Upload
phungkhuong
View
240
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19 : 16 (pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang tennaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMl 1972)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS·
JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM MEMBUDAYAKAN ALOURAN DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEUPAYAAN PEMBACAAN AL-OURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID. SATU KAnAN DI SMK DATO BENTARA LUAR.
SESI PENGAJIAN : 200812009
Say.: FARIHATUN NADIA BINTI YAACOB (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/SarjlHl8ll>ela;eF Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk. tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ';)
D SULIT
DTERHAD
~ TIDAK TERHAD
----:=--=oi1f?C~,., =-==--=(TAND~GAN PENULIS)
AlamatTetap: NO.§, JALAN CENGAL 411A. TAMAN MALAWATI JAYA. 45000 KUALA SELANGOR. SELANGOR DARUL EHSAN.
Disahkan oleh:
(TAND~~PENYELIA) MOllO ABBAS BIN ABDUL LATIFF
Nama Penyelia
Tarikh:
CATATAN: • Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SUUT atau TERHAD
• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadaidari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
SarjanaMuda Sains Serta Pendidikan(pengajian Islam)."
Tandatangan ................~ : .
Nama Penyelia MOHOABBAS BIN ABDUL LATIFF
Tarikh ......~.~ ~.~ .l...~ .
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM MEMBUDAYAKAN
AL-QURANDALAMMENINGKATKANTAHAPKEUPAYAAN
PEMBACAAN AL-QURAN MENGIKUT HUKUM TAJWID.
SATU KAJIAN DI SMK DATO BENTARA LUAR
FARIHATUN NADIA BINTI YAACOB
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
" Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbemya "
/~ueK . Tandatangan ··············~·4: ...········.··.··..·················....
Nama Penulis FARIHATUN NADIA BINT! YAACOB
Tarikh
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.W.T Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Ku panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada-Mu...
Ya Allah Berikan aku kekuatan mengharungi segala liku-liku hidup ini..
Sesungguhnya hambamu ini adalah insan yang lemah..
Teristimewa Buat Ayah & Bonda: Hj. Yaacob bin Mat & Hjh. Siti Eshah binti Hanafi
Terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan ketika membesarkanku.
Terima kasih atas doa dan dorongan yang diberikan sehingga aku berjaya. Segala jasa dan pengorbanan kalian tidak akan anakanda lupakan sepanjang hayat..
Buat Adinda-adindaku Tersayang:
Kashful Anwar, Muhammad Faiz & Siti Fasihah Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga tercapai cita-cita kalian.
Jadilah anak yang menjadi kebanggaan Ayah & Bonda..
Buat Pensyarah & Guru yang Kuhormati, Sekalian yang pernah mendidik dan mencurahkan ilmu,
Terima kasih atas segala tunjuk ajar sehingga aku berjaya menjejakkan kaki di menara gading.
Halalkan segala ilmu yang pernah ku pelajari...
Buat Sahabat Perjuangan: Segala kenangan pahit, manis, suka dan duka kita bersama,
Akan ku kenang selama-lamanya. Moga ikatan yang terjalin akan berkekalan hingga ke akhir hayat..
Terima Kasih Atas Segalanya...
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan
salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurnia-Nya diberikan
kekuatan, kesabaran dan kecekalan kepada penulis untuk menyiapkan laporan Projek
Sarjana Muda (PSM) dengan sempurna pada masa yang ditetapkan..
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa dan keluarga tersayang
yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan sepanjang masa dan sentiasa mendoakan
kejayaan penyelidik dalam menghadapi perjuangan sebagai pelajar sepanjang di UTM
ini.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang buat penyelia yang dihormati, Ustaz
Mohd Abbas bin Abd Latiff di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan serta tunjuk
ajar yang telah diberikan di sepanjang proses penulisan laporan ini.
Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan
Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk ajar yang diberikan dalam membantu
melengkapkan lagi laporan ini. Terima kasih kepada semua pelajar samada terlibat
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses mengedarkan soal selidik. Tidak
lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu menyumbangkan idea dan
bahan sampingan.
