Upload
lethuan
View
244
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PIAWAIAN BON HIJAU ASEAN
November 2017
Untuk mengelakkan keraguan, versi asal Piawaian Bon Hijau ASEAN dalam Bahasa
Inggeris yang diterbitkan di laman sesawang ASEAN Capital Markets Forum
merupakan versi rasmi dokumen ini. Terjemahan ini hanya untuk tujuan maklumat
sahaja.
KANDUNGAN
Muka Surat
Pengenalan 1
Definisi 5
1.0 Skop Piawaian Bon Hijau ASEAN 7
2.0 Objektif Piawaian Bon Hijau ASEAN 7
3.0 Kriteria bagi Bon Hijau ASEAN 7
4.0 Panduan ke atas Empat Komponen Teras GBP 8
4.1 Penggunaan Hasil Kutipan 8
4.2 Proses bagi Penilaian dan Pemilihan Projek 10
4.3 Pengurusan Hasil Kutipan 11
4.4 Pelaporan 12
5.0 Semakan Luaran 14
PENGENALAN
Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF)1 merupakan sebuah forum yang terdiri
daripada pengawal selia pasaran modal dari negara-negara ASEAN yang tugas
utamanya adalah untuk menggalakkan lebih penyepaduan dan keterhubungan
dalam kalangan pasaran modal serantau.
Salah satu inisiatif utama oleh ACMF adalah untuk membangunkan kelas aset
hijau selari dengan kepentingan pembiayaan hijau dalam menyokong
pertumbuhan mampan di ASEAN, terutamanya dalam memenuhi keperluan
infrastruktur ASEAN.
ACMF telah membangunkan Piawaian Bon Hijau ASEAN (GBS) berdasarkan
Prinsip Bon Hijau (GBP)2 Persatuan Pasaran Modal Antarabangsa (ICMA)3 kerana
ia telah diterima pakai di peringkat antarabangsa dan digunakan secara meluas
dalam pembangunan garis panduan atau piawaian bon hijau negara yang
diterbitkan di peringkat global.
GBP ialah satu set garis panduan sukarela yang dibincangkan oleh peserta
pasaran utama di bawah kelolaan ICMA sebagai sekretariatnya, yang
bertanggungjawab untuk memberi nasihat tentang tadbir urus dan hal-hal lain,
serta menyediakan sokongan organisasi. GBP telah dilancarkan pada Januari
2014 dengan sokongan daripada konsortium bank pelaburan, sebagai garis
panduan proses sukarela yang bertujuan untuk diguna pakai secara meluas oleh
pasaran. GBP menyarankan ketelusan dan penzahiran, dan menggalakkan
integriti dalam pembangunan pasaran bon hijau.
1 Mengenai ACMF – http://www.theacmf.org/ACMF/webcontent.php?content_id=00001 2 GBP–ICMA – https://www.icmagroup.org/Regulatory-Policy-and-Market-Practice/green-social-and- sustainability-bonds/green-bond-principles-gbp/ 3 Mengenai ICMA – https://www.icmagroup.org/About-ICMA/
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
1 2017
ASEAN GBS bertujuan untuk meningkatkan ketelusan, ketekalan dan
keseragaman bagi Bon Hijau ASEAN yang turut menyumbang kepada
pembangunan kelas aset baharu, mengurangkan kos ketekunan wajar dan
membantu pelabur membuat keputusan pelaburan bermaklumat.
Walaupun GBP telah menyediakan prinsip umum bagi bon hijau, ASEAN GBS
menyediakan panduan yang lebih khusus tentang bagaimana GBP akan diguna
pakai merentasi ASEAN bagi bon hijau untuk dilabelkan sebagai Bon Hijau
ASEAN. Sehubungan ini, Penerbit yang ingin menerbitkan dan melabelkan bon
hijau mereka sebagai Bon Hijau ASEAN hendaklah membuktikan pematuhan
kepada ASEAN GBS. Oleh itu, ASEAN GBS akan memberikan kepastian
kepada pelabur bahawa bon hijau yang dilabelkan sebagai Bon Hijau ASEAN
telah memenuhi piawaian yang seragam di samping menyediakan panduan
kepada Penerbit mengenai amalan pasaran terbaik bagi bon hijau.
