Upload
others
View
17
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA DI
SEKOLAH MENENGAH DAERAH SETIU, TERENGGANU
YAROL AZHA BIN SULONG @ YAZID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN
PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SETIU, TERENGGANU
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya YAROL AZHA BIN SULONG @ YAZID
( HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PROF MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYALOT 4417, KAMPUNG RHU 10, BANDAR PERMAISURI, 22120 SETIU, TERENGGANU. Tarikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ………………………………………………
Nama Penyelia : PROF MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA
Tarikh : ........................................................................
i
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA DI
SEKOLAH MENENGAH DAERAH SETIU, TERENGGANU
YAROL AZHA BIN SULONG @ YAZID
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ....................................................................
Nama Penulis : YAROL AZHA BIN SULONG @ YAZID
Tarikh : ....................................................................
iii
DEDIKASI
Untuk ayah yang disayang Sulong @ Yazid bin Musa
Kejayaan ini adalah untuk kita bersama
Untuk bonda yang disanjung Rogayah binti Ahmad
Doronganmu sumber inspirasiku
Jasamu sumber kejayaanku
Buat adik-adikku yang dikasihi
Azrim, Mohd Rizan, Yarozitah, Amiah, Siti Nur Aim dan Siti Nur Zakiah
Kejayaan ini cabaran buat kalian
Yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan
Yang tidak berbelah bagi
Teruskan jalan yang ku rintis ini
Sehingga ke puncak jaya
Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan
Segala jasa, doa dan sokongan kalian
Akan dikenang selamanya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-
sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah memberi
kekuatan dan kesabaran sehingga saya dapat menyiapkan Laporan Projek Sarjana
Muda ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran.
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Profesor Madya
Dr. Azizi Yahaya selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta
kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima
kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Negeri Terengganu,
pengetua-pengetua, guru-guru serta pelajar-pelajar di daerah Setiu, Terengganu yang
sudi memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan.
Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang
telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih yang tidak terhingga.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap permasalahan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup tingkatan dua di sekolah menengah daerah Setiu, Terengganu. Seramai 140 orang pelajar telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.889. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis permasalahan pembelajaran mata Kemahiran Hidup yang paling dominan. Selain itu, statistik inferensi iaitu ujian-t juga digunakan untuk menganalisis perbezaan antara faktor pengurusan masa, bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut jantina. Manakala korelasi Pearson pula digunakan bagi menganalisis hubungan antara faktor pengurusan masa, bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap permasalahan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup diikuti faktor bengkel Kemahiran Hidup, pengurusan masa dan minat. Selain itu, analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor pengurusan masa dan minat mengikut jantina. Manakala faktor bengkel Kemahiran Hidup dan guru mununjukkan terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Analisis korelasi Pearson pula, mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengurusan masa mengikut pencapaian akademik. Manakala bagi faktor bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan mengikut pencapaian akademik. Oleh demikian, beberàpa cadangan telah dikemukakan bagi mencari jalan penyelesaian permasalahan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
vi
ABSTRACT