Jasa kalian tidak mampu untuk ku balas, hanya Allah SWT yang mampu
membalasnya.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan Program Membudayakan al-
Quran serta faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembacaan al-Quran mengikut
hukum tajwid. Antara faktor-faktornya ialah faktor ibu bapa, faktor guru, faktor rakan
sebaya, faktor diri sendiri dan faktor Bahan Bantu Mengajar (BBM). Sampel kajian ini
melibatkan 99 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara
Luar sebagai responden, 45 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan 54 orang pelajar
perempuan. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik mengikut
skala likert 5 point. Penyelidik telah menggunakan soal selidik sebagai intrumen kajian.
Satu set soal selidik yang mengandungi 30 item telah diedarkan kepada responden.
Manakala data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian
“Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) versi 14.0. Hasil kajian rintis yang
telah dilakukan menunjukkan nilai-Cronbach’s Alpha 0.832. Hasil dari penganalisaan
data ini diterangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min mengikut jumlah
responden. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, tahap keupayaan pembacaan
al-Quran mengikut hukum tajwid di kalangan pelajar-pelajar yang terlibat adalah
sederhana iaitu 73.76%. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan agar
ianya dapat dijadikan panduan untuk mempertingkatkan lagi kualiti Program
Membudayakan al-Quran oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).
vi
ABSTRACT
The objective of this research is to identify the benefit of Program Membudayakan al-
Quran and the factors that could influence students in mastering al-Quran with
‘tajwid’.The factors include parents, teachers, peers, individual and Teaching Materials.
The research sample is consisting by 99 students in Form 4 from Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Bentara Luar as respondents, whereby there are 451 boys and 54 girls.
This is the descriptive research by using suitable research questionnaires based on 5
point Likert Scale. A questionnaires as a part of instrument for this study. A set of
questionnaire comprising 30 questions were distributed to the respondents. Meanwhile,
the data were further analyzed using the “Statistical Packages For Social Sciences”
(SPSS) versions 14.0. Pilot study showed that Cronbach’s Alpha 0.832. The result from
the analysis will be presented statiscally in frequencies, percentage and mean based on
the total of respondents. The percentage for student’s ability in al-Quran literation is in
moderate level by 73.76%. At the end of this research, a few suggestions have been
proposed to increase the literation quality in Program Membudayakan al-Quran by Johor
Islamic Department (JAJ).
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan dan Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Persepsi 10
1.8.2 Pelajar 10
viii
1.8.3 Program 11
1.8.4 Membudayakan 11
1.8.5 al-Quran 12
1.8.6 Meningkatkan 13
1.8.7 Tahap Keupayaan 13
1.8.8 Bacaan 14
1.8.9 Tajwid 14
1.9 Kesimpulan 15
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Hukum Mempelajari Dan Membaca Al-Quran
Bertajwid
16
2.3 Pembaca Al-Quran Yang Baik 19
2.4 Tingkatan Bacaan Al-Quran 20
2.5 Kesalahan-Kesalahan Dalam Bacaan Al-Quran 21
2.6 Syarat Dan Rukun-Rukun Bacaan Al-Quran 23
2.7 Faktor Bacaan Al-Quran Yang Baik 24
2.8 Pembudayaan al-Quran di Malaysia 26
2.9 Program Membudayakan al-Quran di Johor 28
2.9.1 Pengisian Program Membudayakan al-Quran
di Negeri Johor
29
2.9.2 Kurikulum Program Membudayakan al-Quran 29
2.10 Program Membudayakan al-Quran di Peringkat
Sekolah di Negeri Johor
31
2.10.1 Cadangan Pelaksanaan Program
Membudayakan al-Quran Di Sekolah-Sekolah
Negeri Johor
31
2.10.2 Kaedah Membaca 32
2.11 Faktor-faktor Utama Dalam Meningkatkan Tahap
Keupayaan Pembacaan Al-Quran Mengikut Hukum
33
ix
Tajwid.
