Photo Editing Tool +Picasa3

Embed Size (px)

Text of Photo Editing Tool +Picasa3

Photo Editing Tool Menggunakan Picasa 3.0

Disediakan oleh : Nurul Fauzana Kapi www.kuizikel.com kuizikel@gmail.com

Kemas Kini Terakhir : 24 Februari 2009

Photo Editing Tool Picasa 3.0

Dari Keyboard Pengarang ke Mata Pembaca Terima kasih kerana memuat turun nota Photo Editing Tool menggunakan Picasa 3.0 Nota ini adalah untuk edaran secara percuma. Anda dialu-alukan untuk menggunakan nota ini untuk sebarang tujuan pembelajaran. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membuang sebarang kredit atau link di dalam nota ini. Sekiranya terdapat sebarang ralat atau perubahan, kuizikel@gmail.com untuk dikongsikan bersama. Semoga anda mendapat faedah dari nota ini. Selamat Maju Jaya v(^_^) Terima kasih. sila emailkan kepada

Nurul Fauzana Kapiwww.kuizikel.com

2

Photo Editing Tool Picasa 3.0

Isi KandunganApa itu Picasa? ................................................................................................................. 4 Muat Turun dan Memasang Picasa .............................................................................. 4 Mengasingkan Foto Ke Folder Lain (Split Folder) ...................................................... 4 Import Foto ........................................................................................................................ 5 Foto Edit Basic Fixes.................................................................................................... 6 Foto Edit Basic Fixes : Crop........................................................................................ 6 Foto Edit Basic Fixes : Straighten .............................................................................. 7 Foto Edit Basic Fixes : Redeye .................................................................................. 7 Foto Edit Basic Fixes : Im Feeling Lucky ................................................................. 7 Foto Edit Basic Fixes : Auto Contrast ........................................................................ 7 Foto Edit Basic Fixes : Auto Colour ........................................................................... 7 Foto Edit Basic Fixes : Retouch ................................................................................. 8 Foto Edit Basic Fixes : Text ........................................................................................ 8 Foto Edit Basic Fixes : Fill Light slider ....................................................................... 8 Fungsi Simpan .................................................................................................................. 8 Foto Edit Tuning ............................................................................................................ 9 Foto Edit Effects .......................................................................................................... 10 Membuat Kolaj Gambar ................................................................................................ 12 Batch Edit ........................................................................................................................ 14 Membuat Poster ............................................................................................................. 14 Eksport dan Tambah Watermark ................................................................................. 15 Pilih Foto Dari Folder Berasingan................................................................................ 16 Movie Presentation ........................................................................................................ 16 Eksport Sebagai Laman Web ...................................................................................... 17 Muat Naik Ke Web Album ............................................................................................. 17

3

Photo Editing Tool Picasa 3.0

Apa itu Picasa? Pengenalan Picasa merupakan perisian pengurusan foto yang membantu menguruskan foto di dalam komputer peribadi (PC) anda. Picasa akan mengenalpasti semua foto di dalam PC anda dan menyusun foto-foto tersebut di dalam fail visual mengikut nama, saiz atau tarikh. Anda boleh drag and drop untuk menyusun fail-fail anda dan mencipta album. Picasa akan memastikan foto-foto anda berada dalam keadaan tersusun. Selain itu, dengan beberapa klik sahaja, anda juga mampu membuat kolaj foto dan menambahkan perisa pada foto-foto anda. Muat Turun dan Memasang Picasa Picasa boleh didapati untuk Windows dan LINUX (WINE) dan boleh dimuat turun secara percuma di alamat berikut :

Windows http://picasa.google.com/, Linux http://picasa.google.com/linux/ (Linux FAQ).

Setelah muat turun, klik pada ikon Setup dan ikut arahan yang dipaparkan untuk memasang Picasa pada PC anda. Mengasingkan Foto Ke Folder Lain (Split Folder) Kadang-kala di dalam 1 folder, terdapat banyak foto di lokasi/acara berbeza. Oleh itu, untuk memudahkan anda mencari foto anda di kemudian hari, asingkan foto-foto tersebut ke folder berbeza dengan mengikuti langkah-langkah di bawah : 1. 2. 3. 4. Klik pada folder di mana anda ingin melakukan pengasingan foto Pilih permulaan foto di mana anda ingin melakukan pengasingan Klik kanan pada foto tersebut Pilih Split Folder here...

4

Photo Editing Tool Picasa 3.0

Split Folder here

5.

Pada ruangan Name : letakkan nama yang bersesuaian dengan foto tersebut dan klik OK.