Ciri-ciri tambahan utama ASEAN GBS
ASEAN GBS disejajarkan dan berpandukan empat komponen teras GBP, iaitu
penggunaan hasil kutipan, proses bagi penilaian dan pemilihan projek,
pengurusan hasil kutipan dan pelaporan. Ciri-ciri tambahan utama ASEAN GBS
termasuk:
• Penerbit yang Layak
Untuk mewujudkan kelas aset hijau bagi rantau ASEAN, Penerbit atau
terbitan bon hijau hendaklah mempunyai hubungan geografik atau
ekonomi dengan rantau ini.
• Projek Tidak Layak
Projek penghasilan kuasa bahan api fosil adalah tidak termasuk dalam
ASEAN GBS, bagi memberikan panduan yang lebih jelas kepada pelabur
dan Penerbit tentang kriteria yang layak diklasifikasikan sebagai hijau. Ini
bertujuan untuk mengehadkan projek yang berselindung di sebalik label
hijau (green washing) dan melindungi label Bon Hijau ASEAN.
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
2017 2 3
2017
• Kebolehcapaian Maklumat secara Berterusan
ASEAN GBS turut menggariskan cara pelabur boleh mengakses maklumat
secara berterusan dengan menghendaki Penerbit menzahirkan maklumat
mengenai penggunaan hasil kutipan, penilaian dan pemilihan projek, dan
pengurusan hasil kutipan kepada pelabur dalam dokumen penerbitan,
serta memastikan maklumat tersebut boleh diakses oleh orang awam dari
laman sesawang yang ditetapkan oleh Penerbit sepanjang tempoh Bon
Hijau ASEAN.
• Menggalakkan Pelaporan yang Lebih Kerap
Selain laporan tahunan, Penerbit digalakkan untuk menyediakan
pelaporan berkala yang lebih kerap yang akan meningkatkan ketelusan
mengenai peruntukan hasil kutipan dan keyakinan pelabur terhadap Bon
Hijau ASEAN.
• Semakan Luaran
Selaras dengan GBP, pelantikan bagi semakan luaran adalah secara
sukarela di bawah GBP ASEAN. Walau bagaimanapun, memandangkan
pembangunan pasaran bon hijau di ASEAN masih di peringkat permulaan,
ASEAN GBS menghendaki penyemak luaran untuk mempunyai kepakaran
dan pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang disemak. Bukti
kelayakan penyemak luaran dan skop semakan yang dijalankan hendaklah
boleh diakses oleh orang awam dari laman sesawang yang ditetapkan oleh
Penerbit di sepanjang tempoh Bon Hijau ASEAN. Penzahiran sedemikian
akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur.
ASEAN GBS telah dibangunkan melalui perundingan bersama ICMA serta
pengawal selia pasaran modal dan peserta industri di rantau ASEAN. ASEAN
GBS telah diluluskan oleh ACMF dan akan dilaksanakan bagi penerbitan Bon
Hijau ASEAN.
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
DEFINISI
Dalam piawaian ini, istilah berikut akan mempunyai maksud berikut, melainkan
konteks bermaksud selainnya:
ACMF bermaksud Forum Pasaran Modal ASEAN
ASEAN bermaksud Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara
ASEAN GBS bermaksud Piawaian Bon Hijau ASEAN yang diguna pakai dan yang disemak dari semasa ke semasa
Bon Hijau ASEAN bermaksud bon dan sukuk yang mematuhi ASEAN GBS, di
mana hasil kutipan akan digunakan khusus untuk membiaya atau membiaya semula,
secara sebahagian atau sepenuhnya, Projek Hijau layak yang baharu dan/atau sedia ada.