2.11.1 Ibu bapa 33
2.11.2 Sikap dan Minat Diri Sendiri 36
2.11.3 Guru 37
2.11.4 Rakan sebaya 41
2.11.5 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
41
2.12 Kajian-Kajian Lepas 43
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 47
3.2 Rekabentuk Kajian 47
3.3 Tempat Kajian 48
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 49
3.5 Instrumen Kajian 50
3.6 Prosedur Kajian 54
3.7 Kajian Rintis 56
3.8 Kajian Sebenar 57
3.9 Analisis Data 57
3.10 Jangka Masa Kajian 58
3.11 Kesimpulan 59
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 60
4.2 Analisis Data 61
4.2.1 Bahagian A: Latar belakang responden 61
4.2.2 Bahagian B: Pengetahuan pelajar berkaitan
Program Membudayakan al-
Quran
4.2.3 Bahagian C: Kepentingan Program
Membudayakan al-Quran Dalam
68
74
x
Meningkatkan Tahap Keupayaan
Pembacaan Al-Quran Mengikut
Hukum Tajwid.
4.2.4 Bahagian D: Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Keupayaan
Pembacaan Al-Quran Mengikut
Hukum Tajwid
4.2.5 Bahagian E: Ujian Pengukuhan Hukum
Tajwid
79
86
4.3 Analisis Keseluruhan 88
4.3.1 Rumusan Dapatan Kajian Berkaitan Program
Membudayakan al-Quran
88
4.3.2 Rumusan Dapatan Kajian Kepentingan
Program Membudayakan Al-Quran Dalam
Meningkatkan Tahap Keupayaan Pembacaan
Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid.
90
4.3.3 Rumusan Dapatan Kajian Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Keupayaan Pembacaan
Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid.
92
4.3.4 Rumusan Dapatan Kajian Ujian Pengukuhan. 94
4.4 Kesimpulan 95
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 96
5.2 Perbincangan 97
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden
5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Program
Membudayakan al-Quran
5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan
Program Membudayakan al-Quran Dalam
97
100
103
xi
Meningkatkan Tahap Keupayaan Pembacaan
Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid.
5.2.4 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Keupayaan Pembacaan
Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid
105
5.3 Rumusan 108
5.3.1 Persepsi Pelajar Terhadap Program
Membudayakan al-Quran
108
5.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan
Program Membudayakan al-Quran Dalam
Meningkatkan Tahap Keupayaan Pembacaan
Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid.
109
5.3.3 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor-faktor Yang
Mempengaruhi Keupayaan Pembacaan Al-
Quran Mengikut Hukum Tajwid.
109
5.4 Cadangan 110
5.4.1 Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
5.4.2 Jabatan Agama Johor
5.4.3 Pihak Sekolah
5.4.4 Guru
5.4.5 Ibu bapa
110
111
111
112
113
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 113
5.6 Kesimpulan 114
RUJUKAN 115
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 2.1 Nisbah peratusan tahap ingatan pelajar 43
Jadual 3.1 Maklumat setiap bahagian soal selidik 51
Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert 52
Jadual 3.3 Klasifikasi item mengikut persoalan kajian 53
Jadual 3.4 Aras persetujuan 58
Jadual 3.5 Tahap skor berdasarkan min. 58
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 61
Jadual 4.2 Keputusan peperiksaan PMR bagi subjek Pendidikan
Islam
62
Jadual 4.3 Taburan umur responden yang dapat membaca al-
Quran
63
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Tempat Belajar al-
Quran
64
Jadual 4.5 Taburan Responden Mula Mempelajari al-Quran 64
Jadual 4.6 Taburan Kekerapan Responden Membaca al- Quran
Bersama Keluarga
65
Jadual 4.7 Taburan Keupayaan Responden Membaca al-Quran 66
Jadual 4.8 Taburan Skor Bagi Item 1 68
