Upload
others
View
27
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN TAHUN
AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
IZZUDDIN BIN BON @ KASBON
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
IZZUDDIN BIN BON @ KASBON
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Buat Insan-insan Yang Dikenang
Ibu dan Ayahku
Terima kasih di atas kesabaran, sokongan, dan pengorbanan yang tidak ternilai harta
dengan masa dan wang ringgit sekalipun..
Abang, dan Adik-adikku
Terima kasih atas sokongan dan dorongan
Rakan-rakanku
Rakan rumah M2-02-056, rakan sekelas 5 SPK, Jawe serta Hazman Jazimin.
Kenangan kita bersama tidak akan dilupakan
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Selawat dan
Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada Dr. Yahya bin Buntat penyelia
Projek Sarjana Muda ini. Bimbingan dan nasihat yang beliau berikan telah banyak
membantu dalam menjalankan dan menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Segala
ilmu dan bantuan yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Semoga Allah
memberikan ganjaran yang sebaiknya, Insya Allah.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan
akademik Fakulti Pendidikan UTM. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-
rakan seperjuangan, 5 SPK serta kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek sarjana muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan, tahun akhir fakulti pendidikan terhadap penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dari aspek kesediaan menggunakan
komputer, kemampuan mengendalikan komputer dan kemahiran menggunakan
perisian-perisian komputer. Kajian ini dijalankan ke atas 110 orang pelajar yang
terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia, Fizik dan
Matematik). Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data-data kajian. Data-data
kajian yang diperolehi diproses menggunakan Statistical Packages For Social
Science versi 13 dan dianalisis menggunakan statistik peratusan dan min. Keputusan
kajian menunjukkan pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan, tahun akhir sudah
bersedia untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kemampuan dalam pengendalian komputer dan kemahiran dalam menggunakan
perisian-perisian komputer adalah pada tahap sederhana.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study this study is to find out final year undergraduate
students in Bachelor Science and Education perception about using computer in
teaching and learning in three aspects, preparation for using computer, ability in
handling computer and computers software application skills. The study was applied
to 110 students of Bachelor Science and Education in three fields, (Physics),
(Chemistry) and (Mathematics). Questionnaires were used to collect dataset and they
were analyzed using Statistical Packages for Social Science Version 13 software to
acquire statistical percentage and mean. Studied results showed that Bachelor
Science and Education’s students are prepared to apply computer in teaching and
learning process but their computers handling ability and software application skills
are very much in moderate level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
x
xi
xii
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Komputer Dalam Pendidikan 14
2.3 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran 16
2.4 Internet Dalam Pendidikan 18
2.5 Kesediaan Guru Menggunakan Komputer 20
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
2.6 Kemampuan Guru Mengendalikan Komputer 22
2.7 Kemahiran GuruMenggunakan 25
Perisian-Perisian Komputer
2.7.1 Perisian Pemprosesan Perkataan 27
2.7.2 Perisian Hamparan Elektronik 28
2.7.3 Perisian Pengkalan Data 29
2.7.4 Perisian Persembahan 29
2.7.5 Perisian Mel Elektronik 30
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Sampel Kajian 32
3.4 Tempat Kajian 34
3.5 Instrumen Kajian 34
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Prosedur Kajian 38
3.8 Analisis Data 39
BAB IV PENGANALISAAN DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Bahagian A 43
ix
4.3 Keputusan Dan Analisis Item-item Bahagian B 44
4.3.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian Satu 45
4.3.2 Analisis Dapatan Persoalan Kajian Dua 49
4.3.3 Analisis Dapatan Persoalan Kajian Tiga 52
4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis 55
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 59
5.3 Rumusan 60
5.4 Perbincangan 60
5.4.1 Kesediaan Pelajar Sarjana Muda Sains Serta 61
