8
PERLEMBAGAAN KELAB 1. NAMA DAN ALAMAT 1.1. Nama Kelab : Kelab Sukan (Kelab Futsal) 1.2. Alamat : Sekolah Kebangsaan Serian, Batu 1 Jalan Serian Sri Aman, 94700 Serian Sarawak. 2. MATLAMAT 2.2. Memberi peluang kepada semua murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 3. OBJEKTIF 3.1. Mencungkil bakat yang ada dalam diri murid. 3.2. Meningkatkan daya ketahanan diri murid dari aspek fizikal dan mental serta memupuk semangat bertanggungjawab dalam diri murid. 3.3. Meningkatkan disiplin disamping menonjolkan kemampuan diri murid dalam bidang sukan. 4. KEAHLIAN 4.1. Keahlian kelab ini adalah tertutup. Guru Penasihat telah menentukan murid - murid yang menganggotai kelab ini. 4.2. Kelab ini mempunyai 26 orang ahli secara keseluruhannya. 4.3. 4 orang ahli adalah AJK tertinggi manakala ahli yang selebihnya, iaitu sebanyak 9 orang merupakan ahli-ahli yang menggangotai 3 ajk kecil dalam kelab ini.

PERLEMBAGAAN persatuan/kelab

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perlembagaan dalam penubuhan kelab dan persatuan

Citation preview

Page 1: PERLEMBAGAAN persatuan/kelab

PERLEMBAGAAN KELAB

1. NAMA DAN ALAMAT

1.1. Nama Kelab : Kelab Sukan (Kelab Futsal)

1.2. Alamat : Sekolah Kebangsaan Serian,

Batu 1 Jalan Serian Sri Aman,

94700 Serian Sarawak.

2. MATLAMAT

2.2. Memberi peluang kepada semua murid untuk mengembangkan potensi secara

seimbang dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. OBJEKTIF

3.1. Mencungkil bakat yang ada dalam diri murid.

3.2. Meningkatkan daya ketahanan diri murid dari aspek fizikal dan mental serta

memupuk semangat bertanggungjawab dalam diri murid.

3.3. Meningkatkan disiplin disamping menonjolkan kemampuan diri murid dalam

bidang sukan.

4. KEAHLIAN

4.1. Keahlian kelab ini adalah tertutup. Guru Penasihat telah menentukan murid -

murid yang menganggotai kelab ini.

4.2. Kelab ini mempunyai 26 orang ahli secara keseluruhannya.

4.3. 4 orang ahli adalah AJK tertinggi manakala ahli yang selebihnya, iaitu sebanyak 9

orang merupakan ahli-ahli yang menggangotai 3 ajk kecil dalam kelab ini.

4.4. Ahli-ahli kelab perlu berpegang kepada Perlembagaan Kelab dan perlu

melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh kelab.

Page 2: PERLEMBAGAAN persatuan/kelab

5. GURU PENASIHAT

5.1. Guru Penasihat adalah salah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Serian

5.2. Guru Penasihat adalah seorang yang berkuasa mutlak dalam urusan meluluskan

atau membatalkan sesuatu aktiviti yang dijalankan,

5.3. Guru Penasihat juga bertanggungjawab terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan

oleh kelab dan perlulah bersama-sama dengan ahli kelab semasa aktiviti

dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA

6.1. Ahli Jawatankuasa Kelab dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2. Pemilihan Ahli Jawatankuasa dilakukan secara undian.

6.3. Ahli yang hadir atau ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk alasan layak

dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.4. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat dan Pengerusi atau

mencalonkan diri sendiri tanpa mesyuarat.

6.5. Ahli Jawatankuasa yang ingin melepaskan jawatan hendaklah mempunyai alasan

yang kukuh dan menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6. Senarai ahli jawatankuasa kelab ini adalah seperti berikut :

PENGERUSI : MOHD ZULHILMI BIN ZAHKERIA

TIM.PENGERUSI : ZAIFUDIN

SETIAUSAHA : MUHAMMAD NASIH ULWAN BIN TUAH

BENDAHARI : MAHADHIR BIN JOHARI

Page 3: PERLEMBAGAAN persatuan/kelab

AJK KELAS

TAHUN 4 : MOHAMMAD HAZIQ FARHAN BIN GUNAWAN

: BLAISE VIKI ANAK DUBLIE

: MOHAMMAD HARIS ISKANDAR

TAHUN 5 : HAZEERUL EIDZQHAN

: ABANG MUHAMMAD AHLUL BADRI

: POLLUS ANAK PATRICK

TAHUN 6 : MUHAMMAD NUR FAIZAL BIN ABDULLAH

: ALIF MYZAL BIN MOHAMAD HADIF

: MOHD HAFIZ

Page 4: PERLEMBAGAAN persatuan/kelab

7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA/BIRO

7.1. PENGERUSI

7.1.1. Bertanggungjawab dalam mempengerusikan semua mesyuarat dan

memastikan kelancaran mesyuarat tersebut.

7.1.2. Bertanggungjawab meneliti setiap minit mesyuarat dan memastikan

keputusan yang telah dipersetujui dilaksanakan dan diambil tindakan yang

sewajarnya oleh ahli yang berkenaan.

7.1.3. Melaksanakan setiap tugas-tugas yang di arahkan oleh Guru Penasihat.

7.1.4. Mengetahui masalah atau kebajikan semua ahli kelab.

7.2. TIMBALAN PENGERUSI

7.2.1. Membantu Pengerusi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang

diberikan.

7.2.2. Bertanggungjawab dalam mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan

Pengerusi.

7.2.3. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi.