Import Foto Sudah pasti tidak semua foto terletak di dalam PC anda. Anda boleh import foto ke Picasa dari sumber lain termasuk kamera, CD, kad memori, external hard disk, thumdrive dan banyak lagi. 1. 2. 3. 4. 5. Klik butang Import Klik Select Device dan pilih di mana lokasi anda ingin import foto Anda boleh klik sebahagian gambar atau Import All untuk import semua gambar Klik butang Import All untuk mengambil semua gambar Atau pilih foto-foto tertentu (klik kekunci Ctrl untuk memilih lebih dari 1 foto)

6. 7.

pada Exclude Duplicates bagi memastikan gambar tidak berulang di dalam PC Klik Import All atau Import Selected untuk import foto-foto anda

5

Photo Editing Tool Picasa 3.0

Foto Edit Basic Fixes Gunakan tab Basic Fixes untuk memperbaiki foto anda. Picasa akan menyimpan foto asal yang mana membolehkan anda untuk undo sebarang perubahan pada foto. Hanya klik pada butang Undo. Foto Edit Basic Fixes : Crop Crop Gunakan Crop untuk memotong bahagian-bahagian pada foto yang anda tidak inginkan. 1. 2. 3. 4. Klik dua kali pada gambar Klik pada tab Basic Fixes Klik pada Crop Pilih dimensi yang diinginkan

5. Letakkan tetikus pada foto dan tarik (drag) ke arah yang diinginkan 6. Klik pada butang Preview untuk melihat hasil selepas Crop 7. Sekiranya telah berpuas hati, klik pada Apply

8. Sekiranya ingin kembali ke gambar asal, hanya klik pada butang Undo Crop

6

Photo Editing Tool Picasa 3.0

Foto Edit Basic Fixes : Straighten Anda boleh meluruskan kedudukan foto yang diambil. Klik pada Straighten dan klik pada slider di bawah foto untuk meluruskan foto. Klik pada Apply sekiranya telah berpuas hati dengan pengubahsuaian. Straighten juga boleh digunakan untuk mendapatkan sudut yang lebih menarik pada foto anda.

Foto Edit Basic Fixes : Redeye Redeye tool akan membetulkan warna merah pada foto anda secara automatik. Klik pada Apply untuk menerima perubahan yang dilakukan. Pengubahsuaian juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan tetikus. Klik pada Preview untuk melihat perubahan. Redeye hanya akan membuang warna merah pada mata. Sebarang warna pada mata seperti kuning, putih atau hijau berikutan flash pada kamera tidak akan dibetulkan.

Foto Edit Basic Fixes : Im Feeling Lucky Picasa akan membuat perubahan warna dan kontras pad foto untuk menghasilkan gambar yang ideal. Anda hanya akan melihat perubahan sekiranya foto anda tidak seimbang dari segi warna. Foto Edit Basic Fixes : Auto Contrast Auto Contrast akan membuatkan kecerahan dan kontras foto pada tahap optimum. Foto Edit Basic Fixes : Auto Colour Auto Colour akan mengembalikan keseimbangan foto (color balance)

7

Photo Editing Tool Picasa 3.0

Foto Edit Basic Fixes : Retouch Retouch digunakan untuk membuang perkara yang tidak diingini pada foto seperti jerawat dsb. Juga membolehkan anda membuang kotoran pada gambar-gambar lama. 1. 2. 3. 4. 5. Klik pada Retouch Klik sekali pada bahagian hendak dilakukan retouch Cari bahagian pada foto yang hendak dilakukan penggantian pada bahagian yang tidak dikehendaki tadi Klik pada bahagian tersebut Saiz berus boleh diubahsuai dengan menggunakan slider (@ guna + atau -)

Untuk menghasilkan keputusan yang neutral, guna saiz berus paling kecil dan pilih bahagian penggantian yang paling dekat dengan warna asal Foto Edit Basic Fixes : Text Klik pada Text di mana-mana bahagian foto untuk meletakkan tulisan. Anda boleh mengubahsuai saiz, gaya, sudut dan lokasi teks tersebut. Klik pada File > Save a Copy untuk menyimpan 1 salinan foto bersama teks yang ditambah. Foto Edit Basic Fixes : Fill Light slider Gunakan Fill Light slider untuk menambahkan cahaya pada latar belakang gambar bagi menjadikan foto lebih seimbang. Fungsi Simpan Jika anda lihat semula foto-foto yang telah diubahsuai seperti langkah-langkah di atas tanpa menggunakan Picasa, anda akan melihat foto anda akan seperti asal tanpa perubahan. Untuk membolehkan anda melihat perubahan tersebut, klik pada File > Save (Ctrl+S). Satu tetingkap akan dipaparkan. Tetingkap ini merupakan satu notis di mana satu fail backup akan dibuat pada foto asal anda dan perubahan yang dibuat semasa langkah-langkah sebelum ini akan diimplikasikan pada foto. Dengan ini, anda akan dapat melihat perubahan pada foto walaupun dengan menggunakan perisian lain. Tapi usah risau kerana anda masih boleh Undo semua perubahan kerana Picasa telah membuat f