Upload
seliyan-swaminathan
View
80
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Useful for UPSR
Citation preview
1. Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.PerumpamaanMaksud
Bagai aur dengan tebingtolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuhbunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintangkecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembiluperasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam dagingsesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masinghanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petangberjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kukupersahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulitorang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus taliamat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tanggamembuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuhmendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang airmembuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekorseseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincinorang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permatapasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labumerosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tandukkedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperd anak ayam kehilangan ibuberpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucingadik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayangorang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekamdendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapurmuka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digorengbunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasantidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumputkasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua mukaseseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunyamenyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air kedaun keladimemberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurungorang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacantidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bungaseseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidungseseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumiperbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenangmengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukulorang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulanmengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampungberasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di berasmemperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palujalan atau barisan yang bengkang-bengkok
PerumpamaanMaknaContoh ayat
Bagai air titik ke batuNasihat dan ajaran akan menjadi sia-sia jika deberikan kepada orang yang degilAyah sering menasihati Amran supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Namun nasihat ayah itu bagai air titik ke batu kerana dia seorang yang degil.
Bagai anjing buruk kepalaSeseorang yang jahat dan dibenci oleh masyarakat.Kassim dianggap bagai anjing buruk kepala oleh penduduk kampung kerana dia merupakan beklas penagih dadah.
Bagai aur dengan tebingHidup tolong-menolongPenduduk di Taman Sepakat bagai aur dengan tebing. Mereka bergotong royong ketika mengadakan majlis perkahwinan.
Bagai ayam dibawa ke kepukMendapat keuntungan atau kesenangan tanpa perlu berusaha.Dalam majlis cabutan bertuah itu, Zaki bagai ayam dibawa ke kepuk kerana mendapat sebuah kereta.
Bagai ayam dimakan tungauWajah yang pucat dan badan yang kurus kerana mengidap penyakit.Sejak menghidap penyakit batuk kering itu, tubuh Rozana bagai ayam dimakan tungau.
Bagai ayam disambar helangSeseorang yang hilang atau mati dengan tiba-tibaKematian Hafis yang bagai ayam disambar helang menyebabkan raka-rakannya terkejut.
Bagai ayam mengeram telurMuka menjadi kemerah-merahanWajah Rosnah kemerah-merahan bagai ayam mengeram telur apabila diusik oleh beberapa orang pemuda.
Bagai balak terendamOrang gemuk yang malas bergerakAmin yang berbadan gemuk itu bagai balak terendam. Dia sering menghabiskan masa dengan menonton televisyen.
Bagai beliung dengan asahanTidak pernah berpisahPak Kudin dan isterinya bagai beliung dengan asahan. Mereka sentiasa bersama-sama walau ke mana-mana mereka pergi.
Bagai bertepuk sebelah tanganKasih dan cinta yang tidak berbalasNorihan berasa amat kecewa kerana cintanya terhadap Zakiah bagai bertepuk sebelah tangan.
Bagai berumah di tepi tebingBerada dalam keadaan bimbangPendatang asing yang datang ke Malaysia tanmpa permit yang sah bagai berumah di tepi tebing apabila melihat anggota polis.
Bagai bulan dipagar bintangKecantikan gadis yang tiada tandingannya.Kecantikan Noni bagai bulan dipagar bintang, tambahan pula apabila dia memakai baju kurung.
Bagai bulan jatuh ke ribaMendapat keuntungan yang besarWahid mendapat keuntungan yang besar hasil jualan ikan-ikan ternakannya, bak kata pepatah bagai bulan jatuh ke riba.
Bagai buluh ditarikh songsangSesuatu pekerjaan akan menjadi susah jika tidak mengikut peraturan.longgarkan dan buka skru dahulu, kemudian barulah tanggalkan tayar kereta ini. Jangan bagai buluh ditarik songsang,kata Abang Mat kepada pekerja baharunya.
Bagai bunyi perian pecahSuara yang tidak merduSuria gagal memenangi pertandingan nyanyian itu kerana suaranya bagai bunyi perian pecah.
Bagai cendawan tumbuhTerlalu banyak pada sesuatu masaBanyak gerai kuih ke tepi jalan apabila tiba bulan Ramadan bagai cendawan tumbuh.
Bagai cicak makan kapurSeseorang yang mendapat malu kerana kesalahan sendiri.Pemain bola sepak itu bagai cicak makan kapur apabila dia digugurkan daripada senarai pemain kerana menerima rasuah.
Bagai dakwat dengan kertas.Perhubungan yang sangat rapat.Hubungan Azhan dengan Mamat bagai dakwat dengan kertas. Ke mana-mana sahaja mereka pergi, mereka sentiasa bersama.
Bagai denai gajahlaluPerkara atau rahsia yang tidak dapat disembunyikanBerita penangkapan Pak Nasir yang terlibat dengan penyeludupan rokok itu telah tersebar luas di seluruh negara. Usahanya menyembunyikan berita itu daripada pengetahuan penduduk gagal, bagai denai gajah lalu.