Upload
lykiet
View
246
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH TERHADAP
PENGGUNAAN KAD KREDIT
NUR HAKIMAH SEPRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH TERHADAP
PENGGUNAAN KAD KREDIT
NUR HAKIMAH SEPRI
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
( Pengajian Islam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
iii
DEDIKASI
Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan pada MU Ku syukuri atas setiap anugerahmu yang tidak ternilai
Selembar bicara ini memberiku peluang untuk berkata-kata Khusus buat insan istimewa dalam hidupku
Sekalung penghargaan buat Abah dan Emak yang disayangi
Sepri bin Rahman dan Hayati binti Surif Pengorbananmu sangat besar dalam mendidikku untuk menjadi insan yang berguna Engkaulah inspirasi dan semangat untukku tempuh saat-saat sukar dalam hidupku
Terima kasih atas kesabaranmu Doaku moga Allah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayangNya kepada kalian berdua
Istimewa buat tunang yang dikasihi
Salihin binOmar Kehadiranmu memberi sokongan menjadi pencetus semangat untukku mencapai impian
Doronganmu menjadi pemangkin untukku terus berjaya
Buat adik-adikku Ikram, Hadi, Atikah dan Asilah
Didiklah diri untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat
Buat para pensayarah Terima kasih atas segala ilmu yang telah diberikan
Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan
Buat sahabat-sahabat Kerana Ilmu Kita Bertemu, Kerana Perkenalan Persahabatan Terjalin
Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama..
Terima kasih atas segalanya......
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Syukur ke
hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya, Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan dalam
tempoh masa yang ditetapkan bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Prof.
Madya Dr. Hussin bin Salamon selaku penyelia, yang banyak meluangkan masa
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan laporan ini. Segala tunjuk
ajar dan keprihatinan amat dihargai.
Jutaan terima kasih juga buat semua responden yang terdiri daripada kakitangan-
kakitangan Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi,
Fakulti Alam Bina, Staf Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Staf Pusat Pengajian Islam
dan Pembangunan Sosial di Universiti Teknologi Malaysia Skudai di atas kerjasama
yang telah diberikan. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada semua staf
Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Perpustakaan Bank Negara
Malaysia dan Perpustakaan Awam Negeri Melaka juga kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam perlaksanaan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi
bantuan, sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan projek ini. Diharapkan agar
kajian ini dapat mencetuskan idea serta dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi staf PSZ terhadap
penggunaan kad kredit. Seramai 37 orang telah dipilih untuk menjadi responden dalam
kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal
selidik yang mengandungi 39 item yang dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian A
adalah berkaitan dengan latar belakang responden. Bahagian B,C dan D pula adalah
berkaitan dengan tiga persoalan kajian iaitu untuk mengkaji persepsi staf PSZ terhadap
konsep penggunaan kad kredit, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan menggunakan
kad kredit dan mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong dan menghalang untuk
menggunakan kad kredit. Analisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package
For Social Science (SPSS) for window version 14.00 telah digunakan untuk mendapat
nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah α=
0.792. Secara keseluruhan staf memberikan persepsi positif terhadap setiap persoalan di
atas. Min bagi persepsi staf terhadap konsep penggunaan kad kredit ialah 3.94.
