73
1.0 PERKEMBANGAN PERSONALITI 2.0.i DEFINISI PERSONALITI Pada umumnya personaliti dapat didefinisikan sebagai sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Hal ini yang demikian, perkataan personaliti merupakan terjemahan daripada perkataan Bahasa Inggeris yang diambil daripada perkataan Latin iaitu Persona. Personamembawa maksud topeng muka yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu perwatakan di pentas. Seterusnya, dalam konteks psikologi pendidikan , konsep personaliti dapat ditafsirkan dengan pelbagai definisi yang berbeza. Menurut Alder 1948 Personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu manakala Gordon Allport, 1961. Personaliti sebagai organisasi sistem psikologi yang dinamik di dalam jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam persekitaran. Mischel, (1981) pula menyatakan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya. Di samping itu menurut Crow dan Crow (1983) (Mak Soon Sang, 2008) personaliti seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan, dan daya penarik yang dimiliki. Seterusnya, dapat disimpulkan di sini bahawa personaliti ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi ianya berlainan dengan orang lain. Hal ini kerana perwatakan seseorang individu dapat diperhatikan dan dilihat melalui tingkah lakunya dalam situasi pada sesuatu ketika. 2.0.ii PERKEMBANGAN PERSONALITI 2.0.ii.a PERSONALITI Secara umumnya, manusia dapat dibezakan menerusi dua aspek iaitu kemampuan dan personaliti. Hal ini yang demikian, aspek kemampuan meliputi pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan dan bakat. Berlainan pula dengan aspek personaliti yang meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi. Oleh sebab itu, dapat kita dapat melihat perkaitan antara personaliti seseorang itu dengan konsep kendiri. Hal ini kerana, personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri- ciri yang dimiliki oleh seseorang individu, seperti cara berfikir, dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain. Seterusnya, kita dapat perhatikan jika konsep kendiri seseorang itu positif, maka individu tersebut dapat menilai dan memberi pendapat mengenai dirinya secara sedar tentang kebaikan dan kekurangannya, serta dapat menerima maklum balas daripada orang lain. Hal ini jelas, menunjukkan bahawa saling perkaitan antara personaliti dan konsep kendiri amat ketara dalam diri setiap individu. Jika tidak mustahil

Personal It i

Embed Size (px)

DESCRIPTION

General

Citation preview

1.0 PERKEMBANGAN PERSONALITI

2.0.i DEFINISI PERSONALITI

Pada umumnya personaliti dapat didefinisikan sebagai sahsiah, keperibadian atau perwatakan.Hal ini yang demikian, perkataan personaliti merupakan terjemahan daripada perkataan Bahasa Inggeris yang diambil daripada perkataan Latin iaituPersona.Personamembawa maksud topeng muka yang dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu perwatakan di pentas. Seterusnya, dalam konteks psikologi pendidikan , konsep personaliti dapat ditafsirkan dengan pelbagai definisi yang berbeza. Menurut Alder 1948Personaliti merupakan gaya hidup seseorang individumanakala Gordon Allport, 1961. Personaliti sebagai organisasi sistem psikologi yang dinamik di dalam jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam persekitaran.Mischel, (1981) pula menyatakanpersonaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya.Di samping itumenurutCrow dan Crow (1983) (Mak Soon Sang, 2008)personaliti seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan, dan daya penarik yang dimiliki. Seterusnya, dapatdisimpulkandi sini bahawa personaliti ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi ianya berlainan dengan orang lain. Hal ini kerana perwatakan seseorang individu dapat diperhatikan dan dilihat melalui tingkah lakunya dalam situasi pada sesuatu ketika.

2.0.ii PERKEMBANGAN PERSONALITI

2.0.ii.a PERSONALITI

Secara umumnya, manusia dapatdibezakan menerusi dua aspek iaitu kemampuan dan personaliti. Hal ini yang demikian, aspek kemampuan meliputi pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan dan bakat. Berlainan pula denganaspek personaliti yang meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi. Oleh sebab itu, dapat kita dapat melihat perkaitan antara personaliti seseorang itu dengan konsep kendiri. Hal ini kerana, personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu, seperti cara berfikir, dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain. Seterusnya, kita dapat perhatikan jika konsep kendiri seseorang itu positif, maka individu tersebut dapat menilai dan memberi pendapat mengenai dirinya secara sedar tentang kebaikan dan kekurangannya, serta dapat menerima maklum balas daripada orang lain. Hal ini jelas, menunjukkan bahawa saling perkaitan antara personaliti dan konsep kendiri amat ketara dalam diri setiap individu. Jika tidak mustahil untuk seseorang individu itu untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Konklusinya, personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Hal ini yang demikian individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Dengan gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang itu berinteraksi dengan persekitarannya dapat membantu kita untuk mengenali personaliti seseorang itu dengan lebih mendalam.

2.0.iii KLASIFIKASI PERSONALITI DAN CIRI-CIRINYA

Secara umumnya, personaliti seseorang individu biasanya dapat dipersepsikan dalam satu kontium di antara dua kategori yang ekstrem iaitu introvert dan ekstrovert. (Mak Soon Sang , 2008). Introvert ialah seseorang yang sentiasa menyimpan perasaan, dan emosinya dalam keadaan yang nyata. Dalam kata lain, individu tersebut merupakan seorang yang pasif, sensatif dan tidak sukakan cabaran. Oleh itu dalam interaksi sosial individu tersebut banyak menumpukan masanya kepada mendengar sahaja berbanding mengeluarkan pendapat mereka sendiri.

Tetapi berbeza pula dengan mereka yang mempunyai jenis personaliti ekstrovert yang lebih suka dunia luar daripada dunia dalam. Individu yang tergolong dalam jenis ini biasanya mempunyai semangat yang aktif dan suka bergaul dengan semua orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti social dan sering cepat membongkar perasaanya tetapi juga cepat pula mengubahnya.

Walaubagaimanapun, di dalam dunia yang fana ini kita tidak dapat menentukan secara khusus samada seseorang itu bersifat introvert ataupun ekstrovert. Hal inikerana setiap individu mempunyai ciri-ciri personaliti yang terletak pada satu titik dalam kontinum di antara kedua-dua kategori tersebut.

Sebagai contohnya, jika seseorang itu menunjukkan sifat pendiam di rumah, tetapi menjadi seseorang yang sangat peramah apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Hal ini jelas menunjukkan bahawa orang itu mempunyai kedua-dua ciri introvert dan ekstrovert dan gabungan kedua-dua personaliti inidinamakan ambivert. Selalunya mereka yang mempunyai ciri ambivert ini merupakan seseorang yang suka berkawan tetapi lebih suka memilih bekerja secara individu, bertutur lancar tetapi berfikir sebelum memberi pendapat dan aktif tetapi sensitif.

Konklusinya, manusia dijadikan dalam pelbagai ciri dan klasifikasinya kerana tanpa kedua-duanya dunia ini tidak mungkin akan terdapat pelbagai jenis sifat manusia dan ciri-ciri dan klasifikasi inilah yang mewarnai kehidupan seharian manusia.

2.0.iv TEORI-TEORI PERSONALITI

Seterusnya kita mengkaji dan menganalisis pula teori-teori perkembangan personaliti seseorang manusia.Teori Psikoanalisisdi mana secara umumnya pengasas Teori Psikoanalisis ini ialah Sigmund Freud. Beliau percaya personaliti manusia dibentuk semenjak manusia dilahirkan sehinggalah ke umur lima tahun (Mahmood Nazar, 2005). Menerusi pengalaman Freud yang mengendalikan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah jiwa, beliau telah mengasaskan konsep alam sedar dan alam tidak sedar. Alam sedar diibaratkan sebagai seketul air batu yang terapung, hanya sebahagian kecil sahaja yang boleh dilihat. Manakala sebahagian besar air batu yang tenggelam merupakan alam tidak sedar. Menerusi pendekatan ini, motif tidak sedar yang terdapat dalam alam tidak sedar manusia, yang memotivasikan manusia untuk bertingkah laku. Seterusnya menurut beliau, lagiterdapat tiga komponen personaliti iaituid, egodansuper egoyang sering mempengaruhi antara satu sama lain yangmengawal perlakuan manusia.

Idmerupakan bahagian personaliti tidak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan untuk keinginan manusia dan didorong oleh tenaga libido yang memotivasikan tingkah lakunya. Manakalaegopula muncul apabila bayi berusia enam bulan merupakan suatu bahagian personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan tersusun.Egoberfungsi untuk mengawalidsupaya keinginannya tidak melanggar nilai dan norma masyarakat hari ini. Seterusnya,superegopula merupakan bahagian personaliti yang bermoral dan berkembang daripada didikan moral dan agama. Oleh itu,mengikut Frued,superegoberfungsi sebagai pengantar maklumat nilai moral kepadaegountuk bertindak dan mengawalid.

Dalam hal ini, Freud percaya jika sesuatu konflik dibiarkan dalam diri individu itu maka ia akan menghasilkan suatu perasaan ketegangan dan menghasilkan tingkah laku bermasalah kerana fikiran terganggu dan menyebabkan seseorang individu itu melakukan tindakan yang tidak bermoral kerana tidak dapat mengawal dirinya. Bagaimanapun, Freud menyatakan juga untuk menyelesaikan konflik ini seseorang akan menggunakan mekanisme helah bina diri seperti rasionalis, sublimasi, projeksi, introjeksi dan kompensasi. Kedua, Teori Trait iaitu menurutAtkinson Traitbermaksud apa-apa bentuk sifat yang membezakan seseorang itu dengan individu lain dengan kadar yang kekal dan konsisten. Hal ini bermaksud, Teori Trait memperihalkan personaliti seseorang berdasarkan kepada sifat dan tingkah laku seseorang berdasarkan petikan, (Mahmood Nazar, 2005).