Bagi bon Islam atau sukuk, ia juga hendaklah mematuhi undang-undang dan keperluan
berkaitan yang diguna pakai bagi penerbitan bon Islam atau sukuk. Dalam kes tersebut,
bon Islam atau sukuk boleh dilabelkan sebagai Sukuk Hijau ASEAN
Penerbit ASEAN bermaksud Penerbit yang diperbadankan dalam mana-mana
negara ASEAN
Penerbit Bukan ASEAN bermaksud Penerbit selain daripada Penerbit ASEAN
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
5 2017
GBP bermaksud “Prinsip Bon Hijau” yang merupakan
garis panduan proses sukarela yang diterbitkan oleh
ICMA, yang disemak dari semasa ke semasa, yang
menyarankan ketelusan dan penzahiran serta
menggalakkan integriti dalam pembangunan
pasaran bon hijau
Projek Hijau bermaksud kategori umum bagi projek hijau yang
layak sebagaimana yang tersenarai dalam ASEAN GBS. Senarai projek hijau
layak ini bukanlah senarai yang lengkap
Penerbit bermaksud perbadanan yang menerbitkan Bon
Hijau ASEAN dan termasuk Penerbit ASEAN dan
Penerbit Bukan ASEAN
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
2017 6
1.0 SKOP ASEAN GBS
1.1 ASEAN GBS akan diguna pakai bagi penerbitan Bon Hijau
ASEAN.
1.2 ASEAN GBS adalah sejajar dengan GBP. Mana-mana
panduan yang diterbitkan oleh ICMA berkenaan GBP
hendaklah juga dipertimbangkan, yang mana berkaitan.
2.0 OBJEKTIF ASEAN GBS
ASEAN GBS bertujuan untuk menyediakan panduan tambahan kepada
pemakaian GBP serta untuk meningkatkan ketelusan, ketekalan dan
keseragaman Bon Hijau ASEAN.
3.0 KRITERIA BAGI BON HIJAU ASEAN
3.1 Penerbit
(i) Mestilah Penerbit ASEAN; atau
(ii) Sekiranya Penerbit Bukan ASEAN, lokasi Projek Hijau
yang layak hendaklah dalam mana-mana negara
ASEAN.
3.2 Terbitan
Terbitan Bon Hijau hendaklah berasal dari mana-mana
negara anggota ASEAN.
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
7 2017
4.0 PANDUAN KE ATAS EMPAT KOMPONEN
TERAS GBP
4.1 Penggunaan Hasil Kutipan
4.1.1 Penggunaan hasil kutipan daripada Bon Hijau ASEAN
hendaklah diterangkan dalam dokumen bagi terbitan
Bon Hijau ASEAN.
4.1.2 Berhubung 4.1.1, Penerbit hendaklah menzahirkan
maklumat berikut:
(i) Kategori Projek Hijau layak yang mana hasil
kutipan Bon Hijau ASEAN akan diperuntukkan;
dan/atau
(ii) Maklumat mengenai Projek Hijau tertentu,
sekiranya Penerbit telah mengenal pasti Projek
Hijau tertentu yang mana hasil kutipan Bon Hijau
ASEAN akan diperuntukkan.
4.1.3 Semua Projek Hijau yang ditetapkan hendaklah
memberikan manfaat alam sekitar yang jelas, yang
akan dinilai dan jika sesuai, dinyatakan kuantitinya oleh
Penerbit.
4.1.4 Sekiranya semua atau sebahagian daripada hasil
kutipan digunakan atau mungkin digunakan untuk
pembiayaan semula, Penerbit disarankan agar
menyediakan anggaran bahagian pembiayaan dan
pembiayaan semula, dan sekiranya perlu, juga
menjelaskan pelaburan atau portfolio projek yang
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
2017 8
4.1.5 mungkin dibiaya semula, dan jika berkaitan, tempoh
semak semula (look back period) bagi Projek Hijau
yang dibiaya semula. `Semak semula” merujuk
kepada tempoh maksimum pada masa lalu yang akan
disemak semula oleh Penerbit untuk mengenal pasti
aset/pembayaran lebih awal kepada Projek Hijau
layak tersebut yang akan dimasukkan dalam
pelaporan bon hijau.