Jadual 4.9 Taburan Skor Bagi Item 2 69
Jadual 4.10 Taburan Skor Bagi Item 3 69
Jadual 4.11 Taburan Skor Bagi Item 4 70
Jadual 4.12 Taburan Skor Bagi Item 5 70
Jadual 4.13 Taburan Skor Bagi Item 6 71
Jadual 4.14 Taburan Skor Bagi Item 7 71
Jadual 4.15 Taburan Skor Bagi Item 8 72
Jadual 4.16 Taburan Skor Bagi Item 9 73
Jadual 4.17 Taburan Skor Bagi Item 10 73
xiii
Jadual 4.18 Taburan Skor Bagi Item 11 74
Jadual 4.19 Taburan Skor Bagi Item 12 75
Jadual 4.20: Taburan Skor Bagi Item 13 75
Jadual 4.21 Taburan Skor Bagi Item 14 76
Jadual 4.22 Taburan Skor Bagi Item 15 76
Jadual 4.23 Taburan Skor Bagi Item 16 77
Jadual 4.24 Taburan Skor Bagi Item 17 78
Jadual 4.25 Taburan Skor Bagi Item 18 78
Jadual 4.26 Taburan Skor Bagi Item 19 79
Jadual 4.27 Taburan Skor Bagi Item 20 80
Jadual 4.28 Taburan Skor Bagi Item 21 80
Jadual 4.29 Taburan Skor Bagi Item 22 81
Jadual 4.30 Taburan Skor Bagi Item 23 81
Jadual 4.31 Taburan Skor Bagi Item 24 82
Jadual 4.32 Taburan Skor Bagi Item 25 82
Jadual 4.33 Taburan Skor Bagi Item 26 83
Jadual 4.34 Taburan Skor Bagi Item 27 84
Jadual 4.35 Taburan Skor Bagi Item 28 84
Jadual 4.36 Taburan Skor Bagi Item 29 85
Jadual 4.37 Taburan Skor Bagi Item 30 85
Jadual 4.38 Dapatan ujian pengukuhan 86
Jadual 4.39 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi
Program Membudayakan al-Quran
88
Jadual 4.40 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi
kepentingan Program Membudayakan al-Quran.
90
Jadual 4.41 Taburan kekerapan, peratus responden dan min bagi
faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan
pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid.
92
Jadual 4.42 Dapatan keseluruhan ujian pengukuhan 94
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
Rajah 4.1 Taburan Responden yang pernah/masih bersekolah
agama
62
Rajah 4.2 Bilangan Responden Yang Pernah Khatam al-Quran 66
Rajah 4.3 Bilangan Responden Yang Mengetahui Tentang
Pelaksanaan Program Membudayakan al-Quran
67
xv
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan Bantu Mengajar
BIL. - Bilangan
CD - Compact Disc
JAJ - Jabatan Agama Johor
JPNJ - Jabatan Pendidikan Negeri Johor
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KS - Kurang Setuju
NO. - Nombor
PMQ - Program Membudayakan al-Quran
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
PSM - Projek Sarjana Muda
S - Setuju
S.A.W. - Sallallahu 'Alaihi Wasallam
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKDBL - SMK Dato Bentara Luar
SPSS - Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
S.W.T. - Subhanahu Wa Ta’ala
TS - Tidak Setuju
TV - Televisyen
UM - Universiti Malaya
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
Y.A.B - Yang Amat Berhormat
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran Memasuki Perpustakaan
(Perpustakaan Sultanah Zanariah)
C Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan
D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
E Surat Kebenaran Jabatan (PPIPS)
F Surat Kebenaran KPM
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Al-Quran adalah Kalamullah wahyu terakhir yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
kepada Nabi akhir zaman yang sekaligus juga sebagai penutup agama Samawi berikut
ajaran-ajarannya, Ia membenarkan ajaran kitab sebelumnya, dan juga menyempurnakan
hukum-hukum Allah pada kitab sebelumnya sehingga terbentuk suatu ajaran yang
universal dari pelbagai aspek sama ada dari sudut material, spiritual, jasmaniah,
rohaniah, dunia dan juga akhirat. (Drs. Hanafi Mohamed, 1996: 4).
Al-Quran juga merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. untuk menjadi pedoman dan pegangan hidup seluruh umat manusia.