Pendidikan, Tahun Akhir Fakulti Pendidikan
Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran
5.4.2 Kemampuan Pelajar Sarjana Muda Sains Serta 61
Pendidikan, Tahun Akhir Fakulti Pendidikan
Mengendalikan Komputer
5.4.3 Kemahiran Pelajar Sarjana Muda Sains Serta 62
Pendidikan, Tahun Akhir Fakulti Pendidikan
Menggunakan Perisian-Perisian Komputer
5.5 Implikasi Hasil Kajian 63
5.6 Cadangan Kajian 64
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 65
BIBILIOGRAFI 66
LAMPIRAN 71
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1. Bilangan Sampel Pelajar Bagi Setiap Kursus 33
3.2 Pecahan Item-Item Soalan Mengikut Objektif Kajian 35
3.3 Nilai Mata Skala Bagi Soal Selidik 36
3.4 Skala Penilaian Liket 40
3.5 Pengelasan Tahap Kesediaan Menggunakan 40
Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3.6 Pengelasan Tahap Kemampuan Mengendalikan
Komputer 40
3.7 Pengelasan Tahap Kemahiran Menggunakan 41
Perisian-Perisian Komputer
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diambil 43
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 44
4.4 Taburan Kekerapan, Peratusan Serta Min 46
Persoalan Kajian Satu
4.5 Taburan Kekerapan, Peratusan Serta Min 49
Persoalan Kajian Dua
4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan Serta Min 52
Persoalan Kajian Tiga
4.7 Analisa Skor Min Subskala 56
4.8 Nilai Min Subskala Bagi Setiap Item 56
xi
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan Bantu Mengajar
CAI - Computer Assisted Instruction
ICT - Information Communication Technology
IT - Information Technology
MSC - Multimedia Super Corridor
P&P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran
PBK - Pengajaran Berbantu Komputer
PPBK - Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan
SPSS - Statistical Package For The Social Science
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Permohohonan Pengesahan Soal Selidik 71
B Surat Kelulusan Pengesahan Soal Selidik 72
C Borang Soal Selidik 73
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Komputer merupakan satu alat elektronik yang kompleks dan mempunyai
banyak kelebihan. Komputer didapati sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru
dalam proses pengajaran pembelajaran kerana komputer berkemampuan untuk
menerima dan memproses data. Giesert dan Futrell (2000), menegaskan bahawa
seseorang guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran pembelajaran boleh
dikategorikan sebagai mempunyai bakat dan kebolehan tambahan. Pengajaran yang
disertakan dengan bahan bantu belajar yang terkini akan dapat menambahkan minat
pelajar mempelajari sesuatu isi pelajaran. Di samping itu jika komputer dapat digunakan
secara sistematik dan berkesan ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah pengajaran
pembelajaran. Ini selaras dengan pendangan Heinich (1988), yang mengatakan bahawa
komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Komputer adalah pelengkap kepada
penyampaian pengajaran yang berkesan. Sandholtz, Ringstaff dan Dwyer (1997), telah
menyuarakan bahawa penggunaan teknologi boleh memudahkan pengajaran dan
pembelajaran.
2
Media dan teknologi pembelajaran telah banyak mempengaruhi corak
pendidikan di seluruh dunia. Pada masa kini, perkembangan dan program komputer
telah mula merubah senario pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Adalah
dijangkakan dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang baru ini, ianya
dapat memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu P & P di bilik darjah. Peranan guru
pada peringkat ini adalah berfungsi sebagai pemudah cara di antara media dan proses di
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) semakin menjadi
penting dalam zaman Koridor Raya Multimedia (MSC) dan kemajuan hari ini. Salah
satu agenda utama dalam MSC adalah Konsep Sekolah Bestari. Guru di Sekolah Bestari
memerlukan latihan intensif terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga mesti dilatih agar dapat mengintegrasikan
teknologi maklumat dalam bilik darjah untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan
kreativiti (Kerajaan Malaysia, 1997).
Dari segi pendidikan, komputer menyediakan pelajar untuk hidup dalam
masyarakat di mana komputer digunakan untuk mencegah buta huruf dan meningkatkan
pengetahuan tentang dunia luar. Mengikut Langhore, et al. (1989):
Computer literacy might be conceptualized as having three components:
knowledge about computer, knowledge of computer application and
knowledge about social issues pertanining to computer.
