Upload
aishsha-ismail
View
223
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
untuk bahan tambahan
Citation preview
Bahagian C
[20 markah)]
(Masa dicadangkan : 20 minit)
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Iman: Selamat pagi, Atila. Silakan duduk.
Atila: Terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari Iman kerana
telah terpilih sebagai tokoh murid cemerlang.
Iman: Terima kasih. Saya berasa bersyukur atas kejayaan saya ini. Apakah tujuan Atila datang ke sini?
Atila: Tujuan saya datang ke sini adalah untuk menemu ramah saudari Iman atas kejayaan sebagai
murid cemerlang.
Iman: Oh, boleh, apa salahnya!
Atila: Siapakah yang banyak mendorong saudari Iman untuk mencapai kejayaan dalam bidang
akademik?
Iman: Guru-guru dan ibu bapalah yang banyak mendorong saya untuk mencapai kejayaan ini.Atila: Apakah resepi kejayaan saudari Iman yang boleh dikongsikan bersama kami?Iman: Saya tidak mempunyai apa-apa resepi cuma saya akan menyiapkan tugasan yang telah diberi
mengikut masa yang ditetapkan. Saya juga akan mengulang kaji pelajaran bersama- sama rakan
selepas waktu persekolahan. Bagi kawan-kawan yang lemah, saya turut membimbing mereka
memahami pelajaran. Di samping itu, saya dan kawan-kawan belajar bersama-sama selepas
waktu persekolahan.Atila: Selain di sekolah, adakah aktiviti lain yang saudari Iman lakukan di rumah yang boleh
mendorong kejayaan ini?Iman: Di rumah, saya belajar mengikut jadual waktu yang telah saya tetapkan sendiri. Saya juga turut
melayari internet untuk mencari maklumat dan soalan-soalan untuk dibuat.Atila: Sebagai tokoh murid cemerlang, apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan?Iman: Nasihat saya kepada rakan-rakan supaya mendengar nasihat guru dan ibu bapa serta menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Selain itu, jangan libatkan diri dengan perkara-
perkara yang tidak berfaedah.
Atila: Terima kasih atas kesudian saudari Iman untuk ditemuramah.
Iman: Terima kasih kembali.