Malah al-Quran juga merupakan kitab suci dari Allah yang mengandungi peraturan yang
amat lengkap dan sempurna dalam mengatur segala aspek kehidupan manusia yang
wajib diimani dan diyakini untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
2
Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini bahawa al-Quran mengandungi ilmu
pengetahuan yang penuh hikmah yang bermanfaat untuk kepentingan dan keperluan
manusia yang beriman dan berfikir iaitu yang mencakupi segala peraturan-peraturan
hukum, politik, ekonomi, filsafat, teknologi, pendidikan dan sebagainya.
Firman Allah S.W.T.:
tΑ t“Ρr& uρ ª!$# šø‹ n=tã |=≈ tGÅ3 ø9 $# sπ yϑõ3 Ït ø:$# uρ šyϑ©= tã uρ $tΒ öΝ s9 ⎯ ä3 s?
ãΝ n=÷ès? 4 šχ% x. uρ ã≅ ôÒsù «!$# y7 ø‹ n=tã $VϑŠ Ïà tã ∩⊇⊇⊂∪
Ertinya: “Dan Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan Telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. dan adalah kurnia Allah sangat besar atasmu.”
(Surah An-Nisa: 113)
Ini terbukti bahawa ayat yang pertama diturunkan kepada Rasulullah S.A.W.
sebenarnya merangsang dan menyuruh manusia melibatkan diri di dalam pendidikan,
menyuruh manusia belajar menulis dan membaca. Lima ayat pertama di dalam surah al-
Alaq jelas menggambarkan saranan-saranan ini. (Prof Madya Dr Hj Nasseri Taib, 1994:
4) iaitu firman Allah S.W.T.:
ù& t ø% $# ÉΟ ó™ $$Î/ y7 În/ u‘ “Ï% ©! $# t, n=y{ ∩⊇∪ t, n=y{ z⎯≈ |¡ΣM}$# ô⎯ ÏΒ @, n=tã ∩⊄∪
ù& t ø% $# y7 š/ u‘ uρ ãΠ t ø. F{ $# ∩⊂∪ “Ï% ©! $# zΟ ¯=tæ ÉΟ n=s) ø9 $$Î/ ∩⊆∪ zΟ ¯=tæ z⎯≈ |¡ΣM}$#
$tΒ óΟ s9 ÷Λ s>÷ètƒ ∩∈∪
3
Ertinya: “1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu
yang Menciptakan, 2. Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. 3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, 5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-Alaq: 1-5)
Ayat di atas menegaskan bahawa suruhan iqra’ atau membaca. Menurut Mohd
Tarmizi Samsi (1995:33) “Jika dihayati perintah Allah S.W.T ini sebenarnya merupakan
kunci kejayaan dan kefardhuan kepada umat Islam. Contohnya kita difardhukan untuk
membaca dan mempelajari al-Quran, membacanya dikira sebagai satu ibadah dan usaha
menyelidikinya harus dipergiatkan untuk mencungkil lebih banyak maklumat dan
pengetahuan darinya.” Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi,
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan
mengerjakan sembahyang dan membaca al-Quran”
Ini bererti amalan membaca al-Quran di rumah adalah sesuatu yang baik dan
perlu dijadikan suatu budaya dan menjadi satu amalan biasa yang mudah dilaksanakan
oleh setiap umat Islam agar ia diberi rahmat dan cahaya serta petunjuk daripada Allah
sebagaimana firman Allah S.W.T.:
y7 Ï9≡ sŒ Ü=≈tGÅ6 ø9 $# Ÿω |= ÷ƒ u‘ ¡ Ïμ‹ Ïù ¡ “W‰èδ z⎯Š É) −Fßϑù=Ïj9 ∩⊄∪
Ertinya: “Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.”
(Al-Baqarah: 2)
4
Akan tetapi daripada pembacaan tersebut mestilah disertai dengan pemahaman
serta penghayatan agar pembacaan itu bukan sekadar bacaan sahaja kerana di dalam al-
Quran terdapat pelbagai ilmu yang menjadi panduan di dalam kehidupan di setiap
zaman. Dengan membaca al-Quran, seseorang hamba Allah itu juga akan mendapat
pahala ibadat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Ajmain Safar (1996:4), kebimbangan terhadap masalah “buta al-Quran”
di kalangan generasi Muslim telah mula dirasai. Yang lebih dibimbangi dilema ini
melanda di kalangan pelajar-pelajar tidak kira di peringkat sekolah menengah mahupun
di pusat-pusat Pengajian Tinggi yang bakal menjadi tonggak mentadbir Negara pada
masa akan datang. “Buta al-Quran” sebenarnya adalah lebih merbahaya dari gejala buta
huruf di kalangan masyarakat Muslim.