Di negara-negara maju, komputer telah banyak membantu pembelajaran dan
pengajaran dan ini membuatnya amat sesuai digunakan di sekolah-sekolah seperti yang
dijelaskan oleh Wyatt (1984:117):
3
Computer-assisted Learning has already begun to fulfill its promise. One
very successful case history is in basics mathematics. Here, instructional
materials of drill-and-practice and tutorial type have consistently shown
that they can significantly enhance regular classroom instruction.
PPBK di sekolah-sekolah di Malaysia mula berkembang dengan penubuhan
sekolah-sekolah bestari yang menggunakan komputer sebagai media terpenting dalam
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu sewajarnya kita melihat aspek kesediaan guru
pelatih terlebih dahulu dalam memperluaskan penggunaan komputer di sekolah-sekolah
pada masa sekarang.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan atau Kementerian Pelajaran khususnya
sentiasa mengadakan kursus pengenalan komputer dan membina bahan berbantukan
komputer bagi pelajar yang memasuki bidang perguruan dan guru dalam perkhidmatan.
Oleh itu, satu program pendidikan komputer bagi bakal guru bukan sahaja merupakan
pembelajaran mengenai komputer tetapi juga pembelajaran berbantukan komputer.
1.2 Latar Belakang Masalah
Arus perkembangan yang pesat dalam industri dan teknologi yang canggih telah
memperlihatkan kemajuan negara bagi menjadikan sebuah negara maju seiring dengan
negara maju yang lain. Perkembangan sistem komunikasi seperti tertubuhnya Koridor
Raya Multimedia ( MSC ) yang telah dilancarkan pada tahun 1996. Apabila MSC
beroperasi sepenuhnya, semua orang akan merasai arus perkembangan perubahan
teknologi dalam semua bidang. Sistem pendidikan adalah nadi utama sebagai penggerak
4
kebangkitan sesebuah negara melangkah lebih maju dan teratur dalam membentuk
sebuah negara yang maju. Oleh itu reformasi dalam bidang pendidikan bukan hanya
dilihat daripada hasilnya tetapi cara pelaksanaannya seperti pengajaran dan
pembelajaran hendaklah diutamakan.
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah-
langkah untuk memajukan bidang pendidikan negara. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru turut mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan sejajar
dengan perkembangan teknologi maklumat di alaf baru ini iaitu dengan pengenalan
kepada penggunaan teknologi dalam pendidikan. Pendidik digesa supaya melengkapkan
diri dengan bermacam teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi
menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini. Penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai satu inovasi dalam pendidikan di
mana inovasi ini merupakan satu perkara baru kepada pendidik. Tujuan perlunya
komputer kepada pendidik bukanlah sebagai untuk pengkomputeran semata-mata tetapi
sebagai alat penyampaian dan sumber informasi kepada pelajar (Thorsen, 2003).
Oleh itu bakal-bakal pendidik perlulah melengkapkan diri mereka dengan
pelbagai pengetahuan komputer supaya mereka berkeupayaan untuk menggunakan
komputer. Pengetahuan bahasa Inggeris dan ICT hanya dua daripada banyak kualiti
yang diperlukan oleh guru pada zaman yang dinamik ini (Utusan Malaysia, 16 Mei
2002). Ini kerana Kementerian Pelajaran yakin berjaya melengkapkan kemudahan
infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di 95 peratus daripada 9,000
sekolah seluruh negara menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
pada 2010 (Berita Harian, 8 September 2005).