Manakala, min bagi kelebihan menggunakan kad kredit ialah 3.60 dan min bagi
kekurangan menggunakan kad kredit ialah 3.97. Min bagi persepsi staf terhadap faktor-
faktor yang mendorong menggunakan kad kredit ialah 3.82 dan min bagi faktor-faktor
yang menghalang ialah 4.36. Bebeberapa cadangan telah dikemukakan untuk
meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai kad kredit. Kajian lanjutan turut
dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the perception of the staff toward the
usage of credit card. 37 staffs were selected to be the respondents in this study. This
study was carried out quantitatively using a set of questionnaire which contains 39 items
which were divided into four sections. Section A is related to the background of the
respondents. While section B, C and D were related to staff perception on the usage of
credit card, to identify advantages and disadvantages using credit card and to find out the
factors that drive and those factors that restrict staff from using credit card. Descriptive
analyses using Statistical Package for Social Science (SPSS) for windows version 14.00
had been used to acquire frequency value, percentage and mean. The reliability of the
questionnaire is α= 0.792. In overall, the respondents have positive perception towards
the research’s objectives. The mean value for the staff perceptions on the usage of credit
card is 3.94. Whereas, the mean value for the advantages using credit card is 3.60 and
the mean for the disadvantages is 3.97. Besides that, the mean value of 3.82 had been
identified for the staff perception on the factors that drive from using credit card and the
mean for the factors that restrict from using credit card is 4.36. Several suggestions had
been proposed to increase awareness of society on the usage of credit card and
suggestions had also been proposed for future research.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Persepsi 11
1.8.2 Staf 11
viii
1.8.3 Penggunaan 11
1.8.4 Kad 12
1.8.5 Kad Kredit 12
1.9 Kesimpulan 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Definisi Jual Beli 15
2.3 Dalil Pensyariatan Jual Beli 15
2.4 Kad Kredit Dalam Kehidupan Moden 16
2.4.1 Definisi Kredit 17
2.4.2 Fungsi Kredit 18
2.4.3 Salah Guna Kredit 18
2.4.4 Alat Kredit 19
2.5 Kad Kredit Dan Fungsinya 19
2.6 Sejarah Penggunaan Kad Kredit 21
2.7 Jenis Kad 21
2.8 Memohon Kad Kredit 22
2.9 Caj-caj Yang Berkaitan Dengan Kad Kredit 23
2.10 Faktor-Faktor Yang Mendorong Dan Menghalang
Menggunakan Kad Kredit 25
2.11 Kelebihan Dan Kekurangan Menggunakan Kad Kredit 26
2.12 Hukum Amalan Kad Kredit Konvensional 28
2.12.1 Hukum Berkaitan Unsur-unsur Yang Terdapat
Dalam Kad Kredit Konvensional 28
2.13 Konsep Kredit Mengikut Perspektif Islam 31
2.13.1 Definisi al-Qard 31
2.13.2 Dalil Pensyariatan al-Qard 32
2.14 Kad Kredit Islam 33
2.15 Prinsip-prinsip Dalam Kad Kredit Islam 33
2.15.1 Bai Inah 34
ix
2.15.2 Wadiah 34
2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan
Kad Kredit 35
2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam 37
2.14 Kajian-kajian Lepas 37
2.15 Kesimpulan 42
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Rekabentuk Kajian 44
3.21 Kajian Perpustakaan 44
3.2.2 Kajian Lapangan 45
3.2.2.1 Tempat Kajian 45
3.2.2.2 Populasi Dan Sampel Kajian 46
3.2.2.3 Instrumen Kajian 47
3.3 Analisis Data 50
3.4 Kajian Rintis 52
3.5 Prosedur Kajian 53
3.6 Jangka Masa Kajian 54
3.7 Kesimpulan 54
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 55
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 56
4.2.1 Latar Belakang Jantina 56
4.2.2 Pengalaman Bekerja 57
4.2.3 Gaji Bulanan 57
4.2.4 Penggunaan Kad Kredit 58
4.2.5 Jenis Kad Kredit 59
x
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 59
4.3.1 Analisis Persepsi Terhadap Penggunaan
Kad Kredit 60
4.4 Analisis Data (Bahagian C) 65
4.4.1 Persepsi Terhadap Kelebihan Menggunakan
Kad Kredit 66
4.4.2 Persepsi Terhadap Kekurangan Menggunakan
Kad Kredit 69
4.5 Analisis Data (Bahagian D) 73
4.5.1 Persepsi Staf Terhadap Faktor-faktor Yang
Mendorong Untuk Menggunakan Kad Kredit 73
4.5.2 Persepsi Staf Terhadap Faktor-faktor Yang
Menghalang Untuk Menggunakan Kad Kredit 77
4.6 Dapatan Keseluruhan 80
4.7 Kesimpulan 89
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 90
5.2 Perbincangan 90
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang 91
5.2.2 Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah Zanariah
Terhadap Penggunaan Kad Kredit 93
5.2.3 Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah Zanariah
Terhadap Kelebihan Dan Kekurangan Kad Kredit 95
5.2.4 Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah Zanariah
Terhadap Faktor-faktor Yang Mendorong Dan