Menyedari hakikat yang begitu membimbangkan, Y.A.B Dato’ Haji Abd. Ghani
bin Othman, Menteri Besar Johor ketika dalam rangka lawatan ke Jabatan Agama Johor
pada 14 Jun 1995 telah mencetuskan idea supaya pihak Jabatan Agama Johor merangka
dan mengadakan satu program membudayakan al-Quran agar masalah “buta al-Quran”
di kalangan generasi Muslim dapat diatasi. Pada 6 Februari 1996, Duli Yang Maha
Mulia Sultan Iskandar Ibn Al-Marhum Sultan Ismail telah berkenan untuk melancarkan
program ini di Masjid Sultan Ibrahim, Muar (Ajmain Safar, 1996: 13)
Berdasarkan kepada pengalaman penyelidik sendiri ketika menjalani latihan
mengajar di Sekolah Menengah Dato Bentara Luar, penyelidik mendapati terdapat
5
pelajar yang tidak mahir dalam penguasaan hukum tajwid malah terdapat juga pelajar
yang tidak tahu membaca al-Quran. Ini amat membimbangkan kerana seharusnya pelajar
di sekolah menengah telah tahu membaca al-Quran dan dapat membaca al-Quran dengan
lancar dan secara bertajwid. Mereka tidak menitik beratkan hukum tajwid ketika
membaca al-Quran. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kemukjizatan ayat-
ayat suci al-Quran. Apabila hukum tajwid ini diambil ringan, maka sudah tentu
menjejaskan hukum bacaan malah akan merosakkan makna sesuatu ayat bahkan boleh
mengubah makna dalam ayat al-Quran. Sedangkan al-Quran itu sendiri sebagai asas
ibadah dan sumber asas hukum bagi seluruh umat islam yang perlu dipelihara oleh umat
Islam. Oleh itu, masalah ini perlu dipandang serius oleh semua pihak agar ‘buta al-
Quran’ tidak menjadi barah dalam masyarakat Islam pada masa kini.
1.3 Pernyataan Masalah
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Luar, merupakan salah sebuah
sekolah di Johor yang melaksanakan Program Membudayakan al-Quran. Sekolah ini
mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang dan mempunyai jadual yang
tetap dalam melaksanakan program ini. Semua pelajar diwajibkan untuk mengikuti
program ini. Pelaksanaan Program Membudayakan al-Quran di sekolah sekurang-
kurangnya dapat mengurangkan masalah “buta al-Quran” yang melanda di kalangan
pelajar-pelajar Islam.
Walaupun Program Membudayakan al-Quran telah dilaksanakan di sekolah-
sekolah negeri Johor Darul Takzim selama 10 tahun namun masih terdapat pelajar yang
tidah tahu membaca al-Quran walaupun telah berada di sekolah menengah. Ini amat
membimbangkan kerana merekalah yang akan menjadi pemimpin masa akan datang.
6
Oleh itu, melalui latar belakang masalah di atas, maka penyelidik ingin mengenal
pasti apakah persepsi pelajar yang telah melaksanakan program ini terhadap PMQ?
Selain itu, aspek yang ingin dikaji oleh penyelidik juga ialah merangkumi kepentingan
PMQ dalam meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum
tajwid. Adakah PMQ dapat membantu para pelajar secara langsung dalam pembacaan
al-Quran secara bertajwid? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada penyelidik.
Perlu juga dikaji aspek faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembacaan
al-Quran mengikut hukum tajwid. Antara fakor yang mempengaruhi ialah faktor ibu
bapa, guru, sikap dan minat diri sendiri, rakan sebaya dan penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penyelidik ingin mengenal
pasti apakah faktor yang paling mempengaruhi pelajar dalam pembacaan al-Quran
mengikut hukum tajwid.?
