26
PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP MEREKA : KAJIAN KES DI DARUL UKHUWAH JOHOR BAHRU FA’IZAH BINTI PAIJALAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT

ISLAM TERHADAP MEREKA : KAJIAN KES DI DARUL UKHUWAH

JOHOR BAHRU

FA’IZAH BINTI PAIJALAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

Universiti Teknologi Malaysia

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

CATATAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya __________________________________________________________________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

_____________________________

_____________________________ ________________________________

_____________________________

Tarikh : 11 MAC 2004 Tarikh : 11 MAC 2004

UST. IDRIS BIN ISMAIL Nama Penyelia

FA’IZAH BINTI PAIJALAH

SULIT

PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT

ISLAM TERHADAP MEREKA: KAJIAN KES DI DARUL UKHUWAH

JOHOR BAHRU.

SPL 62-A JLN. SG.PULAI LAUT

84160 PRT.JAWA, MUAR

JOHOR DARUL TA’ZIM

Page 3: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) .”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Ustaz Idris bin Ismail

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 4: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM

TERHADAP MEREKA : KAJIAN KES DI DARUL UKHUWAH JOHOR BAHRU

FA’IZAH BINTI PAIJALAH

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilkan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .”

Tandatangan :

Nama Penulis : Fa’izah binti Paijalah

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 6: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

iii

Teristimewa Buat Yang Tersayang,

Ayahanda Hj.Paijalah Bin Chibing

Bonda Roseni Binti Ayub

Pengorbanan kalian tidak dapat ku balas walau dengan emas atau permata. Kalian

adalah pendorong untukku terus mengecapi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kekandaku :

Mohd ‘Adli bin Othman

Terima kasih atas doronganmu dan semoga hubungan kita akan berkekalan dan

mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.

Adik-adikku :

Mohd. Fakaruddin

Mohd.Abdul Halim

Mohd.Amaluddin

dan

Mohd.Hisyamuddin

Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh kepada

ayahanda dan bonda

Kawan-kawanku:

‘Ain, Asma, Huda, Liah dan Zila.

Kenangan bersama kalian tidak mungkin dapat kulupakan. Semoga ia terus lestari selamanya diingatan.

Page 7: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan

izin dan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyiapkan kajian Projek Sarjana Muda ini.

Selawat dan salam juga disampaikan buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

bersama keluarga dan sahabat-sahabat baginda r.a.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan salam penghargaan dan ribuan terima

kasih kepada penyelia projek yang saya hormati, Ustaz Idris bin Ismail yang telah

banyak membantu dan membimbing untuk menyiapkan kajian ini. Ucapan jutaan

terima kasih yang tidak terhingga juga saya titipkan kepada pihak Pusat Pengajian

Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia dan ahli Saudara Baru

Darul Ukhuwah Johor Bahru yang telah memberi kerjasama. Juga kepada pihak

Jabatan Agama Johor, Unit Ukhuwah Saudara Baru yang turut membantu. Tidak

dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan tahun 4 Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Pengajian Islam) yang memberikan kerjasama serta saling bertukar idea

demi menyiapkan projek ini.

Diharapkan agar hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada para

pembaca. Ribuan kemaafan dipohon kerana sememangnya terdapat banyak

kelemahan dalam projek ini. Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat

keberkatan daripada Allah Taala…. Amin.

Page 8: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

v

ABSTRAK

Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mendapatkan butiran

mengenai persepsi Saudara Baru berhubung dengan penerimaan masyarakat Islam

terhadap mereka. Aspek-aspek yang ditinjau adalah mencakupi persepsi Saudara

Baru mengenai penerimaan masyarakat Islam terhadap mereka, bentuk bantuan yang

diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan

dan kekangan-kekangan yang dihadapi untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat

Islam. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 85 orang responden

yang mengikuti kelas bimbingan di Darul Ukhuwah Johor Bahru. Instrumen yang

digunakan dalam kajian ini berbentuk soal-selidik yang menggunakan skala Likert

dan temubual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian “Statistical

Package for Social Science”(SPSS) version 11.0 untuk menentukan kekerapan,

peratus dan min. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, responden

mempunyai persepsi yang positif mengenai penerimaan masyarakat Islam terhadap

mereka. Selain itu, keputusan analisis juga mendapati kebanyakan responden lebih

bersetuju menyatakan menerima bantuan dari segi kelas bimbingan, pendidikan

agama, khidmat nasihat dan sokongan moral. Responden juga mempunyai persepsi

yang positif berhubung dengan penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal

kebajikan. Hanya segelintir responden sahaja yang menghadapi kekangan untuk

menyesuaikan diri dengan masyarakat Islam. Beberapa cadangan juga turut

dikemukakan kepada Saudara Baru dan pihak-pihak tertentu untuk diambil perhatian.