Menghalang Menggunakan Kad Kredit 99
5.3 Rumusan 102
5.3.1 Rumusan Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah
Terhadap Konsep Penggunaan Kad Kredit 102
xi
5.3.2 Rumusan Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah
Zanariah Terhadap Kelebihan Dan Kekurangan
Kad Kredit 103
5.3.3 Rumusan Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah
Zanariah Terhadap Faktor-faktor Yang Mendorong
Dan Menghalang Untuk Menggunakan Kad Kredit 104
5.4 Cadangan 105
5.4.1 Kerajaan 105
5.4.2 Bank 106
5.4.3 Masyarakat Umum 107
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 108
5.6 Kesimpulan 109
BIBLIOGRAFI 110
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Operasi Kad Kredit di Malaysia Dari Tahun 2005 Hingga 16
Pertengahan 2008
2.2 Tempoh Pembayaran Balik dan Jumlah Faedah 24
3.1 Klasifikasi Item Mengikut Soalan 48
3.2 Skala Likert 49
3.3 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 51
3.4 Nilai Skor Min 51
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56
4.2 Taburan Pengalaman Bekerja Responden 57
4.3 Taburan Gaji bulanan Responden 57
4.4 Taburan Penggunaan Kad Kredit Oleh Responden 58
4.5 Taburan Jenis Kad Kredit 59
4.6 Taburan Skor Bagi Item Satu 60
4.7 Taburan Skor Bagi Item Dua 60
4.8 Taburan Skor Bagi Item Tiga 61
4.9 Taburan Skor Bagi Item Empat 61
4.10 Taburan Skor Bagi Item Lima 62
4.11 Taburan Skor Bagi Item Enam 62
4.12 Taburan Skor Bagi Item Tujuh 63
4.13 Taburan Skor Bagi Item Lapan 64
4.14 Taburan Skor Bagi Item Sembilan 64
4.15 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh 65
4.16 Taburan Skor Bagi Item Sebelas 66
xiii
4.17 Taburan Skor Bagi Item Dua Belas 67
4.18 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas 67
4.19 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas 68
4.20 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas 68
4.21 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas 69
4.22 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas 69
4.23 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas 70
4.24 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas 70
4.25 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh 71
4.26 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu 71
4.27 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua 72
4.28 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga 73
4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat 74
4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 74
4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam 75
4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh 75
4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan 76
4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan 77
4.35 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh 77
4.36 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Satu 78
4.37 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Dua 78
4.38 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tiga 79
4.39 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Empat 80
4.40 Rumusan dapatan kajian mengenai persepsi staf PSZ
terhadap konsep penggunaan kad kredit 80
4.41 Rumusan dapatan kajian mengenai persepsi staf PSZ
terhadap kelebihan menggunakan kad kredit 83
4.42 Rumusan dapatan kajian mengenai persepsi staf PSZ
terhadap kekurangan menggunakan kad kredit 84
4.43 Rumusan dapatan kajian mengenai persepsi terhadap
faktor-faktor yang mendorong staf PSZ menggunakan
kad kredit 86
4.44 Rumusan dapatan kajian mengenai persepsi terhadap 87
faktor-faktor yang menghalang staf PSZ menggunakan kad kredit
xiv
SENARAI SINGKATAN
S.W.T. Subhanahu Wa Taala
s.a.w. Sallallahu Alaihi Wasallam
ATM Automated Teller Machine
OIC Organization Of Islamic Countries
PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah
BNM Bank Negara Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Surat Permohonan Menjalani Projek
Sarjana Muda (Fakulti Pendidikan)
C Kajian Rintis
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Islam merupakan agama yang syumul dan meliputi dalam semua aspek kehidupan.
Setiap perbuatan manusia telah diberikan garis panduan di dalam al-Quran dan Sunnah.
Garis panduan ini disebut sebagai syariah. Syariah berasal daripada perkataan dasar syara’
yang bermaksud perundangan. Menurut Fadzila Azni Ahmad (2003:17) dipetik dari
Hailani Muji Tahir mengatakan bahawa perundangan yang dimaksudkan ialah segala
hukum yang dikanunkan oleh Allah ke atas setiap hamba-Nya supaya mereka beriman dan
patuh kepada-Nya. Secara literal syariah juga bermaksud jalan atau petunjuk untuk
membawa manusia kepada kebenaran. Ruang lingkup kehidupan yang digariskan oleh
syariah terbahagi kepada aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat.