4.1.6 Terdapat beberapa kategori umum bagi kelayakan
Projek Hijau yang memberi perhatian kepada bidang
utama kebimbangan terhadap alam sekitar seperti
perubahan iklim, penyusutan sumber semula jadi,
kehilangan biodiversiti serta pencemaran udara, air
atau tanah. Senarai berikut bertujuan untuk dijadikan
petunjuk dan merangkumi jenis projek yang paling
biasa digunakan, yang disokong atau dijangka akan
disokong oleh pasaran Bon Hijau. Projek Hijau
mungkin berkait dengan lebih daripada satu kategori.
Kategori tersebut, disenaraikan tanpa susunan
khusus, termasuk, tetapi tidak terhad kepada–
(i) tenaga boleh diperbaharui;
(ii) kecekapan penggunaan tenaga;
(iii) pencegahan dan kawalan pencemaran;
(iv) pengurusan kelestarian alam sekitar bagi
sumber hidupan semula jadi dan penggunaan
tanah;
(v) pemuliharaan biodiversiti daratan dan akuatik;
(vi) pengangkutan bersih;
(vii) kelestarian pengurusan air dan sisa air;
(viii) penyesuaian perubahan iklim;
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
9 2017
(ix) produk, teknologi pengeluaran dan proses yang
mengadaptasi konsep cekap eko dan/atau
ekonomi kitaran;
(x) bangunan hijau yang memenuhi piawaian atau
perakuan yang diiktiraf di peringkat serantau,
negara atau antarabangsa.
4.1.7 Untuk lebih jelas, projek penghasilan kuasa bahan api
fosil tidak termasuk dalam ASEAN GBS.
4.2 Proses bagi Penilaian dan Pemilihan Projek
4.2.1 Penerbit Bon Hijau ASEAN mesti memaklumkan
pelabur dengan jelas–
(i) objektif kelestarian alam sekitar;
(ii) proses yang mana penerbit menentukan
bagaimana projek tersebut menepati kategori
Projek Hijau layak yang dikenal pasti di atas;
dan
(iii) kriteria kelayakan berkaitan, termasuk, jika
berkenaan, kriteria yang dikecualikan atau apa-
apa proses lain yang diguna pakai untuk
mengenal pasti dan menguruskan potensi risiko
alam sekitar dan sosial yang material berkaitan
dengan Projek Hijau.
4.2.2 Penerbit mesti membangunkan proses bagi penilaian
dan pemilihan projek sebelum penerbitan Bon Hijau
ASEAN dan menzahirkan proses tersebut kepada
pelabur dalam dokumen bagi terbitan Bon Hijau
ASEAN.
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
2017 10
4.2.3 Penerbit digalakkan untuk menyatakan maklumat ini
dalam konteks yang menyeluruh bagi objektif, strategi,
polisi dan/atau proses berkaitan dengan kelestarian
alam sekitar. Penerbit juga digalakkan untuk
mendedahkan apa-apa piawaian atau perakuan hijau
yang dirujuk dalam pemilihan Projek.
4.2.4 Adalah disarankan agar proses Penerbit bagi penilaian
dan pemilihan projek disokong oleh semakan luaran.
4.2.5 Penerbit hendaklah menyediakan perkara yang
berikut kepada orang awam di laman sesawang yang
ditetapkan oleh Penerbit ketika terbitan dan sepanjang
tempoh Bon Hijau ASEAN:
(i) Proses bagi penilaian projek;
(ii) Penggunaan hasil kutipan; dan
(iii) Laporan semakan ke atas proses (jika ada).