Page 9: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to get some findings regarding

convert’s perception toward the acceptance of Muslim society to them. The aspect

that had been discussed in this research are their (convert) perception of Muslim

society’s acceptance, form of aid received, perception of Muslim society

commitment in the welfare matter and the obstacles to accommodate their self

(convert) with Muslim society. The respondents involved in this research were 85

converts who were taking the Islamic class at the Darul Ukhuwah Johor Bahru. The

instrument used was questionnaires within Likert scales. The data was analyzed

using SPSS (Statistical Package of Social Science) version 11.0 to determine the

mean, frequency and the percentage. Based on the findings, respondents gave

positive perception about the acceptance of Muslim society to them. Besides this

analysis show most of the respondents were agreed to get the aid such as class

tuition, Islamic education, counseling and moral support. The respondents also gave

positive perception about Muslim society’s commitment in the welfare matter. Only

minority of the respondents have experience the problem to accommodate with

Muslim society. Some suggestions had been brought forward to the convert and

related authorities at the end of this research.

Page 10: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

Page 11: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

viii

1.8 Definisi istilah 8

1.9 Kesimpulan 10

BAHAGIAN DUA

SOROTAN PENULISAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengertian dan Konsep Saudara Baru 11

2.1.1 Pandangan Ulama Terhadap Pengertian

Saudara Baru 13

2.2 Senario Saudara Baru Dalam Masyarakat Islam 14

2.2.1 Kedudukan Saudara Baru Dari Sudut Fiqh 16

2.2.2 Kedudukan Saudara Baru Dari Sudut

Sejarah Di Zaman Rasulullah s.a.w. 21

2.3 Senario Bantuan Terhadap Saudara Baru Di

Malaysia 23

2.3.1 Institusi-Institusi Yang Memberi Bantuan

Bantuan Kepada Saudara Baru 23

2.3.1.1 Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah

JAJ 23

2.3.1.2 Islamic Outreach ABIM (IOA) 24

2.3.1.3 PERKIM 25

2.3.1.4 Persatuan Darul Fitrah Malaysia 26

2.3.1.5 JMMNJ 27

2.3.1.6 MACMA 27

2.4 Perkembangan Dan Senario Saudara Baru

Di Daerah Johor Bahru Bagi Tahun 2000-2002 28

2.5 Kekangan Yang Dihadapi Oleh Saudara Baru

Untuk Menyesuaikan Diri Dengan Masyarakat

Islam 29

Page 12: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

ix

2.6 Kajian-Kajian Lepas Yang Berkaitan

Dengan Saudara Baru 32

2.7 Kesimpulan 34

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 36

3.4 Sampel Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 37

3.6 Pembinaan Soal Selidik 38

3.6.1 Bahagian A 38

3.6.2 Bahagian B 39

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Tatacara Kajian 40

3.9 Analisis Data 41

4.0 Penutup 42

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 44

Page 13: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

x

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 48

4.4 Kesimpulan 65

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan 66

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden

Yang Mempunyai Perkaitan Dengan

Persoalan Kajian 67

5.2.2 Persepsi Responden Tentang Penerimaan

Masyarakat Islam Terhadap Mereka 68

5.2.3 Bentuk Bantuan Yang Telah Diterima Oleh

Responden Daripada Masyarakat Islam

Setelah Memeluk Islam 70

5.2.4 Persepsi Terhadap Penglibatan Masyarakat

Islam Dalam Hal-Hal Kebajikan 73

5.2.5 Kekangan-Kekangan Yang Dihadapi Oleh

Responden Untuk Menyesuaikan Diri

Dengan Masyarakat Islam 75

5.3 Rumusan 78

5.4 Cadangan 80

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.6 Penutup 83

Page 14: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

xi

BAHAGIAN ENAM BIBLIOGRAFI

SENARAI RUJUKAN 84

BAHAGIAN TUJUH

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A 88

LAMPIRAN B 95

LAMPIRAN C 98

Page 15: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 39

3.2 Darjah Penilaian Terhadap Responden 42