Secara ringkas, dalam aspek ibadat syariah menggariskan kaedah-kaedah
melaksanakan penyembahan secara khusus kepada Allah. Aspek munakahat pula
membentangkan kaedah-kaedah yang berkaitan dengan kekeluargaan manakala aspek
jinayat melibatkan kanun jenayah dan penjenayahan. Dalam bab muamalat, syariah
membentangkan cara-cara untuk mengatur kehidupan seharian sesama manusia
termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti perbankan. Muamalah dalam Islam
adalah diharuskan. Ini berdasarkan daripada firman Allah S.W.T.:
وأحل الله البيع
Maksudnya: “Dan Allah telah menghalalkan berjual beli”
( Surah al-Baqarah 2: 275 )
Juga firman-Nya:
كممن إال أن تكون تجارة عن تراض
Maksudnya: “Kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu.”
( Surah al-Nisa’ 4: 29 )
Dan firman-Nya:
يس عليكم جناح أن تبتغوا فضال من ربكمل Maksudnya: “Tidaklah menjadi salah kamu mencari limpah
kurnia daripada Tuhan kamu (dengan mengurus perniagaan
ketika mengerjakan haji)”
( Surah al-Baqarah 2: 198 )
Ulama’ telah berijma’ mengatakan bahawa jual beli adalah harus. Terdapat
banyak hikmat dalam keharusan ini kerana keperluan seseorang adalah bergantung kepada
barang atau harta yang ada di bawah pegangan atau milik kawannya sedangkan kawannya
itu tidak bersedia menyerah kepadanya tanpa ganjaran. Oleh itu dengan melakukan jual
beli maka ia menjadi satu jalan atau cara kepada seseorang untuk mendapatkan maksudnya
dan untuk menyelesaikan keperluannya. Sesungguhnya manusia itu mempunyai kehendak
yang tidak terhad tetapi kemampuannya terhad untuk memenuhi kehendaknya. Oleh yang
demikian, sistem perbankan diperkenalkan bagi memudahkan manusia untuk menguruskan
keperluan dan kehendaknya dalam kehidupan.
Pemberian pinjaman adalah fungsi paling penting dalam perniagaan perbankan dan
menjadi punca utama kepada perolehan dan keuntungannya. Sebahagian besar daripada
sumber dana bank disalurkan kepada aktiviti-aktiviti pemberian pinjaman. Pinjaman yang
dikeluarkan boleh dibayar secara ansuran. Tempoh pembayaran balik bergantung pada
beberapa faktor seperti dasar bank dan jenis pinjaman yang dikeluarkan.
Kemudahan-kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank ialah overdraf,
pembelian cek luar, pinjaman tempoh, pinjaman perumahan, jaminan bank, surat kredit,
sewa beli dan pajakan. Kemudahan pinjaman lain yang ditawarkan oleh bank kepada
pelanggan adalah kemudahan kad kredit. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi
pada hari ini, telah memudahkan masyarakat untuk menjalankan transaksi dengan
menggunakan kad kredit. Kad kredit akan membolehkan pemegangnya membeli barangan
atau perkhidmatan secara kredit sehingga had yang telah ditetapkan. Ia adalah satu
kemudahan kepada pengguna dan ia sudah menjadi satu bentuk pembiayaan hutang
kepada pengguna.
1.2 Latar Belakang Masalah
Gaya hidup sebahagian masyarakat pada hari ini dalam masalah jual beli telah
berubah apabila menggunakan kad kredit dalam urusan jual beli. Penggunaan kad kredit
dalam transaksi merupakan suatu bentuk pinjaman atau hutang yang memudahkan
pengguna untuk tidak membawa wang yang banyak dalam dompet mereka.
Pemilikan kad kredit dalam masyarakat dilihat sebagai suatu keperluan pada hari
ini seperti produk-produk perkhidmatan yang lain di pasaran. Misalnya dahulu kad kredit
hanya digunakan oleh segelintir profesional dan kelas masyarakat tertentu sahaja. Namun
pada hari ini sesiapa yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan minimum
RM 18 000 setahun adalah layak untuk memohon memiliki kad kredit dengan syarat beliau
mempunyai keupayaan kredit yang mencukupi (BNM,2003 :3).