Seterusnya, William Sheldon dalam (Mahmood Wazar, 2005) mengklasifikasikan tiga bentuk tubuh atau somatotip dengan tiga set personaliti, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomoft. Teori ini menunjukkan hubungan antara resam tubuh dengan personaliti.Hal ini yang demikian, bentuk badan endomorf adalah bentuk badan yang gemuk dan bulat. Individu ini dikatakan sebagai seorang yang periang, suka bergaul, kuat makan, ekstrovet dan tenang. Manakala mesomorf pula merupakan individu yang mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras, dan kuat. Individu ini mempunyai personaliti yang tegas, bertenaga, agresif dan berani. Seterusnya, ektomorf pula ialah individu yang kurus, tinggi dan lembut. Individu ini dikaitkan dengan personaliti yang pendiam, tidak suka bergaul, beremosi, pemalu tetapi cerdik.

ManakalaTeori Behaviourismepula dikaji oleh pakar Behaviorisme yang mengkaji tentang perkembangan personaliti manusia. Beliau menyatakan bahawa tingkah laku manusia dipelajari melalui proses perkaitan, manusia pada asasnya akan cenderung ke arah sesuatu yang membawa kepada keseronokan serta tingkah laku manusia pada asasnya ditentukan oleh persekitaran.

Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa pendekatan ini mengandaikan semua tingkah laku adalah hasil daripada proses pembelajaran yang melibatkan pelaziman yang diasaskan oleh Pavlov. Personaliti dilihat sebagai hasil daripada latihan, ganjaran, dendaan dan pelaziman daripada budaya dan masyarakat.Dalam teori ini pengalaman dikatakan penting namun begitu dalam pembentukkan personaliti kesan latihan, ganjaran, dan dendaan yang pernah diterima lebih member kesan kepada pembentukan manusia. Kebanyakkan pakar-pakar dalam bidang ini mempercayai bahawa tingkah laku manusia berpunca daripada interaksi manusia dengan persekitaran serta pengalaman lalu dan kini.

Selain itu juga Skinner berpendapat bahawa untuk memperkukuhkan sesuatu perlakuan atau gerakbalas seseorang manusia itu memerlukan peneguhan yang positif mahupun negatif dalam diri individu tersebut. Konklusinya, berdasarkan Teori Behaviorisme ini personaliti merupakan tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu ketika berinteraksi dengan persekitaran dan prinsip peneguhan merupakan punca yang menyebabkan sesuatu personaliti itu kekal atau lenyap dalam diri individu.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PERSONALITI

Pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi perkembangan personaliti individu. Antaranyafaktor kebakaanyang dihubungkaitkan dengan kecerdasan dan juga bentuk tubuh.Pola genetik yang wujud pada masa persenyawaan mempengaruhi perkembangan personaliti individu. Contohnya, kerosakan otak yang diwarisi, kecacatan atau penyakit semasa lahir sangat mempengaruhi tingkah laku individu.Ini termasuklah faktor-faktor yang berhubung dengan bentuk tubuh badan seperti ketinggian, berat badan, warna kulit dan fungsi-fungsi kederiaan.Kajian untuk membuktikan kesan perwarisan ke atas personaliti ialah melalui kajian kembar seiras, di mana kembar seiras dibesarkan di dalam persekitaran yang berbeza, tetapi masih mempunyai banyak kesamaan yang nyata pada kembar seiras. Dengan kajian ini menunjukkan bahawa sesetengah ciri pesonaliti adalah diwarisi melalui genetik atau biologikal.

Perkembangan personaliti juga dipengaruhi olehpengalaman awal individu.Setiap individu akan bertindak secara tersendiri terhadap tekanan sosial yang dihadapinya. Ini disebabkan oleh perbezaan kekuatan fizikal, kepekaan dan ketahanan diri individu.Ini disokong oleh Freud yang menekankan kepentingan pengalaman awal (zaman kanak-kanak) dalam perkembangan personaliti. Trauma kelahiran, perpisahan dari ibu (Separation) adalah pengalaman yang sukar dihadapi oleh kanak-kanak.Persekitaran individu seperti budaya, adat resam, nilai dan cara hidup masyarakat juga mempengaruhi perkembangan personaliti individu.

Personaliti juga dipengaruhi oleh kesan daripada pandangan dengan ibu bapa, kawan sepermainan, saudara mara dan orang lain. Perhubungan emosi awal di mana kebanyakan ahli psikologi percaya dengan perhubungan emosi awal kerana ibu-ibu menghabiskan banyak masa dengan anak-anak mereka, maka mereka mempunyai peluang yang besar untuk mempengaruhi emosi anak-anak dan tingkah laku. Ibu juga merupakan model kepada anak-anak mereka.Di samping itu,penyusuan botol dan penyusuan ibu menjadi masalah terhadap sebilangan kaum ibu yang bekerjaya. Masih terdapat debat tentang mana yang lebih baik penyusuan botol atau penyusuan ibu. Kebanyakan ibu masih memilih penyusuan ibu kerana mereka percaya ia boleh mewujudkan perhubungan yang lebih hangat, mesra dan kasih sayang dengan anaknya.

Namun ahli psikologi lebih menekankan cara penyusuan anak, di mana samaada susu yang diberikan susu botol atau susu ibu, jika semasa penyusuan itu ibu tidak menunjukkan kemesraan, kasih sayang kepada anak, maka ini akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai personaliti yang kurang sihat.Bukan itu sahaja,rutin amalan pemeliharaan anak turut mempengaruhi pengalaman awal individu. Cara ibu menceraikan susu anak, latihan membuang air besar dan kecil dan amalan lain yang rutin turut mempengaruhi pembentukan personaliti bayi. Sekiranya ibu bapa adalah bertanggungjawab, konsisten, dan memahami, anak-anak mereka akan mampu membentuk sikap dan keyakinan diri yang positif, serta pembentukan personaliti yang seimbang dan mudah penyesuaian.

Manakala,ibu bapa yang berkeadaan kucar-kacir dalam mendidik anak-anak mereka serta mewujudkan rumahtangga yang tidak selamat, begitu juga sekiranya menunjukkan tingkah laku yang tidak konsisten kepada anak- -anak, saling membenci, maka anak-anak akan membentuk kebimbangan. Rumahtangga yang kucar-kacir lebih cenderung menghasilkan anak-anak yang tidak gembira serta rendah diri dalam kalangan rakan-rakan.Sesetengah ahli psikologi percaya bahawa cara pemeliharaan anak, samaada secara autokratik atau demokratik adalah mempengaruhi perkembangan personaliti anak anak.

Seterusnya,latar belakang sekolahdalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dari segi fizikal, emosi dan sosial menyumbang kepada perkembangan personaliti yang positif dalam kalangan kanak-kanak.Sekolah merupakan tempat bimbingan dan pembentukan personaliti. Ini termasuklah peranan pihak pentadbiran sekolah seperti guru besar, guru disiplin, guru agama, kaunselor dan guru biasa.Amalan sekolah yang menyebabkan kanak-kanak merasakan diri mereka tidak selamat, terancam dan takut turut menyumbang kepada perkembangan personaliti individu yang tidak stabil.Pelbagai aktiviti seperti kelas, bimbingan, latihan dan aktiviti kokurikulum membantu membentuk perkembangan personaliti individu.

Bukan itu sahaja,pengaruh keluargaturut mempengaruhi personaliti kanak-kanak kerana masa kanak-kanak banyak diluangkan bersama keluarga. Keluarga yang dapat mewujudkan suasana kemesraan, kasih sayang, bertimbang rasa dan sopan-santun mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak.Ibu bapa seharusnya memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk bermain, bercakap dan memilih sesuatu yang diminati. Ini dapat membantu kanak-kanak membina keyakinan diri seterusnya dapat membantu ke arah perkembangan personaliti yang positif.Latar belakang keluarga yang porak-peranda akibat penceraian, kematian dan perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak.

Peranan media dan elektronik juga memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti individu pada hari ini.Ini kerana menerusi media, pelbagai maklumat disampaikan secara terus kepada kanak-kanak. Maklumat tersebut akan mempengaruhi minda kanak-kanak yang menyebabkan mereka mudah terikut-ikut dan cuba mengadaptasi idea tersebut ke dalam diri mereka.Oleh itu, ibu bapa haruslah menerangkan implikasi dan motif serta apa sebab yang betul berkenaan maklumat yang disampaikan menerusi media tersebut.

Pemakananyang seimbangjuga penting dalam proses perkembangan personaliti kanak-kanak.Individu digalakkan makan makanan yang berzat, bersih dan halal. Elakkan makanan atau minuman yang boleh mengancam dan menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal. Ini kerana makanan yang kotor boleh menjejaskan personaliti seseorang.

Aspek lain yang mempengaruhi perkembangan personaliti secara langsung mahupun tidak adalahpengaruh sosiobudaya.Tanpa asas pendidikan dan agama yang kukuh, individu mudah terdedah dengan budaya masyarakat yang negatif. Ini akan memberi kesan kepada sikap dan personaliti individu.Gaya hidup bebas menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh yang tidak sihat dan menjejaskan kehidupan individu.Tingkah laku boleh disalurkan daripada ibu bapa, komuniti, masyarakat kepada ahli-ahlinya yang baru. Anak-anak adalah cenderung meniru tingkah laku yang terdekat dengan mereka. Faktor-faktor persekitaran baik fizikal, budaya mahupun sosial boleh membentuk personaliti ahli-ahlinya. Kelompok agama, etnik, komuniti dan sosial seperti kelab dan organisasi adalah di antara contoh faktor persekitaran yang berperanan penting dalam mempengaruhi pembentukan personaliti.