4.1 Maklumat Umur Responden 44

4.2 Maklumat Jantina Responden 45

4.3 Maklumat Status Responden 45

4.4 Maklumat Bangsa Responden 45

4.5 Maklumat Agama Asal Responden 46

4.6 Maklumat Tahun Memeluk Islam 46

4.7 Maklumat Tempat Tinggal Responden 47

4.8 Maklumat Pekerjaan Responden 48

4.9 Peratusan Dan Kekerapan Penyesuaian Diri 49

4.10 Peratusan Dan Kekerapan Mudah Mesra 49

4.11 Peratusan Dan Kekerapan Jemputan

Melibatkan Diri Dalam Aktiviti 50

4.12 Peratusan Dan Kekerapan Berfikiran Terbuka

Ketika Bersosial 50

4.13 Peratusan Dan Kekerapan Menerima Tanpa

Keraguan 51

4.14 Peratusan Dan Kekerapan Berfikiran Terbuka

Menerima Pendapat 51

4.15 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Makanan 52

4.16 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Kewangan 53

4.17 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Tempat

Kediaman 53

4.18 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Perlindungan

Page 16: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

xiii

Keselamatan 54

4.19 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Pendidikan

Agama 54

4.20 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Mengikuti

Kursus Bimbingan 55

4.21 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Khidmat

Nasihat Dan Kaunseling 55

4.22 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Dari Segi

Sokongan Moral 56

4.23 Peratusan Dan Kekerapan Kerjasama

Masyarakat Islam 56

4.24 Peratusan Dan Kekerapan Bimbingan Dalam

Hal-Hal Sosial 57

4.25 Peratusan Dan Kekerapan Sokongan Dalam

Aktiviti Sosial Atau Kebajikan Saudara Baru 58

4.26 Peratusan Dan Kekerapan Penglibatan Dalam

Sesebuah Organisasi 58

4.27 Peratusan Dan Kekerapan Perhatian Terhadap

Kebajikan 59

4.28 Peratusan Dan Kekerapan Terhadap Program

Sosial 59

4.29 Peratusan Dan Kekerapan Terhadap Majlis Ilmu 60

4.30 Peratusan Dan Kekerapan Terhadap Program

Kebajikan 60

4.31 Peratusan Dan Kekerapan Penerimaan Budaya 61

4.32 Peratusan Dan Kekerapan Menjadi Contoh

Teladan Akhlak Yang Baik 61

4.33 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan

Melaksanakan Ibadat Bersama Masyarakat

Islam 62

4.34 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan

Menyesuaikan Diri Dengan Makanan 62

4.35 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan

Menyesuaikan Diri Dengan Budaya 63

Page 17: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

xiv

4.36 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan

Menyesuaikan Diri Dengan Bahasa 64

4.37 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan

Menyesuaikan Diri Dengan Teman Lama 64

4.38 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan

Menyesuaikan Diri Dengan Pakaian 65

Page 18: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

xv

SENARAI SINGKATAN

ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia IDIP Institut Dakwah Islamiah PERKIM IOA Islamic Outreach ABIM JAJ Jabatan Agama Johor JMMNJ Jamaath Malabar Muslim Negeri Johor KS Kurang Setuju MACMA Persatuan Cina Muslim Malaysia MAIDAM Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu NGO Non Government Organization PERKIM Perbadanan Kemajuan Islam Malaysia S Setuju SPSS Statistical Package for Social Science SS Sangat Setuju STS Sangat Tidak Setuju TS Tidak Setuju

Page 19: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A Borang Soal Selidik

LAMPIRAN B Statistik Data Saudara Baru Yang Memeluk

Islam Di Daerah Johor Bahru Dari Tahun 2000-

2002

LAMPIRAN C Borang Kebenaran untuk Menjalankan Kajian

Page 20: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Islam kini dianuti oleh lebih daripada satu

bilion manusia yang menjadikannya salah satu agama yang terbesar di dunia. Islam

pernah menguasai dua pertiga daripada penjuru dunia ini menjangkaui lima benua

dan tujuh lautan. Tinggalan Islam itu masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Walaupun empayar kegemilangan Islam hanya tinggal dalam lipatan sejarah tetapi

perkembangan Islam masih lagi berlangsung sehingga masa kini.

