan yang wujud.4. Mengetahui sumber dan sejarah undang-undang.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
27/47
Makna Undang-undang:
Satu peraturan mengenai perbuatan manusia yang menimbulkan
kesan-kesan tertentu sebagaimana ditentukan oleh negara
(David Barker, 1992: 1)
the body of principles recognized and applied by the state in the
administration of justice undang-undang mengandungi set
peraturan yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh badan
keadilan ataupun, undang-undang itu ialah satu set peraturanyang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa sesebuah negara. (Sir
John Salmond)
Satu set arahan yang dikuatkuasakan oleh pihak atasan kepada
pihak bawahan melalui hukuman. Pihak atasan ialah negara(state) dan pihak bawahan ialah individu dalam negara tersebut.
(John Austin)
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
28/47
Hukuman (sanctions) meliputi penjara, denda, ganti rugi, perintah
injunksi dan dikri-dikri tertentu (Lee Mei Pheng, 1989: 1)
Undang-undang bertujuan agar kehidupan masyarakat menjadiaman dan sejahtera. Ada juga undang-undang yang digunakan
untuk memastikan semua pihak mendapat hak-hak masing-masing
(A.Aziz, 1995: 2)
Undang-undang mempunyai peranan secara formal untukmengawal perlakuan-perlakuan negatif yang semakin mengubah
struktur sosial (Anwarul Yakin, 1998: 29-35)
Karl N. Lewlleyn, masyarakat sememangnya tidak dapat lari
daripada masalah seperti pertelingkahan dan sebagainya yangharus diselesaikan. Semuanya bergantung kepada undang-undang.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
29/47
Istilah-istilah yang mempunyai makna yang
serupa dengan undang-undang ialah hukum,
peraturan, set arahan dan perintah suruhan
atau tegahan.
Setiap anggota bebas bertindak bersendirian
mengikut kehendaknya sendiri sekiranya
masyarakat tidak dikawal oleh undang-undang.
Kesannya akan menjejaskan keharmonian
hidup bersama.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
30/47
SUMBER UNDANG-UNDANG
Perlembagaan
Perkara 4(1) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa
Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-
apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang
berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yangberlawanan itu.
Statut
Statut meliputi sama ada akta, ordinan atau enakmen: Akta ialah undang-
undang bertulis yang diperbuat oleh Parlimen. Undang-undang bertulis
yang dibuat oleh Dewan-dewan Undangan Negeri dipanggil Enakmen,
kecuali bagi Sabah dan Sarawak ia dipanggil ordinan.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
31/47
SUMBER UNDANG-UNDANG
Perundangan subsidiari atau perundangan perwakilan
Perlembagaan Malaysia memberi kuasa perundangan kepada Parlimendan Dewan Undangan Negeri. Walau bagaimanapun hanya sebahagian
kecil perundangan yang dibuat secara langsung oleh badan perundangan
dan sebahagian besar perundangan kini dibuat oleh pihak eksekutif.
Pihak eksekutif membuat perundangan-perundangan tersebut melalui
kuasa yang diberikan kepada mereka oleh badan perundangan (Ahmad
Ibrahim, Ahilemah, 1992: 137)
Keputusan hakim dalam sesuatu perbicaraan
Ia adalah keputusan hakim dalam perkara undang-undang yang dibuat
oleh hakim Mahkamah Tinggi yang belum diakas atau ditolak olehMahkamah yang lebih tinggi daripadanya. Keputusan hakim itu akan
mengikat semua keputusan mahkamah rendah. Ia dikenali sebagai
doktrin duluan mengikat.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
32/47
SUMBER UNDANG-UNDANG
Undang-undang Islam
Ia merupakan sumber hukum utama kepada kaum muslimin di Malaysia.Perkara ini termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Hukum Islam
terpakai dalam semua aspek kegiatan hidup umat Islam. Ia merangkumi
aspek pentadbiran undang-undang Islam di bawah agensi Kerajaan yang
berkaitan agama Islam seperti Mahkamah Syariah, ibadat, jenayah,
kontrak, kemasyarakatan, harta, keluarga, pesaka, matrimoni dan
sebagainya.
Undang-undang Hindu
Menurut orang-orang Hindu, sebahagian daripada undang-undang ini
datangnya daripada Tuhan dan sebahagian besarnya daripada adat. Iadigunakan hanya untuk orang Hindu sahaja berkaitan dengan undang-
undang diri sahaja. Contohnya ialah sistem penyatuan keluarga Hindu
yang diiktiraf dan dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sivil.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
33/47
SUMBER UNDANG-UNDANG
Undang-undang adat
Adat tempatan di Malaysia juga menjadi sumber undang-undang tidakbertulis. Contohnya ialah adat Hindu akan digunakan bagi penganut
agama Hindu. Adat resam Cina akan digunakan bagi orang-orang Cina
dan adat-adat suku orang Asli pula digunakan sebagai salah satu undang-
undang untuk orang-orang Asli.
