Upload
others
View
32
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
44
PERTANDINGAN BADMINTON PIALA HISTORIA 2014
Pertandingan Badminton in telah dianjurkan oleh program Sejarah, Sekolah Sains Sosial. Umumnya, pertandingan ini merupakan acara tahunan untuk merebut piala püsingan yang ditawarkan. Pertandingan ini berlangsung pada 26hb -27hb April 2014 bertempat di gelanggang badminton Yayasan Sabah.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Sekolah Sains Sosial dan beberapa sekolahjemputan khas untuk menyertai pertandingan tersebut. Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial merupakan antara sekolah jemputan khas yang terlibat. Oleh yang demikian, pihak exco sukan dan rekreasi SPKS telah membuka penyertaan untuk acara persorangan (lelaki dan wanita), beregu (lelaki dan wanita) dan acara beregu campuran. Penyertaan daripada pelajaradalah amat menggalakkan dan borang penyertaan telah dihantar pada 20hbApril 2014.
SPKS telah berjaya mendapat Johan dalam acara persorangan lelaki yang diwakili oleh saudara Zaid Hanafi Bin Zulkifli. Naib Johan dalam acara beregu lelaki diwakili oleh saudara Zaid Hanafi Bin Zulkifli dan saudara Afiffauzi Bin Hj. Wahid manakala tempat ketiga untuk acara beregu campuran yang diwakili oleh saudara Afiffauzi Bin Hj. Wahid dan saudari Farah Lyana Bte. Hamzah. Kemenangan tersebut telah meletakkan SPKS mendapat Johan Keseluruhan untuk Pertandingan Badminton Piala Historia sesi 2014.
EXPRESSION OFYOIJTH uien : öen AnaefSon HnaK IVlelal
"Expression of Youth" atau EX-Youth
sekali lagi dalam proses menyelesaikan projek rakaman album baru selepas rakaman album yang pertama pada tahun 2006. Projek kali ini memuatkan tiga lagu baru clan tiga lagu lama hasil
rakaman pertama yang telah diubah dalam versi baru. Projek kali ini bukan sekadar rakaman lagu tetapi turut memuatkan klip-klip video untuk tatapan penonton. Dengan
cara ini, pendengar akan lebih terhibur dan dapat memahami pengertian setiap lagu dengan lebih mudah.
Projek ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dengan pengalaman
sesi rakaman lagu dan video di mana pengalaman tersebut boleh gunakan untuk
meningkatkan kemahiran dalam penggunaan media sebagai elemen
penyampaian mesej positif kepada masyarakat diluar sana. Penghasilan lagu
kali ini lebih menjurus kepada semangat jiwa muda dengan alunan muzik yang dekat di hati golongan muda pada masa kini. Dengan terhasilnya lagu-lagu ini,
pelajar boleh menggunakan lagu ini dalam mana-mana aktiviti dan program
yang mereka anjurkan di samping memperluaskan semangat 'kebeliaan'
dikalangan belia pada hari ini.
Konsep lagu banyak mendorong para belia untuk lebih menghargai kehidupan
sebagai belia yang berguna serta mengalakan belia berbakti kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Terdapat empat buah lagu berkonsepkan semangat
patriotis belia dan peranan belia dalam masyarakat seperti Belia cemerlang,
gemilang dan terbilang, Belia dan cita-cita, Ikatan belia, dan Kami belia. Lagu
Through knowledge comes wisdom lebih menjelaskan peranan dan fungsi
warga psikologi dan tajuk lagu ini di ambil sempena moto Sekolah Psikologi dan
Kerja Sosial. Lagu "Teristimewa" pula menjurus kepada penghargaan kepada
individu tertentu tidak kira kekasih, ibubapa, rakan sebaya, dan sebagainya.
Pelajar-pelajar dari program Pembangunan Belia dan Komuniti banyak terlibat
dalam penghasilan video ini. Di samping itu, penyanyi-penyanyi daripada album
yang pertama turut serta menyumbangkan idea dan suara dalam rakaman ini
iaitu Jepulson Julian dan Phresulia Philip. Selain itu, penyanyi-penyanyi yang berbakat besar daripada program Psikologi Kaunseling, Psikologi Industri dan
Organisasi, Psikologi Kanak-kanak dan keluarga, dan Kerja Sosial turut serta
menyumbangkan suara dalam rakaman kali ini seperti Ajoy, Zawawi, Danny,
Liza, Dayang, Zulaika dan Sabrina. Penghargaan ditujukan kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga projek ini dapat
mempertingkatkan semangat belia hari ini untuk lebih yakin dalam menempuhi
AUDIO INFO Pengaturcaraan muzik dan audio Ben Anderson
Lokasi rakaman audio Makmal Fisiologi, SPKS
Audio software Garageband (Apple) MacBook Pro
Alat-alat Keyboard - KORG Microarranger Gitar akustik - Ibanez Gitar elektrik - Epiphone Les Paul Gitar Bass - Cort Action series Drum - XM electdrum Mixer - Dynamic Condenser microphone- Samson C03
VIDEO INFO Videographers Adam Mujat Ben Anderson
Video software Imovie (Apple) MacBook Pro
Alat-alat DSLR camera Nikon D5100 clan D90
Maklumat lanjut, hubungi; 019-8108866 (Ben Anderson)
sben_anderson@yahoo. com EXPRESSION OF YOUTH