Tempoh pembayaran balik termasuk bayaran faedah akan bergantung kepada
pemegang kad ini sendiri tertakluk kepada bayaran minimum setiap bulan. Peningkatan
penggunaannya adalah disebabkan penyediaan kad kredit antarabangsa yang popular
seperti Visa dan Mastercard. Di samping itu proses permohonan juga adalah lebih mudah
dan mengambil masa yang singkat berbanding dengan permohonan pinjaman lain (Darina
Osman, 2004:45).
Walau bagaimanapun, kewujudan peluang-peluang untuk memiliki pelbagai jenis
kad kredit yang banyak dalam pasaran hari ini telah melahirkan kecenderungan membeli
secara tidak terancang dan membebankan hidup dengan cara berhutang dalam kehidupan
pengguna. Ini kerana amalan perbelanjaan secara berlebihan akan berlaku secara tidak
disedari. Amalan kredit ini akan menjadi beban kepada pengguna sekiranya berlaku
tunggakan pembayaran dan kadar faedah yang tinggi yang dikenakan oleh pihak bank
semasa dalam tempoh kontrak.
Kajian melaporkan pada tahun 2004 lebih 3.5 juta kad kredit telah diedarkan di
seluruh negara. Ia ekoran kelonggaran syarat di atas berbanding sebelum ini, setiap
pemohon yang ingin mendapatkan kad kredit perlu melalui proses tertentu seperti mengisi
borang permohonan, menyediakan tiga salinan slip gaji dan bukti alamat yang dilihat agak
menyulitkan permohonan. Tetapi hari ini prosedur itu tidak lagi menjadi penghalang,
bahkan hampir semua bank berebut menyediakan kemudahan kad kredit (Darina Osman,
2004:45).
Hampir kesemua bank di Malaysia menawarkan perkhidmatan kad kredit seperti
RHB Bank, Maybank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank dan BIMB Bank. Bank-bank
ini memperkenalkan pelbagai faedah dan pakej tertentu bagi mengoptimumkan
kepenggunaan kad kredit di samping melariskan jualannya. Sekarang ini diperkenalkan
mata ganjaran (point) yang membolehkan pengguna menebus mata yang terkumpul dengan
barang tertentu. Secara tidak langsung tawaran ini mendorong pengguna berbelanja lebih
semata-mata untuk mencukupkan mata ganjaran bagi penebusan barang atau hadiah
(Darina Osman, 2004:45).
Oleh itu pengguna haruslah pandai membuat pertimbangan semasa memilih kad
kredit yang ditawarkan oleh pihak bank dengan membuat penilaian dengan terperinci
terma dan syarat-syarat, jenis-jenis caj, syarat-syarat pembayaran balik, prosedur untuk
membuat aduan dan kerahsiaan maklumat dan perbezaan kadar faedah bayaran ataupun caj
yang dikenakan serta menilai kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan dalam
kemudahan kad kredit.
Kini perbankan Islam juga telah memperkenalkan kad kreditnya. Pada 23 Julai
2002, Bank Islam (Malaysia) Berhad telah melancarkan kad kredit berlandaskan syariah
yang didakwa pertama di dunia dinamakan Kad Bank Islam (KBI) (Berita Harian, 24 Julai
2002). Dengan kehadiran kad kredit Islam, ia memberi peluang kepada pengguna untuk
beralih kepada sistem pengurusan kredit secara Islam. Banyak kelebihan yang ditawarkan
oleh kad kredit Islam antaranya ialah yuran keahlian percuma sepanjang tempoh
penggunaan dan mempunyai perlindungan takaful (insurans secara Islam) (Utusan
Malaysia, 14 Jun 2006).
Penggunaan kad kredit Islam terbatas kepada perbelanjaan yang tidak bertentangan
dengan hukum syarak. Transaksinya hanya boleh dilakukan di kaunter-kaunter halal
sahaja. Ini dapat memelihara pengguna daripada terjebak dengan jual beli yang shubahat
dan haram. Prinsip yang digunakan dalam kad kredit Islam ialah Bai’ Inah, Wadiah dan
Qardhul Hassan (Berita Harian, 24 Julai 2002). Ia bebas daripada sebarang unsur-unsur
perjudian, gharar (ragu-ragu) dan tiada penindasan seperti kadar faedah kad kredit
konvensional.