Ini dapat diperhatikan melalui bilangan mereka yang menganut agama Islam

bukan sahaja di negara kita iaitu Malaysia tetapi juga di negara-negara lain hatta di

barat sekalipun. Oleh yang demikian setiap umat Islam perlu meningkatkan usaha

dalam meletakkan agama Islam tetap unggul dan syumul di mata dunia. Jika dilihat

senario yang terjadi di Malaysia kini, kita dapati isu pengislaman Saudara Baru kian

meningkat dari hari ke hari. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada kaum India,

Cina, Iban dan sebagainya. Saudara Baru merupakan satu istilah yang lumrahnya

diguna pakai di Malaysia dan menjadi satu kebiasaan di pendengaran masyarakatnya.

Saudara Baru merupakan sinonim dari orang yang pada awalnya bukan Islam dan

kemudian mereka memeluk Islam (Ismail Haji Dalip,1992:1). Peratusan Saudara

Baru yang memeluk Islam kian meningkat dari tahun ke tahun. Salah satu contoh

negeri yang menunjukkan peningkatan pengislaman Saudara baru ialah Kelantan. Ini

Page 21: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

2

dapat dibuktikan melalui maklumat yang diperolehi dari PERKIM Kelantan iaitu

lebih dari 3,000 saudara baru disyahadahkan sekitar tahun 1990-2001.

Sehubungan dengan itu, setiap masyarakat Islam perlulah menerima Saudara

Baru sebagai saudara sendiri kerana apabila mereka memeluk Islam secara automatik

ia telah menjadi saudara bagi semua umat Islam. Oleh yang demikian, setiap umat

Islam berhak mendapat pembelaan yang sama dari saudaranya semuslim. Pembelaan

dalam ertikata tunjuk ajar, bimbingan dan perlindungan sehingga ia boleh berdikari

dan berupaya mempertahankan akidah Islamnya. Seandainya kita membiarkan

mereka dalam keadaan yang terumbang – ambing samalah seolah-olah kita

menjadikan mereka seperti gantung tidak bertali. Hidup dalam keadaan yang masih

kabur tentang Islam.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam

memastikan saudara sesama Islam itu tidak kembali kepada kepercayaan lamanya

disebabkan kecuaian umat Islam itu sendiri. Begitu banyak alternatif lain yang boleh

dilakukan dalam membimbing dan membantu mereka seperti menjalankan program

kemantapan rohani dan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan ukhuwah sesama

umat Islam. Justeru setiap pihak perlulah mengambil sikap yang lebih prihatin

terhadap Saudara Baru ini dalam usaha membantu dan membimbing mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Saudara Baru merupakan satu istilah yang biasa digunakan bagi satu

golongan atau orang yang baru memeluk Islam. Istilah ini merupakan gantian

daripada perkataan mualaf seperti yang tertera di dalam al-Quran dan ia bermaksud

orang yang baru memeluk Islam dan orang kafir yang berjinak-jinak dengan Islam.

Dalam usaha membantu Saudara Baru memeluk dan memahami Islam

terdapat beberapa agensi yang telah diwujudkan untuk membantu golongan ini.

Sebagai contoh adalah seperti Jabatan Agama dan Pertubuhan Kebajikan Islam

Page 22: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

3

Malaysia (PERKIM). Dalam usaha penyelidik untuk memperoleh maklumat tentang

Saudara Baru, kajian ke atas Jabatan Agama Johor (JAJ) telah dijalankan. Menurut

Ustaz Abu Bakar Watak daripada JAJ, dalam Jabatan itu sendiri terdapat beberapa

bahagian dan antaranya ialah Bahagian Dakwah. Jika dilihat dari sejarah

penubuhannya, Bahagian Dakwah ini telah tertubuh pada tahun 1956 berdasarkan

satu keputusan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Johor yang

dipertanggungjawabkan sebagai satu Institusi Penyebaran Dakwah Islamiah di

seluruh Negeri Johor Darul Takzim yang diberi nama “BAHAGIAN

PENERANGAN AGAMA”.