7.3. SETIAUSAHA

7.3.1. Menguruskan semua urusan surat-menyurat.

7.3.2. Menyimpan segala dokumen atau maklumat yang berkaitan dengan kelab.

7.3.3. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat dan laporan-laporan kelab.

7.3.4. Mengambil kehadiran semua ahli semasa mesyuarat/aktiviti dijalankan.

7.3.5. Menyelesaikan urusan-urusan yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa

ke semasa.

7.4. BENDAHARI

7.4.1. Bertanggungjawab dalam urusan kewangan Kelab.

7.4.2. Bertugas membuat dan menyimpan kira-kira mengenai kewangan dan

bertanggungjawab ke atas kebenarannya.

Page 5: PERLEMBAGAAN persatuan/kelab

7.4.3. Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta

menandatanganinya.

7.4.4. Menyediakan laporan kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam

Mesyuarat Agung.

7.4.5. Menjalankan tugas-tugas yang diberikan.

7.5. AHLI JAWATANKUASA

7.5.1. Membantu menjalankan tugas dalam setiap aktiviti dan program yang

dirancang.

7.5.2. Menyumbangkan idea atau pendapat dalam suatu mesyuarat.

7.5.3. Menjalankan tugas yang diberikan oleh Pengerusi.

8. KEWANGAN

8.1. Kewangan Kelab boleh diperoleh melalui :

i. Sumbangan dari badan-badan/pihak-pihak berkenaan

ii. Melalui kutipan yuran keahlian

iii. Melalui sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang

negara.

8.2. Pendapatan kelab yang diperoleh hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai

objektif dan matlamat kelab dan ahli-ahlinya seperti yang disebut dalam

Perlembagaan ini.

8.3. Sebarang pengunaan wang kelab hendaklah dimaklumkan dan di luluskan oleh

bendahari ataupun pengerusi kelab.

8.4. Semua resit pengunaan wang Kelab hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan

Pengerusi atau Setiausaha Kelab.

Page 6: PERLEMBAGAAN persatuan/kelab

9. KEHADIRAN DAN PENYERTAAN

9.1. Semua ahli kelab diwajibkan menghadirkan diri dalam semua aktiviti yang

dijalankan oleh kelab tanpa sebarang alasan.

9.2. Ahli yang gagal untuk menghadirkan diri sebanyak tiga kali berturut-turut dalam

mesyuarat kelab dikehendaki menulis surat tunjuk sebab yang munasabah.

Markah kehadiran akan dipotong dan taraf keahlian juga boleh di gugurkan secara

automatik sekiranya ahli tersebut gagal berbuat demikian.

10. AKTIVITI

10.1. Aktiviti yang dijalankan oleh kelab adalah seperti yang telah dirancang semasa

Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.

10.2. Aktiviti yang dijalankan mestilah mendatangkan faedah atau mendatangkan

manfaat yang berkesan.

10.3. Sebarang pindaan akan dibuat oleh Guru Penasihat dan akan diumumkan kepada

ahli kelab.

10.4. Setiap ahli kelab haruslah menunjukkan komitmen dalam setiap aktiviti yang

dijalankan.

11. PERATURAN-PERATURAN

11.1. Peraturan Sekolah menjadi asas kepada peraturan kelab.

11.2. Peraturan khas yang telah ditetapkan oleh kelab haruslah dipatuhi oleh semua ahli

kelab.

11.3. Ahli-ahli yang melanggar atau tidak mengikuti peraturan kelab boleh dikenakan

tindakan tatatertib atau denda.

Page 7: PERLEMBAGAAN persatuan/kelab

12. TINDAKAN DISIPLIN

12.1. Ahli-ahli yang melanggar peraturan dan perlembagaan kelab akan dikenakan

tindakan disiplin.

12.2. Tindakan disiplin yang boleh dikenakan adalah Amaran Lisan dan juga Amaran

Bertulis.

12.3. Ahli boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Guru Penasihat berkenaan

tindakan yang dikenakan sekirannya tidak berpuas hati.

12.4. Keputusan yang dibuat oleh Guru Penasihat ke atas rayuan yang dikemukakan

adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1. Bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga dipinda.

13.2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa, Guru

Penasihat atau pentadbir Sekolah.

13.3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli jawatankuasa

akan diadakan untuk membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika

perlu.

13.4. Setiap pindaan yang dibuat mestilah ditunjukkan kepada pihak pentadbiran untuk

disahkan.

14. PEMBUBARAN KELAB

14.1. Pihak Pentadbiran diberikan kuasa untuk membubarkan kelab sekiranya kelab

didapati melanggar perlembagaan da falsafah pendidikan negara

14.2. Segala hutang kelab hendaklah di langsaikan. Baki kewangan akan diputuskan

dalam mesyuarat agung tergempar.

Page 8: PERLEMBAGAAN persatuan/kelab

15. HAL-HAL LAIN

14.1. Ahli-ahli perlulah mengambil tahu dan mengetahui tanggungjawab diri sendiri

terhadap sebarang program atau aktiviti yang dijalankan.

14.2. Setiap ahli perlulah memberikan komitmen penuh serta kerjasama dan juga

bertanya jika tidak jelas tentang sesuatu aktiviti atau info yang diberikan.

14.3. Setiap ahli juga perlulah sentiasa menjaga nama baik kelab dan sentiasa berusaha

untuk menaikkan dan mengharumkan nama kelab.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

.................................... ................................... ...................................

(Mohd Arafa b.Jamaluddin) (Jaafar b. Sahari) (Osman B. Bujang)

Guru Penasihat, Penolong Kanan KK, Guru Besar,

Kelab Futsal. SK Serian. SK Serian.

Tarikh : ......................