The aim of the study is to identify student's perception on learning problem-oriented form two Living Skills subject in district secondary school Setiu, Terengganu. The sample consists of 140 students from two secondary schools were chosen by using stratified randomly method in Setiu, Terengganu. The pilot study was done in order to determine the reliability and suitability of the questionnaires. Cronbach Alpha was used to determine the inter not consistency of the questionnaires. The reliability value of Cronbach's Alpha the questionnaires was 0.889. Descriptive statistics such as frequency, percent, mean and standard deviation used were to analyze learning problem-oriented Living Skills. Inferential statistics such as t-test was used to analyze difference between time management factor, Living Skills workshop, teacher and interest according to gender. Pearson's correlation was also used to analyze the relationship between time management factor, Living Skills workshop, teacher and interest follow student academic achievement. The findings shows that teachers factor are the most dominant on learning problem-oriented Living Skills subject followed by Living Skills workshop, time management and interest factor. Analysis t-test show than there is no significant difference between time management and interest factor according to gender. While Living Skills workshop and teacher factor show then is significant differences based on gender. Pearson's correlation shows that found there were no significant relationships between times management factors follow academic achievement. Whereas for Living Skills workshop, teacher and interest factor show then is significant relationship follow academic achievement. Therefore, suggestions were made resolve learning problems solution in Living Skills subject in secondary school in order increase student's academic performance.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DIDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
viii
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 11
1.10 Penutup 18
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Teori Kognitif 19
2.3 Teori Behavariorist B.F Skinner 21
2.4 Teori Pembelajaran Albert Bandura 22
2.5 Teori Trait 23
2.6 Penggunaan Teori Pembelajaran Albert 24
Bandura Sebagai Kerangka Kajian
2.7 Kerangka Kajian 26
2.8 Faktor Pengurusan Masa 27
2.9 Faktor Bengkel Kemahiran Hidup 34
2.10 Faktor Guru 36
2.11 Faktor Minat 40
2.12 Perbandingan Pendekatan Pembelajaran 42
Dikalangan Pelajar Perbezaan Jantina
2.13 Penulisan Kajian-Kajian Lepas 44
2.13.1 Aspek Keberkesanan Pengajaran Guru 44
2.13.2 Faktor Minat 45
2.14 Penutup 46
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 47
3.2 Rekabentuk Kajian 48
3.3 Populasi Kajian 48
ix
3.4 Sampel Kajian 49
3.5 Instrumen Kajian 50
3.6 Prosedur Kajian 53
3.7 Kajian Rintis 54
3.8 Analisis Data 55
3.8.1 Min 56
3.8.2 Ujian-t 56
3.8.3 Korelasi Pearson 56
3.9 Kesahan Instrumen 58
3.10 Penutup 58
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 59
4.2 Analisis Bahagian A 60
4.2.1 Taburan Responden Mengikut 60
Jantina
4.2.2 Taburan Keputusan Peperiksaan 61
Responden
4.2.3 Taburan Tempat Tinggal Responden 62
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 62
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah Faktor 63
Pengurusan Masa Yang Merupakan
Faktor Yang Paling Dominan
Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Apakah Faktor 66
Bengkel Kemahiran Hidup
Merupakan Faktor Yang Paling
Dominan Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup?
x
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Apakah Faktor 68
Guru Merupakan Faktor Yang Paling
Dominan Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup?
4.3.4 Persolan Kajian 4: Apakah Faktor 71
Minat Merupakan Faktor Yang Paling
Dominan Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup?
4.4 Persoalan Kajian 5: Adakah Terdapat 75
Perbezaan Yang Signifikan Antara
Faktor-Faktor Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Iaitu Faktor Pengurusan
Masa, Bengkel Kemahiran Hidup,
Guru Dan Minat Mengikut Jantina?
4.4.1 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 75
Perbezaan Yang Signifikan Antara
Faktor-Faktor Terhadap Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Iaitu
Faktor Pengurusan Masa, Bengkel
Kemahiran Hidup, Guru Dan Minat
Mengikut Jantina
4.4.1.1 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 75
Perbezaan Yang Signifikan
Antara Faktor Pengurusan
Masa Mengikut Jantina
4.4.1.2 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 76
Perbezaan Yang Signifikan
Antara Faktor Bengkel
Kemahiran Hidup Mengikut
Jantina
4.4.1.3 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 76
Perbezaan Yang Signifikan
Antara Faktor Guru Mengikut
Jantina
xi
4.4.1.4 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 77
Perbezaan Yang Signifikan
Antara Faktor Minat Mengikut
Jantina
4.5 Persoalan kajian 6: Adakah Terdapat 78
Hubungan Yang Signifikan Antara
Faktor-Faktor Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Iaitu Faktor
Pengurusan Masa, Bengkel Kemahiran
Hidup, Guru Dan Minat Mengikut
Pencapaian Akademik?