4.3 Pengurusan Hasil Kutipan
4.3.1 Sebelum terbitan Bon Hijau ASEAN, Penerbit
hendaklah menzahirkan kepada pelabur proses
mengurus hasil kutipan bersih daripada Bon Hijau
ASEAN dalam dokumentasi bagi terbitan Bon Hijau
ASEAN.
4.3.2 Hasil kutipan bersih daripada Bon Hijau ASEAN, atau
suatu jumlah bersamaan dengan hasil kutipan bersih
ini, hendaklah dikreditkan ke dalam akaun sampingan,
dialihkan ke portfolio sampingan, atau sebaliknya
dipantau oleh penerbit dengan cara yang sewajarnya,
dan dibuktikan oleh Penerbit dengan proses dalaman
rasmi dikaitkan dengan operasi pinjaman dan
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
11 2017
pelaburan Penerbit bagi Projek Hijau. Jumlah amaun
yang digunakan daripada hasil kutipan bersih bagi
Projek Hijau layak tidak perlu berlaku secara serentak.
4.3.3 Selagi Bon Hijau ASEAN masih belum tebus, baki
hasil kutipan yang dipantau hendaklah dilaraskan
secara berkala untuk memadankan peruntukan
kepada Projek Hijau layak yang dibuat semasa
tempoh tersebut.
4.3.4 Penerbit hendaklah juga memaklumkan kepada
pelabur jenis penempatan sementara yang
dicadangkan bagi baki hasil kutipan yang tidak
diperuntukkan dalam dokumen bagi terbitan Bon Hijau
ASEAN.
4.3.5 Adalah disarankan agar pengurusan hasil kutipan
Penerbit disokong dengan penggunaan juruaudit atau
pihak ketiga lain, untuk mengesahkan kaedah
pemantauan dalaman dan peruntukan dana daripada
hasil kutipan Bon Hijau ASEAN.
4.3.6 Sekiranya Penerbit melantik juruaudit atau pihak
ketiga lain untuk mengesahkan pengurusan hasil
kutipan Penerbit, Penerbit perlu memastikan laporan
yang dikeluarkan oleh juruaudit atau pihak ketiga lain
tersebut tersedia kepada orang awam di laman
sesawang yang ditetapkan oleh Penerbit ketika
terbitan Bon Hijau ASEAN.
4.4 Pelaporan
4.4.1 Penerbit hendaklah melaporkan kepada pelabur
sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan
digalakkan untuk melaporkan dengan lebih kerap
mengenai penggunaan hasil kutipan sehingga
peruntukan penuh telah dibuat, dan sebagaimana
diperlukan selepas itu sekiranya terdapat
perkembangan yang material. Ini termasuk senarai
projek ke mana hasil kutipan Bon Hijau ASEAN telah
diperuntukkan serta penerangan ringkas tentang
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
2017 12
projek dan amaun yang diperuntukkan serta impak
yang dijangkakan daripadanya.
4.4.2 Sekiranya persetujuan kerahsiaan, pertimbangan
daya saing, atau projek pendasar yang banyak
mengehadkan amaun perincian yang boleh
disediakan, Penerbit boleh membentangkan
maklumat tersebut dalam istilah umum atau atas asas
portfolio yang diagregat (sebagai contoh peratusan
yang diperuntukkan kepada kategori projek tertentu).
4.4.3 Adalah disarankan agar Penerbit menggunakan
petunjuk prestasi kualitatif, dan yang mana sesuai,
pengukur prestasi kuantitatif (sebagai contoh, kapasiti
tenaga, penjanaan elektrik, pengeluaran gas rumah
hijau yang dikurangkan/dielakkan, bilangan orang
yang diberi akses kepada tenaga bersih, pengurangan
dalam penggunaan air, pengurangan dalam bilangan
kereta yang diperlukan, dan lain-lain) dan
pendedahan tentang metodologi pendasar utama
dan/atau andaian yang digunakan dalam penentuan
kuantitatif.