Adat Melayu yang tidak berlawanan dengan hukum Islam akan
digunakan sebagai sebahagian daripada undang-undang untuk orang
Melayu dan bumiputera yang beragama Islam. Adat Perpatih dan adat
Temenggung di Semenanjung Malaysia dan adat-adat tempatan di Sabah
dan Sarawak adalah adat Melayu yang digunakan lagi dan menjadi
sebahgian daripada undang-undang.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
34/47
SUMBER UNDANG-UNDANG
Common Law Inggeris dan peraturan ekuiti
Penggunaan kedua-dua sumber undang-undang ini adalah sebagaimanayang diperuntukkan di dalam Akta Undang-undang Sivil 1956. Mengikut
Akta ini, Common Law dan peraturan ekuiti tersebut akan digunakan
kecuali terdapat peruntukan yang dibuat oleh undang-undang bertulis
tempatan. Ia juga digunakan setakat yang diizinkan oleh undang-undang
negeri-negeri di Malaysia dan penduduknya, serta bergantung kepada
keperluan tempatan.
Tiga sumber yang pertama dikenali sebagai undang-undang bertulis, manakala
bakinya ialah undang-undang tidak bertulis.
Undang-undang tidak bertulis bukanlah undang-undang yang tidakditulis. Ia adalah sekumpulan undang-undang yang tidak melalui proses
perundangan formal iaitu melalui kelulusan dewan perundangan.
Undang-undang bertulis adalah undang-undang yang ditulis oleh
penggubal undang-undang, diluluskan oleh dewan perundangan dan
diterbitkan secara formal oleh Jabatan Percetakan Negara dan bolehdibeli oleh sesiapa jua.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
35/47
Contoh akta ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(1960) dan Akta Keganasan Rumahtangga (1994).
Contoh enakmen ialah Enakmen Keluarga Islam Negeri
Kedah (1979) dan Enakmen Aturcara Mal Islam NegeriKedah (1979). Contoh Ordinan pula ialah Ordinan Pilihan
Raya Pihak Berkuasa Tempatan (1950) dan Ordinan
Askar Persekutuan (1952).
Satu contoh adat orangorang Melayu yang mempunyaiimplikasi undang-undang ialah Adat Harta Sepencarian,
manakala adat yang tidak mempunyai kesan undang-
undang ialah tidak mengapa jika tidak melaksanakan
adat berendoi bagi anak yang baru lahir.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
36/47
PERLEMBAGAAN
Abdullah Sanusi (1987:5) mengatakan perlembagan ialah
buku yang mengandungi undang-undang agung negara. Didalam perlembagan ada dinyatakan keunggulan politik,
ekonomi, sosial dan kebudayaan sesebuah negara. Ia
berhasrat mengendalikan pentadbiran kerajaan dengan licin
dan saksama.
Menurut Sheela (1994: 207) perlembagaan ialah sekumpulan
undang-undang dasar, yang menjadi garis panduan kepada
pemerintahan sesebuah negara. Daripada perlembagaan lahir
undang-undang lain. Perlembagaan mengandungi peraturan
yang menentukan struktur kerajaan dan kuasanya, sistem
kehakiman, hak asasi, kebebasan beragama, soal bahasa,
syarat-syarat kerakyatan dan pilihan raya.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
37/47
PERLEMBAGAAN
Professor Dicey (1959) berpendapat bahawa
Undang-undang Perlembagaan mengandungi dua
prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen
dan Prinsip Kedaulatan Undang-undang.
Tun Salleh Abas, Bekas Ketua Hakim Negara(1997:1): Jika kita perhatikan perlembagaan
sebuah negara moden, lebih-lebih lagi
Perlembagaan Malaysia, maka sudah tentu takrif
perlembagaan yang dibuat oleh Professor Diceytidak mencukupi, kerana apa yang terkandung di
dalam perlembagaan itu bukan sahaja hal-hal
tentang parlimen dan hak asasi, bahkan berjenis-
jenis perkara lain.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
38/47
PERLEMBAGAAN
Wheare. K.C. (1993) pula menjelaskan erti perlembagaan itu
dengan melihat kepada dua suasana.
Pertama, dalam suasana biasa, perlembagaan digunakan
untuk memperlihatkan keseluruhan sistem kerajaan sesebuah
negara, satu himpunan kaedah-kaedah yang menubuh dan
mengawal kerajaan itu.
Kedua, dalam pengertian yang lebih luas, perlembagaan
bermaksud kumpulan undang-undang, institusi-institusi dan
adat-adat yang yang berpunca daripada beberapa prinsip
pemikiran tetap yang membentuk sistem umum.