4.5.1 Hopotesis nol Tidak Terdapat 78
Hubungan Yang Signifikan Antara
Faktor-Faktor Terhadap Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Iaitu
Faktor Pengurusan Masa,
Bengkel Kemahiran Hidup, Guru
Dan Minat Mengikut Pencapaian
Akademik
4.5.1.1 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 78
Hubungan Yang Signifikan
Antara Faktor Pengurusan
Masa Mengikut Pencapaian
Akademik
4.5.1.2 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 79
Hubungan Yang Signifikan
Antara Faktor Bengkel
Kemahiran Hidup Mengikut
Pencapaian Akademik
4.5.1.3 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 80
Hubungan Yang Signifikan
Antara Faktor Guru Mengikut
Pencapaian Akademik
xii
4.5.1.4 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 80
Hubungan Yang Signifikan
Antara Faktor Minat Mengikut
Pencapaian Akademik
4.6 Penutup 81
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 82
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 83
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Pelajar 84
5.2.2 Perbincangan Hasil Analisis Faktor 85
Pengurusan Masa Yang Merupakan
Faktor Yang Paling Dominan
Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup
5.2.3 Perbincangan Hasil Analisis Faktor 88
Bengkel Kemahiran Hidup Yang
Merupakan Faktor Yang Paling
Dominan Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup
5.2.4 Perbincangan Hasil Analisis Faktor Guru 90
Yang Merupakan Faktor Yang Paling
Dominan Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup
5.2.5 Perbincangan Hasil Analisis Faktor 91
Minat Yang Merupakan Faktor Yang
Paling Dominan Terhadap Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup
xiii
5.3 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 93
Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Antara
Faktor-Faktor Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Iaitu Faktor Pengurusan
Masa, Bengkel Kemahiran Hidup, Guru
Dan Minat Mengikut Jantina
5.3.1 Perbincangan Hasil Analisis Sama 94
Ada Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Faktor Pengurusan
Masa Mengikut Jantina
5.3.2 Perbincangan Hasil Analisis Sama 94
Ada Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Faktor Bengkel
Kemahiran Hidup Mengikut Jantina
5.3.3 Perbincangan Hasil Analisis Sama 95
Ada Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Faktor Guru
Mengikut Jantina
5.3.4 Perbincangan Hasil Analisis Sama 95
Ada Tidak Terdapat Perbezaan Yang
Signifikan Antara Faktor Minat
Mengikut Jantina
5.4 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 96
Terdapat Hubungan Yang Signifikan
Antara Faktor-Faktor Terhadap Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Iaitu
Faktor Pengurusan Masa, Bengkel
Kemahiran Hidup, Guru Dan Minat
Mengikut Pencapaian Akademik
5.4.1 Perbincangan Hasil Analisis Sama 97
Ada Tidak Terdapat Hubungan
Yang Signifikan Antara Faktor
Pengurusan Masa Mengikut
Pencapaian Akademik
xiv
5.4.2 Perbincangan Hasil Analisis Sama 98
Ada Tidak Terdapat Hubungan
Yang Signifikan Antara Faktor
Bengkel Kemahiran Hidup
Mengikut Pencapaian Akademik
5.4.3 Perbincangan Hasil Analisis Sama 99
Ada Tidak Terdapat Hubungan Yang
Signifikan Antara Faktor Guru
Mengikut Pencapaian Akademik
5.4.4 Perbincangan Hasil Analisis Sama 100
Ada Tidak Terdapat Hubungan Yang
Signifikan Antara Faktor Minat
Mengikut Pencapaian Akademik
5.5 Rumusan 101
5.6 Cadangan Kajian 103
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 107
5.8 Penutup 108
RUJUKAN 109
LAMPIRAN 118
xv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kerangka Kajian Berdasarkan Teori Albert Bandura 26
3.1 Bilangan Sampel Dari Tempat Kajian 48
3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V Dan 49
Morgan D.W (1990). (Sumber: Menguasai Penyelidikan
Dalam Penyelidikan, Azizi Yahaya et. al, 2007)
3.3 Skala Pemeringkatan Likert 51
3.4 Pemarkatan Skor Dan Tahap Faktor Paling Dominan 52
3.5 Kandungan Soal Selidik Bahagian B 53
3.6 Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan Kajian 55
3.7 Garis panduan Guilford’s Rule of Thumbs 57
3.8 Penggunaan Kaedah Statistik Mengikut Pecahan Objektif 57
Kajian
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 60