Pada dasarnya, bahagian ini ditubuhkan untuk mengembangkan, mengawal

dan memelihara ketinggian dan kesucian agama Islam. Namun begitu, disebabkan

penyusunan semula struktur Organisasi Jabatan Agama Johor pada tahun 1990,

bahagian ini telah diubah kepada “ BAHAGIAN DAKWAH”. Antara objektif yang

terdapat dalam Bahagian Dakwah ini untuk pegangan dan panduan semua

kakitangannya ialah menguruskan proses pengislaman Saudara Baru dan mendidik

serta mengukuhkan akidah kepada Saudara Baru.

Oleh kerana fungsi Bahagian Dakwah ini terlalu luas, maka bahagian ini

dipecahkan kepada 3 unit iaitu:

1.Unit Urusetia

Menguruskan majlis-majlis rasmi kerajaan dan hari-hari kebesaran Islam.

2.Unit Kefahaman Islam

Menyebarkan dakwah Islamiah melalui lisan, penerbitan, khidmat nasihat,

seminar dan kursus- kursus.

3.Unit Ukhuwah

Menguruskan pengislaman Saudara Baru, memberi pendidikan, pengukuhan

akidah, memberikan khidmat nasihat, menjaga kebajikan dan memberi pelbagai

bantuan.

Page 23: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

4

Sejajar dengan fungsinya sebagaimana yang dinyatakan di atas, maka Unit

Ukhuwah telah banyak mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu Saudara

Baru dalam menghayati Islam itu sendiri khususnya. Antara aktiviti yang

dikendalikan oleh Unit ini ialah seperti Kelas Fardu Ain dan Iqra, Majlis Bimbingan

Kemampatan Akidah, Kursus Kefahaman dan majlis Berkhatan, Ihya Ramadhan,

Program Keluarga Angkat dan sebagainya.

Selain daripada aktiviti ini juga, Bahagian Dakwah turut mewajibkan setiap

Saudara Baru yang telah selesai menjalani proses pengislaman mereka di Daerah

Johor Bahru mengikuti kelas-kelas pengajian (fardu ain). Contohnya di Kompleks

Islam, kelas tersebut diadakan pada setiap hari Rabu dan Khamis bermula dari jam

11.00 pagi – 1.00 petang. Begitulah usaha yang cuba diketengahkan oleh pihak JAJ

dalam membantu Saudara Baru. Semua usaha ini jelas menunjukkan bahawa

masyarakat Islam yang sedia ada Muslim sentiasa berusaha membantu dan menerima

Saudara Baru ini. Ianya bukan saja melibatkan JAJ atau mana- mana persatuan,

malahan setiap individu Muslim di sekitar Johor Bahru.

Justeru daripada usaha yang telah dilaksanakan oleh JAJ, penyelidik ingin

mengetengahkan satu kajian yang menunjukkan dalam usaha membantu Saudara

Baru, ianya bukan saja melibatkan pihak agensi berdaftar atau pihak-pihak tertentu,

tetapi sikap suka membantu dalam diri individu Muslim juga perlu diserapkan dalam

rohani individu itu sendiri.

Sebagai contoh, satu kes berlaku di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur

iaitu seorang wanita yang bernama Azizah Yusof, 54 telah membantu Saudara Baru

yang bernama Nur Aishah atau nama asalnya, Syagadewi a/p Arumugam dengan

memberikan tempat tinggal tanpa mengenakan bayaran. Ia berikutan dengan

ketidakmampuan Nur Aishah untuk membayar sewa rumah disebabkan oleh penyakit

buah pinggang yang dihidapinya. Menurut Azizah, beliau berkorban untuk

NurAishah dan anak-anaknya demi menyempurnakan tanggungjawabnya kepada

Saudara Baru. Katanya lagi, “sebagai orang Islam kita wajib membantunya,

hidupnya pula sebatang kara dan tidak habis-habis dirundung malang, bagaimana

Page 24: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

5

pun saya amat terpegun dengan kekuatan imannya”

(www.pemantau.tripod.com/artikel/13 nov_nur.html. ).