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk:
1.4.1 Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Program Membudayakan al-
Quran.
1.4.2 Mengenal pasti kepentingan Program Membudayakan al-Quran dalam
meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum
tajwid.
7
1.4.3 Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembacaan
al-Quran mengikut hukum tajwid.
1. 5 Persoalan Kajian
Penyelidik amat berharap agar kajian yang telah dijalankan ini dapat menjawab
beberapa persoalan seperti mana yang telah dinyatakan di bawah:
1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap Program Membudayakan al-Quran?
1.5.2 Apakah kepentingan Program Membudayakan al-Quran dalam
meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum
tajwid?
1.5.3 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan pembacaan al-
Quran mengikut hukum tajwid?
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik berharap melalui kajian yang dijalankan ini, ia dapat memberi satu
gambaran tentang persepsi pelajar SMKDBL terhadap Program Membudayakan al-
Quran. Oleh itu, ia diharap dapat membantu pihak tertentu untuk mengambil langkah
bagi mempertingkatkan lagi kemahiran bacaan al-Quran secara bertajwid dalam
8
kalangan pelajar Islam. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan.
Antaranya ialah:
1.6.1 Hasil kajian ini dapat memberi gambaran terhadap tahap keupayaan
pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid dalam kalangan pelajar
SMKDBL.
1.6.2 Dapatan kajian ini dapat membantu Jabatan Agama Johor mengenal pasti
kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam Program Membudayakan al-
Quran dalam usaha meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-Quran
mengikut hukum tajwid di kalangan pelajar.
1.6.3 Dapatan kajian ini juga dapat memberi gambaran kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk merancang dan merangka strategi yang lebih
berkesan bagi mengatasi masalah buta al-Quran di kalangan pelajar
Islam.
1.6.4 Dapatan kajian ini dapat membantu pihak sekolah untuk menyediakan
program-program yang dapat meningkatkan minat pelajar terhadap
pembacaan al-Quran.
1.6.5 Dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru memperbaiki kaedah
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar semasa
pembelajaran al-Quran.
1.6.6 Dapatan kajian ini dapat membantu ibu bapa bagi merancang langkah-
langkah yang perlu untuk membantu mempertingkatkan lagi tahap
kemahiran bacaan al-Quran bertajwid di kalangan anak-anak.
9
1.7 Batasan dan Skop Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Luar, Batu
Pahat, Johor yang melibatkan pelajar-pelajar Islam tingkatan 4 seramai 99 orang
responden yang telah dipilih secara rawak daripada jumlah keseluruhan pelajar Islam
tingkatan empat adalah seramai 241 orang.
Skop kajian ini menumpukan kepada tiga aspek iaitu tahap pengetahuan pelajar
terhadap terhadap PMQ, kepentingan PMQ dalam meningkatkan tahap keupayaan
pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid dan faktor-faktor yang mempengaruhi
keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid. Faktor-faktornya ialah Ibu
bapa, sikap dan minat diri sendiri, guru, rakan sebaya, dan penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
1.8 Definisi Istilah
Beberapa istilah penting daripada tajuk kajian ini perlu diterangkan dengan lebih
terperinci untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam bagi memudahkan
penyelidik melakukan kajian. Dalam kajian ini beberapa definisi digunakan dan berikut
merupakan maksud setiap perkataan. Definisi tajuk kajian ialah “Persepsi pelajar
terhadap Program Membudayakan al-Quran dalam meningkatkan tahap keupayaan
pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid. Satu kajian di SMK Dato Bentara Luar”.
10
1.8.1 Persepsi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1025) menyatakan bahawa persepsi
adalah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan
(menerusi pancaindera) atau tanggapan.
Persepsi yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pandangan pelajar terhadap
pengetahuan berkaitan Program Membudayakan al-Quran, pandangan pelajar terhadap
kepentingan Program Membudayakan al-Quran dalam meningkatkan tahap kemahiran
bacaan al-Quran bertajwid serta pandangan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi
tahap keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid.
1.8.2 Pelajar
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:18), pelajar bermaksud orang yang
belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya) atau orang yang
mengaji (menyelidiki ilmu).
Pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah pelajar-pelajar tingkatan
empat di SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat, Johor
11
1.8.3 Program
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1057), program adalah rancangan
yang menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan (dalam pembangunan negara,
perekonomian, dan lain-lain). Ia juga didefinisikan sebagai asusunan rancangan seperti
drama, muzik, filem, dan sebagainya yang ditonton di TV atau didengar di radio.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, program yang dimaksudkan adalah Program
Membudayakan Al-Quran di SMKDBL.
1.8.4 Membudayakan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 180), membudayakan adalah mengajar
atan mendidik seseorang (masyarakat dan lain-lain) supaya berbudaya. Ia juga
didefinisikan sebagai membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dan lain-lain) yang baik
supaya berbudaya dan beradab.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, membudayakan bermaksud membiasakan
pelajar dengan budaya al-Quran dalam meningkatkan tahap keupayaan pembacaan al-
Quran mengikut hukum tajwid.
12
1.8.5 Al-Quran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1081), al-Quran ialah kitab suci yang
diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi panduan
hidup manusia (untuk dunia dan akhirat).
Dr. Adel M.Abdulaziz etl. (2006:1) mendefinisikan al-Quran sebagai Kalam
Allah S.W.T. yang diturunkan kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad s.a.w. yang
merupakan mukjizat yang kekal abadi kepada seluruh alam walau dengan satu surah
yang pendek sekalipun.
Drs. Hanafi Mohamed (1996: 4) mendefinisikan al-Quran sebagai wahyu Allah
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menjadi pedoman dan pegangan
hidup seluruh umat manusia.
Al-Qur’an dalam kajian ini bermaksud Program Membudayakan Al-Quran yang
telah dijalankan di SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat, Johor. Program ini merupakan
satu program yang dirancang dan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Johor.
13
1.8.6 Meningkatkan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 1454), meningkatkan bermaksud
meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain),
serta memperhebat.
Istilah meningkatkan dalam kajian ini menerangkan tentang meningkatkan tahap
keupayaan pembacaan al-Quran mengikut hukum tajwid. Dengan erti kata lain,
mencapai tahap yang paling baik iaitu kemampuan seseorang membaca al-Quran dengan
baik dan sempurna daripada sudut sebutan huruf, hukum tajwid, kelancaran dan
sebagainya.
1.8.7 Tahap Keupayaan
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1343) mendefinisikan tahap sebagai peringkat
atau tingkat. Manakala keupayaan berasal dari perkataan ‘upaya’ yang membawa
maksud kesanggupan (kebolehan) untuk mencapai atau melakukan sesuatu dan juga
didefinisikan sebagai kemampuan. (Kamus Dewan Edisi Ketiga 2002: 1527).
Tahap keupayaan menurut kajian ini ialah tahap kebolehan pelajar untuk
membaca al-Quran dengan bertajwid.
14
1.8.8 Bacaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 82), bacaan ialah bahan untuk
dibaca. Ia juga didefinisikan sebagai cara membaca. Bacaan dalam konteks kajian ini
ialah gaya membaca al-Quran seseorang.
1.8.9 Tajwid
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002:1347), tajwid adalah ilmu (hukum)
yang berkaitan dengan lafaz atau sebutan yang betul dan tepat dalam bacaan al-Quran.
Perkataan Tajwid pada bahasa arab ialah melakukan sesuatu dengan elok sempurna yang
berasal dari perkataan jawwada, manakala pada istilah pula adalah ilmu yang boleh
mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari
segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan atau menyembunyikan atau apa yang
dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal nipis
dan sebagainya.
15
1.9 Kesimpulan
Program membudayakan al-Quran ini merupakan salah satu cara untuk
mengatasi masalah buta huruf yang begitu membimbangkan di kalangan umat Islam.
Kajian yang dijalankan ini akan memberi faedah dan manfaat kepada pihak-pihak
berkenaan dalam merancang sesuatu program supaya dapat memberi lebih kebaikan
kepada peserta program terutamanya mengenai pembacaan al-Quran secara bertajwid.