Kesimpulannya, daripada analisis kajian yang dijalankan daripada pelbagai sumber, dapat disimpulkan bahawa perkembangan personaliti individu bukanlah terletak pada bahu kedua ibu bapa mahupun ahli keluarga sahaja, malah terdapat pelbagai faktor yang akan mempengaruhi personaliti individu. Tanggungjawab yang terpenting akan terletak pada diri sendiri apabila seseorang kanak-kanak sudah mampu berfikir serta membuat keputusan sendiri.

3.0 PENGARUH PERSONALITI TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PERANAN GURU

Murnford (1986) (Mok Soon Sang, 2008) mengemukakan empat gaya pembelajaran yang dipengaruhi oleh personaliti individu iaituaktivis, reflektor, teoris dan pragmatis. Aktivis menunjukkan bahawa individu gemar mencari pengalaman baru serta aktif melibatkan diri dengan mengemukakan pelbagai soalan. Reflektor pula lebih kepada individu tersebut cenderung mengumpul dan menganalisis data untuk membuat kesimpulan. Manakala teoris tertumpu kepada kaedah rumusan berdasarkan bukti, analisis dan logik. Gaya pembelajaran pragmatis lebih menekankan kepada pencarian fakta untuk memastikannya sama ada berguna dalam situasi yang sebenar atau tidak.

Murid yang mempunyai ciri introvert tidak suka melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Manakala murid yang mempunyai ciri ekstrovert lebih suka belajar secara berkumpulan dan sering mengemukakan soalan dalam kelas. Murid yang bersifat berdikari suka belajar dengan cara inkuiri dan penemuan. Bahkan murid yang suka bergantung kepada orang lain, lebih gemar belajar melalui cara penerangan dan syarahan.

Sekolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadirole modelmurid untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan membentuk ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta ada peluang penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif.

Cara-cara menguruskan personaliti individu adalah berbeza. Terdapat dua personaliti iaitu personaliti introvert dan ekstrovert. Personaliti introvert melibatkan murid-murid yang bergerak secara aktif dalam aktiviti kumpulan. Murid yang mempunyai ciri introvert diberi motivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Ciri ini menggunakan murid-murid yang mempunyai sahsiah positif sebagairole modelserta memberi peneguhan yang positif dan pujian. Manakala ciri ekstrovert lebih menggalakkan mengemukakan soalan. Kebiasaannya, guru akan melantik mereka yang mempunyai ciri ekstrovert untuk membimbing murid sedarjah yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan serta memberi mereka aktiviti pengayaan semasa pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah inkuiri iaitu penemuan dalam aktviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,bolehdisimpulkanbahawa tugas seorang guru bukan sekadar sebagai tenaga pengajar malah lebih kepada seorang pembimbing. Guru yang bersifat pembimbing pasti dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai personaliti yang penuh dengan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga, masyarakat, nusa dan bangsa. Dalam bidang pendidikan bukan sahaja memerlukan guru yang hanya memiliki minat yang mendalam dalam kerjaya perguruan tetapi juga komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar mereka untuk membentuk personaliti yang unggul.

4.0 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri adalah suatu konsep dalam menentukan personaliti seseorang itu. Konsep kendiri bermula apabila seseorang kanak-kanak mula untuk membesar.Kebiasaannya mereka sudah mula bertanya pada dirinya seperti soalan siapakah saya? dan sukakah saya pada diri saya. Kebanyakkan soalan dan persoalan yang timbul adalah berkaitan dengan diri sendiri. Konsep kendiri adalah sesuatu yang kompleks. Antara fungsi-fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri. Sebagai contoh, seseorang individu itu akan berfikir adakah saya lakukan dengan betul?. Selain daripada itu, ia juga berfungsi untuk penentuan dalaman serta luaran seseorang itu.

Definisi konsep kendiri adalah penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang itu juga menerima penilaian daripada orang lain. Ia meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.

Menurut David Shaffer, konsep kendiri adalah kombinasi antara fizikal dan psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau menggunakan istilah looking glass self untuk menegaskan bahawa seseorang itu memahami dirinya seperti pantulan. Pantulan di sini bermaksud bagaimana orang lain bergerak balas dan memberi respon terhadap diri mereka.

Carl Rogers (1950), beliau mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay yang dipetik oleh Staats (1963), mereka berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu, tanggapan diri seseorang individu dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik yang lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

Konsep kendiri dibentuk daripada kepercayaan dan sikap yang dipegang berkaitan diri sendiri.Konsep kendiri juga menentukan siapakah diri kita sendiri seperti apa yang kita fikirkan, apa yang kita lakukan dan apa yang terjadi pada diri kita di masa hadapan.

Konsep kendiri adalah sebagai pemboleh ubah dalam memahami tingkah laku manusia. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif dan tinggi dapat mengharungi kehidupan dengan penuh keyakinan dan berjaya.Konsep kendiri terbahagi kepada tiga iaitu:

i. Pengetahuan kendiri (self-knowledge) : Apakah yang kanak-kanak tahu tentang dirinya.

ii. Penilaian kendiri (self-evaluation) : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan kanak-kanak terhadap dirinya.

iii. Pengaturan kendiri (self-regulation) : Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh kawalan diri.

Kesimpulannya, konsep kendiri merupakan suatu proses dinamik yang berlaku terhadap sistem psikofizik manusia sehingga membentuk pola penyesuaian diri yang unik pada setiap individu dalam lingkungan persekitarannya.

4.0.i JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

Terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu konsep kendiri positif dan negatif. Konsep kendiri positif bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil di mana ia boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

Sekiranya konsep kendiri dalam diri seseorang itu positif, maka individu itu dapat menilai dan memberi pendapat mengenai dirinya secara sedar tentang kebaikan dan kekurangannya, individu tersebut juga dapat menerima maklum balas daripada orang lain tentang dirinya. Ciri-ciri yang boleh dilihat dalam diri seseorang individu yang memiliki konsep kendiri positif adalah menghargai, memuji orang lain, berpuas hati dengan pencapaian, murah hati, mudah berkawan, berpuas hati dengan apa yang ada pada dirinya, berpuas hati dengan barang-barang kepunyaannya, peramah, berfikiran terbuka dan optimistik, mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran, mempunyai emosi yang stabil, tenang dalam menghadapi cabaran dan dugaan serta berkeyakinan tinggi dalam setiap bidang yang diceburi.

Konsep kendiri negatif bermaksud seseorang individu itu sering merasa rendah diri akibat mempunyai sahsiah yang tidak seimbang di mana individu seperti ini bersifat pasif dengan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain. Individu ini juga kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani untuk mencuba. Individu yang mempunyai konsep kendiri negatif mempunyai ciri-ciri yang cenderung untuk merasa salah, takut kepada kegagalan, dan sering merasa bimbang.

4.1 TEORI KONSEP KENDIRI

Terdapat dua teori dalam konsep kendiri iaitu, yang pertama Pendekatan Kognitif. Perkembangan yang diperkenalkan oleh Robert Selman, di mana beliau telah menjalankan kajian terhadap ramai kanak-kanak dengan memberi watak utamanya berhadapan dengan masalah dilema. Kanak-kanak berkenaan kemudiannya diarahkan supaya memberitahu apakah perasaan dan fikiran watak utama dalam cerita itu. Kanak-kanak tersebut ada diajukan soalan, bagaimana agaknya dilema tersebut dapat diselesaikan. Beliau lebih berminat dengan cara penaakulan kanak-kanak tersebut berbanding dengan jawapan untuk soalan yang diberikan. Daripada kajian itu, beliau telah membina satu model pengetahuan kendiri yang mempunyai lima tahap iaitu bermula dari peringkat bayi hingga peringkat remaja. Kanak-kanak pertengahan sudah dapat memahami tingkah laku dan mungkin berbeza daripada perasaan serta motif. Sebagai contoh, seseorang mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna dia sedang gembira. Kanak-kanak pada peringkat akhir pula sudah mula mengalami kendiri yang stabil.

Teori yang kedua adalah Teori Pembelajaran Persekitaran. Ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini menyifatkan bahawa konsep efektif kendiri sebagai kebolehan kendiri yang dinilai oleh individu itu sendiri untuk melihat kejayaan sesuatu perkara yang dilakukan. Bandura, menjelaskan bahawa kanak-kanak pada mulanya tidak memahami proses yang berlaku pada dunia sosial mereka. Pada masa ini, ibu bapalah yang memainkan peranan untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak belajar tentang tahap keupayaan atau efektif kendiri.

Kesimpulannya, dalam membina konsep kendiri minda dan diri kanak-kanak perlu diperluaskan dari pelbagai sudut serta biarkan mereka bebas dalam melakukan apa yang disukainya dengan kawalan ibu bapa atau orang dewasa dan bukan hanya mencakupi sesuatu bidang atau perkara sahaja. Pada waktu inilah kanak-kanak boleh membina konsep kendirinya sendiri dan memilih apa yang sepatutnya yang perlu untuk dirinya suatu masa dan dewasa kelak. Konsep kendiri pada zaman kanak-kanak akan mencerminkan dirinya pada dewasa nanti dalam mengurus diri sendiri dan orang sekeliling dengan sewajarnya serta dapat membina keyakinan diri walaupun berhadapan dengan pelbagai situasi.