Namun begitu, timbul juga isu yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap

masyarakat Islam. Hal ini berlaku apabila seorang Saudara Baru yang mewakili ahli

Persatuan Cina Muslim Terengganu menuntut hak untuk mendapatkan wang zakat

daripada Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu (MAIDAM) Negeri Terengganu.

Ianya menjadi “panas” lagi apabila berlaku insiden seorang Saudara Baru yang

meninggal dunia dan tiada siapa yang sanggup menguruskan jenazahnya dari

hospital ke tempat pengebumiannya. Lantaran itu, abangnya yang non Muslim

terpaksa menjelaskan bayaran kepada pihak yang mengurus dan menghantar jenazah

tersebut.

Berdasarkan keterangan di atas, jelas menunjukkan masyarakat Islam

sewajarnya perlu sentiasa menerima dan sudi memberikan bantuan kepada Saudara

Baru kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh semua

pihak untuk membantu mereka ini. Cuba kita bayangkan bagaimanakah keadaan

Saudara Baru jika tidak dibantu oleh kita yang Muslim ini. Adakah kita akan

membiarkan mereka terumbang-ambing sendiri dalam mencari sinar keimanan?

Tentu sekali jawapannya tidak. Ini kerana, kita wajib membantu mereka untuk

mengelakkan mereka dari berpaling ke agama atau kepercayaan asal mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Melalui penerangan yang telah dinyatakan dalam latar belakang masalah,

dapat dinyatakan bahawa umat Islam atau masyarakat Islam sentiasa berusaha untuk

membantu Saudara Baru dalam menghayati kehidupan sebagai masyarakat Islam

yang sejati. Namun begitu, timbul isu yang mengatakan rasa tidak puas hati terhadap

layanan yang diberikan oleh masyarakat Islam. Kesannya, Saudara Baru akan

mempunyai persepsi yang negatif terhadap masyarakat Islam dan boleh

Page 25: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

6

menyebabkan mereka kembali ke agama asal (murtad). Fenomena ini sedikit

sebanyak akan mendatangkan impak negatif terhadap kemurnian Islam itu sendiri.

Dengan itu kajian dibuat untuk mengetahui persepsi Saudara Baru mengenai

penerimaan masyarakat Islam terhadap keislaman mereka. Apakah mereka

mempunyai persepsi yang positif atau negatif terhadap penerimaan masyarakat

Islam. Jika ya, ia menggambarkan mereka berpuas hati dengan layanan dan bantuan

yang telah diberikan oleh masyarakat Islam. Segala persoalan akan cuba dikupas di

dalam kajian ini.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini telah mengariskan beberapa objektif bagi menyelesaikan beberapa

masalah yang berkaitan dengan persepsi Saudara Baru tentang penerimaan

masyarakat Islam terhadap keislaman mereka. Antara objektif-objektif kajian ini

adalah:

a) Mengkaji persepsi Saudara Baru tentang peneriman masyarakat Islam

terhadap mereka.

b) Mengenal pasti bentuk bantuan yang telah diterima oleh Saudara Baru

daripada masyarakat Islam setelah mereka memeluk Islam.

c) Meninjau persepsi Saudara Baru terhadap penglibatan masyarakat Islam

untuk membantu mereka dalam hal-hal kebajikan.

d) Mengkaji kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Saudara Baru untuk

menyesuaikan diri dengan masyarakat Islam.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam membentuk kepada objektif kajian, beberapa persoalan yang berkaitan

dengan persepsi Saudara Baru tentang penerimaan masyarakat Islam terhadap

keislaman mereka telah dibuat.

Page 26: PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM ... · diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan dan kekangan-kekangan yang dihadapi

Antara persoalan yang akan dikaji adalah:

a) Apakah persepsi Saudara Baru tentang penerimaan masyarakat Islam

terhadap mereka?

b) Apakah bentuk bantuan yang telah diterima oleh Saudara Baru daripada

masyarakat Islam setelah mereka memeluk Islam?

c) Apakah persepsi Saudara Baru terhadap penglibatan masyarakat Islam

untuk membantu mereka dalam hal-hal kebajikan?

d) Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Saudara Baru untuk

menyesuaikan diri dengan masyarakat Islam ?