4.4.4 Adalah disarankan agar pelaporan tahunan Penerbit ke
atas penggunaan hasil kutipan disokong oleh
pengesahan mengenai penggunaan hasil kutipan oleh
penyemak luaran bersama dengan apa-apa kemas kini
yang berkaitan dalam semakan luaran tersebut.
4.4.5 Penerbit mesti menyediakan kepada pelabur
pelaporan tahunan dan semakan luaran ke atas
pelaporan tahunan, jika ada, melalui laman sesawang
yang ditetapkan oleh Penerbit dan/atau laporan
tahunan sepanjang tempoh Bon Hijau ASEAN.
5.0 SEMAKAN LUARAN
5.1 Penerbit disarankan agar melantik penyedia semakan luaran
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
13 2017 2017
14
bagi terbitan Bon Hijau ASEAN mereka.
5.2 Semakan luaran boleh dibuat secara sebahagian, merangkumi
hanya beberapa aspek daripada rangka kerja Bon Hijau
ASEAN, atau secara menyeluruh, menilai kesejajaran dengan
kesemua empat komponen teras yang terkandung dalam
ASEAN GBS.
5.3 Penyedia semakan luaran hendaklah mempunyai kepakaran
dan pengalaman berkaitan dalam komponen Bon Hijau
ASEAN yang disemak.
5.4 Penyedia semakan luaran juga hendaklah menzahirkan bukti
kelayakan yang berkaitan dan kepakaran mereka, serta skop
semakan yang dijalankan dalam laporan semakan luaran.
5.5 Terdapat pelbagai kaedah bagi Penerbit memperoleh input luar
dalam merangka proses Bon Hijau mereka dan terdapat
beberapa tahap dan jenis semakan yang boleh dijalankan.
Panduan dan semakan luaran tersebut termasuk–
(i) Semakan Perunding
Penerbit boleh mendapatkan nasihat daripada
perunding dan/atau institusi dengan kepakaran yang
diiktiraf dalam kelestarian alam sekitar atau aspek lain
dalam terbitan Bon Hijau ASEAN, seperti
pembangunan/semakan rangka kerja Bon Hijau
ASEAN Penerbit. “Pendapat pihak kedua” mungkin
termasuk dalam kategori ini.
(ii) Pengesahan
Penerbit boleh memohon Bon Hijau ASEAN mereka,
rangka kerja Bon Hijau ASEAN berkaitan, atau aset
sandarannya disahkan secara bebas oleh pihak
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia
15 2017
berkelayakan, seperti juruaudit. Berlainan dengan
perakuan, pengesahan bertumpu kepada kesejajaran
dengan piawaian dalaman atau tuntutan yang dibuat
oleh Penerbit. Penilaian ciri-ciri kelestarian alam
sekitar terhadap aset sandaran boleh dianggap
sebagai pengesahan dan boleh merujuk kepada
kriteria luaran.
(iii) Perakuan
Penerbit boleh memohon Bon Hijau ASEAN
merekaatau rangka kerja Bon Hijau ASEAN berkaitan
atau penggunaan hasil kutipan, diperakui menurut
piawaian penilaian hijau luaran. Piawaian penilaian
mentakrif kriteria, dan kesejajaran dengan kriteria
tersebut diuji oleh pihak ketiga/pemberi perakuan
yang layak.
(iv) Penarafan
Penerbit boleh memohon Bon Hijau ASEAN mereka atau
rangka kerja Bon Hijau ASEAN berkaitan diberi
penarafan oleh pihak ketiga yang berkelayakan, seperti
penyedia penyelidikan khusus atau agensi penarafan.
Penarafan bon hijau adalah berasingan daripada
penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus Penerbit
kerana ia biasanya diguna pakai kepada setiap sekuriti
atau rangka kerja/program Bon Hijau ASEAN.
Bahasa Malaysia language translation courtesy of RAM Consultancy Services Sdn Bhd and review by Securities Commission Malaysia