Oleh itu perlembagaan bukanlah satu undang-undang yang
lapuk, sebaliknya persepakatan warga negara yang mengikut
suasana semasa. Ia wujud daripada kehendak keadaan
semasa yang diasaskan oleh kekuatan sesebuah kerajaan
yang memerintah dalam sesebuah negara. Justeru,
perlembagaan merupakan undang-undang dasar negara.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
39/47
JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN
Perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis
Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang mana dokumennya
boleh diperolehi dalam sebuah buku tertentu. Perlembagaan jenis ini
terdapat di kebanyakan negara moden hari ini seperti Perlembagaan
negara kita. Perlembagaan tidak bertulis pula wujud berserakan dalam
pelbagai statut. Great Britain merupakan satu contoh negara yang
memiliki perlembagaan tidak bertulis ini.
Perlembagaan rigid dan perlembagaan fleksibel
Rigid atau fleksibelnya sesuatu perlembagaan itu bergantung kepada
senang atau susahnya ia dipinda. Terdapat negara yang memerlukan
referendum rakyat untuk meminda sesuatu perkara di dalamperlembagaannya. Di Malaysia terdapat keadaan di mana ia memerlukan
sokongan dua pertiga anggota parlimen untuk meminda sesuatu perkara
di dalam perlembagaan. Terdapat juga keadaan yang memerlukan
kelulusan Majlis Raja-raja selain daripada sokongan majoriti di dewan
perundangan.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
40/47
JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Unitari
Malaysia merupakan contoh negara yang memiliki Perlembagaan
Persekutuan. Malaysia mempunyai dua jenis kerajaan. Pertama kerajaan
negeri dan kedua kerajaan pusat atau kerajaan persekutuan. Negara
Britain hanya mempunyai satu kerajaan sahaja. Ia tidak mempunyai
kerajaan negeri.
Perlembagaan Berparlimen dan Perlembagaan Berpresiden
Pembahagian ini bergantung kepada jenis kerajaan yang terbentuk dalam
negara berkenaan. Jika ia mengamalkan sistem parlimen maka ia dikenali
sebagai Perlembagaan Berparlimen. Sekiranya tidak, berkemungkinan ia
dipanggil Perlembagaan Berpresiden.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
41/47
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
42/47
Perlembagaan Malaysia merupakan satuperlembagaan bertulis kerana ia boleh didapati
dalam satu dokumen yang tersusun. Perlembagaan
ini agak rigid kerana sukar untuk memindanya.
Terdapat keadaan yang memerlukan bukan sahajaundi dua per tiga anggota Majlis Perundangan tetapi
juga memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja.
Perlembagaan Malaysia adalah satu perlembagaan
berparlimen untuk sebuah negara persekutuan.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
43/47
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Malaysia adalah sebuah persekutuan: Perlembagaan mengasaskan
Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan. Ini jelas sekaliterbayang di dalam Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan.
Malaysia terbentuk melalui gabungan beberapa buah kerajaan
negeri dan mempunyai sebuah kerajaan pusat.
Kerajaan Pusat terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, jemaah
menteri yang dipimpin oleh Perdana Menteri dan seluruh
anggota perkhidmatan awam.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
44/47
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
2. Raja berpelembagaan: Yang di-Pertuan Agong merupakan
pemerintah tertinggi dalam negara Malaysia. Walaupun begitu,baginda tidak menjalankan pemerintahan secara bersendirian dan
secara langsung. Baginda dan raja-raja di peringkat negeri
memerintah dengan nasihat para eksekutif iaitu Perdana Menteri
dan kabinetnya serta pihak yang diberikan kuasa di peringkat
Persekutuan, manakala Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Negeriserta pihak yang diberi kuasa di peringkat negeri.
Tun Sufian (1990: 15-6) menulis: Di dalam negara yang
mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan, selalunya
Perdana Menteri yang dipilih akan dipersalahkan atas dasar-dasaryang tidak popular dan menghadapi risiko digantikan oleh orang
lain dalam sesuatu pilihan raya. Perdana Menteri datang dan
pergi, tetapi raja kekal buat selama-lamanya.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
45/47
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
3. Negara Demokrasi berparlimen: Malaysia mengamalkan bukan
sahaja sistem demokrasi tetapi juga demokrasi berparlimen.Sistem demokrasi bertunjangkan amalan pilihan raya untuk
memilih perwakilan. Perwakilan yang dipilih ke parlimen akan
membentuk kerajaan yang akan memerintah negara. Para
perwakilan ke dewan perundangan ini juga mempunyai kuasa
menggubal undang-undang yang akan diguna pakai di dalamnegara.
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
46/47
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
4. Islam agama Persekutuan: Islam telah ditetapkan menjadi Agama
Persekutuan. Namun begitu kebebasan beragama tetap dijamin.
5. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi: Perkara
4 Perlembagaan Persekutuan menonjolkan satu ciri khusus
kepada Perlembagaan ini iaitu ia adalah undang-undang tertinggi
dalam negara.
6. Pengasingan kuasa: Tiga cabang kuasa yang dibahagikan
dikendalikan oleh badan legislatif, badan eksekutif dan badan
kehakiman
7/22/2019 Perlembagaan Malaysia Bab 1-2.ppt
47/47