4.2 FAKTOR PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF

Konsep kendiri merupakan satu aspek yang penting kepada kewujudan dan tingkah laku seseorang individu. Konsep ini juga merupakan keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu. Terdapat dua jenis konsep individu iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif.Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan konsep kendiri seseorang individu sama ada positif atau negatif.

Faktor sifat semulajadi seseorang individu merupakan faktor perkembangan konsep kendiri iaitu dari segi aspek baka dan persepsi terhadap diri sendiri.Baka yang baik sama ada dari segi keadaan mental akan memberi kesan kepada perkembangan konsep kendiri yang positif.Hal ini adalah kerana tubuh badan dan minda yang sihat sangat mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.Sebaliknya jika seseorang itu mengalami perkembangan konsep kendiri yang negatif sekiranya mempunyai masalah kecacatan yang diwarisi semasa lahir iaitu seperti kerosakan otak.

Persepsi terhadap diri sendiri juga mempengaruhi perkembangan konsep kendiri seseorang individu.Individu yang mempunyai persepsi positif terhadap diri sendiri dapat menerima semua perkara tentang dirinya dengan baik.Hal ini yang demikian persekitaran di sekeliling individu juga merangkumi pengalaman awal ketika memasuki alam persekolahan, media massa, budaya serta adat resam dan persepsi masyarakat sekitar.

Media massa atau pengaruh sebaran am seperti rancangan televisyen memainkan peranan yang penting dalam perkembangan konsep kendiri yang positif dan negatif kepada penonton.Maklumat yang berunsurkan ilmu pengetahuan seperti program Al-Khuliyyah dapat membentuk perkembangan konsep kendiri yang positif daripada segi moral.Media massa juga turut memberi pengaruh kepada perkembangan konsep kendiri yang negatif kepada remaja.Terdapat rancangan televisyen seperti filem barat yang memaparkan unsur-unsur negatif seperti budaya kuning yang merupakan budaya masyarakat barat yang mengamalkan gaya hidup bebas. Akibatnya, golongan remaja terdedah dengan pengaruh negatif daripada luar dan mempunyai konsep kendiri yang negatif.Bukan sahaja pengaruh daripada filem barat malahan terdapat iklan yang dipaparkan di media massa menunjukkan unsur-unsur negatif .

Seterusnya,Role Modeljuga menjadi salah satu faktor perkembangan konsep kendiri. Ibu bapa adalahRole Modelyang paling penting dalam kehidupan seseorang individu. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka dengan menerapkan nilai-nilai murni serta menunjukkan peribadi yang baik agar menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Secara tidak langsung kanak-kanak tersebut mempunyai perkembangan konsep kendiri yang positif sejak dari kecil lagi melalui ibu bapa mereka. Manakala jika sebaliknya berlaku iaitu ibu bapa tidak menunjukkan contoh teladan yang baik maka anak-anak mereka akan mengalami perkembangan konsep kendiri yang negatif.

Rakan sebaya memberi pengaruh yang sangat besar. Ramai para remaja yang terlibat dengan gelaja yang tidak sihat disebabkan terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bermoral. Individu yang mudah terpengaruh dengan orang lain adalah individu yang tidak mempunyai jati diri atau konsep kendiri positif yang kukuh.Selain itu, orang dewasa juga boleh mempengaruhi perkembangan konsep kendiri positif kepada kanak-kanak. Mereka bertanggungjawab dalam mendidik kanak-kanak tersebut dengan membantu mereka membina konsep kendiri yang positif dan melarang mereka daripada melakukan hal yang tidak sepatutnya.

Selain itu, faktor kepercayaan nilai keperluan juga membantu perkembangan kendiri yang positif.Aspek keselamatan diri adalah aspek yang tidak boleh dipandang enteng.Kanak- kanak akan menjalani hidup mereka secara sihat tanpa rasa terancam jika sentiasa dilindungi oleh orang di sekelilingnya.Namun, jika kanak-kanak tersebut hidup dalam keadaan bimbang dan takut akibat tekanan persekitaran mereka mungkin akan mengalami masalah dalam diri yang serius suatu hari nanti.

Kasih sayang adalah aspek yang penting dalam kehidupan manusia,khususnya kepada kanak-kanak yang masih kecil.Dengan kasih sayang yang diberikan oleh keluarga dan orang sekeliling, mereka akan sentiasa gembira dan membina konsep kendiri yang positif.Contohnya, sifat penyayang, saling sayang- menyayangi dan sebagainya.Selain itu, penghormatan diri hendaklah diperlihara oleh setiap individu.Khususnya, golongan remaja.Jika mereka sentiasa menjaga kehormatan diri, mereka dapat mencegah diri daripada terlibat dengan perkara yang tidak bermoral.Sifat malu melakukan perkara yang tidakbermoral adalah konsep kendiri yang positif yang harus ada dalam diri seseorang individu.Hal ini adalah kerana sifat malu dapat membuatkan seseorang individumenjaga maruah dirinya daripada tercalar dan tercemar.

5.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN

Terdapat beberapa implikasi perkembangan konsep kendiri kepada seseorang individu, kanak-kanak, guru, ibu bapa dan masyarakat. Individu yang mempunyai perkembangan konsep kendiri yang positif boleh mempengaruhi orang lain.Hal ini kerana, individu sebegini mempunyai ciri-ciri konsep kendiri yang positif iaitu bertanggungjawab, bangga dengan kejayaan, selalu gembira, menghadapi cabaran dengan bersemangat agar dapat mempengaruhi orang lain.

Manakala, implikasi perkembangan kendiri kepada kanak-kanak ialah dapat melahirkan kanak-kanak yang sihat daripada segi aspek jasmani, mental, rohani, dan sosial.

Perkembangan konsep kendiri juga memberi impak kepada guru.Guru yang mempunyai ciri konsep kendiri yang positif seperti bertanggungjawab dapat menjalankan tugasnya dengan efektif.

Seterusnya, implikasi perkembagnan konsep kendiri adalah akan dapat membentuk masyarakat yang bermoral dan hidup dalam harmonis.Perpaduan sesebuah masyarakat semakin kukuh kerana saling bertoleransi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan adat resam.

Sebagai kesimpulan, perkembangan konsep kendiri memberi kesan atau implikasi kepada setiap lapisan mayarakat.Jika kita mempunyai konsep kendiri yang positif, maka kita dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.Malahan, masyarakat turut dapat menerima kita dengan sikap positif yang dipamerkan.Khususnya, guru yang sentiasa perlu berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.

Pentaakulan Moral Lawrence Kohlberg

Kohlbergmengatakan bahawa perkembangan moral pada asasnya berdasarkan pentaakulan moral dan dinyatakan mengikut peringkat. Sebelum umur 9 tahun kebanyakan kanak-kanak mentaakul tentang dilema moral pada peringkat pra konvensional dimana, peringkat perkembangan moral ini adalah paling rendah. Kanak-kanak tidak menunjukkan berlakunya penghayatan nilai moral. Pentaakulan moral dikawal oleh ganjaran dan dendaan luaran.Tahap 1 Orientasi Dendaan dan Ketaatan Pemikiran moral kanak-kanak berasaskan dendaan. Mereka taat kerana orang dewasa menyuruh mereka berbuat demikian.Tahap 2 Individualisme dan Tujuan Pemikiran moral berasaskan ganjaran dan kepentingan diri. Kanak-kanak mengikut kata apabila mereka hendak mengikut kata dan jikalau mengikut kata itu memenuhi kepentingan mereka.Kohlberg lebih cenderung untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak mentaakul tentang situasi dilema itu dan bukan jawapan yang diberi.Perkembangan moral memfokus kepada peraturan dan adat resam masyarakat. Bagi memahami perkembangan moral kanak-kanak perkara-perkara yang kita perlu tahu ialah:a. Bagaimana kanak-kanak berfikir atau mentaakul.b. Bagaimana kanak-kanak bertingkah laku dari segi moralc. Apakah perasaan mereka tentang situasi moral itu

Perkembangan Pentaakulan Moral Jean Piaget

Peringkatperkembangan kanak-kanak awal merupakan peringkat pertama perkembanganpentaakulan yang dinamakan heteronomous morality. Pentaakulan ini berlaku apabila kanak-kanak berumur antara 4 hingga 7 tahun. Kanak-kanak menilai tingkah laku betul atau salah dengan menimbang akibat langsung (consequence) tingkah laku itu dan bukan tujuan individu itu. Contohnya, tingkah laku memecah 12 biji cawan dengan tidak sengaja adalah lebih jahat daripada memecah sebiji cawan dengan sengaja kerana bertujuan mencuri coklat kegemaran yang berada di dalam cawan itu.

Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak berfikir bahawa keadilan dan peraturan sememangnya wujud dan tidak boleh diubahdan dikenakan oleh autoriti. Mereka berfikir bahawa keadilan berada di mana-mana (immanent justice), iaiitu aapabila melanggar peraturan, seseorang itu akan didenda serta merta. Mereka percaya melanggar peraturan berkait secara automatik dengan dendaan. Oleh itu kanak-kanak akan berasa risau apabila melakukan kesalahan kerana mereka tahu akan didenda.