4.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan 61
4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 62
4.4 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan 64
Piawai Bagi Faktor Pengurusan Masa
4.5 Taburan Renponden Mengikut Tahap Rendah, Sederhana 65
Dan Tinggi Bagi Faktor Pengurusan Masa
4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan 67
Piawai Bagi Faktor bengkel Kemahiran Hidup
4.7 Taburan Renponden Mengikut Tahap Rendah, Sederhana 68
Dan Tinggi Bagi Faktor Bengkel Kemahiran Hidup
xvi
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan 70
Piawai Bagi Faktor Guru
4.9 Taburan Responden Mengikut Tahap Rendah, Sederhana 71
Dan Tinggi Bagi Faktor Guru
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan 73
Piawai bagi Faktor Minat
4.11 Taburan Responden Mengikut Tahap Rendah, Sederhana 74
Dan Tinggi Bagi Faktor Minat
4.12 Analisis Ujian-t Berdasarkan Faktor Pengurusan Masa 75
Mengikut Jantina
4.13 Analisis Ujian-t Berdasarkan Faktor Bengkel Kemahiran 76
Hidup Mengikut Jantina
4.14 Analisis Ujian-t Berdasarkan Faktor Guru Mengikut Jantina 77
4.15 Analisis Ujian-t Berdasarkan Faktor Minat Mengikut Jantina 77
4.16 Analisis Hubungan Korelasi Antara Faktor Pengurusan 79
Masa Mengikut Pencapaian Akademik
4.17 Analisis Hubungan Korelasi Antara Faktor Bengkel 79
Kemahiran Hidup Mengikut Pencapaian Akademik
4.18 Analisis Hubungan Korelasi Antara Faktor Guru Mengikut 80
Pencapaian Akademik
4.19 Analisis Hubungan Korelasi Antara Faktor Minat Mengikut 81
Pencapaian Akademik
xvii
SENARAI SINGKATAN
Bil. - Bilangan
EPRD - Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar
KBSM - Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah
KHP - Kemahiran Hidup Peralihan
SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang soal selidik 118
B Borang Pengesahan Item 124
C Kebolehpercayaan Soal Selidik 127
D Surat kebenaran dari Bahagian Perancangan Dan 133
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia
E Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu 134
F Surat akuan pelajar dari Fakulti Pendidikan Universiti 135
Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada awal tahun 1965, pendidikan aneka jurusan iaitu Sains Pertanian, Sains
Rumahtangga, Seni Perusahaan, dan Perdagangan telah dilaksanakan yang mana
pelajar dibenarkan hanya memilih satu bidang daripada empat pilihan yang
ditawarkan. Oleh itu dalam sistem pendidikan aneka jurusan pelajar hanya belajar
satu kemahiran sahaja dan ini tidak memberi peluang pelajar-pelajar mempelajari
pilihan lain. Berdasarkan daripada kelemahan pendidikan aneka jurusan, mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan pada tahun 1989 yang
bercorak terbuka yang mana pelajar berpeluang mempelajari semua bidang elektif.
Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah
mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini
membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak
dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan
industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Pelajar dipupuk sikap kerja yang
positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan
projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.
2
Pada tahun 1989 mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan
sebagai menggantikan elektif seperti mata pelajaran Sains Pertanian, Seni
Perusahaan, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan. Di dalam pendidikan
komprehensif yang diamalkan sejak tahun 1965 hingga sekarang, murid-murid hanya
perlu memilih salah satu daripada empat mata pelajaran elektif di peringkat sekolah
menengah rendah. Selain nama mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, elektif
atau pilihannya turut ditukar iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan A (Seni
Perusahaan), Pilihan B (Perdagangan), Pilihan C (Ekonomi Rumah Tangga) dan
Pilihan D (Pertanian). Pada tahun 1992, perubahan sekali lagi dilakukan bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang menjadikan hanya tiga elektif sahaja
iaitu Pilihan 1 (Kemahiran Manipulatif Tambahan), Pilihan 2 (Ekonomi Rumah
Tangga) dan Pilihan 3 (Pertanian, Perdagangan dan Keusahawanan).