Kini, pelbagai pilihan ada di tangan pengguna sama ada hendak memilih
menggunakan kad kredit konvensional ataupun kad kredit Islam. Prinsip asas yang perlu
ada pada pengguna ialah berbelanja hanya untuk keperluan dan kemampuan. Kempen
Bijak Berbelanja yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah satu
program berbentuk nasihat agar rakyat sentiasa bijak menggunakan wang dan mengatur
perbelanjaan. Program ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri adalah untuk memberi
peringatan kepada orang ramai supaya bijak mengatur perbelanjaan dan menggunakan kad
kredit tanpa membazir agar mereka tidak menghadapi beban hutang yang boleh menjurus
ke arah kebankrapan (Berita Harian, 15 April 2006).
Setiap tahun peningkatan pemilikan kad kredit dilihat sangat tinggi. Ini
menunjukkan ramai pengguna telah beralih untuk menggunakan kad kredit semasa
transaksi jual beli. Berdasarkan perangkaan Bank Negara Malaysia, sebanyak 8.8 juta kad
kredit dikeluarkan institusi kewangan pada tahun 2007, dengan purata pemilik mempunyai
3.17 kad kredit. Kira-kira 60 peratus pemilik kad kredit menjelaskan pinjaman mengikut
masa ditetapkan, tetapi 40 peratus lagi gagal menjelaskan tunggakan pinjaman mencecah
RM18.6 bilion (Berita Harian, 5 April 2007).
Di sini dapat dilihat dengan jelas peringatan daripada Perdana Menteri dan
perangkaan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa pengguna
masih tidak memahami konsep sebenar penggunaan kad kredit dalam transaksi jual beli. Di
samping itu keghairahan institusi menarik seramai mungkin pelanggan kad kredit sehingga
hampir sesiapa saja yang mempunyai pendapatan tetap boleh memilikinya, mencetuskan
budaya berbelanja dan berhutang tanpa kawalan. Oleh sebab itu, penyelidik merasakan
perlu dibuat kajian tentang persepsi pengguna terhadap konsep penggunaan kad kredit
serta faktor-faktor yang mendorong dan menghalang pengguna daripada memiliki kad
kredit.
1.3 Penyataan Masalah
Peningkatan penggunaan kad kredit pada setiap tahun menunjukkan masyarakat
hari ini sedang menuju satu trend baru ke arah mewujudkan masyarakat tanpa wang tunai
(cashless society). Menurut Nazimah Hussin (2007:177) dipetik daripada Bernama
menyatakan bahawa peningkatan jumlah orang yang diisytiharkan muflis makin meningkat
setiap tahun iaitu pada 2005 seramai 1,479 orang, pada 2006 seramai 1,656 orang dan pada
2007 menunjukkan seramai 1,873 orang. Keadaan ini amat membimbangkan jika ia terus
berlaku. Pada hari ini, dilihat peningkatan penggunaan kad kredit semakin bertambah
kerana terdapat pelbagai kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dan institusi perbankan
untuk menarik pengguna untuk memilikinya. Tetapi, adakah penggunaan kad kredit
disebabkan oleh kesedaran pengguna untuk menjadikannya sebagai alat pembiayaan
kewangan dalam urusan jual beli ataupun sekadar untuk menampung kos sara hidup yang
semakin meningkat. Oleh itu, satu kajian akan dilakukan bagi mengkaji persepsi pengguna
terhadap konsep penggunaan kad kredit, persepsi terhadap kelebihan dan kekurangan
dalam menggunakan kad kredit serta persepsi terhadap faktor-faktor yang mendorong dan
menghalang pengguna untuk menggunakan kad kredit dalam transaksi jual beli. Maka
tajuk kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik adalah persepsi staf Perpustakaan
Sultanah Zanariah Terhadap Penggunaan Kad Kredit.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk :
i. Mengenal pasti persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap konsep
penggunaan kad kredit.
ii. Mengenal pasti persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap kelebihan dan
kekurangan menggunakan kad kredit.
iii. Mengenal pasti persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap faktor-faktor
yang mendorong dan menghalang untuk menggunakan kad kredit.
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap konsep penggunaan
kad kredit.
ii. Apakah persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap kelebihan dan
kekurangan menggunakan kad kredit.
iii. Apakah persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap faktor-faktor yang
mendorong dan menghalang untuk menggunakan kad kredit.