Perkembangan Moral

Perkembangan Moralmemfokus kepada peraturan dan adat resam masyarakat tentang apa yang harus atau pun tidak harus dilakukan apabila berinteraksi dengan orang lain.Apabila mengkaji peraturan dan adat resam ini ahli kajian perkembangan manusia meneliti tiga domain yang berbeza.i) Bagaimana kanak-kanak berfikir atau mentaakul tentang peraturan dalam menentukan etika tingkah laku. Contohnya, menipu. Kanak-kanak diminta menentukan keadaan konflik yang wujud dalam tingkah laku untuk meniru atau tidak dalam peperiksaan. Fokus di sini ialah pentaakulan yang dipraktik oleh kanak-kanak untuk menjustifikasikan keputusan moral.

ii) Bagaimana kanak-kanak bertingkah laku dalam sesuatu suasana moral. Contohnya, memerhatikan kanak-kanak menipu dalam suasana persekitaran (peperiksaan) yang menimbulkan tingkah laku menipu itu.

iii) Apakah perasaan kanak-kanak tentang perkara berkaitan dengan moral? Contohnya, adakah kanak-kanak mempunyai rasa bersalah untuk mengelak daripada menipu.

Lev Vygotsky? Siapa???

Mengikut Vygotskyperkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak tidak berlaku dalam vakum sosial.Zone of proximal developmentmerupakan tugas yang sukar untuk dikuasai oleh kanak-kanak bersendirian. Mereka perlu bimbingan dan bantuan orang dewasa atau kanak-kanak yang berkemahiran untuk menguasai tugas itu.Bahasa dan pemikiran berkembang secara bebas pada awalnya tetapi kemudian bercantum. Percantuman ini berlaku pada umur antara 3 hingga 7 tahun dan melibatkan percakapan dalaman (inner speech)Budaya dan masyarakat. Teori Vygotsky menekankan bagaimana minda kanak-kanak berkembang dalam konteks sosiobudaya. Kemahiran kogntif meningkat melalui interaksi sosial yang terdapat dalam budaya.Kenapa Kita Perlu Tahu Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Awal?Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak membolehkan ibu bapa dan guru merancang aktiviti yang sesuai mengikut tahap perkembangan mereka serta mengenal pasti keunikan mereka.

Teori Peringkat Perkembangan Kognitif

Jean Piagetmerupakan ahli psikologi yang menyatakan kanak-kanak berfikir berbeza daripada orang dewasa. Beliau melihat pemikiran sebagai proses sedar dan memberi penekanan kepada peringkat perkembangan yang berkait rapat dengan pematangan. Isu yang diberi perhatian ialah perubahan kognitif.

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Alam kognitifkanak-kanak awal atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif. Contohnya dalam lukisan, mereka mungkin mewarnakan matahari hijau dan langit kuning, kereta terapung di awam, burung bermian dengan buaya dan manusia menyerupai orang-orangan( scarerow). Kanak-kanak peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat pemiiran dari perspektif diri sendiri dan belm berupaya melihatnya dari perspektif orang lain. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa pemikiran juga meningkat mengikut siri peringkat yang bertambah kompleks.

Minat tentang perkembangan kognitif kian meningkat apabila kesedaran wujud di kalangan penteori bahawa kanak kanak berfikir berbeza dari segi kualitatif dan kuantitatif berbanding orang dewasa. Kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Bukan sahaja mereka kurang berpengetahuan secara kuantitatif tetapi pengetahuan mereka berbeza dari segi kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi zaman awal dan pertengahan kanak-kanak.

Perkembangan Kognisi Sosial Kanak-kanak

Menurut Selman(1981)pada peringkat P.O- Pandangan Egosentrik iaitu (0-6 tahun), kanak-kanak tidak sedar tentang kewujudan perspektif dna peranan orang lain. Mereka menjelaskan perasaan orang lain berdasarkan pengalaman diri mereka. Misalnya, jika dia suka kucing, dia akan menganggap orang lain juga suka kucing.Dari segi persahabatan, Selman (1981), konsep persahabatan bagi kanak-kanak awal adalah berbeza berbanding kanak-kanak pertengahan dan kanak-kanak akhir. Pada tahap 1(5-7 tahun) dalam hubungan persahabatan, kawan adalah teman sepermainan semata-mata. Sahabat adalah mereka yang tinggal berdekatan dan mempunyai banyak alat permainan serta berminat kepada aktiviti yang sama. Persahabatan boleh dieratkan melalui pemberian dan perkongsian alat permainan dan persahabatan mudah dimulakan tetapi mudah pula terputus.

Perkembangan Peranan Jantina dalam Permainan

Kemahiran interaksi kanak-kanak

Aktiviti bermainboleh dikatakan aktiviti yang digemari oleh semua kanak-kanak. Bermain walaupun tidak mempunyai tujuan atau matlamat yang nyata, tidak bermakna bermain itu tidak mempunyai kepentingan dan faedah. Menurut Santrock(1998), bermain meningkatkan peluang kognitif dengan rakan sebaya, meleraikan ketegangan, meningkatkan perkembangan kognitif (Piaget, 1962) dan penerokaan terhadap dunia luar.Bermain juga meningkatkan peluang bercakap dan berinteraksi di antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain. Ketika interaksi dalam permainan inilah, kanak-kanak mempraktiskan pelbagai peranan yang dimainkan olehnya pada masa akan datang.Bermain mempunyai pelbagai fungsi. Bermain melibatkan aktiviti fizikal dan motor adalah berguna untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan kemahiran fizikal dan juga menyumbang kepada adaptasi sosial. Menurut Piaget, manipulasi objek secara fizikal yang sebenar berkait rapat dengan perkembangan idea tentang objek atau benda. Sumbangan aktiviti bermain yang melibatkan daya imaginasi adalah ternyata bersifat intelektual kerana melakukan imaginasi melibatkan keupayaan kognitif yang penting berhubung dengan simbolisasi, peniruan dan membuat pertimbangan dan penyelesaian masalah.

Perkembangan sosial

Perkembangan sosialkanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kognisi sosial, persahabatan dan hubungan rakan sebaya. Menurut Erikson(1968) peniruan merupakan cara yang penting bagi kanak-kanak untuk belajar bersosialisasi. Pembelajaran melalui peniruan merupakan asas kepada Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura. Peniruan dalam perkembangan sosial merujuk kepada cara kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial dan kecenderungan sosial seperti kerjasama dan saingan. Kadang-kadang, kanak-kanak juga meniru tingkah laku negatif seperti keganasan dan tingkah laku anti sosial yang lain. Oleh itu, orang dewasa harus memastikan model yang ditiru adalah model yang baik dan dalam konteks perkembangan sosial, model yang baik ialah model yang menunjukkna tingkah laku prososial.Proses yang berlaku selepas peniruan ialah identifikasi. Dalam proses identifikasi, kanak-kanak bukan sahaja meniru model, tetapi juga menganut nilai dan kepercayaan model. Kanak-kanak akan menjadi seperti model yang dipilih.

TEORI EMOSI KANAK-KANAK ERIK ERIKSON.

Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.

Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat umur 0 hingga 18 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati. Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali berhampiran dengannya.

Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akancubaberdikari untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang ingincubamakan dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya.

Peringkat ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan ditempuhi oleh kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus bersikap berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya. Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri.

Secara teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang wujud pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapai risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu perkara. Contohnya dapat dilihat pada kanak-kanak yang telah memasuki alam persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya upaya untuk mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas. Mereka sering bersaing dengan rakan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa rendah diri apabila gagal mencapai apa yang diinginkan.

Peringkat kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah yang berlaku pada kanak-kanak yang sudah meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa mencari identiti diri sama ada dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini, mereka keliru terhadap identiti diri seterusnya mudah terikut dan terpengaruh terutamanya persekitaran sosial mereka. Memasuki fasa intim lawan bersendirian, individu yang dalam lingkungan umur 20-an mula membina hubungan rapat sama ada sebagai kawan atau kekasih. Individu ini mula mengenali diri sendiri.

Pada peringkat keenam ini, krisis utama ialah membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami atau isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membina keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain.

Peringkat ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi akan dilalui oleh individu dalam lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Generatif merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan untuk generasi akan datang. Seorang dewasa akan berpuas hati sekiranya dapat mambantu masyarakat dan Negara. di samping itu, mereka juga akan menjalani kehidupan berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan membawa kepada perasaan kecewa dan tidak berpuas hatiserta mementingkan diri sendiri.

Akhir sekali, dalam peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa kecewa berlaku pada individu yang menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang telah sampai ke peringkat ini telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran dalam hidupnya. Individu yang berjaya melalui segala krisis perkembangan akan membawa kepada kedudukan dan kekecewaan di hari tua. Erik Homburger Erikson dilahirkan di Frankurt, Jerman pada 15 juni 1902. Buku pertamanya adalah Childhood dan Society (1950) yang menjadi salah satu buku klasik dalam bidang psikologi. Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial.

KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK PERTENGAHAN & AKHIR

PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRIKonsep kendiri adalah apabila seseorang kanak-kanak mula membesar, mereka akan mula bertanya pada dirinya Siapakah saya ? Sukakah saya pada diri saya ? semuanya persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan diri sendiri. Konsep diri adalah sesuatu yang kompleks. Antara fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri contohnya ialah Adakah saya lakukan dengan betul ? Selain itu ia juga berperanan sebagai pengukuhan kendiri dan juga berfungsi untuk penentuan dalaman dan luaran. Menurut David Shaffer, konsep kendiri merupakan kombinasi antara fizikal dan psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau menggunakan istilah looking glass self untuk menegaskan bahawa seseorang itu memahami dirinya seperti pantulan bagaimana orang lain bergerak balas terhadap diri mereka.