Seiring perkembangan semasa, pada tahun 2004, perubahan dilakukan lagi
bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di mana tiga elektif yang sedia ada
ditambah kembali menjadi empat elektif, di samping penukaran nama Pilihan 1
Kemahiran Manipulatif Tambahan kepada Kemahiran Teknikal, Pilihan 2 Ekonomi
Rumah Tangga dan Pilihan 3 Pertanian dan Pilihan 4 Perdagangan dan
Keusahawanan. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran tahun 2004, Kemahiran
Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali berunsurkan teknologi. Ia
ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Ia dirancang
sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti
negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif.
Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan arah
mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Selain daripada itu,
mata pelajaran ini juga membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar
pelajar boleh bertindak serta pandai mengendalikan kehidupan seharian secara
produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks yang sentiasa berubah.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan mata pelajaran berbentuk
pravokasional yang telah digubal semula berasaskan mata pelajaran elektif Pertanian,
Kemahiran Teknikal, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. Ia digubal sejajar
dengan dasar dan kehendak negara ke arah meningkatkan daya pengeluaran negara
melalui penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif serta ingin
memupuk budaya keusahawanan dan kenal faham teknologi (Draf Kemahiran Hidup
Program Peralihan, 1989).
Kurikulum Kemahiran Hidup bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan
dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping membentuk insan
yang seimbang dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam mata pelajaran
ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk
dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka
Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif
dan inventif (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, 2002). Bagi menjayakan
perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup, ia memerlukan komitmen semua
pihak yang terlibat. Pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup di sekolah
memerlukan kebolehan, kemampuan, kecekapan dan kesediaan pelajar untuk
memahami, menanggap dan membina konsep dan pemahaman tentang mata
pelajaran tersebut. Kemampuan yang diperlukan oleh pelajar dalam konteks ini tidak
terbatas pada kebolehan kognitif sahaja, malah faktor-faktor psikologi seperti minat,
masa, persekitaran bengkel, peralatan turut menyumbang kepada pencapaian pelajar.
Pengurusan masa adalah perancangan penggunaan masa yang berkesan sama
ada secara harian, mingguan atau jangka panjang untuk membenarkan masa belajar,
riadah, tanggungjawab pribadi dan rehat. Pengurusan masa merupakan salah satu
faktor yang amat penting untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Menurut Esah (2003), pengurusan masa bermula dengan sikap seseorang individu
4
yang benar-benar mahu akan kejayaan, menjayakan sesuatu dengan lancar dan
akhirnya tercapai. Sekirannya pelajar tidak pandai menguruskan masa, maka
wujudlah masalah dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Suhaimi Abdul Hamid (1995), mengatakan kemudahan dan kelengkapan
peralatan di sesebuah bengkel sekolah amat penting kerana ianya dapat membantu
meningkatkan pencapaian pelajar. Bagi memastikan para pelajar menerima dan
memahami dengan baik apa yang dipelajari, segala kelengkapan peralatan dan
kemudahan perlu disediakan dengan secukupnya agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.
Guru yang mengajar Kemahiran Hidup mestilah terdiri daripada guru yang
terlatih, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang tersebut. Strategi
pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada kemahiran dan kecekapan
merancang, memilih kaedah, pendekatan atau teknik dan menguruskannya untuk
mencapai objektif pelajaran secara optimum (Mok Soon Sang, 1997). Justeru itu,
untuk menangani masalah yang berkaitan dengan ini aktiviti dalam pengajaran dan
pembelajaran haruslah meliputi pelbagai aktiviti pelajar seperti kerja projek, main
peranan dan lain-lain di samping pelbagai teknik mengajar seperti perbincangan,
penyelesaian masalah dan sumbangsaran bagi mengembangkan dan meningkatkan
daya intelek pelajar.
