4
PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM . Pada semester ini PISMP semester 7 dikehendaki menjalani praktikum Fasa 3 selama 12 minggu di sekolah yang telah dipilih. Praktikum Fasa 3 ini telah saya jalankan di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah. Pasangan saya untuk praktikum kali pertama ini ialah Mohd Yassin, Nor Anisa dan Meeva. Pada praktikum kali ketiga ini saya perlu menjalankan praktikum berdasarkan subjek major saya iaitu Pendidikan Islam dan juga subjek minor iaitu Pendidikan Al-Quran. Sebelum menjalani praktikum di sekolah ini, saya dan rakan-rakan terlebih dahulu telah pergi meninjau kedudukan sekolah yang terletak di Kg. Permatang Berangan, Pinang Tunggal. Hasil tinjauan bersama rakan-rakan, sekolah tersebut tidaklah sibuk cuma apabila berlaku kesesakan pada waktu- waktu tertentu, tempoh masa untuk sampai agak panjang berbanding tempoh biasa iaitu 15 minit. Hasil tinjauan juga mendapati sekolah ini mempunyai 1 sesi iaitu pagi. Sebelum saya menghadapi praktikum ini, semestinya saya mengharapkan hasil yang terbaik dapat saya berikan untuk diri, sekolah, guru dan pensyarah penyelia serta guru pembimbing juga kanak-kanak di prasekolah itu. Sebelum saya menjalani praktikum Fasa 3, saya telah pun menjalani Praktikum Fasa 1 dan 2. Hasil pengalaman ini saya jadikan sebagai bimbingan dan panduan buat diri saya melakukan yang terbaik untuk praktikum Fasa 3 ini. Saya merasakan sangat teruja tapi dalam waktu yang sama merasakan perasaan yang agak gementar di atas beberapa perkara. Pertama berkaitan dengan penerimaan warga sekolah terutama guru pembimbing dan murid-murid terhadap guru praktikum yang baru ini. Penerimaan yang baik adalah penting agar sebarang komunikasi dan perhubungan sepanjang praktikum dapat berjalan dengan lancar walaupun

Pernyataan Profesional

Embed Size (px)

Citation preview

PERNYATAAN PROFESIONAL

SEBELUM PRAKTIKUM. Pada semester ini PISMP semester 7 dikehendaki menjalani praktikum Fasa 3 selama 12 minggu di sekolah yang telah dipilih. Praktikum Fasa 3 ini telah saya jalankan di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah. Pasangan saya untuk praktikum kali pertama ini ialah Mohd Yassin, Nor Anisa dan Meeva. Pada praktikum kali ketiga ini saya perlu menjalankan praktikum berdasarkan subjek major saya iaitu Pendidikan Islam dan juga subjek minor iaitu Pendidikan Al-Quran.Sebelum menjalani praktikum di sekolah ini, saya dan rakan-rakan terlebih dahulu telah pergi meninjau kedudukan sekolah yang terletak di Kg. Permatang Berangan, Pinang Tunggal. Hasil tinjauan bersama rakan-rakan, sekolah tersebut tidaklah sibuk cuma apabila berlaku kesesakan pada waktu-waktu tertentu, tempoh masa untuk sampai agak panjang berbanding tempoh biasa iaitu 15 minit. Hasil tinjauan juga mendapati sekolah ini mempunyai 1 sesi iaitu pagi.

Sebelum saya menghadapi praktikum ini, semestinya saya mengharapkan hasil yang terbaik dapat saya berikan untuk diri, sekolah, guru dan pensyarah penyelia serta guru pembimbing juga kanak-kanak di prasekolah itu. Sebelum saya menjalani praktikum Fasa 3, saya telah pun menjalani Praktikum Fasa 1 dan 2. Hasil pengalaman ini saya jadikan sebagai bimbingan dan panduan buat diri saya melakukan yang terbaik untuk praktikum Fasa 3 ini. Saya merasakan sangat teruja tapi dalam waktu yang sama merasakan perasaan yang agak gementar di atas beberapa perkara.

Pertama berkaitan dengan penerimaan warga sekolah terutama guru pembimbing dan murid-murid terhadap guru praktikum yang baru ini. Penerimaan yang baik adalah penting agar sebarang komunikasi dan perhubungan sepanjang praktikum dapat berjalan dengan lancar walaupun dengan seorang tukang cuci di sekolah. Sekiranya penerimaan mereka adalah baik dan positif, kita akan sentiasa selesa sepanjang berada di sekolah tersebut.

Kedua berkaitan dengan komitmen yang diberikan oleh warga sekolah terutamanya barisan pentadbir dan juga guru pembimbing. Komitmen tersebut adalah berdasarkan kerjasama yang diberikan terhadadap saya dan rakan-rakan yang lain. Saya mengharapkan setiap orang daripada mereka memberikan kerjasama yang baik agar saya lebih yakin dan bersemangat untuk menjalani praktikum Fasa 3 ini. Pada praktikum kali ketiga ini saya mengharapkan agar saya mampu dan berjaya menjadi seorang guru yang lebih kreatif dalam membentuk dan merancang sesuatu bahan bantu mengajar yang mudah dan dapat memberikan kesan dan kefahaman kepada kanak-kanak. Selain itu, saya juga berharap dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui komunikasi dua hala agar saya dapat mendekati dan lebih memahami murid-murid sekaligus menjadikan kanak-kanak itu mudah dibentuk agar dapat melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang mulia.

Saya juga mengharapkan agar saya dapat melakukan sesuatu sumbangan yang berguna dan bermanfaat untuk sekolah. Praktikum Fasa 3 ini juga saya berkeinginan untuk menimba ilmu daripada guru sekolah selaku guru pembimbing di situ tentang pengalaman berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk saya membuat penambahbaikkan dalam diri dan juga sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula ilmu ini dapat digunakan sebagai persediaan untuk saya mengajar apabila sudah tamat belajar kelak.

SEMASA PRAKTIKUM

Setelah tujuh minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian. Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Tempoh praktikum yang berbaki 5 minggu sahaja lagi terasa semakin dekat namun masih banyak lagi tugasan-tugasan yang belum saya laksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan saya dengan masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan murid-murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan semua tugasan dengan konsisten.Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid berkeperluan khas agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik.Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan otak kosong bagi subjek saya. Saya juga sedar, jika mereka gagal untuk mengenal Iqra pada masa sekarang, maka kemungkinan besar untuk mereka buta al-Quran suatu hari nanti adalah sangat besar potensinya. Prinsip yang cuba saya tanamkan bagi anak-anak didik saya, saya akan pastikan mereka pulang dengan mengingati huruf yang mereka dengar dari mulut saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran walaupun dengan satu huruf sekalipun.Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap suka membuat kerja last minute dapat dikikis. Tambahan lagi, mengajar murid-murid Tahun 1 dapat melatih saya agar cuba berfikiran secara kreatif dan berfikir di luar kotak. Walaupun saya sedar, saya agak sukar serta tidak mampu untuk melahirkan idea yang sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya.Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka dengan dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk mencari strategi yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar, saya acap kali mencari bahan bantu mengajar yang kelakar serta logik dan berkaitan dengan isi pelajaran.