Sistem kendiri terbahagi kepada 3 iaitu :-Pengetahuan kendiri ( self-knowledge ) : Apakah yang kanak-kanak tahu tentang dirinyaPenilaian kendiri ( self-evaluation ) : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan kanak-kanak terhadap dirinyaPengaturan kendiri ( self-regulation ) : Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh kawalan kendiri.Dalam membincangkan mengenai konsep diri kanak-kanak ini, kajian yang dilakukan oleh Hazel J.Markus dan Paula S.Nurius mendapati bahawa kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun perlulah dibentuk konsep dirinya kerana pada masa ini mereka mempunyai hubungan yang luas dengan masyarakat. Konsep diri bukanlah berbentuk statik tetapi ia dinamik dan ia mempunyai hubung kait antara individu dengan pengaruh luar.Ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk harga diri ( self-esteem ) kanak-kanak. Self-esteem adalah kunci yang sangat penting untuk mereka berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang. Self esteem adalah bagaimana kita memahami diri kita yang sebenarnya. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteem yang tinggi merupakan kanak-kanak yang mampu melakukan / berkebolehan memperlihatkan tanggungjawab, boleh mengurus emosi yang positif & negatif dan juga boleh menawakan bantuan kepada orang lain. Kanak-kanak yang mempunyai self-esteeem yang rendah pula akan bertingkah laku contohnya kanak-kanak merasakan diri tidak disayangi dan tidak diingini, merendah diri terhadap kebolehan dan bakat yang dimiliki dan juga kanak-kanak tersebut akan mengelak untuk melakukan sesuatu yang baru.TEORI-TEORI KENDIRIPENDEKATAN KOGNITIF-PERKEMBANGAN yang diperkenalkan oleh Robert Selman. Beliau telah menjalankan kajian terrhadap ramai kanak-kanak dan beliau telah memberi watak utamanya berhadapan dengan dilema. Kanak-kanak kemudiannya diarahkan supaya memberitahu apakah perasaan dan fikiran watak utama dalam cerita itu. Kanak-kanak juga ditanya bagaimana agaknya dilema tersebut boleh diselesaikan. Selman lebih berminat dengan cara penaakulan kanak-kanak tersebut berbanding dengan jawapan soalan yang diberikan. Daripada kajian itu, beliau telah membina satu model pengetahuan kendiri yang mempunyai 5 tahap ( Bayi hingga remaja ). Kanak-kanak pertengahan sudah dapat memahami tingkah laku mungkin berbeza daripada perasaan dan motif contohnya ialah seseorang mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna dia sedang gembira. Kanak-kanak akhir pula mengalami kendiri yang stabil.Teori yang kedua ialah TEORI PEMBELAJARAN PERSEKITARAN. Ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini menyifatkan bahawa konsep efektif-kendiri sebagai kebolehan kendiri yang dinilai oleh individu itu sendiri untuk melihat kejayaan sesuatu perkara yang dilakukan. Bandura menjelaskan bahawa kanak-kanak pada mulanya tidak memahami proses yang berlaku pada dunia sosial mereka. Pada masa inilah, ibubapa memainkan peranan untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut. Ia adalah bertujuan untuk membnatu kanak-kanak belajar tentang tahap keupayaan atau efektif-kendiri.Terdapat dua jenis mekanisme yang boleh menggalakkan perkembangan penilaian efektif-kendiri. Yang pertamanya ialah melalui modelling iaitu kanak-kanak memerhati model tertentu untuk melakukan sesuatu perkara. Mekanisme yang kedua pula ialah melalui reaksi dalaman badannya seperti rasa tertekan, sakit perut dan lain-lain lagi perkara yang melibatkan reaksi emosi. Penggunaan tanda-tanda rangsangan ini hanya boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang sudah memperoleh keupayaan kognitif yang tinggi. Menurut Bandura, penilaian efektif-kendiri yang tinggi akan akan meningkatkan usaha dalam sesuatu perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

SISTEM MORAL KANAK-KANAK PERTENGAHAN & AKHIR

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK MORALSistem Moral ( Akhlak ) merupakan satu bentuk prinsip yang sesuai di mana ia bertujuan untuk membantu individu membezakan antara benar dan salah. Terdapat 3 komponen moral iaitu :-AFEKTIF @ EMOSI yang merangkumi komponen yang mengandungi unsur-unsur perasaan yang memberikan kefahaman terhadap tindakan betul atau salah yang akhirnya mendorong untuk sesuatu tindakan moral.KOGNITIF ialah komponen yang menumpukan tindakan benar atau salah dan membuat keputusan untuk melakukannyaKOMPONEN TINGKAH LAKUAntara teori-teori perkembangan moral ialah TEORI PIAGET yang diperkenalkan oleh Jean Piaget berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus ( 6-10 tahun ) yang mana kanak-kanak mempercayai peraturan datang dari ibubapa atau orang-orang yang mempunyai autoriti lain. Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan pada tahap ini kanak-kanak hanya dapat melihat sesuatu peraturan dengan satu pandangan sahaja.Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas ). Tahap ini dicirikan dengan fleksibiliti moral. Kanak-kanak sudah mula kurang egosentik dan peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah. Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap ke tahap lain bergantung kepada kematangan kognitif dab pengalaman sosial terutama sekali pengalaman menyelesaikan konflik yang berlaku sesama kawan-kawan.Selain dari teori Piaget, TEORI KOHLBERG juga mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Kohlberg berpendapat bahawa moraliti berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat. Beliau membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya. Dalam peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir, tahap tersebut dikenali sebagaiMoraliti Prakonvensional (0 hingga 9 tahun )Ia adalah berdasarkan kepada betul atau salah tingkah laku bergantung kepada tekanan luaran. Kanak-kanak akan mematuhi peraturan demi mengelak daripada dikenakan dendaan atau memperoleh ganjaran atau untuk kepentingan diri kanak-kanak tersebut. Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu Peringkat 1 : Orientasi Dendaan dan Taat di mana motif utama tingkah laku untuk mengelak dendaan dan Peringkat 2 : Orientasi Egoistik yang membolehkan seseorang kanak-kanak mematuhi peraturan demi untuk menerima ganjaran untuk memuaskan kehendak diri mereka.Moraliti Konvensional ( 9 hingga 15 tahun )Mesti akur pada norma yang dipegang oleh majoriti dan perlu dikekalkan oleh sosial menjadi cara utama penaakulan moral pada tahap ini. Kanak-kanak sudah boleh menerima pendapat dan motif orang ain. Mereka juga sudah bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu Peringkat 3 : Moraliti Budak baik yang mana apa yang betul ialah apa yang dipersetujui oleh autoriti. Peringkat 4 : Moraliti Mengekalkan Susunan Sosial dan Autoriti pula ialah apa yang betul sekarang ialah apa yang akur atau selaras dengan peraturan yang dilaksanakan oleh autoriti.

Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura pula menekankan aspek komponen tingkah laku dalam menjelaskan aspek moral. Beliau menfokuskan kepada tingkah laku luaran kanak-kanak yang boleh dilihat dan bukannya penaakulan moral dan penilaian moral. Tingkah laku moral dipelajari sama seperti tingkah laku-tingkah laku lain yang dipelajari melalui proses-proses peneguhan dan dendaan dan pemerhatian.Contohnya dalam Islam, menurut Imam Al-Ghazali pula menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu. Anak-anak harus disediakan dengan aspek pengawasan, prinsip muraqabah bahawa Allah Maha Besar dan sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang mereka lakukan.Firman Allah:Luqman menasihati anaknya dengan berkata , Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) seberat biji sawi sekalipun, serta ia tersembunyi di dalam batu besar ataupun di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalas-Nya) kerana sesungguhya Allah amat luas pengetahuan-Nya, lagi amat meliputi segala yang tersembunyi.(surah Luqman ayat 16)

PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK SOSIALPerkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan social melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya.Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.Perbincangan tentang perkembangan sosial tidak akan lengkap tanpa menyentuh teori perkembangan sosial. Salah satu teori perkembangan social yang penting telah dikemukakan oleh Erik Erikson. Oleh kerana teori ini menekankan perkembangan sosial, aka teori ini dinamakan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik.Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.Di antara lapan peringkat perkembangan sosial ini,empat peringkat yang pertama menerangkan perkembangan social di kalangan bayi dan kanak-kanak. Huraian ringkas tentang keempat-empat peringkat ini adalah seperti yang dikemukakan bawah.PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUTTEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSONPERINGKAT/USIA PERKEMBANGANPENGARUH PENTINGBerdaya Tindak lwn Rasa Bersalah( 2 atau 3 tahun-6 tahun)-Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri.-Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tinda.Namun demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa.-Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan-Identifikasi4. Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun)-Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya.Sekolah dan guru-Pendidikan dan pembelajaran-GalakanPerkembangan yang dinyatakan di sini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir.