Menurut Mohd Hasssan Yaacob (2001), kajiannya mendapati tahap minat
pelajar adalah tinggi dalam mempelajari pelajaran elektif Kemahiran Hidup tetapi
cepat bosan dengan bilangan topik yang terlalu banyak yang perlu dipelajari,
seterusnya kajian beliau bersetuju pihak sekolah mengadakan sesi penerangan
sebelum murid membuat pilihan elektif mereka seterusnya kajiannya mencadangkan
beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk melicinkan
pengurusan pilihan elektif dalam Kemahiran Hidup.
5
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah aspek penting bagi
memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai kemahiran yang ingin disampaikan
oleh guru. Oleh itu, selain daripada memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran,
pendidikan yang diterima oleh pelajar seharusnya menimbulkan minat dan keyakinan
mereka untuk mencari ilmu pengetahuan.
1.3 Pernyataan Masalah
Mata pelajaran Kemahiran Hidup yang diajar di sekolah menengah rendah
khasnya bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran peringkat
asas bagi membantu pelajar mengendalikan kehidupan seharian dengan lebih
produktif dalam dunia teknologi yang semakin hari semakin rumit dan sentiasa
mengalami perubahan terutama dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan.
Mata pelajaran ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 dengan program
Kemahiran Hidup Peralihan (KHP). Pada tahun 1991 telah dilaksanakan sepenuhnya
di seluruh Malaysia pada peringkat sekolah menengah dengan program Kemahiran
Hidup Bersepadu sehingga sekarang. Tahap penerimaan pelajar terhadap sesuatu
bidang dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berkaitan seperti pengurusan masa,
bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat terhadap mata pelajaran Kemahiran
Hidup.
Penyelidik ingin mengkaji persepsi pelajar terhadap permasalahan
pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah daerah Setiu,
Terengganu dari segi faktor pengurusan masa, bengkel Kemahiran Hidup, guru dan
minat. Dalam menyelidik masalah pembelajaran dikalangan pelajar, penyelidik juga
ingin mengenal pasti kriteria-kriteria yang menyebabkan seseorang pelajar
mengalami masalah pembelajaran dalam pelbagai aspek. Guru yang berdedikasi serta
6
berinovatif pendekatan pengajarannya amatlah perlu diperingkat sekolah menengah,
demi meyakinkan pelajar-pelajar bahawasanya mereka mampu dan boleh menguasai
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Perkara yang amat kritikal di peringkat ini
adalah peralatan dan kemudahan yang mencukupi agar pelajar didedahkan
sepenuhnya kepada proses yang betul untuk menimba ilmu dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti persepsi pelajar
terhadap permasalahan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup tingkatan dua
di sekolah menengah daerah Setiu, Terengganu seperti berikut:
1.4.1 Mengenal pasti sama ada faktor pengurusan masa merupakan faktor yang
paling dominan terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.4.2 Mengenal pasti sama ada faktor bengkel Kemahiran Hidup merupakan faktor
yang paling dominan terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.4.3 Mengenal pasti sama ada faktor guru merupakan faktor yang paling dominan
terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.4.4 Mengenal pasti sama ada faktor minat merupakan faktor yang paling
dominan terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.
1.4.5 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-
faktor terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup iaitu faktor pengurusan
masa, bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut jantina.
1.4.6 Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-
faktor terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup iaitu faktor pengurusan
masa, bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut pencapaian
akademik.
7
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang menjadi asas dalam kajian ini merangkumi beberapa aspek
seperti berikut:
1.5.1 Apakah faktor pengurusan masa merupakan faktor yang paling dominan
terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup?
1.5.2 Apakah faktor bengkel Kemahiran Hidup merupakan faktor yang paling
dominan terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup?
1.5.3 Apakah faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap mata
pelajaran Kemahiran Hidup?
1.5.4 Apakah faktor minat merupakan faktor yang paling dominan terhadap mata
pelajaran Kemahiran Hidup?
1.5.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor terhadap
mata pelajaran Kemahiran Hidup iaitu faktor pengurusan masa, bengkel
Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut jantina?
1.5.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor terhadap mata
pelajaran Kemahiran Hidup iaitu faktor pengurusan masa, bengkel
Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut pencapaian akademik?