Dalam menghadapi inovasi pendidikan dalam perubahan cara pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan komputer, sudah pasti adanya kekangan, masalah
5
yang dihadapi oleh pelbagai pihak dalam menghadapi perubahan ini. Kajian Program
Latihan Guru Sekolah Bestari dan Impaknya terhadap Pembelajaran Pelajar oleh
Mohammad Sani et al. (2001), dalam Utusan Malaysia (10 Jun 2005), telah ditadbirkan
kepada 882 orang guru bestari dan 2689 orang pelajar di 70 buah Sekolah Bestari.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara kekangan yang mempengaruhi guru-guru
dalam melaksanakan P&P bestari ialah beban tugas (84.9%), peruntukan kewangan
(80.9%), desakan peperiksaan (87.6%), faktor masa (84.8%), tuntutan sukatan pelajaran
(84.3%), pengupayaan (76.1%), faktor sokongan pihak pengurusan sekolah (71.8%),
kemudahan dan peralatan sekolah (79.2%), pelbagai arahan daripada pihak atasan
(77.6%), faktor murid (68.8%), kerjasama rakan sejawat (66.3%) dan sokongan daripada
Pegawai Pendidikan Daerah (54.5%).
Isu keyakinan diri dan sikap terhadap penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan kurikulum ICT juga diambil berat dalam soal
perlaksanaan kaedah ini ke arah tahap optimum. Dalam satu kajian oleh Prof. Dr.
Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad (2002), telah menyelidiki akan kedua-dua isu
ini. Bagi isu keyakinan terhadap kurikulum ICT, hasil kajian ini mendapati daripada
tujuh pernyataan yang diajukan, para guru menunjukkan tahap keyakinan. Tetapi dalam
kajian yang ditujukan kepada responden tentang perlaksanaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, keputusan mendapati kebanyakan pernyataan
yang merujuk kepada penglibatan guru dalam penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran misalnya galakan oleh guru dalam penglibatan ICT dan
teknik pengajaran guru menggunakan komputer menunjukkan banyak lagi perlu
diselidiki tentang isu ini tampak tidak seiring keputusannya antara dua pihak iaitu guru
dan pelajar.
Keputusan kajian yang dilakukan oleh Angeli (2004), menunjukkan
menyediakan bakal guru yang kompeten dalam teknologi adalah sukar dan memerlukan
usaha yang banyak untuk menyediakan peluang semasa pembelajaran untuk mereka
6
mengembangkan kompetensi yang diperlukan untuk membolehkan mereka mengajar
dengan teknologi menunjukkan banyak usaha yang perlu dilakukan dalam melahirkan
guru yang berkeupayaan tinggi dalam mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran.
1.3 Penyataan Masalah
Banyak institut pengajian tinggi telah dilengkapi dengan kemudahan komputer
untuk pelajar sebagai satu usaha menggunakannya dalam pengajaran pembelajaran.
Namun demikian kajian literatur seperti yang dilakukan oleh Ab.Rahim dan Shamsiah
(1997), Robiah dan Juhana (2002), mendapati beberapa masalah oleh guru-guru hadapi
semasa menggunakan komputer. Oleh itu satu kajian dijalankan untuk mengenal pasti
persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan, tahun akhir Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dari
aspek kesediaan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain
daripada itu aspek kemampuan mengendalikan komputer serta kemahiran menggunakan
perisian komputer juga dilihat dalam kajian ini.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenal pasti aspek kesediaan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan,
tahun akhir fakulti pendidikan untuk menggunakan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran.
1.4.2 Mengenal pasti aspek kemampuan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan,
tahun akhir fakulti pendidikan dalam mengendalikan komputer.
1.4.3 Mengenal pasti aspek kemahiran pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan,
tahun akhir fakulti pendidikan dalam menggunakan perisian-perisian komputer.
1.5 Persoalan Kajian
Di bidang pendidikan, para pendidik dikategorikan juga sebagai seorang yang
dapat mentadbir dan juga mengurus sesuatu teknologi yang akan disampaikan kepada
pelajar-pelajar. Oleh itu pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan, tahun akhir fakulti
pendidikan seharusnya meningkatkan kemahiran dan kepakaran mereka untuk
dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
8
Oleh itu persoalan kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti:
1.5.1 Adakah pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan, tahun akhir fakulti
pendidikan bersedia untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran?
1.5.2 Adakah pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan, tahun akhir fakulti
pendidikan berkemampuan dalam mengendalikan komputer?
1.5.3 Adakah pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan, tahun akhir fakulti
pendidikan berkemahiran dalam menggunakan perisian-perisian komputer?