KONSEP TEORI PERSAHABATANRobert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap iaituTahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan dan kanak-kanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan.Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini sebagai one way assistance. Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa.Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal mempunyai persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai intimate and mutually shared relationship. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai persahabatan sudah mula difahami.Kepentingan persahabatan dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dapat dilihat melalui 2 fungsi persahabatan iaituFungsi 1 ialah : PENEGUH KEPADA TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.Sahabat dapat memberikan sokongan dan juga sahabat boleh menerima segala kebaikan dan keburukan diri kita.Fungsi yang ke 2 ialah MODEL SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK.Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga dilakukan oleh sahabat mereka. Tingkah laku meniru model ini adalah boleh mendatangkan kesan yang positif dan juga negative kepada kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa berperanan untuk memastikan kanak-kanak berada dalam perkembangan sosial yang sihat.Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain.Banyak pendapat yang menyatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat penting. Kawan-kawan membuktikan hubungan yang dijalinkan sesama mereka ( kalangan kanak-kanak ) di mana kawan yang bersedia untuk bermain dan sama-sama melibatkan diri dalam apa jua aktiviti.Antara cara membantu kanak-kanak rasa hebat tentang dirinya ialah memperlihatkan kasih sayang dengan cara memuji atas usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, keluarga boleh meluangkan masa bersama dengan cara melakukannya bersama-sama contohnya membaca buku atau pergi berjalan. Selain itu, menggalakkan anak-anak membincangkan apa yang dilakukannya di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga boleh diberikan tanggungjawab mengikut kemampuan kanak-kanak. Dalam pada itu, ibubapa juga perlulah memperihalkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya.Islam sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita. Kanak-kanak harus didedahkan lebih awal mengenai hal ini sejak di peringkat tamyiz (peringkat sebelum baligh) lagi. Antara aspek yang sering ditekankan dalam ajaran Islam ialah adab memandang muhrim dan bukan muhrim. Aspek kedua yang harus dijelaskan kepada kanak-kanak ialah aspek penjagaan aurat. Batas-batas aurat lelaki dan perempuan mestilah diajari sejak awal lagi supaya apabila tiba usia baligh mudah untuk melenturkan anak-anak ini.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK KOGNITIF

PERKEMBANGAN KOGNITIFPada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping, berenang ,menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telahpun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik.Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan & akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang ( IJP ) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanak-kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan meng-gunakan simbol.Terdapat perbezaan yang konsisten antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan dalam pergerakan, ketangkasan, koordinasi, dan kekuatan fizikal. Misalnya kanak-kanak lelaki mengatasi kanak-kanak perempuan dari segi kekuatan kuasa kaki dan koordinasi tangan dan kaki. Lelaki didapati lebih mahir dalam pergerakan seperti menendang,melontar,menangkap,berlari,melompat jauh,memukul dan sebagainya manakala perempuan pula mempunyai kelebihan dalam kemahiran motor yang memerlukan kelenturan,keseimbangan,dan pergerakan berirama dan gimnastik.Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh berkata, pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Menurut beliau , Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran,'' jelasnya.Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibubapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu.Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula menggunakan memparktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibubapa dan dengan yang lain.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK EMOSI

Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois,2001) Santock ( 1998 ), seorang ahli psikologi perkembangan mendefinasikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif.Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya.Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis emosi ini serentak.Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka.

Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak:Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak terkena apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap keluar dari standard tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahanSudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan.Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga dan cemburu.Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik - takut sekolah, takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah.Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai.Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak out of control; belajar mengawal perasan.Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut.Mula memahami keperluan kumpulan.

PERBEZAAN INDIVIDU

DEFINISI

Ketidaksamaan dlm aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu. Temperamen

Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yg sebahagiannya diwarisi dpr ibu bapa.

Tahap Tenaga

Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan bertamina semasa terlibat dlm sesuatu aktiviti. Pola Persahabatan

Merujuk kpd aktiviti persahabatan dlm kumpulan rakannya.

Ada hubungan perapatan ikatan kasih sayang dgn ibu bapa dan amat istimewa dlm hidupnya. (vertikal).

Ada hubungan dgn kawan-kawan dikenali sbg hubungan mendatar. (horizontal) Selain itu, dapat diperhatikan ciri-ciri tertentu seperti:

1.Temperamen

2.Tahap tenaga

3.Pola persahabatan

4.Hubungan ibu bapa dgn anak-anak.

ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Papalia (2001), manusia berbaza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenagapersonaliti dan emosi. Faktor persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan dirumah, komuniti masyarakat. Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dgn konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dlm tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.

Aspek-aspek Perbezaan Individu

Fizikal

Emosi

Personaliti/sahsiah

Bangsa/Bahasa

Kesihatan/penyakit

Lokasi tempat tinggal

Kecerdasan

Aspirasi/motivasi

Status sosio-ekonomi

Sistem nilai/norma

Gaya kognitif atau gaya belajar

Sosial

Budaya dan world view

a)Jantina Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga, harapan yg tinggi. Di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dlm pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dgn perkembangan jantina. Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun drp perempuan sblm akil baligh. Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik drp lelaki, manakala murid lelaki lebih dari kecerdasan ruang.

b) Fizikal Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3 kategori. i)Endomorf (bertubuh bulat) Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. ii) Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat) Bersifat asertif, agresif, bertenaga, kuat bersukan tetapi ada tanda boleh terlibat akt delinkuen. iii) Ektomorf (kurus dan tinggi) Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit skizofrenia.

c) Kognisi Individu adalah berbeza dr segi kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logis, berbahasa, mengira dan berimaginasi). Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligece Test. Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet dan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient) . Ahli-ahli psikologi tidak bersetuju pendapat menyatakan bahawa kecerdasan adalah sama dgn kreativiti.

d) Personaliti Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja). Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan ambivert.

e) Gaya Kognisi dan Gaya Belajar Gaya kognisi adalah cara individu mempersepsi maklumat. Gaya belajar adalah persekitaran pembelajaran yg digemari oleh pelajar. Witkin (1940) membahagikan gaya kognisi kpd 2 jenis, iaitu gaya kognisi belajar bebas medan dan gaya belajar bersandar medan. Kagan (1965) membahagikan gaya kognisi kpd 2 jenis iaitu gaya kognitif reflektif dan gaya kognitif impulsif. Parry (1984) dan Shipman (1985) membahagikan gaya belajar kpd 24 dimensi tentang kajian literatur gaya belajar iaitu inventori Myer-Briggs Type Indicator (MBTI). Ekstrovert lawan introvert,

Deria lawan gerak hati

Pemikiran lawan perasaan

Mengadili lawan mengamati. Grasha & Reichmann membahagikan 6 dimensi gaya belajar, iaitu: Bergantung

Bebas

Mengelak

Bekerjasama bersaing melibat diri. Kolb (1984) dlm teori pembelajaran pengalaman membahagikan kpd 4 peringkat pengalaman:

Pengalaman konkrit

Pemerhatian reflektif

Perkonsepan abstrak

Percubaan aktif

f) Kesihatan Sebahagian besar murid dlm kelas terdiri dpd murid yg sihat, riang, cerdas dan normal. Murid yg tidak sihat adalah murid yg lemah dlm aktiviti p & p dan aktiviti luar bilik darjah. Ada juga murid yg kurang siaht dan berpenyakit. Kanak-kanak cacat g) Biasanya kanak-kanak suka bermain dan bersosial. Dalam bilik darjah guru boleh menggunakan soalan sosiometri untuk mengetahui pola persahabatan mereka dengan menggunakan simbol-simbol berikut:

Bintang murid popular menerima undian 10 dpd murid yg menyukkainya.

Dyad bentuk persahabatan 2 orang murid saling bersahabat/saling mengundi.

klik bentuk persahabatan 2 atau lebih murid memilih antara satu sama lain.

Rantai persahabatan yg memilih kawan secara tersusun A,B,C danseterusnya.

Pencilan Murid tidak mengundi sesiapa dan orang lain tidak memilihnya.

Singkiran Murid mengundi orang lain dan orang lain tidak memilihnya. pendengaran, penglihatan, bisu, sengau, gagap dan dyslekxia boleh diperbetulkan dgn penggunaan alat teknologi dan rawatan h) Bahasa/Bangsa Dlm sesebuah negara berlaku percampuran pelbagai etnik dan bangsa akibat drp migrasi. Ramai ahli psikologi Amerika berpendapat tiba masanya diperkenalkan kurikulum berbilang budaya dan bahasa dlm subjek silang budaya.

5.3 FAKTOR-FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU

Ada 2 faktor besar mempengaruhi perbezaan individu:

a)Faktor baka

b)Faktor persekitaran.

a)Faktor Baka Setiap manusia mewaris sifat ibu atau bapa melalui gen ibu dan bapanya. Baka terjadi hasil drp percantuman sel sperma 23 kromosom(lelaki) dan sel ovum 23 kromosom.

b) Faktor Persekitaran Persekitaran termasuklah perapatan antara anak dan ibu bapa,pengaruh adik beradik/rakan, ahli keluarga lain, guru, bahan media cetak/elektronik, komputer, sekitar lokasi, masyarakat dan rumah ibadat. Baumrind membahagikan 4 bentuk asuhan keluarga.

a)Autoritarian (peraturan & hukuman)

Mengenakan peraturan dan hukuman kpd anak-anak mereka,

Mahukan anak-anak patuh dan hormati merreka

Peraturan lisan antara ibu bapa dgn anak adalah terhad dan tidak digalakkan.

Anak yg dibesarkan sebegini biasanya tidak dapat bersosial dgn baik, bimbang tentang pertandingan, kurang inisiatif dan kurang mahir dlm komunikasi. Apabila seorang lelaki (x-o) (bermata coklat dan berkromosom coklat-biru) berkahwin pula dgn wanita bermata biru (berkromosom coklat-biru) 3 dpd anak mereka akan bermata coklat dan 1 bermata biru).

b) Authoritatif (kebebasan terbatas)

Menggalakkan anak-anak berdikari dan sedikit kawalan

Anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dgn ibu bapa yg menyokong perkembangan mereka.

Anak yg dibesarkan begini menunjukkan tingkahlaku bersosial yg baik, berdikari, bersosial dgn baik, bersabar dan harga diri yg tinggi.

c)Abaikan (tiada penglibatan)

Bertindak permisif tidak terlibat dlm kehidupan anak mereka.

Sibuk dlm hal lain tidak sedar tingkah laku anaknya.

Anak-anak begini tidak dpt bersosial dgn baik, tidak dpt mengawal diri dan tidak bermotivasi.

d) Indulgent (Penglibatan tanpa disiplin)

Ibu bapa terlibat dlm menjaga anak tetapi kurang mendisiplinkan anak.

Mereka percaya, anak mereka akan kreatif dan berkeyakinan tinggi.

Anak-anak sebegini akan gagal mengawal diri dlm masyarakat.

Teori Berkaitan Perbezaan Individu

Mula dikaji oleh Sir Francis Galton, beliau mengukur kebolehan deria motor (pendengaran, melihat). Beliau mendapati kebolehan deria setiap individu berbeza.

1 Teori Ekologi Bronfenbrenner Beliau mengkaji dari segi konteks sosial seseorang kanak-kanak yg mempengaruhi kehidupan dan perkembangan.

a) Sistem Mikro

Hubungan sosial kanak-kanak dgn alam sekitarnya (keluarganya, guru, rakan dan jiran). Kanak-kanak akan berinteraksi secara timbal balik(bertolak ansur) dgn org lain.

b) Sistem Meso

Ada kaitan dgn sistem mikro. Dlm hubungan pengalaman dgn alam sekitar boleh mempengaruhi pengalaman sistem mikro yg lain. Contoh: Kanak-kanak dipinggir oleh keluarga boleh mempengaruhi hubungannya dgn guru.

c) Sistem Ekso Pengalaman kanak-kanak dan guru (pasif) dlm sesuatu tempat akan dipengaruhi oleh pengalaman dari tempat lain. JPN .PPD .SEKOLAH.

d) Sistem Makro Melibatkan budaya yg lebih luas (nilai, adab resam) boleh mempengaruhi setiap individu.

e) Sistem Krono Merujuk kpd keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang kanak-kanak. Contoh: Kanak-kanak sekarang dibesarkan dlm teknologi elektronik.

2. Teori Perkembangan Pergerakan (motor) Arnold Gesel

Arnold Gesel mempercayai baka/genetik sebagai pembentukan perkembangan kanak-kanak yg berbeza-beza.

Kanak-kanak mencapai tahap kematangan fizikal tidak sama dan boleh mempengaruhi proses pembelajaran.

Perkembangan kanak-kanak mengikut pola dan urutan tertentu dan kita boleh meramalkan perkembangan tingkah laku kanak-kanak.

Peringkat perkembangan motor kanak-kanak:

a) Peringkat pertama (lahir 1 tahun).

b) Peringkat kedua ( 1 tahun 2 tahun).

c) Peringkat ketiga (2 tahun 3 tahun).

d) Peringkat keempat (3 tahun 4 tahun).

e) Peringkat kelima (4 tahun 5 tahun).

3. Teori Tugas Perkembangan Havighurst

Atan Long (1980) berpendapat `tugas perkembangan` adalah jangkaan dan harapan ibu bapa serta masyarakat tentang pencapaian sesuatu tingkah laku pada peringkat umur tertentu.

Newman dan Newman (1999) menyatakan satu set kemahiran/kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu untuk meramal penguasaan terhadap persekitaran.

4. Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Seseorang kanak-kanak akan melalui 8 tahap perkembangan sepanjang hayatnya dan mereka mesti berjaya melepasi tahap dan krisis tersebut.

Kanak-kanak yg gagal melepasi tahap tersebut akan gagal sehingga akhir hayat. Pertama 0 18 bln Percaya lwn tidak percaya Kedua 18bln-3 thn Autonomi lwn malu/sangsi Ketiga 3thn-6 thn Inisiatif lwn bersalah Keempat 6thn-12 thn Industri lwn rendah diri Kelima 12 th -20th Identiti lwn keliru Keenam 20 th-40 th Mesra lwn asing diri Ketujuh 40 th-60 th Generativiti lwn kendiri Kelapan 60 th atas

a) Kesediaan belajar Implikasi Kesediaan belajar murid adalah berbeza-beza kerana perbezaan kecerdasan. Murid lemah sekiranya tidak dibimbing akan ketinggalan pada tajuk-tajuk seterusnya.

b) Objektif P &P Guru perlu merangka objektif p & p sesuai dgn kebolehan yg pelbagai murid di dlm kelas.

c) Tingkah laku Mengganggu Pembelajaran Pelajar bermasalah (disruptif dan destruptif) dlm p & p sering mengganggu perhatian murid lain semasa pembelajaran. Ada juga murid tingkah laku bermasalah positif.

d)Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Setiap murid mempunyai gaya belajar yg berbeza spt audio, visual, proses maklumat secara global dan analitikal.

e) Perbezaan Personaliti Perbezaan personaliti murid spt pintar tetapi pendiam, bersendirian pendiam, pintar ramai kawan, peramah dan ramai kawan dan berfikiran terbuka dan riang.

5.6 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU

a) Kaedah Kumpulan Aktiviti ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran.

b) Program Pengayaan dan Pemulihan Aktiviti ini dijalankan selepas P &P.

c) Pengajaran Terancang/Modul/Bahan Multimedia Perisian e-learning dlm komputer bersesuai dgn kebolehan murid.

d)Pengajaran Koperatif Dlm sesuatu kumpulan terdiri drp murid heterogenius supaya mereka bantu membantu.

e) Peneguhan Positif dan Negatif Semasa p & p guru harus memberi peneguhan untuk membentu tingkahlaku murid.

f) Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan Keupayaan Tugasan ini diberi sesuai dgn tahap keupayaan murid.

g) Pengajaran dan Pembelajaran Individu Bimbingan individu kpd pelajar yg lemah.

h) Mempelbagai Bentuk Penilaian Guru boleh menilai murid semasa aktiviti p&p.

i)Mempelbagai Strategi P & P Strategi p & p haruslah menarik.

j) Mempelbagai Bahan Bantu Balajar Bahan bantu mengajar yg menarik boleh meransang minda pelajar untuk berfikir.

Psikologi & Perkembangan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran

PengenalanPertumbuhan dan perkembangan merupakan dua perkara yang mesti dilalui atau ditempuhi oleh semua individu. Namun pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat berbeza makna dan konsepnya. Menurut Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), pertumbuhan didefinisikan sebagai perubahan-perubahan fizikal yang berlaku pada manusia dan juga merupakan perubahan-perubahan kuantitatif yang berlaku dalam diri manusia.Atan Long dalam Kasnani Ab Karim (2006) menyatakan bahawa pertumbuhan manusia bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain.Daripada dua definisi yang dinyatakan dapatlah dirumuskan bahawa pertumbuhan adalah merupakan perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti seperti perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Pertumbuhan berlaku secara berperingkat sehingga mencapai had yang tertinggi atau maksima bila individu mencapai kematangan. Misalnya had ketinggian seseorang lelaki akan terhenti bila individu tersebut berusia sekitar 20 tahun.

Perkembangan pula dijelaskan oleh Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006) sebagai perubahan-perubahan sistematik yang bertererusan dalam diri seseorang individu daripada mula lahir hinggalah ke saat kematiannya. Perubahan-perubahan tersebut bersifat kualitatif dan berlaku secara progresif dalam diri seseorang individu.

Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Kasnani Ab Karim (2006), juga dalam Ramlan Hamzah dan Liliy Mastura Harun (2006) pula menjelaskan perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman.Daripada pendapat dan penjelasan tersebut dapatlah dibuat kesimpulan bahawa perkembangan ialah perubahan yang berlaku dalam diri seseorang individu yang bersifat kualitatif, iaitu perubahan yang tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui kajian dan peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan dan pertumbuhan sel sehingga akhir hayat organisma atau seseorang individu itu.2.0 Teori-teori dan konsep pertumbuhan dan perkembanganDalam membicarakan tentang teori-teori pertumbuhan dan perkembangan manusia terdapat beberapa teori yang penting dan popular. Antara teori-teori tersebut ialah seperti Teori Psiko Analisis, Teori Perkembangan Kognitif Piaget, Teori Tugas Perkembangan, Teori Perkembangan Psikososial Erikson dan sebagainya.2.1 Teori Psiko AnalisisTeori Psiko Analisis telah diasaskan oleh Sigmund Freud iaitu seorang doktor pakar dalam bidang kaji saraf atau neurologi. Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) menyebutkan bahawa selama hidupnya ia melakukan berbagai penelitian mengenai masalah kejiwaan manusia, kemudiannya dari hasil penelitiannya itu ia mencetuskan sebuah teori mengenai psikologi.

Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2005) menyatakan bahawa Freud berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dan kemusnahan diri individu itu sendiri. Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) pula menghuraikan Freud membahagikan fikiran insan kepada tiga elemen, iaitu alam sedar, alam pra sedar dan alam tidak sedar.

Sementara itu Ee Ah Meng (2005) pula menyebutkan bahawa Freud amat menekankan kewujudan ingatan tidak sedar yang berfungsi untuk melindungi kesedaran kita ketika menghadapi konflik emosi dan ketegangan.Seterusnya Freud percaya bahawa perkembangan personaliti manusia terdiri daripada tiga elemen iaiti Id, Ego dan Superego. Ee Ah Meng (2005), menyatakan bahawa id merupakan personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasan serta merta dan hendakkan keseron